syariah 1.docx

34
PERKARA HALAMAN Kandungan 1 Abstrak 2 Penghargaan 3 Senarai Jadual 4 1. Pengenalan 5 2. Objektif Kajian 6 3. Kaedah Kajian 7 4. Perbincangan dan Hasil Kajian 4.1 Konsep Mudhrabah 4.2 Hukum Dan Dalil Mensyariatkan Mudharabah 4.3 Rukun Mudharabah 4.4 Jenis Mudharabah 4.5 Bank Islam Bermudharabah 4.6 Demografi Responden 4.7 Analisa Mengenai Kefahaman Masyarakat Tentang Konsep Mudharabah dan Kelebihan Etiqa Insurance dan Takaful (EIT) 4.7.1 Mengenalpasti Kefahaman Masyarakat Mengenai Konsep Mudharabah 4.7.2 Mengkaji kelebihan Etiqa Insurance dan Takaful (EIT) 8 5. Rumusan dan Cadangan 6. Senarai Rujukan

Upload: arish-afiqah

Post on 08-Jul-2016

258 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: syariah 1.docx

PERKARA HALAMAN

Kandungan 1

Abstrak 2

Penghargaan 3

Senarai Jadual 4

1. Pengenalan 5

2. Objektif Kajian 6

3. Kaedah Kajian 7

4. Perbincangan dan Hasil Kajian4.1 Konsep Mudhrabah4.2 Hukum Dan Dalil Mensyariatkan Mudharabah4.3 Rukun Mudharabah4.4 Jenis Mudharabah4.5 Bank Islam Bermudharabah4.6 Demografi Responden4.7 Analisa Mengenai Kefahaman Masyarakat Tentang Konsep Mudharabah dan Kelebihan Etiqa Insurance dan Takaful (EIT)

4.7.1 Mengenalpasti Kefahaman Masyarakat Mengenai Konsep Mudharabah4.7.2 Mengkaji kelebihan Etiqa Insurance dan Takaful (EIT)

8

5. Rumusan dan Cadangan

6. Senarai Rujukan

7. Lampiran

Page 2: syariah 1.docx

2. OBJEKTIF KAJIAN

Setiap kajian yang dilaksanakan sudah semestinya mempunyai objektif yang

tersendiri. Oleh itu, dalam menjalankan kajian tentang konsep mudharabah dalam islam dan

kelebihan Etiqa Insurance dan Takaful, saya telah menetapkan beberapa objektif yang ingin

dicapai semasa menjalankan kajian ini. Antaranya ialah :

• Mengenalpasti konsep mudharabah dalam Islam.

• Mengkaji kelebihan Etiqa Insurance dan Takaful (EIT)

3. KAEDAH KAJIAN

Setiap kajian mempunyai kaedah kajian yang digunakan untuk menjayakan kajian tersebut.

Oleh itu, bagi menjayakan kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah perpustakaan dan

kaedah lapangan untuk mendapatkan segala maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian.

1. Kaedah Perpustakaan

Penyelidik telah mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dengan pergi ke

perpustakaan kerana di sanalah terdapatnya bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk kajian

yang dijalankan oleh pengkaji. Bahan-bahan diperolehi melalui bahan-bahan bertulis seperti

buku,artikel, risalah dan juga melalui media elektronik iaitu internet. Melalui buku-buku yang

ada di perpustakaan tersebut, penyelidik dapat menjalankan kajian dengan kemas dan

tersusun. Selain itu, melalui media elektronik iaitu internet pula, penyelidik berpeluang

memperoleh lebih banyak maklumat untuk mengetahui konsep mudharabah dalam Islam dan

kelebihan Etiqa Insurance dan Takaful.Dengan teknologi yang tersedia ada, penyelidik dapat

menjimatkan masa dan tenaga dengan melayari internet untuk mendapatkan bahan-bahan

yang mencukupi.

Page 3: syariah 1.docx

2. Kaedah Lapangan

Melalui kaedah ini, pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 20 orang

responden secara rawak di penempatan Bandar Baru Bangi. Hal ini adalah bertujuan untuk

mengetahui tahap kefahaman masyarakat tentang konsep mudharabah dalam Islam dan

kelebihan Etiqa Insurance dan Takaful.

