2.0 sejarah trigonometri terbaru

2
 Asal usul trigonome tri boleh dikesani dari tamadun Mesir kuno, Mesopotamia dan Lembah Indus melebihi 4,000 tahun dahulu. Ahli matematik India merupakan perintis algebra terhadap pengiraan pemboleh ubahan untuk kegunaan pengiraan astronomi dengan menggunakan kaedah trigonometri  yang pertama. Menurut sejarah penggunaan konsep Trigonometri, maka diketahui bahawa Lagadha (k.k. !"0#$00 %M& ialah ahli matematik pertama yang menggunakan geometri dan trig ono metr i untuk pen gira an astronomi. 'eba nya kan kary any a telah dimu sna hkan oleh penjelajah asing ketika teretusnya peperangan di negara India. %elain itu, penggunaan petua sinus yang terawal munul dalam kitab %ulba yang ditulis di India antara )00 %M dan "00 %M, yang dapat mengira dengan tepat menggunakan petua sinus untuk bersamaan sudut  4"* sebagai dalam prosedur menipta bulatan yang luasnya sama dengan sesuatu segi empat ataupun berlawanan untuk menipta segi empat yang luasnya sama dengan sesuatu bulatan. +ad a kira #kir a tahu n "0 %M, ipp ar hus iait u sala h seorang dari pada ahli mate mati k -unani telah mewujudkan sebuah jadual untuk menyelesaikan masalah segi tiga. +tolemy, salah seorang ahli matematik Mesir keyunanian telah memperkembangkan lagi pengiraan trigonometri di Mesir sehingga lebih kurang 00 tahun dari sekarang. +ada tahun 4 %M, Aryabhata, ahli matematik India telah menipta jadual#jadual separuh perentas yang kini dikenali sebagai jadual sinus, bersama#sama dengan jadual kosinus. /eliau menggunakan ya untuk sinus, kotiya untuk kosinus, dan otkram ya untuk sinus songsang, dan  juga memperke nalkan 1ersinu s. +ada tahun 2$), lagi seorang ahli matematik India, Manakala seorang alhi matematik lagi yang bernama /rahmagupta, telah menggunakan 3ormula interpolasi untuk menghitung nilai sinus sehingga peringkat kedua bagi 3ormula interpolasi ewton#%tirling.  Ahli matematik +arsi, iaitu 5mar 'hayyam (04)# !& telah menggab ungkan trigonometri dan teori penghampiran untuk menyelesaikan persamaan algebra melalui min geometri. 'hayyam tel ah men ye les aik an persamaan kuasa tig a, dan mendapat puna po sit i3 unt uk kuasa tig a 678$0069$06:8$000 melalui persilangan hiperbola segi empat tepat dan bulatan. +enyelesaian angka berhampiran kemudian didapat melalui 3ormula interpolasi dalam jadual#jadual trigonometri. 2.0 Sejarah Trigonometri 3

Upload: corrine-chan

Post on 17-Oct-2015

46 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Asal usul trigonometri boleh dikesani dari tamadun Mesir kuno, Mesopotamia dan Lembah Indus melebihi 4,000 tahun dahulu. Ahli matematik India merupakan perintis algebra terhadap pengiraan pemboleh ubahan untuk kegunaan pengiraan astronomi dengan menggunakan kaedah trigonometri yang pertama. Menurut sejarah penggunaan konsep Trigonometri, maka diketahui bahawa Lagadha (k.k. 1350-1200 SM) ialah ahli matematik pertama yang menggunakan geometri dan trigonometri untuk pengiraan astronomi. Kebanyakan karyanya telah dimusnahkan oleh penjelajah asing ketika tercetusnya peperangan di negara India. Selain itu, penggunaan petua sinus yang terawal muncul dalam kitab Sulba yang ditulis di India antara 800 SM dan 500 SM, yang dapat mengira dengan tepat menggunakan petua sinus untuk QUOTE bersamaan sudut 45 sebagai QUOTE dalam prosedur mencipta bulatan yang luasnya sama dengan sesuatu segi empat ataupun berlawanan untuk mencipta segi empat yang luasnya sama dengan sesuatu bulatan.

Pada kira-kira tahun 150 SM, Hipparchus iaitu salah seorang daripada ahli matematik Yunani telah mewujudkan sebuah jadual untuk menyelesaikan masalah segi tiga. Ptolemy, salah seorang ahli matematik Mesir keyunanian telah memperkembangkan lagi pengiraan trigonometri di Mesir sehingga lebih kurang 100 tahun dari sekarang.

Pada tahun 499 SM, Aryabhata, ahli matematik India telah mencipta jadual-jadual separuh perentas yang kini dikenali sebagai jadual sinus, bersama-sama dengan jadual kosinus. Beliau menggunakan zya untuk sinus, kotizya untuk kosinus, dan otkram zya untuk sinus songsang, dan juga memperkenalkan versinus. Pada tahun 628, lagi seorang ahli matematik India, Manakala seorang alhi matematik lagi yang bernama Brahmagupta, telah menggunakan formula interpolasi untuk menghitung nilai sinus sehingga peringkat kedua bagi formula interpolasi Newton-Stirling.

Ahli matematik Parsi, iaitu Omar Khayyam (1048-1131) telah menggabungkan trigonometri dan teori penghampiran untuk menyelesaikan persamaan algebra melalui min geometri. Khayyam telah menyelesaikan persamaan kuasa tiga, dan mendapat punca positif untuk kuasa tiga x+200x=20x+2000 melalui persilangan hiperbola segi empat tepat dan bulatan. Penyelesaian angka berhampiran kemudian didapat melalui formula interpolasi dalam jadual-jadual trigonometri.

2.0 Sejarah Trigonometri

3

Kaedah-kaedah terperinci untuk membina jadual sinus bagi mana-mana satu sudut telah diberikan oleh ahli matematik India iaitu Bhaskara pada tahun 1150 bersama-sama dengan sesetengah formula sinus dan kosinus. Bhaskara juga memperkembangkan trigonometri sfera. Dalam karyanya, karangan mengenai bentuk bersisi empat merupakan orang pertama untuk menyenaraikan enam kes yang berbeza untuk segi tiga bersudut tegak dalam trigonometri sfera. Nasir al-Din Tusi, ahli matematik Parsi bersama-sama dengan Bhaskara, mungkin merupakan orang-orang pertama yang mengolahkan trigonometri sebagai satu disiplin matematik yang berlainan.

Pada abad ke-14, al-Kashi, seorang ahli matematik Parsi, dan Ulugh Beg (cucu lelaki Timur), seorang ahli matematik Timurid, telah menghasilkan jadual-jadual fungsi trigonometri sebagai sebahagian daripada kajian astronomi mereka. Bartholemaeus Pitiscus, ahli matematik Silesia telah menerbitkan karya trigonometri yang berpengaruh tinggi pada tahun 1595 dan menerjemahkan perkataan "trigonometri" kepada bahasa Inggeris dan bahasa Perancis.