pengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan...

27
PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI DEWAN MAKAN ASRAMA SEKOLAH MENENGAH BANDAR KLUANG ALINA MASRI BT MD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lehanh

Post on 07-Mar-2019

304 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI DEWAN

MAKAN ASRAMA SEKOLAH MENENGAH BANDAR KLUANG

ALINA MASRI BT MD YUSOFF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI DEWAN MAKAN ASRAMA SEKOLAH MENENGAH BANDAR KLUANG.

2007/2008

ALINA MASRI BT MD YUSOFF

( √ )

DR. MOHD ANUAR ABDUL RAHMAN NO. 27 JLN 3/2, TAMAN SRI KLUANG, 86000 KLUANG, JOHOR

28 APRIL 2008 28 APRIL 2008

Page 3: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : ............................................................

Nama Penyelia : DR. HJ MOHD ANUAR BIN ABDUL RAHMAN

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 4: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI DEWAN

MAKAN ASRAMA SEKOLAH MENENGAH BANDAR KLUANG

ALINA MASRI BT MD YUSOFF

Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ..........................................................

Nama Penulis : ALINA MASRI BT MD YUSOFF

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 6: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

iii

Buat ayah dan arwah ibu

Cita-cita mu telah ku tunaikan.

Istimewa buat suamiku yang tercinta

Sesungguhnya doa restu, kesabaran, pengorbanan

dan pengertianmu akan menjadi ingatanku selagi hayat dikandung badan.

Buat anak-anak ku tersayang,

yang selalu mama tinggalkan,

Muhammad Syafiq

Nur Shahidah Hanim

Muhammad Syazwan

Nur Anis Fadhillah

Maafkan mama kerana perpisahan sering mewarnai kehidupan kalian

buat sementara waktu ini

Yang memaksa kalian untuk sentiasa mengerti.

Semoga kejayaan ini menjadi pendorong buat kalian.

Buat teman-teman yang dirindui,

Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini

Akan ku kenang selamanya...

Page 7: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan

salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Syukur alhamdulillah

Kehadrat Allah SAW, kerana dengan taufik dan hidayahNya dapat saya

menyempurnakan laporan projek sarjana muda ini.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih

kepada mereka yang terlibat dalam membantu untuk menghasilkan kajian ini.

Jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga saya tujukan buat

Dr. Mohd Anuar bin Abdul Rahman selaku pensyarah pembimbing di atas segala

bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan.

Penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan dan semua pihak yang

terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kajian ini.

Semoga Allah memberkati ilmu yang kalian perolehi.

Sekian, terima kasih.

Page 8: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan

dan pengamalan sanitasi makanan di kalangan pengendali makanan didewan makan

asrama sekolah menengah bandar Kluang. Seramai enam puluh orang responden

yang terdiri daripada pengendali makanan di dewan makan dan AJK dewan makan

yang terdiri daripada penyelia makanan, waden dan pelajar-pelajar dari lima buah

sekolah berasrama sekitar bandar Kluang yang terlibat dalam kajian ini. Borang

soal-selidik telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Item-item dalam

soal-selidik dibina berdasarkan Garis Panduan Kantin Sekolah oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia. Hasil dari kajian rintis menunjukkan kebolehpercayaan yang

tinggi, nilai alpha adalah 0.79 bagi AJK dewan makan dan 0.87 bagi pengendali

makanan. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical

Package For Social Sciences (SPSS) 14.0 untuk mendapatkan nilai frekuensi,

peratusan, min, sisihan piawai dan pengujian hipotesis melalui ujian-t dan Anova

Sehala. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pengendali

makanan di dewan makan asrama berada pada tahap yang tinggi, manakala tahap

pengamalan sanitasi makanan berada di tahap sederhana. Hasil kajian juga

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara AJK lelaki dan AJK

perempuan terhadap pengamalan sanitasi makanan dan terdapat perbezaan

pengetahuan sanitasi makanan berdasarkan pengalaman di kalangan pengendali

makanan di dewan makan asrama. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan

telah dikemukakan kepada pihak yang terlibat untuk meningkatkan lagi pengamalan

sanitasi makanan di kalangan pengendali makanan didewan makan asrama sekolah

menengah bandar Kluang.

