apa itu sosiologi

Download Apa itu sosiologi

Post on 15-May-2015

20.314 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. Topik1 Apa Itu Sosiologi? HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.Menerangkan maksud imaginasi sosiologi; 2.Menjelaskan bagaimana sosiologi dikaitkan dengan bidang ekonomi, sejarah, sains politik, psikologi, antropologi dan kerja sosial; 3.Membezakan perspektif sosiologi daripada perspektif asas logik; 4.Menghuraikan kebaikan perspektif sosiologi dan sumbangannya dalam kehidupan seharian; dan 5.Menjelaskan sumbangan ahli-ahli sosiologi berikut: Auguste Comte; Harriet Martineau; Herbert Spencer; Emile Durkheim; Max Weber; dan Karl Marx.PENGENALANMengapakah sesetengah perkahwinan bahagia dan ada yang tidak? Adakah kitadilahirkan dengan personaliti semulajadi? Sejauh manakah pendidikan tinggiakan mempengaruhi masa depan anda? Adakah tinggal di bandar lebih bahagiadaripada tinggal di kampung?Ahli sosiologi berusaha menjawab persoalan-persoalan di atas. Sosiologimerupakan kajian saintifik tentang tingkahlaku manusia. Sosiologi juga boleh

2. 2TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI?menunjukkan kepada kita bagaimana manusia bertingkahlaku dan bertindak,apakah ciri-ciri kumpulan dan masyarakat, dan bagaimana semua ini bergabungdan mempengaruhi tingkahlaku manusia.1.1PERSPEKTIF SOSIOLOGIBagi mereka yang baru hendak mengenali bidang sosiologi, sudah tentu terdapatbanyak persoalan dalam minda anda. Apakah pendekatan yang digunakan olehahli sosiologi? Apakah kaitan bidang sosiologi dengan disiplin-disiplin sainssosial yang lain? Adakah sosiologi mempunyai asas logik atau saintifik?Kesemua persoalan ini akan dibincangkan dengan terperinci dalam bahagian ini.1.1.1Imaginasi SosiologiApakah yang dimaksudkan dengan imaginasi sosiologi?Apabila ahli sosiologi mengkaji tentang manusia dan tingkahlakunya, merekamemfokus kepada bagaimana manusia dipengaruhi oleh manusia lain dan jugaoleh masyarakat. Tidak kira apa pengalaman peribadi kita, pasti kita akandipengaruhi oleh arus sosial masyarakat walau di mana pun kita berada.C. Wright Mills (1916 1962) mengatakan bahawa untukkita memahami sosiologi, kita perlu terlebih dahulumemahami masyarakat di mana kita tinggal agar kitamendapat satu gambaran yang lebih mendalam tentangkehidupan masyarakat kita (sila lihat Rajah 1.1). Beliaumenamakan disiplin ini imaginasi sosiologi (sociologicalimagination) iaitu keupayaan untuk kita melihatpengalaman dan kepayahan yang kita lalui sebagaimencerminkan perancangan struktur masyarakat danzaman tersebut.Rajah 1.1: C. Wright Mills Sumber: www.leksikon.orgLazimnya, kita melalui kehidupan seharian kita dengan memikirkan tentangaktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pekerjaan, keluarga dan jiran tetangga.Imaginasi sosiologi memberi kita peluang untuk mengaitkan pengalaman kitadengan masyarakat serta peristiwa silam.Mengikut Mills, masalah peribadi dan isu masyarakat saling bertindih untukmembentuk sebuah struktur sosial dan kehidupan masyarakat yang lebih luas.Sebagai contoh, mari kita pertimbangkan kesukaran masyarakat Amerika untukmendapatkan pekerjaan pada awal tahun 1890an. Penggubalan struktur dan 3. TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 3pengecilan sektor korporat meninggalkan kesan ke atas ekonomi yang meleset.Inilah yang kemudiannya mengakibatkan pengangguran di kalangan belia padamasa itu.Mills