rbt3118 bab 2.docx
Post on 03-Apr-2018
286 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 RBT3118 Bab 2.docx
1/17
RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
1
Sinopsis
Tajuk ini mendedahkan tentang bahan kemasan yang digunakan dalam projek
kerja kayu merangkumi bahan kemasan seperti lilin, minyak linsid, syelek, cat,
lekar, varnish, stain dan timber tone. Beberapa alat kelengkapan lain yang turut
dipelajari seperti pelbagai jenis paku, skru, bol dan nat, engsel, tombol penarik,
pendakap, kuku, selak, kunci dan penahan pintu hidraulik.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
1. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang kegiatan iaitu
Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan
serta Mengenal Kraf Tradisional.
2. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta
mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan.
3. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk meningkatkan
pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran setiap
bidang kegiatan.
Kerangka tajuk 2 modul ini
TAJUK 2 Bahan Kemasan dan Alat Kelengkapan
Bahan kemasan dan alat
kelengkapan
Tombolpenarik
Bahankemasan
Jenispaku Jenis
skru
Pendakap
Jenis boldan nat
Kuku
Penahanpintu hidraulik
Kunci
Selak Engsel
-
7/28/2019 RBT3118 Bab 2.docx
2/17
RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
2
Kandungan Isi
2.1 Konsep dan pengertian
Kemasan kayu boleh ditakrifkan sebagai melakukan langkah-langkah kerja terakhir
dalam membina sesuatu projek kerja kayu sebelum dipasarkan. Kaedah kemasan yang
betul menentukan kesenian tukang dan kecantikan bendakerja. Untuk menghasilkan
kemasan yang menarik dan bermutu tinggi bendakerja atau projek perlu dirawat supaya
apabila disiapkan dengan kemasan tertentu tidak akan menunjukkan kelemahan dan
kecacatan kayu tersebut. Antara langkah dalam kerja kemasan ialah:
Memilih cat atau kemasan yang sesuai
Merawat kecacatan kayu dengan menyapu dan menyumbat dengan tepung
penyumbat ( filler power)
Mengosok dan melelaskan permukaan kayu dengan kertas las (sand paper) Menyapu warna pada permukaan kayu jika perlu atau membancuh cat dan
mengecat samada menggunakan berus atau semburan
Memberikan pandangan kayu yang lebih kemas dan cantik
Menghilangkan kesan calar atau cacat
Menyediakan lapisan pelindung daripada air atau serangga
Membuatkan projek atau bendakerja kayu lebih tahan lama
2.2 Bahan kemasan
Pemilihan jenis kemasan bergantung kepada kesesuaian produk dan penggunaan
produk yang akan dihasilkan sama ada di dalam atau di luar rumah. Bahan kemasan
boleh didapati dalam pelbagai bentuk antaranya lilin, minyak linsid, syelek atau
Apakah yang anda tahu tentang bahan kemasan dan alatkelengkapan ?
-
7/28/2019 RBT3118 Bab 2.docx
3/17
RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
3
sampang syelek, cat, lekar, varnis, stain dan timber tone. Tujuan utama kemasan
dilakukan adalah :
Melindungi permukaan prototaip daripada rosak seperti karat.
Menambah mutu, kualiti nilai estetika dan komersial produk.
Menambah kemampuan daya ketahanan kehausan.
Jadual 1: Jenis kemasan mengikut bahan
JENIS BAHAN JENIS KEMASAN YANG SESUAI
Kayu
Cat minyakSyelek
SampangLekarLilin
Lekar plastikvinil
Keluli Cat minyakCat bitumen
lekar
Lepa simen/gypsium Cat distemperCat air / cat emulasi
Cat minyak
Kemasan Lilin
Terdapat tiga jenis lilin yang digunakan iaitu lilin keras, sederhana dan
lembut.Kemasan yang dilakukan dengan mencairkan lilin dalam turpentine dan
menyapukannya ke permukaan kayu supaya lilin dapat menyerap ke dalam ira
kayu.
