37659016-full-assignment.pdf

90
1.O PENGENALAN TERHADAP SINTAKSIS Sintaksis merupakan satu bidang kajian tentang tatacara binaan dan cara frasa, klausa dan ayat dibentuk. Bidang kajian sintaksis ini telah dipelopori oleh Noam Chomsky seperti yang dibicarakan oleh beliau dalam buku Syntatic Structure yang akhirnya melahirkan pengajian am tatabahasa transformasi generative oleh Frank Parker (1994). Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga merupakan kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan dan kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Bidang sintaksis bukan sahaja melihat kehadiran jenis dan ragam ayat, tetapi juga rumus pembinaan unsur subjek dan predikat sebagai penentu pembentukan sesuatu ayat. Selain itu, terdapat juga cirri-ciri lain yang dipertimbangkan dalam pembinaan ayat, iaitu penanda tatabahasa. Antara penanda tatabahasa yang sering terdapat dalam pembinaan ayat, termasuklah penanda kasus, penanda kala dan unsure keserasian. Dalam bahasa Inggeris, penanda kasus memainkan peranan penting dalam menentukan kegramatisan sesuatu ayat, tetapi bahasa Melayu tidak mempunyai unsur sedemikian. Bahasa Melayu juga tidak mempunyai penanda kala atau masa seperti dalam bahasa Inggeris, iaitu yang ditandai oleh past tense. Sebaliknya, bahasa Melayu menggunakan perkataan sedang, sudah dan akan untuk menentukan kala atau waktu sesuatu kata kerja itu dilakukan. Unsure keserasian juga penting dalam pembentukan ayat. Tanpa memperlihatkan unsur keserasian ini ayat yang dibentuk tidak akan menjadi gramatis. Satu lagi aspek yang termasuk dalam analisis atau persoalan sintaksis ialah ayat-ayat yang tidak menentu maknanya atau binaan yang menghasilkan ketaksaan ayat. Dalam menghasilkan ayat yang gramatis, seseorang itu perlu tahu dan mahir dalam beberapa aspek seperti mematuhi struktur binaan ayat, memahami hukum tatabahasa Melayu itu sendiri dan menyedari bahawa kegramatisan ayat itu mestilah bermakna. 1

Upload: shima-pitri

Post on 17-Nov-2015

121 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 1.O PENGENALAN TERHADAP SINTAKSIS

    Sintaksis merupakan satu bidang kajian tentang tatacara binaan dan cara frasa, klausa dan ayat dibentuk. Bidang kajian sintaksis ini telah dipelopori oleh Noam Chomsky seperti yang dibicarakan oleh beliau dalam buku Syntatic Structure yang akhirnya melahirkan pengajian am tatabahasa transformasi generative oleh Frank Parker (1994).

    Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga merupakan kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan dan kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

    Bidang sintaksis bukan sahaja melihat kehadiran jenis dan ragam ayat, tetapi juga rumus pembinaan unsur subjek dan predikat sebagai penentu pembentukan sesuatu ayat. Selain itu, terdapat juga cirri-ciri lain yang dipertimbangkan dalam pembinaan ayat, iaitu penanda tatabahasa. Antara penanda tatabahasa yang sering terdapat dalam pembinaan ayat, termasuklah penanda kasus, penanda kala dan unsure keserasian. Dalam bahasa Inggeris, penanda kasus memainkan peranan penting dalam menentukan kegramatisan sesuatu ayat, tetapi bahasa Melayu tidak mempunyai unsur sedemikian.

    Bahasa Melayu juga tidak mempunyai penanda kala atau masa seperti dalam bahasa Inggeris, iaitu yang ditandai oleh past tense. Sebaliknya, bahasa Melayu menggunakan perkataan sedang, sudah dan akan untuk menentukan kala atau waktu sesuatu kata kerja itu dilakukan. Unsure keserasian juga penting dalam pembentukan ayat. Tanpa memperlihatkan unsur keserasian ini ayat yang dibentuk tidak akan menjadi gramatis.

    Satu lagi aspek yang termasuk dalam analisis atau persoalan sintaksis ialah ayat-ayat yang tidak menentu maknanya atau binaan yang menghasilkan ketaksaan ayat. Dalam menghasilkan ayat yang gramatis, seseorang itu perlu tahu dan mahir dalam beberapa aspek seperti mematuhi struktur binaan ayat, memahami hukum tatabahasa Melayu itu sendiri dan menyedari bahawa kegramatisan ayat itu mestilah bermakna.

    1

  • 1.1 FRASA DAN BINAAN FRASA.

    Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua patah perkataan ataupun satu patah perkatan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua patah perkataan atau lebih. Perbezaan frasa dengan klausa ialah frasa tidak mengandungi subjek dan predikat. Dalam susunan tatabahasa, frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri. Perhatikan contoh di bawah :

    Dalam contoh di atas, sekolah bukan lagi bertaraf perkataan, tetapi boleh dinamakan frasa kerana bentuk itu boleh diperluas menjadi sekolah rendah, sebuah sekolah, sebuah sekolah rendah dan sekolah luar bandar. Binaan frasa dalam bahasa Melayu terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

    2

    FRASA

    Sekolah

    Sekolah rendah

    Sebuah sekolah

    Sebuah sekolah rendah

    Sekolah rendah luar bandar

  • 1.3 STRUKTUR BINAAN AYAT.

    Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi. Sesuatu binaan ayat bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenang-wenangnya dan tidak tersusun, tetapi sebaliknya terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang, dalam ilmu bahasa, dikenali sebagai unsur atau konstituen. Perhatikan contoh di bawah :

    Ahmad tertidur.

    Ayat di atas ialah satu binaan yang mengandungi dua unsur iaitu, Ahmad dan tertidur.

    Jelas dalam contoh ayat tersebut, terdapat dua perkataan, iaitu, Ahmad dan tertidur. Namun, pada umumnya, ayat dalam bahasa Melayu jauh lebih panjang dan kompleks daripada contoh ayat yang diberikan, dan dapat dianalisis sebagai terdiri daripada unsur klausa, yang terkandung di dalamnya beberapa unsur frasa dan tidak hanya perkataan. Frasa yang terdapat dalam sesuatu ayat itu pun mempunyai unsur-unsur yang tersendiri yang terdiri daripada unsur frasa yang lebih kecil, dan setiap satu unsur frasa yang kecil itu pula mengandungi unsur perkataan.

    3

  • 1.4 BINAAN AYAT.

    Umumnya, penutur asli sesuatu bahasa mempunyai kecekapan berbahasa atau daya pengetahuan untuk mengetahui struktur unsur atau struktur konstituen setiap ayat dalam bahasanya, iaitu melalui kebolehannya memenggal ayat kepada bahagian-bahagiannya.

    Contohnya ayat ialah :

    1) Zarina guru sementara di sekolah itu. Zarina guru sementara di sekolah itu

    1) Adik Yasmin bermain basikal dengan rakan-rakannya. Adik Yasmin bermain basikal dengan rakan-rakannya

    Pemenggalan ayat seperti yang dilakukan di atas, secara tradisi dikenali sebagai pemenggalan frasa subjek dan frasa predikat.

    Maka, jelaslah bahawa subjek kepada sesuatu bentuk ayat ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang sememangnya frasa nama atau yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi judul atau unsure yang diterangkan.

    Predikat pula ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Dalam kebanyakan bahasa, subjek setiap ayat hanyalah terdiri daripada frasa nama atau unsur yang berfungsi sebagai frasa nama.

    4

  • 1.5 AYAT DASAR DAN AYAT TERBITAN

    Oleh kerana bahasa sentiasa digunakan oleh manusia, iaitu diujarkan sebagai alat untuk berkomunikasi, sudah tentulah bilangan ayat yang digunakan tidak terhingga jumlahnya. Selagi manusia masih memerlukan dan menggunakan bahasa, selagi itulah ayat akan terus terbentuk. Tetapi pada hakikatnya, walaupun bilangan ayat sesuatu bahasa itu tidak ada hadnya, demikian juga panjang pendeknya dam kemajmukannya, namun kesemua ayat yang terbentuk itu masih tetap mematuhi dan pasti berasal daripada satu ayat dasar, iaitu pola yang menjadi sumber kepada pembentukan atau terbitan semua ayat yang lain dalam sesuatu bahasa itu. Dalam bahasa Melayu, semua ayat, sama ada pendek atau panjang, yang terbentuk ayat mudah atau kompleks, yang berstruktur biasa atau songsang, pasti dapat dikembalikan kepada bentuk asalnya, iaitu salah satu daripada empat pola ayat dasar yang berikut :

    POLA SUBJEK PREDIKAT

    Pola 1Frasa Nama

    Contoh : Ali

    Frasa Nama

    kerani

    Pola 2Frasa Nama

    Contoh : Kakak Azman

    Frasa Kerja

    sedang makan

    Pola 3Frasa Nama

    Contoh : Pegawai itu

    Frasa Adjektif

    sangat kacak

    Pola 4Frasa Nama

    Contoh : Rumahnya

    Frasa Sendi Nama

    di Kampung Baru

    5

  • Daripada ayat dasar, kita dapat membina ayat-ayat yang lebih panjang atau kompleks, yang dinamai ayat terbitan. Ayat terbitan terbentuk apabila beberapa unsur , baik unsur perkataan mahupun unsur frasa ditambah pada frasa subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar. Contohnya, bentuk ayat dasar seperti di atas , dapat dikembangkan menjadi ayat terbitan seperti di bawah :

    BIL. SUBJEK PREDIKAT

    1. Ali kerani sementara di pejabat itu.

    2. Kakak Azman sedang makan tengah hari di sebuah restoran.

    3. Pegawai baru di pejabat itu

    sangat kacak dan rajin.

    4. Rumah kediamannya di Kampung Baru dalam Wilayah Persekutuan

    1.6 SUSUNAN DALAM AYAT.

    Dari segu susunan, ayat dapat dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu bentuk susunan biasa dan susunan songsang.

    1.7 URUTAN KATA.

    Setiap pembentukan ayat itu ialah suatu binaan atau konstruksi, yang sifatnya tersusun dan bersistem. Hal ini bererti bahawa setiap bahasa mempunyai hukum atau rumus yang mendasari proses urutan perkataan atau kelompok perkataan

    6

  • untuk membentuk ayat. Proses yang dikatakan sebagai urutan kata tidak semuanya serupa dalam setiap bahasa.

    Tegasnya, terdapat bahasa yang mempunyai urutan kata subjek + kata kerja + objek ( SKO atau SVO dalam bahasa Inggeris ) seperti bahasa Melayu, Inggeris, dan Rusia ; subjek + objek + kata kerja ( SOK atau SOV ), seperti bahasa Latin dan Turki ; kata kerja + objek + subjek ( KOS atau VOS ), seperti bahasa Malagasi ; objek + kata kerja + subjek ( OKS atau OVS ), seperti bahasa Hixkaryana ; kata kerja + subjek + objek ( KSO atau VSO ) seperti bahasa Arab, bahasa Nitinaht dan bahasa Hixkaryana.

    Walaupun dikatakan bahawa urutan kata dalam bahasa adalah berbagai-bagai, iaitu pilihan salah satu daripada urutan yang berikut : SKO, SOK, KOS, KSO, OKS, dan OSK. Namun, daripada penyelidikan dan kajian, didapati bahawa urutan kata SKO dan SOK sebagai yang paling banyak berlaku. Sehingga kini, masih belum terdapat bahasa yang mempunyai urutan kata OSK.

