full assiment

Upload: selvasangeetha-selvarajan

Post on 10-Jan-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

huungan etnik

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANPERISTIWA 13 MEI 1969

Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara kita. Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan gagal memperolehi majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan Dan DAP yang berjaya memperolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada orang Melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan. Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai orang dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telah menyebabkan negara kita telah menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya Masalah 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah ini telah disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan sedemikian rupa.

RAJAH 2.0 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERISTIWA 13 MEI 1969

2.1 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERISTIWA 13 MEI 1969 Pada Zaman pemerintahan British, British telah mewujudkan kelompok-kelompok etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Ini dilakukan untuk menjaga kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan kewujudan perpaduan kaum kerana mereka mahu mengeksploitasi semaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia. Justeru mereka telah menetapkan status dan perana yang berbeza bagi setiap kaum seperti orang Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina digalakkan tinggal di bandar manakala kaum India digalakkan tinggal di estet-estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi antara kaum-kaum menjadi terbatas hanya di pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka lahirlah perasaan prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain. Prasangka yang wujud inilah yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.

Sebelum Laporan Razak dikemukakan, Malaysia tidak mempunyai satu asas atau sistem pendidikan nasional. Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan yang berlaianan iaitu Aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Bagi kaum India mereka telah menguna pakai silibus yang diambil dari negara india untuk diajar kepada anak-anak mereka. Begitu juga dengan kaum Cina dan Melayu. Ini telah menyebabkan tiada keseragaman dari segi identiti dan fahaman kerana Negara China contohnya mengamalkan fahaman komunisme dan silibus yang diambil dari Negara China mempunyai unsur-unsur komunisme tetapi lain pula dengan kaum lain yang berteraskan fahaman yang lain. Selain itu tidak terdapat satu bahasa pengantar yang seragam telah menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing sahaja. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang telah menggugat perpaduan kaum. Ini telah memberikan satu imapak buruk dalam pembentukan perpaduan kaum di Malaysia.

Perbezaan budaya dan agama merupakan salah satu lagi punca berlakunya masalah perpaduan kaum di Malaysia. Kaum Melayu sebahagan besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius manakala kaum India beragama Hindu. Disamping itu terdapat ramai juga yang beragama Kristian. Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan yang berlainan dan ini menambahparahkan lagi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama yang dianuti oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia menggalakkan penganutnya memusuhi agama lain tetapi ia berpunca dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku.

Masyarakat Melayu kebanyakan terdiri daripada petani yang tinggal di kampung manakala masyarakat cina telah mewarisi pekerjaan turun temurun keluarga mereka iaitu beniaga dan kebanyakannya tinggal di bandar dan Masyarakat India pula bekerja sebagai penoreh di estet-estet dan tinggal di estet-estet. Kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang pendapatan yang berbeza anatara satu kaum dengan kaum yang lain. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonimi secara tidak sihat dan pada kemuncaknya berlakulah peristiwa 13 Mei 1969.

Struktur masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbagai-bagai kaum telah melahirkan banyak persatuan-persatuan politik sosial dan ekonomi yang berasakan kaum masing-masing. Perkara ini telah memeperkuatkan lagi rasa syak wasangka di antara satu sama lain kerana persatuan-persatuan ini hanya memperjuangkan kepentingan kumpulan kaum yang diwakilinya sahaja tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti-parti politik yang berbentuk perkauman seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum hingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang ketara antara satu kaum dengan kaum yang lain.

Salah satu punca permusuhana orang Melayu dengan Orang Cina ialah akibat Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ini kerana Jepun memberi layanan yang lebih istimewa kepada orang Melayu berbanding orang Cina kerana Jepun masih lagi dipengaruhi sentimen peperangan dengan negara China pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Ini menyebabkan tentera Jepun bersikap pilih kasih dalam hal yang melibatkan kaum Melayu dan Cina. Jepun juga telah melantik orang Melayu sebagai askar dan polis berbeza dengan orang Cina yang tidak diberi peluang untuk menjawat sebarang jawatan. Ketika itu kebanyakan orang Cina menyertai MPAJA (Malaysian People Anti Japanese Army). Keadaan bertambah buruk apabila kebanyakan tentera Jepun yang menyerang MPAJA ialah terdiri daripada orang Melayu dan ini telah menimbulkan persengketaan antara orang Melayu dengan Orang Cina dan kemuncaknya ialah pada 13 Mei 1969.

