unit 1 teknologi dan media pengajaran - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/modul/konten...

92
1 Pada akhir unit pelajar dapat : 1. merumuskan konsep teknologi dan media dalam pengajaran 2. menguasai aplikasi TPACK dalam pengajaran dan pembelajaran UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN Hasil Pembelajaran Unit Sinopsis Unit ini membincangkan konsep teknologi dan media dalam pengajaran. Teknologi bukan semata-mata suatu ilmu pengetahuan dan bukan alat, sebaliknya ialah proses, kaedah dan idea bagi memastikan sesuatu ilmu dan alat itu mencapai kejayaan. Media ialah suatu alatan yang berupaya untuk menyalurkan mesej pengirim kepada penerima mesej. Aspek pengkelasan, fungsi pemilihan dan penyediaan media pengajaran turut dibincangkan. Kerangka konseptual Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) merupakan kerangka asas kepada integrasi dan penggunaan e-Pembelajaran dalam program pendidikan dan latihan guru. Kerangka ini membantu guru untuk mengintegrasi teknologi dalam pengajaran bagi meningkatkan profesionalisme guru agar menjadi guru atau bakal guru yang berkesan.

Upload: doannhu

Post on 01-Sep-2018

296 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

1

Pada akhir unit pelajar dapat :

1. merumuskan konsep teknologi dan media dalam

pengajaran

2. 2. menguasai aplikasi TPACK dalam pengajaran dan

3. pembelajaran

UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN

Hasil Pembelajaran Unit

Sinopsis Unit ini membincangkan konsep teknologi dan media dalam pengajaran. Teknologi

bukan semata-mata suatu ilmu pengetahuan dan bukan alat, sebaliknya ialah proses,

kaedah dan idea bagi memastikan sesuatu ilmu dan alat itu mencapai kejayaan. Media

ialah suatu alatan yang berupaya untuk menyalurkan mesej pengirim kepada penerima

mesej. Aspek pengkelasan, fungsi pemilihan dan penyediaan media pengajaran turut

dibincangkan. Kerangka konseptual Technological Pedagogical Content Knowledge

(TPACK) merupakan kerangka asas kepada integrasi dan penggunaan e-Pembelajaran

dalam program pendidikan dan latihan guru. Kerangka ini membantu guru untuk

mengintegrasi teknologi dalam pengajaran bagi meningkatkan profesionalisme guru

agar menjadi guru atau bakal guru yang berkesan.

Page 2: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

2

1.1 PEGENALAN Konsep Teknologi dalam Pendidikan Teknologi boleh dijelaskan sebagai aplikasi pengetahuan sains dalam mereka cipta

alat-alat yang dapat meningkatkan keupayaan manusia. Istilah teknologi berasal

daripada perkataan Yunani iaitu ―techne‖ yang membawa maksud kemahiran.

Teknologi pendidikan atau teknologi pengajaran pula merupakan satu proses yang

kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan

organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta bentuk, menilai dan mengurus

penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran

itu adalah bermatlamat terkawal.

Teknologi pengajaran juga boleh bermaksud sebagai alat atau bahan yang digunakan

untuk tujuan pembelajaran di samping guru, buku teks dan papan hitam. Secara

mudahnya, teknologi pendidikan merujuk kepada proses pengajaran atau alatan yang

dapat membantu guru ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih

berkesan. Teknologi boleh jadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan, tetapi

ia juga boleh merangkumi maksud yang lebih luas, termasuk sistem, kaedah

penyusunan, dan teknik.

Menurut (AECT) Association for Educational Communication and Technology.

teknologi pendidikan adalah suatu proses yang kompleks dan terpadu denga

melibatkan peralatan, ide, prosedur, orang dan organisasi untuk menganalisis

permasalahan, menemukan problem solving, melakukan evaluasi serta mengelola

pemecahan masalah yang berkaitan dengan semua aspek belajar manusia.

Definisi menurut Cutchal ini sama seperti definisi AECT 1994. Dia menekankan bahwa

teknologi pembelajaran merupakan penelitian dan aplikasi ilmu prilaku dan teori belajar

dengan menggunakan pendekatan sistem untuk melakukan analisis, desain,

pengembangan, implementasi, evaluasi dan pengelolaan penggunaan teknologi untuk

membantu memecahkan masalah belajar dan kinerja. Tujuan utamanya adalah

Page 3: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

3

pemanfaatan teknologi (soft-technology maupun hard-technology) untuk membantu

memecahkan masalah belajar dan kinerja manusia.

1.2 DEFINISI MEDIA PENGAJARAN

Perkataan media pengajaran terdiri dari kata ―media‖ dan ―pengajaran‖. Media atau

medium berasal dari kata Latin ―Medius‖ yang bererti ―Tengah‖. Dengan

demikian dapat diketahui bahawa media adalah sesuatu yang menjadi perantara

dengan yang lainnya. Dalam bahasa Arab media bererti perantara (Washaail) atau

pengantar pesan dari pengirim kepada penerima pesan. Gerlach menyebutkan bahawa

media jika difahami dalam garis besar adalah manusia, materi atau kejadian yang

membangun kondisi yang membuat siswa mampu memperoleh pengetahuan,

keterampilan atau sikap (Arsyad (2002).

Terkadang istilah media pendidikan sering diertikan bergantian dengan istilah alat

bantu atau media komunikasi. Seperti yang dikemukakan oleh Gagne dan Briggs

bahawa secara implisit media pengajaran meliputi alat yang berupa fisik yang

digunakan untuk menyampaikan isi pengajaran yang terdiri dari antara lain buku, tape

recorder, kaset, video camera, grafik, televisyen, filem, slide foto, gambar, dan

komputer (Arsyad, 2002).

Heinich (1985) media. Media dalam bidang pendidikan telah dihubungkan terus

dengan benda-benda, alat-alat, perkakas dan bahan-bahan pendidikan dan pengajaran.

Menurut R.M.W Travers (1970), "istilah media biasanya digunakan untuk mewakili satu

edaran komunikasi yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Oleh itu kita menyebut tentang

media televisyen atau media filem bergerak. Mungkin media pendidikan mewakili

sesuatu yang lebih sedikit dari golongan bahan-bahan mendidik." Menurut B.J Enright

(1972) pula, "media ialah ikhtiar-ikhtiar untuk memperolehi, memproses atau menyusun

kembali maklumat pandang dan dengar atau gabungan maklumat pandang dan dengar

dengan cara grafik, fotografik, elekronik ataupun cara mekanik".

Page 4: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

4

Fungsi Media dalam pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan media yang

bersistematik dalam mempelbagaikan teknik dan idea dapat menjana dan

menghasilkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kepentingan

media pengajaran dalam proses pengajaran pembelajaran ialah seperti berikut:

Pengajaran lebih terancang

Melibatkan pelbagai deria

Memperkayakan pengalaman

Perluasan batasan komunikasi

Pembelajaran individu

Keseronokan belajar/motivasi

Sumber maklumat

Menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid.

Menguat dan mengekalkan daya ingatan

Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit

Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah

Menjimatkan masa

Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas

Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran

1.3 PEMBELAJARAN BERASASKAN MEDIA

Bahan bantu mengajar merupakan alat ataupun media yang digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran seseorang guru bertujuan untuk meningkatkan

keberkesanan penyampaian isi pelajaran yakni dalam sesi pembelajaran.

Media pengajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran, pembelajaran dan latihan

terbahagi kepada lapan iaitu:

a. Media tayang kaku (transparensi, slaid, mikrofilem)

b. Media tayang gerak (video, filem, cakera)

c. Grafik (lukisan, poster, kartun)

d. Gambar kaku (gambar foto, kad imbasan, poskad)

e. Media pameran (model, boneka, diorama)

Page 5: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

5

f. Media paparan (papan kapur, papan flanel, papan berita)

g. Media audio (tutur, pita audio, cakera padat)

h. Media cetak (modul pengajaran, buku teks, akhbar, majalah)

Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang kebanyakannya

melibatkan kemahiran lisan: mendengar dan bertutur tidak kira dalam pelajaran Bahasa

Melayu, Sejarah, Sains, Matematik, Pendidikan Islam dan lain-lain. Dalam

pembelajaran Bahasa Melayu khususnya, kemahiran ini sebenarnya berkaitan dengan

kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat

pengajaran bahasa Melayu (secara khusus kemahiran lisan), pendekatan, kaedah dan

teknik pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana dan

kecenderungan pembelajaran murid:

Kesesuaian dengan

perkara

Penjelasan

Objektif dan matlamat

pengajaran

(a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan

dapat membantunya mencapai objektif dan

matlamat pengajaran;

(b) Selaras dan menepati hasrat Kementerian

Pelajaran Malaysia , Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia;

(c) Sesuai dengan kebudayaan, adat resam,

kepercayaan dan amalan dalam kalangan

masyarakat tempatan.

Pendekatan, kaedah

dan teknik pengajaran

(a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan

pemilihannya ditentu lebih terdahulu.

Keadaan pelajar (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan

murid-murid yang belajar bahasa Melayu;

(b) Mengambil kira latar belakang pendidikan,

Page 6: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

6

status sosioekonomi dan tahap pencapaian

pelajar.

Suasana pembelajaran (a) Bahan yang sesuai dengan suasana

pembelajaran akan meninggalkan kesan yang

baik kepada murid-murid;

(b) Elemen penting dalam suasana pembelajaran

ialah murid-murid, guru, isi pelajaran dan

bahan;

(c) kesesuaian bahan yang dipilih merupakan

motivasi tinggi, mendorong, menggerak,

merangsang, mengarah dan menentukan reaksi

murid-murid terhadapnya.

Minat pelajar (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai,

selari dan dengan minat dan kecenderungan

murid-murid belajar.

Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi perhatian

kepada perkara-perkara berikut:

Bahan yang dipilih mesti mencabar.

Tiga perkara penting dalam proses pengajaran, iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan

tingkah laku. Dalam hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran),

kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang. Sehubungan

dengannya, bahan yang pilih dalam proses P & P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang

boleh mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar. Antara lain,

mematuhi prinsip-prinsip berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak, (ii) bahan

mudah kepada yang kompleks, (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada

bahan yang mengandungi fakta bersepadu, (iv) bahan yang khusus kepada bahan yang

umum, (v) bahan umum kepada bahan teori, (vi) bahan masa kini kepada bahan masa

akan datang, dan (vii) bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi.

Page 7: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

7

Bahan yang menepati objektif pengajaran.

Hal ini penting kerana yang hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan

bahasa Melayu. Sehubungan dengannya, bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai

potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu, bahan P & P yang dipilih

itu semestinya juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu. Antara lain, perkara yang

boleh diberi perhatian, ialah (i) pertautan bahan itu dengan isi kandungan, tahap

pencapaian, kebolehan, minat, latar belakang, pengalaman murid-murid, (ii) urutan

susunan bahan perlu teratur – mempunyai hubungan, kandungan bab kepada bab yang

lain, (iii) mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini - semasa, (iv) kosa

kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid, (v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk

kepada kementerian dan agensi kerajaan, dan (vi) bahan – bahan berkenaan perlu

mengandungi soalan latihan dan ulangkaji.

Bahan yang menarik minat murid-murid.

Hal ini demikian kerana reka letak, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku

itu dijilid; bahan bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas;

Bahan yang jimat dan murah

Perkara penting perlu diberi pertimbangan kerana kewajaran kosnya (munasabah);

Bahan yang praktikal

Dari segi boleh guna, ekonomik – digunakan secara berulang kali, bahkan boleh

dimanfaat juga dalam P & P mata pelajaran lainnya;

Bahan yang bersifat luwes -

Bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai dalam kalangan dan di antara

mata pelajaran, kelas dan antara sekolah dan wilayah.

Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran

mendengar adalah sama sahaja. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar

untuk kemahiran bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut:

Page 8: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

8

Kemahiran menggunakan sumber yang sedia ada menjadikan pengajaran dan

pembelajaran lebih berkesan, seperti alat bantuan mengajar dan bahan bantuan

mengajar dan bahan bantuan belajar kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi,

bahan rujukan tambahan, bahan maklumat tambahan dan sebagainya menjadi inspirasi

guru untuk memudah dan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Sumber pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang lebih relevan dengan hasil

pembelajaran serta isi pembelajaran. Sumber itu dapat mempercepat dan menjimat

masa pembelajaran, menarik minat murid, dan boleh disertai oleh semua murid.

Maklumat dari sumber berkenaan adalah tepat, pengolahan yang mudah difahami,

senang digunakan dan boleh diubah dan sesuai dengan keadaan semasa.

Apabila seluruh potensi insan dibangunkan secara intergrasi atau bersepadu, ia bakal

melahirkan insan yang berketrampilan yang mampu menyumbangkan segala

kebolehan untuk kebaikan diri, masyarakat dan Negara. Hati adalah penentu dalam

pembangunan insan kerana hati menjadi punca penggerak dan keinnginan manusia

dan dari hati juga lahirnya pertimbangan dan nilai sesuatu amalan. Hati perlu menjalani

proses pendidikan upaya lahirnya hati yang bersih, baik dan bermanfaat. Intergrasi ilmu

yang bersandarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah dan dikaitkan dengan berbagai

cabang ilmu, bakal melahirkan modal insan yang berkualiti.

Page 9: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

9

1.4 SUMBANGAN MEDIA KEPADA PEMBELAJARAN PELAJAR

Rajah diatas menunjukkan hubungan media dalam pengajaran dan pembelajaran

Penggunaan media pembelajaran dalam pembelajaran dapat membangkitkan

keinginan dan minat yang baru, membangkitkan motivasi dan rangsangan kegiatan

belajar, dan bahkan membawa pengaruh-pengaruh psikologi terhadap pelajar.

Penggunaan media pembelajaran pada tahap orientasi pengajaran akan dapat

membantu keaktifan proses pembelajaran dan penyampaian pesan dan pembelajaran

pada saat itu. Selain membangkitkan motivasi dan minat, media pembelajaran juga

dapat membantu pelajar untuk meningkatkan pemahaman, menyajikan data dengan

menarik dan terpercaya, memudahkan penafsiran data, dan memadatkan informasi.

Seseorang akan mencapai hasil belajar 10 % dari apa yang dibaca, 20 % dari apa yang

di dengar, 30 % dari apa yang dilihat, 50 % dari apa yang dilihat dilihat dan di dengar,

70 % dari apa yang dikatakan, dan 90 % dari apa yang dikatakan dan dilakukan.

