bab 6 teknik dan prosedur menulis karangan

20
MPW2113BKA/0120110 1. Mentafsir tajuk soalan 2. Rangka Karangan 3. Menulis Karangan – Membina perenggan 4. Menyemak Karangan

Upload: wanarizwan

Post on 10-Jan-2017

429 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 6 Teknik dan prosedur menulis karangan

MPW2113BKA/0120110

1. Mentafsir tajuk soalan

2. Rangka Karangan

3. Menulis Karangan – Membina perenggan

4. Menyemak Karangan

Page 2: Bab 6 Teknik dan prosedur menulis karangan

MPW2113BKA/012011 2

MENTAFSIR TAJUK KARANGAN

Kebelakangan ini, kecelakaan maut yang membabitkan bas-bas ekspres semakin kerap berlaku. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan kejadian ini berlaku.

Kata kunci : Faktor-faktor kecelakaan maut membabitkan bas-bas ekspres berlaku.

Format : Karangan tidak berformat

Page 3: Bab 6 Teknik dan prosedur menulis karangan

MPW2113BKA/012011

Negara kita masih menghadapi masalah bekalan air bersih yang mencukupi, terutamanya pada musim kemarau. Berikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya keadaan tersebut .

Tafsirkan tajuk karangan berikut:Latihan:

Anda ialah penuntut di salah sebuah pusat pengajian tinggi tempatan yang menggunakan pengangkutan awam. Anda tidak berpuas hati dengan tahap perkhidmatan pengangkutan awam di tempat anda. Anda ingin mengadukan hal ini kepada pihak berkuasa dan memberikan beberapa cadangan untuk membaiki tahap perkhidmatan pengangkutan awam ini. Tulis surat anda itu selengkapnya.

Page 4: Bab 6 Teknik dan prosedur menulis karangan

MPW2113BKA/012011 4

RANGKA KARANGAN Tahap penjagaan kesihatan dalam kalangan masyarakat

di negara ini masih belum memuaskan. Huraikan cara-cara yang dapat dilakukan untuk menjaga kesihatan

Pendahuluan :kesihatan amat penting – kerajaan memperuntukkan

perbelanjaanyang besar – harapan rakyat sihat – pelbagai cara untuk

menjaga kesihatan

Isi-isi:a. menjaga kesihatan diri, tempat tinggal dan alam

sekeliling – dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit dengan mudah.

b. Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat – tidak mengambil makanan yang dapat menjejaskan kesihatan – banyak lemak, gula dan berminyak – menjauhi rokok dan minuman keras

Page 5: Bab 6 Teknik dan prosedur menulis karangan

MPW2113BKA/012011 5

RANGKA KARANGAN Isi-isi:c. melakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala – dapat

mengesan penyakit dari peringkat awal – mencegah lebih baik daripada mengubati.

d. melakukan senaman mengikut jadual – 30 minit, 3-4 kali seminggu – demi kecergasan badan – lebih berdisiplin

Penutup: masyarakat perlu menjaga kesihatan – kesihatan menjamin kebahagiaan hidup

Page 6: Bab 6 Teknik dan prosedur menulis karangan

MPW2113BKA/012011

Latihan Membina Rangka Karangan1. Dunia hari ini diancam oleh pemanasan global. Bincangkan punca-punca berlakunya pemanasan global.

2. Amalan budaya tradisi kaum-kaum di negara ini semakin dilupakan. Tulis satu rencana tentang langkah-langkah untuk mengekalkan budaya

tradisi ini.

Page 7: Bab 6 Teknik dan prosedur menulis karangan

MPW2113BKA/012011

TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN

Menyatakan tajuk secara umum

Empat atau lima ayat.

Jangan masukkan isi penting

Huraian tajuk dengan isu yang relevan dengan keadaan semasa

Satu perenggan sahaja

Menyatakan kehendak soalan

Page 8: Bab 6 Teknik dan prosedur menulis karangan

MPW2113BKA/012011

AYAT-AYAT DALAM PERENGGAN PENDAHULUAN

Susunan ayat dalam perenggan pendahuluan seperti berikut:

Ayat 1 : Menyatakan tema atau tajuk soalan secara umum.

Ayat 2 : Isu semasa yang relevan dengan tema atau tajuk soalan.

Ayat 3 : Huraian tentang isu semasa.