Page 9: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to investigate the level of food sanitation

practice among the school hostel’s canteen operators in Kluang. Sixty respondents

from the hostel’s operators and the canteen committee members stand from the food

supervisors, wardens and students from five schools around Kluang are involved in

this research. Questionnaires were used as the instrument for this research. Items in

the questionnaires were built based from the “School’s Canteen Guideline” by The

Ministry of Education. Based on the research, it shows a high posibilities, alpha

value is 0.79 for the items on canteen committee members and 0.87 on the food

operators. The data received were analyzed by using The Statistical Package for

Social Sciences (SPSS) 14.0 application to get the frequency value, percentage,

mean, standard deviation and hypothesis testing through the t-test and one-way

ANOVA. The outcome of this research showed that the knowledge level of food

operators in the hostel’s canteen was high, while the food sanitation practice was in

moderate level. The outcome showed that there were no significant differences

between the genders food committee members regarding the food sanitation practice

but there were differences in knowing about food sanitation based on experience

among the canteen operators in the hostel’s canteen. Based on the research outcomes,

several suggestions were made to the person involved in upgrading the food

sanitation practice among the hostels’ canteen operators in Kluang’s secondary

schools.

Page 10: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN vi

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI CARTA DAN RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI SIMBOL xvi

SENARAI LAMPIRAN xviii

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Hipotesis 7

1.7 Rasional Kajian 8

1.8 Kepentingan Kajian 8

1.9 Batasan Kajian 9

1.10 Definisi Kajian 9

1.10.1 Pengetahuan 10

1.10.2 Pengalaman 10

1.10.3 Sanitasi 10

1.10.4 Penyediaan 11

Page 11: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

viii

1.10.5 Penyajian 11

1.10.6 Asrama 11

1.10.7 Sekolah 12

1.10.8 Pengendali Makanan 12

1.11 Penutup 12

2 SOROTAN KAJIAN 13

2.1 Pengenalan 13

2.2 Pengurusan Dewan Makan Asrama Sekolah 14

2.2.1 Tugas-tugas Mereka Yang Terlibat Dalam

Penyediaan Makanan Di dewan Makan Asrama. 15

2.2.2 Tender Dewan Makan Asrama 18

2.3 Sanitasi 19

2.3.1 Kebersihan Diri Pengendali Makanan 21

2.3.2 Sanitasi Makanan 24

2.3.3 Kebersihan Peralatan 27

2.3.4 Kebersihan Tempat Penyediaan Makanan 30

2.4 Penutup 32

3 METODOLOGI KAJIAN 33

3.1 Pengenalan 33

3.2 Reka Bentuk Kajian 33

3.3 Populasi dan Persampelan 34

3.4 Instrumen Kajian 35

3.5 Kajian Rintis 38

3.6 Tatacara Kajian 39

3.7 Kaedah Penganalisaan Data 39

3.8 Penutup 41

Page 12: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

ix

4 ANALISIS DATA 42

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 43

4.2.1 Analisis Latar Belakang AJK Dewan Makan Asrama 43

4.2.2 Analisis Latar Belakang Responden Pengendali

Makanan Di Dewan Makan Asrama 45

4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan Kajian 48

4.3.1 Tahap Pengetahuan Sanitasi Yang Dimiliki Oleh

Pengendali Di dewan makan Asrama Sekolah. 48

4.3.2 Elemen Pengetahuan Sanitasi Makanan Yang

Paling Diketahui Oleh Pengendali Dewan Makan

Asrama Sekolah Menurut Urutan. 54

4.3.3 Tahap Pengamalan Sanitasi Makanan Di kalangan

Pengendali Dewan Makan Dalam Penyediaan

Dan Penyajian Makanan. 55

4.3.4 Elemen Pengamalan Sanitasi Makanan Yang Paling

Diamalkan Oleh Pengendali Dewan Makan Asrama

Sekolah. 62

4.4 Analisis Berdasarkan Hipotesis 63