    1.8 RAGAM AYAT

    Terdapat lagi perbezaan dalam binaan ayat pelbagai bahasa yang melibatkan kejadian ayat aktif dan ayat pasif. Dalam bidang sintaksis, kejadian ayat aktif dan ayat pasif tergolong dalam huraian ragam ayat. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul, manakala ayat pasiff pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul. Bagi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif, umumnya melibatkan perpindahan tempat frasa nama yang menjadi seubjek atau objek ayat berkenaan, seperti yang terdapat dalam contoh ayat di bawah :

    Ayat Aktif Ayat Pasif

    Ali membaca buku itu. Buku itu dibaca oleh Ali.

    1.9 JENIS AYAT

    Kita juga membezakan pembentukan atau binaan ayat melalui jenis-jenisnya. Dalam kebanyakan bahasa, termasuk bahasa Melayu, jenis-jenis ayat umum dapat dibahagikan kepada empat, bergantung kepada lagu bahasa atau intonasi dan

    7

  • tujuannya. Empat jenis ayat yang dimaksudkan ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan.

    JENIS AYAT TUJUAN AYAT CONTOH AYAT

    Ayat Penyata Melakukan suatu penyataan atau mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara.

    Oleh itu, ayat penyata sering disebut sebagai ayat keterangan.

    Bapa saya guru di sekolah rendah.

    Azmi meninggalkan rumahnya semalam.

    Ayat Tanya Tujuan untuk mengemukakan sesuatu pertanyaan.

    Siapakah nama ibu kamu?

    Bagaimanakah kemalangan itu terjadi?

    Ayat Perintah Tujuan untuk memberikan arahan atau menimbulkan suatu tindakan.

    Ayat perintah dapat diucapkan sama ada dalam bentuk suruhan, larangan, silaan, atau permintaan, bergantung pada jenis perkataan (perintah) yang digunakan.

    Siapkan kerja itu dengan segera. (suruhan)

    Jangan berludah di sini.(larangan)

    Sila buat laporan polis dalam masa 24 jam. (silaan)

    Ayat Seruan Ayat yang diucapkan secara bernada untuk menyatakan sesuatu keadaan perasaan, seperti marah, takut, geram, dan sebagainya.

    Amboi, garangnya cikgu muda itu!

    Cis, berani kamu belasah adik saya!

    8

  • Dalam penulisan, ayat seruan berakhir dengan tanda seru ( ! ).

    Wah, cantiknya pemandangan matahari terbenam!

    2.0 SINTAKSIS DAN ASPEK TATABAHASA YANG LAIN

    Kita telah melihat bagaimana ayat serta pembentukannya melahirkan pelbagai ragam dan jenis ayat, selain perlu mematuhi peraturan atau rumus pembinaannya. Selain kehadiran unsure seperti subjek dan predikat sebagai penentu pembentukan sesuatu ayat serta urutan perkataan, terdapat juga ciri-ciri lain yang harus diberikan perhatian dan pertimbangan dalam pembinaan ayat.

    9

  • Ciri-ciri lain yang dimaksudkan ini sering dinyatakan dalam bidang sintaksis sebagai penanda tatabahasa. Antara penanda tatabahasa yang sering terdapat dalam pembinaan ayat termasuklah penanda kasus, kala, dan unsur keserasian. Dalam bahasa Melayu, tidak terdapat penanda kasus, sebagaimana yang berlaku pada bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Rusia, dan bahasa Turki.

    Penanda bahasa yang sering terdapat dalam proses pembentukan ayat dalam beberapa bahasa ialah penanada kala, iaitu penanda atau perubahan yang terjadi pada bentuk kata kerja sebagai menentukan kala atau waktu kejadian, sama ada akan, sedang, atau sudah berlaku. Bahasa Inggeris dan bahasa Jerman merupakan contoh bahasa yang menggunakan penanda kala.

    Unsur keserasian juga menjadi salah satu cirri penanda tatabahasa dalam pembentukan ayat sesetengah bahasa. Dalam bahasa Inggeris dan Arab, misalnya, unsure keserasian antara kata nama subjek dengan kata kerja adalah penting, oleh sebab tanpa mempertahankan keserasian, ayat yang terbentuk tidak akan menjadi gramatis.

    Satu aspek lain yang juga termasuk dalam analisis atau persoalan sintaksis ialah ayat-ayat yang tidak menentu maknanya atau, dengan erti kata lain, terdapat binaan yang menghasilkan ketaksaan ayat. Dalam hubungan ini juga daya pengetahuan atau kecekapan berbahasa yang ada pada seseorang penutur tentang struktur unsur membolehkannya mengatasi masalah ketaksaan ayat yang berlaku.

    3.0 JENIS FRASA

    Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan. Frasa berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu Frasa Endosentrik dan Frasa Eksosentrik.

    10

    http://www.tutor.com.my/stpm/sintaksis/frasa_endosentrik.htmhttp://www.tutor.com.my/stpm/sintaksis/frasa_eksosentrik.htm

  • Frasa Endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti . Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. Antara frasa endosentrik ialah Frasa Nama, Frasa Kerja, dan Frasa Adjektif.

    Frasa Eksosentrik ialah frasa yang tidak mempunyai unsur inti yang dapat mewakili keseluruhan frasanya. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung kepada suatu unsur luaran. Frasa Sendi Nama merupakan jenis frasa eksosentrik.

    4.0 DEFINISI FRASA

    4.1 DEFINISI FRASA NAMA

    Frasa nama ialah binaan yang, dari sudut nahu, boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama, iaitu subjek dan predikat. Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu, iaitu terdiri daripada :

    Frasa Nama (FN) + Frasa Nama (FN)

    Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK)

    Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA)

    Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama (FS)

    4.2 DEFINISI FRASA KERJA

    Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. Kata kerja boleh merupakan kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain. Contoh frasa kerja adalah seperti ayat-ayat di bawah.

    BIL. SUBJEK FRASA KERJA

    1. Ali menang.

    11

  • 2.

    3.

    Mereka

    Kami

    sedang tidur.

    makan ayam goreng.

    4.3 DEFINISI FRASA ADJEKTIF

    Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah frasa kerja dan sendi nama.

    4.4 DEFINISI FRASA SENDI NAMA

    Frasa sendi nama ialah satu binaan ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama adalah satu bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu termasuklah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi, hingga, oleh, dengan, tentang, sampai dan sebagainya. Frasa sendi nama boleh juga, sebagai pilihan, didahului oleh kata bantu.

    12

  • 50 JENIS-JENIS FRASA

    5.1 JENIS FRASA NAMA

    5.1.1 INTI + PENERANG NAMA

    Dalam binaan frasa nama jenis inti + penerang nama, semua konstituen terdiri daripada kata nama ; intinya terdiri daripada kata nama dan penerangnya juga kata nama. Kata nama yang mengisi unsur penerang ialah :

    a) Penerang nama keturunan.

    b) Penerang nama jenis.

    c) Penerang nama penyambut.

    d) Penerang nama kegunaan.

    e) Penerang nama kelamin.

    f) Penerang nama tempat.

    g) Penerang nama arah.

    h) Penerang nama anggota badan.

    i) Penerang nama tenaga penggerak.

    j) Penerang nama hal atau perkara.

    k) Penerang nama milik.

    l) Penerang nama khas.

    m) Penerang nama panggilan atau gelaran.

    Penerang-penerang nama di atas sebenarnya memberikan keterangan lanjut tentang aspek-aspek tertentu pada inti kata nama.

    13

  • a) Inti + penerang nama keturunan.

    Penerang nama keturunan menerangkan aspek salasilah pada inti kata nama.

    Contohnya :

    Frasa NamaInti Penerang

    orangbangsapelajar

    MelayuBisaya

    Malaysia

    b) Inti + penerang nama jenis.

    Penerang nama ini menerangkan jenis-jenis tertentu bagi nama-nama. Contohnya:

    Frasa NamaInti Penerang

    buahbegkain

    manggakulit

    suterac) Inti + penerang nama penyambut

    Penerang nama penyambut menerangkan perkara atau benda yang menjadi objek atau penyambut kepada alat atau pelaku yang ada pada inti. Contohnya :

    Frasa NamaInti Penerang

    pamguntingpelayan

    airkain

    tetamu

    d) Inti + penerang nama kegunaan

    14

  • Penerang nama kegunaan ialah unsur yang menerangkan makna fungsi atau peranan kepada inti, misalnya serbuk perasa. Perasa ialah kegunaan yang ditimbulkan oleh bahan serbuk. Contohnya :

    Frasa NamaInti Penerangalat

    sabunkayu

    pemadampencucipemukul

    e) Inti + penerang nama kelamin

    Penerang nama kelamin ialah nama yang menentukan jenis jantina bagi inti. Contohnya:

    Frasa NamaInti Penerang

    ayamlembuorang

    jantanbetina

    perempuan

    f) Inti + penerang nama tempat

    Penerang nama tempat ialah unsur yang menerangkan lokasi bagi inti, misalnya tamadun timur. Timur ialah tempat tamadun, sama ada tempat asal ataupun tempat wujud. Contohnya:

    Frasa NamaInti Penerang

    anaktepi

    pinggir

    Sabahpantaikota

    g) Inti + penerang nama arah

    Penerang nama arah ialah unsur yang menerangkan hala bagi inti. Contohnya:

    Frasa NamaInti Penerang

    wilayah selatan

    15

  • simpangtingkat

    kananatas

    h) Inti + penerang nama anggota badan

    Penerang nama anggota badan menerangkan bahagian tubuh badan yang berkaitan dengan inti tersebut. Contohnya :

    Frasa NamaInti Penerangjam

    tudungbatang

    tangankepalahidung

    i) Inti + penerang nama tenaga penggerak

    Penerang nama tenaga penggerak ialah unsur yang menyatakan daya yang menggerakkan benda dalam inti. Misalnya, jam bateri; bateri ialah tenaga yang menggerakkan jam. Contohnya :

    Frasa NamaInti Penerang

    dapurkipaslampu

    gaselektronik

    minyak

    j) Inti + penerang nama perihal atau perkara

    Penerang nama perihal atau perkara ialah unsur yang menerangkan hal atau perkara tentang inti, misalnya sijil persekolahan. Persekolahan ialah perkara tentang sijil itu. Contohnya :

    Frasa NamaInti Penerang

    lesenhari

    majlis

    memanduperayaan

    penutupan

    16

  • k) Inti + penerang nama milik

    Penerang nama milik menerangkan makna keupayaan bagi benda dalam inti. Contohnya :

    Frasa NamaInti Penerang

    rumahbumbung

    harta

    sayarumah

    kerajaan

    l) Inti + penerang nama khas

    Penerang nama khas ialah jenis perkataan yang merujuk kata nama khas bagi menerangkan inti. Contohnya :

    Frasa NamaInti Penerang

    bandarplanetSungai

    Kota KinabaluPluto

    Kinabatangan

    m) Inti + penerang nama panggilan atau gelaran

    Penerang nama panggilan atau gelaran ialah unsur yang merujuk nama penghormatan kepada makhluk atau benda. Bentuk ini merupakan kecualian kepada bentuk susunan inti + penerang nama, iaiti penerang inti terletak di hadapan inti. Contohnya :

    Frasa NamaInti PenerangHajiSi

    Tan Sri

    SuhailiBelang

    Muzammil

    17

  • 5.2 INTI + PENERANG BUKAN NAMA

    Frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis kata nama. Penerang bukan nama terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh perkataan yang bukan daripada kelas kata nama, iaitu:

    a) Inti + penerang penentu.

    Penerang penentu ialah unsur yang memberikan sifat ketentuan kepada kata nama dan kedudukannya boleh di hadapan atau di belakang inti. Terdapat dua golongan penentu kata nama.