Kemudian permukaan kayu dikilatkan dengan menggunakan kain lembut. Jika
warna diperlukan, pewarna dilarutkan di dalam turpentine sebelum dibancuh
dengan lilin atau mengacau serbuk pewarna dalam cecair lilin.
-
7/28/2019 RBT3118 Bab 2.docx
4/17
RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
4
Rajah 1 : Sebahagian kemasan lilin
Minyak linsid
Minyak Linseedadalah minyak lemak berwarna amber yang diekstrak dari
kotiledon dan kulit bahagian dalam pada tumbuhan flax.
Linseedtelah lama digunakan sebagai minyak pengering dalam cat dan varnish,
selain itu juga digunakan sebagai bahan pembuat beberapa jenis tinta dan
minyak penggumpal.
Rajah 2 : Tumbuhan flax dan contoh minyak linseed
Syelek
Merupakan kemasan yang lazim digunakan pada kayu.
Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bugyang
hidup atas dahan ranting sejenis pokok yang terdapat di Asia Tenggara.
Resin syelek larut di dalam alkohol methylated spirit.
Berfungsi untuk mengilat kayu dinamakan French polishingsecara sembur atau
sapu dengan berus.
-
7/28/2019 RBT3118 Bab 2.docx
5/17
RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
5
Rajah 3 : Beberapa jenis syelek
Rajah 4 : Kaedah membuat kemasan dengan syelek
Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk
digunakan atau dibeli secara bancuh siap.
-
7/28/2019 RBT3118 Bab 2.docx
6/17
RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
6
Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca atau
bekas plastik. Jika disimpan di dalam tin, warna syelek akan menjadi gelap.
Sampang (Varnish)
Sejenis varnish minyak yang menggunakan resin asli (cogo, manila, kauri) atau
resin tiruan (pheonilics, alkyds) dimasak dalam minyak pengering (linseed, tung)
dan dicairkan dalam pelarut seperti turpentine tulen dan spirit supaya mudah
digunakan secara sapu atau sembur.
Sampang khas digunakan pada kayu. Proses pengeringan mengambil masa
selama 12 hingga 24 jam.
Ia mengandungi sifat rintangan cuaca dan tahan air. Oleh itu ia sesuai digunakan
pada kayu untuk pembinaan dalam dan luar.
Rajah 5 : Beberapa jenis varnish
Cat minyak
Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed.
-
7/28/2019 RBT3118 Bab 2.docx
7/17
RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
7
Cat minyak menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan
pengoksidaan.
Rajah 6 : Beberapa jenis cat minyak
Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas,
lapisan alas dan lapisan kemasan.
Cat lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed, plumbum putih dan
minyak varnish, pewarna serta pelarut yang sesuai seperti turpentine.
Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan alat penyembur.
Cat air atau cat emulsi.
Mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuhkan
dengan air untuk mencairkannya semasa digunakan.
Jenis cat emulsi lateks ialah cat yang diperbuat dengan getah tiruan dan
memerlukan air sebagai agen pencair.
Cat emulsi menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk
mengecat permukaan tembok bata dan konkrit bagi tembok dalam dan tembok
luar.
Pengeringannya ialah melalui sejatan dan resapan.
Cat ini mudah digunakan sama ada disapu dengan berus, digelek dengan
penggelek ataupun disembur.
Cat lapisan (undercoat) tidak diperlukan bagi kerja kemasan yang baru.
-
7/28/2019 RBT3118 Bab 2.docx
8/17
RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
8
Rajah 7 : Beberapa jenis cat emulsi
Lekar(Lacquer)
Lekar yang biasa digunakan terdiri daripada jenis resin (nitro-cellulose).
Ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering.
Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu atau disembur.
Rajah 8 : Beberapa jenis lacquer
Venier Kayu
Venier kayu merupakan kepingan kayu nipis yang ditampal pada permukaan
kayu.