Page 4: syariah 1.docx

TAJUK : PELAKSANAAN MUDHARABAH DI ETIQA INSURANCE DAN

TAKAFUL

ABSTRAK

Kajian ini dihasilkan adalah untuk mengetahui pelaksanaan mudharabah dalam

produk takaful di Etiqa Insurance dan Takaful (EIT). Manakala objektif kajian ini pula adalah

untuk mengenalpasti konsep mudharabah dan mengkaji pelaksanaannya dalam

islama.Seterusnya, kajian ini dibuat kerana terdapat majoriti penduduk di kawasan tersebut

merupakan masyarakat Islam. Bagi memastikan kajian ini berjalan dengan lancar, dua kaedah

kajian telah digunakan iaitu kaedah perpustakaan dan kaedah kajian lapangan. Kaedah

perpustakaan merujuk kepada bahan-bahan bertulis, manakala kaedah lapangan iaitu soal

selidik telah diberikan kepada 25 orang responden secara keseluruhan di penduduk kawasan

yang terlibat dalam kajian ini. Tambahan pula, merujuk kepada dapatan kajian, mendapati

bahawa tahap kefahaman masyarakat terhadap konsep mudharabah adalah sangat baik.

Malah, terdapat juga tahap kefahaman sebahagian masyarakat yang lemah dan kurang

memuaskan.

Page 5: syariah 1.docx

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t., bersyukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah

kurniaNya dapat saya menyiapkan kerja kursus Syariah yang bertajuk Pelaksanaan

mudharabah di Etiqa Insurance dan Takaful.

Semasa memulakan kajian ini, saya telah mendapatkan bantuan dan sokongan

pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah Puan Wan Ruhayah

binti Wan Yaacob. Jutaan terima kasih juga kepada Guru Penolong Kanan Tingkatan 6,

Encik Shaharuddin bin Abu Kassim kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk

menjalankan kajian.

Disamping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru

pembimbing saya iaitu Puan Rabiatul Adawiyah binti Abdul Sarif kerana telah banyak

memberi tunjuk ajar dalam menjayakan kerja kursus ini.

Pada kesempatan ini juga, terima kasih diucapkan kepada kedua ibubapa saya iaitu

Mohd Noor bin Abd Rani dan Nor Fidah binti Othman serta keluarga yang tidak jemu

memberi sokongan moral kepada saya dalam apa sahaja yang saya lakukan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan serta rakan yang lain kerana telah banyak

membantu saya untuk mencari dan mengumpulkan maklumat yang penting untuk

menyempurnakan kajian ini. Tanpa anda semua menjadi di tulang belakang kepada saya,

kerja kursus ini tidak akan terhasil, Terima kasih.

Page 6: syariah 1.docx

1. PENGENALAN

Pada masa kini, keselamatan masyarakat semakin tergugat. Oleh itu, mereka

memerlukan perlindungan yang tetap terutama sekali kepada keluarga, saudara mara, adik-

beradik mahupun diri sendiri. Perlindungan ini juga merupakan keperluan asas yang perlu

ada bagi masyarakat di Malaysia.Perlindungan yang disebut ialah perlindungan yang

disediakan oleh takaful. Bukan itu sahaja, takaful juga dapat membantu golongan susah

mahupun senang. Malah pelaksanaan terbahagi kepada dua iaitu al tabbaru dan al

mudharabah. Pelaksanaan mudharabah dalam takaful sangat penting dan perlu diamalkan

kerana perlaksanaannya memerlukan perkongsian di antara dua pihak yang bersetuju melalui

sighahnya dalam pengurusan takaful ini.

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab ‘Al-Kafala’ (jamin)

iaitu bermaksud ‘Saling Jamin Menjamin’. Dari segi tafsiran Syara’ ia adalah pakatan satu

kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika

peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah. Takaful juga berasaskan prinsip-prinsip

berkongsi tanggungjawab, berkerjasama dan saling membantu untuk menjaga kepentingan

bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan

digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Seterusnya, mudharabah ialah perjanjian antara pemilik modal dan pengusaha,

dimana pemilik modal bersetuju membiayai sepenuhnya sesuatu projek perniagaan atau

pelaburan dan pengusaha bersetuju mengusahakannya secara berkongsi untung dengan

nisbah pembahagian untung yang dipersetujui bersama terlebih dahulu.

Page 7: syariah 1.docx

Mudharabah juga dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu mudharabah muthlaqah

dan mudharabah muqayyah. Dimana, mudharabah muthlaqah bererti system mudharabah

dimana pemilik modal menyerahkan modal kepada pengusaha tanpa pembatasan jenis usaha,

tempat dan waktu dengan siapa pengusaha bertransaksi. Jenis ini memberikan kebebasan

kepada Mudhorib (pengusaha modal) melakukan apa saja yang dipandang dapat mewujudkan

kemaslahatan. Manakala, mudharabah muqayyad pula ialah pemilik modal menyerahkan

modal kepada pengusaha dan menentukan jenis usaha, tempat, waktu atau orang yang

berhubung dengan mudhorib.

