bab 2 - koordinasi badan (body coordination) - nota sains (1).pdf

Upload: faiz-ridhwan

Post on 23-Feb-2018

307 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Bab 2 - Koordinasi Badan (Body Coordination) - nota sains (1).pdf

    1/11

    nota sainsWelcome to my blog.

    Search

    About Me

    AMIN PHC

    V I EW M Y C O M P L ET E P R O FI L E

    Blog Archive

    13 (8)

    Jan (8)

    Bab 1 - Penyiasatan Saintifik (Scientific

    Investig...

    Bab 2 - Koordinasi Badan (Body

    Coordination)

    Bab 3 - Keturunan dan Variasi (Heredity

    and Variat...

    Bab 4 - Jirim dan Bahan (Matter and

    Substance)

    Bab 5 - Tenaga dan Perubahan Kimia

    (Energy and Che...

    Bab 6 - Tenaga Nuklear (Nuclear

    Energy)

    Bab 7 - Cahaya, Warna dan Penglihatan

    (Light, Colo...

    Bab 8 - Bahan Kimia Dalam

    Perindustrian (Chemical ...

    Bab 2 - Koordinasi Badan (Body Coordination)

    Koordinasi badan (body coordination) dikelaskan kepada dua jenis, iaitu;1. Koordinasi saraf (nervous coordination)2. Koordinasi hormon (hormonal coordination)

    Koordinasi saraf dikawal oleh sistem saraf (nervous system), yang mengawal aktivitiseperti berjalan, menulis, dsb.

    Koordinasi hormon dikawal oleh sistem endokrin (endocrine system) yang mengawalaktiviti seperti pertumbuhan badan, pembiakan, dsb.

    Kedua-dua kelas koordinasi badan ini membolehkan semua organ badan untuk mengesanrangsangan (stimuli) dan bergerak balas (respond) terhadapnya.

    Sistem saraf manusia (human nervous system) menyelaras aktiviti-aktiviti badan dengan menghantar mesej

    dalam bentuk impuls sebagai tindak balas terhadap rangsangan (stimuli).

    Sistem saraf manusiaterdiri daripada:1. Sistem sarafpusat (central nervous system).

    2. Sistem saraf periferi (peripheral nervous system).

    Sistem saraf manusia.

    Sistem saraf pusat(central nervous system) terdiri daripada:

    10January

    Koordinasi Badan

    Sistem Saraf Manusia

    http://1.bp.blogspot.com/-s_sRONTLEtE/Tw1UuQX0tdI/AAAAAAAAAXc/s913W7VJeO8/s1600/human+nervous+system.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-s_sRONTLEtE/Tw1UuQX0tdI/AAAAAAAAAXc/s913W7VJeO8/s1600/human+nervous+system.jpghttp://sains2013.blogspot.my/2013/01/bab-7-cahaya-warna-dan-penglihatan.htmlhttp://sains2013.blogspot.my/2013/01/bab-4-jirim-dan-bahan-matter-and.htmlhttp://sains2013.blogspot.my/2013/01/nota-sains-tingkatan-4-bab-2.htmlhttp://sains2013.blogspot.my/2013/01/nota-sains-tingkatan-4-bab-2.htmlhttp://sains2013.blogspot.my/http://1.bp.blogspot.com/-s_sRONTLEtE/Tw1UuQX0tdI/AAAAAAAAAXc/s913W7VJeO8/s1600/human+nervous+system.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-s_sRONTLEtE/Tw1UuQX0tdI/AAAAAAAAAXc/s913W7VJeO8/s1600/human+nervous+system.jpghttp://sains2013.blogspot.my/2013/01/nota-sains-tingkatan-4-bab-2.htmlhttp://sains2013.blogspot.my/2013/01/bab-8-bahan-kimia-dalam-perindustrian.htmlhttp://sains2013.blogspot.my/2013/01/bab-7-cahaya-warna-dan-penglihatan.htmlhttp://sains2013.blogspot.my/2013/01/bab-6-tenaga-nuklear-nuclear-energy.htmlhttp://sains2013.blogspot.my/2013/01/bab-5-tenaga-dan-perubahan-kimia-energy.htmlhttp://sains2013.blogspot.my/2013/01/bab-4-jirim-dan-bahan-matter-and.htmlhttp://sains2013.blogspot.my/2013/01/bab-3-keturunan-dan-variasi-heredity.htmlhttp://sains2013.blogspot.my/2013/01/nota-sains-tingkatan-4-bab-2.htmlhttp://sains2013.blogspot.my/2013/01/nota-sains-tingkatan-4.htmlhttp://sains2013.blogspot.my/2013_01_01_archive.htmlhttp://void%280%29/http://sains2013.blogspot.my/search?updated-min=2013-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2014-01-01T00:00:00-08:00&max-results=8http://void%280%29/https://plus.google.com/116067052265939019438https://plus.google.com/116067052265939019438https://plus.google.com/116067052265939019438http://sains2013.blogspot.my/
  • 7/24/2019 Bab 2 - Koordinasi Badan (Body Coordination) - nota sains (1).pdf

