kerangka danielson 2007.pdf

8
PENGAJARAN EFEKTIF DAN KERANGKA UNTUK PENGAJARAN Chia Lai Lai ([email protected]) Abdul Rahim Hamdan ([email protected]) Fakulti Pendidikan ,Universiti Teknologi Malaysia 81310 Skudai, Johor Bahru Abstrak: Pengajaran adalah satu tugas yang nampaknya senang tetapi adalah kompleks . Pengajaran juga merupakan satu perjuangan yang perlu banyak usaha dicurahkan dan penting bagi seseorang yang bergelar pendidik. Oleh itu, mengajar dengan efektif dapat membantu para pelajar dalam pembelajaran serta mempengaruhi mereka dalam kehidupan masa hadapan. Walau bagaimanapun, pengajaran efektif guru pada masa kini penuh dengan pelbagai cabaran serta beban kerja yang semakin melambak. Ini telah mengakibatkan pengajaran guru mungkin semakin ke arah untuk menghabiskan silibus sahaja tanpa mengambilkira keberkesanan pengajarannya lagi. Justeru, kertas kerja konsep ini akan membincangkan model Kerangka Untuk Pengajaran yang disarankan oleh Danielson (2007) untuk dijadikan sebagai satu road mapyang dapat dimanfaatkan oleh para guru baru, guru berpengalaman mahupun guru veteran dalam perancangan serta pelaksanaan pengajaran efektif mereka . Kata kunci: Pengajaran efektif, Kerangka Pengajaran 1.0 PENGENALAN Dalam dunia pendidikan, guru merupakan pasukan peneroka atau peneraju yang amat penting peranannya. Guru sentiasa berusaha di dalam medan yang dinamakan sekolah mahupun di luar sempadan sekolah untuk membentuk, menggilap dan menghasilkan rakyat berpotensi yang berguna serta mampu menyumbangkan tenaga kepada negara pada masa kelak. Selain itu, tiada satu formula tetap yang boleh dihafal oleh guru dalam mengajar setiap kelas yang dimasuki. Maka, praktis pengajaran efektif bukan satu proses yang dapat dilaung-laungkan dengan suara yang tinggi sahaja. Malahan, ia merupakan satu perjuangan yang bukan setakat dapat menyampaikan ilmu, kemahiran dan nilai pada pelajar, ia juga dapat menyentuh hati dan jiwa dalam hidup seseorang pelajar. Pengajaran dikatakan sebagai satu tugas yang nampaknya senang tetapi sebenarnya adalah kompleks. Seseorang guru mampu mengubah nasib dan masa depan seseorang pelajar. Pengajaran yang efektif membawa maksud yang amat bermakna dalam hidup seseorang guru dan juga dunia pendidikan. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa guru yang efektif dalam pengajaran mempunyai pengaruh pada kejayaan dan pencapaian pelajar (Marzano, Pickering & Pollock, 2001). Dalam pengajaran, guru bukan setakat mengetahui sesuatu ilmu sahaja, namun mereka perlu mengaplikasikan atau mempraktiskannya dalam kelas yang diajar. Ini dikatakan sebagai ‘knowing in action’ (Fetherston, 2007). Seseorang guru perlu belajar secara berterusan untuk memperkasa dan menyempurnakan lagi seni pengajaran (craft) yang kompleks ini. Seseorang guru yang efektif dalam pengajaran akan sentiasa ‘belajar untuk mengajar’ demi mempertingkatkan lagi seni pengajaran kita. Semangat ini harus sentiasa ada dalam sanubari setiap guru untuk melonjakkan lagi pengajaran mereka ke tahap potensi yang mampu dicapai dalam pengajaran mereka.