Manakala jumhur ulama berpendapat bahawa rukun mudharabah ada tiga, iaitu orang

yang melakukan akad (al aqidani), modal ( ma’qud alaihz ), dan sighah ( ijab dan qabul ).

Orang yang melakukan akad atau lebih dikenali sebagai al aqidani merupakan ahli yang

diwakilkan atau menjadi wakil, hal ini kerana mudharib merupakan pengusaha harta pemilik

modal, iaitu menjadi wakil. Namun demikian, status agama tidak disyaratkan khusus hanya

untuk muslim sahaja, malah agama juga lain juga boleh. Maksud agama lain disini ialah

orang kafir dzimmi atau orang kafir yang dilindungi di negara Islam.

Seterusnya, modal atau ma’qud alaih. Modal ini harus seperti wang, dirham atau

sejenisnya, dimana segala sesuatu yang memungkinkan dalam perkongsian. Malah tidak lupa

juga, syarat yang terakhir ialah sighah atau dikenali sebagai ijab dan qabul. Sewaktu

menjalankan sesuatu akad, ia tidak boleh diselangi antara ijab dan qabul perkataan lain dan

tidak boleh juga diselangi dengan diam yang lama. Sekiranya, perkara ini berlaku, maka

mudharabah tersebut secara tidak langsung akan terbatal.

Tambahan pula, mudharabah tidak akan sah atau tidak boleh digunapakai sekiranya

ada perkara-perkara yang membatalkan seperti syarat mudharabah tidak dipenuhi salah satu

atau beberapa syarat mudharabah. Pembatalan tersebut bukan sahaja khas untuk semua

syarikat, malah pembatalan tersebut juga berlaku bagi sesetengah syarikat. Dimana,

berlakunya fasakh seorang ahli syarikat dengan cara menarik balik modalnya. Manakala

kebinasaan yang melibatkan modal syarikat atau modal salah seorang ahli syarikat sebelum

membuat pembelian, khusus bagi sesetengah syarikat sahaja.

Page 8: syariah 1.docx

Oleh itu, mudharabah juga terdapat banyak kelebihan sewaktu disyariatkannya,

dimana islam mensyariatkan akad kerja sama Mudharabah untuk memudahkan orang, malah

sebahagian mereka memiliki harta tetapi tidak mampu mengusahakannya. Namun, ada juga

orang yang tidak memiliki harta mahupun kemampuan untuk mengusaha dan

mengembangkannya. Allah tidak mensyariatkan satu akad kecuali untuk mewujudkan

kemaslahatan dan menolak kerosakan.

Seterusnya, takaful ini ingin mengurangkan beban bagi masyarakat yang

menginginkan bantuan jika berlakunya kemalangan, kesakitan dan lain-lain. Firman Allah

s.w.t. Maksudnya : Dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui

bahawa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu. Maka dia

memberi keringanan kepadamu. Oleh sebab itu, bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al-

quran. Hal ini kerana, Allah mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang

sakit.

Jelas sekali bahawa pelaksanaan mudharabah dalam takaful banyak membantu

masyarakat dikala mereka kesusahan dan sangat memerlukan. Sikap prihatin dan tolong

menolong ini merupakan faktor yang membolehkan perlaksanaan mudharabah itu

menjadikan landasan yang diikuti oleh masyarakat dalam pengurusan takaful ini.

Kesimpulannya, pelaksanaan mudharabah dalam takaful ini bukanlah perlaksanaan

yang ditokok tambah semata-mata tetapi ia juga bertujuan untuk menjaga kemaslahatan

masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. Ini menunjukkan bahawa setiap perlaksanaan

perlu diambil berat sama ada dikalangan sahabat, tabi’ tabiin dan jumhur ulama. Jumhur

ulama juga ada mengatakan sesuatu mudharabah itu boleh digunakan selagi tidak bercanggah

dengan syariat Islam.

Page 9: syariah 1.docx

4. Perbincangan dan Dapatan Kajian

4.1 Konsep Mudharabah

Mudharabah ialah akad antara dua orang yang mengandungi penyerahan harta oleh

seorang kepada seorang lagi untuk berniaga dengan berkongsi untung mengikut syarat-syarat

tertentu. Mudharabah juga disebut dengan perkataan al-Qiradh.

Mudharabah atau qiradh adalah sebahagian daripada jenis-jenis syarikat. Istilah

mudharabah digunakan oleh orang Iraq, manakala orang Hijaz menyebutnya dengan istilah

Qiradh. Oleh yang demikian itu, mudharabah dan qiradh adalah dua istilah untuk maksud

yang sama.