Semua pelajar adalah berbeza dari segi keperluan, minat dan kebolehan. Cara

mengajar perlu diubahsuai dengan kebolehan, keperluan dan minat pelajar. Oleh itu

guru perlu mempelbagaikan sumber pengajaran. Media pengajaran membantu guru

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Media pengajaran akan membantu guru

Page 10: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

10

dalam mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar denngan maklumat yang ingin

disampaikan. Kepentingan dan tujuan media pengajaran kepada pelajar ialah:

Kemahiran berfikir

Kemahiran ini sangat diperlukan untuk murid-murid melakukan analisis, mencari

maklumat, banding beza, pengkelasan, menjana idea, membuat inferens serta

mengumpul maklumat dan lain-lain lagi semasa penglibatan mereka dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran

dapat membantu murid-murid untuk menajamkan lagi kemahiran berfikir mereka.

Perasaan ingin tahu akan mula wujud dan murid-murid akan melibatkan diri secara aktif

dalam proses pengajaran dan pembelajran. Ini kerana terdapat sumber pengajaran

dan pembelajaran yang memerlukan murid-murid untuk membuat analisis dan

seterusnya melakukan pengkelasan di mana semua ini memerlukan kemahiran berfikir

yang baik. Melalui pengalaman sedia ada, murid akan cuba menganalisa dan

mengamati maklumat baru yang disampaikan agar lebih memahami perkara yang

disampaikan dalam pembelajaran.

Keseronokan dalam pembelajaran

Keseronokan dalam pembelajaran boleh dicipta oleh guru untuk mengekalkan perhatian

murid-murid supaya mereka mendapat isi pelajaran yang hendak disampaikan. Dengan

mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar dengan aktiviti pembelajaran akan

memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran dan pelajar akan lebih berminat

untuk melibatkan diri. Selain dari itu pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan

tingkahlaku. Dengan melihat filem, televisyen dan media lain pelajar akan terangsang

untuk belajar. Ini akan menerbitkan rasa seronak kepada pelajar kerana persekitaran

bilik darjah adalah steril. Oleh kerana seronok melihat atau mendengar media

pengajaran tersebut, perubahan tingkahlaku murid akan lebih mudah terhasil dan

seterusnya pembelajaran berlaku. Contohnya juga dapat dilihat melalui penggunaan

bahan realia akan meransang minat murid kerana murid didedahkan dengan

pengetahuan yang baru dan tidak biasa diketahui. Sentuhan dan pengamatan kepada

bahan memberi peluang kepada pelajar untuk merasai dan melihat dengan lebih dekat

Page 11: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

11

kepada bahan tersebut. Selain daripada itu guru juga boleh membuat lawatan sambil

belajar agar murid melihat sendiri tempat-tempat yang ingin dipelajari contohnya

lawatan ke tempat-tempat sejarah seperti kota a famosa. Ini akan menambahkan

keseronokan pelajar.

Meningkatkan daya ingatan murid

Daya ingatan murid-murid boleh ditingkatkan dengan guru memberikan maklumat baru

melalui penggunaan sumber/bahan/media pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

Penambahan sebarang maklumat yang baru akan menyebabkan peningkatan daya

ingatan mereka kepada sesuatu perkara. Dibuktikan melalui teori konstruktivisme yang

disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan Vygotsky di mana mereka menyatakan ilmu

pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif individu yang menghubungkait maklumat

baru dengan pengalaman sedia ada. Penglibatan murid secara aktif memberi

pengalaman baru kepada murid dengan merasainya sendiri dan dengan ini maklumat

akan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang berikutan proses pembelajaran yang

menarik dan murid merasai sendiri pengalaman tersebut.

Menarik dan mengekal minat serta tumpuan melalui pelbagai media

Cara yang paling berkesan untuk membantu murid memahami apa yang diajar oleh

guru mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka adalah dengan

memberi mereka pengalaman sebenar atau yang hampir sebenar untuk dilihat dengan

teliti yang kemudiannya menghasilkan soalan untuk dikaji. Pengguanaan pelbagai

sumber media seperti tayangan video,bahan bercetak, bahan tiga dimensi dan

sebagainya akan mengekalkan tumpuan murid dan meransang pengetahuan ingin tahu

murid yang seterusnya akan mewujudkan minat murid yang kemudiannya akan

mengekalkan lagi tumpuan murid kepada pembelajaran sesuatu tajuk. Oleh yang

demikian guru mampu mencapai objektif pengajaran yang ingin disasarkan dan juga

kawalan kelas secara menyeluruh dapat dilakukan oleh guru. Tumpuan dan

pengamatan pelajar akan memudahkan penyampaian maklumat yang ingin

disampaikan oleh guru kepda pelajar.

Page 12: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

12

Peningkatan kreativiti

Guru boleh menggunakan bahan teknologi maklumat, contohnya tayangan video untuk

memberi pendedahan kepada murid-murid .Kemudian melalui penggunaan bahan

maujud guru boleh menguji daya kreativiti murid-murid dengan mengadakan aktiviti

melukis poster. Daya kreativiti murid-murid boleh dikesan melalui idea-idea yang

dicurahkan ke atas kertas lukisan mereka. Selain dari kreativiti, ini juga akan

mengembangkan lagi idea pelajar kepada tahap yang maksimum agar pelajar lebih

kreatif dan inovatif dalam pembelajarannya. Murid-murid boleh diberikan tugas seperti

menghasilkan folio berkenaan dengan tokoh negara, melalui cara ini persembahan folio

tersebut boleh mengembangkan lagi kreativiti murid-murid dalam mencari sumber

maklumat dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator.

Memberi peluang untuk main peranan dan simulasi

Guru boleh menggunakan teknik main peranan dan simulasi dalam pengajaran. Murid

akan berpeluang mengaplikasikan situasi sebenar dalam pembelajaran mereka dan

seterusnya maklumat yang ingin disampaikan lebih mudah difahami. Teknik simulasi

dan main peranan akan melibatkan semua pelajar secara aktif. Seperti yang ditekankan

dalam teori Bandura pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Melalui

pemerhatian dan peniruan akan berlakunya pembelajaran melalui teladan dan akan

memotovasikan pelajar. Contohnya memainkan peranan pekerjaan yang ingin mereka

kecapi apabila dewasa kelak.

Pengajaran lebih bersifat individu

Jika pengajaran guru dirancang dengan teratur dan rapi, guru tidak perlu berhadapan

dengan semua murid pada setiap masa. Guru boleh menggunakan berbagai media

untuk menyusun pengajaran dan semua murid tidak perlu menguasai pembelajaran

mengikut satu cara sahaja. Pengajaran boleh dijalankan secara individu mengikut

kebolehan dan kecepatan pelajar sendiri untuk menyelesaikan sesuatu unit

pembelajaran. Murid tidak perlu menanti guru untuk belajar kerana isi pelajaran telah

disusun oleh guru mengikut tahap kebolehan murid.

Page 13: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

13

Membuat pengajaran lebih tersusun

Mengikut pendekatan sistem, media adalah satu komponen dalam pembentukan

pengajaran. Untuk memuatkan media dalam pengajaran dan pembelajaran, pengajaran

guru perlu dirancang dengan sistematik terlebih dahulu supaya pengajaran lebih

tersusun. Berdasarkan pendekatan sistem juga peranan media dikaji, dilaksanakan,

dinilai dan kemudian dibaiki mengikut keperluan pelajar dan objektif pembelajaran.

Memberi maklumat

Berbagai media yang didapati dari segi pembelajaran memang member maklumat

seperti tv pendidikan dan radio, filem, slaid dan sebagainya.

Pembelajaran menjadi lebih dekat

Sesuatu perkara yang perlu dipelajari tetapi diluar bilik darjah boleh dirakamkan melalui

gambar foto, video atau ditulis ceritanya didalam buku dan kemudian dibawa ke bilik

darjah. Perkara-perkara diluar bilik darjah menjadi lebih hampir kepada murid kerana

perkara-perkara tersebut boleh dipindahkan didalam media dan dibawa masuk ke

kelas.

Memperkaya pengalaman

Media seperti filem boleh memperkayakan pengalaman murid. Jika murid di negara ini

tidak pernah melihat salji, satu filem yang ditayangkan menunjukkan salji serta

persekitarannya akan menambah pengalaman murid, seolah-olah murid sendiri

mengalami persekitaran tersebut.

1.5 PENGURUSAN MEDIA YANG EFEKTIF

Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah

satu daripada menggunakan media pengajaran semasa melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di dalam

Page 14: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

14

dan luar Negara mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran dalam

pendidikan. Dengan penggunaan media pengajaran, guru akan dapat dilihat sebagai

seorang yang sentiasa proaktif dan menitik beratkan hasil akhir pengajaran yang mana

akan dapat membantu murid memahami dan mengingati sesuatu fakta dan ilmu.

Menurut kajian, peratus penerimaan semasa proses pengajaran pembelajaran berlaku

adalah dipengaruhi oleh penglibatan deria masing-masing. Fungsi utama media

pengajaran adalah bagi memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran dan

mencapai objektif pengajaran guru. Media pengajaran yang berkesan haruslah dapat

membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, guru-guru yang

mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai sama ada bahan yang

digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik, dan mengaplikasikan kaedah

pengajaran yang terbaik.

Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah sejauh manakah alat

berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru-guru dan pelajar-pelajar.

Keberkesanan penggunaan media semasa mengajar bukan sahaja ditentukan oleh

kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah. Penggunaan

media yang efektif juga haruslah memberi kesan yang baik kepada para pelajar

sehinggan perubahan dari segi kognitif dan tingkah laku berlaku. Penggunaaan media

yang efektif juga secara tidak langsung dapat mengatasi masalah disiplin pelajar,

kekurangan masa, kawalan kelas, dan kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru.

Media pengajaran bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahu dikalangan

pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Selain itu juga penggunaan media secara efektif juga

dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana

guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan

proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-

maklumat berkenaan.

Dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar

secara berkesan. Melalui penggunaan caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah

pengajaran dengan alat media sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran

Page 15: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

15

dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat

seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan

tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses

pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat

kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta

mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan

dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya

persembahan yang ditunjukkan melalui penggunaan media. Di samping itu kesan

penggunaan media yang efektif di dalam kelas juga dapat menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran

yang menyeronokkan. Dengan adanya penggunaan media dalam pengajaran dan

pembelajaran juga guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran

dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat

mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan

media secara efektif maka guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih

terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya penggunaan internet

sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia

pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar

mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen

tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti

pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan

kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.

Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan media dalam proses

pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama

kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Didalam sesebuah kelas tidak semua

pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh

guru. Justeru itu melalui penggunaan media yang berkesan murid-murid dapat

memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan

pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alat-alat

media tersebut. Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio,

video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar

Page 16: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

16

kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk

di fahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk

pengkuliahan.Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera di maklumkan

oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang

di ajar menggunakan ICT.

Penyelidikan : penerokaan pelbagai media

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang media pengajaran dengan

melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap lain-lain sumber rujukan

serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan yang lain.

Pengalaman

Carian perlu meliputi latar belakang, konsep, tokoh, isu – isu

berkaitan aplikasi teori, serta isu semasa penggunaan media dalam

pendidikan. Hasilkan dapatan tersebut menggunakan persembahan

elektronik dan persembahkan semasa interaksi bersemuka.

Page 17: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

17

Berdasarkan penyelidikan yang anda buat daripada pelbagai

sumber, perjelaskan media pengajaran yang sesuai untuk

diaplikasikan dengan pembelajaran abad ke 21.

Aktiviti 1

Aktiviti 2

Refleksi

Bincangkan apa yang dimaksudkan media pengajaran, ciri-ciri dan

jenis-jenisnya. Kemudian bersama rakan dan pensyarah

bincangkan apakah kesan dan kepentingan media pengajaran

dalam proses P&P.

Dengan menggunakan persembahan elektronik bina carta

(pengurusan grafik - contoh ) untuk menunjukkan klasifikasi media

pengajaran. [Dapatkan maklumat dari pelbagai sumber sama ada

pusat sumber atau dari internet]

Page 18: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

18

1.6 KERANGKA TPACK SECARA UMUM

Kerangka TPACK memainkan peranan penting dalam menyedikan guru yang boleh

mengintegerasikan pengetahuan tiga komponen ini iaitu teknologi, pedagogi dan

kandungan dalam amalan pengajaran. TPACK adalah asas pengajaran yang

berkesan dengan teknologi, ia memerlukan pemahaman konsep menggunakan

teknologi; teknik pedagogi yang menggunakan teknologi dengan cara yang

konstruktif untuk mengajar kandungan; apakah pengetahuan yang membuatkan

konsep sukar atau mudah untuk belajar dan bagaimana teknologi boleh membantu

menyelesaikan masalah P & P dan membina pengetahuan baru berasaskan

pengetahuan sedia ada. Sebagai contoh penggunaan Internet dalam pembelajaran

dalam talian memaksa guru memikirkan isu pedagogi seperti memuat turun

kandungan dalam LMS dan bagaimana menggalakkan interaksi pelajar dengan bahan

dan melibatkan mereka dalam forum dalam talian.

Secara umum kerangka TPACK adalah terdiri daripada 7 komponen iaitu;

CK - Content Knowledge atau Pengetahuan Kandungan

PK - Pedagogical Knowledge atau Pengetahuan Pedagogi

TK - Technological Knowledge atau Pengetahuan Teknologi

PCK - Pedagogical Content Knowledge atau Pengetahuan Pedagogi Kandungan

TCK - Technological Content Knowledge atau Pengetahuan Teknologi Kandungan

TPK - Technological Pedagogical Knowledge atau Pengetahuan Teknologi Pedagogi

TPACK - Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan

Page 19: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

19

Rajah 1 - 7 Komponen TPACK

Pengetahuan Kandungan (Content Knowledge - CK)

CK merupakan pengetahuan pengajar terhadap kandungan yang akan disampaikan

kepada pelajar. Sehubungan dengan itu, pengajar perlu menguasai kandungan seperti

konsep, teori, idea-idea, rangka kerja, keterangan dan bukti serta amalan-amalan yang

diperlukan ke arah membangunkan pengetahuan itu (Koehler & Mishra, 2009). Dalam

konteks kajian ini, CK merujuk kepada kandungan pengaturcaraan komputer.

Pengetahuan Pedagogi (Pedagogical Knowledge – PK)

PK merupakan pengetahuan tentang jenis-jenis pedagogi yang boleh digunakan

sebagai menyokong pengajaran berkesan. Menurut Koehler dan Mishra (2008), PK

merangkumi pengetahuan tentang proses serta amalan yang digunakan dalam

pengajaran. Selain itu, pengajar perlu membuat kajian terhadap teori-teori pedagogi

secara khusus agar mereka tidak lesu dalam memperkasa kaedah pengajaran bagi

menghasilkan suasana P&P yang berkualiti (Archambault & Barnett, 2010). Dalam

konteks kajian ini, pengajar perlu mengetahui teknik dan kaedah yang harus digunakan

dalam pengajaran pengaturcaraan komputer.