    18

  • Penentu hadapan

    Penentu hadapan ialah unsur-unsur yang hadir di hadapan kata nama, dan unsur-unsur itu terdiri daripada kata bilangan yang boleh diikuti oleh penjodoh bilangan, seperti yang terdapat dalam contoh di bawah :

    Frasa NamaPenentu Hadapan Inti Bilangan Penjodoh Bilangan

    limakelima-lima

    segala

    orangekor

    -

    gurukerbau

    kelengkapan

    Kata abstrak tidak boleh menerima penjodoh bilangan, misalnya *sebuah keberanian. Demikian juga, beberapa kata bilangan jenis tak tentu, misalnya, semua, segala, sedikit, dan selainnya tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan, umpamanya *semua batang sungai, *segala orang manusia, dan *sedikit helai kertas.

    Penentu belakang

    Penentu belakang ialah unsur-unsur yang hadir sesudah kata nama , dan unsur-unsur itu terdiri daripada kata penentu itu dan ini, seperti contoh di bawah :

    Frasa NamaInti Penentu Belakang

    orangrumah calon

    ituiniitu

    a) Penerang kata kerja atau akar kata kerja.

    19

  • Penerang kata kerja atau akr kata kerja umumnya menerangkan perlakuan kepada inti. Misalnya tempat menari; menari ialah perlakuan yang berkaitan dengan tempat itu. Contohnya:

    Frasa NamaInti Penentu Kata Kerja

    mesinmejawad

    jahitmakanbersalin

    b) Penerang kata adjektif.

    Penerang kata adjektif ialah unsur yang menerangkan makna sifat bagi inti. Contohnya:

    Frasa NamaInti Penentu Kata Adjektif

    anakminyaktahun

    mudawangibaharu

    c) Penerang kata adverba.

    Penerang kata adverba adalah unsur yang menerangkan cara atau masa bagi kata nama inti. Contohnya:

    Frasa NamaInti Penentu Kata Adverba

    masacarahari

    serentakdemikian

    lusa

    d) Penerang frasa sendi nama.

    Penerang frasa sendi nama ialah unsur-unsur yang mengandungi kata sendi nama diikuti kata nama atau frasa nama, dan mendukung antaranya makna tempat, waktu, bahan asal, dan matlamat.

    Frasa Nama

    20

  • IntiPenerang frasa sendi nama

    Sendi Nama Kata Namarumahsurat

    lawatan

    didarike

    bandarkampung

    Gua Angin

    e) Penerang bilangan ordinal.

    Penerang bilangan ordinal ialah kata bilangan yang menunjukkan kedudukan dari segi urutan bilangan, misalnya pertama, kedua, kesepuluh, dan sebagainya. Unsur-unsur demikian hadir sesudah inti. Contohnya:

    Inti Penentu Bilangan Ordinaltempattingkat

    pertamakesepuluh

    5.3 BINAAN FRASA NAMA : INTI + INTI

    Binaan frasa nama inti + inti tidak mempunyai unsur penerang kerana makna keseluruhan frasa nama itu didukung oleh kedua-kedua kata nama inti. Oleh itu, binaan jenis ini tidak mempunyai makna penerang.

    Terdapat dua jenis frasa nama dari jenis inti + inti, iaitu berdasarkan makna yang didukung oleh perkataan-perkataan :

    21

  • a) inti + inti dengan maksud sama erti

    Perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama demikian membawa makna sama erti, iaitu merupakan semacam ulangan. Contohnya :

    Frasa NamaInti Inti

    tubuhrakanwang

    badantaulanringgit

    b) inti + inti dengan maksud lawan erti

    Perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama jenis ini membawa makna yang berlawanan. Contohnya:

    Frasa NamaInti Inti

    kerusijantanteruna

    mejabetinadara

    6.0 JENIS-JENIS FRASA KERJA

    Binaan frasa kerja boleh dirumuskan sebagai terdiri daripada dua jenis, iaitu :

    i) Frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja tak transitif.

    Contohnya :

    1. Ali menang.2. Mereka sedang tidur.3. Kami makan ayam goreng.

    22

  • Dalam ayat di atas, walaupun kata kerja tidak mempunyai frasa nama objek, namun unsur-unsur lain, iaitu kata bantu dan unsur keterangan boleh hadir bersama-samanya.

    i) Frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya mesti disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja transitif. Seterusnya, objek boleh juga diikuti oleh bahagian keterangan.

    Contohnya :

    SUBJEKFRASA KERJA

    KATA KERJA OBJEK KETERANGAN

    Kami

    Budak itu

    Pemburu

    makan

    membaca

    menembak

    ayam goreng itu.

    buku.

    harimau itu dengan senapangnya.

    Dalam contoh ayat di atas, kata kerja diikuti oleh frasa nama yang menjadi penyambut kepada kata kerja sebelumnya. Sebagaimana dengan frasa ker tanpa objek, unsur-unsur kata bantu dan keterangan boleh juga hadir dalam frasa kerja dengan objek.

    6.1 BINAAN FRASA KERJA TANPA OBJEK

    Frasa kerja yang tidak mempunyai frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya.

    Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai unsur yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat aktif, dan ayat demikian boleh mengalami proses pasif. Jika sesuatu ayat aktif tidak dapat dipasifkan, maka itu bererti kata kerja dalam ayat tersebut bukan kata kerja transitif. Oleh itu, tidak berobjek. Terdapat tiga jenis kata kerja tak transitif, iaitu:

    23

  • a) Kata kerja tak transitif yang tidak menerima unsur pelengkap.b) Kata kerja tak transitif yang dapat menerima pelengkap sesudahnya.c) Kata kerja tak transitif yang dapat diikuti oleh kata nama sebagai penerang.

    A) Kata Kerja Tak Transitif Yang Tidak Menerima Unsur Pelengkap.

    Kata kerja tak transitif jenis ini adalah kata kerja yang tidak memerlukan perkataan lain berlaku selepasnya bagi melengkapkannya. Kata kerja ini dapat berdiri dengan sendiri tanpa ada perkataan lain melengkapkan maknanya.

    Contohnya :

    1. Siti Salina pulang.2. Dia tidur.3. Padi akan luruh.

    24

  • Contoh ayat-ayat mengandungi kata kerja yang tidak bergantung kepada unsur lain bagi melengkapkan maknanya. perkataan pulang, tidur dan luruh adalah kata kerja tak transitif. Penggunaan kata kerja tak transitif jenis ini tidak perlu diikuti oleh sebarang perkataan lain. Oleh itu, kata kerja seperti ini dipanggil kata kerja tak transitif yang tidak menerima unsure pelengkap atau tanpa pelengkap.

    Walau bagaimanapun, kata kerja tak transitif jenis ini boleh diikuti oleh kata keterangan atau adverb yang berfungsi sebagai maklumat tambahan mengenai tempat, waktu, cara, alat dan sebagainya.

    Contohnya :

    1. Siti Salina pulang jauh-jauh malam.2. Dia tidur dengan baju dan kain pelekat.3. Padi akan luruh kalau sudah masak betul.

    A) Kata Kerja Tak Transitif Yang Dapat Menerima Pelengkap Sesudahnya.

    Kata kerja tak transitif yang dapat menerima pelengkap ialah kata kerja yang tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsure pelengkap. Namun, unsur-unsur itu bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan. Antara contoh kata kerja tak transitif termasuklah beransur, tinggal, menjadi, berbuat, ada, berbantalkan, bertilamkan, dan sebagainya. Unsur-unsur yang menjadi pelengkap kepada kata kerja tak transitif boleh dibahagikan kepada tiga jenis.

    B) Kata Kerja Tak Transitif Yang Dapat Diikuti Oleh Kata Nama Sebagai Penerang.

    Kata nama sebagai penerang yang mengikuti kata kerja tak transitif bukanlah objek kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan. Kata nama tersebut hanya menjadi penerang bagi kata kerja tak transitif dan bukan pelengkap kerana kata nama penerang boleh ditiadakan tanpa merosakkan kesempurnaan makna kata kerja demikian.

    25

  • Contohnya :

    SUBJEKFRASA KERJA

    KATA KERJA PENERANG

    Lelaki itu

    Peladang itu

    Mereka

    berseluar

    berkebun

    belajar

    jean.

    kelapa.

    bahasa Melayu.

    6.2 BINAAN FRASA KERJA DENGAN OBJEK

    Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah frasa yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikut kata kerja itu sebagai objek atau penyambutnya. Ayat-ayat yang mengandungi frasa nama sebagai objek itu boleh dipasifkan.

    BIL CONTOH AYAT AYAT YANG DIPASIFKAN

    1.

    2.

    3.

    Kami makan ayam goreng.

    Dia menjalankan tugas dengan baik.

    Budak itu membaca buku.

    Ayam goreng itu kami makan.

    Tugasnya dijalankan olehnya dengan baik.

    Buku dibaca oleh budak itu.

    Perkataan-perkataan yang condong dalam ayat di atas menjadi subjek atau unsur yang diterangkan dalam ayat yang telah dipasifkan.

    Jenis-jenis frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek :

    a) Frasa kerja yang mengandungi satu objek.b) Frasa kerja yang mengandungi dua objek.

    26

  • A) Frasa Kerja Yang Mengandungi Satu Objek

    Frasa kerja dengan satu objek adalah seperti yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah :

    1) Saya menjawab surat itu.2) Mesin itu mengepam air.3) Letupan bom itu mengacau-bilaukan keadaan.4) Kami menghampiri budak yang sedang terhendap-hendap itu.

    Terdapat sejumlah perkataan yang berbentuk kata kerja tetapi membawa makna adjektif. Perkataan ini boleh menerima kata penguat, dan frasa nama yang mengikutinya boleh digugurkan.

    Contohnya :

    SUBJEK KATA PENGUAT MAKNA ADJEKTIF

    Filem itu

    Kejadian itu

    Keputusannya

    sungguh

    sungguh

    amat

    menyeramkan.

    menyedihkan.

    menggembirakan.

    27

  • A) Frasa Kerja Dengan Dua Objek

    Frasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya boleh mengandungi dua frasa namayang menjadi objek kepada kata kerja itu. Objek-objek ini mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Objek-objek tersebut adalah objek tepat dan objek sipi.

    Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerjanya, sementara objek sipi ialah objek yang tidak menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerjanya.

    Contoh ayat :

    1) Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.2) Wanita itu membelikan baju untuk anaknya.

    Ayat-ayat di atas boleh diubah menjadi ayat berikut :

    (a) Ahmad menghadiahi menghadiahi Ali buku.(b) Wanita itu membelikan anaknya baju.

    Dalam kedua-dua ayat di atas, terdapat frasa nama yang berfungsi sebagai objek kepada kata kerja, iaitu Ali dan buku dalam ayat (a) dan anaknya dan baju dalam ayat (b). Dalam binaan di atas, frasa nama yang mengikuti secara langsung kata kerja ialah objek tepat kepada kata kerja, iaitu Ali dalam ayat (a) dan anaknya dalam ayat (b), manakala frasa nama yang mengikuti objek tepat disebut objek sipi.

    28

  • Apabila ayat-ayat sedemikian dipasifkan hanya frasa nama yang menjadi objek tepat akan mengambil penjudulan, iaitu menjadi subjek atau unsur yang diterangkan.

    Seterusnya, berikut adalah contoh-contoh ayat yang mengandungi frasa kerja dengan dua objek; bentuk-bentuk yang condong ialah objek tepat.

    1) Wandi membelikan isterinya buah mempelam.2) Ibu memasakkan tetamu makanan tengah hari.3) Ayah menghadiahi ibu sejambak bunga ros.