Contoh mudharabah ialah pihak tuan punya modal menyerahkan modalnya kepada

pengusaha untuk diusahakan dalam bidang perdagangan, perindustrian dan sebagainya

dengan membahagikan untung di antara kedua belah pihak mengikut kadar yang dipersetujui

seperti 30% untuk tuan punya modal dan 70% untuk pengusaha.

Tujuan mudharabah ialah untuk mengadakan kerjasama di antara tuan punya harta

yang boleh dijadikan modal tetapi tiada pengalaman dalam bidang perniagaan dan

perusahaan atau tiada peluang untuk berusaha sendiri dalam lapangan perdagangan dan

perindustrian, dengan orang yang berpengalaman dalam bidang perdagangan dan

perindustrian tetapi tidak mempunyai modal. Ia merupakan satu cara untuk mengelakkan

pembekuan modal tuan-tuan punya modal. Melalui akad mudharabah kemahiran serta

kekayaan yang ada pada mereka dapat dimanfaatkan.

Menurut Istilah ekonomi tuan punya modal adalah unit lebihan, manakala orang yang

berusaha adalah unit kurangan. Kerjasama di antara kedua-dua unit ini amat perlu dalam

setiap masyarakat demi kepentingan anggota-anggotanya.

Page 10: syariah 1.docx

Mudharabah juga adalah salah satu amalan perkongsian yang terdapat di zaman

Jahiliyah, di mana diakui oleh Islam. Di antara orang-orang yang berusaha dalam lapangan

perdagangan melalui kaedah mudharabah ialah Nabi Muhammad s.a.w.

Sebelum Baginda dilantik menjadi Rasul, Baginda bermudharabah dengan Siti

Khadijah dalam menjalankan perdagangan di antara negeri Mekah dengan negeri Syam iaitu

Syria sekarang ini. Siti Khadijah tertarik dengan sifat-sifat amanah, jujur dan kebijaksanaan

Nabi Muhammad s.a.w. dalam perniagaan dengan mendapat keutungan berlipat ganda.

Akhirnya mereka dijodohkan oleh Allah s.w.t. sebagai suami dan isteri. Justeru itu, Nabi

Muhammad s.a.w. terus berniaga sehingga Baginda dilantik oleh Allah s.w.t. menjadi Nabi

dan Rasul.

4.2 Hukum dan dalil mensyariatkan Mudharabah

Semua mazhab telah bersepakat mengatakan bahawa mudharabah ini adalah harus

diamalkan berdasarkan dalil-dalil dari Al-quran, hadis dan ijmak ulama’.

1) Antara dalil-dalil dari Al-quran karim itu ialah :-

1. Firman Allah taala :

Maksudnya : Dia mengetahui bahawa aka nada di antara kamu orang-orang yang

sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebahagian kurniaan

Allah ; dan orang –orang yang lain lagi yang berperang di jalan Allah...” (Surah

al-Muzzammil : 20)

2) Manakala dalil dari hadis Al-Sharif pula antaranya ialah :-

2. Shuhaib radhiyallahu anhu berkata : Rasulullah bersabda : “Ada tiga perkara yang

padanya itu diberi keberkatan iaitu jualan harga bertangguh, mudharabah dan mencampur

gandum dengan jewawut untuk makanan (keluarga) dirumah bukan untuk jualan.”(HR.Ibnu

Majah)

Page 11: syariah 1.docx

3) Sementara dalil dari Ijmak pula :

3. Sekumpulan para sahabat menyerahkan harta anak yatim sebagai mudharabah dan

tiada seorang pun di kalangan mereka mengingkarinya, Oleh itu, maka jadilah ijmak sahabat

dengan mengharuskan mudharabah.

4.3 Rukun Mudharabah

Rukun-rukun mudharabah ialah :

1) Tuan punya modal

2) Pengusaha

3) Modal

4) Kerja atau projek

5) Untung

6) Sighah : Ijab dan qabul

4.4 Jenis mudharabah

Mudharabah terbahagi kepada dua jenis mengikut kuasa yang diberi oleh tuan punya

modal dan bidang-bidang muamalat. Jenis-jenis itu ialah :

Mudharabah Mutlaqah

Mudharabah Mutlaqah ialah mudharabah di mana tuan punya modal memberi

kebebasan dan kuasa kepada pengusaha untuk menjalankan projek tanpa sekatan, tanpa

terikat dengan masa, tempat, jenis perusahaan dan pelanggan. Oleh itu, pengusaha bebas

menjalankan muamalat-muamalat berikut :

Page 12: syariah 1.docx

a) Berjual beli untuk mendapat untung secara yang biasa orang berniaga.

b) Berjual beli secara tunai dan tangguh mengikut tempoh penangguhan yang tidak

terkeluar dari uruf atau kebiasaan yang diamalkan oleh peniaga-peniaga pada

masa dan tempat itu.

c) Menjadi wakil dan mewakil orang lain untuk menjalankan tugasnya.

d) Menguruskan al-Wadiah, al-Rahn dan al-Ijarah.

e) Membawa modal mudharabah dari sebuah negeri ke negeri yang lain.