Semasa kempen pilihanraya tahun 1969 parti-parti politik yang bertanding telah memainkan isu-isu yang sensitif seperti kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi daripada orang ramai. Ini telah menimbulkan pelbagai rasa tidak puas hati antara kaum dan akhirnya setelah memenangi kerusi yang agak banyak dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga parti Perikatan, parti DAP dan Gerakan telah berarak untuk menghina orang melayu. Tambah memburukkan lagi keadaan ialah orang Melayu melalui UMNO telah mengadakan perhimpunan balas untuk menangkis penghinaan parti DAP dan Gerakan. Keadaan menjadi tidak terkawal dan akhirnya meletuslah peristiwa hitam 13 Mei 1969.

2.2 KESAN PERISTIWA 13 MEI 1969Peristiwa 13 Mei memberi kesan kepada banyak perkara di negara kita. Antaranya ialah politik, ekonomi, pendidikan dan sosial kaum.

Kesan politik zaman Inggeris ini telah menyebabkan sistem masyarakat Negara ini yang asalnya sangat taat dan hidup di bawah pemerintahan raja dan sultan telah mengalami satu perubahan yang drastik. Kuasaan raja serta sultan Melayu telah dihadkan kepada hanya menjadi lambang kepada sesebuah negeri atau negara. Kemudian penjajah Inggeris ini telah menerapkan sistem residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan kemudiannya diikuti pula dengan sistem penasihat British di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Dengan adanya sistem yang berbeza antara negeri, pemerintah percaya bahawa setiap negeri tidak akan bersatu untuk menentang mereka kerana tiada persefahaman. Inilah antara kesan yang telah terpendam lam dalam diri masyarakat hingga tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei.

Sistem yang diperkenalkan penjajah Inggeris ini mengurangkan kuasa pemerintahan raja-raja Melayu dan pembesarnya Perkara ini telah menyebabkan satu perubahan besar dalam pentadbiran. Fungsi residen dan penasihat British yang diperkenalkan telah mengambil alih peranan yang dahulunya dimainkan oleh pembesar-pembesar Melayu terutamanya dalam soal menasihati Sultan dan mendapatkan hasil untuk negeri melalui cukai

Kesan terhadap penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah mengakibatkan perubahan dalam sistem ekonomi tradisional yang telah sekian lama diamalkan di Tanah Melayu. Sistem ekonomi tradisional yang dimaksudkan adalah seperti sistem yang berasaskan sara diri, penanaman padi, penangkapan ikan, dan penternakan ladang. Sistem ini mengalami perubahan disebabkan penjajah Inggeris telah menjalankan dasar ekonomi kolonialismenya dengan menjadikan sistem ekonomi yang wujud bermatlamatkan keuntungan semata-mata.

Dalam perlaksanaan dasar ekonomi, British secara langsung dan tidak langsung telah mengasingkan kaum-kaum utama di Tanah Melayu iaitu orang-orang Cina, India dan Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-masing. Perkara ini telah menyebabkan kaum-kaum Melayu, Cina dan India tidak dapat mempelajari untuk memahami satu sama lain. Mereka juga tidak dapat berinteraksi dengan baik dan menyebabkan kesukaran untuk mewujudkan perpaduan kaum.

Perbezaan jurang ekonomi yang ketara akibat daripada dasar pecah dan perintah colonial telah menimbulkan perasaan tidak puas hati sehingga mencetuskan konflik seperti 13 Mei. Di mana masyarakat telah dikelaskan berdasarkan kepada pekerjaan dan penempatan menjadi faktor penghalang kepada proses integrasi kaum yang lebih baik.

Pendidikan di negara kita yang seakan-akan ikut telunjuk masing-masing dan ini tidak disukai oleh sesetengah individu. Hal ini menyebabkan banyak suara yang inginkan keadilan daripada kerajaan supaya menyamaratakan sistem. Hal ini meyebabkan ramai yang tidak bersependapat dan ada di antara kalangan anak-anak mereka yang tidak bernasib baik mendapat pendidikan kerana masalah pertelingkahan ini.