    Ayat-ayat di atas jelas mengandungi binaan yang meletakkan objek tepat sesudah kata kerja dan objek sipi mengikuti objek tepat. Apabila ayat-ayat di atas diubah susunannya, iaitu objek tepat asal diletakkan di bahagian belakang ayat dengan didahului oleh kata sendi nama untuk atau kepada, dan menjadikannya frasa sendi nama, maka ayat-ayat yang terhasil akan hanya mengandungi satu objek. Contohnya :

    a) Wandi membeli buah mempelam untuk isterinya.b) Ibu memasak makanan untuk tetamu.c) Ayah menghadiahkan sejambak bunga ros kepada ibu.

    Ada juga frasa kerja yang seolah-olah mengandungi dua objek, seperti ayat berikut :

    Dia menjadikan budak itu anak angkatnya.

    Aini menamai kucing itu Si Tompok.

    Sebenarnya, contoh-contoh ayat di atas mengandungi hanya satu objek sahaja, iaitu frasa nama yang mengikuti kata kerja secara langsung, manakala perkataan anak angkatnya dan Si Tompok hanya berfungsi sebagai penerang kepada objek dan tidak boleh dijadikan objek tepat seperti dalam contoh di bawah :

    1) Dia menjadikan budak itu sebagai anak angkatnya.2) Aini menamakan kucing itu sebagai Si Tompok.

    Untuk menjelaskan lagi ayat (1) dan (2), perkataan sebagai boleh diletakkan di hadapan unsur-unsur penerang itu.

    29

  • 7.0 JENIS FRASA ADJEKTIF : UNSUR PENGISI FRASA ADJEKTIF

    Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan kata penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya. Perhatikan contoh-contoh di bawah ini:

    Kata bantu Penguat Kata Adjektif Penguat

    -

    -

    sudah

    -

    belum

    -

    masih

    masih

    -

    -

    -

    terlalu

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    amat

    pandai

    nakal

    besar

    tua

    masak

    jahat

    kecil

    kecil

    cantik

    ganas

    -

    -

    -

    Sekali

    Sangat

    Betul

    -

    Amat

    Sungguh

    -

    30

  • Pada kata adjektif. Bahagian inti pula terdiri daripada dua jenis, mengikut binaannya:

    i) Binaan satu perkataan.ii) Binaan dua perkataan

    i) Binaan Satu Perkataan

    Binaan ini terdiri daripada satu kata adjektif, seperti rajin, tinggi, nakal, baik, pucat, kosong, sederhana, cemas, dan sebagainya, seperti contoh-contoh di bawah:

    Pelayan restoran Ahmad sangat rajin. Budak itu sangat cerdik. Anaknya sangat cerdas. Warna kereta saya merah. Pemuda itu baik sungguh.

    Contoh-contoh di atas ialah contoh kata adjektif yang terdiri daripada satu kata dasar, iaitu perkataan tanpa imbuhan. Kata adjektif ini juga terdiri daripada perkataan berimbuhan, misalnya: setinggi, kehitam-hitaman, terhebat, kemelayu-melayuan, sebijak, seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut:

    Syamrin tidak sebijak abangnya. Perlawanan bola sepak malam ini menemukan dua pasukan terhebat dalam

    liga tersebut. Air sungai itu kehitam-hitaman akibat pembuangan sisa kumbahan ke dalam

    sungai tersebut.

    i) Binaan Dua Perkataan

    31

  • Binaan jenis ini terdiri daripada dua perkataan iaitu:

    a) Kata Adjektif + Kata Adjektifb) Kata Adjektif + Kata Nama

    Cantuman kata adjektif dengan kata adjektif atau kata adjektif dengan kata nama membentuk konstituen baharu dengan makna baharu. Di bawah ini dibincangkan binaan adjektif yang terdiri daripada dua perkataan.

    a) Binaan Kata Adjektif + Kata Adjektif

    Binaan adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata adjektif boleh terdiri daripada:

    Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna, contohnya:

    Riang gembiraLetih lesuCantik molekLemak manis

    Gagah beraniPenat lelahKurus kering

    Dua kata adjektif yang maknanya berlawanan. Contohnya:

    Tinggi rendahPahit manisBaik buruk

    Tua mudaKecil besarMiskin kaya

    Deretan dua kata adjektif dengan perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur rima, yakni keindahan bunyi. Contohnya:

    Tinggi lampaiGemuk gedempolKaya raya

    Lemah gemalaiKering kontang

    32

  • a) Binaan Kata Adjektif + Kata Nama

    Binaan adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata nama mengandungi kata edjektif yang menjadi inti frasa dengan kata nama sebagai penerangannya. Binaan kata adjektif ini boleh terdiri daripada:

    Frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan:

    Merah jambu

    Hijau daun

    Kuning langsat

    Muda remaja

    Frasa adjektif yang membawa maksud kiasan:

    Panjang tangan

    Besar kepala

    Ringan tulang

    Rabun ayam

    a) Unsur Kata Penguat Dalam Frasa Adjektif

    Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif dan boleh jufa terdiri daripada kata adjektif yang disertai unsur penguatnya. Ada tiga jenis unsur penguat:

    Penguat hadapan. Penguat belakang. Penguat bebas.

    33

  • Penguat hadapan ialah perkataan yang terletak di hadapan kata adjektif. Contohnya, terlalu nakal, paling sedap, sangat cantik, dan seperti yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah:

    Anak kecil itu terlalu nakal. Masakan Mak Limah paling sedap. Pemandangan matahari terbenam sangat indah.

    Penguat belakang ialah perkataan yang terletak di bahagian belakang kata adjektif. Contohnya, baik sekali, lambat benar, indah nian, dan seperti yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah:

    Perangai anak Pak Ali baik sekali. Kereta api itu lambat benar. Rumah di atas bukit itu indah nian.

    Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contohnya, amat indah dan indah amat, sungguh berani dan berani sungguh, dan seperti yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah:

    Pemandangan di pantai itu amat indah. Pemandangan di pantai itu indah amat. Pahlawan itu sungguh berani. Pahlawan itu berani sungguh.

    Dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif. Contohnya, sungguh amat merdu, sangat kurang sopan, terlalu amat pedih, dan seperti yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah:

    Suara Siti NurHaliza sungguh amat merdu. Perangainya sangat kurang sopan. Bisanya terlalu amat pedih.

    34

  • a) Kata bantu dalam frasa adjektif.

    Frasa adjektif boleh juga terdiri daripada kata adjektif yang disertai oleh kata bantu, misalnya, sudah besar, belum cerdik, masih kecil, dan harus pandai. Contoh ayat-ayat di bawah:

    Anak itu sudah besar. Dia belum cerdik lagi. Anak kucingnya masih kecil.

    Ada juga kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat, misalnya: masih amat kecil, belum terlalu jauh, belum sangat pandai, sungguh masih letih, tentu sudah masak, dan benar telah pandai. Contoh ayat adalah seperti di bawah:

    Anak-anak jiran saya belum bersekolah kerana masih amat kecil. Pihak dapat mengesan jejak pencuri itu kerana dia belum terlalu jauh. Buah cempedak yang diperam itu sudah terlalu masak.

    8.0 JENIS FRASA SENDI NAMA

    Frasa sendi nama boleh terbentuk daripada salah satu binaan berikut:

    a) Kata Sendi Nama + Frasa Namab) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Namac) Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan

    35

  • d) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan

    A) Kata Sendi Nama + Frasa Nama

    Kata sendi nama dalam frasa sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan suatu frasa nama. Contohnya:

    Kata Sendi Nama

    Kata Sendi Nama Frasa Nama

    di

    ke

    dari

    jambatan

    sekolah rendah

    Johor Bahru

    B) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama

    Kata sendi nama dalam frasa sendi nama wujud juga sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama yang didahului oleh kata arah. Walau bagaimanapun, frasa sendi nama boleh juga wujud tanpa kata arah. Contohnya:

    Frasa Sendi Nama

    Kata Sendi NamaFrasa Nama

    Kata Arah Frasa Nama

    di

    ke

    dari

    belakang

    dalam

    hujung

    rumah

    bilik umum

    kampung

    C) Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan

    36

  • Satu lagi binaan frasa sendi nama terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti keterangan, sebagai unsur frasa pilihan.

    Frasa Sendi Nama

    Kata Sendi Nama Frasa Nama

    Kata Arah Frasa Keterangan

    ke

    dari

    dalam

    negara Jepun

    Sabah

    perlawanan

    pada tahun ini

    dengan ayahnya

    di sekolah kami

    D) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan

    Frasa sendi nama boleh juga dibentuk daripada kata sendi nama diikuti oleh kata arah, frasa nama, dan frasa keterangan. Contohnya:

    Frasa Sendi Nama

    Kata Sendi Nama Kata Arah Frasa Nama Frasa Nama Keterangan

    ke

    dari

    di

    pada

    selatan

    belakang

    atas

    hujung

    negara Perancis

    rumah

    pangkuan ibu

    minggu

    pada musim sejuk

    dengan segera

    sepanjang masa

    untuk bergotong-royong

    37

  • 10.0 FUNGSI FRASA

    9.1 FUNGSI FRASA NAMA

    Dalam bahasa Melayu, terdapat lima fungsi frasa nama. Fungsi frasa nama bergantung kepada kedudukannya di dalam ayat. Fungsi frasa nama ialah :

    1) Frasa nama sebagai subjek

    Dalam semua pola ayat bahasa Melayu, frasa nama berfungsi sebagai subjek. Contohnya adalah seperti di bawah:

    Semua orang sepakat tidak hadir ke sekolah esok. Ibunya pandai membuat kek lapis perisa pandan. Kami mengadakan rombongan ke Serikin pada minggu lalu.

    1) Frasa nama sebagai predikat

    Frasa nama juga boleh berfungsi sebagai predikat. Frasa nama yang berfungsi sebagai predikat ialah frasa nama yang hadir dalam ayat yang berpola FN + FN sahaja. Contohnya adalah seperti di bawah :

    Subjek Predikat

    Suara itu

    Encik Suhaili

    Puan Jiwatere

    suara gadis yang bersembunyi di rumah buruk itu.

    guru subjek Kemahiran Hidup.

    Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah.

    2) Frasa nama sebagai objek frasa kerja

    Selain menjadi subjek dan predikat, frasa nama juga menjadi sebagai objek dalam frasa kerja. Contohnya:

    Subjek Frasa kerja + objek

    38

  • Budak-budak itu

    Encik Suhaili

    Puan Jiwatere

    merobohkan pondok yang baru siap itu.

    memandu kereta ke sekolah.

    menyiapkan laporan berkaitan dengan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Dan Guru.

    3) Frasa nama sebagai pelengkap frasa kerja tak transitif

    Frasa nama juga boleh berfungsi sebagai pelengkap dalam frasa kerja tak transitif. Contohnya adalah seperti di bawah:

    Subjek Predikat + Pelengkap

    Pelajar itu

    Encik Hafiz

    Puan Nora

    tidur beralaskan tikar mengkuang.

    menunggang motosikal.

    membersihkan halaman rumah.

    4) Frasa nama sebagai unsur nama dalam frasa sendi

    Frasa nama juga boleh menjadi unsure nama dalam frasa sendi seperti di bawah:

    Subjek Predikat + Frasa Sendi Nama

    Aqilah

    Athirah

    Fadzlee

    Menjual kuih pisang di hadapan pintu pagar sekolah.

    Menerima sepucuk surat daripada kakaknya.

    Melawat neneknya yang sakit di hospital.

    9.2 FUNGSI FRASA KERJA

    1) Frasa Kerja Sebagai Predikat.

    39

  • Frasa kerja boleh berfungsi sebagai predikat. Frasa kerja yang berfungsi sebagai predikat ialah frasa kerja yang hadir dalam ayat yang berpola FN + FK sahaja. Contohnya adalah seperti di bawah :

    Subjek (FN) Predikat (FK)

    Adik

    Ibunya

    Khatib

    sedang makan di atas meja.

    membuat kek lapis perisa pandan.

    sedang berkhutbah di atas mimbar.