Upload: kiew-soon-lee

Post on 16-Dec-2015

64 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • PENGAJARAN EFEKTIF DAN KERANGKA UNTUK PENGAJARAN

    Chia Lai Lai ([email protected])

    Abdul Rahim Hamdan ([email protected])

    Fakulti Pendidikan ,Universiti Teknologi Malaysia

    81310 Skudai, Johor Bahru

    Abstrak: Pengajaran adalah satu tugas yang nampaknya senang tetapi adalah kompleks .

    Pengajaran juga merupakan satu perjuangan yang perlu banyak usaha dicurahkan dan penting

    bagi seseorang yang bergelar pendidik. Oleh itu, mengajar dengan efektif dapat membantu para

    pelajar dalam pembelajaran serta mempengaruhi mereka dalam kehidupan masa hadapan. Walau

    bagaimanapun, pengajaran efektif guru pada masa kini penuh dengan pelbagai cabaran serta

    beban kerja yang semakin melambak. Ini telah mengakibatkan pengajaran guru mungkin semakin

    ke arah untuk menghabiskan silibus sahaja tanpa mengambilkira keberkesanan pengajarannya

    lagi. Justeru, kertas kerja konsep ini akan membincangkan model Kerangka Untuk Pengajaran

    yang disarankan oleh Danielson (2007) untuk dijadikan sebagai satu road map yang dapat

    dimanfaatkan oleh para guru baru, guru berpengalaman mahupun guru veteran dalam

    perancangan serta pelaksanaan pengajaran efektif mereka .

    Kata kunci: Pengajaran efektif, Kerangka Pengajaran

    1.0 PENGENALAN

    Dalam dunia pendidikan, guru merupakan pasukan peneroka atau peneraju yang amat penting

    peranannya. Guru sentiasa berusaha di dalam medan yang dinamakan sekolah mahupun di

    luar sempadan sekolah untuk membentuk, menggilap dan menghasilkan rakyat berpotensi

    yang berguna serta mampu menyumbangkan tenaga kepada negara pada masa kelak. Selain

    itu, tiada satu formula tetap yang boleh dihafal oleh guru dalam mengajar setiap kelas yang

    dimasuki. Maka, praktis pengajaran efektif bukan satu proses yang dapat dilaung-laungkan

    dengan suara yang tinggi sahaja. Malahan, ia merupakan satu perjuangan yang bukan setakat

    dapat menyampaikan ilmu, kemahiran dan nilai pada pelajar, ia juga dapat menyentuh hati

    dan jiwa dalam hidup seseorang pelajar.

    Pengajaran dikatakan sebagai satu tugas yang nampaknya senang tetapi sebenarnya adalah

    kompleks. Seseorang guru mampu mengubah nasib dan masa depan seseorang pelajar.

    Pengajaran yang efektif membawa maksud yang amat bermakna dalam hidup seseorang guru

    dan juga dunia pendidikan. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa guru yang efektif

    dalam pengajaran mempunyai pengaruh pada kejayaan dan pencapaian pelajar (Marzano,

    Pickering & Pollock, 2001). Dalam pengajaran, guru bukan setakat mengetahui sesuatu ilmu

    sahaja, namun mereka perlu mengaplikasikan atau mempraktiskannya dalam kelas yang

    diajar. Ini dikatakan sebagai knowing in action (Fetherston, 2007). Seseorang guru perlu

    belajar secara berterusan untuk memperkasa dan menyempurnakan lagi seni pengajaran (craft)

    yang kompleks ini. Seseorang guru yang efektif dalam pengajaran akan sentiasa belajar

    untuk mengajar demi mempertingkatkan lagi seni pengajaran kita. Semangat ini harus

    sentiasa ada dalam sanubari setiap guru untuk melonjakkan lagi pengajaran mereka ke tahap

    potensi yang mampu dicapai dalam pengajaran mereka.