4.4.1 Ho 1 : Perbezaan persepsi AJK tentang sanitasi

makanan oleh pengendali dewan makan asrama

sekolah berdasarkan jantina. 63

4.4.2 Ho 2 : Perbezaan pengetahuan berdasarkan

pengalaman di kalangan pengendali dewan makan

asrama sekolah. 65

4.5 Penutup 61

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 66

5.1 Pengenalan 66

5.2 Rumusan Kajian 66

5.3 Perbincangan Dan Kesimpulan 68

Page 13: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

x

5.3.1 Pengetahuan Sanitasi Makanan Di Kalangan

Pengendali Makanan Di dewan Makan Asrama

Sekolah. 69

5.3.2 Pengamalan Sanitasi Makanan Di kalangan

Pengendali Makanan Di dewan Makan Asrama

Sekolah. 72

5.4 Cadangan Kajian 75

5.4.1 Cadangan Kajian Tindakan 75

5.4.1.1 Pihak Majikan 75

5.4.1.2 Pengendali –pengendali Makanan 76

5.4.1.3 Pihak Sekolah 76

5.4.1.4 Jabatan Pendidikan Negeri 77

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 78

5.5 Penutup 78

RUJUKAN 80

Lampiran A-G 85- 98

Page 14: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Nama Sekolah Berasrama dan Bilangan Respoden 35

3.2 Taburan Item Berdasarkan Aspek Persoalan Kajian 36

3.3 Taburan Item Berdasarkan Aspek Persoalan Kajian 37

3.4 Skala Pemeringkatan Empat Mata 38

3.5 Skala Pemeringkatan Empat Mata 38

3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 40

4.1 Taburan Responden Yang Menjawab Soal Selidik

Berdasarkan Sekolah 43

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Status 44

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 44

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 44

4.5 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman

Menjadi AJK 45

4.6 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 46

4.7 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 46

4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan Iktisas 46

4.9 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman Menjadi

Pengendali 47

4.10 Taburan Responden Berdasarkan latihan atau

kursus yang pernah dihadiri. 47

4.11 Tahap Pengetahuan Sanitasi Makanan 49

4.12 Tahap Pengetahuan Sanitasi Dari Aspek Kebersihan

Makanan Yang Dimiliki Oleh Pengendali Di

Dewan Makan Asrama 50

4.13 Tahap Pengetahuan Sanitasi Dari Aspek Kebersihan

Diri Yang Dimiliki Oleh Pengendali Di Dewan

Makan Asrama. 51

Page 15: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

xii

4.14 Tahap Pengetahuan Sanitasi Dari Aspek Kebersihan

Peralatan Yang Dimiliki Oleh Pengendali Di

Dewan Makan Asrama. 52

4.15 Tahap Pengetahuan Sanitasi Dari Aspek Kebersihan

Tempat Yang Dimiliki Oleh Pengendali Di Dewan

Makan Asrama. 53

4.16 Elemen Pengetahuan Sanitasi Makanan Yang Paling

Tinggi Diketahui 53

4.17 Tahap Pengamalan Sanitasi Makanan 55

4.18 Tahap Pengamalan Sanitasi Dari Aspek Kebersihan

Peralatan Dalam Penyediaan dan Penyajian Makanan. 57

4.19 Tahap Pengamalan Sanitasi Dari Aspek Kebersihan

Makanan Dalam Penyediaan dan Penyajian Makanan. 58

4.20 Tahap Pengamalan Sanitasi Dari Aspek

Kebersihan Persekitaran Dalam Penyediaan

dan Penyajian Makanan. 60

4.21 Tahap Pengamalan Sanitasi Dari Aspek

Kebersihan Diri Dalam Penyediaan dan Penyajian

Makanan. 61

4.22 Elemen Pengamalan Sanitasi Makanan Yang Paling

Tinggi Diamalkan 62

4.23 Analisis Ujian t . Perbezaan Persepsi AJK

Tentang Tahap Pengamalan Sanitasi

Makanan Oleh Pengendali Dewan Makan

Asrama Sekolah Berdasarkan Jantina. 63

4.24 Analisis ANOVA Sehala Perbezaan Pengetahuan

Berdasarkan Pengalaman Di kalangan Pengendali

Dewan Makan Asrama Sekolah. 64

Page 16: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

xiii

SENARAI CARTA DAN RAJAH

NO. CARTA/ RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Carta Aliran Pengurusan Makanan Di