    2) Frasa Kerja Sebagai Pelengkap Untuk Kata Kerja Tak Transitif Kata Adjektif Sebagai Pelengkap

    Pelengkap kata adjektif seperti baik, jahat, lemah dan sebagainya hadir sesudah kata kerja tak transitif untuk melengkapkannya.

    Contohnya :

    Kesihatan bapanya beransur baik.

    Badannya menjadi lemah.

    1) Frasa Sendi Nama Sebagai Pelengkap

    Frasa sendi nama hadir selepas kata kerja tak transitif mendukung 'makna' sebagai unsur-unsur yang melengkapkan kata kerja tak transitif.

    Contohnya :

    - Mereka berada di Kuala Lumpur.

    - Ahmad tinggal di kampung.

    1) Kata Nama Sebagai Pelengkap

    Pelengkap kata nama boleh dibezakan dengan kata nama objek atas dasar pelengkap tidak boleh dijadikan subjek dalam ayat pasif. Ada dua kumpulan kata

    40

  • kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap demikian. Kumpulan pertama ialah imbuhan ber-...-kan. Kumpulan kedua ialah kata nama menjadi dan ada.

    Contohnya :

    - Dia berbantalkan lengan.

    - Pak Kaduk berbajukan kertas.

    - Dia menjadi guru.

    - Orang itu ada harta.

    9.3 FUNGSI FRASA ADJEKTIF

    1) Frasa Adjektif Sebagai Predikat.

    Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif sebagai predikat hadir selepas subjek , seperti conyoh di bawah:

    Subjek predikat

    Rumah Ali Sangat besar.

    Susunan ayat di atas boleh disongsangkan, iaitu frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat mendahului subjek, seperti yang berikut:

    Subjek predikat

    Sangat besar Rumah Ali.

    Contoh-contoh yang lain:

    Ayat susunan biasa Ayat susunan songsang

    41

  • Badannya letih lesu. Malam ini gelap benar. Tidurnya nyenyak benar.

    Letih lesu badannya. Gelap benar malam ini. Nyenyak benar tidurnya.

    1) Frasa Adjektif Sebagai Keterangan.

    Frasa adjektif boleh juga hadir selepas frasa kerja selepas frasa sendi nama, iaitu kata adjektif menjadi keterangan dalam predikat

    . Contohnya:

    SUBJEK

    PREDIKAT

    FRASA KERJAKETERANGAN (FRASA

    ADJEKTIF)

    Dia Mereka Mereka Air sungai itu

    berjalan

    pulang berlari

    mengalir

    sangat cepat.

    segera.

    sangat pantas.

    deras.

    SUBJEK

    PREDIKAT

    FRASA SENDI NAMAKETERANGAN (FRASA

    ADJEKTIF)

    Dia Mereka

    ke kedai

    ke rumah saya

    dengan cepat.

    segera.

    1) Frasa Adjektif Sebagai Penerang Iaitu Selepas Kata Nama

    Contohnya :

    FRASA NAMA

    Kata nama Penerang (kata adjektif)

    42

  • Pangkat rendah

    Kopi segera

    UNSUR KETERANGAN DALAM FRASA ADJEKTIF:

    Dalam frasa adjektif, unsur keterangan boleh hadir selepas kata adjektif. Dari segi makna, keterangan bagi kata adjektif boleh digolongkan ke dalam beberapa golongan, iaitu:

    a) Keterangan cara

    Kata sendi nama yang terlibat dalam keterangan cara ialah dengan. Contoh ayat ialah:

    Badannya lemah dengan tiba-tiba. Sakitnya pulih dengan sendirinya. Pokok itu membesar dengan cepat.

    a) Keterangan bandingan

    Kata sendi nama yang terlibat dalam keterangan bandingan ialah ibarat, bagai, seperti, dan bak. Contoh ayat adalah seperti di bawah:

    Buah epal manis ibarat gula. Badannya kurus bagai lidi. Suaranya merdu seperti buluh perindu.

    43

  • a) Keterangan hal atau keadaan

    Kata sendi nama yang terlibat dalam keterangan hal atau keadaan ialah dengan dan dalam. Contohnya:

    Pegawai polis itu selalu sibuk dengan tugas luarnya. Ramai penduduk desa yang masih hidup melarat dalam kemiskinan. Budak itu pandai dalam akademik dan sukan.

    a) Keterangan tujuan

    Kata sendi nama yang terlibat dalam keterangan tujuan ialah demi dan untuk. Contohnya:

    Rakyat mesti aktif dalam sukan untuk kemajuan sukan negara. Juruterbang harus berhati-hati demi keselamatan semua penumpang kapal

    terbang. Persekitaran rumah harus bersih untuk mengelakkan pembiakan nyamuk

    aedes.

    a) Keterangan kekerapan.

    Kata sendi nama yang terlibat dalam keterangan kekerapan ialah selalu, jarang, dan sering. Contohnya:

    Khairi sakit selalu. Pekerja itu jarang-jarang lewat. Wanita itu sering sedih.

    a) Keterangan terhadap

    44

  • Kata sendi nama yang terlibat dalam keterangan terhadap ialah akan dan kepada. Contohnya:

    Fahrin sangat rindu akan orang tuanya di Malaysia. Kita harus cinta akan tanah air. Pemuda itu amat cinta akan kekasihnya.

    a) Keterangan musabab

    Kata sendi yang terlibat dalam keterangan musabab ialah sebab dan kerana. Contohnya:

    Budak itu lemah oleh sebab keletihan. Murid-murid itu kurang bijak kerana tiada bimbingan. Makanan itu sedap kerana cukup bahan-bahannya.

    a) Keterangan waktu

    Kata sendi nama yang terlibat dalam keterangan waktu ialah ketika, pada, dan dalam. Contoh ayat ialah:

    Zamil selalu sakit ketika masih kecil. Pegawai itu sungguh cekap pada masa sekarang ini. Pelatih-pelatih itu telah mahir dalam masa sebulan sahaja.

    a) Keterangan tempat

    45

  • Kata sendi nama yang terlibat dalam keterangan tempat ialah pada, di, dan daripada. Contoh ayat ialah:

    Kanak-kanak itu sakit pada bahagian perutnya. Buah nanas manis di bahagian pangkalnya. Bunyinya kuat daripada pembesar suara sebelah kanan.

    FRASA ADJEKTIF SEBAGAI PENERANG IAITU SELEPAS KATA NAMA

    Contohnya :

    FRASA NAMA

    Kata nama Penerang (kata adjektif)

    Pangkat rendah

    Kopi segera

    Kesimpulannya, frasa adjektif boleh terdiri daripada beberapa unsur yang dapat digambarkan seperti di bawah:

    Kata Bantu + Kata Penguat + Kata Adjektif + Kata Adjektif + Kata Penguat + Unsur Keterangan + Ayat Komplemen

    Contoh Frasa Adjektif Dengan Pelbagai Keadaan Binaan Unsur-Unsurnya.

    Bil. Unsur-Unsur Kata Adjektif Contoh

    1. Kata Bantu + Kata Adjektif masih kuat

    sudah kurus

    46

  • telah gering

    2. Kata Penguat + Kata Adjektif sungguh cantik

    amat dalam

    lebih baik

    3. Kata Bantu + Kata Penguat + Kata Adjektif

    masih agak kecil

    belum terlalu lewat

    masih terlalu banyak

    4. Kata Adjektif + Kata Penguat besar sekali

    cantik betul

    banyak sungguh

    5. Kata Bantu + Kata Adjektif + Kata Penguat

    masih awal sangat

    sudah baik sungguh

    sudah tua betul

    6. Kata Penguat + Kata Adjektif + Kata Penguat

    amat cantik sekali

    sangat baik benar

    sungguh indah nian

    7. Kata Penguat + Kata Adjektif + Unsur Keterangan

    sangat manis pada bahagian pangkalnya

    sungguh cinta akan tanah air

    sangat sibuk dengan pekerjaan

    8. Kata Penguat + Kata Adjektif + Ayat Komplemen

    sungguh yakin bahawa mereka sudah tiba

    amat percaya bahawa budak itu pernah

    47

  • datang

    sangat sedar bahawa kita masih lemah

    9. Kata Adjektif + Kata Penguat + Ayat Komplemen

    sedar sungguh bahawa persiapannya tidak mencukupi

    percaya benar bahawa anaknya telah berjaya

    yakin benar bahawa pasukannya akan menang

    10. Kata Bantu + Kata Adjektif + Kata Adjektif

    masih riang gembira

    tetap gagah berani

    pasti letih lesu

    9.4 FUNGSI FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

    1) Predikat frasa sendi nama

    Predikat frasa sendi nama ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang mempunyai susunan yang biasa. Contohnya:

    Mereka ke sawah setiap pagi. Kain itu daripada benang sutera. Bapanya daripada keturunan raja.

    48

  • 1) Frasa Sendi Nama Sebagai Keterangan

    Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama.

    Frasa sendi nama keterangan frasa nama

    Frasa sendi nama yang menjadi unsur keterangan bagi frasa nama mendukung makna keterangan tempat, pembuat, sumber, masa, asal, dan tujuan. Contohnya:

    Jenis Keterangan Contoh

    a) Tempat Kampung Pimping ialah kampung di seberang Sungai Kampung Brunei.

    b) Pembuat Lukisan oleh Luqman telah memenangi hadiah kedua.

    c) Sumber Sumber bekalan elektrik penduduk Wilayah Persekutuan Labuan adalah dari Sabah.

    d) Masa Itu sejenis pakaian pada zaman kerajaan Melaka.

    e) Asal Kain daripada sutera mahal harganya.

    f) Tujuan Saya sudah membeli pakaian untuk hari raya.

    Frasa sendi nama keterangan frasa adjektif

    Frasa sendi nama yang menjadi unsur keterangan bagi frasa adjektif mendukung makna keterangan bandingan, hal, masa, dan tujuan. Contohnya:

    Jenis keterangan contoh

    49

  • a) Bandingan Budak itu kurus seperti galah.

    b) Hal Pelajar itu bijak dalam semua subjek.

    c) Masa Mereka bingung pada mulanya.

    d) Tujuan Rumah kita harus bersih untuk kesihatan hidup kita.

    Frasa sendi nama keterangan frasa kerja

    Frasa sendi nama yang menjadi unsur keterangan bagi frasa kerja mendukung makna keterangan masa, tempat, bandingan, tujuan, hal, penyertaan, dan alat. Contohnya:

    Jenis keterangan Contoh

    a) Masa Kereta api bertolak pada pukul tujuh pagi.

    b) Tempat Kanak-kanak itu berehat di bawah pokok.

    c) Bandingan Pembahas itu berhujah seperti murai.

    d) Tujuan Kita harus belajar demi masa depan.

    e) Hal Dia berbicara tentang perangai kekasihnya.

    f) Penyertaan Encik Haris datang dengan isterinya ke majlis itu.

    g) Alat Bapanya memukul ular itu dengan kayu.

    Kesimpulannya, binaan frasa sendi nama boleh dibentuk daripada beberapa unsur, seperti di bawah:

    Kata Bantu + Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan

    50

  • Contoh-contoh yang mengandungi pelbagai jenis frasa sendi nama:

    Frasa sendi nama

    Kata bantuKata sendi

    nama

    Frasa nama

    Frasa keteranganKata nama arah

    Frasa nama

    telah ke dalam hutan memburu harimau

    telah ke dalam hutan -

    telah ke - hutan memburu harimau

    - ke - hutan memburu harimau

    51

  • 10.0 BINAAN AYAT

    Binaan Frasa Nama + Frasa Nama

    1) Fatin dan Fazree merupakan pembahas harapan sekolah.2) Syarikat Fajar Suci dan Syarikat Sasbadi ialah dua buah syarikat penerbitan

    buku yang terkenal.3) Doktor Fazlee seorang pengacara televisyen dan penyanyi yang hebat.

