kuliah dr asri 2

7
BAB PENGHARAMAN MONOPOLI DAN DAN JUAL DIATAS JUALAN SERTA PINANG ATAS PINANGAN MELAINKAN DENGAN PERSETUJUAN UNTUK MENERIMA PINANGAN TERSEBUT. Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata: Kami dilarang, seorang kota menjual kepada orang desa, meskipun saudaranya atau ayahnya. (Shahih Muslim No.2800) 1 Huraian Hadis -Nabi melarang jualan jenis monopoli .Bayangkan satu orang pedagang badwi atau yang tinggal di luar Bandar dan datang ke Bandar untuk menjual barang yang menjadi keperluan umum kaum Muslimin .Kemudian seorang penduduk Bandar menahannya dan tolong menjual untuk pihaknya dengan membeli kesemua barang pedagang tersebut .Akhir sekali pedagang Bandar itu menjual barang tersebut dengan harga yang lebih tinggi kepada penduduk bandar yang lain dari harga asal pedagang Badwi tersebut dan pedagang Bandar itu mengaut keuntungan yang lebih daripada pedagang Badwi itu. Cara ini dinamakan monopoli dan ini dilarang oleh baginda Nabi S.A.W. -Para fuqaha menegaskan bahawa barang yang dilarang tersebut adalah barang yang menjadi keperluan umum seperti makanan ruji . -Ini boleh berlaku kerana antara sebab adalah pedagang Badwi itu tidak tahu harga sebenar di Bandar. Sekiranya kalau dia jual tanpa orang pertengahan , mungkin dia akan mendapat keuntungan tinggi dan dapat melaksanakan jual beli dengan adil. Hadis Dari Ibnu Umar r.a Bahwa Rasulullah saw. melarang mencegat barang dagangan sebelum tiba di pasar. Demikian menurut redaksi Ibnu Numair. 1 http://www.islam2u.net/index.php? option=com_content&view=article&id=132:21-terjemahan-hadits-shahih-muslim- kitab-jual-belidocx&catid=8:hadis-shahih-muslim&Itemid=58

Upload: ali-imran

Post on 07-Dec-2015

241 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Kuliah DR ASRI

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah Dr Asri 2

BAB PENGHARAMAN MONOPOLI DAN DAN JUAL DIATAS JUALAN SERTA PINANG ATAS PINANGAN MELAINKAN DENGAN PERSETUJUAN UNTUK MENERIMA PINANGAN TERSEBUT.

Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:

Kami dilarang, seorang kota menjual kepada orang desa, meskipun saudaranya atau ayahnya. (Shahih Muslim No.2800)1

Huraian Hadis

-Nabi melarang jualan jenis monopoli .Bayangkan satu orang pedagang badwi atau yang tinggal di luar Bandar dan datang ke Bandar untuk menjual barang yang menjadi keperluan umum kaum Muslimin .Kemudian seorang penduduk Bandar menahannya dan tolong menjual untuk pihaknya dengan membeli kesemua barang pedagang tersebut .Akhir sekali pedagang Bandar itu menjual barang tersebut dengan harga yang lebih tinggi kepada penduduk bandar yang lain dari harga asal pedagang Badwi tersebut dan pedagang Bandar itu mengaut keuntungan yang lebih daripada pedagang Badwi itu. Cara ini dinamakan monopoli dan ini dilarang oleh baginda Nabi S.A.W.

-Para fuqaha menegaskan bahawa barang yang dilarang tersebut adalah barang yang menjadi keperluan umum seperti makanan ruji .

-Ini boleh berlaku kerana antara sebab adalah pedagang Badwi itu tidak tahu harga sebenar di Bandar. Sekiranya kalau dia jual tanpa orang pertengahan , mungkin dia akan mendapat keuntungan tinggi dan dapat melaksanakan jual beli dengan adil.

Hadis Dari Ibnu Umar r.a

Bahwa Rasulullah saw. melarang mencegat barang dagangan sebelum tiba di pasar. Demikian menurut redaksi Ibnu Numair. Sedang menurut dua perawi yang lain: Sesungguhnya Nabi saw. melarang pencegatan. (Shahih Muslim No.2793)2

Huraian Hadis

1. Manusia takkan berpisah dari urusan jual beli. Apabila Islam datang , agama ini membetulkan persepsi cara kita pandang sesuatu perkara. Contoh ,pada zaman dahulu apabila seseorang manusia mendapat wahyu , manusia lain cenderung untuk mengaitkannya dengan unsur ketuhanan dan dijadikan sembahan manusia. Sama seperti para ketua tarikat . Dr Asri cuba mengaitkan kisah sahabtnya yang isteri sahabat tersebut begitu kagum pada seorang ketua tarikat dari Cyprus dan isteri

1 http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=132:21-terjemahan-hadits-shahih-muslim-kitab-jual-belidocx&catid=8:hadis-shahih-muslim&Itemid=58

2 Ibid

Page 2: Kuliah Dr Asri 2

tersebut sanggup pergi ke sana untuk bertemu beliau . Beliau menceritakan bahawa para pengikut sanggup cium kaki tok guru tersebut untuk mendapat berkat.