Ia menyerupai rupa kayu yang asli tetapi ia hanya perlu ditampal pada
permukaan kayu supaya kelihatan seperti urat kayu.
-
7/28/2019 RBT3118 Bab 2.docx
9/17
RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
9
Terdapat pelbagai jenis venier kayu di pasaran iaitu:
a. Kayu Cengal
b. Kayu Nyatoh
c. Kayu Balau
d. Kayu Meranti
e. Kayu Sepetir
Pewarna kayu (Timb er tone)
Ia digunakan untuk menggelapkan dan mengeluarkan susunan urat kayu dan
menyamakan kayu yang berlainan warna.
Terdapat tiga jenis tona warna yang ada dipasaran:
a) Pewarna minyak digunakan untuk menggilap lilin dan disapu bagi
melarutkan pelumur di dalam turpentin atau petrol.
b) Pewarna spirit mesti dibancuh dengan dengan syelek dan spirit bertujuan
menyamakan permukaan kayu dan mendapatkan kemasan yang sekata.
c) Pewarna air digunakan terus pada permukaan kayu sebelum menyapu laker
(lacquer). Ia boleh disapu dengan menggunakan berus atau kain.
Rajah 9 : Beberapa jenis pewarna kayu
-
7/28/2019 RBT3118 Bab 2.docx
10/17
RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
10
2.3 Jenis paku
Paku biasa (common nail) berkepala bulat dan sesuai digunakan dalam
pembinaan yang berat seperti memaku rangka dinding, membuat kotak dan
pembinaan am.
Paku kotak (box nail) serupa dengan paku biasa kecuali toloknya lebih kecil.
Paku kemasan (finishing nail) digunakan untuk kerja-kerja kemasan seperti
memasang pelapisan dinding, kerja perabot atau kerja yang tidak memerlukan
kepala paku kelihatan. Kepalanya berbentuk peluru dan boleh dibenamkan ke
dalam kayu dengan menggunakan pembenam paku.
Paku panel (casing nail) sejenis paku dawai yang halus, kepalanya berbentuk
kon terbalik dan kurang kelihatan bila dipakukan kepada kayu. Saiznya antara
12mm x 20mm hingga 50mm x 16mm sesuai digunakan dalam kerja panel
kerana tidak memecahkan kayu.
Paku venir Paku dawai yang halus sama seperti paku panel dan kadang-
kadang tanpa kepala. Sesuai digunakan untuk memaku kumai dan bahan-bahan
yang nipis.
-
7/28/2019 RBT3118 Bab 2.docx
11/17
RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
11
Paku payung kepalanya berbentuk seperti payung, digunakan dalam
pemasangan bumbung bergelugur zink dan asbestos bagi menghalang
kebocoran di tempat yang dipakukan.
Paku berkepala dua mempunyai dua kepala, digunakan dalam pembinaan
acuan kayu. Paku ini dipakukan sehingga kepala pertama terbenam dan kepala
kedua timbul untuk memudahkan ia dicabut dengan tukul berkuku.
Paku konkrit diperbuat daripada keluli keras dan boleh dipakukan kepada
konkrit untuk memasang kayu, menggantung barang, memasang pendakap dan
sebagainya.
Paku bergelugur (berangkai) sejenis paku nipis berbentuk segiempat bujur dan
bergelugur yang dibuat daripada keluli. Sesuai digunakan untuk menyambung
beberapa keping papan dan untuk menyambung tanggam.
2.4 Jenis skru
Skru kepala rata (countersunk) diperbuat daripada keluli lembut bergalvani,
tembaga dan loyang bagi mencegah karat, perlu dipasang dengan cermat
kerana mudah patah. Digunakan dalam kerja-kerja yang memerlukan kepala
skru sama rata dengan permukaan kayu seperti untuk pemasangan meja, kerusi,
engsel dan selak.