    Binaan Frasa Nama + Frasa Sendi

    1) Razali ke kedai untuk membeli tepung dan gula.2) Hardina dan Hasliza ke rumah saya.3) Persalinan pengantin itu daripada benang emas dan sutera.4) Azmal dan Azmir pergi ke pinggir kota.5) Pembangunan ekonomi memerlukan sumbangan daripada semua rakyat.

    Binaan Frasa Nama + Frasa Adjektif

    1) Syafinaz sungguh cantik ibarat puteri kayangan.2) Kek keju itu sangat sedap dan manis.3) Farid dan Kamil sangat pandai dan nakal.4) Wajahnya kemerah-merahan kerana baru sahaja dimarahi oleh guru

    kelasnya.

    52

  • 5) Mangsa banjir terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh pihak kerajaan

    Binaan Frasa Nama + Frasa Kerja

    1) Persatuan Buruh mengadakan perbincangan untuk melantik ahli jawatankuasa.

    2) Para pendidik sedang membuat perbincangan dan mengusulkan cadangan.3) Khairunnisa membuat persembahan dalam Malam Muzikal.4) Ibu menggunakan sabun pencuci Trojan untuk membasuh pakaian.

    Binaan Frasa Kerja + Frasa Kerja

    1) Menagih dadah dan berjudi menyalahi undang-undang.2) Membaca meluaskan ilmu pengetahuan dan dapat menguasai istilah baharu.3) Bersenam menyihatkan badan dan menguatkan otot.4) Lelaki itu berseluar jean dan memakai Kemeja T.5) Bersukan boleh dijadikan hobi dan meningkatkan kecergasan

    Frasa Nama + Frasa Nama

    1) Fatin dan Fazree merupakan pembahas harapan sekolah.

    Ayat

    Subjek (FN) Predikat (FN)

    Fatin dan Fazree merupakan

    pembahas harapan sekolah

    Kata nama khas.

    Kata tugas jenis kata hubung gabungan.

    Kata nama khas.

    Kata nama terbitan.

    me-...-kan ialah kata terbitan apitan kata kerja.

    Kata nama terbitan.

    pem- ialah kata terbitan awalan kata.

    Kata nama terbitan.

    -an ialah kata terbitan akhiran kata

    Kata nama am.

    53

  • nama.

    Ayat di atas merupakan binaan frasa nama + frasa nama. Ayat di atas juga merupakan ayat majmuk gabungan. Terdapat dua subjek dan satu predikat hasil gabungan dua ayat tunggal. Ayat-ayat tunggal kemudiannya digabungkan menjadi ayat majmuk gabungan dengan kata tugas jenis kata hubung gabungan, iaitu dan. Dua ayat tunggal yang terhasil adalah seperti di bawah:

    Fatin merupakan pembahas harapan sekolah. Fazree merupakan pembahas harapan sekolah.

    1) Syarikat Fajar Suci dan Syarikat Sasbadi ialah dua syarikat penerbitan buku yang terkenal.

    Ayat

    Subjek (FN) Predikat (FN)

    Syarikat

    Fajar Suci

    dan

    Syarikat Sasbadi

    ialah duasyarika

    t

    penerbitan

    buku

    yangterken

    al

    Kata nama khas.

    Kata tugas jenis kata hubung gabungan.

    Kata nama khas.

    Kata tugas prafrasa jenis kata pemeri.

    Kata tugas prafrasa jenis kata bilangan tentu.

    Kata nama am.

    Kata nama terbitan.

    pen-...-an ialah kata terbitan

    Kata nama am.

    Kata tugas jenis kata hubung pancangan relatif.

    Kata adjektif.

    ter- ialah kata terbitan awalan

    54

  • apitan kata nama.

    kata adjektif.

    Ayat di atas merupakan binaan frasa nama + frasa nama. Ayat di atas juga merupakan ayat majmuk pancangan relatif. Terdapat dua subjek dan satu predikat hasil gabungan dua ayat tunggal. Ayat-ayat tunggal kemudiannya digabungkan menjadi ayat majmuk gabungan dengan kata tugas jenis kata hubung gabungan, iaitu dan. Selain itu, setelah menjadi ayat majmuk, ayat tersebut ditambah dengan kata tugas prafrasa jenis kata bilangan tentu, iaitu dua untuk menunjukkan kedua buah syarikat. Dua ayat tunggal yang terhasil adalah seperti di bawah:

    Syarikat Fajar Suci ialah syarikat penerbitan buku yang terkenal. Syarikat Sasbadi ialah syarikat penerbitan buku yang terkenal.

    1) Doktor Fazlee seorang pengacara televisyen dan penyanyi yang hebat.

    Ayat

    Subjek (FN) Predikat (FN)

    Doktor Fazlee

    seorang

    pengacara

    televisyen

    danpenyan

    yiyang hebat

    Kata nama khas. Kata nama inti+penerang nama gelaran atau panggilan.

    Kata nama terbitan. se- ialah kata terbitan awalan kata

    Kata nama terbitan.

    peng- ialah kata terbitan awalan kata

    Kata nama am.

    Kata tugas jenis kata hubung gabungan.

    Kata nama terbitan.

    pe- ialah kata terbitan awalan kata

    Kata tugas jenis kata hubung pancangan relatif.

    Kata adjektif keadaan.

    55

  • nama. nama. nama.

    Ayat di atas merupakan binaan frasa nama + frasa nama. Ayat di atas juga merupakan ayat majmuk gabungan. Terdapat satu subjek dan dua predikat hasil gabungan dua ayat tunggal. Ayat-ayat tunggal kemudiannya digabungkan menjadi ayat majmuk gabungan dengan kata tugas jenis kata hubung gabungan, iaitu dan. Dua ayat tunggal yang terhasil adalah seperti di bawah:

    Doktor Fazlee seorang pengacara televisyen. Doktor Fazlee penyanyi yang hebat.

    Frasa Nama + Frasa Sendi

    1) Razali ke kedai untuk membeli tepung dan gula.

    Ayat

    Subjek (FN)

    PREDIKAT (FS)

    Razali ke kedai untuk membeli tepung dan gula

    Kata nama khas.

    Kata tugas prafrasa jenis kata sendi tunggal.

    Kata nama am.

    Kata tugas prafrasa jenis kata sendi tunggal.

    Kata kerja terbitan.

    mem- ialah kata terbitan awalan kata kerja.

    Kata nama am.

    Kata tugas jenis kata hubung gabungan.

    Kata nama am.

    56

  • - Unsur keterangan tujuan atau harapan.

    Ayat di atas merupakan binaan frasa nama + frasa sendi. Ayat di atas juga merupakan ayat majmuk gabungan. Terdapat satu subjek dan dua predikat hasil gabungan dua ayat tunggal. Ayat-ayat tunggal kemudiannya digabungkan menjadi ayat majmuk gabungan dengan kata tugas jenis kata hubung gabungan, iaitu dan. Dua ayat tunggal yang terhasil adalah seperti di bawah:

    Razali ke kedai untuk membeli tepung. Razali ke kedai untuk membeli gula.

    1) Hardina dan Hasliza ke rumah saya.

    Ayat

    Subjek (FN) Predikat (FS)

    Hardina dan Hasliza ke rumah saya

    Kata nama khas

    Kata tugas jenis kata hubung gabungan.

    Kata nama khas

    Kata tugas prafrasa jenis kata sendi tunggal.

    Kata nama am.

    Kata ganti diri pertama.

    -Kata nama inti + penerang nama milik

    Ayat di atas merupakan binaan frasa nama + frasa sendi. Ayat di atas juga merupakan ayat majmuk gabungan. Terdapat dua subjek dan satu predikat hasil

    57

  • gabungan dua ayat tunggal. Ayat-ayat tunggal kemudiannya digabungkan menjadi ayat majmuk gabungan dengan kata tugas jenis kata hubung gabungan, iaitu dan. Dua ayat tunggal yang terhasil adalah seperti di bawah:

    Hardina ke rumah saya. Hasliza ke rumah saya.

    1) Persalinan pengantin itu daripada benang emas dan sutera.

    Ayat

    Subjek (FN) Predikat (FS)

    Persalinan pengantin itu daripada benang emas dan sutera

    Kata nama terbitan.

    per-..-an ialah kata terbitan apitan kata nama

    Kata nama am

    kata nama

    Kata tugas prafrasa jenis kata sendi.

    Kata nama am

    Kata nama am

    Kata tugas jenis kata hubung gabungan.

    Kata nama am.

    Kata nama inti + penerang bukan nama penentu belakang.

    Kata nama inti + penerang nama jenis

    58

  • Ayat di atas merupakan binaan frasa nama + frasa sendi. Ayat di atas juga merupakan ayat majmuk gabungan. Terdapat satu subjek dan dua predikat hasil gabungan dua ayat tunggal. Ayat-ayat tunggal kemudiannya digabungkan menjadi ayat majmuk gabungan dengan kata tugas jenis kata hubung gabungan, iaitu dan. Dua ayat tunggal yang terhasil adalah seperti di bawah:

    Persalinan pengantin itu daripada benang emas. Persalinan pengantin itu daripada benang sutera.

    1) Azmal dan Azmir pergi ke pinggir kota.

    59

    Ayat

    Subjek (FN) Predikat (FS)

    Azmal dan Azmir pergi ke pinggir kota

    Kata nama khas

    Kata tugas jenis kata hubung gabungan.

    Kata nama khas

    Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.

    Kata tugas prafrasa jenis kata sendi tunggal.

    Kata nama am.

    Kata nama am.

    Kata nama inti + penerang nama tempat

  • Ayat di atas merupakan binaan frasa nama + frasa sendi. Ayat di atas juga merupakan ayat majmuk gabungan. Terdapat dua subjek dan satu predikat hasil gabungan dua ayat tunggal. Ayat-ayat tunggal kemudiannya digabungkan menjadi ayat majmuk gabungan dengan kata tugas jenis kata hubung gabungan, iaitu dan. Dua ayat tunggal yang terhasil adalah seperti di bawah:

    Azmal pergi ke pinggir kota. Azmir pergi ke pinggir kota.

    1) Pembangunan ekonomi memerlukan dan sumbangan daripada semua rakyat.

    60

    Ayat

    Subjek (FN) Predikat FS

    Pembangunan ekonomi memerlukan sumbangan daripada semua rakyat

    Kata nama am bukan manusia.

    Kata kerja

    Men-..-kan

    Apitan kata kerja

    Kata adjektif

    Kata sendi nama

    Kata nama am

    Predikat frasa nama

  • Ayat di atas merupakan binaan frasa nama + frasa sendi nama. Ayat di atas juga merupakan ayat tunggal. Terdapat satu subjek dan satu predikat hasil gabungan satu ayat tunggal. Ayat tunggal kemudiannya dimasukkan unsur keterangan bandingan, iaitu daripada untuk menerangkan kata sendi nama.

    Frasa Nama + Frasa Adjektif

    2) Syafinaz sungguh cantik ibarat puteri kayangan.

    Ayat

    Subjek (FN) Predikat (FA)

    Syafinaz sungguh cantik ibarat puteri kayangan

    Kata nama khas

    Kata tugas prafrasa jenis kata penguat bebas.

    Kata adjektif indera pandang.

    Kata sendi Kata nama am.

    Kata nama am.

    Kata nama inti + penerang nama jenis.

    - Unsur keterangan bandingan.