  • 2.0 GURU DAN PENGAJARAN EFEKTIF

    Perguruan merupakan satu profesion yang sangat mulia kerana guru dapat mengubah hidup

    seseorang pelajar. Guru mempunyai tanggungjawab dan beban berat yang dipertaruhkan

    untuk dilaksanakannya . Walaupun guru pada masa kini terbeban dengan tugas yang semakin

    mencabar, namun para guru disamping memperoleh kerjasama dan bantuan daripada pihak

    pentadbir serta rakan-rakan sekerja profesional yang lain, guru tetap harus sentiasa merefleksi

    pengajaran diri mereka untuk melangkah ke depan lagi kerana pengajaran guru amat

    berpengaruh dalam membentuk seseorang pelajar. Ini disokong oleh Marzano(2003) yang

    menyatakan bahawa faktor yang paling mempengaruhi pencapaian pelajar ialah guru.

    Golongan guru dapat mencipta sesuatu yang berbeza dalam hidup pelajar melalui pengajaran

    mereka.

    Effective teachers appear to be effective with students of all achievement

    levels regardless of the level of heterogeneity in their classes.If the teacher is

    ineffective, students under that teachers tutelage will achieve inadequate

    progress academically, regardless of how similar or different they are regarding

    their academic achievement (Marzano, 2003a, ms 72).

    Kajian telah menunjukkan bahawa kualiti guru memberi sumbangan yang paling tinggi dalam

    kejayaan seseorang pelajar (Don Hooper,2002,ms.42). Ini selaras dengan dapatan kajian

    Linda Darling Hammond(2000) yang menyatakan bahawa apa yang pelajar dapat bukan

    bergantung pada sekolah mereka hadiri , tetapi adalah bergantung pada guru yang ada dalam

    sekolah tersebut. Ini telah sekali lagi jelas menunjukkan bahawa guru yang efektif

    mempunyai pengaruh yang begitu tinggi dalam pembelajaran dan pengajaran.

    Selain itu, guru juga mesti mampu mendefinisikan pengetahuan serta dapat menggabungkan

    pengetahuan tersebut dalam praktis rutin harian mereka (Danielson,2007). Guru mesti

    berkompetensi untuk mengetahui serta menjalankan pengajaran mereka. Ini disebabkan satu

    perancangan yang baik memerlukan orang untuk melaksanakannya, iaitu guru dalam

    konteks pendidikan. Dalam reformasi kurikulum , guru yang akan melaksanakan proses

    tersebut ; dalam pembekalan program pembangunan profesional untuk meningkatkan

    pengajaran, para guru juga yang akan memperkembangkannya; walaupun kita dapat fokus

    dalam analisis data pencapaian pelajar tetapi sebenarnya para guru yang menghasilkan

    keputusan yang kita analisiskan tersebut. Maka, guru berperanan penting dalam pelaksanaan

    pengajaran.

    Pengajaran efektif guru penting dalam penghasilan pencapaian tinggi pelajar. Lebih-lebih lagi

    dalam pembentukan modal insan dan ke arah mencorakkan pendidikan yang bertambah

    kualitinya dalam era globalisasi abad ke -21 ini.

    3.0 CABARAN GURU DALAM PENGAJARAN EFEKTIF

    Kehidupan mengajar guru merupakan satu perjuangan yang amat bermakna serta penuh

    dengan pelbagai cabaran di sepanjang perjalanan. Sebagai guru, mereka memang berhasrat

  • tinggi dapat menyumbangkan ilmu dan kemahiran mereka untuk mengajar pelajar dengan

    efektif. Namun, terdapat juga keadaan yang guru tidak dapat merancang atau menyediakan

    pengajaran dengan efektif kerana trpaksa mengajar matapelajaran yang bukan major atau

    opsyen utama. Keadaan ini amat merugikan guru dan juga sekolah, lebih-lebih lagi pelajar.