Dalam mudharabah Muthlaqah pengusaha tidak boleh kecuali dengan keizinan tuan

punya modal :

a) Mencampurkan modal satu mudharabah dengan mudharabah yang lain

b) Bermudharabah peringkat kedua dengan pihak ketiga.

Jika tuan punya modal dalam mudharabah mutlaqah menyerahkan semua perkara

yang berhubung dengannya kepada pengusaha seperti katanya, “Buatlah apa sahaja yang

kamu fikir baik,” maka barulah pengusaha boleh mencampurkan modal mudharabah dengan

modal mudharabah yang lain dan bermudharabah dengan pihak ketiga, iaitu pengusaha

menjadi tuan punya modal dalam mudharabah peringkat kedua dan pihak ketiga menjadi

pengusaha.

Mudharabah peringkat kedua. Pendapat Mazhab-mazhab mengenai mudharabah

peringkat kedua adalah seperti yang berikut :

1) Syafi’i : Tidak harus walaupun dengan keizinan tuan punya modal. Jika dilakukan

juga, mudharabah kekal di antara tuan punya modal dengan pengusaha pertama.

Pengusaha kedua hanya berhak upah daripada pengusah pertama.

Page 13: syariah 1.docx

2) Hanafi : Harus dalam mudharabah mutlaqah jika pengusaha diberi kebebasan untuk

mengguna budi bicaranya seperti kata tuan punya modal. “Buatlah apa sahaja yang

kamu fikir baik.” Pengusaha pertama menjamin modal itu apabila pengusaha kedua

sudah berusaha menggunakan modal itu.

Nisbah pembahagian untung bagi tuan punya modal mengikut perjanjian

dalam mudharabah yang pertama. Baki daripada untung itu dibahagi antara pengusaha

pertama dengan pengusaha kedua mengikut persetujuan antara mereka dalam

mudharabah yang kedua.

3) Maliki : Tidak harus jika tidak mendapat keizinan tuan punya modal. Jika dilakukan

juga, maka pengusaha pertama kenalah menjamin modal itu dan ia tidak dapat

bahagian daripada keuntungan mudharabah. Keuntungan itu dibahagikan antara tuan

punya modal dengan pengusaha kedua.

4) Hanbali : Tidak harus jika tidak mendapat keizinan tuan punya modal. Jika dilakukan

juga, maka mudharabah yang kedua itu adalah tidak sah.

Mudharabah Muqaiyadah

Mudharabah muqaiyadah ialah mudharabah di mana usaha dan kegiatan

pengusaha dihad dan disyaratkan untuk masa, tempat, jenis perusahaan, pelanggan

dan seumpamanya yang tertentu sahaja. Maka usaha dan kegiatan pengusaha adalah

terikat dengan had dan syarat itu.

4.5 Bank Islam Bermudharabah

1) Bank Islam dan bank-bank SPTF sebagai institusi-institusi kewangan tidak

semestinya menjalankan dengan sendiri projek-projek yang mendapat pembiayaan

daripadanya. Mereka terpaksa bermudharabah dan bermusyarakah dengan pihak-

pihak ketiga supaya peranannya sebagai sumber kewangan tidak berubah.

Page 14: syariah 1.docx

2) Antara matlamat utama Perbankan Islam ialah memberi satu alternatif terhadap

system riba di kalangan masyarakat Islam, khususnya melalui kaedah mudharabah.

Bermudharabah peringkat kedua dengan pihak ketiga adalah satu daripada asas-asas

terbesar bagi mewujudkan alternatif itu.