    61

  • Ayat di atas merupakan binaan frasa nama + frasa adjektif. Ayat di atas juga merupakan ayat tunggal. Terdapat satu subjek dan satu predikat hasil gabungan satu ayat tunggal. Ayat tunggal kemudiannya dimasukkan unsur keterangan bandingan, iaitu ibarat untuk menerangkan kata adjektif.

    3) Kek keju itu sangat sedap dan manis.

    Ayat

    Subjek (FN) Predikat (FA)

    Kek keju itu sangat sedap dan manis

    Kata nama am.

    Kata nama am.

    Kata nama am.

    Kata tugas prafrasa jenis kata penguat bebas.

    Kata adjektif indera rasa.

    Kata tugas jenis kata hubung gabungan.

    Kata adjektif indera rasa.Kata nama inti +

    penerang nama jenis-

    Kata nama inti + penerang bukan nama penentu belakang.

    -

    62

  • Ayat di atas merupakan binaan frasa nama + frasa adjektif. Ayat di atas juga merupakan ayat majmuk gabungan. Terdapat satu subjek dan dua predikat hasil gabungan dua ayat tunggal. Ayat-ayat tunggal kemudiannya digabungkan menjadi ayat majmuk gabungan dengan kata tugas jenis kata hubung gabungan, iaitu dan. Dua ayat tunggal yang terhasil adalah seperti di bawah:

    Kek keju itu sangat sedap. Kek keju itu sangat manis.

    1) Farid dan Kamil sangat pandai dan nakal.

    Ayat

    Subjek (FN) Predikat (FA)

    Farid dan Kamil sangat pandai dan nakal

    Kata nama khas.

    Kata tugas jenis kata hubung gabungan.

    Kata nama khas.

    Kata tugas prafrasa jenis kata penguat bebas.

    Kata adjektif keadaan.

    Kata tugas jenis kata hubung gabungan.

    Kata adjektif keadaan.

    63

  • Ayat di atas merupakan binaan frasa nama + frasa adjektif. Ayat di atas juga merupakan ayat majmuk gabungan. Terdapat dua subjek dan dua predikat hasil gabungan empat ayat tunggal. Ayat-ayat tunggal kemudiannya digabungkan menjadi ayat majmuk gabungan dengan kata tugas jenis kata hubung gabungan, iaitu dan. Dua ayat tunggal yang terhasil adalah seperti di bawah:

    Farid sangat pandai. Kamil sangat pandai. Farid sangat nakal. Kamil sangat nakal.

    64

  • 1) Wajahnya kemerah-merahan kerana baru sahaja dimarahi oleh guru kelasnya.

    Ayat di atas merupakan binaan frasa nama + frasa adjektif. Ayat di atas juga merupakan ayat tunggal. Terdapat satu subjek dan satu predikat hasil gabungan satu ayat tunggal. Ayat tunggal kemudiannya dimasukkan unsur keterangan

    bandingan, iaitu kemerah-merahan untuk menerangkan kata adjektif.

    65

    Ayat

    Subjek (FN)

    Predikat (FA)

    Wajahnya

    kemerah-merahan

    kerana baru sahaj

    a dimarahi

    oleh guru kelasnya

    Kata nama am tak hidup

    Penggandaan separa kata adjektif pada kata apitan

    Kata hubung pancangan keterangan

    Kata kerja Usur keterangan

    Kata kerja transitif

    Ayat pasif

    Kata sendi nama

    Kata nama am

    keterangan

  • 2) Mangsa banjir terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh pihak kerajaan.

    Ayat di atas merupakan binaan frasa nama + frasa adjektif. Ayat di atas juga merupakan ayat tunggal. Terdapat satu subjek dan satu predikat hasil gabungan satu ayat tunggal. Ayat tunggal kemudiannya dimasukkan unsur keterangan bandingan, iaitu terharu untuk menerangkan kata adjektif.

    Frasa Nama + Frasa Kerja

    66

    Ayat

    Subjek (FN) Predikat (FA)

    Mangsa banjir

    terharudenga

    nbantuan yang

    dihulurkan

    oleh piha

    k kerajaan

    Kata nama am hidup

    Kata adjektif

    Apitan ter-...

    Kata sendi nama

    Kata kerja tak transitif berpelengkap

    Kata hubung pancangan relatif

    Kata kerja transitif

    Ayat pasif

    Kata sendi nama Kata nama am

  • 3) Persatuan Buruh mengadakan perbincangan untuk melantik ahli jawatankuasa.

    Ayat

    Subjek (FN)

    Predikat (FK)

    Persatuan Buruh

    mengadakan perbincangan untuk melantik ahli jawatankuasa

    Kata nama khas.

    Kata kerja terbitan.

    meN-...-kan ialah kata terbitan apitan kata kerja.

    Kata kerja terbitan.

    per-...-an ialah kata terbitan apitan kerja nama.

    Kata tugas prafrasa jenis kata sendi tunggal.

    Kata kerja terbitan.

    meN-ialah kata terbitan awalan kerja kerja.

    Kata nama am.

    Kata nama terbitan. Kekecualian bentuk kata majmuk.

    - Unsur keterangan tujuan atau harapan.

    Ayat di atas merupakan binaan frasa nama + frasa kerja. Ayat di atas juga merupakan ayat tunggal. Terdapat satu subjek dan satu predikat hasil gabungan empat ayat tunggal. Ayat tunggal kemudiannya dimasukkan unsur keterangan tujuan atau harapan, iaitu untuk untuk menerangkan kata kerja.

    4) Para pendidik sedang membuat perbincangan dan mengusulkan cadangan.

    67

  • Ayat

    Subjek (FN)

    Predikat (FK)

    Para pendi

    dik

    sedang membuat

    perbincangan

    dan mengusulkan

    cadangan

    Kata nama am.

    Kata tugas prafrasa jenis kata bantu sedang dilakukan.

    Kata kerja terbitan.

    meN-ialah kata terbitan awalan kerja kerja.

    Kata kerja terbitan.

    per-...-an ialah kata terbitan apitan kerja nama.

    Kata tugas jenis kata hubung gabungan.

    Kata kerja terbitan.

    meng-...-kan ialah kata terbitan apitan kerja nama.

    Kata nama terbitan.

    -an ialah kata terbitan akhiran kerja nama.

    Ayat di atas merupakan binaan frasa nama + frasa kerja. Ayat di atas juga merupakan ayat majmuk gabungan. Terdapat satu subjek dan dua predikat hasil gabungan dua ayat tunggal. Ayat-ayat tunggal kemudiannya digabungkan menjadi ayat majmuk gabungan dengan kata tugas jenis kata hubung gabungan, iaitu dan. Dua ayat tunggal yang terhasil adalah seperti di bawah:

    Para pendidik sedang membuat perbincangan. Para pendidik mengusulkan cadangan.

    1) Khairunnisa membuat persembahan dalam Malam Muzikal.

    68

  • Ayat

    Subjek (FN) Predikat (FK)

    Khairunnisa membuat persembahan dalam Malam Muzikal

    Kata nama khas.

    Kata kerja terbitan.

    meN-ialah kata terbitan awalan kerja kerja.

    Kata kerja terbitan.

    per-...-an ialah kata terbitan apitan kerja nama.

    Kata tugas prafrasa jenis kata sendi tunggal.

    Kata nama khas.

    - Unsur keterangan waktu.

    Ayat di atas merupakan binaan frasa nama + frasa kerja. Ayat di atas juga merupakan ayat tunggal. Terdapat satu subjek dan satu predikat dalam ayat tunggal di atas. Ayat tunggal kemudiannya dimasukkan unsur keterangan waktu, iaitu dalam untuk menerangkan kata kerja terbitan.

    Frasa Kerja + Frasa Kerja

    69

  • 2) Menagih dadah dan berjudi menyalahi undang-undang.

    Ayat

    Subjek (FK) Predikat (FK)

    Menagih dadah dan berjudi menyalahi undang-undang

    Kata kerja terbitan.

    meN-ialah kata terbitan awalan kerja kerja.

    Kata nama am.

    Kata tugas jenis kata hubung gabungan.

    Kata kerja terbitan.

    beR-ialah kata terbitan awalan kerja kerja.

    Kata kerja terbitan.

    meN-..-i ialah kata terbitan apitan kerja kerja.

    Kata ganda jenis penggandaan penuh.

    Ayat di atas merupakan binaan frasa kerja + frasa kerja. Frasa kerja yang menjadi subjek dalam ayat di atas berfungsi sebagai kata nama. Ayat di atas juga merupakan ayat majmuk gabungan. Terdapat dua subjek dan satu predikat hasil gabungan dua ayat tunggal. Ayat-ayat tunggal kemudiannya digabungkan menjadi ayat majmuk gabungan dengan kata tugas jenis kata hubung gabungan, iaitu dan. Dua ayat tunggal yang terhasil adalah seperti di bawah:

    Menagih dadah menyalahi undang-undang. Berjudi menyalahi undang-undang.

    1) Membaca meluaskan ilmu pengetahuan dan menguasai istilah baharu.

    70

  • Ayat

    Subjek (FK)

    Predikat (FK)

    Membaca

    meluaskan

    ilmupengeta

    huandan

    dapatmenguasai

    istilah

    baharu

    Kata kerja terbitan

    meN-ialah kata terbitan awalan kata kerja.

    Kata kerja terbitan.

    meN-..-kan ialah kata terbitan apitan kata kerja.

    Kata nama am

    Kata nama terbitan.

    peng-..-an ialah kata terbitan apitan kata nama.

    Kata tugas jenis kata hubung gabungan.

    Kata kerja transitif.

    Kata kerja terbitan.

    meN-..-i ialah kata terbitan apitan kata kerja.

    Kata nama am.

    Kata adjektif sifat.

    Ayat di atas merupakan binaan frasa kerja + frasa kerja. Frasa kerja yang menjadi subjek dalam ayat di atas berfungsi sebagai kata nama. Ayat di atas juga merupakan ayat majmuk gabungan. Terdapat satu subjek dan dua predikat hasil gabungan dua ayat tunggal. Ayat-ayat tunggal kemudiannya digabungkan menjadi ayat majmuk gabungan dengan kata tugas jenis kata hubung gabungan, iaitu dan. Dua ayat tunggal yang terhasil adalah seperti di bawah:

    Membaca meluaskan ilmu pengetahuan. Membaca dapat menguasai istilah baharu.

    1) Bersenam menyihatkan badan dan menguatkan otot.

    71

  • Ayat

    Subjek (FK)

    Predikat (FK)

    Bersenammenyihatka

    nbadan dan menguatkan otot

    Kata kerja terbitan

    beR- ialah kata terbitan awalan kata kerja.

    Kata kerja terbitan.

    meN-..-kan ialah kata terbitan apitan kata kerja.

    Kata nama am.

    Kata tugas jenis kata hubung gabungan.

    Kata kerja terbitan.

    meN-..-kan ialah kata terbitan apitan kata kerja.

    Kata nama am.

    Ayat di atas merupakan binaan frasa kerja + frasa kerja. Frasa kerja yang menjadi subjek dalam ayat di atas berfungsi sebagai kata nama. Ayat di atas juga merupakan ayat majmuk gabungan. Terdapat satu subjek dan dua predikat hasil gabungan dua ayat tunggal. Ayat-ayat tunggal kemudiannya digabungkan menjadi ayat majmuk gabungan dengan kata tugas jenis kata hubung gabungan, iaitu dan. Dua ayat tunggal yang terhasil adalah seperti di bawah:

    Bersenam menyihatkan badan. Bersenam menguatkan otot.

    72

  • 1) Lelaki itu berseluar jean dan memakai kemeja T.