    2/11

    Otak (brain).

    Saraf tunjang (spinal cord).

    Sistem saraf pusat juga adalah pusat kawalan sistem saraf.

    Sistem saraf periferi(peripheral nervous system) terdiri daripada:

    Sistem saraf soma(somatic nervous sytem) yang mengawaltindakan terkawal(voluntaryaction). Sistem saraf soma terbahagi kepada dua iaitu:i) Saraf kranium (cranial nerves), bertempat dibahagian atas leher, yang mengawal aktiviti sepertimelihat, menghidu dan mendengar.ii) Saraf spina (spinal nerves) yang bertempat dibahagian bawah leher, yang mengawal aktivitiseperti menulis, menari dan berlari.

    Sistem saraf autonomi (autonomic nervous system) yang mengawaltindakan luarkawal (involuntary action), yang mengawal aktiviti seperti rembesan enzim, bernafas, denyutan

    jantung dan pencernaan makanan.

    Rangsangan(seperti makanan, bau, bunyi, cahaya atau sentuhan)

    dikesan oleh

    Reseptor

    (dalam organ deria seperti lidah, hidung, telinga, mata atau kulit)

    akan menghasilkan

    Impuls

    yang dibawa oleh neuron (sel saraf) ke

    Sistem saraf pusat (otak atau saraf tunjang)

    untuk ditafsirkan yang seterusnya dihantar ke

    Efektor

    (organ seperti otot atau kelenjar yang bergerak balas terhadap rangsangan)

    untuk menghasilkan

    Gerak balas

    Unit fungsi asas dalam sistem saraf ialah neuron. Neuron adalah sel saraf (nerve cell).

    Fungsi neuron adalah untuk membawa impuls.

    Sistem saraf manusia terdiri daripada berjuta-juta neuron.

    Struktur yang sangat khusus dalam neuron adalah adalah berbeza daripada sel-sel badan yang lain.

    Terdapat tiga jenis neurondalam badan manusia, iaitu:

    1) Neuron deria (sensory neurone)

    Fungsi neuron deria adalah membawa impuls dari organ deria/reseptor (sensory organ/receptor) ke sistem

    saraf pusat (central nervous system).

    Neuron

    http://1.bp.blogspot.com/-W98cRLO8OKE/TybXlXCIWKI/AAAAAAAAAbE/AiW2tt7auB8/s1600/sensory+neurone.JPG
  • 7/24/2019 Bab 2 - Koordinasi Badan (Body Coordination) - nota sains (1).pdf

    3/11

    2) Neuron perantaraan (relay/intermediate neurone)

    Fungsi neuron perantaraan adalah menghantar impuls dari neuron deria ke neuron motor.

    3) Neuron motor (motor neurone)

    Fungsi neuron motor adalah membawa impuls dari sistem saraf pusat ke efektor (effector).

    Bahagian-bahagian neuron dan fungsi-fungsinya.Badan sel (cell body)

    Fungsi: Mengawal semua aktiviti neuron.

    Dendrit (dendrite)

    Fungsi: Menerima impulse dan menghantarnya ke arah dendron.

    DendronFungsi: Menerima impuls dan menghantarnya ke arah badan sel.

    Akson (axon)

    Fungsi: Menghantar impuls keluar dari badan sel.