4.6 Demografi Responden

Pekerjaan

Pekerjaan Kekerapan Peratus (%)Kakitangan Kerajaan 1 4

Pelajar 6 24Swasta 7 28

Lain-lain 11 44Jadual 1 : Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan

4%

24%

28%

44%

PEKERJAAAN

Kakitangan Kerajaan Pelajar Swasta Lain-lain

Rajah 1 : Pekerjaan Responden

Sektor pekerjaan responden yang dipilih dari penduduk sekitar Bandar Baru Bangi telah dianalisiskan dalam Jadual 1 dan Rajah 1. Rajah 1 telah menunjukkan kebanyakan responden daripada 25 responden ini bekerja selain dari sektor yang telah disediakan, iaitu 11 orang (44%). Manakala bilangan responden yang bekerja di sektor swasta pula mencatat seramai 7 orang (28%). Seterusnya, terdapat seorang responden yang bekerja di kakitangan kerajaan telah membawa (4%) dan selebihnya adalah pelajar iaitu 6 orang dengan peratusan sebanyak (24%).

Page 15: syariah 1.docx

Jantina

Jantina Kekerapan Peratus (%)

Lelaki 12 48

Perempuan 13 52

Jadual 2 : Demografi Responden Berdasarkan Jantina

48%52%

JANTINA

LelakiPerempuan

Rajah 2 : Jantina Responden

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 25 orang responden, seramai 12 orang (48%) adalah terdiri daripada responden lelaki. Manakala bakinya adalah responden perempuan sebanyak 13 orang (52%). Tidak terdapat jarak yang besar dalam pemilihan jantina responden. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada Jadual 2 dan Rajah 2 di atas. Kajian ini adalah bertujuan melihat persepsi penduduk di kawasan sekitar Bandar Baru Bangi. Oleh yang demikian itu, jantina yang dipilih perlulah seimbang supaya jawapan yang diperoleh tidak memihak kepada satu jantina sahaja.

Page 16: syariah 1.docx

Umur

Umur Kekerapan Peratus (%)

15 - 25 12 48

26 - 36 9 36

37- 41 3 12

42 keatas 1 4

Jadual 3 : Demografi Responden Berdasarkan Umur

48%

36%

12%

4%

UMUR

15-2526-3637-4142 keatas

Rajah 3 : Umur Responden

Berdasarkan hasil kajian, daripada 25 orang responden yang di soal selidik, terdapat seramai 12 orang (48%) adalah terdiri daripada responden yang mempunyai golongan umur antara 15 hingga 25 tahun. Manakala responden yang berumur 26 hingga 36 tahun adalah terdiri daripada 9 orang (36%). Diikuti dengan responden yang berumur 37 hingga 4l tahun adalah 3 orang (12%) dan selebihnya seorang responden (4%) dari peringkat umur 42 keatas.

Page 17: syariah 1.docx

4.7 Analisis Kefahaman Penduduk di Taman Seksyen 5 Bandar Baru Bangi Tentang Konsep Mudhrabah dan Kelebihan Etiqa Insurance dan Takaful (EIT)

Pada bahagian ini responden telah diutarakan 2 soalan utama dimana bagi setiap soalan utama terdapat 5 soalan kecil bagi Bahagian B dan 5 soalan kecil bagi Bahagian C yang dikhususkan kepada masyarakat di Taman Seksyen 5 Bandar Baru Bangi. Dua soalan tersebut ialah konsep mudharabah yang dikategorikan sebagai Bahagian B dan kelebihan Etiqa Insurance dan Takaful (EIT) yang dikategorikan sebagai Bahagian C.

4.7.1 Kefahaman Penduduk di Taman Seksyen 5 mengenai Konsep Mudharabah.

Jadual 4 menunjukkan konsep mudharabah dalam Islam

Bil. Pernyataan Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Tidak Pasti

Setuju Sangat Setuju

f % f % f % f % f %

1.Saya setuju mudharabah merupakan suatu perjanjian antara pemilik modal dan pengusaha.

0 0 0 0 0 0 18 72 7 28

2.Saya setuju mudharabah terbahagi kepada dua bahagian iaitu Al Muthlaqah dan Al Muqayyah.

0 0 0 0 8 32 12 48 5 20

3.Saya setuju modal mestilah berbentuk wang, emas atau perak.

0 0 1 4 3 12 10 40 11 44

4.Saya setuju keuntungan dan kerugian di tanggung bersama.

0 0 0 0 3 12 13 52 9 36

5.Saya setuju mudharabah memberi keringanan dan kemudahan kepada manusia.

0 0 1 4 7 28 11 44 6 24

Sumber : Kajian Lapangan 2016

*f = Frekuansi (kekerapan)

Page 18: syariah 1.docx

Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 50

2

4

6

8

10

12

14

16

18

20

Sangat Tidak SetujuTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju

Rajah 4 menunjukkan konsep mudharabah dalam Islam

Sumber : Kajian Lapangan 2016

Berikutnya, Jadual 4 menunjukkan tahap kefahaman yang diperolehi daripada

responden di Penduduk Taman Seksyen 5 Bandar Baru Bangi mengenai konsep mudharabah

dalam Islam. Berdasarkan analisis yang dibuat, didapati bahawa peratusan kefahaman

responden terhadap konsep mudharabah dalam Islam adalah agak baik dan memuaskan.