Kesinambungan daripada peristiwa berdarah tersebut, kaum Cina sudah tidak bersefhaman dengan kaum Melayu di mana pada mula pemerintahan Inggeris, kaum Cina kurang mendapat tempat di hati penjajah. Bermula juga dari zaman pemerintahan Jepun di mana mereka ditindas dengan begitu kejam daripada kaum Melayu. Hal ini menyebabkan sosial di negara pada masa itu terjejas. Setiap kaum tidak bersatu dan hidup berpuak-puak. Ada yang sependapat, dan ada pula yang berlainan.

Pada masa itu, 13 Mei sangat memberikan kesan yang buruk dari semua aspek tidak kira kaum tua atau muda, kanak-kanak juga terlibat sama. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh kerajaan dalam merealisasikan hasrat sebenar kesemua kaum yang tinggal di Malaysia

2.3 KEPENTINGAN DAN CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIAMalaysia merupakan satu negara yang terdiri daripada kaum, agama, etnik yang berbagai-bagai. Jadi, untuk menyatupadukan semua rakyat di Malaysia memerlukan rangka pemerintahan yang dipersetujui dan diterima oleh semua rakyat Malaysia contohnya Kontrak Sosial. Manakala untuk menjaminkan perpaduan di negara kita supaya kukuh dan tidak mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran memerlukan hubungan etnik yang erat dan stabil kerana hanya dengan hubungan etnik yang erat, kita semua boleh saling mengenali dan saling memahami. Oleh itu, peranan hubungan etnik dan Kontrak Sosial tidak boleh sama sekali dipandang ringan sebagai sumbangan kepada kemakmuran negara kita. Etnik merujuk kepada sekelompok manusia yang hidup bersama yang menpunyai budaya seperti adat resam, bahasa, pengautan agama yang hampir sama. Etnik yang berlainan menpunyai gaya hidup yang berlain juga, jadi amatlah penting untuk menjagai hubungan yang erat antara etnik memandangkan Malaysia merupakan satu negara yang terdiri daripada etnik yang pelbagai dan kemakmuran dan perkembangan ekonomi negara ini bergantung kepada usaha daripada semua penduduk yang berdiaman di Malaysia.Antara kepentingan hubungan etnik ialah mewujudkan satu negara yang aman dan damai seterusnya berupaya untuk meningkatkan taraf serta nama baik Malaysi dari segi ekonomi, pendidikan dan sebagainya di taraf antarabangsa. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah memahami bahawa kita semua terdiri daripada kaum yang pelbagai, jadi untuk mencapai satu cita-cita yang sama seperti Wawasan 2020 memerlukan sumbangan tenaga atau sumbangan idea daripada semua rakyat Malaysia. Jika hubungan etnik di Malayasia tidak erat maka akan menjejaskan kerjasama antara semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Selain itu, dengan adanya kerjasama dari pelbagai pihak atau etnik, maka dapatlah menimbuskan kekurangan atau kelemahan yang terdapat pada etnik tersebut. Sebagai contoh, kaum Cina lebih mahir dalam bidang ekonomi tetapi lemah dalam bidang pertanian, sebaliknya kaum Melayu lebih mahir dalam sektor pertanian daripada sektor ekonomi. Jadi, kedua-dua kaum ini boleh berganding tenaga dengan cara kaum Cina membantu kaum Melayu untuk meningkatkan kemahiran berniaga mereka dengan mengajar mereka tentang kemahiran-kemahiran berniaga, manakala kaum Melayu juga boleh memberi tunjuk ajar kepada orang Cina tentang cara menanam atau langkah-langkah menjaga tanaman dan sebgainya yang berkaitan dengan pertanian, ataupun kedua-dua kaum ini boleh menjadi rakan kongsi perniagaan. Dengan adanya kerjasama antara etnik atau kaum yang erat maka bolehlah menggunakan kekuatan pada satu-satu kaum untuk membantu mengatasi kelemahan yang terdapat pada kaum yang lain. Dengan adanya hubungan yang saling bergantungan ini dalam apa-apa jua bidang, maka pencapai prestasi pelbagai bidang di negara mestilah tinggi terutamanya dari bidang ekonomi negara. Jika Malaysia mencapai pembangunan yang tertinggi dalam sektor ekonomi, ini secara tidak langsung akan meningkatkan nama baik Malaysia di taraf antarabangsa. Kepentingan hubungan etnik yang kedua ialah mejadikan negara Malaysia