Page 20: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

20

Pengetahuan Teknologi (Technology Knowledge - TK)

Domain TK meliputi pengetahuan terhadap jenis-jenis alatan, perkakasan atau perisian

termasuk boleh mengendalikannya dengan baik sehingga membantu atau memudah

cara pekerjaan seorang pengajar (Koehler, 2011). Hal ini merangkumi apa sahaja

pengetahuan seorang pengajar terhadap teknologi yang biasa digunakan dalam

pengajaran sama ada teknologi berbentuk analog (mikroskop, papan putih, video dan

lain-lain) mahupun digital (telefon pintar, internet, persidangan video dan lain-lain).

Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge - PCK)

CK apabila diintegrasikan dengan PK menjadikan PCK iaitu pengetahuan teras

pengajaran yang meliputi kurikulum, penilaian dan pedagogi (Koehler & Mishra,

2009). PCK masih mengambil kira konsep yang diperkenalkan oleh Shulman (1986) di

mana ia merangkumi pengajaran, pembelajaran, kurikulum, pentaksiran, dan laporan

yang melatari cara penyampaian pengajaran kepada para pelajar. Shulman turut

menyatakan bahawa guru yang mengajar tanpa mengetahui aspek-aspek seperti

kurikulum dan pentaksiran tidak mampu memenuhi keperluan pembelajaran oleh para

pelajar.

Pengetahuan Teknologi Kandungan (Technological Content Knowledge - TCK)

CK apabila diintegrasikan dengan TK menghasilkan domain TCK. Domain TCK

merupakan pengetahuan terhadap teknologi tertentu yang paling sesuai untuk

menangani hal pembelajaran dan bagaimana ia membantu kandungan yang sesuai

apabila berlaku perubahan pada teknologi tersebut (Koehler & Mishra, 2009).

Sehubungan dengan itu, Koehler dan Mishra (2008) menyatakan bahawa CK dan TK

telah lama mempunyai hubungan konsep dalam bidang sains tulen dan sains sosial.

Sebagai contoh, seorang doktor bedah misalnya tidak mungkin boleh mengajar para

pelajarnya untuk melakukan pembedahan tanpa menggunakan teknologi seperti

stetoskop dan alat pengimbas. Begitu juga dengan bidang astronomi dan pengukuran di

Page 21: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

21

mana teknologi adalah penting untuk diketahui terlebih dahulu oleh pengajar seperti

teleskop dan barometer sebelum pengajaran dilakukan. Pada masa kini, kemajuan

teknologi beralih dari teknologi analog kepada teknologi digital yang lebih canggih dan

pengetahuan seorang pengajar terhadap teknologi digital yang sesuai digunakan

dengan kandungan pengajaran akan menjadikan pengajaran itu lebih berkesan

(Nelson, Christopher & Mims, 2009).

Pengetahuan Teknologi Pedagogi (Technological Pedagogical Knowledge - TPK)

PK apabila diintegrasikan dengan TK menghasilkan domain TPK. Domain TPK

merupakan pengetahuan tentang bagaimana P&P boleh berubah apabila teknologi

tertentu digunakan dengan kaedah tertentu (Koehler & Mishra, 2009). Hal ini meliputi

pengetahuan pedagogi dan kekangan pelbagai alat teknologi yang berkaitan dengan

disiplin reka bentuk pedagogi dan strategi pengajaran. Bagi menjelaskan TPK, Koehler

dan Mishra (2008) menyatakan bahawa seorang pengajar mestilah mengetahui

bagaimana P&P perlu dilaksanakan mengikut kesesuaian teknologi masa kini yang

menyokong proses dan amalan pengajaran semasa. Dalam konteks kajian ini,

pendidikan pengaturcaraan komputer menghadapi cabaran yang hebat kerana

perubahan teknologi berkaitan amalan pembangunan aplikasi dan bahasa

pengaturcaraan komputer yang berlaku terlalu cepat.

Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (Technological Pedagogical

Content Knowledge –TPACK)

TPACK adalah pengintegrasian pengetahuan teknologi dalam pengajaran yang

dilakukan mengikut disiplin ilmu pengetahuan pengajar di mana ia perlu difahami

secara mendalam dari sudut CK, PK, TK, PCK, TCK dan TPK (Koehler, 2011). Menurut

Koehler dan Mishra (2008), integrasi pengetahuan teknologi, pedagogi dan kandungan

dalam pengajaran akan menghasilkan P&P yang efektif dan sempurna bagi seorang

guru atau pengajar. Justeru, hasil dapatan daripada kajian ini akan digunakan sebagai

panduan pembinaan modul P&P pengaturcaraan komputer untuk kanak-kanak.

Page 22: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

22

Carian perlu meliputi latar belakang, konsep, tokoh, isu – isu

berkaitan aplikasi teori, serta isu semasa pendidikan. Hasilkan

dapatan tersebut menggunakan persembahan elektronik dan

persembahan semasa interaksi bersemuka.

Penyelidikan : penerokaan pelbagai media

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang TPACK dengan melayari

internet serta membuat bacaan lanjut terhadap lain-lain sumber rujukan serta

mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan yang lain.

Pengalaman

Aktiviti 1

Teori Pengajaran dan pembelajaran

Buat huraian ringkas tentang pengalaman anda

menggunakan TPACK di dalam kelas.

CK - Pengetahuan

Kandungan

PK - Pengetahuan

Pedagogi

Page 23: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

23

TK - Pengetahuan

Teknologi

PCK - Pedagogical

Content Knowledge

atau Pengetahuan

Pedagogi Kandungan

TCK - Pengetahuan

Teknologi Kandungan

TPK - Pengetahuan

Teknologi Pedagogi

TPACK - Pengetahuan

Teknologi Pedagogi

Kandungan

Aktiviti 2

Hasilkan sebuah peta konsep i-Think berasaskan kefahaman anda

terhadap TPACK. Sila gunakan perisian mind map yang sesuai.

Page 24: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

24

Berdasarkan penyelidikan yang anda buat daripada pelbagai

sumber, pilih satu komponen komponen TPACK tersebut sesuai

dan boleh diaplikasikan dengan pembelajaran abad ke 21.

Refleksi

Page 25: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

25

UNIT 2 REKA BENTUK PENGAJARAN TEKNOLOGI

Hasil Pembelajaran Unit

Sinopsis

Unit ini menghuraikan tentang pengertian serta konsep reka bentuk pengajaran (RP).

Reka bentuk pengajaran (RP) adalah amalan berasaskan bukti (evidence-based

practice) dalam proses menghasilkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang

mendorong kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran secara lebih cekap,

berkesan dan menarik. Turut dibincangkan adalah kepentingan peranan RP dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Dua model RP iaitu model ASSURE dan ADDIE

merupakan model RP yang sering menjadi panduan untuk merancang dan

mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Pengaplikasian

kedua-dua model RP tersebut diperincikan dalam unit ini.

2.0 Pengenalan

Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang

perlu difikirkan oleh pendidik dan mereka yang terlibat dengan pengajaran. Elemen

yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di dalam kelas

malahan terdapat juga di luar bilik darjah. Memandangkan elemen yang perlu difikirkan

terlalu banyak dan meluas, pendidik perlu memikirkan satu reka yang terbaik untuk

Pada akhir unit pelajar dapat :

1. Menghuraikan pengertian dan konsep reka bentuk pengajaran

2. Membincangkan peranan reka bentuk pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Mengaplikasikan model reka bentuk ASSURE dan ADDIE dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.

Page 26: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

26

membina dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan

bersesuaian.

RP merupakan mekanisma yang digunakan oleh perancang bagi membina dan

merancang dalam segala aspek pengajaran dan pembelajaran. Tanggapan yang

menyatakan RP hanya perlu difikirkan oleh pentadbiran pendidikan sahaja adalah tidak

tepat. Menurut Hunter (1987), kandungan dan corak pembelajaran mestilah dengan

kualiti pengajaran dan pembelajaran yang baik. Seorang pendidik akan merancang

pengajaran dan pembelajaran sebelum memasuki bilik darjah. Matlamat pengajaran

dan pembelajaran tidak akan dicapai oleh seorang pendidik sekiranya tidak mempunyai

perancangan yang lengkap dan sistematik. Justeru itu, setiap pendidik seharusnya

dapat menguasai reka bentuk pengajaran bagi menjamin kualiti pembelajaran dan

pengajaran yang baik dan berkualiti.

Secara keseluruhnya, RP menetapkan apa yang hendak diajar dan bagaimana hendak

diajar agar proses pembelajaran berlaku dalam keadaan yang tersusun dan sistematik.

2.1 Konsep Reka Bentuk Pengajaran

RP adalah suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak,

video pengajaran, perisian komputer dan sebagainya. Proses ini mencakupi proses

reka bentuk dan proses membina bahan.

Terdapat beberapa tokoh pembelajaran yang terkenal telah memberi pendapat mereka

tentang konsep reka bentuk pengajaran.

Menurut Dick & Reiser (1989) , RP ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk,

membangun, melaksana dan menilai pengajaran.

Richey (1986), pula mendefinisikan RP sebagai sains untuk mencipta spesifikasi

pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan

suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran tidak kira

Page 27: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

27

kecil atau besar dalam sesuatu mata pelajaran. Pada pendapatnya, RP itu mencakupi

seluruh proses pengajaran, iaitu mereka bentuk , membina, meliputi dan menguruskan

pembelajaran.

Reka bentuk pengajaran ialah satu proses yang bersistematik untuk mereka bentuk,

membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Gagne (1985) menyatakan

pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat.

Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara berperingkat-peringkat.

Morrison et.al (2001) menyatakan dalam mereka bentuk pengajaran, perspektif utama

yang perlu dilihat ialah gaya pelajar bukan lagi perspektif isi kandungan atau pun

daripada pendekatan tradisional.

Pada umumnya, semua RP memiliki ciri-ciri asas yang sama yang berdasarkan teori

dan penyelidikan:

Richey (1986) telah menggariskan enam elemen asas iaitu:

Menentukan keperluan pelajar

Menentukan matlamat dan objektif

Membina prosedur penilaian

Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian

Mencuba sistem pengajaran

Menilai keseluruhan sistem

Gustafon (1991) sebagaimana disebut oleh Yusup Hashim (1998) telah membahagikan

RP kepada tiga tumpuan, iaitu model yang berorientasikan bilik darjah, model yang

berorientasikan produk dan model yang berorientasikan sistem.

a) Model berorientasikan bilik darjah merupakan model RP berskala kecil yang

tertumpu kepada perancangan bagi satu masa pengajaran. Ia lebih memberi

tumpuan kepada keadaan pembelajaran dalam bilik darjah serta tertumpu

kepada elemen yang wujud dalam bilik darjah seperti guru, pelajar,kurikulum dan

kemudahan. Antara model-model reka bentuk pengajaran berorientasikan bilik

Page 28: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

28

darjah ini ialah Model ASSURE (1982), Dick and Reiser (1987), Model Gerlach

dan Ely (1980), Model Kemp (1985) dan Model Hanafin dan Peck.

Menurut Yusuf Hashim (1998), RP yang berorientasikan bilik darjah tidak

menggalakkan guru membina bahan pengajaran, sekadar hanya memilih bahan

sahaja. Alasannya jelas; kerana ia menjimatkan masa. Namun, realiti masa kini

menunjukkan jumlah bahan pengajaran yang tersedia masih kecil, dan ini

bermakna guru masih perlu menyediakannya sendiri.

b. Model berorientasikan produk membuat andaian bahawa bahan sesuatu

produk pengajaran sentiasa diperlukan, bahan yang dihasilkan tidak memerlukan

proses pengubahsuaian, produk yang dihasilkan boleh digunakan oleh pelbagai

pihak dan penekanan diberikan kepada percubaan. Antara model reka bentuk

produk ialah Van Patten (1989), dan Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990).

c. Model berorientasikan sistem melibatkan pembangunan bahan pengajaran

besar bagi sesuatu kursus atau satu kurikulum. Model ini lazimnya dibangunkan

oleh satu pasukan yang besar. Pembangunan perisian memerlukan sumber

tenaga, bahan sokongan, analisis, percubaan dan ujian yang banyak. Antara

model yang terdapat dalam kategori ini ialah Branson (1975), Diamon (1989)

dan Dick and Carey (1996).

2.2 Peranan dan Kepentingan Reka Bentuk Pengajaran

Tujuan teknologi pengajaran ialah untuk mengubah dan memberi kesan terhadap

pembelajaran. Pembelajaran adalah matlamat, manakala pengajaran adalah cara untuk

mencapai matlamat ini. Guru harus memahami maksud pembelajaran untuk mencapai

matlamat yang dituju.

Selain daripada mewujudkan pengajar yang kompeten, tujuan utama RP adalah untuk

menghasilkan pengajaran yang berkesan. Menurut Dick dan Reiser (1989), pengajaran

yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap

yang diharapkan. Pengajaran berkesan juga digemari oleh para pelajar.

Page 29: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

29

Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan,

kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membina

disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran dengan

lancar, sistematik dan menarik serta tidak membazir masa.

Antara kepentingan dan peranan RP adalah:

a) Meningkatkan pencapaian pelajar.

b) Menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur.

c) Memungkinkan objektif pengajaran dan pembelajaran dan hasil pembelajaran

mudah tercapai

d) Menjadikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran standard atau selaras bagi

kumpulan yang pelbagai.

e) Membantu proses membuat keputusan.

f) Menjimatkan masa dan peruntukan yang besar, khususnya bagi sesuatu program

yang besar dan luas. Contohnya, pendidikan jarak jauh.

2.3 Model-model Reka Bentuk Pengajaran

Komponen penting yang terdapat dalam RP bersistem ialah merancang, mereka

bentuk, melaksana dan menilai. Di antara model RP yang terkenal ialah:

Model ADDIE

Model ASSURE

Model Hanaffin and Peck

Model Robert Glasea

Model Branson

Model Resier and Dick

Model Van Patten

Model Gentry

Model Dick and Carey

Page 30: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

30

Model Jerold Kemp

Model Gerlach and Ely

Model Diamon

2.3.1 Model ASSURE

Model yang dibangunkan oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) bertujuan untuk

menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan

penggunaan media. Model ASSURE dapat membantu guru merancang pengajaran

yang dapat memanfaatkan penggunaan media. Model ini juga memberi fokus kepada

perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini

dapat membantu guru merancang pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah

masing-masing.

Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu:

A – Analyse learner (Analisis pelajar)

S – State objective (Nyatakan objektif)

MODEL ASSURE

Page 31: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

31

S – Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)

U – Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)

R – Require learner participation (Memerlukan penglibatan pelajar)

E – Evaluate and revise (Nilai dan semak)

a) Analisis Pelajar

Jika sesuatu media hendak digunakan dengan berkesan, ia harus disesuaikan dengan

ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran itu

sendiri. Antara ciri-cirinya ialah:

i. Ciri-ciri umum merupakan deskripsi umum tentang umur, tahap/tingkatan, latar

belakang sosio-ekonomi dan sebagainya. Dengan mengetahui ciri-ciri ini, pengajar

dapat menjadikannya sebagai asas dalam pemilihan media dan bahan. Untuk

mengetahui ciri-ciri ini, guru haruslah meneliti rekod pelajar serta berinteraksi

dengan pelajar secara langsung. Melalui interaksi ini, dapat diketahui harapan,

sikap dan latar belakang mereka.

ii. Kompetensi khusus peringkat masuk (specific entry competencies) berkait

dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan

kandungan pelajaran. Maklumat ini diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga

interaksi bersama mereka. Aspek ini tidak boleh diperkecilkan kerana kesannya

sangat besar kepada pembelajaran pelajar. Tegasnya, guru tidak harus

mengandaikan semua pelajar mempunyai pengetahuan dan kemahiran sedia ada

yang sama.

iii. Stail Pembelajaran merujuk kepada kluster trait psikolgi yang dapat

menerangkan bagaimana seseorang itu menganggap, berinteraksi dan bertindak

balas dengan persekitaran. Stail ini akan memberi kesan yang besar kepada

pelajar ketika mereka belajar melalui pelbagai kaedahdan media. Dunn dan Dunn

(1992), telah membina satu instrumen piawai mengukur stail pembelajaran dan

persekitan pembelajaran yang digemari oleh setiap stail. Ia adalah antara

Page 32: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

32

instrumen yang terbaik dan digunakan secara meluas di sekolah. Guru-guru yang

menrancang program pembelajaran berdasarkan analisis daripada instrumen ini

mendapati ia berjaya meningkatkan pencapaian akademik, sikap dan disiplin

pelajar.

b) Nyatakan Objektif

Pada peringkat ini kita seharusnya menyatakan apakah objektif pembelajaran terhadap

kumpulan sasar. Objektif pembelajaran bukan bertujuan menyekat pelajar untuk belajar,

ia merupakan tahap yang minimum tentang apakah yang sepatutnya dipelajari daripada

pengajaran yang dijalankan. Objektif harus difokuskan kepada apakah pengetahuan ,

kemahirandan sikap yang baru untuk dipelajari. Objektif mestilah dinyatakan secara

eksplisit supaya mudah diukur dan cicapai.

c) Pilih Kaedah, Media dan Bahan

Kaedah dan strategi pengajaran yang paling sesuai dan selaras dengan objektif

pengajaran dan pembelajaran dapat menjamin pencapaian objektif pembelajaran.

Strategi yang diamalkan pada masa kini ialah strategi pengajaran dan pembelajaran

berpusatkan pelajar iaitu memberi penekanan kepada pelajar aktif. Misalnya kaedah

perbincangan, simulasi, kajian kes, kajian makmal, kajian lapangan, pembelajaran

kendiri dan sebagainya.

Terdapat 3 langkah dalam pemilihan di sini:

Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran

Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih

Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan.

Page 33: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

33

d) Memilih Kaedah

Agak tidak munasabah untuk mengandaikan hanya satu kaedah untuk digunakan

dalam satu pengajaran kerana terdapat beberapa peringkat dalam pengajaran yang

memerlukan beberapa kaedah yang berbeza. Mungkin untuk membuka minat pelajar,

set induksi dimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demonstrasi,

latihan dan latih tubi untuk mempelajari kemahiran yang baru.

Kaedah yang dipilih berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan

sasaran atau pelajar. Justeru, pemilihan kaedah perlu berteraskan aspek ini.

e) Memilih Media

Pemilihan media dilihat daripada dua aspek. Pertama, memilih media yang telah

tersedia dan kedua, memilih format atau bentuk media yang belum ternyata mesej di

dalamnya. Di sini pemilihan media pengajaran yang tersedia akan diberikan tumpuan.

Pemilihan ini berasaskan kriteria tertentu iaitu:

Sepadan dengan kurikulum

Maklumat tepat dan terkini

Bahasa yang jelas dan tepat

Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar

Mempunyai kualiti teknikal yang baik

Terdapat bukti keberkesanannya

Bebas daripada bias

Mempunyai buku panduan yang lengkap

f) Mereka Bentuk Media

Andainya kita gagal untuk memilih media yang sesuai, adalah penting untuk kita

mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakannya sendiri. Terdapat 7 perkara

yang perlu diambilkira:

Objektif

Page 34: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

34

Pelajar

Kos

Kepakaran teknikal

Peralatan

Fasiliti

Masa

g) Gunakan Media dan Bahan

Penggunaan bahan di sini merujuk kepada bahan-bahan pelbagai bentuk dan media;

cetak, komputer, video, gambar dan lain-lain. Boleh juga menggunakan bahan yang

sedia ada tetapi perlu dipastikan bahan tersebut diubahsuai, ditambahbaik dan dibaik

pulih sesuai dengan situasi semasa. Perlu diingat guru hendaklah menentu arah tuju

pengajaran dan pembelajaran.Pada masa kini penggunaan bahan capaian

seperti internet, e-learning, online learning, laman web dan sebagainya sudah menjadi

kebiasaan.

Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang amat kritikal. Jika ia

gagal digunakan dengan baik, ia akan memberi kesan yang amat negatif kepada

pembelajaran.Terdapat lima langkah bagi penggunaan media yang baik:

Pribiu bahan

Sediakan bahan

Sediakan persekitaran

Sediakan pelajar

Sediakan pengalaman pembelajaran

h) Libatkan Pelajar

Pada fasa ini, pengelibatan pelajar adalah penting. Untuk mempastikan bahawa proses

pembelajaran berlaku, pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran

seperti membuat latihan, berbincang dan memberi ide, kerja kumpulan, pelajar

Page 35: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

35

membuat simulasi, kajian kes, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Kegiatan

pengukuhan, seperti pengukuhan serta merta, diberi selepas pelajar memberi tindak

balas yang betul.

i) Nilai dan Semak

Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Ia berlaku

sepanjang proses pengajaran iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Sebelum

pengajaran, analisis pelajar dilakukan untuk disesuaikan dengan kandungan, kaedah

dan media yang digunakan. Media juga perlu dinilai sebelum digunakan.

Penilaian melibatkan aspek:

Menilai pencapaian pelajar

Pembelajaran yang dihasilkan

Menilai media dan kaedah

Kualiti media

Penggunaan guru

Penggunaan murid

Pencapaian pelajar boleh dinilaikan dari aspek prestasi pelajar berdasarkan rujukan

kriteria, prestasi pelajar dalam aspek kemahiran dan sikap pelajar. Secara umum

terdapat dua jenis penilaian iaitu:

Penilaian Formatif

Penilaian formatif memberi maklum balas semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Maklum balas ini dapat digunakan untuk membetulkan atau

menambahbaikan proses dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Kadang-kadang

perancangan pengajaran dan pembelajaran kelihatan cantik dan sempurna tetapi

gagal apabila dilaksanakan. Justeru itu adala penting untuk guru untuk mencuba

perancangan pengajaran ke atas sekumpulan kecil pelajar untuk mendapat maklum

balas keberkesanan perancangan tersebut.

Page 36: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

36

Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif ialah penilaian pada kursus unit atau peringkat oembelajaran yang

memberikan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

secara menyeluruh Datayang dikutip memberikan maklumat tentang pencapaian

objektif yang ditetapkan. Oleh itu moedl ASSURE amat menekankan penilaian

formatif dan juga sumatif.

j) Menilai Kaedah dan Media

Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini

menyentuh dua aspek penilaian iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran.

Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk

memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan

pelajar. Antara aspek yang dinilai adalah:

Adakah media berkesan?

Bolehkah ia dipertingkatkan?

Adakah media membantu pelajar mencapai objektif?

Adakah ia mencetuskan minat pelajar?

Adakah ia menyediakan penglibatan pelajar yang bermakna?

Selain daripada soal selidik dan senarai semak, penilaian terhadap media dan kaedah

boleh dilakukan melalui:

Perbincangan dengan kelas

Pemerhatian

Temubual dengan setiap individu

2.3.2 Model ADDIE

Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987. Model ADDIE merupakan

model rekabentuk yang berfungsi sebagai garis panduan ke arah pembinaan perisian

dan bahan pengajaran-pembelajaran berdasarkan keperluan.

Page 37: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

37

Model ini merupakan antara model pengajaran yang sering menjadi asas kepada

model-model rekabentuk pengajaran yang lain. Model ADDIE merupakan proses

generik yang perlu diubah suai sebelum dapat digunakan.

Tujuan model ini direkabentuk adalah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan

bahan pembelajaran agar penyampaian sesuatu pengajaran itu akan menjadi lebih

efektif dan efisien. Model Pengajaran ADDIE yang meliputi fasa-fasa analisis,

rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian.

Lima fasa yang terdapat di dalam Model ADDIE iaitu:

A (Analysis) – Analisis

D (Design) – Rekabentuk

D (Development) – Pembangunan

I (Implementation) – Pelaksanaan

E (Evaluation) – Penilaian

MODEL ADDIE

Page 38: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

38

a) Fasa Analisis (Analysis)

Pada peringkat ini ia melibatkan beberapa proses penentuan serta mengenalpasti

masalah yang ingin diselesaikan. Setelah sesuatu masalah dapat dikenalpasti proses

analisis akan dilaksanakan bagi mencari apakah punca atau faktor yang berkaitan atau

yang menimbul masalah tersebut. Proses analisis ini melibatkan berbagai aspek

antaranya:

i. Analisis terhadap pengguna,

ii. Analisis terhadap persekitaraan pembelajaran,

iii. Kenalpasti matlamat pengajaran.

Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis persekitaran

pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat pengajaran. Terdapat

beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis iaitu :

a) Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya?

b) Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan?

c) Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud?

d) Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran?

e) Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?

Merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam rekabentuk pengajaran. Antara

perkara yang dilakukan dalam fasa ini adalah memperjelaskan masalah, mengenalpasti

sumber masalah dan menentukan penyelesaian masalah. Fasa ini melibatkan teknik

kajian seperti analisis kehendak, analisis kerja dan analisis tugasan. Output bagi fasa

ini termasuklah matlamat pengajaran dan senarai tugasan yang perlu diajar. Kesemua

output ini akan menjadi input bagi fasa rekabentuk.

b) Fasa Rekabentuk (Design)

Peringkat ini dilaksanakan selepas proses analisis keperluan selesai. Ia menjelaskan

Page 39: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

39

pandangan keseluruhan mengenai rupabentuk, struktur, pendekatan teori, jenis media

dan teknologi yang akan digunakan. Antara lain ia juga melibatkan proses:

i. Pembentukan objektif yang khusus untuk pengajaran.

ii. Pembinaan item-item untuk ujian.

iii. Pemilihan strategi pengajaran.

Fasa ini penting untuk merancang strategi dalam membangunkan pengajaran serta

menggariskan cara bagaimana mencapai matlamat pengajaran.

Antara elemen di dalam fasa rekabentuk termasuklah menulis siapa yang hendak

disasarkan, menjalani analisis pembelajaran, menulis objektif dan item ujian, memilih

sistem penyampaian dan menyusunatur pengajaran.

c) Fasa Pembangunan (Development)

Peringkat ini melibatkan membina sistem sebenar dengan menggunakan semua

elemen media dan teknologi yang terpilih berdasarkan keperluan.

Dibina berdasarkan fasa analisis dan rekabentuk. Tujuan fasa ini ialah untuk

menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran. Semasa fasa ini akan

dibangunkan, langkah pengajaran serta media yang bakal digunakan dalam

pengajaran dan dokumen lain yang diperlukan. Output dalam fasa rekabentuk akan

menjadi input kepada fasa pembangunan. Kerja- kerja pembangunan projek mulimedia

akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan

akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan.

d) Fasa Perlaksanaan (Implementation)

Di peringkat ini, bahan pengajaran yang telah disediakan akan digunakan atau

dilaksanakan dalam keadaan sebenar. Projek multimedia yang telah disiapkan akan

diuji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses

pembangunan projek berlaku. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan

sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran untuk digunakan.

Page 40: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

40

e) Fasa Penilaian (Evaluation)

Penilaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.

Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian formatif

seharusnya dilakukan terhadap semua peringkat untuk memastikan keberkesanannya.

Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja

yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen

multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik, penyeliaan dan pengujian. Penilaian

sumatif biasanya berlaku di peringkat akhir sesuatu projek penghasilan bahan

pengajaran diselesaikan

Penyelidikan : Penerokaan pelbagai media Anda adalah seorang guru satu matapelajaran di sebuah sekolah. Sebagai seorang

guru anda memilih MODEL ASSURE untuk merancang dan menghasilkan pengajaran

yang berkesan.

1. Mengapakah anda memilih MODEL ASSURE berbanding Model ADDIE sebagai

rekabentuk pengajaran anda?

2. Terangkan bagaimana Model ASSURE ini dapat diaplikasikan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran anda?

Carian maklumat perlu meliputi teori, konsep, isu – isu berkaitan aplikasi

model dan isu semasa pendidikan.

Page 41: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

41

Pengalaman Aktiviti 1

Model ADDIE Buat huraian ringkas berdasarkan kefahaman anda

Analisis

Reka Bentuk

Pembangunan

Pelaksanaan

Penilaian

Page 42: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

42

Berdasarkan penyelidikan yang anda buat daripada pelbagai sumber,

perjelaskan sejauh manakah peranan dan kepentingan reka bentuk

pengajaran dapat menyokong proses pengajaran dan pembelajaran

abad ke 21.

Aktiviti 2

Apakah elemen-elemen yang biasanya ada dalam sesuatu model

rekabentuk pengajaran?

Hasilkan sebuah peta konsep i-Think berasaskan kefahaman anda

terhadap teori pembelajaran.

Refleksi

Page 43: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

43

Pada akhir unit pelajar dapat :

1. Menyatakan peranan Visual dalam pengajaran dan pembelajaran

2. Mengenal jenis-jenis visual

3. Mereka bentuk visual dengan menggunakan konsep CASPER

4. Pengubahsuaian dan penghasilan bahan visual untuk pengajaran dan

pembelajaran.

UNIT 3 VISUAL UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Hasil Pembelajaran Unit

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi peranan visual dalam pengajaran dan

pembelajaran, jenis-jenis visual di samping mereka bentuk visual dengan menggunakan

konsep CASPER bagi tujuan pengubahsuaian dan penggunaan bahan visual dalam

pengajaran dan pembelajaran.