Melalui data diatas, tahap kefahaman penduduk di Seksyen 5 Bandar Baru Bangi di

klasifikasikan dalam bentuk peratusan. Bagi soalan pertama iaitu definisi mudharabah.

Mudharabah merupakan suatu perjanjian antara pemilik modal dan pengusaha, seramai 7

orang (28%) menyatakan bahawa mereka sangat setuju. Manakala seramai 18 orang (72%)

menyatakan setuju dan tiada pernyataan tidak setuju mengenai definisi mudharabah ini. Ini

menunjukkan hampir kesemua responden mengetahui tentangnya.

Selain itu, persoalan kedua adalah mudharabah terbahagi kepada dua bahagian iaitu

Al Muthlaqah dan Al Muqayyah. Bagi pernyataan ini,seramai 5 orang (20%) menyatakan

sangat setuju, manakala 12 orang (48%) menyatakan setuju dan selebihnya tidak pasti dengan

pernyataan tersebut dengan mengumpul seramai 8 orang (32%). Hal ini bermakna,

kebanyakan mereka mempunyai pengetahuan mengenainya.

Page 19: syariah 1.docx

Berikutnya, bagi persoalan ketiga pula iaitu modal mestilah berbentuk wang, emas

dan perak. Peratusan responden bagi pernayataan ini, sangat setuju adalah sebanyak 11 orang

(44%) berbanding dengan pernyataan setuju iaitu 10 orang (40%). Manakala, responden juga

menyatakan seorang tidak setuju (4%) dan seramai 3 orang (12%) tidak pasti. Ini

menunjukkan peratusan bagi mereka yang sangat setuju adalah tinggi berbanding yang lain.

Kenyataan seterusnya, keuntungan dan kerugian di tanggung bersama. Majoriti

responden setuju iaitu seramai 13 orang (52%), diikuti 9 orang (36%) sangat setuju dan 3

orang (12%) menyatakan tidak pasti. Seterusnya, tiada seorang menyatakan sangat tidak

setuju dan tidak setuju terhadap pernyataan ini. Ini secara tidak langsung menunjukkan

bahawa mojoriti masyarakat memahami mengenainya walaupun bukan sepenuhnya.

Akhir sekali adalah soalan mengenai mudharabah memberi keringanan dan

kemudahan kepada manusia. Peratusan responden sangat setuju seramai 6 orang (24%),

berbanding setuju 11 orang (44%) dan seramai 7 orang (28%) tidak pasti serta salah seorang

daripada responden menyatakan tidak setuju terhadap pernyataan tersebut. Oleh itu, dapat

disimpulkan disini bahawa peratusan yang bersetuju mengenainya sangat memuaskan.

Page 20: syariah 1.docx

4.7.2 Kelebihan Etiqa Insurance dan Takaful (EIT)

Bil. Penyertaan Sangat

Tidak

Setuju

Tidak

Setuju

Tidak

Pasti

Setuju Sangat

Setuju

f % f % f % f % f %

1. Saya setuju Etiqa Insurance dan

Takaful merupakan konsep insurans

yang berlandaskan hukum syariat.

0 0 0 0 12 48 8 32 5 20

2. Saya setuju EIT menggalakkan

semangat perpaduan dan

persaudaraan.

0 0 0 0 8 32 13 53 4 16

3. Saya setuju EIT memberi bantuan

kewangan kepada yang

memerlukan.

0 0 4 16 8 32 11 44 2 8

4. Saya setuju EIT bebas daripada

Riba’, perjudian dan ketidakpastian.

0 0 2 8 9 36 10 40 4 16

5. Saya setuju insurans Takaful adalah

pilihan yang tepat berbanding

Insurans Konvensional.

0 0 0 0 7 28 13 52 5 20

Jadual 5 menunjukkan kelebihan Etiqa Insurance dan Takaful (EIT)

Sumber : Kajian Lapangan 2016

Page 21: syariah 1.docx

Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 50

2

4

6

8

10

12

14

Sangat Tidak SetujuTidak SetujuTidak PastiSetujuSangat Setuju

Rajah 5 menunjukkan kelebihan Etiqa Insurance danTakaful (EIT)

Sumber : Kajian Lapangan 2016

Seterusnya, Jadual 5 dan Rajah 5 pula menunjukkan tahap kefahaman yang diperolehi

daripada kesemua responden di Taman Seksyen 5 Bandar Baru Bangi mengenai kelebihan

Etiqa Insurance dan Takaful (EIT).