terkenal dengan kebudayaan pelbagai. Cubalah kita memandang kepada negara asing yang lain, adakah negara-negara ini menpunyai penduduk yang sangat berbagai kaum sperti yang terdapat di negara kita? Adakah mereka menpunyai ras atau etnik yang pelbagai jenis seperti yang terdaapat di negara kita? Jawapannya ialah tidak. Inilah yang menjadikan negara kita sebuah negara yang unik dan tersendiri daripada negara yang lain. Walaupun negara kita menpunyai kepelbagaian kebudayaan etnik, namun kita semua masih boleh hidup bersama, di bawah satu naungan pemerintahan yang sama. Kita sebagai rakyat Malaysia tidak akan menpinggirkan mana-mana kebudayaan kaum yang lain, kita tidak akan mementingkan diri dan rela untuk berkongsi kebudayaan kita dengan etnik yang lain, kita juga akan berasa besar hati untuk menerima kebudayaan etnik yang lain, malah, kita akan menerapkan sesetengah keistimewaan budaya etnik yang lain ke dalam budaya etnik sendiri, membentuk persamaan antara etnik serta memberi perasaan hormat kepada etnik yang lain. Ini dikenali sebagai hubungan etnik yang erat. Dengan adanya hubungan yang erat ini, maka kita semua boleh hidup bersama tanpa mengira warna kulit, agama dan budaya. Maka dengan adanya hubungan yang erat ini, kita boleh mencapai kemakmuran dan keharmonian hidup di Malaysia seterusnya kebudayaan masing-masing boleh terus diamalkan dan dikekalkan. Bagi negara asing yang lain, apabila mereka melancong ke negara kita atau membuat lawatan diplomatik, mereka akan berpandangan bahawa Malaysia ialah satu negara di mana walaupun menpunyai etnik yang berbagai jenis, masing-masing menpunyai kebudayaan yang tersendiri tetapi masih boleh hidup bersama di bawah negara yang sama. Ini juga boleh menjadi satu tarikan dalam bidang pelancongan Malaysia. Kepentingan hubungan etnik yang ketiga ialah melahirkan rakyat Malaysia yang ramah mesra, bertoleransi antara satu sama lain. Kita semua hidup di negara yang berbilang kaum dan menpunyai cara hidup yang berlainan. Oleh yang demikian, untuk hidup bersama secara aman dan damai, kita mestilah bersikap toleransi. Ini bermaksud kita semua haruslah menpunyai kesanggupan yang tinggi untuk bertolak ansur dengan etnik lain sama ada dari segi makanan atau pakaian, muzik dan sebagainya. Jika terdapat sebarang perbezaan budaya, kita haruslah bersabar kerana kita perlu jelas bahawa setiap etnik menpunyai ciri-cirinya yang tersendiri, kita tidak boleh menghalang etnik yang lain untuk mengamalkan kebudayaan mereka sedangkan kita sendiri juga tidak mahu etnik yang lain menghalang etnik kita sendiri untuk mengamalkan budaya etnik kita sendiri. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan berlakunya perselisihan antara kaum atau salah faham terhadap kaum lain, toleransi memainkan peranan yang penting. Tetapi untuk memupuk semua rakyat Malaysia mengamalkan sikap toleransi ini, hubungan etnik yang erat juga memainkan peranan yang penting kerana hanya dengan hubungan yang erat antara etnik, maka barulah kita lebih memahami adat resam etnik yang lain. Kita akan lebih jelas mengapakah etnik yang lain akan menpunyai ciri kebudayaan yang lain daripada etnik kita sendiri dan kita juga akan lebih jelas dengan cara pengamalan kebudayaan etnik tersebut. Dengan adanya pemahaman yang lebih mendalam dan jelas, kita akan berasa hormat terhadap budaya etnik tersebut dan lebih mudah untuk kita bertoleransi dengan cara pengamalan budaya etnik yang lain seterusnya membantu negara kita mencapai keamanan dan kemakmuran. Pada zaman globalisasi ini, teknologi maklumat semakin bertambah canggih seterusnya mendedahkan generasi muda di negara kita kepada pengaruh barat dan telah meracuni minda mereka tentang kehidupan yang menyenangkan dan aman di negara barat. Ini merupakan satu fenomena masyarakat yang harus kita semua bendungkan. Untuk menjagai ketenteraman sesuatu negara bukanlah sesuatu yang menyusahkan asalkan semua penduduk di negara tersebut bersatu padu dan mengurangkan konflik antara kaum