Dewan Makan Asrama. 17

2.2 Model Sanitasi 20

Page 17: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

xiv

SENARAI SINGKATAN

AJK - Ahli Jawatankuasa

Bil. - Bilangan

Jum. - Jumlah

Sig. - Signifikan

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

HEM - Hal Ehwal Murid

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor

JPT - Jabatan Pendidikan Teknikal

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

RMT - Rancangan Makanan Tambahan

ERT - Ekonomi Rumah Tangga

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SP - Sisihan Piawai

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPVM - Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia

MCE - Malaysia Certificate of Education

SRJK - Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

KS - Kurang Setuju

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

TP - Tidak Pernah

JS - Jarang Sekali

K - Kerap

SK - Sangat Kerap

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Page 18: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

xv

Pendidikan

SPSS - Statistical Package for Social Science

USM - Universiti Sains Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

xvi

SENARAI SIMBOL

f - Frekuensi

% - Peratus

Page 20: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 85

B Surat Kebenaran EPRD 94

C Surat Kebenaran JPN Johor 95

D Surat Kebenaran UTM 96

E Surat Pengesahan Soal Selidik 97

F Nilai Alpha Kajian Rintis 98

G Nilai Analisis Data 102

Page 21: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam kehidupan manusia seharian, makanan merupakan keperluan asasi

yang penting untuk memberi tenaga bagi memenuhi keperluan seharian untuk

melakukan kerja, untuk tumbesaran dan melaksanakan segala proses kelangsungan

hidup. Pengambilan makanan yang seimbang, teratur dan terjamin kebersihannya

dapat menjadikan seseorang itu sentiasa sihat, ceria dan terhindar dari segala

penyakit (Abbey dan Macdonal, 1979).

Keracunan makanan sering berlaku terutamanya di negara yang agak panas

seperti negara kita, Malaysia. Kes keracunan makanan juga selalu dilaporkan di

dada akhbar dan media elektronik. Bukan setakat mengalami keracunan malah ada

juga yang membawa kematian. Menurut Wan Zainal Azman dan Noor Hasani

daripada Pusat Racun Negara, USM, dari Januari hingga Oktober 2003, sebanyak

lima kes keracunan makanan berlaku membabitkan 144 orang termasuk satu

kematian telah dilaporkan. Daripada jumlah tersebut, 119 mangsa terdiri dari pelajar

sekolah.

Keracunan makanan boleh disebabkan oleh kuman atau mikrooganisma,

racun atau toksin dan bahan kimia. Keracunan akibat kuman khususnya berlaku

apabila keadaan persekitaran yang menggalakkan kuman tersebut hidup dan

membiak, misalnya dalam cuaca panas, lembab dan kotor. Kuman ini boleh juga

menghasilkan racun dan bahan kimianya tersendiri. Menurut Eunice dan Jerry

Page 22: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

2

Taylor (1990), risiko pengambilan makanan tercemar boleh menyebabkan penyakit

seperti taun (kolera), kepialu (tifoid) dan hepatitis. Penyakit ini boleh dijangkiti

melalui makanan sekiranya tukang masak itu sendiri menghidapi penyakit tersebut.

Kebiasaannya, keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah

memakan makanan yang tercemar. Umumnya tanda keracunan makanan termasuk

rasa mual, muntah, cirit-birit (diarea), pening serta gangguan perut. Ada juga yang

lebih serius membabitkan keracunan sistem saraf. Keadaan ini lebih berbahaya bagi

kanak-kanak. Tanda khusus namun bergantung kepada jenis kuman dan penyakit

yang terlibat. Setiap keadaan mempunyai masa mula keracunan yang agak berbeza.