    Ini adalah disebabkan seseorang guru tidak dapat melaksanakan pengajaran mahupun

    mengaitkan isi kandungan yang ingin disampaikannya dengan efektif jika dia sendiri pun

    tidak memahami ilmu yang ingin disampaikannya (Danielson, 2007). Maka, begitu

    pentingnya penguasaan ilmu kandungan dan ilmu kandungan pedagogi seseorang guru dalam

    pendidikan. Menurut Shulman (1987), untuk menjalankan pengajaran yang efektif terdapat

    tiga ilmu profesional yang mesti dikuasai oleh seseorang guru , iaitu ilmu kandungan, ilmu

    kandungan pedagogi dan ilmu terhadap pelajar.

    Di samping itu, persekitaran kelas juga merupakan salah satu aspek yang amat dipentingkan

    dalam pengajaran efektif. Namun, sejak kebelakangan ini isu-isu mengenai pergaduhan

    antara pelajar mahupun guru pelajar kerap berlaku dalam kelas (Sin Chew Jit Poh, 15

    Januari 2012). Persoalannya ialah bagaimanakah kelas yang dijadikan tempat guru mengajar

    dan pelajar belajar atau menuntut ilmu telah mula dijadikan tempat berlakunya masalah

    disiplin? Di mana hubungan hormat-menghormati dan atmosfera budaya belajar yang

    sepatutnya ada dalam sesebuah bilik darjah? Adakah keadaan ini akan bertambah baik jika

    pengajaran efektif dapat diadakan dalam bilik darjah tersebut? Seterusnya, kes pelajar

    ponteng kelas mahupun ponteng sekolah turut meningkat secara tidak langsung dan akhirnya

    akan menyebabkan pelajar tercicir dari persekolahan. Ini merupakan insiden yang paling

    tidak diingini kelihatan dalam kelas yang diajar oleh guru yang efektif mengajar kerana

    golongan guru ini percaya semua pelajar boleh belajar dan layak mendapat guru efektif untuk

    mengajar mereka.

    Dari aspek pengajaran pula, komunikasi antara guru dan pelajar merupakan indikator

    perantaraan yang penting dalam penyampaian mesej dengan tepat dan teratur. Walaupun

    semua guru telah diberikan latihan perguruan yang profesional , namun masih terdapat juga

    guru yang tidak dapat menyampaikan pengajaran dengan efektif tidak kira guru yang baru

    mula mengajar mahupun guru yang telah berpengalaman. Teknik menyoal serta

    pengubahsuaian kandungan matapelajaran yang mengajar masih perlu diperbaiki lagi.

    Walaupun bidang perguruan merupakan bidang yang profesional, namun masih lagi terdapat

    pendidik yang kurang terdedah kepada tanggungjawab profesional guru yang melibatkan

    komuniti, misalnya komunikasi dengan keluarga pelajar.

    Dengan itu, untuk mengetahui secara lebih mendalam mengenai pengajaran efektif, kita mesti

    cuba buka kotak hitam (black box) tersebut dan menjenguk ke dalam, untuk mengetahui apa

    sebenanya yang berlaku dalam pengajaran guru di bilik darjah. Ini menunjukkan praktis

    sebenar seseorang guru di dalam kelas amat mustahak . Para guru mesti mengetahui apa yang

    sebenarnya berlaku dalam kelas, bagaimana dengan proses pengajaran serta apa yang harus

    lakukan untuk memantapkan mahupun mencemerlangkan lagi pengajaran mereka.

    Justeru, boleh dikatakan proses merancang, menyedia dan mengurus telah bertindak sebagai

  • landasan dengan membekalkan peluang kepada para guru untuk menunjukcara lebih banyak

    aktiviti yang bercorak hands on atau praktikal yang amat dititiberatkan dalam pendidikan

    masa kini. Jenis aktiviti ini amat penting kerana ia akan menggalakkan pemikiran kritikal dan

    konstruktif di kalangan pelajar. Justeru itu, amalan perancangan dan persediaan ini akan

    mencerminkan praktis guru ke arah pengajaran yang lebih berkualiti ( Hollins, 2011).

