assigment oumm3203.docx

23
OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS FALZIAH BINTI MOHAMAD 650828115006001 PENGENALAN Apakah yang dimaksudkan dengan undang-undang? Menurut Karl Marx, undang-undang adalah alat yang digunakan oleh golongan kaya (kapitalis) untuk menguasai dan menindas golongan pekerja (proletariats) yang lemah. Dalam kalangan pengamal undang-undang, kebanyakan mereka berpendapat dan bersetuju bahawa undang-undang adalah alat yang diperlukan untuk mengawal dan melindungi kepentingan bersama dalam masyarakat. Kamus Dewan pula memberi makna bahawa undang-undang merupakan sesuatu peraturan ataupun keseluruhan peraturan yang digubal yakni dibuat oleh kerajaan dan mesti dipatuhi semua ahli dalam masyarakat itu. Undang-undang merupakan satu set peraturan yang dibentuk oleh masyarakat untuk mengawal tingkahlaku di dalam masyarakat tersebut. Di dalam sebuah negara yang mengamalkan system demokrasi, undang-undang dianggap sebagai perwakilan penilaian moral masyarakat secara keseluruhannya. Undang-undang diadakan bertujuan untuk mengawal dan mengatur kehidupan masyarakat serta membendung kezaliman. Sebagai contoh, undang-undang jenayah adalah bertujuan untuk mengenal pasti kelakuan yang tidak diredhai oleh masyarakat seperti mencuri, mencederakan orang, merompak dan juga 1

Upload: falziahmohamad

Post on 14-Jul-2016

61 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assigment OUMM3203.docx

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD 650828115006001

PENGENALAN

Apakah yang dimaksudkan dengan undang-undang? Menurut Karl Marx, undang-

undang adalah alat yang digunakan oleh golongan kaya (kapitalis) untuk menguasai dan

menindas golongan pekerja (proletariats) yang lemah. Dalam kalangan pengamal undang-

undang, kebanyakan mereka berpendapat dan bersetuju bahawa undang-undang adalah alat

yang diperlukan untuk mengawal dan melindungi kepentingan bersama dalam masyarakat.

Kamus Dewan pula memberi makna bahawa undang-undang merupakan sesuatu

peraturan ataupun keseluruhan peraturan yang digubal yakni dibuat oleh kerajaan dan mesti

dipatuhi semua ahli dalam masyarakat itu. Undang-undang merupakan satu set peraturan

yang dibentuk oleh masyarakat untuk mengawal tingkahlaku di dalam masyarakat tersebut.

Di dalam sebuah negara yang mengamalkan system demokrasi, undang-undang dianggap

sebagai perwakilan penilaian moral masyarakat secara keseluruhannya.

Undang-undang diadakan bertujuan untuk mengawal dan mengatur kehidupan

masyarakat serta membendung kezaliman. Sebagai contoh, undang-undang jenayah adalah

bertujuan untuk mengenal pasti kelakuan yang tidak diredhai oleh masyarakat seperti

mencuri, mencederakan orang, merompak dan juga membunuh. Perbuatan-perbuatan seperti

di atas akan dikenakan hukuman mengikut undang-undang jenayah seperti hukuman penjara,

denda, sebat atau hukuman mati.

Selain itu, undang-undang diwujudkan juga bertujuan untuk mempertahankan

standard moral dan menjaga hak kewajipan. Contohnya seperti hak isteri menerima nafkah

daripada suaminya atau pun seorang anak mendapat nafkah daripada ibubapanya. Undang-

undang juga berfungsi mewujudkan satu sistem kehidupan dalam sesebuah masyarakat.

Contohnya dapat kita lihat di beberapa buah negara-negara Islam, undang-undang syariah

diguna pakai dan ianya adalah berbeza dengan undang-undang sivil.

Pengwujudan undang-undang secara tidak langsung mempunyai hubungan erat

dengan standard moral yang mana ianya bertujuan untuk menegakkan keadilan diatas muka

bumi ini. Di bawah undang-undang, perlembagaan konsep hak asasi dan kesamarataan akan

diamalkan. Seperti di negara kita Malaysia, semua warganegara berhak mengamalkan ajaran

1

Page 2: Assigment OUMM3203.docx

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD 650828115006001

agama dan kepercayaan masing-masing. Manakala dalam konteks undang-undang jenayah,

undang-undang yang sama akan digunakan ke atas semua rakyat tidak kira agama, kaum atau

pun keturunan.