mengatakan bahawa situasi sedemikian bukan hanya disebabkan olehperwatakan peribadi individu sahaja. Kita juga perlu melihat situasi ekonomidan politik masyarakat pada masa itu. Di sinilah imaginasi sosiologi akanmemberi kita ruang untuk memahami kekecewaan masyarakat Amerika padaketika itu dalam konteks faktor-faktor seperti persekitaran tempat kerja sertamasyarakat keseluruhannya.Kesimpulannya, imaginasi sosiologi memberi kita peluang untuk mengenalpastihubungan di antara kehidupan peribadi kita dengan kehidupan sosialmasyarakat di sekeliling kita. Apa yang berlaku kepada diri kita merupakandetik di mana kehidupan peribadi kita bertembung dengan masyarakat disekeliling kita.SEMAK KENDIRI 1.1 Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan imaginasi sosiologi.1.1.2 Sosiologi dalam Sains SosialAhli sosiologi mengkaji tentang tingkahlaku manusia seiring dengan bidang-bidang sains sosial yang lain seperti ekonomi, sejarah, sains politik, psikologi,antropologi dan kerja sosial (sila lihat Jadual 1.1):Jadual 1.1: Perbandingan Bidang Sosiologi dan Bidang-Bidang Sains Sosial yang LainEkonomiEkonomi adalah kajian tentang pengeluaran dan pengagihan bahan dan perkhidmatan. Ahli sosiologi juga berminat mengkaji perkara-perkara ini. Mereka mengkaji tentang bagaimana manusia bekerja dan bagaimana pekerjaan dan agihan bahan ekonomi mempengaruhi kehidupan manusia.SejarahSejarah adalah kajian tentang peristiwa lalu. Sejarawan bukan sahaja menggambarkan peristiwa lalu tetapi juga menerangkan peristiwa bersejarah berdasarkan kepada petunjuk sosial. Ahli sosiologi juga berminat mengkaji sejarah tetapi mereka menggunakan fakta sejarah untuk menerangkan tentang sikap sosial dan tingkahlaku masa kini. 4. 4 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI?Sains PolitikSains politik mengkaji kuasa, ciri-ciri dan operasi kerajaan dan aktiviti politik dalam pelbagai masyarakat. Ahli sosiologi lebih berminat mengkaji bagaimana institusi seperti keluarga dan sistem pendidikan mempengaruhi sikap politik dan tingkahlaku pengundi.PsikologiPsikologi merangkumi bidang biologi dan sains sosial. Ia adalah kajian tentang proses pemikiran dan tingkahlaku individu. Perkara-perkara yang dikaji adalah fisiologi otak manusia dan sistem urat saraf, pembelajaran, perasaan, motivasi, personaliti dan tingkahlaku yang tidak normal. Mereka mengkaji masalah-masalah daripada aspek individu. Manakala ahli sosiologi mengkaji perkara-perkara yang sama dengan melihat bagaimana ia berbeza di antara kumpulan sosial atau bagaimana ia mempengaruhi masyarakat. Psikologi dan sosiologi bergabung pula dalam satu bidang yang dinamakan psikologi sosial, iaitu kajian tentang hubungan di antara individu dan kumpulan.AntropologiAntropologi, seperti psikologi, adalah gabungan di antara biologi dan sains sosial. Ahli antropologi fizikal mengkaji tentang evolusi biologikal spesis manusia serta perbezaan fizikal di antara kumpulan manusia seperti kaum. Ahli antropologi budaya pula mengkaji tentang budaya dan cara hidup pelbagai masyarakat. Manakala ahli sosiologi memfokus kepada masyarakat yang moden dan kompleks. Akhir-akhir ini, ahli antropologi semakin berminat mengkaji tentang cara hidup zaman moden disebabkan manusia sudah mula berpendidikan.Kerja Sosial Ahli sosiologi lebih tertumpu kepada mencari ilmu tentang tingkahlaku manusia. Manakala mereka yang bergiat dalam kerja sosial mengkaji tentang bagaimana