    Salut mielin (myelin sheath)

    Fungsi: Penebat akson untuk mengelakkan kebocoran impuls. Mempercepatkan penghantaranimpuls.

    Koordinasi saraf (nervous coordination) adalah merujuk kepada koordinasi sistem badan terhadap

    rangsangan (stimuli) yang mengakibatkan tindak balas yang sesuai melalui penghantaran impuls (impulses).

    Reseptor (receptor) adalah sel deria yang terdapat di dalam organ deria kita. Reseptor mengesan

    rangsanganpada persekitaran.

    Terdapat banyak jenis reseptor yang mana setiap satunya sensitif kepada satu jenis rangsangan sahaja.

    Sebagai contoh, reseptor pada mata (eyes) sensitif terhadap cahaya (light); reseptor pada telinga (ears)

    sensitif terhadap bunyi (sound).

    Efektor(effector) adalah organ-organ yang bertindak balas terhadap arahan (impuls) yang diterima daripada

    sistem saraf pusat (central nervous system).

    Contoh-contoh efektor adalah otot (muscles) dan kelenjar (glands). Otot bertindak balas dengan mengecut,

    manakala kelenjar bertindak balas dengan merembeskan bahan kimia ke dalam aliran darah.

    Koordinasi Saraf

    http://4.bp.blogspot.com/-t2xHn46-m68/TybX_mSn6LI/AAAAAAAAAbU/ttLknrIBlPE/s1600/motor+neurone.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/-2-CLDbEdRvM/TybX00W0VXI/AAAAAAAAAbM/7G9HK-wPiEQ/s1600/relay+neuron.JPG
  • 7/24/2019 Bab 2 - Koordinasi Badan (Body Coordination) - nota sains (1).pdf

    4/11

    Apabila reseptor mengesan rangsangan, ia akan menghantar impuls elektrik (electrical impulses) kepada

    sistem saraf pusat melalui neuron deria (sensory neurones). Sistem saraf pusat akan memproses maklumat

    dan kemudian menghantar impuls melalui neuron motor (motor neurone) ke efektor untuk

    memulakan/menghasilkan tindak balas.

    Laluan impuls dalam koordinasi saraf.

    Tindakan refleks (reflex action) ialah gerak balas terhadap sesuatu rangsangan (stimulus) yang berlaku

    secara pantas (rapid) dan automatik serta tidak memerlukan pemikiran (otak).

    Tindakan refleks merupakan tindakan luar kawal. Tindakan refleks tidak perlu dipelajari dan biasanya berlaku

    tanpa disedari.

    Contoh-contoh tindakan refleks dalam kehidupan harian ialah menarik tangan apabila tersentuh seterika

    panas, sentakan lutut dan kerlipan mata (blinking of eyes).

    Dalam tindakan refleks, impuls dihantar dengan pantas dari reseptor (receptor) melalui neuron deria (sensory

    neurone) ke saraf tunjang (spinal cord). Di dalam saraf tunjang, impuls melintasi neuron perantaraan (relay

    neurone) sebelum keluar dari saraf tunjang melalui neuron motor.

    Lintasan impuls sedemikian dikenali sebagai arka refleks(reflex arc).

    Tindakan Refleks

    http://3.bp.blogspot.com/-DDiJ30kkRjY/T14_hq-nC4I/AAAAAAAAAgs/mypEQ9lzc5M/s1600/impulses+pathway.JPG
  • 7/24/2019 Bab 2 - Koordinasi Badan (Body Coordination) - nota sains (1).pdf

    5/11

    Lintasan tindakan refleks (arka refleks).

    Urutan lintasan yang dilalui oleh impuls dalam tindakan refleks adalah seperti berikut:

    Rangsangan reseptor neuron deria saraf tunjang neuron perantaraan neuron

    motorefektorgerak balas

    Jirim putihdidapati pada bahagian luar saraf tunjang dan terdiri daripada gentian-gentian saraf. Jirim putih

    kelihatan berwarna putih kerana kehadiransalut mielinpada gentian saraf.

    Jirim kelabu yang berbentuk huruf H terdapat di bahagian tengah saraf tunjang. Jirim kelabu ini terdiri

    daripada badan sel.