    Pengajaran yang efektif memerlukan guru untuk mengelolakannya. Fullan dan Hargreaves

    (1992) menyatakan bahawa transformasi pendidikan yang berjaya bergantung pada apa yang

    guru praktiskan untuk membuat perubahan sama ada dalam bentuk yang ringkas mahupun

    yang kompleks. Lebih-lebih lagi untuk Malaysia yang berusaha gigih menuju ke arah

    transformasi pendidikan negara dan berhasrat menghasilkan modal insan yang konstruktif

    dalam pembangunan negara. Dalam peningkatan praktis pengajaran efektif , kerangka untuk

    pengajaran (Danielson 2007) diharapkan dapat berperanan sebagai satu road map yang jelas

    untuk membantu para guru dalam dunia pendidikan.

    4.0 MODEL KERANGKA UNTUK PENGAJARAN ( Model Framework For Teaching)

    Model kerangka untuk pengajaran merupakan satu road map yang dapat memenuhi

    kehendak guru baru mengajar mahupun memperkasakan lagi pengajaran guru veteran dalam

    pendidikan (Danielson, 2007). Model ini mengandungi empat domain utama dan dua puluh

    dua komponen dalamnya yang sesuai untuk kegunaan golongan guru yang ingin

    meningkatkan keefektifan dalam perancangan dan juga pelaksanaan pengajaran. Rajah 1

    menunjukkan model kerangka untuk pengajaran daripada Danielson (2007).

    Rajah 1: Model Kerangka Pengajaran Efektif (Danielson, 2007)

    Domain pertama model kerangka untuk pengajaran ialah perancangan dan persediaan yang

    menghuraikan bagaimana guru merekabentuk pengajaran. Menurut Danielson(2007) , perancangan

    dan persediaan merupakan urusan di belakang pentas yang mengorganisasikan pengajaran sesuatu

    kelas. Usaha ini memerlukan pengetahuan kandungan mata pelajaran yang tinggi untuk merekabentuk

    pengajaran yang bersesuaian untuk pelajar yang berbeza dalam pembelajaran mereka (ms.43). Oleh

    Perancangan dan

    persediaan

    Persekitaran bilik

    darjah

    dardarjah

    Pengajaran Tanggungjawab

    Profesional

    Model Kerangka

    Untuk Pengajaran

    Persekitaran bilik

    darjah

    dardarjah Model Kerangka

    Untuk Pengajaran

  • itu, domain pertama ini meliputi menunjukcara ilmu kandungan pedagogi, menunjukcara ilmu yang

    ada pada pelajar, menentukan hasil pengajaran, menunjukcara ilmu mengenai sumber, mereka

    pengajaran yang koheren dan membentuk pentaksiran pelajar.

    Misulis (1997) telah menekankan bahawa regardless of the teaching model and method used,

    effective instruction begins with careful, thorough and organized planning on the part of the teacher

    (ms. 45). Wiggins (1998) dalam bukunya Understanding by Design juga menggalakkan guru

    bertanyakan dirinya pada permulaan dan juga akhir matlamat pengajaran dengan soalan what

    knowledge is worth understanding? untuk meningkatkan keefektifan persediaan pengajaran.

    Manakala Roy Barnes dan Joseph Aguerrebere (2006) pula menyatakan bahawa pengajaran efektif

    meliputi bukan sahaja guru menguasai ilmu dengan mendalam, namun ia juga melibatkan setakat

    mana guru transform ilmu tersebut pada para pelajar. Ini memerlukan perancangan dan persediaan

    yang rapi dalam pelaksanaannya

    Domain kedua pula ialah persekitaran bilik darjah. Domain ini meliputi membentuk suasana yang

    saling menghormati dan erat, mewujudkan budaya pembelajaran,mengurus prosedur kelas, mengurus

    gelagat kelakuan pelajar dan mengorganisasikan ruang fizikal kelas. Persekitaran bilik darjah yang

    kondusif dapat lebih menggalakkan pembelajaran dan pengajaran.