Menurut pendapat Kamal Halili Hassan (1990) mentafrikan undang-undang sebagai :

“…peraturan atau kaedah yang dibuat oleh sesuatu badan perundangan

yang dikenakan ke atas rakyat negara berkenaan atau sekumpulan orang

dan dikuat kuasakan melalui badan penguatkuasaan tertentu, dan

keenganan mematuhi undang-undang berkenaan akan membawa kepada

hukuman”.

Ciri-ciri undang-undang di Malaysia adalah sangat konsisten iaitu tiada bantahan di

dalam peruntukkan, bersifat menyeluruh serta dapat digunapakai oleh semua orang yang

menghadapi keadaan atau situasi yang sama. Mengikut pendapat Austin, "setiap undang-

undang mengandungi peraturan untuk memandu manusia yang waras dan ditadbir oleh

manusia yang waras.'' Dalam konteks Negara, ianya bermaksud bahawa kita memerlukan

kewujudan kerajaan yang waras untuk memerintah rakyat yang waras. Ini tidak bermaksud

bahawa masyarakat primitif tidak mempunyai peraturan, ataupun undang-undang yang

berkuat kuasa bagi mengawasi tatacara hidup mereka. Sebagaimana yang diperkatakan oleh

Alexander Pope, "untuk memperoleh keamanan dan ketenteraman dalam sesebuah

masyarakat, maka undang-undang adalah sangat diperlukan.''

Manakala standard moral boleh didefinasikan dalam pelbagai pengertian yang

merujuk kepada sesuatu maksud pelakuan buruk atau baik, keadilan, amanah, jujur dan

sebagainya yang boleh diyakini oleh seseorang berbanding undang-undang yang lain. “Moral

relates to the standards of good or bad behavior, fairness, honesty etc.which each person

believes in rather than to law or other standards”

Menurut Bahasa Latin moral (moralis) berasal daripada perkataan mos, moris yang

bererti kebiasaan, perangai dan tingkah laku. Moral adalah tingkah laku sejajar dengan

tatasusila dan peraturan dalam masyarakat. “Morality is personal or social set of standards

for good bad behavior and character, or the quality of being right, honest or acceptable”.

Moraliti ialah satu set standard peribadi atau masyarakat yang digunakan bertujuan untuk

mengukur perlakuan baik mahupun perlakuan buruk yang ingin dilakukan, peraturan

2

Page 3: Assigment OUMM3203.docx

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD 650828115006001

mengenai sesuatu perkara yang boleh dan seharusnya dibuat serta dorongan-dorongan yang

boleh membuatkan seseorang itu mengikut sesuatu arah yang betul atau pun salah. Moral

berakar tunjang dalam agama kerana ia terhasil daripada kepercayaan atau agama itu sendiri.

Di samping itu, sering kali standard moral dan undang-undang berjalan seiring, saling

melengkapi atau bertindihan. Sebagai contohnya, rompakan adalah sesuatu perlakuan yang

mencabuli atau menyalahi undang-undang dan standard moral masyarakat. Wujud piawaian

moral yang tidak terdapat di dalam undang-undang tidak memaksa kita untuk bercakap benar

kecuali apabila berada di dalam mahkamah. Keperluan undang-undang lebih cenderung

kepada perkara yang negatif, manakala piawaian moral pula lebih menjurus kepada perkara

yang positif. Kita dilarang memukul, mencuri atau menfitnah orang lain. Oleh kerana

itu ,undang-undang dan moral mempunyai perkaitan yang sangat rapat maka ia menjadi unsur

yang penting dalam kehidupan harian manusia bagi menjamin kesempurnaan dan

kesejahteraan hidup bermasyarakat. Sebenarnya undang-undang adalah satu kumpulan

peraturan atau kanun rasmi yang dibuat oleh mereka yang berkuasa untuk mengawal hal

ehwal masyarakat dan negara.

HUBUNGAN ANTARA UNDANG-UNDANG DENGAN STANDARD MORAL

Bagi sesebuah negara yang bertamadun, perbincangan mengenai soal moral ataupun

akhlak memang tidak dapat dielakkan, walaupun ianya sering menimbulkan pelbagai

kontroversi. Ini berlaku apabila manusia mula hidup bermasyarakat, maka peraturan terpaksa

diwujudkan untuk menentukan hak dan tanggungjawab.

Apabila wujudnya persamaan sama ada dari segi bangsa mahupun sempadan maka

timbullah keperluan untuk mengadakan undang-undang yang boleh diterima oleh ahli

masyarakat. Undang-undang juga terjalin melalui budaya dan adat resam yang perlu dikuat

kuasakan untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan masyarakat serta negara yang

ditubuhkan.

