rph berterima kasih

10
MODUL PEMBELAJARAN N PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6 PENGENALAN Nilai BERTERIMA KASIH ialah perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian . Nilai BERTERIMA KASIH ini perlu dijadikan amalan dalam menghargai jasa orang lain yang telah bersusah payah mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang serta menjadi contoh kepada generasi masa kini. Ia juga selaras dengan hasrat merealisasikan 1 Malaysia di samping memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP PENGUASAAN 4. BERTERIMA KASIH Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian 4.1 Menghargai jasa dan pengorbanan 4.1.1 Memerihalkan jasa dan pengorbanan tokoh negara 4.1.2 Menerangkan kepentingan menghargai jasa dan pengorbanan tokoh negara 4.1.3 Melahirkan perasaan apabila menghargai jasa dan pengorbanan tokoh negara. 1 Murid menyatakan cara menghargai jasa dan pengorbanan tokoh negara. 2 Murid menerangkan kepentingan menghargai jasa dan pengorbanan tokoh Negara. 3 Murid menunjukkan cara menghargai jasa dan pengorbanan tokoh negara dengan bimbingan guru . 4 Murid menunjukkan cara menghargai jasa dan pengorbanan tokoh negara dalam pelbagai situasi. 5 Murid mengamalkan sikap BERTERIMA KASIH

Upload: iqmal2025

Post on 17-Feb-2016

308 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Nilai berterima kasih

TRANSCRIPT

Page 1: RPH Berterima Kasih

MODUL PEMBELAJARAN N PENGAJARANPENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

PENGENALAN

Nilai BERTERIMA KASIH ialah perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian .

Nilai BERTERIMA KASIH ini perlu dijadikan amalan dalam menghargai jasa orang lain yang telah

bersusah payah mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang serta menjadi contoh

kepada generasi masa kini.

Ia juga selaras dengan hasrat merealisasikan 1 Malaysia di samping memenuhi hasrat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

TAHAP PENGUASAAN

4. BERTERIMA KASIH

Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian

4.1 Menghargai jasa dan pengorbanan tokoh negara

4.1.1 Memerihalkan jasa dan pengorbanan tokoh negara

4.1.2 Menerangkan kepentingan menghargai jasa dan pengorbanan tokoh negara

4.1.3 Melahirkan perasaan apabila menghargai jasa dan pengorbanan tokoh negara.

4.1.4 Mengapresiasi jasa dan pengorbanan tokoh negara

1Murid menyatakan cara menghargai jasa dan pengorbanan tokoh negara.

2

Murid menerangkan kepentingan menghargai jasa dan pengorbanan tokoh Negara.

3

Murid menunjukkan cara menghargai jasa dan pengorbanan tokoh negara dengan bimbingan guru .

4

Murid menunjukkan cara menghargai jasa dan pengorbanan tokoh negara dalam pelbagai situasi.

5

Murid mengamalkan sikap menghargai jasa dan pengorbanan tokoh negara dalam kehidupan seharian

6

Murid mengamalkan sikap menghargai jasa dan pengorbanan tokoh negara dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi .

BERTERIMA KASIH

Page 2: RPH Berterima Kasih

MODUL PEMBELAJARAN N PENGAJARANPENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

AKTIVITI 1

Mata Pelajaran : Pendidikan Moral

Kelas : Tahun 6

Bil. Murid : 25 orang

Nilai : Berterima Kasih

Tajuk : Jaguh Sukan Negara Saya

Masa : 60 minit

Standard Pembelajaran : 4.1.1, 4.1.2

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat:

i) Memerihalkan tiga jasa dan pengorbanan tokoh sukan negara.ii) Menerangkan tiga kepentingan menghargai jasa dan pengorbanan

tokoh sukan negara.-menamakan beberapa tokoh dalam pelbagai bidang dan fokus pada sumbangan mereka

EMK i) TMK – mendengar dan melihat video, Kecerdasan Pelbagai

Bahan Bantu Belajar : Peta Bulatan, Video ihsan You Tube, lembaran kerja, Peta Buih

Penilaian P& P : Peta Bulatan

Aktiviti Kumpulan

Lembaran kerja

Page 3: RPH Berterima Kasih

MODUL PEMBELAJARAN N PENGAJARANPENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

Strategi Pengajaran:

Langkah Pengajaran Penerapan/ Elemen

Set Induksi (5 minit)

Kemahiran Berfikir

I-Think

i. Murid diberikan masa dalam 3 minit untuk menghasilkan peta bulatan berkaitan sukan yang mereka gemari. ( Lampiran 1 )

ii. Beberapa murid dipilih secara rawak membentangkan hasil peta bulatan mereka.

iii. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk.