    Teachers are authority figures and need to require students to follow certain rules and

    procedures. However, these are means for organizing the classroom to support teaching

    and learning, not ends in themselves. Classroom management should help students gain

    capacity for self-regulation (Good dan Brophy, 2008).

    Michelle Collay(1998) dalam bukunya Learning Circles juga menjelaskan enam syarat utama yang

    menjadikan sebuah bilik darjah menyebabkan para pelajar rasa selesa dan kondusif untuk belajar

    dalam kelas tersebut. Antaranya ialah dapat mewujudkan komuniti, membina ilmu, memberi

    sokongan pada pelajar, mengumpul refleksi, mempunyai ekspektasi dan mampu mengubah budaya

    dalam kelas ( Collay,1998, ms.8). Manakala Harry and Rosemary Wong dalam buku mereka The First

    Days of School (1998) pula menekankan bahawa pengurusan kelas yang efektif adalah hasil daripada

    perancangan baik prosedur guru dalam pengajaran. Mereka percaya rutin kelas yang bermula dari hari

    pertama dan diulangi dengan sehingga akhir tahun persekolahan telah melatih pelajar untuk

    melakukannya dengan automatik. Stronge (2002) juga mencatatkan bahawa kebanyakan guru yang

    mempunyai prestasi tinggi dalam pengajaran mengakui bahawa mereka menekankan peraturan kelas

    mulai awal persekolahan untuk mewujudkan satu budaya atau persekitaran kelas yang dapat diikuti

    pelajar.

    Domain ketiga ialah aspek pengajaran yang penting dalam pembelajaran seseorang pelajar. Domain

    ini meliputi komponen berkomunikasi dengan pelajar, penggunaan teknik menyoal dan perbincangan,

    melibatkan pelajar dalam pembelajaran, menggunakan pentaksiran dalam pengajaran, menunjukkan

    fleksibeliti dan responsif. Guru mesti membekalkan penjelasan yang tepat kepada pelajar sebagai satu

    petunjuk jalan untuk mengubah sesuatu yang kompleks kepada sesuatu yang jelas dalam hidup pelajar

    (Danielson, 2007). Ini bermakna tanpa penyampaian yang efektif oleh guru, seseorang pelajar

    mungkin menemui jalan buntu dalam memajukan diri secara sosial mahupun akademik

    (Shukla-Mehta dan Albin, 2003). Disamping itu, kajian Sigel (1990) turut menunjukkan bahawa

  • pengajaran efektif memerlukan teknik menyoal yang jelas dan tepat. Kemudian, diikuti dengan masa

    menunggu jawapan yang bersesuaian daripada pelajar, dan menjadikan respon jawapan pelajar

    sebagai asas dalam pengajaran. Justeru, penglibatan aktif pelajar sebenarnya banyak bergantung pada

    guru yang efektif untuk melaksanakan pengajaran dengan fleksibel dengan tanpa menjejaskan progres

    pembelajaran pelajar.

    Domain keempat pula ialah mengenai tanggungjawab profesional. Domain ini terdiri daripada

    refleksi pengajaran, mengekalkan rekod yang tepat, berkomunikasi dengan keluarga pelajar,

    menyertai dalam komuniti profesional, mengembang serta membangun dengan professional, dan

    menunjukkan profesionalisme yang mempengaruhi pengajaran efektif guru dan pembelajaran

    pelajar. Misalnya, refleksi guru dapat membantu menganalisis, membincang serta menilai praktis guru

    dalam bilik darjah. Di samping itu, guru juga dapat membekalkan pandangan yang berlainan serta

    menjelaskan rasional terhadap sesuatu keputusan yang diambil (Posner, 2000). Justeru, guru mesti

    berupaya mendefinisikan pengetahuan dan dapat menggabungkan serta mengaplikasikan pengetahuan

    tersebut dalam praktis pengajaran harian mereka (Danielson, 2007).