Ayat 4 : Pandangan umum tentang tema atau tajuk soalan

Ayat 5 : Menyatakan kehendak soalan ( punca-punca / langkah- langkah / kesan-kesan )

Page 9: Bab 6 Teknik dan prosedur menulis karangan

MPW2113BKA/012011

CONTOH PERENGGAN PENDAHULUAN

TAJUK SOALAN : Punca-punca pencemaran sungai di negara ini.

(A1) Statistik terkini menunjukkan bilangan sungai yang tercemar di negara ini semakin meningkat. (A2) Berita-berita pencemaran sungai sering disiarkan di dalam media massa tempatan, sama ada media elektronik mahupun media cetak. (A3) Keluhan demi keluhan dan saranan demi saranan gagal menyedarkan rakyat negara ini tentang kepentingan sungai dalam kehidupan mereka. (A4) Bahkan kempen “Cintai Sungai Kita” yang dilancarkan oleh pihak kerajaan turut gagal mengurangkan bilangan sungai yang tercemar. (A5) Pelbagai punca dikenal pasti sebagai penyebab sungai di negara ini tercemar.

Page 10: Bab 6 Teknik dan prosedur menulis karangan

MPW2113BKA/102010 10

MEMBINA PERENGGAN PENDAHULUAN Sila susun setiap ayat berikut dengan urutan yang betul dengan

meletakkan nombor untuk membentuk perenggan karangan yang lengkap.

  [ Tajuk : Usaha-usaha untuk mengurangkan jumlah kecelakaan jalan

raya.] Bahkan, cogan kata “Sayangi Nyawa Anda” seolah-olah tidak wujud

dalam diri pengguna jalan raya di negara kita. Namun begitu, berita yang menyayatkan hati ini masih kurang berkesan

menyedarkan pengguna-pengguna jalan raya. Oleh itu, langkah-langkah yang berkesan haruslah dilaksanakan agar

jumlah kecelakaan jalan raya yang kian membimbangkan dapat dikurangkan.

Kemalangan jalan raya yang dilaporkan saban hari sudah menjadi asam garam setiap kali kita membaca akhbar atau menonton rancangan berita.

Berita anak kehilangan ibu bapa, ibu bapa kehilangan anak atau keluarga meratapi pemergian orang tersayang kerap menjadi tajuk berita apabila kecelakaan jalan raya berlaku.

Page 11: Bab 6 Teknik dan prosedur menulis karangan

MPW2113BKA/012011

TEKNIK MENGHURAIKAN ISI KARANGAN

Rumusan isi pokok

Penyataan isi pokok4 atau 5 ayat

Huraian tentang isi pokok : isi-isi kecil-mengapa, apa, bagaimana, bila, di mana, siapa-contoh/ bukti( 3 @ 4 ayat)

Satu isi satu perenggan

Page 12: Bab 6 Teknik dan prosedur menulis karangan

MPW2113BKA/012011

AYAT-AYAT DALAM PERENGGAN ISI

Ayat 1 : Menyatakan isi pokok atau persoalan yang akan dihuraikan.

Ayat 2 : Huraian tentang isi pokok yang dikemukakan.Ayat 3 : Huraian/pengolahan keterangan tentang isi pokok yang dikemukakan.

Ayat 4 : Bukti atau apa-apa contoh yang relevan dengan isu yang dibincangkan dalam isi pokok.

Ayat 5 : Rumusan ringkas tentang idea yang dikemukakan dalam isi yang dihuraikan.

Susunan ayat dalam perenggan isi seperti berikut:

Page 13: Bab 6 Teknik dan prosedur menulis karangan

MPW2113BKA/012011

CONTOH PEMBINAAN PERENGGAN ISI

TAJUK SOALAN : Cara-cara meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam.

(A1) Antara langkah yang perlu dilakukan mematuhi jadual perjalanan dan laluan yang ditetapkan oleh setiap syarikat pengangkutan awam. (A2) Hal ini perlu dilaksanakan dengan berkesan agar pennguna dapat mengaturkan waktu perjalanan mereka. (A3) Sekiranya syarikat-syarikat berkenaan mengalami kekekurangan bilangan kenderaan untuk mematuhi jadual dan laluan perjalanan, mereka perlu mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah ini. (A4) Misalnya, beberapa syarikat pengangkutan awam boleh bergabung membentuk satu konsortium pengangkutan awam yang lebih cekap dan efisien. (A5) Jelaslah, tanggungjawab syarikat pengangkutan awam perlu dilaksanakan dengan baik bagi memastikan pengguna-pengguna perkhidmatan awam mendapat perkhidmatan yang bermutu dan efisien.