Undang-undang juga boleh ditentukan berdasarkan kepada sumber atau pun hukum

agama melalui konsep kepercayaan yang diterjemahkan melalui kepercayaan sesebuah

masyarakat itu. Persoalan yang sering ditimbulkan dalam perbahasan mengenai moral dan

undang-undang ialah sama ada kesalahan moral sesungguhnya patut dijadikan kesalahan di

sisi undang-undang. Persoalan mengenai kedudukan moral dalam konteks undang-undang

3

Page 4: Assigment OUMM3203.docx

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD 650828115006001

memang selalu mencetuskan pelbagai konflik. Malahan cukup menarik sekali jika

dikemukakan persoalan sama ada undang-undang perlu menjadi pelindung kepada moral atau

di sebaliknya moral sendiri menjadi pendukung kepada undang-undang.Tidak dapat dinafikan

bahawa dalam undang-undang terkandung nilai moral yang diamalkan oleh sesuatu

masyarakat. Namun ianya tidak pula secara menyeluruh menjadikan kesalahan yang berlaku

di sisi akhlak sebagai sesuatu kesalahan di sisi undang-undang.Mengikut sistem dan kaedah

hukum, undang-undang yang berteraskan undang-undang Barat, akan hanya mengambil kira

isu moral jika ianya menjejaskan ketenteraman awam dan kestabilan masyarakat.

Menurut Azmi et. al. (2014) Pendidikan etika dan moral perlu dilaksanakan dan

mengambil kira pengaruh globalisasi. Dalam konteks sedemikian, kita perlu melihat

bagaimana moral dan undang-undang mempunyai pertautan yang singnifikan. Adakah

hubungan tersebut jelas atau sebaliknya. Hubungan antara undang-undang dengan moral

mempunyai perkaitan yang akrab dan menjadi unsur penting dalam kehidupan seharian

manusia. Contoh, apabila kita memperkatakan tentang pentakrifan undang-undang, adakah

wujud perbezaan antara undang-undang Tuhan dengan undang-undang ciptaan manusia.

Dalam Islam, konsep perundangan adalah berbeza berbanding dengan perundangan sivil.

Manakala dalam konteks standard moral merujuk pula kepada nilai-nilai yang

diamalkan oleh sesebuah masyarakat pada sesuatu masa dan boleh berubah menjadi adat. Ia

juga kemudiannya boleh bertukar menjadi satu peraturan hidup bermasyarakat.

Sememangnya akhlak atau standard moral mempengaruhi bentuk dan jenis undang-undang

yang diwujudkan.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa, dalam undang-undang terkandung nilai moral

yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat. Namun ianya tidak secara secara menyeluruh.

Mengikut sistem dan kaedah hukum , undang-undang yang berteraskan undang-undang barat

akan hanya mengambilkira isu moral jika ia menjejaskan ketenteraman awam atau

merosakkan keamanan atau kestabilan masyarakat.

Apa jua pegangan atau kepercayaan kita, undang-undang semestinya mengiktiraf

bahawa moral adalah sistem nilai yang mengikat masyarakat. Jika ia dipisahkan sudah tentu

masyarakat akan menjadi lebih toleran terhadap tindakan yang tidak bermoral, semata-mata

kerana ia tidak bertentangan dengan undang-undang dan kepentingan masyarakat umum.

4

Page 5: Assigment OUMM3203.docx

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD 650828115006001

PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG

Sejarah dan Sistem Perundangan di Malaysia

Ahmad Bashir Aziz (2004), Masyarakat Malaysia adalah berbilang kaum. Sistem

perundangan dalam sesebuah negara dicorakkan dan dipengaruhi oleh sejarah.Proses

perundangan di Malaysia dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa yang berlaku lebih 600 tahun

dahulu. Ianya bermula dengan Kesultanan Melaka, diikuti dengan penyebaran Islam di Asia

Tenggara dan akhirnya melalui dasar perluasan kuasa British.

Manakala klasifikasi undang-undang terbahagi kepada dua iaitu undang-undang

bertulis dan undang-undang tidak bertulis. Undang-undang bertulis terkandung di dalam

Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang tidak bertulis digubal oleh badan penggubal

(pembuat) undang-undang (Parlimen dan Dewan Undangan Negeri).