3.1 Pengertian Media Visual

Pengertian Media Pembelajaran merupakan perantara untuk menyampaikan pesan

atau informasi yang sangat diperlukan dalam proses pembelajaran agar memudahkan

guru dalam penyampaian bahan pembelajaran dan memudahkan pelajar untuk

menerima maklumat bahan pembelajaran. Menurut Musfiqon (2012) mengungkapkan

bahawa media pembelajaran dapat digunakan sebagai perantara antara guru dan

pelajar dalam memahami proses pembelajaran agar lebih efektif dan efisien.

Media Visual (Daryanto, 1993: 27), membawa maksud semua alat peraga yang

digunakan dalam proses belajar yang boleh dinikmati melalui panca-indera mata. Media

Page 44: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

44

visual (image atau perumpamaan) memegang peranan yang sangat penting dalam

proses belajar. Media visual boleh mempercepatkan pemahaman dan mengukuhkan

ingatan. Visual dapat pula meningkatkan minat pelajar dan dapat memberikan

hubungan antara isi kandungan pelajaran dengan dunia nyata.

Media Visual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih

baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utama visual

adalah untuk komunikasi dalam pengajaran. Justeru, peranan visual dalam

pembelajaran adalah amat penting. Namun, sebahagian besar daripada kejayaan

kerana bahan visual, adalah berdasarkan pada visual tersebut. Ini hasil daripada

perancangan yang rapi dan kesesuaian teknik digunakan.

Penggunaan media Visual akan menjadi pembelajaran lebih efektif, visual sebaiknya

ditempatkan pada konteks yang bermakna dan pelajar harus berinteraksi dengan visual

(image) tersebut untuk meyakinkan terjadinya proses mendapatkan maklumat. Dengan

demikian media visual boleh diertikan sebagai alat pembelajaran yang hanya boleh

dilihat untuk memudahkan pemahaman dan mengukuhkan ingatan akan isi kandungan

pelajaran.

Media Visual yang bergerak ialah media yang boleh memaparkan atau membiaskan

gambar atau bayangan yang dapat bergerak di skrin, seperti: bias gambar-gambar yang

ditunjukkan oleh motion picture filem dan loop film. Sama ada media bergerak atau

statik penggunaannya sudah pasti mempunyai kelebihan dan keterbatasan yang ada,

bergantung pada situasi dan kondisi penggunaannya.

3.2 Peranan Visual dalam pengajaran dan pembelajaran

Visual membantu menyediakan panduan konkrit sesuatu idea. Visual ikonik

umpamanya membantu ingatan untuk menghubungkan idea. Visual memotivasikan

pelajar dengan cara menarik perhatian, mengekal perhatian dan menghasilkan maklum

balas emosi. Visual dapat menghuraikan maklumat yang sukar difahami. Visual juga

Page 45: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

45

dapat menggambarkan perkaitan antara unsur-unsur berlainan yang sukar

digambarkan dengan menggunakan penyataan.

o Visual jika digunakan bersama teknologi pengajaran dapat meningkatkan

pencapaian

o Menjadikan idea (perkataan) lebih konkrit

o Memotivasikan pelajar kerana dapat menarik dan mengekalkan perhatian pelajar

o Memudahkan idea atau maklumat yang sukar difahami

o Meningkatkan kefahaman jika digunakan bersama kapur dan tutur

o Digunakan untuk membantu sebarang komunikasi bentuk bukan visual seperti

tutur atau perkataan

o Reka bentuk visual yang baik dapat meningkat komunikasi antara punca (Guru)

dan penerima (pelajar)

o Memastikan kebolehbacaan (dapat lihat perkataan dan imej dengan jelas)

o Mudah untuk interpretasi mesej

o Dapat libatkan dan menarik perhatian pelajar

o Visual juga dapat menarik perhatian kepada perkara-perkara yang terpenting.

Untuk menyediakan visual yang baik dalam media, guru harus pertimbangkan tiga

elemen reka bentuk visual berikut:

Elemen Visual (Pilih jenis visual)

Elemen Verbal (Pilih jenis huruf)

Elemen yang menarik perhatian (Kejutan, tektur, interaksi)

3.3 Jenis-jenis Visual

Bil Media Visual Contoh

1 Media Tayang Kaku Tranparensi, slaid & mikrofile

Page 46: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

46

2 Media Tayang Bergerak Pita video, cakera padat digital & filem

3 Bahan Grafik Lukisan, poster, kartun, carta & graf

4 Gambar Kaku Gambar foto, kad imbasan & poskad

5 Bahan Pameran 2D Lukisan, gambar foto, Carta

6 Bahan Pameran 3D Model, boneka, diorama & puppet

7 Papan Pameran Papan kapur, papan putih, papan flanel & papan

buletin

8 Media Audio Pita kaset, cakera padat & computer

9 Media Cetak Modul, buku teks, akhbar, majalah & risalah

1. Media Tayang Kaku

Media tayang kaku seperti transpirasi, slide dan micro filem. Overhead Projector (OHP)

digunakan sebagai alat bantu mengajar. OHP merupakan alat bantu mengajar tatapan

muka sebab susun atur ruang kelas tetap seperti biasa, guru boleh bersemuka dengan

pelajar (tanpa harus membelakangi pelajar). Peranti media disokong dengan Overhead

transparency (OHT).

Teknik bagi menghasilkan bahan dari OHT iaitu: Mengambil dari bahan cetak dengan

teknik tertentu dan Membuat sendiri secara manual.

Page 47: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

47

2. Media Tayang Bergerak Media Slide atau filem bingkai adalah media visual yang diunjurkan melalui alat yang

dipanggil dengan Projektor Slaid. Gambar atau filem bingkai diperbuat daripada filem

positif yang kemudian diberi bingkai yang diperbuat daripada kadbod / plastik. Filem

positif yang biasanya digunakan untuk filem slaid adalah filem yang ukurannya 35 mm

dengan saiz bingkai 2 x 2 inci. Dalam satu paket mengandungi beberapa filem bingkai

yang terpisah satu sama lain. Manfaat filem bingkai hampir sama dengan ketelusan

OHP, hanya kualiti visual yang dihasilkan lebih bagus. Sedangkan kelemahannya

adalah proses pengeluaran dan peralatan lebih mahal serta kurang praktikal. Untuk

memperlihatkan hasil slide yang dihasilkan projektor slaid.

Kelebihan Media Slide, antara lain:

Membantu menimbulkan pengertian dan ingatan yang kuat pada mesej yang

disampaikan dan boleh digabungkan dengan unsur suara.

Merangsang minat dan perhatian pelajar dengan warna dan imej yang konkrit.

Program slaid mudah di semakan sesuai dengan keperluan, kerana filemnya

terpisah- pisah.

Penyimpanannya mudah kerana saiznya kecil.

Overhead Projector Transparensi

Page 48: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

48

Kelemahan Media Slide, antara lain:

Memerlukan penyelenggaraan bilik untuk membuat tayangan

Pembuatannya memerlukan masa yang cukup lama, jika program yang

dibuatnya cukup panjang.

Memerlukan kos yang boleh dikatakan besar.

Hanya dapat menyajikan gambar yang diam (gerakkannya terbatas walaupun

dengan menggunakan lebih dari sebuah projektor.

3. Media bahan 3D Model adalah benda tiruan dalam wujud tiga dimensi yang merupakan perwakilan atau

pengganti dari benda yang sesungguhnya. Penggunaan model untuk mengatasi kekangan

tertentu sebagai pengganti realia. Contohnya untuk mempelajari sistem gerak, pencernaan,

pernafasan, peredaran darah, sistem perkumuhan, dan saraf pada haiwan. Media grafik

tergolong media visual yang menyalurkan mesej melalui simbol-simbol visual. Fungsi dari

media grafik adalah menarik perhatian, memperjelas sajian pelajaran, dan menggambarkan

suatu fakta atau konsep yang mudah dilupakan jika hanya dilakukan melalui penjelasan lisan

Slide Projector Slide

Page 49: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

49

4. Media bahan 2D

Bahan Dua Dimensi (2D) adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau

digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata. Mempunyai dua dimensi

iaitu lebar dan panjang . Berbentuk leper dan tidak mempunyai kedalaman.

Terdapat tiga jenis bentuk 2D: Bentuk Geometri Bentuk Abstrak Bentuk Gambaran

.Contoh : Carta, gambar foto, graf, Lukisan, kad imbasan, peta , poster, bahan

bercetak,

5. Carta

Carta organisasi menunjukkan hubungan atau rantaian struktur pentadbiran ataupun

pemerintahan di dalam satu organisasi kumpulan dan sebagainya.

Boneka

Diorama

Puppet Model kereta

Page 50: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

50

6. Carta Jadual Carta jadual menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi penerangan mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa yang berlaku. 7. Carta Urutan Carta urutan juga dikenali sebagai carta alir. Carta urutan menerangkan tentang aliran

sesuatu proses atau tindakan. Ia dihasilkan secara mendatar bagi menunjukkan

perkembangan dan untuk mudah difahami setiap langkah-langkah satu persatu. Carta

Urutan Carta masa Carta Klasifikasi

. a. Carta Masa

Carta masa menggambarkan hubungan masa dan peristiwa. Carta masa

berguna untuk meringkaskan masa satu siri peristiwa yang telah berlaku.

b. Carta Klasifikasi

Carta klasifikasi digunakan untuk mengelaskan atau menunjukkan kategori

bahan-bahan tertentu, peristiwa, spesis dan taksonomi haiwan atau tumbuh-

tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya.

Page 51: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

51

8. Gambar Foto

Gambar foto dihasilkan melalui rakaman dengan kamera. Gambar foto boleh dihasilkan

dalam bentuk hitam putih atau berwarna. pelbagai jenis gambar boleh dihasilkan seperti

pemandangan, benda, rupa bentuk manusia, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan

gambar abstrak.

9. Lukisan Lukisan merupakan lakaran idea manusia yang disampaikan dalam bentuk komunikasi

visual. Terdapat pelbagai jenis permukaan yang rata yang boleh dijadikan lukisan di

atasnya. Antaranya ialah kain, kanvas, papan, batu, kaca dan sebagainya. Lukisan

perlu bertema sesuai, tepat, jelas dan memberi makna kepada murid supaya objektif

isi pengajaran yang hendak disampaikan tercapai.

10. Poster

Poster merupakan satu lukisan yang menggabungkan penggunaan ilustrasi dan muka

taip yang dipersembahkan sebagai satu alat komunikasi visual. Mesej-mesej yang

hendak disampaikan melalui poster hendaklah mudah dibaca, jelas, ringkas dan

tepat. Contoh : Poster Anti Dadah dan Poster Penderaan.

11. Kad Imbasan

Kad imbasan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kad imbasan bergambar dan kad

imbasan tulisan.

kad imbasan bergambar kad imbasan huruf

Page 52: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

52

3.4 Mereka Bentuk Visual Panduan Mereka bentuk Visual Elemen Asas Reka Bentuk Grafik Elemen grafik bermakna bahan-bahan asas yang digunakan untuk membentuk sesuatu

komposisi visual. Antara elemen asas reka bentuk Grafik terdiri daripada :

Ruang (Space), Garis ( Line ), Permukaan (Surface), Bentuk dua dimensi (Shape),

Bentuk tiga dimensi (Form) dan Warna.

1. Ruang (Space)

Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar kertas

A4, kertas manila mahupun seluas padang bola. Ruang terbahagi kepada dua jenis,

iaitu ruang positif dan ruang negatif. Ruang positif merupakan ruang yang digunakan,

manakala ruang negatif merupakan ruang yang kosong.

Selain itu, ruang – ruang kosong yang ditinggalkan untuk mengelakkan perasaan

sesak. Keadaan sesak tersebut boleh mengelirukan seperti yang ditunjukkan dalam

rajah yang di bawah.

Ruang Negatif

Ruang Positif

Page 53: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

53

2. Garis (Line) Garisan mempunyai banyak fungsi seperti menunjukkan pergerakan dan arah atau

aliran, seperti aliran sungai, tiupan angin, arah larian dan lain-lain. contoh: cawan, pasu

dan lain-lain serta menghubungkan antara satu elemen dengan elemen yang lain.

Garisan menunjukkan gerakan, arahan dan perlakuan

Contoh: Garisan melintang menunjukkan kestabilan dan ketenangan

Tegak: Kekuatan

Pepenjuru: Gerakan dan dinamik

Garisan berserabut: menunjukkan kekusutan

Garisan boleh menggambarkan bentuk/objek

Garisan boleh menghubungkan antara satu elemen dengan elemen yang lain.

Tiada Ruang Ada Ruang

Page 54: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

54

3. Permukaan ( Surface ) Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur. Sekiranya kita

mengulang beberapa garisan pada sesuatu kedudukan, sama ada menegak atau

mendatar, kita akan merasakan unsur permukaan wujud. Sebagai contoh, lakaran

dalam lukisan seni bina sebuah rumah, garisan diolah bagi menggambarkan

permukaan di atas (bumbung rumah), permukaan menegak (dinding), dan permukaan

di bawah (lantai dan permukaan bumi). Permukaan yang kasar atau licin akan memberi

kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di atasnya.

4. Bentuk (Shape) Bentuk ditakrifkan sebagai kontur yang tertutup dan merupakan elemen yang ditakrifkan

melalui perimeternya. Bentuk adalah rata serta mempunyai panjang dan lebar. Contoh

bentuk asas ialah bulatan, segi empat dan segi tiga.

Bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjang dan lebar seperti sekeping

kertas. Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi, iaitu bentuk geometri, bentuk abstrak

dan bentuk gambaran.

Page 55: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

55

Bentuk tiga dimensi tiruan yang menunjukkan dimensi ketebalan, ketinggian dan

kepanjangan.

5. Rupa Bentuk (Form) Rupa bentuk mempunyai bentuk dan struktur elemen dimensi dalam komposisinya.

Rupa bentuk boleh menjadi dua dan lain-lain. Sebenarnya rupa bentuk berasal

daripada gabungan titik, garisan dan bentuk.

Page 56: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

56

6. Warna

Warna adalah elemen penting dalam setiap rekaan (design) ketika mereka bentuk

identiti rekaan. Penggunaan warna dalam seni tidak terbatas kepada pantulan atau

pembiasan cahaya, tetapi warna digunakan untuk reka bentuk menjadi lebih menarik.

Warna terbahagi kepada dua kumpulan besar iaitu :

a) Warna kromatik –mengandungi tiga sifat iaitu hue dan valiu

b) Warna kroma kadang-kadang dikenali sebagai warna natural seperti

kelabu, hitam dan putih.

Terdapat tiga jenis warna iaitu warna primer, warna sekunder dan warna tertiary.

Kebiasaannya, kombinasi warna yang digunakan adalah kontras / bertentang untuk

menjadikan rekaan lebih menarik.