    Ayat di atas merupakan binaan frasa kerja + frasa kerja. Frasa kerja yang menjadi subjek dalam ayat di atas berfungsi sebagai kata nama. Ayat di atas juga

    73

    Ayat

    Subjek (FK)

    Predikat (FK)

    Lelaki itu berseluar jean dan memakai Kemaja T

    Kata nama am.

    Kata nama am hidup manusia.

    Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap

    Objek

    Sebagai unsur penerang

    Kata tugas jenis kata hubung gabungan.

    Kata kerja tak transitif dengan pelengkap

    Objek

    Sebagai unsure penerang.

  • merupakan ayat majmuk gabungan. Terdapat satu subjek dan dua predikat hasil gabungan dua ayat tunggal. Ayat-ayat tunggal kemudiannya digabungkan menjadi ayat majmuk gabungan dengan kata tugas jenis kata hubung gabungan, iaitu dan. Dua ayat tunggal yang terhasil adalah seperti di bawah:

    Lelaki itu berseluar jean

    Lelaki itu memakai kemeja T.

    1) Bersukan boleh dijadikan hobi dan meningkatkan kecergasan.

    74

    Ayat

    Subjek (FK)

    Predikat (FK)

    Bersukan boleh dijadikan hobi dan meningkat

    kan kecergasan

    Kata kerja terbitan.

    beR- ialah kata terbitan awalan kata kerja.

    Kata bantu ragam

    Kata kerja transitif

    Ayat pasif

    Unsur penerangan.

    Kata hubung gabungan

    Kata kerja terbitan

    Men-..-kan ialah kata terbitan apitan kata kerja

    Kata adjektif ke-..-an apitan kata adjektif

  • Ayat di atas merupakan binaan frasa kerja + frasa kerja. Frasa kerja yang menjadi subjek dalam ayat di atas berfungsi sebagai kata nama. Ayat di atas juga merupakan ayat majmuk gabungan. Terdapat satu subjek dan dua predikat hasil gabungan dua ayat tunggal. Ayat-ayat tunggal kemudiannya digabungkan menjadi ayat majmuk gabungan dengan kata tugas jenis kata hubung gabungan, iaitu dan. Dua ayat tunggal yang terhasil adalah seperti di bawah:

    Bersukan boleh dijadikan hobi Bersukan boleh meningkatkan kecergasan.

    11.0 GOLONGAN KATA NAMA

    Golongan kata nama, seperti yang telah diterangkan, merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep. Golongan kata nama pula dipecahkan kepada 3 subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik perkataannya iaitu:

    i) Kata Nama Khasii) Kata Nama Amiii) Kata Ganti Nama

    Maksud ciri-ciri semantik kata nama ialah makna yang didukung oleh setiap perkataan yang tergolong dalam kata nama. Berikut merupakan kata nama yang saya analisis daripada artikel yang saya pilih:

    Kata Nama Khas

    Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama

    75

  • khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.

    i) Kata Nama Khas tak Hidup

    Kata nama khas ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang khusus tetapi bukan hidup.

    Contoh penggunaannya ayat dalam artikel: Masyrakat Melayu terkenal dengan keunikkan reka bentuk rumah tradisional.

    i) Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia

    Kata nama ini terdiri daripada perkataan yang merujuk benda-benda yang hidup tetapi bukan jenis manusia.

    Contoh penggunaannya dalam artikel: Ada waktunya pintu melahirkan keadaan mitos puteri raja yang terselamat

    dari burung Geroda kerana rumahnya mempunyai pintu yang kukuh dan kunci yang ajaib.

    Kata Nama Am

    Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am dapat dibahgikan kepada dua jenis, iaitu kata nama am konkrit dan kata nama am abstrak.

    i) Kata Nama Am Konkrit

    Jenis kata nama yang membawa konsep kebendaan:

    Contoh dalam aritikel saya:

    Rumah Tangga Kaki

    76

  • Tangan Tempayan Guri Gayung Pintu

    i) Kata Nama Am Abstrak

    Jenis kata nama yang membawa konsep mujarad atau bukan kebendaan.

    Contoh dalam artikel saya:

    Mimpi Kepercayaan Keselamatan Kesyahduan Kemesraan

    Kata Ganti Nama

    Kata ganti nama dibahagikan kepada dua subgolongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjukdan kata ganti nama nama diri. Kata ganti nama tunjuk terbahagi kepada dua, iaitu kata ganti nama tunjuk umum dan kata ganti nama tunjuk tempat. Kata ganti nama diri pula boleh dipecahkan lagi kepada kata ganti diri tanya dan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nam diri orang pula terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua, dan kata ganti nama diri orang ketiga.

    i) Kata ganti nama tunjukKata ganti nama tunjuk ialah kata kata ganti nama yang berfungsi mengarahkan kepada sesuatu perkara, benda, atau tempat. Kata ganti nama yang menunjuk pada perkara atau benda disebut kata ganti nama tunjuk umum.

    Contoh penggunaan ayatnya dalam artikel:

    77

  • a) Selepas tangga biasanya ada lapangan dibina sebelum menemui pintu dan lapangan ini ialah tempat berehat atau meletakkan barangan keperluan harian.

    b) Kata ganti nama diriKata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara, atau manusia.

    Contoh penggunaan ayatnya dalam artikel:a) Ruangnya tidaklah luas di mana fungsinya hanyalah sebagai tempat ahli

    keluarga makan.

    a) Kata Ganti Nama diri orang ketiga

    Kata ganti nama diri orang ialah jenis ganti nama yang merujuk manusia.

    Contoh penggunaannya dalam ayat:a) Ia menjadi petunjuk tentang keluar masuk rezeki kehidupan, tempat

    menyambut masuknya tetamu.

    11.1 GOLONGAN KATA KERJA

    Golongan kata kerja merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif pula terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transituf berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif dan kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif.

    Kata kerja tak transitif.

    Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti dengan pelengkap, sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap.

    78

  • Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

    i) Kata kerja tak transitif tak berpelengkap: Contoh yang terdapat dalam artikel saya:

    a) Berehatb) Tidurc) Berbohongd) Makane) Bersembang

    i) Kata kerja tak transitif berpelengkap: Contoh yang terdapat dalam artikel saya:

    a) Tinggal (di rumah)b) Membasuh (kaki)c) Menghantar (tetamu)d) Berbincang (tentang persoalan keluarga)e) Membina (rumah)

    Kata kerja transitif

    Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek. Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitukata kerja dalam ayat aktif dan kata kerja dalam ayat pasif.

    Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran kan atau i. Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.

    Contoh yang terdapat dalam artikel saya:

    Kata Kerja Kata Kerja

    79

  • (ayat aktif) (ayat pasif)Makan dimakan, kumakanMenghantar dihantar, kuhantar, kauhantarMenerima saya terima, kamu terima, diterimaMenerangi saya terangi, kamu terangi, diterangiMembina kubina, kaubina, dibina

    11.2 GOLONGAN KATA TUGAS

    Golongan kata tugas ialah golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu terkandung dalamnya golongan-golongan kecil yang berbeza-beza tetapi mempunyai satu sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa endosentrik iaitu frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Perkataan dalam golongan kata tugas ini masuk ke dalam binaan ayat sama ada melalui perhubungan dengan perkataan daripada golongan kata kerja, kata nama, dan kata adjektif, ataupun melalui perhubungan secara langsung dengan binaan frasa atau klausa tertentu. Misalnya kata bilangan masuk ke dalam frasa nama melalui perhubungan dengan kata nama, seperti dalam contoh yang berikut:

    Kata hubung gabungan

    Kata hubung gabungan ialah jenis yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan. Contoh kata hubung gabungan dalam artikel saya ialah:

    Dan, atau, tetapi.

    Penggunaanya dalam ayat adalah seperti berikut:

    i) Selain pintu utama, setiap bilik dalam rumah juga dilengkapi dengan pintu dan kunci.

    ii) Kebiasaannya di hujung tangga ada tempayan atau guri untuk membasuh kaki.

    80

  • iii) Berhampiran dengan dapur adalah ruang yang bersifat seperti ruang tamu tetapi ruangnya tidaklah luas di mana fungsinya hanyalah sebagai tempat ahli keluarga makan dan bersembang.

    Kata hubung pancangan

    Kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Terbahagi kepada tiga iaitu:

    i) Kata hubung pancangan relatifii) Kata hubung pancangan komplemeniii) Kata hubung pancangan keterangan.

    i) Kata hubung pancangan relatif

    Kata hubung pancangan relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung jenis ini ialah yang.

    Beberapa contoh ayat dalam artikel yang saya pilih mempunyai kata relatif adalah seperti berikut:

    a) Kebiasaannya di hujung tangga ada tempayan atau guri untuk membasuh kaki yang disertakan dengan gayung buatan sendiri.

    b) Pintu yang kukuh melambangkan keselamatan yang sejati.c) Rumah dibentuk oleh ruang tamu yang menampilkan keluasan dalam sifat yang

    menarik.

    i) Kata hubung pancangan komplemen

    Kata hubung pancangan komplemen berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Dua contoh kata komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk. Contoh penggunaannya dalam artikel saya pilih:

    81

  • a) Sebuah rumah adalah tempat manusia tinggal, hidup, dan menjadi tempat persinggahan yang tetap untuk jangka masa yang tidak diketahui.

    b) Kebiasaannya di hujung tangga ada tempayan atau guri untuk membasuh kaki yang disertakan dengan gayung buatan sendiri.

    i) Kata hubung pancangan keterangan

    Kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Beberapa contoh kata keterangan adalah seperti berikut:

    Kerana, untuk, dan apabila

    Contoh penggunaannya dalam ayat:

    a) Selepas pintu, rumah dibentuk oleh ruang tamu yang menampilkan keluasan dalam sifat yang menarik kerana ruang tamu merupakan usul penerimaan.

    b) Ia membawa kesan penginstitusian yang berlanjutan dan apabila ia disebarkan diseluruh persekitaran masyarakat, ia mudah difahami.

    KATA BANTU

    Kata bantu, yang hadir sebelum frasa, ialah sejenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama, iaitu menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu dan ragam. Kata bantu terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.

    i) Kata bantu aspek

    Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu sama ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu ialah telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula, dan belum.

    Penggunaanya dalam ayat adalah seperti berikut:

    82

  • Ikan kering akan diletakkan dalam bakul yang boleh ditarik turun naik.i) Kata bantu ragam

    Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan berkait dengan perbuatan yang dilakukan seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, enggan, patut, dan mungkin. Contoh penggunaannya dalam ayat ialah:

    Penghuninya boleh tidur atau melalui mimpi malam dengan aman.

    Kata Penegas

    Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas iaitu:

    i) Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, -kah, -tah, dan lah.

    ii) Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya juga, jua, pun, sahaja, lagi, dan memang.

    Penggunaanya dalam ayat adalah seperti berikut:

    a) Pintu membawa kenyataan dan kebenaran yang jelas bagi sesebuah rumah kerana ia tidak pernah berbohong akan siapakah yang pernah memasuki rumah melaluinya.

    b) Di dapurlah segala makanan diproses.c) Beras putih diletakkan dalam tempayan dan antah telah pun dibuang jauh.

    Kata Nafi

    Kata nafi, yang hanya hadir sebelum frasa, ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat , iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Penggunaan dalam dalam ayat berdasarkan artikel yang saya pilih ialah kata nafi tidak.

    Contohnya:

    83

  • a) Sebuah rumah adalah tempat manusia tinggal, hidup, dan menjadi tempat persinggahan yang tetap untuk jangka masa yang tidak diketahui.

    b) Pintu membawa kenyataan dan kebenaran yang jelas bagi sesebuah rumah kerana ia tidak pernah berbohong akan siapakah yang pernah m