Bukan mudah membicarakan persoalan nilai dan etika yang melibatkan pertimbangan

moral dan kehidupan masyarakat khususnya berkaitan proses pembentukan undang-undang

di sesebuah negara. Pembangunan ekonomi yang pesat sebagai pengerak dan alat mengukur

kemajuan sesebuah negara dan tidak terlepas daripada penguatkuasaan undang-undang bagi

memastikan keamanan dan ketenteraman negara.

Sumber Undang-Undang di Malaysia

Sumber Undang-undang di Malaysia merangkumi Undang-undang Bertulis dan Tidak

bertulis. Sumber undang-undang tidak bertulis seperti undang-undang Islam, Undang-undang

Inggeris, Undang-undang Adat, dan Keputusan Mahkamah. Manakala sumber Undang-

undang Bertulis ialah Undang-undang dan Perundangan Kecil dan Perlembagaan. Proses

penggubalan sesuatu undang-undang di Malaysia daripada awal diluluskan oleh Parlimen.

5

Page 6: Assigment OUMM3203.docx

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD 650828115006001

Klasifikasi Undang-undang

Undang-undang diklasifikasikan kepada lima katagori iaitu Undang-undang Awam

atau Persendirian, Undang-undang Negara atau Antarabangsa, Undang-undang Sivil dan

Jenayah, Undang-undang Ciptaan manusia atau Tuhan dan Undang-undang Substantif atau

Prosedur.

Proses Pembentukan Undang-undang

Undang-undang adalah dibentuk melalui serangkaian proses yang saling berkaitan

dan mengambil masa yang agak lama untuk diaktakan sebagai perlembagaan. Proses

pembentukan undang-undang akan melalui empat proses iaitu melalui Proses Individu,

Proses Kumpulan, Proses Sosial dan Proses Politik.

Sebagaimana yang kita semua fahami bahawa undang-undang adalah sesuatu yang

dinamik kerana ia sering berubah mengikut peredaran masa. Proses pembentukan undang-

undang pertama ialah proses pembentukan undang-undang secara secara Individu

melibatkan pendirian norma individu, kepercayaan dan nilai di dalam undang-undang. Norma

bermaksud tingkah laku. Ia juga merupakan satu cara bagaimana seseorang itu mengharapkan

orang lain bertindak balas apabila berhadapan dengan situasi tertentu. (Cragg 1997: Lind

2002) dalam Roslan Mahmood & Nik Rosnah Abdullah (2008) berpendapat pembangunan

moral individu perlu dipupuk seawal peringkat persekolah lagi. suatu masa dahulu kanak-

kanak perempuan tidak digalakkan, malahan di larang ke sekolah oleh masyarakat, tetapi kini

menjadi satu kesalahan sekiranya tidak menghantar kanak-kanak perempuan ke sekolah.

Selain berkaitan dengan norma atau tingkah laku, proses pembentukan undang-

undang secara individu juga melibatkan kepercayaan atau berkait rapat dengan kriteria

pemikiran. Ianya adalah menjurus kepada bagaimana seseorang mengharapkan orang lain

berfikir mengenai sesuatu konsep tertentu. Kepercayaan ini berbeza dengan norma kerana ia

tidak melibatkan perlakuan (tingkah laku). Namun ianya adalah satu kaedah berfikir yang

abstrak bagi menyokong norma-norma seseorang. Sebagai contoh, menurut Aturan Emas di

dalam teologi Kristian : Membuat pada yang lain ketika anda ingin orang lain melakukannya

6

Page 7: Assigment OUMM3203.docx

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD 650828115006001

kepada anda. Begitu juga dengan pandangan Islam, setiap perbuatan yang baik akan di balas

baik dan begitulah sebaliknya. Dengan ini jelaslah bahawa setiap individu inginkan keadilan

dan balasan yang setimpal dengan perbuatan yang dilakukan.

Manakala dalam konteks nilai pula, ianya berkaitan dengan kriteria keperibadian yang

membentuk ukuran moral seseorang. Setiap orang akan terikat dengan tingkah laku dan

kepercayaan. Dalam masyarakat majmuk, kita harus menerima hakikat bahawa norma,

kepercayaan dan nilai adalah berbeza di antara individu sehingga mencetuskan konflik. Nilai

juga merupakan corak atau kriteria peribadi yang akan membentuk ukuran moral seseorang.

Dalam ajaran Islam, pemisahan akhlak dan undang-undang tidak boleh berlaku kerana akhlak

dan undang-undang dianggap dari intipati yang sama. Sebagai contoh, perspektif Islam

berkaitan kehidupan adalah berteraskan kepastian, keharmonian, sosial dan dinamisme.

Keadilan, Kebebasan dan Tanggungjawab menjadi sendi dalam sistem Islam. Dalam apa jua

pekara termasuk hal pentadbiran atau pengurusan, sistem Islam amat penting dan menjadi

kunci penghayatan kepada sistem nilai dan etika kehidupan manusia. Sistem undang-undang

Islam menegaskan nilai dan etika dalam pengurusan pentadbiran Islam menitik beratkan

kepada membimbing tingkah laku manusia dalam bersosial.

Proses pembentukan undang-undang yang kedua ialah melalui proses pembentukan

undang-undang secara kumpulan. Dalam menentukan proses peruntukan undang-undang

secara kumpulan beberapa kriteria perlu dipertimbangkan. Setiap masyarakat mempunyai

latar belakang atau persekitaran yang mengabungkan ajaran agama, tradisi budaya,

kedudukan ekonomi, pembangunan teknologi, organisasi sosial dan politik. Manakala setiap

individu membentuk set norma, kepercayaan dan nilai mereka melalui beberapa pendekatan

terhadap konteks budaya dan agama, sosial atau politik dan menurut konteks ekonomi atau

teknologi. Oleh kerana masyarakat sering terdedah dengan pelbagai perkembangan dan

teknologi maklumat telah mendatangkan impak kepada perubahan politik semasa terutamnya

urusan pentadbiran.

Oleh kerana masyarakat sering terdedah dengan pelbagai perkembangan atau ilmu

terkini melalui sumber maklumat yang cepat dan pelbagai, maka terbentuklah masyarakat

yang berilmu pengetahuan. Mereka mulai sedar bahawa hak-hak mereka sebagai individu

atau ahli masyarakat. Apabila individu dan masyarakat mulai sedar akan hak-hak mereka,

7

Page 8: Assigment OUMM3203.docx

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD 650828115006001

secara tidak langsung akan berlaku perubahan politik yang didokong oleh majoriti

masyarakat.

Sebagai contoh proses pembentukan undang-undang di Malaysia yang berteraskan

agama Islam sebagai agama rasmi negara. Islam merupakan agama dominan dan segala

ajarannya terkandung dalam al-Quran yang seharusnya menjadi pedoman kepada seluruh

manusia. Sumber utama ini bukan hanya sekadar pengarahan kepada peribadatan bahkan juga

menjadi teras kepada pembentukan sistem perundangan di negara ini khususnya berkaitan

dengan undang-undang syariah. Asas ini telah mewarnai pemikiran masyarakat Melayu di

negara ini dan nilai-nilai Islam ini telah diterjemahkan dalam kehidupan mereka sebagai asas

yang kukuh melalui proses pembentukan Undang-undang Kekeluargaan Islam di negara ini.

Proses pembentukan undang-undang yang ketiga adalah melalui Proses Sosial.

Perubahan di dalam norma, kepercayaan dan nilai akan memberikan kesan yang ketara ke

atas undang-undang. Sudah menjadi fitrah manusia yang norma, kepercayaan dan nilai yang

sama lebih cenderung untuk bergabung di dalam kumpulan-kumpulan kecil. Biasanya

kumpulan-kumpulan kecil ini merupakan sebahagian daripada organisasi yang lebih besar

seperti firma-firma perniagaan, kesatuan sekerja, parti politik, agensi-agensi kebajikkan

ataupun pertubuhan-pertubuhan veteran. Contoh ketara yang dapat dilihat melalui proses

sosial ialah dengan wujudnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) maka sedikit sebanyak telah dapat

menyeimbangkan taraf hidup semua kaum di Malaysia. Gabungan antara kumpulan dalam

masyarakat akan membentuk pula sesebuah ogranisasi yang rasmi, sebagai contoh firma-

firma perniagaan, parti-parti politik, pertubuhan dan kesatuan sekerja dan agensi-agensi

tertentu untuk membela hak atau untuk memenuhi kehendak ahli yang mengangotai satu-satu

badan organisasi berkenaan.

Proses pembentukan udang-undang yang ke-empat ialah Proses Politik. Proses politik

berlaku bila mana norma, kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh organisasi, kumpulan-

kumpulan dan individu-individu diinstitusikan menjadi undang-undang yang pada asasnya

boleh dilihat sebagai kaedah untuk menyelesaikan sebarang masalah atau konflik yang

timbul. Organisasi, kumpulan dan individu mempunyai pandangan berbeza terhadap

kepimpinan, tolak ansur institusi, persetujuan kongres dan tekanan dari pengundi. Melalui

proses politik, wakil rakyat yang dilantik bertanggungjawab dalam pembentukan undang-

undang dalam sistem yang diwakili. Namun perbezaan demografi penduduk dan sektor

8

Page 9: Assigment OUMM3203.docx

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD 650828115006001

ekonomi menyebabkan isu-isu yang timbul tidak serupa. Suara majoriti parlimen akan

dibentuk bagi meluluskan undang-undang. Rakyat boleh bersuara menyatakan pandangan

mereka terhadap undang-undang yang berpotensi melaui kaedah mengundi pemimpin dan

proses pengubalan undang-undang sama ada secara langsung akan berlaku menerusi tinjauan

umum, surat menyurat atau melalui media massa.

Dari segi sejarah, kuasa membuat undang-undang itu sememangnya ada pada kuasa

Sultan, Parlimen menjadi badan penasihat Sultan sahaja. Tetapi perubahan zaman, kuasa

mutlak Sultan telah beransur-ansur berkurangan, pada akhirnya kuasa sultan yang tinggal

hanya setakat memberi persetujuannya kepada rang undang-undang yang telah diluluskan

oleh Parlimen. Memandangkan Malaysia sebuah persekutuan dan mengandungi 13 buah

negeri, undang-undang bertulis di Malaysia merangkumi undang-undang tertinggi negara

iaitu Perlembagaan, Undang-undang digubal oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

melalui kuasa diberikan Perlembagaan negeri masing-masing dan undang-undang subsidiari

atau perwakilan dibuat oleh orang perseorangan atau organisasi, melalui kuasa yang

diberikan oleh Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan Negeri.

Di sini jelas menunjukkan apabila norma, kepercayaan dan nilai dipegang oleh

organisasi atau kelompok mewujudkan satu sistem perundangan dalam masyarakat. Melalui

proses politik norma, kepercayaan dan nilai perlu diinstitusikan bagi mewujudkan suatu

undang-undang sebagai satu kaedah dalam penyelesaian konflik antara organisasi, kelompok

dan kumpulan. Semestinya organisasi, kelompok atau kumpulan mempunyai pandangan yang

berbeza terhadap pemimpin mereka dan tolak ansur intitusi, persetujuan dewan dan tekanan

pengundi memainkan peranan penting pembentukan undang-undang di sesuatu tempat.

Proses pembentukan undang-undang melalui sistem politik di Malaysia sangat unik.

Di bawah sistem ini, perwakilan iaitu wakil-wakil rakyat akan dipilih melalui parti-parti

bertanding, berjaya memenangi piliharaya umum yang diadakan setiap lima tahun sekali.

Wakil-wakil rakyat terpilih berpernanan dalam pembentukan undang-undang di negara ini.

Namun tidak dapat dinafikan perbezaan kawasan demografi dan sektor ekonomi

menyebabkan wujud isu-isu berbangkit. Melalui sistem Dewan Perundangan Negeri yang

ada, mereka harus bekerja dan membentuk undang-undang yang boleh memenuhi standard

moral masyarakat. Rakyat berhak menyuarakan pandangan mereka terhadap kepimpinan dan

9

Page 10: Assigment OUMM3203.docx

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD 650828115006001

proses pengubalan undang-undang secara langsung melalui tinjauan umum, surat menyurat

dan menerusi media massa.

Persoalan sekarang, adakah proses pembentukan undang-undang melalui sosial dan

politik ini memakan masa dan komplek ini benar-benar selaras di antara ukuran standard

moral rakyat setempat dan tuntutan undang-undang sebagai perwakilan penilaian moral

masyarakat adalah satu pandangan yang menarik. Bagaimanapun, kelihatan akan wujud

masalah semasa pemindahan pada setiap peringkat dalam proses sosial dan politik.

PENILAIAN TENTANG PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG KEPADA

UNDANG-UNDANG YANG DIPILIH

Untuk mendapat penjelasan yang lebih terperinci, di sini sedikit kronologi bagaimana

undang-undang Malaysia dibentuk. Dalam hal ini kita akan melihat bagaimana proses

pembuatan undang-undang sama ada subsidiari atau pun Akta di peringkat Federal.

Proses penggubalan sesuatu undang-undang di Malaysia adalah mengikut tatacara yang telah

ditetapkan. Bermula dengan Penggubalan Undang-undang dengan perangkaan dasar-dasar

berkaitan dengan sesuatu rang undang-undang yang hendak dibentangkan di Parlimen iaitu

Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dalam membuat rangka dasar rang undang-undang,

Menteri atau Pihak Kementerian berkenaan perlu berunding dengan Jabatan Penguam

Negara, Pembendaharaan atau Kementerian-Kementerian lain yang ada kaitan dengan rang

undang-undang berkenaan. Setelah dipersetujui semua pihak terbabit tadi, satu draf rang

undang-undang perlu disediakan. Draf ini disediakan oleh Jabatan Peguam Negara dan

dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk mendapat kelulusan badan tersebut. Setelah

diluluskan oleh Jemaah Menteri, notis pemberitahuan akan dihantar oleh Menteri berkenaan

kepada kedua-dua Setiausaha Majlis Parlimen. Rang Undang-undang tersebut akan dicetak

oleh Jabatan Percetakan Negara untuk diedarkan kepada semua ahli Dewan Rakyat dan

Dewan Negara.

Akhir sekali, rang undang-undang ini akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat dan

Dewan Negara bagi mendapat kelulusan kedua-dua Majlis Parlimen tersebut. Di dalam tiap-

10

Page 11: Assigment OUMM3203.docx

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD 650828115006001

tiap dewan yang disebutkan tadi rang undang-undang tersebut akan dibacakan untuk kali

pertama, kedua dan ketiga sebelum diluluskan.

Untuk lebih teliti dan mudah difahami di sini sebagai contoh, bagaimana sesuatu

undang-undang yang hendak dilaksanakan dan proses bagaimana harus dilalui. Dalam hal ini

Kementerian Pengangkutan telah dipilih sebagai contoh dalam proses pembentukan undang-

undang di negara ini.

Untuk menggubal sesuatu undang-undang Kementerian Pengangkutan akan

mendapatkan mandat daripada kabinet untuk membuat Akta atau pindaan Akta tersebut.

Hanya dengan kebenaran tersebut maka bolehlah dilaksanakan semua proses yang berkaitan

bagi merealisasikan sesuatu undang-undang yang hendak digubal.

Kementerian Pengangkutan akan membuat dasar dan menyelesaikan semua hal yang

berkaitan dengan dasar-dasar yang berkaitan. Kemudian satu draf akan disiapkan oleh sama

ada Bahagian Korporat atau Firma Guaman yang diupah oleh Kementerian. Mereka akan

menghantar draf tersebut kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Kementerian untuk

ulasan.

Pejabat Penasihat Undang-Undang akan melihat draf tersebut, memberi komen dan

kemudian memanjangkan draf tersebut kepada Pejabat Peguam Negara untuk proses

seterusnya. Andaikan bahawa tiada masalah wujud dalam draf tersebut, maka Jabatan

Peguam Negara (terutama Bahagian Gubalan) akan menyemak draf tersebut. Setelah di

semak, maka ia akan di angkat ke Pengubal Undang-Undang Parlimen ( iaitu Ketua Bahagian

Gubalan) untuk semakan ke-dua.

Setelah di semak oleh Pengubal Undang-Undang Parlimen dan diluluskan, maka draf

undang-undang tersebut di angkat kepada Peguam Negara melalui Peguam Cara Negara

untuk kelulusan. Setelah diluluskan oleh Peguam Negara, maka draf tersebut akan di hantar

ke Kementerian semula untuk tujuan percetakkan blue bill. Blue bill merupakan draf undang-

undang dalam kertas biru.

Blue bill dan semua undang-undang akan dicetak oleh Pencetakan Nasional Berhad

sebagai pencetak Kerajaan. Setelah di cetak blue bill itu akan di hantar kepada Parlimen

11

Page 12: Assigment OUMM3203.docx

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD 650828115006001

untuk diberikan kepada wakil rakyat untuk proses bacaan pertama, ke-dua dan ke-tiga di

kedua-dua Dewan di Parlimen. Setelah diluluskan di Parlimen maka persetujuan Yang Di

Pertuan Agong diperlukan, sekiranya Yang Di Pertuan Agong tidak menanda tangani draf

tersebut maka draf tersebut tetap menjadi undang-undang.

Kesimpulannya sebagai penilaian berdasarkan proses yang dihuraikan di atas ternyata

bahawa sesuatu proses penggubalan undang-undang itu dilakukan adalah secara terperinci,

adil dan saksama. Perbahasan demi perbahasan dan perbincangan serta kesimpulan yang

dilakukan akan menjamin rang undang-undang yang digubal memenuhi tuntutan semua

warga negara di negara ini. Seterusnya draf yang digubal secara teliti dan melibatkan

pelbagai pihak khususnya pejabat peguam negara sudah pasti akan menjamin ketelusan dan

keadilan untuk semua. Penganiayaan dan penyalahguna kuasa serta pertindihan kuasa dapat

dielakkan.