Sub elemen yang dimasukkan dalam warna ialah valiu , yang menentukan perbezaan

antara kecerahan dan kegelapan bagi shade.

Valiu :

Valiu atau juga dikenali kecerahan (brightness) merujuk kepada perkaitan antara

pencahayaan dan kemalapan warna atau sampel. Valiu berbeza sama ada hue wujud

atau tidak. Valiu mudah difahami sebagai nilai berskala siri iaitu dari gelap ke cerah.

Putih ialah valiuyang tertinggi.

Kelabu sederhana pula ialah titik tengah antara hitam dan putih.

Hitam pula ialah valiu yang terendah.

Di bawah ditunjukkan perubahan yang berlaku pada imej apabila kecerahan

diselaraskan daripada kemalapan ke kecerahan.

Page 57: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

57

Rona (Hue) :

Hue merujuk kepada warna asal. Hue juga merujuk kepada nama warna. Variasi

satu hue boleh menghasilkan warna yang berbeza-beza. Contohnya, hue biru boleh

menjadi biru cerah, biru muda, biru tua, biru laut dan biru langit yang mana variasi

warna tersebut adalah daripada hue yang sama iaitu biru.

Enam nama yang selalu diperlukan untuk menjelaskan hue seperti MERAH,

OREN, KUNING, HIJAU, BIRU dan UNGU.

Tints :

Tints adalah menambah warna putih ke dalam warna yang menjadikan warna

lebih lembut atau memutih. Contoh seperti berikut :

Page 58: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

58

Shade :

Shade adalah menambah warna hitam ke dalam yang menjadikan ia bertambah

gelap. Contoh seperti berikut :

Tone :

Tones adalah menambah warna kelabu ke dalam warna.

7. Pemilihan Warna

Pemilihan warna berdasarkan fungsinya.

a) Membuat Penegasan dan mewujudkan tumpuan-

Page 59: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

59

Penegasan dapat dibezakan dengan menggunakan warna yang berbeza

dengan warna latar belakang. Biasanya warna utama digunakan dalam membuat

penegasan. Warna-warna sekunder seperti hijau dan jingga juga boleh

digunakan

b) Memudahkan item dilihat

Tindihan warna dapat menjelaskan sesuatu item. Tindihan warna terbagi kepada

dua iaitu:

o Tindihan positif – dihasilkan apabila warna subjek terang diletakkan di

atas latar belakang berwarna kontras. (Putih atas hitam, kuning atas ungu

dan merah atas hijau)

o Tindihan negatif – menggunakan warna kontras yang lemas dan

menghasilkan gabungan warna yang hampir sama.

c) Mewujudkan Perasaan Harmoni- Penggunaan warna-warna yang terletak

berhampiran dalam roda warna. Penggunaan gabungan warna dapat

mewujudkan perasaan selesa dan tenteram . Contoh warna kuning, kuning

hijau, hijau.

d) Melahirkan Kesan Tertentu

o Warna panas- Menimbulkan kedekatan, kegarangan dan kekuatan.

(merah, jingga, kuning.)

o Warna Sejuk – dikaitkan dengan alam semula jadi mewujudkan suasana

kelembutan, kedamaian dan kesayuan. (biru, ungu, hijau)

o Warna psikologi – warna yang dipengaruhi budaya masyarakat

setempat. Contoh warna merah dikaitkan dengan tahun Baru Cina.

Page 60: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

60

3.5 Tipografi

Tipografi adalah olahan visual teks untuk menjelaskan jadual, carta, peta, gambar rajah

atau ilustrasi. Tipografi melibatkan pemilihan jenis huruf/fon, reka letak dan

penempatan teks di atas skrin berbanding dengan saiz skrin dan teks lain dan

penggunaan petanda atau ‗signal‘ seperti tajuk, prakata, rumusan, dan lain-lain lagi

Gaya dan sumber penghurufan:

Stensil

Unistensil

Huruf tampal (Mesin Kroy)

Huruf potong (Majalah)

Huruf pindah

Huruf komputer (digital)

Jenis-jenis Huruf

1. Roman- fon/ huruf yang memiliki sirip/ kaki/ yang berbentuk lancip pada

penghujungnya.

Huruf Serif 2. Sans Serif atau gotik berbeza dengan fon serif kerana fon ini tidak mempunyai

sirip/ serif. Fon ini mempunyai ketebalan huruf yang sama atau hampir sama.

Page 61: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

61

Huruf Sans Serif

3. Bilangan Stail Huruf - Bagi memastikan visual yang dihasilkan kelihatan

menarik, elakkan daripada menggunakan terlalu banyak stail huruf. Jangan

melebih tiga stail huruf. Pastikan stail huruf bersesuaian dengan mesej.

4. Huruf besar dan huruf kecil- Pastikan penggunaan yang sesuai dengan reka

bentuk anda. Huruf besar biasanya digunakan untuk tajuk. Huruf kecil digunakan

untuk sub-sub tajuk.

5. Warna Huruf - Pemilihan warna huruf perlu diberi perhatian serius. Warna huruf

melambangkan penyampaian mesej yang tepat. Contoh Warna huruf merah

melambangkan bahaya, keras; hijau untuk kesegaran.

6. Saiz Huruf – Huruf perlu boleh dibaca dalam jarak yang tertentu

7. Jarak antara Huruf- Jarak huruf perlu seimbang. Jarak huruf tidak diukur

melalui unit inci , namun bergantung kepada ketajaman penglihatan, mengikut

keselesaan penglihatan.

Page 62: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

62

8. Jarak antara baris. Prinsip jarak garis dan jarak antara huruf adalah sama. Baris

yang terlalu rapat melahirkan rasa bagai dihimpit. Jika terlalu jarak tidak

menunjukkan kesinambungan. Kebiasaan dalam persembahan, bilangan baris

dihadkan kepada enam baris sahaja.

3.6 CASPER

Prinsip visual berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik

supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan.

Terdapat 6 prinsip dalam reka letak visual iaitu C.A.S.P.E.R.

1. C - Contrast (kontras)

Prinsip kontras mengatakan bahawa jika 2 item tidak serupa, maka perbezaan itu

hendaklah diperlihatkan dengan ketara seperti warna hitam dan warna putih. Idea

utama di sebalik kontras adalah untuk mengelakkan unsur di dalam suatu muka surat

kelihatan hampir sama. Kontras ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi. Contoh:

kontras antara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan garis kasar, warna sejuk

dengan warna hangat.

2. A - Alignment (Seimbang)

Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual

ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang

dalam setiap bahagian reka bentuk. Dengan cara ini, mata rasa selesa memandang.

Terdapat 2 jenis seimbang iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal.

Page 63: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

63

Seimbang formal bermakna pembahagian yang sama antara dua bahagian visual

sama ada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah.

Seimbang tidak formal bermakna pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri

dengan kanan atau atas dengan bawah.

Dalam rekaan visual penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan

keseimbangan.

3. S - Simplicity (Simplisiti)

Simplicity bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat

dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu

masa. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.

seimbang tidak seimbang

Page 64: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

64

Visual yang mengandungi sedikit elemen adalah lebih baik , kerana mudah

dilihat. Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah

perkataan sahaja dalam satu visual tayangan.

Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar ( outline ) hendaklah dibuat dengan

garisan tebal. Garisan-garisan kecil harus ditinggalkan kerana garisan-garisan kecil

yang terlalu banyak akan mengelirukan.

4. P - Proximity (Penyatuan)

Penyatuan ialah perhubungan yang lahir di antara elemen-elemen visual apabila

elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu keseluruhan. Dengan kata

lain, elemen-elemen seperti penghurufan, warna, bahan-bahan lain hendaklah saling

melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang

hendak disampaikan. Penyatuan dapat diperoleh dengan menggunakan anak panah,

kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan sebagainya.

Page 65: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

65

5. E - Emphasis (Dominan)

Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual,

objek atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya.

Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan, antaranya ialah :

a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third).

Peraturan satu pertiga berkaitan dengan komposisi adalah aturan subjek utama

(Point of Interest) ke dalam frame atau foto anda. Jadi dengan peraturan satu

pertiga, kita dapat belajar bagaimana cara yang baik dan benar menempatkan

subjek/objek agar kelihatan rapi, dan elok dipandang.

b) Warna dan bentuk yang kontras

c) Saiz yang lebih besar

d) Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama

e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama

f) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau

kipas

g) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.

Tajuk Carta : Bola . (tidak perlu dilukis permainan lain

Page 66: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

66

6. R - Repetition

Prinsip ini menyatakan bahawa ketekalan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat

tertentu. Unsur yang ketekalan mungkin berupa fon/huruf yang dihitamkan, garis kasar,

bullet yang serupa, warna, unsur reka bentuk, format tertentu, hubungan ruang dan

sebagainya.

3.7 Pengubahsuaian dan penghasilan bahan visual untuk pengajaran dan

pembelajaran.

Pengubahsuaian dang penghasilan bahan visual untuk pengajaran dan pembelajaran

memerlukan perancangan yang rapi sebelum semasa dan selepas proses bagi

memastikan kualiti media pengajaran yang dihasilkan. Secara umumnya terdapat 8

langkah dalam pengubahsuaian dang penghasilan bahan Visual . penghasilan Visual

dibahagikan kepada dua iaitu:

a) media yang digunakan untuk persembahan di dalam kelas

b) media yang digunakan untuk kegunaan pembelajaran murid semasa PdP.

1. Pencetusan idea

Pencetusan idea boleh dihasilkan melalui pembacaan, pemerhatian, melayari laman

sesawang dan pengalaman. Media visual yang dihasilkan haruslah mampu untuk

mengembangkan pemikiran pelajar dalam sesuatu aktiviti dan dapat merangsang serta

menjana idea pelajar dalam proses PdP.

2. Penyataan objektif

Objektif yang hendak dicapai haruslah dinyatakan dengan jelas dan tepat dalam

penghasilan media visual pengajaran bagi menepati tujuan penghasilan visual tersebut.

Page 67: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

67

3. Analisis Murid

Penghasil media Visual yang baik perlu mengambil kira ciri-ciri murid supaya media

visual yang dihasilkan sesuai digunakan oleh pelajar yang berkenaan. Analisis murid

perlu diambil kira latar belakang, pengetahuan sedia ada dan gaya pembelajaran murid.

Analisis pelajar dapat menentukan keberkesanan penggunaan media visual pengajaran

yang dihasilkan kerana analisis ini membantu guru dalam aspek kesesuaian media

visual pengajaran.

4. Kumpul dan Susun Bahan

Sumber-sumber visual yang dijadikan bahan dalam perlu dibuat kajian, sama ada

kandungan visual tersebut sesuai secara keseluruhannya. Isi-isi utama perlu disusun

mengikut aras kepentingan dan synopsis tentang bahan dan sumber tersebut perlu

dibuat secara teliti.

5. Tukar idea dan bentuk bahan atau visual

Susunan maklumat yang telah dikumpul dan dikaji perlu diterjemahkan dalam bentuk

bahan visual supaya maklumat yang hendak disampaikan dengan lebih jelas, tepat dan

berkesan. Idea yang boleh diterjemahkan dalam tiga bentuk iaitu fotografi, elektronik

dan grafik.

6. Rancangan dan penglibatan murid

Proses PdP yang berkesan dan bermakna adalah dengan penglibatan pelajar secara

aktif dengan aktiviti dalam PdP. Antara perancangan aktiviti yang dapat meningkatkan

penglibatan pelajar dalam PdP seperti soalan-soalan KBAT yang memerlukan maklum

balas segera yang dapat merangsang pemikiran pelajar. Selain itu, aktiviti yang

memerlukan pelajar untuk mengelola dapatan seperti membuat synopsis, cerita

pendek, dialog, membuat kesimpulan dan menyatakan pendapat tentang sesuatu

perkara yang berkaitan dengan bahan visual.

Page 68: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

68

7. Semak perancangan

Senarai semak haruslah dibuat sebelum penerbitan bahan visual pengajaran bagi

memastikan perancangan dibuat berjalan dengan lancar dan untuk menggelakkan

berlakunya kesilapan. Contoh senarai semak seperti berikut:

a) Adakah aktiviti membantu pencapaian objektif?

b) Ada idea jelas dan mudah difahami pelajar?

c) Ada media visual yang digunakan dapat menyampaikan maklumat

dengan berkesan?

d) Adakah aktiviti yang disediakan menyeronokkan pelajar?

8. Penerbitan

Dalam penerbitan media visual untuk pengajaran dan pembelajaran, aspek teknikal

perlu diberi penekanan supaya tidak timbul masalah kualiti sama ada visual yang

mengandungi imej, teks tiada sebarang masalah yang boleh menyebabkan ada

bahagian yang tidak boleh dimasukkan dalam penerbitan.

Kesimpulan

Dengan menggunakan media visual secara tepat dan berbeza-beza dapat mengatasi

sikap pasif pelajar . Sehingga menimbulkan ghairah belajar , membolehkan interaksi

secara langsung antara pelajar , persekitaran , kenyataan , dan membolehkan pelajar

untuk belajar sesuai dengan minat dan kemampuannya . Penggunaan media visual

dalam pembelajaran dapat membantu pelajar dalam memberikan pengalaman yang

bermakna. Penggunaan media visual pembelajaran dapat memudahkan pelajar dalam

memahami sesuatu yang abstrak menjadi lebih konkrit .

Page 69: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

69

Penyelidikan : penerokaan pelbagai media

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang penggunaan media Visual

dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap lain-lain sumber

rujukan serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan yang lain.

Pengalaman

Aktiviti 1

Aktiviti 2

Connecting the Digital Dots: Literacy of the 21st Century

http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.1.452.8713&rep=rep1&type=pdf

Terangkan kelebihan dan kelemahan menggunakan bahan Visual 3

D dan bahan 2D.

Hasilkan sebuah peta konsep i-Think berasaskan kefahaman anda

terhadap elemen-element reka bentuk Visual.

Page 70: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

70

Aktiviti 3

Berdasarkan penyelidikan yang anda buat daripada pelbagai

sumber, Berikut merupakan contoh visual. Huraikan prinsip

reka bentuk visual yang terkandung dalam poster di bawah.

Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana

poster mempunyai bentuk yang dinamik dan berwarna bagi

menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesej dengan

spontan.Terangkan tentang kelebihan menggunakan poster

khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Refleksi

Page 71: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

71

Pada akhir unit pelajar dapat :

Memahami konsep dan jenis-jenis pembelajaran dalam talian

Menggunakan peralatan dan aplikasi untuk pembelajaran dalam talian

Mengaplikasikan internet untuk pembelajaran

Mengaplikasikan internet untuk pengajaran

UNIT 4

INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Hasil Pembelajaran Unit

Sinopsis

Topik ini menerangkan tentang konsep, jenis-jenis, peralatan dan aplikasi

pembelajaran dalam talian. Ia juga membincangkan pengaplikasian internet dan

sumbernya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai kaedah,

penggunaan dan sumber bahan yang sesuai digunakan oleh seorang guru dalam

merangka rancangan pengajaran.