Gejala yang dialami mangsa juga berbeza bergantung kepada ketahanan seseorang,

jenis toksin yang terdapat dalam makanan, jumlah makanan yang dimakan serta usia

seseorang.

Pencemaran makanan boleh terjadi disebabkan pelbagai punca antaranya dari

bahan makanan, peralatan yang digunakan, pengendali makanan itu sendiri dan juga

tempat penyediaan. Selain itu penyedia makanan yang lebih dikenali sebagai tukang

masak dan cara penyajian makanan dilakukan juga boleh menjadi penyebab

berlakunya pencemaran dan keracunan makanan. Pencemaran dapat dielakkan

sekiranya amalan sanitasi atau kebersihan menjadi asas utama yang diamalkan

sepanjang penyediaan sehinggalah kepada penyajian makanan.

Menurut Sarimah dan Zahrah (2003), sanitasi makanan adalah merujuk

kepada pengawalan kebersihan dan keselamatan dengan mengamalkan prinsip

kebersihan semasa penyediaan dan penyimpanan makanan supaya pencemaran

makanan tidak berlaku. Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung dalam pemprosesan, penyediaan dan penyimpanan bahan makanan serta

pengangkutan makanan perlu bertanggungjawab ke atas sanitasi makanan.

Makanan mentah dan makanan dimasak mudah rosak disebabkan oleh

tindakan organisma perosak makanan, tindak balas enzim di dalam makanan, atau

keadaan di dalam persekitaran. Makanan yang tercemar dan penyedia makanan

adalah sumber utama transmisi mikroorganisma kepada manusia. Makanan yang

Page 23: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

3

tidak selamat dimakan mengandungi bahan pathogen yang menyebabkan penyakit

kepada manusia.

Menurut Norhayati (2000) antara bakteria biasa yang menyebabkan

keracunan makanan dikenali dengan nama Staphylococcus aureus, Salmonella,

Escherichia coli, Bacillus cereus, Vibrio parahaemolyticus dan Camphylobacter.

Setiap jenis bakteria menyerang kumpulan makanan tertentu dan mempunyai tempoh

pembiakan berbeza sebelum gejala keracunan muncul iaitu beberapa jam sebelum

mangsa mula mengalami cirit-birit atau muntah. Untuk mencegah pencemaran

bakteria adalah mudah, iaitu memasak makanan sehingga benar-benar masak.

Kaedah mengendali, memasak dan menyediakan serta mengasingkan makanan yang

sudah dimasak dan mentah dalam bekas tertutup rapat perlu diberi perhatian. Paling

penting ialah memastikan tangan dicuci sebelum mengendalikan makanan, sama ada

mentah atau masak. Makanan yang baik untuk disajikan pula adalah makanan yang

selamat dimakan, sedap rasanya, berkhasiat dan menarik. Oleh itu, amalan

kebersihan perlu diamalkan dalam menu seharian (Minor, 1993).

Menurut Hamdan (1990), Akta Makanan 1993 (Akta 281) dan Peraturan

Makanan 1985, adalah bertujuan untuk melindungi pengguna daripada penipuan dari

segi kesihatan dalam penyediaan, penyajian dan jualan, penggunaan makanan dan

yang berkaitan dengannya. Akta ini telah berkuatkuasa di semua negeri di Malaysia.

Oleh itu, amalan sanitasi bukan hanya untuk tukang masak sahaja, tetapi ia

juga diajar di sekolah-sekolah dalam mata pelajaran tertentu seperti Kemahiran

Hidup Bersepadu sebagaimana terkandung didalam Kurikulum Baru Sekolah

Menengah (KBSM). Ianya meliputi matapelajaran teras dan elektif Ekonomi Rumah

Tangga dari Tingkatan Satu hingga Tiga. Pengajaran dan pembelajaran dalam mata

pelajaran ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang

pemakanan dan penyediaan makanan. Ianya bukan berhenti setakat itu sahaja malah

berterusan hingga ke Tingkatan Empat dan Lima dalam pemilihan subjek elektif

melalui mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga.