    Kelebihan tindakan refleks ialah:

    Membolehkan gerak balas badan yang sangat pantas terhadap perubahan persekitaran luar dandalam.

    Tindakannya mendatangkan faedah, contohnya mengelakkan diri daripada kecederaan.

    Gerak balasnya adalah secara spontan (automatic).

    Selain deria sentuh, bau, rasa, penglihatan, manusia juga mempunyai deria kinestesis yang membolehkan

    seseorang peka terhadap regangan otot.

    Melalui deria kinestesis, kita boleh mengetahui kedudukan bahagian badan dan orientasi badan secara

    menyeluruh pada setiap masa tanpa melihat. Melalui deria kinestesis juga, kita dapat menjalankan aktiviti

    seperti bermain piano, menari dan menukar baju dengan mata tertutup atau dalam keadaan gelap.

    Kita juga berupaya menentukan objek mana yang lebih berat apabila objek itu dipegang secara bergilir-gilir

    walaupun tanpa melihat objek itu.

    Reseptor regang (proprioceptors) memainkan peranan penting dalam deria kinestesis. Contoh reseptor

    regang ialah otot, tendon, ligamen dan sendi. Reseptor ini sangat peka terhadap perubahan dalam regangan,

    tegangan dan kedudukan bahagian badan yang berkaitan.

    Deria Kinestesis & Peranan Reseptor Regang DalamMengekalkan Keseimbangan dan Koordinasi

    http://1.bp.blogspot.com/-curNxh4uR8o/ULe6l6vdOQI/AAAAAAAAAqk/lqNZYvzHEnI/s1600/reflex+action.jpg
  • 7/24/2019 Bab 2 - Koordinasi Badan (Body Coordination) - nota sains (1).pdf

    6/11

    Reseptor regang (proprioceptors) dalam otot.

    Reseptor regang merupakan gentian otot khas yang disambungkan kepada gentian saraf deria dan terletak

    selari dengan gentian otot lain. Reseptor ini dirangsangkan apabila otot mengecut atau mengendur. Impuls

    dihantar ke otak. Otak akan mentafsir maklumat supaya otot dapat bergerak balas untuk mengimbangkan

    badan.

    Apabila berlaku pergerakan di bahagian badan ini, reseptor regang akan dirangsang dan impuls dicetuskan

    serta dihantar ke sistem saraf pusat. Otak akan menganalisis maklumat itu dan menghantar impuls kembali

    ke bahagian badan yang sama untuk memastikan pergerakan bahagian itu diselaraskan dan pengimbangan

    badan secara keseluruhan tidak terjejas.

    Reseptor kinestesis dang regang bekerjasama rapat dengan reseptor di bahagian telinga dalam

    pengimbangan badan.

    Semasa menjalankan sesuatu pergerakan, reseptor di telinga dalam akan memberitahu kita tentang

    kedudukan terhadap tarikan graviti manakala reseptor kinestesis dan regang pula memberikan maklumat

    tentang kedudukan bahagian badan yang lain secara relatif dengan kedudukan kepala.

    Dalam proses pengimbangan, otot melakukan penyelarasan untuk memastikan pusat tarikan graviti berada

    dalam keadaan yang stabil.

    Deria kinestesis sangat penting terutamanya bagi orang buta kerana deria ini membolehkannya

    mengimbangkan kedudukan dan koordinasi badan tanpa melihat.

    menentukan objek mana yang lebih berat.

    Struktur Otak Manusia

    Otak manusia (human brain) merupakan sebahagian daripada system saraf pusat dan terletak di rongga

    kranium(cranial cavity).

    Otak manusia terdiri daripada berjuta-juta sel saraf, mempunyai berat kira-kira 1.4 - 1.5 kg, dan merupakan

    otak yang paling rencam dalam alam haiwan (animal kingdom).

    Otak manusia mempunyai bahagian luar yang berwarna kelabu, dan bahagian dalam yang berwarna putih.

    Bahagian kelabu terdiri daripada badan sel neuron (neurone), juga dikenali sebagai jirim kelabu, manakala

    bahagian putih terdiri daripada gentian saraf atau dikenali sebagaijirim putih.