maka, negara tersebut sudah tentu boleh melonjak diri ke arah negara maju seperti mana yang sedang berlaku di Malaysia. Kini, kerajaan semakin memandang beratkan hubungan yang erat antara kaum atau etnik di negara kita sendiri, oleh yang demikian telah banyak memperkenalkan gagasan seperti 1Malaysia dan sebagainya. Jadi dengan adanya gagasan seperti ini maka semua rakyat akan berusaha untuk sama-sama mencapai matlamat politik negara kita dan memajukan bidang-bidang seperti ekonomi negara kita. Dengan adanya kerjasama pelbagai pihak maka bolehlah menstabilkan lagi ekonomi negara kita dan kerajaan boleh menumpukan perhatian kepada pembangunan aspek yang lain seperti kemudahan infrastruktur di bandar atau di luar bandar dan lain-lain. Ini akan mewujudkan Malaysia sebagai satu negara yang begitu kukuh pembangunan dan kemajuannya, semua ini bergantung kepada perpaduan rakyat dimana hubungan antara etnik yang kukuh menjadi pemegang syer utama dalam perpaduan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia. Dengan adanya kestabilan dan kemajuan dan Malaysia, maka generasi-generasi muda terutamanya, akan berasa bangga dengan negara kita sendiri dan tidak lagi mudah diperdayai oleh pengaruh luar terutamanya pengaruh barat. Selain itu, Malaysia terkenal sebagai negara yang berbagai kebudayaan. Dengan banyak menpromosikan keunikan ini kepada orang muda, maka mereka juga akan berasa bangga kerana mereka kan sedar bahawa Malaysia begitu kaya dengan kebudayaan dimana negara asing yang lain tidak menpunyai, malah dalam kepelbagaian kebudayaan ini, kita masih boleh hidup dengan aman dan damai. Ini secara tidak langsung boleh meningkatkan perasaan cinta negara yang mendalam dalam kalangan generasi muda di negara kita. Selepas 54 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlakunya sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.Oleh yang demikian, kepentingan pertama bagi Kontrak Sosial ialah menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia menjadi satu negara bangsa yang kuat dan kukuh ikatan perpaduannya dimana semua rakyat tertakluk dan menurut perintah atau undang-undang yang telah dipersetujui ramai. Contohnya, Kontrak Sosial merupakan satu perjanjian yang telah dipersetujui oleh pelbagai pihak dan ini juga membawa maksud bahawa semua rakyat di negara ini mengetahui tentang kandungan-kandungan yang terdapat di dalam perjanjian tersebut. Dengan ini, jika kelak terdapat apa-apa masalah perkauman atau terdapat isu-isu yang sensitif yang telah dicungkilkan oleh mana-mana pihak, maka kita semua boleh merujuk kepada Kontrak Sosial yang telah dipersetujui oleh semua orang. Dengan adanya pengetahuan dalam aspek ini maka dapatlah menggelakkan perkara-perkara seperti Rusuhan Perkauman 16 Mei berulang lagi. Rakyat tidak akan lebih mudah diperdaya oleh kata-kata pihak tertentu malah semua rakyat akan berganding bahu untuk sama-sama mengatasi pihak-pihak ini. Kepentingan kontrk sosial yang seterusnya ialah memudahkan komunikasi semua penduduk Malaysia yang menpunyai kepelbagaian dari segi bahasa dengan penggunaan Bahasa Melayu. Salah satu unsur yang tertakluk di dalam Kontrak Sosial ialah mengiktirafkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara kita. Dengan adanya unsur yang telah diperjanjikan ini, maka masyarakat Malaysia yang menpunyai pelbagai-bagai jenis bahasa ibunda tidak akan menpunyai masalah untuk berkomunikasi dalam kalangan etnik yang pelbagai. Walaupun kita semua terdiri daripada kaum, etnik yang lainan, kita menpunyai adat resam yang berlain, kita bertutur dalam bahasa ibunda yang berlain juga, tetapi kita semua masih boleh berkomunikasi dan bersosial dengan etnik yang lain, kita masih mampu meluahkan pemikiran kita dan boleh difahami oleh etnik yang lain kerana kita sekurang-kurang menpunyai satu persamaan dari segi bahasa, iaitu penggunaan Bahasa Melayu. Dengan adanya element Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, ini juga bermaksud smeua rakyat di Malaysia