menggunakan ilmu sosiologi untuk membantu manusia menyelesaikan masalah-masalah sosial seperti keretakan rumahtangga dan penagihan dadah.SEMAK KENDIRI 1.2Terangkan bagaimanabidang-bidangberikut berkaitandengansosiologi: Ekonomi Sejarah Sains Politik Psikologi Antropologi Kerja Sosial 5. TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI?51.1.3 Sosiologi dan Asas LogikBetulkah sosiologi mempunyai asas logik (common sense)?Pada sesetengah ahli sosiologi, bidang sosiologi memang ada asas logik. Cubakita teliti pernyataan-pernyataan berikut: Kebanyakan ahli sukan yang berbakat berkemungkinan menjadi pemain profesional kelak. Pada ketika ini, bilangan perceraian adalah tinggi di Amerika. Ini mencerminkan keruntuhan sistem kekeluargaan di Amerika. Sekiranya tahap kemiskinan meningkat, ini akan membuka ruang untuk tercetusnya revolusi. Perompak bersenjata adalah lebih merbahaya kepada mangsanya berbanding dengan perompak tidak bersenjata.Pada pandangan umum, pernyataan-pernyataan di atas adalah benar. Tetapikajian telah membuktikan bahawa pernyataan-pernyataan tersebut adalah tidakbenar: Hanya 2% sahaja dikalangan ahli sukan yang bernasib baik yang akan menjadi pemain profesional. Perkahwinan masih popular di Amerika. Amerika mempunyai peratus tertinggi perkahwinan di dunia. Revolusi berkemungkinan akan tercetus apabila keadaan kehidupan meningkat lebih baik dan kurang berkemungkinan berlaku sekiranya keadaan kehidupan berada dalam keadaan kurang baik untuk jangka masa panjang. Perompak tidak bersenjata adalah lebih merbahaya daripada yang bersenjata. Perompak tidak bersenjata berkemungkinan akan mencederakan mangsanya sebab seseorang mangsa akan cuba mempertahankan dirinya daripada perompak yang tidak bersenjata.Dapatan sosiologi di atas akan memeranjatkan anda sebab ia bertentangandengan asas logik anda. Namun demikian, bukan kesemua dapatan sosiologi itumemeranjatkan dan bukan semua idea yang tidak logik itu tidak benar. Ada jugayang benar, contohnya kemungkinan orang miskin masuk penjara lebih tinggiberbanding dengan orang kaya. Tetapi, rata-rata terdapat banyak idea yang logiktetapi tidak benar seperti contoh-contoh yang telah dibincangkan. 6. 6 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI?Pada keseluruhannya, ilmu logik ada sekurang-kurangnya dua kelemahan:(i)Ia tidak objektif. Realitinya tidak diuji secara sistematik tetapi secara subjektif, iaitu berdasarkan perasaan, kepercayaan atau pengalaman seseorang itu. Ia juga merupakan kepercayaan yang lazimnya diterima pakai oleh sesebuah komuniti.(ii) Idea logik ini memberi kita sebuah idea yang lapuk dan tidak konsisten.Pendekatan sosiologi memerlukan fakta dan idea yang sistematik dan diujiberdasarkan bukti. Ini akan memberi kita peluang untuk mempelajari sesuatuyang baru. Manakala ilmu logik (common sense knowledge) adalah subjektif,tidak konsisten dan tidak semestinya diterima oleh masyarakat. Ahli sosiologimencari sesuatu yang objektif, konsisten dan baru.Untuk mencapai hasrat ini, mereka menggunakan kaedah saintifik. Inimerupakan salah satu sebab mengapa sosiologi itu menarik. Ia menunjukkankepada kita bahawa sesuatu yang menjadi kebiasaan dan logik boleh bertukarkepada sesuatu yang tidak biasa dan tidak umum. Maka perbezaan di antarasosiologi dan perkara yang logik adalah ketara.sekeliling kita. SEMAK KENDIRI 1.3 Bagaimanakah anda membezakan sosiologi dengan pemikiran logik? 1.2ASA