    Otak Manusia

    http://1.bp.blogspot.com/-eLGSFTtHXho/ULgm6VDpOqI/AAAAAAAAAq0/A8SVHUMFRc8/s1600/proprioceptors.jpg
  • 7/24/2019 Bab 2 - Koordinasi Badan (Body Coordination) - nota sains (1).pdf

    7/11

    Bahagian utama otak manusia.

    Terdapat tiga (03) bahagian utamadalam otak manusia, iaitu:

    1. Serebrum (cerebrum)

    2. Serebelum (cerebellum)

    3. Medula oblongata (medulla oblongata)

    Bahagian otak dan fungsinya.

    Bahagian otak Fungsi

    Serebrum 1. Mengawal semua tindakan terkawal.

    2. Mengawal segala aktiviti kecerdasan, pembelajaran, pemikiran dan

    ingatan.

    3. Menerima dan mentafsir utusan dari deria penglihatan, pendengaran,

    sentuhan, bau dan rasa.

    Serebelum 1. Mengawal keseimbangan badan.

    2. Menyelaraskan segala aktiviti yang terlibat dalam pergerakan.

    Medula oblongata 1. Mengawal semua tindakan luar kawal seperti pernafasan, denyutan

    jantung dan peristalsis (peristaltic).

    2. Menyelaraskan tindakan reflex seperti muntah, batuk, bersin dan

    rembesan air liur.

    Keratan tegak otak manusia.

    Serebrum

    http://4.bp.blogspot.com/-0wjbZjUKW94/UMN4xfW5uAI/AAAAAAAAAs4/pIrO9MIfUvU/s1600/keratan+tegak+otak.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-v_rlN2jn2oc/UMN4fDgIE-I/AAAAAAAAAsw/y6hBkTr5ljU/s1600/bahagian+otak.jpg
  • 7/24/2019 Bab 2 - Koordinasi Badan (Body Coordination) - nota sains (1).pdf

    8/11

    Serebrum merupakan bahagian yang terbesar merangkumi lebih kurang 80% daripada jumlah jisim otak dan

    terletak di otak hadapan.

    Kawasan fungsi serebrum otak manusia.

    Serebrum boleh dibahagikan kepada dua (02) hemisfera, iaitu:

    1. Hemisfera kanan.

    2. Hemisfera kiri.

    Hemisfera kanan menerima impuls saraf daripada bahagian kiri badan, manakala hemisfera kiri pula

    menerima impuls saraf daripada bahagian kanan badan.

    Lapisan luar serebrum berlipat-lipatdan mempunyai alur yang dalam untukmeningkatkan luas permukaan

    otak dan menampung lebih banyak neuron. Luas permukaan yang besar melibatkan keupayaan untuk

    menyimpan maklumat dan mentafsirkan impuls yang tinggi.

    Fungsi serebrum adalah seperti berikut:

    1. Terlibat dalam tindakan terkawal.

    2. Menjalankan aktiviti pemikiran logik, penaakulan dan ingatan.

    3. Mengawal fungsi organ deria.

    4. Sebahagian besar hemisfera kanan mengawal tugas yang memerlukan proses sintesis seperti mereka-bentuk dan mengecam muka seseorang.

    5. Sebahagian besar hemisfera kiri mengawal tugas yang memerlukan penggunaan proses analisis seperti

    bertutur, membaca, menulis dan mengira.

    Selain pembahagian kepada dua hemisfera, serebrum juga dibahagikan kepada tiga kawasan fungsi:

    1. Kawasan hadapan mengawal aktiviti seperti pemikiran, peringatan, pembelajaran, penaakulan dan

    kecerdasan.

    2. Kawasan deria menerima impuls daripada organ deria.

    3. Kawasan motor mengawal otot yang terlibat dalam pergerakan.

    Serebelum

    Serebelum terletak di bawah dan di belakang serebrum.

    Seperti serebrum, lapisan luar serebelum juga adalah berlipat-lipat.

    Serebelumjuga terbahagi kepada dua hemisfera, iaitu hemisfera kiridanhemisfera kanan.