Di dalam Kurikulum Sekolah Menengah Teknik pula terdapat mata pelajaran

“Teknologi Katering” di mana ianya khusus dalam bidang penyediaan makanan.

Page 24: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

4

Dalam mata pelajaran ini, pelajar diberi penekanan penting untuk mengaplikasikan

aspek-aspek kebersihan dalam penyediaan makanan di samping menyediakan

makanan berkhasiat dan seimbang.

Menurut Aishah (1989), sanitasi amat penting diamalkan semasa penyediaan

dan penyajian makanan. Ini kerana sanitasi adalah faktor utama kepada kesihatan

dalam kehidupan yang sejahtera dan harmoni. Pengabaiannya boleh menyebabkan

pembiakan dan penyebaran bakteria yang boleh mengakibatkan keracunan makanan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Walau pun telah diketahui kebersihan memainkan peranan penting dalam

kehidupan, tetapi sejauh manakah penekanan pentingnya sanitasi telah dilaksanakan

terutamanya di dewan makan asrama sekolah, sejauh mana pengetahuan dan

kesedaran di kalangan pengendali atau pengusaha makanan menitik berat tentang hal

ini, terutamanya pengusaha dewan makan asrama sekolah dimana pelanggan-

pelanggannya merupakan pelajar sekolah yang ramai dan berusia di bawah 18 tahun.

Melalui kajian yang dijalankan di luar negara menunjukkan pencemaran makanan

berlaku akibat dari tahap kebersihan makanan yang rendah. Dari satu kajian yang

dijalankan oleh Jones dan Weimer (1977), di United State, 75% isi rumah pernah

mengalami keracunan akibat memakan makanan yang telah rosak dan tidak selamat.

Mereka mendapati bahawa ianya berpunca dari pengetahuan, kesedaran dan amalan

yang rendah tentang pengendalian makanan secara bersih dan selamat.

Sejak kebelakangan ini, berita tentang keracunan di kantin-kantin dan dewan

makan asrama sekolah semakin menjadi-jadi. Ada yang mendapati keracunan

berpunca dari makanan yang dibawa dari luar dan dijual di kantin sekolah. Ada pula

mengatakan minuman susu yang tercemar dan kaedah pengambilan yang tidak betul

iaitu meminum setengah susu dan menyimpannya dalam tempoh dua hingga tiga jam

sebelum meminumnya semula. Berbagai alasan dan sebab diberi, tetapi kita tahu

semua itu berpunca dari makanan yang tidak bersih dan tercemar. Apa pun alasan

yang diberi kebimbangan semua pihak terutamanya ibu bapa perlu ditangani.

Page 25: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

5

Menurut Mary Victoria Dass dari Harian Metro, dalam kejadian 6 Julai 2007,

sekumpulan pelajar SRJK Tamil Kangkar Pulai telah mengalami keracunan

makanan, dipercayai makan di kantin sekolah. Begitu juga menurut Muhd Izawan

Baharin dari The New Straits Times, 24 Julai 2007, di Sungai Petani, Kedah, 193

pelajar Sekolah Menengah Sains Mohamad Jiwa dimasukkan ke hospital dalam

tempoh tiga hari kerana muntah dan cirit-birit di percayai keracunan makanan setelah

makan sup nasi ayam yang disediakan di dewan makan asrama sekolah.

Dalam waktu yang sama, berbagai kempen telah dijalankan oleh kerajaan

untuk memberi kesedaran tentang pentingnya pengamalan sanitasi dalam

penyediaan dan penyajian makanan terutamanya di kantin-kantin sekolah atau dewan

makan asrama sekolah, memandangkan pelajar-pelajar yang tinggal di asrama

menjadikan dewan makan asrama sebagai lokasi utama mereka makan dan minum.

Namun ianya tidak diambil endah oleh sesetengah pihak sehingga berlakunya

perkara yang tidak diingini.

