rph konsep tempo acap
DESCRIPTION
tahun 4TRANSCRIPT
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT (KONSEP TEMPO)
Tahun 4 Cemerlang
Bilangan Murid21 orang
Tarikh24 Februari 2014
Masa8.00 pagi 8.30 pagi (30 minit)
Mata PelajaranPendidikan Muzik
AspekPersepsi Estetik
Item1.1.2 Tempo Lambat ; Cepat ; Perubahan tempo (ansur cepat dan ansur lambat)
KonsepTempo
Hasil PembelajaranAras 2 : Menyatakan jenis perubahan tempo dalam lagu yang diperdengar dengan betul.
Objektif EksplisitPada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :1. Menyatakan jenis perubahan tempo cepat dan lambat dalam lagu yang di perdengar.2. Melakukan pergerakan kreatif mengikut perubahan tempo ansur cepat dan ansur lambat.3. Menunjukkan penglibatan yang aktif setiap masa semasa pengajaran dan pembelajaran di jalankan
Pengetahuan sedia adaMurid pernah didedahkan tentang detik lagu , meter, dan pernah menyanyikan lagu Bapaku Pulang.
Bahan Bantu Belajar1. Komputer Riba 2. Pembesar suara 3. Kereta mini
4. Kotak litar5. Kad perkataan6. Gitar
Kemahiran BerfikirKemahiran berfikir secara kreatif. (Mencipta pergerakan kreatif melalui perubahan tempo pada lagu yang diperdengar)
Penerapan Nilai Berdisiplin-Mengikut arahan Bekerjasama Keberanian Bertolak ansur
Langkah/MasaKemahiranAktiviti guruAktiviti muridCatatan/BBM/Nilai
Set Induksi(3 minit)Simulasi dan Bercerita Kemahiran set induksi
Guru menceritakan tentang perlumbaan kereta dan motosikal sambil membuka kotak litar.
Guru mengarahkan murid untuk mengelilingi litar.
Guru menunjukkan dua buah kereta mainan yang berlainan warna pada murid seterusnya guru melakukan perlumbaan pada litar Guru bertanya kepada murid. (Kereta yang bewarna apakah kereta yang cepat dan kereta yang lambat?).
Murid mendengar penceritaan guru tentang perlumbaan.
Murid mendengar arahan guru dengan mengelilingi litar.
Murid melihat perlumbaan diatara kedua-dua kereta tersebut.
Murid menjawab soalan guru.(Andaiaan jawapan daripada murid: Kereta bewarna merah laju dan kereta bewarna biru lambat.)BBM:1- Kereta mini2- Kotak litar
Stategi Pengajaran: konstruktivisma
Langkah 1 (8 minit)Tunjuk cara dan permainan soalan
(Pengenalan konsep tempo laju dan cepat) Kemahiran penerangan Kemahiran penyoalan
Guru menerangkan tentang tempo cepat dan lambat pada metronome (alat kibod)
Guru menyuruh murid menepuk tangan mengikut tempo metronom.
Guru membahagikan 2 kumpulan murid untuk bermain permainan meneka tempo.
Guru memperdengarkan 4 buah lagu dan meminta murid berbincang bersama jenis perubahan tempo melalui lagu yang diperdengar Guru mengarahkan wakil kumpulan untuk menyatakan jawapan dengan menyusun jawapan menggunakan kad perkataan di hadapan kelas. (rujuk lembaran penerangan)
Kumpulan yang dapat menjawab jawapan yang paling cepat dan betul akan diberikan hadiah.
Murid mendengar tentang penerangan yang dilakukan oleh guru.
Murid menepuk tangan mengikut tempo pada metronom.
Murid membentuk 2 buah kumpulan.
Murid mendengar, dan berbincang bersama tentang jawapan perubahan tempo lagu tersebut.
Wakil kumpulan menyatakan jenis tempo 4 buah lagu tersebut dihadapan kelas.
Murid menerima hadiah dari guru.BBM:1- Komputer riba2- Pembesar suara (speaker)3- Kad perkataan4- Metronome (kibod)
Nilai:Bertolak ansurMengikut arahan
Strategi Pengajaran:Kontekstual
Langkah 2(8 minit)Konsep ansur cepat dan ansur lambat(Aktiviti Pergerakan)
Kemahiran penerangan
Guru membuat penerangan dengan mengaitkan pembelajaran langkah satu kepada tempo ansur cepat dan ansur lambat.
Guru mengarahkan murid untuk membuat bulatan dan berjalan mengililingi bulatan mengikut pergerakan guru serta menyanyikan lagu bapaku pulang.
Guru mengaplikasikan tempo ansur cepat dan ansur lambat pada lagu bapaku pulang.
Guru mengukuhkan pembelajaran tempo ansur cepat dan ansur lambat.
Murid mendengar penerangan guru.
Murid membuat bulatan dan membuat persediaan melakukan gerakan kreatif mengikut gerakan guru.
Murid mengikut pergerakan yang guru lakukan sambil menyanyi lagu mengikut tempo guru.
Murid mendengar penerangan guru.BBM: 1. Gitar
Nilai murni:Mengikut arahan
Strategi Pengajaran:Konstruktivisma
Langkah 3
(8 minit)Aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan Kemahiran variasi rangsangan
Guru mengarahkan murid membentuk lima kumpulan (empat orang satu kumpulan) untuk bermain permainan tempo.
Guru menerangkan tentang cara bermain permainan tempo.
Permainan Tempo:1. Murid akan melakukan pergerakan tempo dengan melakukan pergerakan haiwan bergerak.-pergerakan lambat (ayam berjalan)
-pergerakan cepat (ayam berlari)-ansur cepat (pergerakan haiwan bergerak akan ditukar secara beransur cepat dari aras rendah kepada aras tinggi)-ansur lambat (pergerakan haiwan bergerak akan ditukar secara beransur lambat dari aras tinggi kepada aras rendah)2. Guru akan menunjukkan contoh pergerakan haiwan tersebut. 3. Pergerakan tersebut merangkumi tempo laju, tempo lambat, ansur laju dan ansur lambat.
Guru akan memasang lagu yang akan dimainkan pada komputer riba sementara murid berbincang untuk melakukan persembahan mereka. Guru mengarahkan kumpulan pertama melakukan persembahan serta di akhir persembahan murid perlu menyatakan perubahan tempo yang di dengar dan guru akan menilai murid mengikut kriteria di dalam borang senarai semak.
Kumpulan yang melakukan gerakan yang betul dan menarik akan diberikan hadiah.
Murid-murid membentuk lima kumpulan.
Murid mendengar penerangan guru.
Murid berbincang didalam kumpulan mereka sambil mendengar lagu yang dimainkan.
Murid melakukan persembahan serta perlu menyatakan jenis perubahan tempo yang di dengar.
Murid menerima hadiah dari guru.BBM:1. Komputer riba2. Pembesar suara (speaker)
3. Nilai murni:
-bekerjasama-keberanian
Strategi Pengajaran:Masteri
Penutup(3 minit)Penilaian
(soal jawab) Guru membuat rumusan pembelajaran dengan memberi penerangan ringkas untuk tempo cepat,lambat,ansur cepat dan ansur lambat.
Murid mendengar rumusan pembelajaran guru.
BBM : gitar
Penutup secara kognitif