Berdasarkan analisis yang dibuat, didapati bahawa peratusan kefahaman responden

terhadap kelebihan Etiqa Insurance dan Takaful (EIT) adalah agak memuaskan. Melalui data

diatas, tahap kefahaman penduduk di Taman Seksyen 5 Bandar Baru Bangi dapat

diklasifikasikan dalam bentuk peratusan.

Bagi soalan pertama iaitu Etiqa Insurance dan Takaful merupakan konsep insurans

yang berlandaskan hukum syariat, seramai 5 orang (20%) menyatakan bahawa mereka sangat

setuju, manakala seramai 8 orang (32%) menyatakan setuju dan selebihnya menyatakan tidak

pasti, seramai 12 orang dengan (48%) . Ini menunjukkan hampir kesemua responden

memahami tentangnya, walaupun terdapat sebahagian responden yang tidak mengetahui

mengenainya.

Page 22: syariah 1.docx

Selain itu, persoalan kedua adalah EIT menggalakkan semangat perpaduan

dan persaudaraan. Bagi pernyataan ini, didapati 4 orang (16%) responden sangat setuju,

manakala seramai 13 orang (52%) menyatakan setuju dan 8 orang (32%) menyatakan tidak

pasti. Hal ini menunjukkan bahawa, kebanyakan mereka mempunyai pengetahuan

mengenainya.

Berikutnya, bagi persoalan ketiga pula iaitu EIT memberi bantuan kewangan

kepada yang memerlukan. Berdasarkan penyertaan ini, peratusan responden bagi pernyataan

setuju adalah sebanyak 11 orang (44%) berbanding dengan pernyataan sangat setuju iaitu 2

orang (8%). Manakala, 4 orang (16%) menyatakan tidak setuju dan 8 orang (32%)

menyatakan tidak pasti terhadap pernyataan tersebut. Hal ini menunjukkan peratusan bagi

mereka yang setuju lebih tinggi berbanding mereka yang sangat setuju, walaupun terdapat

sebahagian responden yang menyatakan tidak setuju dan tidak pasti.

Kenyataan seterusnya, EIT bebas daripada Riba’, perjudian dan ketidakpastian.

Majoriti responden setuju iaitu seramai 10 orang (40%), diikuti 4 orang (16%) sangat setuju

dan 9 orang (36%) menyatakan tidak pasti, serta tidak setuju seramai 2 orang (8%) Ini

menunjukkan bahawa masyarakat masih tidak memahami dan mengetahui tentangnya

walaupun terdapat sebahagian yang menyatakan mereka setuju dan sangat setuju.

Akhir sekali adalah soalan mengenai insurans Takaful adalah pilihan yang sangat

tepat berbanding insurans Konvensional. Peratusan responden bagi pernyataan setuju adalah

sebanyak 13 orang (52%) berbanding dengan pernyataan sangat setuju iaitu 5 orang (20%).

Manakala tiada responden bagi pernyataan sangat tidak setuju dan tidak setuju. Malah

terdapat seramai 7 orang (28%) menyatakan tidak pasti bagi pernyataan berikut. Ini

menunjukkan peratusan bagi mereka yang setuju lebih tinggi berbanding mereka yang sangat

setuju, walaupun masih terdapat sebahagian responden yang tidak pasti terhadap kenyataan

yang diberikan.

Page 23: syariah 1.docx

5. Rumusan dan Cadangan

Kajian yang telah dijalankan memberi manfaat serta faedah kepada pengkaji untuk

memahami dengan lebih mendalam mengenai konsep mudharabah dalam Islam kelebihan

Etiqa Insurance dan Takaful (EIT). Berdasarkan kepada kajian yang dibuat, dapat

disimpulkan bahawa tahap kefahaman penduduk di Taman Seksyen 5 Bandar Baru Bangi

agak baik dan memuaskan. Walaubagaimanapun, terdapat juga sebahagian penduduk di

Taman Seksyen 5 Bandar Baru Bangi masih tidak memahami dan mempunyai pengetahuan

mengenainya.

Setelah dikaji dan diteliti, beberapa cadangan dan saranan perlu dilakukan supaya

masyarakat Islam pada hari ini tidak keliru dan tahu mengenai pelaksanaan mudharabah

dalam produk takaful ini. Oleh itu, dicadangakan setiap individu mengambil produk takaful

ini, kerana pelaksanaannya sudah pasti berlandaskan hukum syariat.

Page 24: syariah 1.docx

6. Senarai Rujukan

Page 25: syariah 1.docx

7. Lampiran