tanpa mengira warna kulit, agama ataupun umur lapisan masyarakat, semua orang perlu pelajari Bahasa Melayu, bahasa yang melambangkan negara Malaysia. Kita boleh memahami pemikiran etnik yang lain seperti ketidakpuasan mereka terhadap mana-mana isu, kita boleh menambah ilmu pengetahuan kita tentang adat resam etnik yang lain, kita boleh saling berkongsi idea untuk memajukan sesuatu kerja, semua ini boleh dicapai melalui komunikasi, dan komunikasi ini memerlukan bahasa, oleh yang demikian, bahasa yang telah dipilih untuk digunakan secara awam haruslah suatu bahasa yang boleh diterima oleh semua orang, semua etnik dan semua lapisan masyarakat. Dengan tuahnya, Kontrak Sosial yang telah diperjanjikan sebelum ini telah membantu kita menangani masalah ini dengan harmoni sekali tanpa menyinggung perasaan mana-mana etnik. Ini secara tidak langsung boleh mengeratkan pertalian perkauman di negara kita. Pernahkah kita semua terfikir, dalam Malaysia, masih terdapat apa keistimewaan yang negara lain tidak menpunyai? Sebenarnya keistimewaan yang terdapat dalam pentadbiran Malaysia ialah sistem kesultanan yang masih dikekalkan daripada sejarah Malaysia. Cubalah berpandang kepada negara asing yang lain, mereka tidak lagi mengekalkan tradisi kesultanan sebaliknya hanya melantikan seorang raja ataupun seorang president sahaja dalam pentadbiran mereka. Sebaliknya, di negara kita, sistem kesultan masih terus diamalkan di semua negeri Malysia. Pengamalan sistem pentadbiran ini juga berkait rapat dengan Kontrak Sosial kerana salah satu element yang terkandung dalam kontrak ini ialah kedudukan Raja Melayu. Dalam element ini, Yang Dipertuan Agong diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan. Baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri. Selain itu, baginda juga memegang jawatan sebagai ketua agama Islam, ketua ketenteraan Malaysia dan sebagainya. Jadi Yang Dipertua Agong merupakan satu lambangan atau identiti yang terunggul kepada negara kita. Institusi beraja ini merupakan satu tradisi yang telah diamalkan sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi dan telah diwarisi dan masih diaplikasikan dalam pentadbiran di negara kita. Ini telah menunjukkan bahawa Kontrak Sosial ini penting untuk memeliharakan tradisi sejarah Melayu yang istimewa ini dan seterusnya penting dalam pemeliharaan keunikan yang terdapat di negara kita.Kepentingan Kontrak Sosial yang seterusnya ialah melahirkan satu masyarakat yang seimbang dari pelbagai segi. Hal ini disebabkan salah satu unsur yang penting yang terkandung di dalam Kontrak Sosial ialah mengenai hak keistimewaan orang Melayu. Dalam unsur ini telah mneyatakan bahawa Kabinet berkuasa menjagai kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sabah danSarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan. Ini merupakan salah satu pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum bumiputera atau Melayu dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina bagi menjamin keseimbangan teruatamanya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan. Cara ini adalah pembantuan khusus kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan supaya jurang ketidaksamaan tidak begitu besar antara etnik atau kaum. Jika jurang ketidaksamaan ini dibiarkan berkemungkinan akan mencetuskan perasaan ketidakpuasan dari beberapa etnik yang lain dan menjejaskan perpaduan negara kita. Jadi dengan adanya element yang terkandung dalam Kontrak Sosial ini boleh menjaminkan semua golongan rakyat berada di tahap kemajuan yang sama dimana tiada mana-mana kaum atau etnik telah diadaikan atau dipinggirkan. Kepentingan yang diikuti ialah untuk memupuk nilai tanggungjawab dan amanah di dalam kalangan rakyat di Malaysia tanpa mengira apa jua peranan yang sedang seseorang individu tersebut pegang, iaitu tidak kira sama ada individu tersebut seorang pelajar, atau guru atau pengurus di syarikat swasta mahupun menteri atau raja, semua individu menpunyai kewajipan diri dan mestilah