4.0 Pengenalan

Internet ialah satu perisian komputer yang yang digunakan melalui jaringan jaluran

lebar bagi mendapatkan dan menyalurkan sebarang maklumat. Internet berasal

daripada istilah Internetworking yang bermaksud ―komunikasi antara rangkaian‖. Ia

melibatkan satu sistem rangkaian komputer global yang dihubungkan antara satu sama

lain dengan menggunakan kabel dan satelit dan komunikasi antaranya berlaku secara

spontan di dalam satu kawasan tertentu.

Page 72: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

72

Internet tidak mengenal sempadan, tidak sesiapa pun tahu tentang keluasan

rangkaiannya. Internet berkembang dengan pesat dan merupakan rangkaian komputer

terbesar di dunia.

Penggunaan internet dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan

banyak manfaat kepada guru khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru

menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan internet ini juga

mampu membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif

dalam mencapai setiap matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah

dibentuk. Dalam dunia pendidikan ia merupakan tapak untuk berkerjasama,

berkolaboratif dan berkongsi maklumat bagi membantu meningkatkan ilmu

pengetahuan dan kemahiran.

4.1 Konsep dan jenis-jenis pembelajaran dalam talian

Aplikasi dalam talian merupakan salah satu bentuk teknologi atau boleh juga dikatakan

sebagai satu produk yang dihasilkan oleh teknologi sebagaimana diterangkan oleh Finn

(1960), Galbraith (1967), Heinich, Molenda dan Russell (1989), Romizowski (1988).

Berdasarkan ini, difahami bahawa ―Dalam Talian‖ merupakan sesuatu aktiviti yang

melibatkan penyambungan kepada sesuatu sistem bagi alatan teknologi tertentu (iaitu;

komputer), dan sistem itu biasanya adalah internet.

Pembelajaran dalam Talian juga merupakan sebarang bentuk pengajaran dan

pembelajaran yang disampaikan melalui penggunaan teknologi digital. Bahan

pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan menggunakan media ini mempunyai

grafik visual, perkataan, animasi, video ataupun audio. Disamping itu, ia juga

menyediakan kemudahan seperti kemudahan dalam bentuk pembelajaran secara

berkumpulan dan dibantu oleh pengajar dalam bidang tertentu secara dalam talian.

Ia juga membolehkan proses pembelajaran yang dilaksanakan tanpa mengira jarak dan

bilangan ahli yang melayarinya. Pelajar dapat mengamalkan pembelajaran yang

berterusan di samping berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan.

Kemudahan untuk perbincangan dalam talian dan bantuan pengajaran untuk isi

Page 73: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

73

kandungan juga disediakan sebagai pendekatan kepada pendidikan, latihan dan

maklumat yang lebih berstruktur dan bersepadu.

1.0 Peralatan dan aplikasi pembelajaran dalam talian

Terdapat beberapa laman web yang menawarkan pembelajaran atas talian antaranya

adalah:

EPSA

http://www.epsa.gov.my/

EPSA adalah portal pembelajaran secara online bagi penjawat awam Malaysia. EPSA

merupakan pakej e-pembelajaran yang pertama dibangunkan untuk penjawat awam

dan merupakan model pendekatan latihan / pembelajaran secara kendiri yang boleh

dicapai pada bila-bila masa dan di mana jua.

Ia merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia dalam mempromosikan penggunaan ICT

dalam pembelajaran yang berterusan dan sepanjang hayat di kalangan penjawat

awam. Semua penjawat awam sama ada pra-perkhidmatan, dalam perkhidmatan atau

pasca-perkhidmatan adalah layak menjadi ahli EPSA. Pembelajaran melalui EPSA

adalah mudah, percuma dan tertakluk kepada polisi privasi yang telah ditetapkan.

Page 74: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

74

Coursera

https://www.coursera.org

Merupakan Syarikat Teknologi Pendidikan yang diasaskan oleh Profesor Sains

Komputer Andrew Ng dan Daphne Koller dari Universiti Stanford yang menawarkar

kursus secara atas talian pada Skala Besar (MOOC).

Coursera bekerjasama dengan universiti bagi membolehkan beberapa kursus yang

ditawarkan boleh dipelajari secara atas talian. kursus kursus yang ditawarkan meliputi

bidang fizik, kejuruteraan, kemanusiaan, perubatan, biologi, sains sosial, matematik,

perniagaan, sains komputer dan lain-lain.

Page 75: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

75

EDX

https://www.edx.org/

EDX telah dibangunkan oleh The Massachusetts Institute of Technology dan Universiti

Harvard pada Mei 2012. EDX merupakan platform pembelajaran atas talian dan

pembekal MOOC. Ia menawarkan kursus yang berkualiti dari universiti dan institusi.

Setiap pembelajaran terdiri daripada video pendek berselang-seli dengan latihan

pembelajaran interaktif.

Kursus di EDX menyediakan video tutorial yang ditumpukan pada kumpulan kecil,

perbincangan, buku teks dalam talian dan forum perbincangan dalam talian di mana

pelajar boleh menghantar dan menyemak soalan dan komen antara satu sama lain

selain bantuan pengajaran dapat diperolehi dari tenaga pengajar.

Open edX pula merupakan platform sumber terbuka yang menjadi tunjang kepada

kursus EDX dan boleh didapati secara percuma secara online. Dengan Open EDX,

Pengajar dan ahli teknologi boleh membina alatan pembelajaran dan menyumbang ciri

baru keatas platform ini dengan mencipta penyelesaian inovatif untuk kebaikan pelajar

dimana sahaja mereka berada.

Page 76: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

76

Futurelearn

https://www.futurelearn.com

FutureLearn dibangunkan pada bulan Disember 2012 oleh sebuah sebuah syarikat

yang dimiliki sepenuhnya oleh Open University di Milton Keynes, England. Ia adalah

platform MOOC pertama UK, dan pada Mac 2015 termasuk 54 UK dan rakan-rakan

Universiti antarabangsa dan-tidak seperti sama platform-termasuk empat rakan-rakan

bukan universiti: Muzium British, British Council, British Library dan Filem Negara dan

Televisyen School.

Page 77: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

77

Quizlet

https://www.Quizet.com

Quizlet.Com merupakan satu laman sesawang yang menyediakan alat bantu belajar

bagi pelajar dan alat bantu mengajar bagi pengajar secara atas talian. Laman

sesawang ini telah dibangunkan sejak tahun 2005 oleh seorang anak muda berumur 15

tahun. Pada awalnya, beliau telah membangunkan laman ini untuk tujuan peribadinya,

ketika sedang mengikuti kelas Perancis, iaitu; untuk memudahkannya bagi mempelajari

perbendaharaan kata bahasa Perancis.

4.2 Pengaplikasian internet dalam pembelajaran dan pengajaran

Sistem pendidikan telah mengalami perubahan ekoran daripada perubahan taraf

sosial masyarakat daripada era agrarian hinggalah ke era industri dan kini memasuki

era teknologi maklumat. Dalam bidang pendidikan sistem ini dikatakan mengalami

anjakan daripada teori behaviorisme, kognitisme ke konstruktivisme dan seterusnya

kini connectivisme yang semakin berkembang.

TEORI CONNECTIVISME

Ia merupakan alternatif teori pembelajaran pada abad digital. Connectivisme adalah

integrasi prinsip yang diekplorasi melalui teori chaos, network, dan teori kompleksiti

dan organisasi diri. Belajar adalah proses yang terjadi dalam lingkungan yang tidak

Page 78: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

78

nampak kepada peningkatan elemen-elemen. Kandungan pelajaran tidak seluruhnya

dikawal oleh individu.

George Siemens telah membangunkan teori pembelajaran Connectivisme kerana

percaya bahawa teori-teori pembelajaran sebelumnya seperti Behaviourism,

Cognitivism dan Constructivism tidak memenuhi sifat pengajian dalam zaman digital

kini. Connectivism telah menjadi sebagai satu teori pembelajaran baru bertujuan

mensasarkan bagaimana pembelajaran berlaku dalam era digital kini. Teknologi telah

merubah kehidupan komunikasi dan pembelajaran. Jadi dengan perubahan ini

pembelajaran secara tradisional juga perlu berubah mengikut format digital seiring

dengan perubahan teknologi.

Menurut George Siemens (2004), Connectivisme merupakan teori pembelajaran yang

digunakan untuk era digital kini. Dalam teori ini menjelaskan pembelajaran ialah

proses yang berlaku berdasarkan kepelbagaian pemindahan unsur-unsur secara

berterusan. Titik permulaan pembelajaran bermula dengan individu menyalurkan

maklumat ke dalam rangkaian dan idividu lain menerimanya dan menyalurkan semula

ke dalam rangkaian. Ia akan menjadi satu kitaran dalam rangkaian. Oleh sebab itu

terdapat terlalu banyak maklumat yang berada dalam rangkaian dan maklumat

berubah dengan pesat. Maka penting bagi individu untuk menentukan sama ada

maklumat itu sesuai dan bernilai untuk pengguna atau sebaliknya. Bukan sahaja

Page 79: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

79

individu perlu menapis kandungan maklumat, mereka juga perlu percaya bahawa

maklumat baru boleh berubah dengan pantas dan maklumat baru boleh mengubah

pemikiran menjadikan keputusan masa hadapan didasarkan maklumat terkini.

George Siemens (2004) menyenaraikan prinsip-prinsip Connectivisme adalah seperti

berikut:-

1. Kepelbagaian pendapat: pembelajaran dan pengetahuan mempunyai kepelbagaian

pendapat dan pandangan individu.

2. Proses hubungan dalam rangkaian pada nod yang khusus: pembelajaran dijalankan

secara proses menghubungkan sumber-sumber maklumat dalam nod-nod yang

khusus.

3. Pembelajaran boleh berlaku di luar diri manusia.

4. Kapasiti atau kebolehan untuk lebih mengetahui adalah lebih penting berbanding

apa yang telah diketahui sekarang.

5. Keperluan memelihara hubungan rangkaian pembelajaran penting supaya

pembelajaran berlaku secara berterusan.

6. Kemampuan untuk melihat hubungan antara pelbagai bidang, idea dan konsep

merupakan perkara yang utama.

7. Pengetahuan terkini merupakan satu kegiatan dalam pembelajaran connectivism.

8. Membuat keputusan merupakan proses pembelajaran.

9. Kebolehan dalam memilih apa yang dipelajari sangat penting dalam menghadapi

kepadatan maklumat.

10. Perubahan maklumat yang cepat akan mempengaruhi sesuatu keputusan.

Page 80: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

80

Connectionism menjelaskan tentang pembelajaran yang berkonsepkan agihan

pengetahuan yang disebarkan (distributed knowledge), pengetahuan yang muncul

(emergent), berangkai (connected) dan bersesuaian (adaptive)(Downs, 2006).

Manakala connectivism pula menekankan pembelajaran yang berkonsepkan hubungan

dan interaksi pengguna dalam talian rangkaian sosial menggunakan teknologi web

2.0 seperti blog dan wiki berdasarkan kepada teori hur hara dan rangkaian

(Siemens,2005).

Aplikasi Web 1.0

Ia merupakan teknologi web yang pertama kali digunakan dalam aplikasi world wide

web. Beberapa cirinya adalah halaman web yang statik atau hanya berfungsi untuk

membaca halaman sahaja tanpa interaksi, menggunakan form-form yang dikirim

melalui e-mail, komunikasi biasanya satu arah sahaja,

a. LMS (Sistem Pengurusan Pembelajaran)

LMS adalah perisian yang digunakan untuk meberikan sumber, mengesan pelajar dan

menguruskan aktiviti pelajar. Contohnya mengesan kehadiran , tempoh tamat aktiviti

tugasan dan kemajuan pelajar. Guru boleh menyiarkan pengumuman , menggred

tugasan, memeriksa aktiviti kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan

kelas. Pelajar boleh menghantar tugasan mereka , membaca dan menjawab soalan-

soalan perbincangan dan mengambil kuiz. Satu LMS boleh membenarkan guru-guru ,

pentadbir , pelajar, dan pihak-pihak berkepentingan yang dibenarkan (seperti ibu bapa

jika sesuai ) untuk mengesan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh

perisian yang digunakan dalam LMS ialah Balckboard, Moodle, Frog VLE, Schoology

dan sebagainya.

b. Blackboard

Menawarkan enam platform yang berbeza : Blackboard Belajar, Blackboard

Bekerjasama , Blackboard Mobile, Blackboard Connect, Blackboard Transact , dan

Page 81: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

81

Blackboard Analytics. Blackboard boleh digunakan untuk pendidikan sekolah , Institusi

Pengajian Tinggi , Perniagaan dan Kerajaan.

c. Moodle

Ia adalah Sistem Pengurusan Kursus Sumber Terbuka. Ia adalah percuma untuk

dimuat turun dan menyediakan peluang pembelajaran serta sebagai platform untuk

kursus pembelajaran jarak jauh. Laman web Moodle mempunyai tutorial yang banyak

untuk mewujudkan program atau menjadi pelajar Moodle. Satu contoh yang digunakan

ialah http://oll.moe.edu.my/

Page 82: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

82

d. Frog VLE

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran

berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan

mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai

contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya,

sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE.

Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh

menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.

Aplikasi Web 2.0

Pada masa kini web 2.0 menjadi aplikasi utama yang digunakan dalam pelbagai bidang

termasuklah bidang pendidikan. Aplikasi-aplikasi ini mempunyai alatannya yang

tersendiri. Menurut Richardson (2009) terdapat pelbagai jenis alatan dalam web 2.0

antaranya adalah:

Page 83: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

83

a. Blog

Blog ialah satu media dalam talian yang kandungannya dipapar mengikut turutan

kronologi dalam tertib terbalik di mana maklumat terkini berada di atas. Kandungan blog

melibatkan teks, imej, audio/video dan pautan kepada blog-blog serta laman web lain

yang berkaitan. Blog merupakan media interaktif maya yang sangat berkesan bagi

tujuan menjayakan sesuatu forum perbincangan, menyampaikan idea, pandangan,

membuat aduan, mengemukakan komen, cadangan atau penambahbaikan. Blog boleh

menjadi sebahagian daripada kandungan laman web atau pautan yang wujud di dalam

laman web.