    Dalam buku Mentoring Across Boundaries, Jean Boreen dan Donna Niday (2003) sekali lagi

    menekankan bahawa refleksi guru adalah bahagian yang kritikal dalam pengajaran efektif. Selain itu,

    mereka juga menghuraikan bahawa menasihati diri sendiri adalah perkara yang sangat penting bagi

    guru. Selain itu, komuniti profesional juga memainkan peranan penting dalam praktis pengajaran

    efektif. Dapatan kajian Haynie (2006) yang melibatkan guru biologi yang efektif dan kurang efektif

    menunjukkan bahawa guru yang efektif sentiasa merancang pengajaran mereka melalui perbincangan

    kolaboratif dengan rakan-rakan guru yang lain berbanding guru yang kurang efektif sentiasa

    merancang secara bersendirian .Ini jelas menunjukkan pengajaran efektif bukan sahaja melibatkan

    guru , namun juga melibatkan komunikasi guru bersama keluarga pelajar serta antara komuniti

    profesional perguruan demi meningkatkan profesionalisme mereka.

    Diharapkan model ini dapat dijadikan sebagai satu petunjuk yang dapat membawa para guru ke arah

    kemantapan dan kecemerlangan yang selanjutnya. Tiga kumpulan guru yang akan mendapat manfaat

    ketara daripada model kerangka pengajaran ini. i) Kumpulan guru yang baru mengajar , model ini

    dapat dijadikan satu titik tolak asalan yang jelas untuk ditujui. Ini dapat membolehkan para guru baru

    mendapat halatuju yang betul dan sahih untuk ditujui. ii) Kumpulan guru yang telah mengajar

    beberapa tahun dan dikatakan berpengalaman, model ini membolehkan kita memperkasa dan

    meningkatkan lagi pengajaran efektif mereka. Dengan itu, mutu kualiti pengajaran dapat sentiasa

    digilap dan dipertingkatkan dalam peredaran masa. iii) Kumpulan guru veteran pula, model ini

    membolehkan para guru merefleksi, memperkongsi serta memecutkan lagi pengajaran efektif guru

    dalam hidup mengajar kita sebagai guru yang efektif dan berkualiti. Pengajaran merupakan satu proses

    berterusan ( on-going process) bagi guru yang sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti pengajaran

    efektif dalam bidang kepakaran mereka.

    5.0 KESIMPULAN

    Untuk menjadi seorang guru mungkin bukan satu perkara yang susah bagi pendapat segelintir orang,

    namun jika ingin menjadi seorang guru yang efektif dalam pengajarannya memang merupakan satu

  • perkara yang agak kompleks dan perlu banyak usaha dicurahkan sepanjang perjuangan kita dalam

    hidup mengajar . Seseorang guru perlu berada dengan dirinya sahaja dan berhadapan dengan satu

    kelas yang melebihi 35 orang setiap waktu (walaupun hari pertama melaporkan diri di sekolah).

    Setiap hari guru secara puratanya mempunyai 5 hingga 6 waktu. Justeru itu, guru kena mengajar 175

    orang hingga 210 orang pelajar yang pelbagai minda dan sikapnya dalam setiap hari. Begitu kompleks

    dan mencabar hidup pengajaran guru. Maka, praktis pengajaran efektif adalah amat penting dan

    dititikberatkan dalam menempuhi perjuangan pendidikan yang belum selesai. Kepentingan seseorang

    guru memang tidak dapat dinafikan dalam meningkatkan prestasi pencapaian pelajar. Ini telah banyak

    dibuktikan melalui kajian-kajian lepas. Malahan faktor guru yang efektif merupakan indikator utama

    dalam menentukan kejayaan serta pencapaian tinggi pelajar( Marzano, 2001). Ia juga mempunyai

    pengaruh yang besar terhadap hidup dan pembelajaran seseorang pelajar pada masa kini mahupun

    masa depan.