    Fungsi serebelum adalah:

    1. Mengawal keseimbangan badan.

    2. Menyelaraskan aktiviti terkawal.

    3. Bertindak secara rapat dengan kawasan motor dalam serebrum.

    http://2.bp.blogspot.com/-rSajHidO_mA/UMN5K9GDZ_I/AAAAAAAAAtA/Lqep_YNxKn4/s1600/fungsi+serebrum.jpg
  • 7/24/2019 Bab 2 - Koordinasi Badan (Body Coordination) - nota sains (1).pdf

    9/11

    Medula oblongata

    Medula oblongata adalah bahagian paling bawah yang menghubungkan otak dengan saraf tunjang.

    Medula oblongata adalah komponen otak yang paling kecil.

    Fungsi medula oblongata adalah:

    1. Menyelaraskan aktiviti luar kawal seperti denyutan jantung, peristalsis (perjalanan tinja di dalam usus),

    bersin dan rembesan air liur.

    2. Membolehkan seseorang terus hidup walaupun serebrum dan serebelum tercedera.

    Gerak balas manusia terhadap sesuatu rangsangan dikategorikan kepada dua jenis, iaitu:1. Tindakan terkawal (voluntary actions).2. Tindakan luar kawal (involuntary actions).

    Tidakan terkawalialah tindakan yang dikawal oleh otak. Tindakan ini berlaku dalam keadaan sedar dan bolehdilaksanakan mengikut kehendak atau keinginan individu. Contohnya, bertutur, berlari, ketawa, membaca danmenari.

    Tindakan luar kawalialah tindakan yang tidak dikawal dan dilakukan tanpa disedari. Contohnya, peristalsis(perjalanan tinja di dalam usus), pencernaan, denyutan jantung dan kadar pernafasan normal.

    Tindakan luar kawal dikoordinasikan (coordinated) oleh medula oblongata dan sistem sarafautonomi (autonomic nervous system). Sistem saraf autonomi menyambungkan saraf tunjang kepada organ-organ dalam badan.

    Tindakan luar kawal tidak bolehdimulakan atau dihentikan mengikut kehendak kita.

    Terdapat sesetengah tindakan luar kawal pada peringkat awal kehidupan manusia yang menjadi tindakanterkawal apabila dewasa, contohnya penyahtinjaan.

    Pernafasan pada asasnya ialah tindakan luar kawal, tetapi boleh menjadi tindakan terkawal apabila kadarpernafasan berubah menjadi lebih cepat.

    Salah satu keistimewaan anugerah Tuhan kepada manusia adalah minda.

    Minda (mind) boleh ditakrifkan sebagai keupayaan kognitif (cognitive abilities) seperti kebolehan untuk

    berfikir dan menaakul. Menaakul ialah kebolehan seseorang membuat pertimbangan/keputusan dalam

    keadaan tertentu.

    Minda juga merupakan pusat kawalan(control center) bagi emosi seperti kerisauan, kemarahan, ketakutan

    dan kesedihan.

    Minda berhubung rapat dengan perkembangan kesihatan mental secara langsung dan kesihatan fizikal

    secara tidak langsung.

    Kesihatan rohani yang baik boleh meyebabkan minda yang baik.

    Minda juga mempunyai hubungan rapat dengan otak. Tanpa otak, minda tidak akan wujud.

    Otak (brain) hanya sekadar memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat. Sebaliknya, bagaimana kita

    memilih maklumat yang ada pada otak, cara reaksi kita, perasaan dan fikiran kita tentang maklumat itu,

    merupakan fungsi minda.

    Faktor-faktor yang mempengaruhi minda termasuklah:

    Kesihatan fizikal.

    Kesihatan mental.

    Kesihatan emosi.

    Kesihatan rohani.

    Aktiviti sosial.

    Tindakan Terkawal dan Tindakan Luar Kawal

    Minda

  • 7/24/2019 Bab 2 - Koordinasi Badan (Body Coordination) - nota sains (1).pdf

    10/11

    7 C O M M E N T S :

    Jenis reaksi dan hobi.

    Makanan.

    Jenis pekerjaan.

    Keluarga.