Blog merupakan tempat dimana penulis dapat menulis pengalaman sebenar beliau iaitu

dengan cara memautkan rangkaian bersama blog setiap ahli kumpulan dan ia

memudahkan lagi pengesanan. Melalui Blog, individu yang terlibat dapat memberikan

maklum balas kepada ahlinya dengan cepat dan berkesan. Selain itu ahli juga

berpeluang untuk mengemukakan idea atau pendapat mereka bersama dengan rakan

sebaya untuk membina pengetahuan sendiri terutamanya bagi mengemaskini setiap

maklumat baru contohnya kerja rumah atau tugasan.

b. Wiki

Wiki adalah satu laman web kolaboratif di mana sesiapa sahaja boleh menambah atau

mengubah kandungan yang telah sedia disiarkan. Bagi penggunaan di sekolah, guru

dan pelajar menggunakan kata kunci sebagai langkah keselamatan untuk mereka

menghasilkan buku teks dan sumber maklumat atau rujukan mereka sendiri. Pelajar

boleh menjalankan dan melaksanakan sesuatu projek berkumpulan untuk kolaborasi

idea dan menguruskan dokumen serta sumber-sumber daripada individu samada

pelajar mahupun kumpulan. Ia juga berfungsi sebagai alat persembahan (e-portfolio),

sebagai satu kumpulan projek penyelidikan bagi bidang tertentu, mengurus dokumen

sekolah dan bilik darjah, digunakan sebagai edaran kolaboratif untuk pelajar dan bahan

penulisan pelajar. Antara contoh wiki yang terkenal adalah Wikipedia.

Page 84: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

84

c. Forum Dalam Talian (Online Forum)

Forum atau papan buletin adalah satu laman perbincangan secara atas talian yang

dituju khas kepada sesuatu tajuk yang spesifik. Sistem forum membolehkan pengguna

menghantar maklumat atau mesej dan membaca mesej orang lain. Misalnya seorang

pengguna membuka satu tajuk perbincangan dan bertanyakan pendapat orang

lain.Pengguna yang lain boleh membalas dan akan terhasilnya satu perbincangan di

situ.

d. Social Bookmarking

Laman social bookmarking membenarkan pengguna untuk menyimpan alamat URL

laman web yang mempunyai kandungan menarik tetapi juga membenarkan pengguna

menyimpan kesemua halaman muka web tersebut. Ia boleh dicapai pada mana-mana

komputer yang dihubungkan dengan internet. Pelajar boleh menjejak pengarang dan

buku, kumpulan pelajar yang melaksanakan projek dalam bilik darjah berkongsi

bookmark mereka; mengulas bookmark untuk membantu pelajar memilih bahan sumber

berguna, menetapkan tag kumpulan untuk berkongsi sumber pendidikan. Pengguna

dapat membentuk satu laman yang mudah dicari atau laman peribadi pengguna. Selain

itu, laman social bookmarking seperti Diigo.com dan del.icio.us membolehkan guru dan

pelajar membina senarai rujukan maklumat untuk tajuk tertentu dan berkongsi antara

satu sama lain melalui Real Simple Syndication (RSS).

e. Rangkaian/Jaringan Sosial

Secara amnya rangkaian sosial adalah satu kumpulan individu yang membentuk

komuniti di alam maya berdasarkan kepada beberapa kriteria seperti berkongsi minat

dan aktiviti yang sama atau atau kepada mereka yang berminat dalam mengetahui

kegemaran dan aktiviti orang lain.. Web rangkaian sosial lebih tertumpu kepada

membina jaringan sosial sesama pengguna. Web rangkaian sosial kebiasaannya

mempunyai paparan profil peribadi pengguna, sambungan ke laman kegemaran

peribadi dan pelbagai lagi perkhidmatan. Bagi membolehkan pengguna berinteraksi

Page 85: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

85

melalui dalam talian, pelbagai aplikasi lain disertakan seperti email, video, Instant

Messagging (IM), perkongsian fail, forum, foto geleri dan blog.

Berikut merupakan antara rangkaian sosial yang sering mendapat perhatian untuk P&P:

i. Google Drive (https://drive.google.com)

ii. Frog VLE (http://frogasia.com)

iii. Edmodo (www.edmodo.com)

iv. Nicenet (www.nicenet.org)

v. I Think (http://www.ithinkinc.com)

vi. Google Groups (http://groups.google.com)

vii. Einztein (http://einztein.com/)

viii. Busuu (http://www.busuu.com/)

ix. Facebook (http://www.facebook.com/)

Berdasarkan dapatan kajian Batchelder (2010), penglibatan aktif dalam rangkaian

sosial memberi makna kepada pelajar dari segi :

i. Membina keyakinan terhadap keupayaan untuk mencari apa yang diperlukan.

ii. Kebolehan sebenar dan perkembangan diri.

iii. Menyelesaikan masalah melalui komunikasi dengan orang lain.

iv. Menjalin hubungan dengan orang-orang yang telah dikenali.

Page 86: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

86

f. Perkongsian Media

Perkongsian gambar membolehkan pengguna muatnaik fail media mereka dan

berkongi dengan pengguna lain. Mereka boleh menetapkan status fail media samada

untuk paparan umum atau peribadi. Salah satu laman web perkongsian media yang

popular adalah Flickr (perkongsian grafik), Fotopages (perkongsian grafik), Slideshare

(perkongsian Power Point) dan Youtube (perkongsian video). Seperti laman Web 2.0

yang lain, pelbagai aplikasi lain disertakan di dalam laman ini untuk menjadikannya

lebih menarik. Antaranya ialah pengguna boleh membentuk kumpulan mereka sendiri

dan mereka akan mempunyai papan buletin mereka sendiri untuk saling berkomunikasi.

Selain daripada aplikasi-aplikasi yang dinyatakan di atas, masih terdapat pelbagai lagi

aplikasi web 2.0. Malah mungkin akan ada lagi aplikasi baru yang akan muncul selepas

ini. Walaubagaimanapun, semua aplikasi ini mampu membantu kita dalam pelbagai

cara sekiranya digunakan dan dimanfaatkan dengan cara yang betul. Pada masa kini,

semua aktiviti dijalankan secara atas talian dan ini memberi peluang

Berdasarkan kepada beberapa platform pembelajaran dalam talian yang telah

dinyatakan di atas, dapatlah dinyatakan bahawa pembelajaran dalam talian ini

merupakan satu cara pembelajaran pada masa kini. Dunia pendidikan kini telah dibanjiri

oleh pelbagai alatan medium digital seperti telefon pintar, tablet, TV Interaktif dan

digabung pula kemudahan internet yang mempunyai kelajuan tinggi (jalur lebar) dan

tersebar di serata dunia.

Dengan adanya kemudahan pembelajaran dalam talian ini, di harap setiap pelajar,

pekerja mahupun pengajar dapat mengambil peluang ini untuk menjadikan platform ini

sebagai medium pembelajaran terbaik bersesuaian dengan konsep pembelajaran

dalam talian secara percuma tanpa mengira masa dan tempat

Kemajuan dan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat perlu

dimanfaatkan sepenuhnya dalam melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu

pengetahuan dan bijak dalam mentadbir negara pada masa akan datang. Walaupun

ada pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan internet pada peringkat

pendidikan awal adalah kurang perlu ekoran daripada ketidak sediaan para pelajar

Page 87: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

87

menerimanya, namun pandangan seperti ini perlu diperbetulkan agar semua pihak

sama ada ibu bapa, penjaga, guru dan masyarakat secara keseluruhannya perlu

melihat kepentingan penguasaan kemahiran ini pada masa akan datang.

Para pendidik dan pengkaji dalam pendidikan tidak akan terhenti mengkaji cara

manusia mengajar dan belajar seperti juga manusia akan seterusnya belajar

sehingga ke liang lahat. Mengikut Heinich (1984) dalam the study of instructional

technology, manusia akan terus mencari jalan bagaimana hendak memudahkan

manusia belajar. Akhir kata, seperti kata B.W. Seibert, ―People will never be replaced by

technology—but people who use technology will replace those who do not.‖

Penyelidikan : penerokaan pelbagai media

Pengalaman

Penerokaan Moodle: Anda boleh meluaskan pengetahuan anda

tentang konsep LMS. Terokai LMS Moodle, dengan menggunakan

persembahan elektronik jelaskan bagaimana untuk mengurus dan

menggunakan Moodle sebagai medium untuk aktiviti pembelajaran

dalam talian. Carian perlu meliputi isu-isu pengurusan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran seperti bahan sumber, books, file,

folder, page, chat, forum, tugasan, pautan kepada web lain,

soalselidik dan kuiz.

Page 88: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

88

Berdasarkan pengalaman anda menggunakan OLL di IPGK masing-

masing, jelaskan satu isu yang ingin anda utarakan dan buat analisis

kekuatan, kelemahan, cara mengatasi dan rumusan supaya

pelaksanaan PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Aktiviti 1

Aktiviti 2

Bina satu rancangan pengajaran harian bagi sub-topik matapelajaran

anda yang melibatkan penggunaan aplikasi-aplikasi internet dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Nyatakan rekabentuk

pengajaran yang anda rujuk dalam perancangan pembinaan

rancangan pengajaran harian tersebut.

Jelaskan apakah yang dimaksudkan sebagai PLE, M-Learning dan

Podcasting. Bincangkan bagaimana ia digunakan dalam pengajaran

dan pembelajaran masakini.

Refleksi

Page 89: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

89

Rujukan

Archambault, L. M. & Barnett, J. H. 2010. Revisiting technological pedagogical content

knowledge: Exploring the TPACK framework. Computers & Education, 55(4),

1656–1662. doi:10.1016/j.compedu.2010.07.009

Daryanto. 1993. Media Visual untuk Pengajaran Teknik. Bandung: Tarsito.

Handbook of Research on Web 2.0 and Second Language LearningFull Text Available By: Thomas, Michael. Information Science Reference. 2009. eBook. 637p Heinich,R., Molenda, M., Russel, J.D. & Smaldino, S.E. (2012). Instructional media and

technologies for learning. (10th ed.). New Jersey: Merill Prentice Hall. Lever-Duffy, J. & McDonald, J.B. (2014). Teaching and learning with technology. (5th

ed). New York: Allyn and Bacon. Kementerian Pelajaran Malaysia, Hak Cipta, dimuat turun daripada

http://www.moe.gov.my/bbt/pengurusanhakcipta.php, pada 27 Jan 2008.

Koehler, M. 2011. Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK).

http://mkoehler.educ.msu.edu/tpack/what-is-tpack/

Koehler, M. J. & Mishra, P. 2008. Introducing TPCK. In AACTE Committee on

Innovation and Technology. (Ed.), Handbook of technological pedagogical content

knowledge (TPCK) hlm.1–29. New York: Routledge.

Koehler, M. & Mishra, P. 2009. What is technological pedagogical content knowledge

(TPACK)? Contemporary Issues in Technology and Teacher Education, 9(1), 60–

70. Retrieved from http://www.editlib.org/p/29544?nl Musfiqon. (2012). Pengembangan Media dan Sumber Media Pembelajaran. Jakarta:

PT. Prestasi Pustakaraya

Nelson, B. J., Christopher, A. & Mims, C. 2009. TPACK and Web 2.0: Transformation of

Teaching and Learning. TechTrends, 53(5), 80–87. Retrieved from

http://link.springer.com/article/10.1007/s11528-009-0329-z?LI=true#page-1

Tujuh Komponen TPACK

Ng Wai Kong, (1999). ICT & pengajaran. http://www.ptpm.usm.my/ICT- BM(1).htm

Page 90: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

90

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan Hassan. (2009). Siri Pendidikan Guru Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Oxford Fajar SDN. BHD: Selangor.

Sharifah Alwiah Alsagof. 1987. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siemen, G. (2005). Connectivisme: A learning theory for digital age. International journal of Instructional Technology and distance Learning.(Vol2. No.1). Smaldino, S.E., Russell,J.D.,Heinich, R,& Molenda, M., Instructional Technology and Media for Learning, edisi ke-8, Pearson Educational, Inc., New Jersey, 2005. Yusup Hashim. 1998. Teknologi Pengajaran. Shah Alam : Fajar Bakti.

Page 91: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

91

PANEL PENULIS MODUL PEMBELAJARAN EDUP2053 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN SEKOLAH MENENGAH

NAMA KELAYAKAN

YUSOF BIN OSMAN Pensyarah Kanan IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor, 80350 Johor Bahru, Johor

Kelulusan: M.Ed. ( Teknologi Pendidikan ) UTM B.Sc Hons ( Sains ) dengan Dip. Pendidikan (UKM) Pengalaman: Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan Panel Pemurnian Modul Pembelajaran UB PDPLI Panel Penulis Modul Pembelajaran PDPLI

RAZALI BIN ABDUL RAHIM Pensyarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor, 80350 Johor Bahru, Johor

Kelulusan: B.Ed Hons ( Teknologi Maklumat ) (UKM) Pengalaman: Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan Panel Penulis Modul Pembelajaran PDPLI

AZMAN BIN JAIS Pensyarah IPG Kampus Pendidkan Islam 56000 Bandar Baru Bangi. Selangor

Kelulusan : M.Ed. (Pendidikan Komputer) UKM B.Ed Hons (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) Pengalaman Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

TO’ PUAN FADZILAH BINTI MOHD NOOR Pensyarah IPG Kampus Pendidkan Islam 56000 Bandar Baru Bangi. Selangor

Kelulusan: Master Sains Komputer (Sistem Multimedia) UPM Bac. Sains dgn Pend. Kep (Matematik)) Pengalaman: Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan Panel Penulis Modul Coaching and Mentoring (TFM Mentors) 2016-17

INTHERA DAVI A/P SUBBIAH Pensyarah IPG Kampus Tun Hussein Onn 83009 Batu Pahat Johor

Kelulusan: Master English as a Second Language UM Bac of Arts English and Literature Studies Pengalaman: Pensyarah Cemerlang Jabatan Bahasa

Page 92: UNIT 1 TEKNOLOGI DAN MEDIA PENGAJARAN - …ipgkpt.edu.my/kdc interim/sem2 2017/MODUL/konten edup2053.pdf · 1. merumuskan konsep teknologi dan media ... Konsep Teknologi dalam Pendidikan

92

NAMA KELAYAKAN

JAYANTHI MALA A/P V.MARIMUTHU

Pensyarah Kanan

IPG Kampus Tun Hussein Onn

83009 Batu Pahat

Johor

Kelulusan:

Master of English As a Second Language

UM

Bachelor of Science Agribusiness

UPM

Dip.Ed (TESL)

UM

Pengalaman :

Guru Bhs Inggeris Sek. Men. (3 Tahun)

Pensyarah Bhs Ing. IPG (24 Tahun)

Ketua Jabatan Bahasa (2 Tahun)

MUNA BINTI AL AISRI

Pensyarah Kanan

IPG Kampus Perempuan Melayu

Kelulusan:

Master of English As a Second Language

UM

Bachelor of TESL UKM

Pengalaman :

Pensyarah Jabatan Bahasa