2. Islam memberikan pandangan yang betul terhadap sesuatu perkara . Dr Maza memberi contoh dengan hadis riwayat Al-Bukhari dalam kitab Sahih-nya :

ت� ط�ر�� أ �م�ا ك �ي ون �ط�ر� ت �ص�ار�ى ال� �م�  الن ي م�ر� �ن� �ه�  اب ول س� و�ر� �ه� الل �د� ع�ب �وا ف�ق�ول �د�ه� ع�ب �ا �ن أ �م�ا �ن ف�إ

Mafhumnya: “Jangan kamu semua berlebih-lebihan memujiku, seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasara (Kristian) terhadap Ibn Maryam (Nabi ‘Isa AS), sebaliknya saya hanyalah hambaNya. Maka kamu sebutlah (kepada Saya) Hamba Allah dan RasulNya.”3

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.(Surah al-Kahf: 110).

4.Pada zaman jahiliyah apabila seorang lelaki mati , isterinya boleh diwarisi oleh anaknya .Apabila Islam datang , agama ini memberi pembelaan pada wanita dengan menyifatkan wanita sebagai manusia yang mempunyai hak tertentu juga.

Prinsip Prinsip Islam Dalam Memiliki Harta

Yang pertama, segala harta yang dimiliki di bumi ini dimiliki oleh Allah S.W.T . Antara ayat Al-Quran yang boleh dikaitkan adalah :

3 http://bin-sahak.blogspot.my/2011/12/larangan-berlebihan-memuji-nabi-saw.html

Page 3: Kuliah Dr Asri 2

ر� د�ي ق� ء� ى ق� ل ك� ى ق� ق� ق� ق�� د�� � ك� ى� �ق �ى ٱ ق� د� ق� د � ك� ا! ق# ق$ ق&ن ك�' د) ك$ ق( ك� ا! ق# ق$ ق&ن ك�* د+ ك$ ق( ك� ا! ق# ق$ ق�,ن د& ق� ى� ك, �ى ٱ ك- د* ق$ن ق( ك� ا! ق# ق$ ق&ن ق� ى� ك, �ى ٱ د$ ى/ ك$ د� ى� ك, �ى ٱ ق� د� ىق& 0� ق ك1 ق�� �ٱ د ك�

Katakanlah: “Ya Tuhan, Sang Pemilik Kerajaan! Kau berikan kerajaan kepada siapa Kau berkenan

Kau renggut kerajaan dari siapa yang Kau inginkan, Kau limpahkan kemuliaan kepada siapa Kau

berkenan Kau timpakan kehinaan kepada siapa yang  Kau inginkan. Dalam genggaman tangan

Engkaulah segala kebaikan. Sungguh atas segalanya Engkau Maha Kuasa

(Surah Ali Imran ayat 26)

(Surah Al-Mulk ayat 1)

Di sini ditekankan satu konsep penting iaitu menggunakan harta yang Allah berikan untuk

mencari akhirat . Allah Ta’ala berfirman dalam surah Al-Qashash ayat 77

�غ� �ب ت و�ال �ك� �ي �ل إ �ه� الل ن� �ح�س� أ �م�ا ك �ح�س�ن� و�أ �ا �ي الد/ن م�ن� �ك� �ص�يب ن �س� �ن ت و�ال ة� اآلخ�ر� الد�ار� �ه� الل �اك� آت ف�يم�ا �غ� �ت و�اب

د�ين� �م�ف�س� ال �ح�ب/ ي ال �ه� الل �ن� إ األر�ض� ف�ي اد� �ف�س� ال

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri

akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat

baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan

janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai

orang-orang yang berbuat kerusakan.”

Dr Asri menegaskan bahawa kita seharusnya menggunakan apa yang dikurniakan oleh Allah Taala untuk mencari akhirat serta menikmati harta dunia tetapi tidak berlebihan sehingga menjadi lalai. Bukan mencari akhirat dan dunia secara berpisah .

Qarun merupakan antara manusia yang paling kaya dalam sejarah tetapi dia angkuh dengan mendakwa semua ini milik dia semata-mata .

Page 4: Kuliah Dr Asri 2

Prinsip kedua Islam dalam pemilikan harta adalah setiap manusia mendapat rezeki Allah berdasarkan usaha dan takdir.

Allah berfirman dalam Surah Al-Hadid ayat 7

ن�وا ول�ه� ب�الله� آم� س� وا و�ر� ق� �ن�ف� أ ا و� م ين� ج�ع�ل�ك�م� م� ل�ف� ت�خ� يه� م�س� ف�

الذ�ين� ف� ن�وا وا م�ن�ك�م� آم� ق� �ن�ف� أ ك�ب�ير% أ�ج�ر% ل�ه�م� و�Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan nafkahkanlah sebagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menafkahkan (sebagian) dari hartanya memperoleh pahala yang besar.

Dr Asri menegaskan bahawa dengan adanya harta juga adanya tanggungjawab kita terhadap harta tersebut. Adanya hubungkait antara harta dan pembangunan masyarakat.