Page 14: Bab 6 Teknik dan prosedur menulis karangan

MPW2113BKA/102010 14

MEMBINA PERENGGAN ISI Sila susun setiap ayat berikut dengan urutan yang betul

dengan meletakkan nombor untuk membentuk perenggan karangan yang lengkap.

  [ Tajuk : Usaha-usaha untuk mengurangkan jumlah kecelakaan

jalan raya.] Sekiranya para pemandu senantiasa berhati-hati di jalan raya,

mereka akan menjadi lebih peka akan keadaan di sekeliling. Jelaslah, sikap berhati-hati di jalan raya faktor utama yang

harus ada dalam diri setiap pengguna jalan raya. Inilah antara kata-kata hikmat yang harus menjadi amalan kita

apabila berada di jalan raya. Umpamanya, apabila berlaku sesuatu, mereka lebih

berkemungkinan untuk bertindak balas dengan pantas dan selamat.

Pengguna jalan raya perlu kembali menghayati cogan kata “Biar lambat asalkan selamat” dan “ Pandu cermat, jiwa selamat.”

Page 15: Bab 6 Teknik dan prosedur menulis karangan

MPW2113BKA/012011

TEKNIK MENULIS PENUTUP

3 atau 4 ayat Menyatakan saranan

MenyatakanpendirianKesimpulan umum/menyeluruh

Page 16: Bab 6 Teknik dan prosedur menulis karangan

MPW2113BKA/012011

AYAT-AYAT DALAM PERENGGAN PENUTUP

Ayat 1 : Rumusan atau kesimpulan menyeluruh tentang perbincangan isi.

Ayat 2 : Menyatakan cadangan atau saranan yang sesuai.

Ayat 3 : Menyatakan harapan tentang isu yang dibincangkan.

Ayat 4 : Menyatakan pendirian tentang pokok persoalan yang dikemukakan

Susunan ayat dalam perenggan isi seperti berikut:

Page 17: Bab 6 Teknik dan prosedur menulis karangan

MPW2113BKA/012011

PERENGGAN PENUTUPTAJUK SOALAN : Gejala lepak dalam kalangan remaja berpunca daripada kurangmya pengawasan daripada ibu bapa. Jelaskan pendapat anda.

(A1) Kesimpulannya, sikap kurang memberi perhatian dalam kalanganibu bapa kepada anak-anak punca berlakunya gejala lepak. (A2) Oleh yang demikian, ibu bapa perlu sentiasa mengambil berat dan mengawasi setiap pergerakan anak-anak mereka. (A3) Sekiranya semua ibu bapa mengambil pendekatan sedemikian, gejala ini akan dapat diatasi dengan mudah. (A4) Jelaslah, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menangani kegiatan tidak berfaedah anak-anak dan tidak boleh hanya mengharapkan pihak lain sahaja.

Page 18: Bab 6 Teknik dan prosedur menulis karangan

MPW2113BKA/012011 18

MEMBINA PERENGGAN PENUTUP Sila susun setiap ayat berikut dengan urutan yang betul dengan

meletakkan nombor untuk membentuk perenggan karangan yang lengkap.

  [ Tajuk : Usaha-usaha untuk mengurangkan jumlah kecelakaan jalan raya.] Usaha-usaha tersebut sebenarnya dapat dilakukan dengan mudah dan dapat

mengelakkan kemalangan serta menyelamatkan nyawa jika diamalkan. Dengan ini diharapkan kadar kecelakaan jalan raya di negara kita akan terus

berkurangan pada masa depan. Ingatlah, kita sebagai pengguna jalan merupakan pihak paling dominan untuk

mengurangkan berlakunya kecelakaan jalan raya. Natijahnya, cara-cara untuk mengelakkan kemalangan jalan raya seperti yang

dinyatakan di atas bukanlah suatu rahsia.

Page 19: Bab 6 Teknik dan prosedur menulis karangan

MPW2113BKA/012011

- EJAAN

- TANDA BACA

- STRUKTUR AYAT

- ISI-ISI

- PEMERENGGANAN

Page 20: Bab 6 Teknik dan prosedur menulis karangan

MPW2113BKA/012011

Rujukan

Adenan Ayob. (2009). Bahasa Kebangsaan. Shah Alam : Oxford Fajar.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Siri pendidikan guru Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar.