apa itu kbat _ konsep & teori kbat

5
3/27/2016 Apa Itu KBAT | Konsep & Teori KBAT Sistem Guru Online http://www.sistemguruonline.my/2014/11/apaitukbatkonsepteorikbat.html 2/9 Apa Itu KBAT | Konsep & Teori KBAT PENDAHULUAN Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negaranegara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Di harapkan langkah mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP akan dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa terutama dalam pentaksiran Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 20132015. KONSEP & TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.

Upload: vijaen-cool-

Post on 13-Jul-2016

262 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Apa Itu KBAT _ Konsep & Teori KBAT

TRANSCRIPT

Page 1: Apa Itu KBAT _ Konsep & Teori KBAT

3/27/2016 Apa Itu KBAT | Konsep & Teori KBAT ­ Sistem Guru Online

http://www.sistemguruonline.my/2014/11/apa­itu­kbat­konsep­teori­kbat.html 2/9

Apa Itu KBAT | Konsep & Teori KBAT

PENDAHULUAN 

Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara­negara termaju di dunia, sistem

pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan,

mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan

berkesan pada peringkat global. Di harapkan langkah mengaplikasikan Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP akan dapat menaikkan prestasi negara

khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa terutama dalam

pentaksiran Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in

International Mathematics and Science Study (TIMSS) yang dinyatakan dalam Pelan

Pembangunan Pendidikan 2013­2015.

KONSEP & TEORI KEMAHIRANBERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan

merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi,

menganalisa, menilai dan mencipta.

Page 2: Apa Itu KBAT _ Konsep & Teori KBAT

3/27/2016 Apa Itu KBAT | Konsep & Teori KBAT ­ Sistem Guru Online

http://www.sistemguruonline.my/2014/11/apa­itu­kbat­konsep­teori­kbat.html 3/9

Apa Itu KBAT  Konsep & Teori KBAT

KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logical,

pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data

atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam

pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan

kreatif.

Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur,

mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan

mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi

jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di

sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di

kalangan murid.

KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan

kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan

mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan

mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan

kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka

pelajari nanti.

Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan

guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh­sungguh.

Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah

didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan

perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus

ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang

terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh

dilakukan untuk menerapkan KBAT dalam PdP ialah dengan mengemukakan soalan­

soalan yang berunsurkan KBAT semasa proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan

adalah soalan yang membolehkan murid untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis

dan menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta atau hanya

mengingati fakta yang telah dipelajari.

Page 3: Apa Itu KBAT _ Konsep & Teori KBAT

3/27/2016 Apa Itu KBAT | Konsep & Teori KBAT ­ Sistem Guru Online

http://www.sistemguruonline.my/2014/11/apa­itu­kbat­konsep­teori­kbat.html 4/9

KEPELBAGAIAN STRATEGI DALAMPENYELESAIAN MASALAH

Strategi juga merujuk kepada prosedur yang akan membantu anda untuk memilih

pengetahuan dan kemahiran yang digunakan di semua langkah penyelesaian

masalah. Strategi yang dipilih harus fleksibel agar dapat digunakan untuk

menyelesaikan pelbagai masalah. Berikut adalah beberapa strategi yang boleh

digunakan.   

Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran

matematik. Justeru, pembelajaran dan pengajaran perlu melibatkan kemahiran

penyelesaian masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum.

Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penekanan sewajarnya

supaya murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah secara berkesan. Kemahiran

ini melibatkan langkah­langkah seperti berikut :

ü  Memahami dan mentafsirkan masalah

ü  Merancang strategi penyelesaian

ü  Melaksanakan strategi

ü  Menyemak semula penyelesaian

Kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam penyelesaian masalah, termasuk

langkah­langkah penyelesaiannya harus diperluaskan lagi penggunaannya dalam

mata pelajaran ini. Dalam menjalankan aktiviti pembelajaran untuk membina

kemahiran penyelesaian masalah ini, perkenalkan masalah yang berasaskan aktiviti

manusia. Melalui aktiviti ini murid dapat menggunakan Matematik apabila berdepan

dengan pelbagai situasi harian yang lebih mencabar. Antara strategi­strategi

penyelesaian masalah yang boleh dipertimbangkan :

Cuba jaya / teka uji

1. Membina senarai / jadual / carta yang sesuai

2. Mengenal pasti kemungkinan

3. Menggunakan algebra

4. Mengenal pasti pola

5. Melukis gambarajah

6. Guna Kaedah Unitari

7. Guna Model

8. Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu

10. Guna rumus

11. Guna analogi / perbandingan

Page 4: Apa Itu KBAT _ Konsep & Teori KBAT

3/27/2016 Apa Itu KBAT | Konsep & Teori KBAT ­ Sistem Guru Online

http://www.sistemguruonline.my/2014/11/apa­itu­kbat­konsep­teori­kbat.html 5/9

12. Lakonan / ujikaji

13. Mempermudahkan masalah

14. Membuat anggaran

15. Mental arimetik

Strategi  : (Cuba jaya / Mengenal pasti kemungkinan / Melukis     gambarajah /

Guna rumus)

Contoh soalan yang diberikan ini mempunyai pelbagai strategi penyelesaian masalah.

Contoh Soalan:

Johan ingin menggunakan seutas dawai yang panjangnya 24 cm untuk membentuk

satu rangka segiempat dengan luas yang maksimum. Apakah panjang dan lebar

bentuk segi empat itu?

Melukis gambarajah

Lukis atau lakar seberapa banyak gambarajah bentuk segi empat. Cuba letakkan

nombor pada setiap sisi sehinggaberjaya menemui perimeter yang berjumlah

24 cm. Kemudian, gunakan kemungkinan kemungkinan nombor lain yang

difikirkan sesuai. Seterusnya, gunakan rumus luas segi empat untuk mencari luas

maksimum segi empat tersebut dengan mendarab panjang dan lebar. Akhirnya,

padanan nombor yang sesuai dan munasabah akan ditemui bersesuaian  dengan

kehendak soalan tersebut iaitu seperti gambarajah di bawah.

Bentuk­bentuk yang berkemungkinan :

Page 5: Apa Itu KBAT _ Konsep & Teori KBAT

3/27/2016 Apa Itu KBAT | Konsep & Teori KBAT ­ Sistem Guru Online

http://www.sistemguruonline.my/2014/11/apa­itu­kbat­konsep­teori­kbat.html 6/9

Apa Itu KBAT | Konsep & Teori KBAT

Jawapannya ialah 6 cm x 6 cm = 36 cm². Jawapan ini dipilih kerana bentuk itu

mempunyai luas maksima jika dibandingkan dengan bentuk yang lain.

  

Strategi : (Guna Kaedah Unitari / Guna rumus / Guna algebra dan          Melukis

gambarajah)

 Contoh Soalan :

Ali telah membeli sebuah basikal dan kemudian menjualnya kepada John dengan

harga RM 240. Dia telah mendapat keuntungan sebanyak 20% selepas menjual

basikal itu. Berapakah harga kos basikal tersebut?

 Penyelesaian :

i)             Guna Kaedah Unitari 

Untung          = 20%

Harga Jual    = RM 240 (100% +20%)

Harga Kos     = (100%)