Maka kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan

pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah. Ianya penting

memandangkan makanan yang dimakan oleh pelajar-pelajar haruslah disediakan

dengan amalan sanitasi yang baik untuk menjamin kesihatan mental dan fizikal

pelajar yang cergas bagi melahirkan pelajar yang sihat dan cemerlang dari segi

akademiknya.

1.3 Penyataan Masalah

Kejadian keracunan makanan di kantin-kantin sekolah dan dewan makan

asrama sekolah yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini mencetuskan

kebimbangan pelbagai pihak terutamanya di kalangan ibu bapa dan melibatkan ramai

murid. Di antara punca keracunan tersebut adalah daripada makanan yang dijual di

kantin-kantin sekolah, makanan yang disediakan oleh dewan makan asrama dan

daripada program-program pemakanan seperti Rancangan Makanan Tambahan

(RMT) dan Program Susu Sekolah. Kecuaian pengendali makanan di dewan makan

Page 26: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

6

asrama sekolah dalam penyediaan dan penyajian makanan juga merupakan punca

pelajar makan makanan yang telah tercemar dan mengakibatkan keracunan makanan.

1.4 Objektif Kajian

Tinjauan ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:

1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan sanitasi makanan yang dimiliki oleh

pengendali makanan di dewan makan asrama.

1.4.2 Mengenalpasti elemen pengetahuan sanitasi makanan yang paling diketahui

oleh pengendali dewan makan asrama sekolah.

1.4.3 Mengenalpasti tahap pengamalan sanitasi makanan dalam penyediaan dan

penyajian makanan di kalangan pengendali dewan makan asrama sekolah.

1.4.4 Mengenalpasti elemen pengalaman sanitasi yang paling tinggi diamalkan

oleh pengendali dewan makan asrama sekolah.

1.4.5 Melihat perbezaan persepsi AJK tentang pengamalan sanitasi pengendali

dewan makan asrama sekolah berdasarkan jantina.

1.4.6 Melihat perbezaan pengetahuan berdasarkan pengalaman di kalangan

pengendali dewan makan asrama sekolah.

1.5 Persoalan kajian

Berdasarkan masalah di atas persoalan yang menjadi asas kepada kajian ini

adalah seperti berikut:

1.5.1 Apakah tahap pengetahuan sanitasi yang dimiliki oleh pengendali di dewan

makan asrama?

1.5.2 Apakah elemen pengetahuan sanitasi makanan yang paling diketahui oleh

pengendali dewan makan asrama sekolah?

Page 27: PENGETAHUAN DAN PENGAMALAN SANITASI MAKANAN DI … filepengetahuan dan pengamalan sanitasi makanan di dewan makan asrama sekolah menengah bandar kluang alina masri bt md yusoff universiti

7

1.5.3 Apakah tahap pengamalan sanitasi makanan di kalangan pengendali dewan

makan dalam penyediaan dan penyajian makanan?

1.5.4 Apakah elemen pengalaman sanitasi yang paling tinggi diamalkan oleh

pengendali dewan makan asrama sekolah?

1.5.5 Adakah terdapat perbezaan persepsi AJK dewan makan tentang pengamalan

sanitasi makanan di kalangan pengendali dewan makan asrama sekolah

berdasarkan jantina?

1.5.6 Adakah terdapat perbezaan pengetahuan tentang sanitasi makanan

berdasarkan pengalaman pengendali dalam penyediaan dan penyajian

makanan di dewan makan asrama sekolah?

1.6 Hipotesis

Berdasarkan persoalan kajian keempat dan persoalan kajian kelima, dua

hipotesis nul telah dibina dan mendapat jawapan bagi kedua-dua persoalan kajian ini.

1.6.1 Ho 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara responden AJK

dewan makan lelaki dan AJK dewan makan perempuan terhadap

pengamalan sanitasi makanan di kalangan pengendali makanan di dewan

makan asrama sekolah.

1.6.2 Ho 2 : Tidak terdapat perbezaan pengetahuan sanitasi makanan berdasarkan

pengalaman di kalangan pengendali makanan di dewan makan asrama

sekolah.