mengjalankan kewajopan tersebut dengan sempurna. Sebagi contoh, di dalam Kontrak Sosial telah menyatakan bahawa Raja bertanggungjawab untuk memelihara hak keistimewaan orang Melayu atau bumiputera di negara kita. Dan salah satu elemen di dalam Kontrak Sosial juga menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab orang Melayu untuk melindungi dan menjaga agama Islam. Manakala kita semua perlu belajar Bahasa Melayu kerana ia merupakan bahasa kebangsaan di negara kita. Semua ini telah menyenaraikan kewajipan kita sebagai rakyat Malaysia dan kita semua harus menpunyai kesanggupan untuk memikulkan kewajipan ini serta melaksanakan tugas yang telah kita pikul dengan sempurna. Selain itu, kita harus amanah untuk menjalankan kewajipan kita terutamanya mereka yang memegang jawatan tinggi, yang berupaya menjadi wakil kepada rakyat. Dengan adanya Kontrak Sosial ini, maka bolehlah menyeru semua rakyat Malaysia untuk menjalankan tanggungjawab diri sendiri dengan penuh amanah yang berupaya menimbulkan kepercayaan dari semua orang atau boleh mencetuskan perasaan hormat daripada etnik yang lain kepada etnik kita sendiri. Kita sebagai rakyat Malaysia, menjagai ketenteraman di negara kita merupakan kewajipan besar yang sedang kita semua pikulkan. Oleh yang demikian, kita perlu berusaha untuk memelihara perpaduan yang sedang dikecapi oleh negara kita dan jangan sesekali untuk mengungkitkan kemarahan awam dengan menyentuhkan perkara-perkara sensitif yang tertakluk sama ada di dalam perlembagaan negara, dalam Kontrak sosial mahupun dalam undang - undang negara. Sebagai kesimpulan, hubungan etnik yang erat memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara kerana hanya dengan adanya hubungan etnik yang erat barulah kita boleh saling memahami antara etnik serta menghulurkan batuan jika diperlukan agar perpaduan negara kita boleh dikekalkan seterusnya membangunkan dan memajukan negara kita serta meningkatkan kenamaan Malaysia di taraf antarabangsa. 3.0 RefleksiSaya Selvasangeetha a/p Selvarajan dari unit PJK SJK(T) menyiapkan tugasan Hubungan Etnik ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan subjek ini saya telah banyak menerima pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang saya terima sepanjang menyiapkan tugasan ini. Namun berbekalkan semangat kecekalan, saya tempuhi segalanya dengan tenang dan sabar. Sepertimana yang diketahui, banyak dugaan atau rintangan yang terpaksa saya lalui dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Masalah masa, tidak memahami konteks soalan, dan sebagainya terus menghantui saya sejak awal lagi. Selain itu, banyak kerja kursus dan aktiviti lain yang bertembung pada suatu masa sehingga melemahkan semangat saya. Namun, sebagai bakal seorang pendidik saya melihatnya sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi dan berfikiran positif untuk sama-sama menanganinya. Sebagai langkah awal, saya mula bergerak untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan daripada internet, buku-buku hubungan etnik dan sebagainya. Banyak maklumat dan data yang saya peroleh daripada bahan-bahan tersebut. Pembahagian masa amat penting ketika ini. Seterusnya, saya menyusun, mengedit dan memindahnya ke dalam bentuk yang dikehendaki. Setelah menempuh pelbagai halangan dan rintangan, akhirnya saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya berasa sangat berpuas hati dengan usaha dan penat lelah saya selama ini kerana telah berjaya menyiapkan tugasan mengikut apa yang dikehendaki oleh pensyarah. Saya juga bersyukur kerana sedikit sebanyak pemahaman saya mengenai hubungan etnik dan peristiwa 13 Mei ini bertambah dan ianya pasti amat berguna kepada saya suatu hari nanti . Akhir sekali, proses terakhir ialah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti sebelum membukukan kerja kursus saya ini. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini. Semoga dengan bantuan anda semua diberkati oleh Tuhan yang maha esa. Sekian, terima kasih.

16