Skru kepala bulat mempunyai kepala yang bulat dengan bahagian bawahnya
rata. Ia diperbuat daripada keluli, loyang atau tembaga dan digunakan untuk
mengikat bahagian-bahagian kayu dan nampak sebagai hiasan kerana
kepalanya timbul di atas permukaan kayu.
http://www.boltdepot.com/material.aspx?cc=3&cs=128http://www.boltdepot.com/material.aspx?cc=3&cs=30http://www.boltdepot.com/material.aspx?cc=3&cs=31http://www.boltdepot.com/material.aspx?cc=3&cs=34http://www.boltdepot.com/material.aspx?cc=3&cs=128http://www.boltdepot.com/material.aspx?cc=3&cs=30http://www.boltdepot.com/material.aspx?cc=3&cs=31http://www.boltdepot.com/material.aspx?cc=3&cs=34http://www.boltdepot.com/material.aspx?cc=3&cs=128http://www.boltdepot.com/material.aspx?cc=3&cs=30http://www.boltdepot.com/material.aspx?cc=3&cs=31http://www.boltdepot.com/material.aspx?cc=3&cs=34http://www.boltdepot.com/material.aspx?cc=3&cs=128http://www.boltdepot.com/material.aspx?cc=3&cs=30http://www.boltdepot.com/material.aspx?cc=3&cs=31http://www.boltdepot.com/material.aspx?cc=3&cs=34 -
7/28/2019 RBT3118 Bab 2.docx
12/17
RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
12
Skru kepala timbul Cantuman skru kepala rata dan skru kepala bulat. Ia
diperbuat daripada bahan yang sama tetapi lebih kuat daripada skru kepala
bulat. Digunakan untuk mengikat kepingan logam kepada kayu di mana
kekuatan dan kecantikan diutamakan.
Skru kepala segiempat merupakan sejenis skru yang kuat yang diperbuat
daripada keluli. Kepala skru berbentuk segiempat dan perlu diketatkan dengan
menggunakan sepana. Digunakan untuk kerja-kerja kasar seperti dalam
pembinaan jambatan, pemasangan engsel pada pintu pagar, pembinaan koc dan
pasakan mesin.
2.5 Jenis bol dan nat (bol mesin, bolt pedati, bol gerigis)
Bol digunakan bersama nat untuk mengikat dan mengetatkan dua atau lebih
komponen terutama pada bahagian enjin. Terdiri daripada pelbagai jenis
dengan ditentukan oleh bentuk kepalanya.
Bol yang sering digunakan ialah bol kepala segi empat dan segi enam.
Manakala saiz bol ditentukan oleh panjang dan diameter batangnya.
Rajah 10 : Beberapa jenis bol
http://www.boltdepot.com/material.aspx?cc=3&cs=44http://www.boltdepot.com/material.aspx?cc=3&cs=44http://www.boltdepot.com/material.aspx?cc=3&cs=44 -
7/28/2019 RBT3118 Bab 2.docx
13/17
RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
13
Nat mempunyai ulir dalam dan digunakan bersama bol atau stad.
Saiz nat ditentukan oleh ukuran diameter lubang berulir dan jenis yang mudah
diperolehi seperti nat heksagon, nat kota, nat telinga dan nat segi empat.
Nat segi empat digunakan dengan bol dalam kerja pemasangan umum dan nat
heksagon digunakan dengan bol atau stad dalam kerja pemasangan umum.
Nat telinga digunakan di tempat yang tidak memerlukan tekanan kuat tanpa
menggunakan soket atau sepana. Manakala nat kota digunakan bersama cemat
belah untuk menahan nat terkeluar daripada bol.
2.6 Engsel
Barang logam yang utama untuk pemasangan pintu rumah, perabot dan tingkap
rumah. Terdapat dalam berbagai jenis sesuai dengan penggunaannya.
Engsel muka tumpu - Engsel yang paling biasa digunakan, terdiri daripada dua
keping daun dibentukkan menggelilingi sebatang pin. Diperbuat daripada keluli,
Loyang atau aluminium. Ia digunakan untuk menggantung daun pintu dan daun
tingkap.