RUMUSAN

Berdasarkan huraian di atas hubungan antara undang-undang dan standard moral

proses pembentukan undang-undang di negara ini sangat komplek. Undang-undang

merupakan satu set peraturan yang dibentuk oleh masyarakat untuk mengawal tingkah laku

dalam masyarakat itu. Masyarakat telah membina satu set peraturan yang dibuat secara

menyeluruh untuk keharmonian dan kesejahteraan mereka khususnya Malaysia sebuah

negara berbilang kaum.

Undang-undang mungkin bertindih dengan standard moral masyarakat, namun ianya

tidaklah benar-benar serupa. Seorang yang merompak dikatakan telah melanggar undang-

12

Page 13: Assigment OUMM3203.docx

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD 650828115006001

undang dalam masa yang sama juga telah melanggar standard moral iaitu mencuri. Sebagai

sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi berparlimen tuntutan undang-undang

menggambarkan bahawa nilai-nilai asas masyarakat, wujud pertindihan yang ketara di antara

prinsip moral dan undang-undang di negara ini.

Namun pertindihan ini tidaklah ketara sehingga menjejaskan undang-undang yang di

bentuk dan melanggar standard moral sebagai norma penting dalam masyarakat timur

khususnya masyarakat Islam di negara ini. Sebagai contoh, kesalahan kita memandu di bahu

kiri jalan tidak semestinya betul atau salah tetapi dalam konteks undang-undang jalan mana

yang harus kita lalui supaya tidak menyalahi undang-undang jalan raya di negara ini.

Wujudnya pelanggaran moral tidak semestilah wujud pelanggaran undang-undang dalam

masa yang sama.

Undang-undang pada asasnya menghala ke arah negatif makakala standard moral pula

lebih kepada norma positif. Undang-undang juga sering kali ketinggalan berbanding

kehendak moral masyarakat sebagai contoh tiada undang-undang yang menuntut kita

menolong seseorang yang sedang lemas di sungai tetapi sebagai standard moral mustahil kita

akan melihat apa yang berlaku tanpa berbuat sesuatu.

Kesimpulannya, undang-undang merupakan satu set peraturan yang di bina oleh

masyarakat untuk menguasai atau mengawal tingkah laku manusia manakala standard moral

pula lebih menitik beratkan kepada kebiasaan dalam masyarakat berlandaskan norma, budaya

dan amalan agama yang diamalkan.

(3,219 patah perkataan)

BIBLIOGRAFI

Ahmad Bashir Aziz (2004) Nilai dan etika pengurusan : Analisa dari perspektif agama-agama

di Malaysia dalam Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca

13

Page 14: Assigment OUMM3203.docx

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

FALZIAH BINTI MOHAMAD 650828115006001

Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi.

(Unpublished)

Choo Keng Kun. (1986) Masyarakat Majmuk Semenanjung Malaysia : Evolusi Sejarah

dalam Zuraina Majib Masyarakat Malaysia: Tinjauan dan Perbincangan

Terhadap Beberapa Isu-Isu dan Topik Semasa, Pulau Pinang: USM

Kamal Halili Hassan, (1990). Penulis dan undang-undang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka.

__________ Falsafah dan Pemikiran Dasar kebudayaan Kebangsaan. Kuala Lumpur:

Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan

M.A. Rauf (1964) A Brief History of Islam with Special Refference to Malaysia. Kuala

Lumpur : Oxford University Press.

Roslan Mahmood & Nik Rosnah Wan Abdullah. (2008) Pendidikan Etika, Moral dan

Integriti dalam Organisasi Sektor Awam di Malaysia dalam Jurnal Pengurusan

Awam Malaysia, Jilid 7, Bilangan 1 : Jun 2008

Azmi, Rashidi Bin Abbas, Fakhrul Adabi Abdul Kadir, Ilhamie Bt Abdul (2014) Kemahiran

Generik: Hubungan Nilai Amanah Dengan Etika Dan Moral Profesional Dalam

Kalangan Pelajar Universiti Teknikal Malaysia. Online Journal of Islamic

Education University of Malaya Kuala Lumpur.

Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1969). Preliminary Statement on a General Theory of

the Islamization of the Malay-Indonesia Archipelago, Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

14