    Posted by amin phc at 23:04

    AVALON EL DORADO DEVIGAA_SIVALINGAMsaid...

    nota ni mmg padat seperti yg sye nak.... teima kasih... sbb sudi berkongsi... minggu depandah start exam... tpi buku rujukan dah hilang nasib baik data tak habis lagi ... leh jgak carialternatif.... once more tq very much...

    6 MARCH 2015 AT 17:45

    aniSolehasaid...

    Its good for my learning.. thank you

    2 MAY 2015 AT 20:24

    aniSolehasaid...

    Its good for my learning.. thank you

    2 MAY 2015 AT 20:40

    Tiffanny Reannasaid...nota ni ringkas tp pdt

    25 AUGUST 2015 AT 10:00

    lee tae a-rasaid...

    Tanx... mggu dpn ade gerak gempur... sangat2 membantu...

    10 SEPTEMBER 2015 AT 20:28

    KPoperzzsssaid...

    thanks

    21 JANUARY 2016 AT 06:28

    KPoperzzsssaid...

    https://www.blogger.com/profile/12925203490392003965https://www.blogger.com/profile/09432194830661554676https://www.blogger.com/profile/03840892890794723714https://www.blogger.com/profile/02761611677101330536https://www.blogger.com/profile/02761611677101330536https://www.blogger.com/profile/17452545365192876580https://www.blogger.com/profile/12925203490392003965http://sains2013.blogspot.com/2013/01/nota-sains-tingkatan-4-bab-2.html?showComment=1453386504887#c285566067741095674https://www.blogger.com/profile/12925203490392003965http://sains2013.blogspot.com/2013/01/nota-sains-tingkatan-4-bab-2.html?showComment=1441942087933#c2160898232637060186https://www.blogger.com/profile/09432194830661554676http://sains2013.blogspot.com/2013/01/nota-sains-tingkatan-4-bab-2.html?showComment=1440522023224#c6319662680359795496https://www.blogger.com/profile/03840892890794723714http://sains2013.blogspot.com/2013/01/nota-sains-tingkatan-4-bab-2.html?showComment=1430624450193#c7313633833854830002https://www.blogger.com/profile/02761611677101330536http://sains2013.blogspot.com/2013/01/nota-sains-tingkatan-4-bab-2.html?showComment=1430623468341#c4553382885530199440https://www.blogger.com/profile/02761611677101330536http://sains2013.blogspot.com/2013/01/nota-sains-tingkatan-4-bab-2.html?showComment=1425692706455#c4883305534644710089https://www.blogger.com/profile/17452545365192876580http://sains2013.blogspot.my/2013/01/nota-sains-tingkatan-4-bab-2.htmlhttp://4.bp.blogspot.com/-laQ1DssTzHw/UMS6iuNbfQI/AAAAAAAAAtQ/oDoWRzCBQDY/s1600/minda.jpg
  • 7/24/2019 Bab 2 - Koordinasi Badan (Body Coordination) - nota sains (1).pdf

    11/11

    Newer Post Older Post

    P O S T A C O M M E N T

    Notify me

    Sign out

    Enter your comment...

    Comment as:

    Publish

    Preview

    Home

    Subscribe to: Post Comments (Atom)

    thanks

    21 JANUARY 2016 AT 06:29

    Copyright nota sains Blogger ThemebyBloggerThemes & ChethstudiosDesign by Metalab

    http://www.metalabdesign.com/http://www.chethstudios.net/http://www.bloggerthemes.net/http://sains2013.blogspot.my/2013/01/wwww.bloggerthemes.nethttp://sains2013.blogspot.my/https://www.blogger.com/profile/12925203490392003965http://sains2013.blogspot.com/2013/01/nota-sains-tingkatan-4-bab-2.html?showComment=1453386594174#c3605475846032711209http://sains2013.blogspot.com/feeds/667669355351221568/comments/defaulthttp://sains2013.blogspot.my/http://sains2013.blogspot.com/logout?d=https://www.blogger.com/logout-redirect.g?blogID%3D5554809008695764980%26postID%3D667669355351221568http://sains2013.blogspot.my/2013/01/nota-sains-tingkatan-4.htmlhttp://sains2013.blogspot.my/2013/01/bab-3-keturunan-dan-variasi-heredity.html