    Oleh itu, Model Kerangka Untuk Pengajaran (Danielson, 2007) merupakan satu road map yang amat

    berguna kepada para guru untuk membimbing guru mengorganisasikan rancangan demi

    mempertingkat lagi pencapaian pelajar ke tahap yang lebih cemerlang. Model ini juga sesuai untuk

    dimanfaatkan dengan tujuan yang meluas dalam dunia pendidikan , iaitu dari memenuhi keperluan

    guru yang baru mengajar hingga mempertingkat kemahiran guru veteran ( Danielson, 2007). Dengan

    itu, diharapkan pengenalan dan pengaplikasian model kerangka untuk pengajaran ini dalam kalangan

    guru yang berkomitmen tinggi di Malaysia dapat membantu tenaga guru ke arah praktis pengajaran

    efektif yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia pendidikan.

    RUJUKAN

    Barnes, R.E., & Aguerrebere, J.A. (2006). Sidetracking the debate on teacher Quality.

    Education Week. 26(12).

    Boreen, J., & Niday, D. (2003). Mentoring across boundaries. Portland: Stenhouse

    Publishers.

    Collay, M. (1998). Learning circles: Creating conditions for professional development.

    Thousand Oaks, CA: Corwin Press.

    Danielson, C. (2007). Enhancing professional practice: A framework for teaching.

    Alexandria, VA:ASCD.

    Darling-Hammond, L. (2000). Teacher quality and student achievement: A review of state

    policy evidence. Education Policy Analysis Archives. 8(1): 1-44.

    Feetherston, T.(2007). Becoming an effective teacher.Australia: Thomson Learning

    Fullan .M.,& Hargreaves,A. (1992). Teacher development and educational change. New

    York : Routledge.

    Good,T.L.,& Brophy,J.E. (2008). Looking in classroom. USA: Pearson Education,Inc

  • Haynie(2006) Effective Biology teaching: A value-added instructional improvement analysis

    model. Retrieved from http://www.wcpss.net/evaluation-research.

    Hollins, Etta R, (2011). Teacher Preparation For Quality Teaching. Journal of Teacher

    Education. 62 (4): 395-407.

    Hooper, D.W. (2002). Improving instruction as a team. School Administrator.59(4): 42-44.

    Marzano, R. J., Pickering, D. J., & Pollock, J. E. (2001). Classroom instruction that works:

    Research-based strategies for increasing student achievement. Alexandria,VA: Association

    for Supervision and Curriculum Development.

    Marzano, R. J. (2003). What works in schools: Translating research into action. Alexandria,

    VA: Association for Supervision and Curriculum Development.

    Misulis, K. (1997). Content analysis: A useful tool for instructional planning. Contemporary

    Education. (59(1) : 45-47.

    Posner, G. (2000). Field experience: Methods of reflective teaching. New York: Longman.

    Shulman, L. S. (1987). Knowledge and Teaching: Foundations of the new reform. Harvard

    Educational Review. 57(1): 1-21.

    Sigel, I. (1990). Psycho educational intervention: Future directions. Merrill-Palmer Quarterly.

    36(1) : 159-172.

    Sin Chew Jit Poh, 15 Januari 2012.

    Stronge, J. H. (2002). Qualities of effective teachers. Alexandria, VA: Association for

    Supervision and Curriculum Development.

    Shukla-Mehta, S., & Albin, R. W. (2003). Twelve practical strategies to prevent behavioral

    escalation in classroom settings. The Clearing House. 77(2): 50-56.

    Wiggins, G. (1998). Understanding by design. Alexandria, VA: Association for Supervision

    and Curriculum Development.

    Wong, H. K., & Wong, R. T. (1998). The first days of school. CA: Harry K. Wong

    Publications.