-
7/28/2019 RBT3118 Bab 2.docx
14/17
RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
14
Engsel T Terdiri dari daun segiempat dan engsel panjang antara 150mm
hingga 450mm dengan sendinya mengelilingi sebatang pin. Daunnya dipasang
pada pemidang dan engsel panjang pada daun pintu. Engsel ini sesuai untuk
menggantung pintu yang lebar seperti pintu beroti supaya daun pintu dapat
ditanggung dengan lebih baik.
Engsel cangkuk dan simpai Terdiri daripada plat segiempat bujur, simpainya
sepanjang 50mm hingga 80mm diperbuat daripada keluli yang lebih tebal dan
berat daripada engsel T. Ia digunakan pada pintu berat seperti pintu bengkel dan
pintu garaj.
Engsel spring
Engsel ini membolehkan pintu boleh ditolak dari dalam dan luar.
Ia berfungsi sebagai spring kerana boleh terbuka dan tertutup kembali dengan
sendiri. Terdiri dari dua daun untuk memasang daun pintu dan ditetapkan pada
kerangka pintu atau dinding. Kebiasaannya dipasang pada pintu bar, pintu dalam
pejabat sebagai pemisah terbuka sahaja dan tempat laluan utama ke tempat
yang terhad.
Engsel perabot terdiri dari beberapa jenis seperti but hinge, surface hinge,
butterfly hinge, continuous atau piano hinge, engsel spring dan engsel bulat.
2.7 Tombol penarik
Sejenis penarik yang digunakan pada pintu, tingkap dan laci untuk
memudahkannya dibuka dan ditutup.
Diperbuat daripada bahan seperti plastik, loyang, tembaga, gangsa, nikalam,
besi tuangan, aluminium dan kayu.
Terdapat dalam berbagai bentuk.
Pemasangannya dengan menggunakan skru.
-
7/28/2019 RBT3118 Bab 2.docx
15/17
RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
15
2.8 Pendakap
Sejenis bahan yang juga dikenali sebagai sandal topang.
Digunakan untuk menyokong almari atau rak papan yang dipasang pada tembok
atau dinding. Diperbuat daripada keluli, plastik atau gangsa.
Dipasang dengan menggunakan skru.
-
7/28/2019 RBT3118 Bab 2.docx
16/17
RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
16
2.9 Kuku
Terdapat dalam pelbagai rekabentuk.
Digunakan untuk menutup pintu dan tingkap terutama bagi pintu perabot.
Diperbuat daripada keluli, besi, loyang, gangsa dan plastik.
Jenis-jenisnya ialah seperti kuku bebola, kuku bebola kembar, kuku muka almari
dan kuku Perancis.
2.10 Selak
Alat yang diperbuat daripada kayu atau logam. Terdiri dari selak boleh laras,
enkol dan rata.
Dipasang pada pintu atau tingkap supaya tertutup dan hanya dapat dibuka
dengan menggerakkan selak tersebut.
Dibuka dengan menolak tangkai pemegangnya.
2.11 Kunci
Dipasang pada pintu bertujuan agar pintu dapat ditutup dengan selamat dan
hanya boleh dibuka dengan anak kunci tertentu.
Terdapat dalam 2 jenis iaitu Kunci Puting Jenis Pemegang dan Kunci Puting
Jenis Selinder.
-
7/28/2019 RBT3118 Bab 2.docx
17/17
RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
17
2.12 Penahan pintu hidraulik
Digunakan untuk membolehkan pintu tertutup sendiri setelah dibuka.
Mekanismanya menggunakan system hidraulik.
Dipasang pada bahagian atas pintu di sebelah yang berengsel.
Latihan
1. Senaraikan langkah-langkah pemasangan Kunci PutingJenis Selinder pada pintu.
2. Nyatakan kebaikan Kunci Putting Jenis Selinder dengankunci jenis lain.
top related