Dalam sebuah hadith Nabi S.A.W :

ص�اب� � ف�أ �ة، ف�ين س� ع�ل�ى �ه�م�وا ت اس� ` ق�و�م �ل� �م�ث ك ف�يه�ا �و�اق�ع� و�ال �ه� الل ح�د�ود� ع�ل�ى � �م �ق�ائ ال �ل� م�ث�م�اء� ال م�ن� �ق�و�ا ت اس� �ذ�ا إ �ه�ا ف�ل س�

� أ ف�ي �ذ�ين� ال �ان� ف�ك �ه�ا، ف�ل س�� أ �ع�ض�ه�م� و�ب �ه�ا �ع�ال أ �ع�ض�ه�م� ب

. �ا ف�و�ق�ن م�ن� �ؤ�ذ� ن �م� و�ل قsا، خ�ر� �ا �ن �ص�يب ن ف�ي �ا ق�ن خ�ر� �ا �ن أ �و� ل �وا ف�ق�ال ف�و�ق�ه�م� م�ن� ع�ل�ى وا م�ر/ج�م�يعsا �ج�و�ا و�ن �ج�و�ا ن �د�يه�م� ي

� أ ع�ل�ى �خ�ذ�وا أ �ن� و�إ ج�م�يعsا، �وا �ك ه�ل اد�وا ر�� أ و�م�ا �وه�م� ك �ر� �ت ي �ن� ف�إ

".

"Perumpamaan orang menjaga hudud Allah dan orang yang melanggarnya ialah seperti suatu kaum yang sama-sama menaiki kapal. Lalu sebhagiannya duduk di bahagian atas dan sebahagiannya duduk di bahagian bawah. Apabila orang-orang yang duduk di bahagian bawah hendak mendapatkan air mereka meminta tolong dari orang yang duduk di atas. Maka mereka berkata "Alangkah baiknya sekiranya kita tebuk satu lubang di bahagian kita ini, maka kita tidak menyusahkan orang yang duduk di atas." Sekiranya orang-orang yang duduk di atas membiarkan mereka melakukan apa yang mereka mahu, maka mereka semua akan binasa dan sekiranya mereka melarangnya maka mereka semua akan terselamat. (riwayat Al-Bukhari dalam Sahihnya. Juga diriwayat oleh At-Tirmidzi)4

Islam cuba menerangkan kita tidak boleh bertindak sewenang-wenang dengan harta kita kerana penyalahgunaan ini boleh memberi impak negative pada masyarakat.

Prinsip yang terakhir adalah seseorang boleh memiliki harta sebanyak mana mungkin dan tidak ada seseorang boleh menghalanginya .Tetapi

A. Harta tersebut mestilah didapati MENGIKUT SYARAK.Jika tidak , harta tersebut boleh dirampas atau diambil semula. Tidak kira sama ada orang pertikai atau tidak penggunaan harta haram tersebut , tetap haram hukumnya disisi syarak.

4 http://www.sunnah.com/bukhari/47/11

Page 5: Kuliah Dr Asri 2

B. Diharuskan untuk menggunakan harta tersebut untuk apa tujuan selagi mana tidak memberi mudharat pada orang lain. Seperti contoh , kita menggunakan radio yang dimiliki sah tetapi menggunakannya dengan bunyi kuat sehingga menggangu orang lain.Sa

C. Diharuskan menggunakan harta selagi mana tidaklah menggugat kemaslahatan umum. Seperti contoh , pihak kerajaan hendak membuat jalan tetapi mesti melalui kawasan seseorang dan dimilik oleh individu tersebut serta tiada kawasan yang sesuai selain kawasan dia , pihak kerajaan boleh ambil dan beli darinya kerana melibat kepentingan umum.

Monopoli Secara Adil?

Dalam isu monopoli , bagaimana kalau pedagang Bandar itu beli daripada pedagang luar Bandar itu beli dengan harga yang sama dengan harga di Bandar serta jual di Bandar dengan harga yang sama tersebut?

Sebahagian fuqaha kata ini dibenarkan kerana illah telah diangkat.

Hudud Pada Zaman Ini

Islam menegaskan bahawa kepada pelaksana hudud perlulah lihat kepada keadaan semasa dan tidak boleh terikat pada keadaan para Salaf sahaja kerana perbezaan ciri zaman yang ketara. Beliau juga menceritakan sedikit zaman Al-Malik Abdul Aziz ,Raja Saudi pada zaman 30-an yang baginda menetapkan Bahasa Inggeris , Geografi dan Sains dalam pendidikan Saudi.Para ulama Saudi membantahnya kerana mampu mengecam keimanan para rakyat . Mereka berhujah kerana:

Sains : Ada gambar yang pasti menggunakan kamera dan ini bercanggah dengan fatwa mereka iaitu mengharamkan kamera berdasarkan beberapa hadis larangan membuat gambar dan mereka qiaskan dengan kamera.

Geografi : Dikhuatirkan para pelajar akan belajar bahawa bumi ini bukan leper tapi bulat berdasarkan ayat Al-Quran

Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta

Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya.(Al-Hijr 15:19)

Bahasa Inggeris : Mereka khuatir para pelajar akan belajar ilmu kufur melalui bahasa asing ini