Langkah 1 (15 minit)

KemahiranBerfikir

Kemahiran Berbahasa

Obj:1

i. Murid menonton beberapa tayangan video singkat berkaitan sukan negara.Contoh video:https://www.youtube.com/watch?v=K0hZxnQ6TYs ( Badminton)https://www.youtube.com/watch?v=hkpyVUMk2ZM ( Squash) https://www.youtube.com/watch?v=8_R8Fq0zOCw ( Terjunan)

ii. Murid menjawab soalan berkaitan video yang telah ditonton.iii. Murid dan guru berbincang tentang bagaimana cara mereka memberi

sumbangan kepada industri sukan negara.

Langkah 2 (15 minit)

Kemahiran Berfikir

Kemahiran Berbahasa

Obj: 2

Peta Buih

KBAT

i. Murid dibahagikan kepada kumpulan.ii. Murid dibekalkan dengan beberapa artikel dan gambar berkaitan tokoh

sukan negara. ( Lampiran 2 )iii. Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan kepentingan menghargai

tokoh sukan negara. ( Peta Buih)iv. Setiap kumpulan digalakkan menyatakan bagaimana cara kita

menunjukkan penghargaan.

Page 4: RPH Berterima Kasih

MODUL PEMBELAJARAN N PENGAJARANPENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

Langkah 3 (10 minit)Interaksi dua hala

Kemahiran Berfikir

i. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka.ii. Setiap kumpulan digalakkan bertanya kepada kumpulan pembentang.

Aktiviti Pengukuhan/ Pengayaan/ Pemulihan (10 minit)

i. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.ii. Murid menyiapkan lembaran kerja yang diberikan. ( Lampiran 3 )iii. Murid digalakkan membuat latihan bersama rakan atau kumpulan kecil

tidak lebih dari 3 orang.

Teamwork

Gabungjalin

Penutup (5 minit)

i. Murid menyanyikan lagu “Fikirkan Boleh”.Murid membuat pergerakan yang sesuai dengan lagu. ( Lampiran 4 )

Video: https://www.youtube.com/watch?v=FQdFVGCQJ0Q

ii. Rumusan tentang apa yang dipelajari hari ini dan sedikit gambaran tentang apa yang akan dipelajari pada sesi seterusnya.

Kinestatik

Muzik

Refleksi :

i) __________________________________________________________

__________________________________________________________

ii) ______________________________________________________________

______________________________________________________________

Page 5: RPH Berterima Kasih

MODUL PEMBELAJARAN N PENGAJARANPENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

PETA BULATAN

Page 6: RPH Berterima Kasih

MODUL PEMBELAJARAN N PENGAJARANPENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

Page 7: RPH Berterima Kasih

MODUL PEMBELAJARAN N PENGAJARANPENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

Contoh Artikel berkaitan:

Datuk Misbun Sidek Dianugerah Tokoh Sukan Selangor 2012

SHAH ALAM 6 JUN : Bekas pemain badminton kebangsaan dan juga jurulatih kebangsaan, Datuk Misbun Sidek dianugerahkan Tokoh Sukan Selangor 2012 bagi menghargai sumbangan besar beliau dalam memajukan sukan di negeri ini.

Misbun yang ditemui berkata, beliau mengharapkan pembangunan sukan badminton di negara ini terus dimajukan daripada segi infrastruktur agar dapat menyediakan pelapis terbaik.

"Terima kasih dengan penghargaan ini setelah mendapat anugerah Olahragawan Selangor pada 1981 kini pada 2013 hampir 22 tahun dan ini adalah penghargaan yang bermakna dengan apa yang disumbangkan selama ini," kata Misbun.

Kata beliau, bakat-bakat yang dicungkil selama ini di peringkat akar umbi cukup ramai namun ketika disatu peringkat mereka tersekat.

"Jadi kita perlu melihat mengapa keadaan tersekat ini berlaku, saya harap agar ada satu pembaharuan dalam perkara ini," kata beliau ketika ditemui selepas menerima Anugerah Tokoh Sukan Selangor 2012 di Hotel Concorde semalam

Hadiah itu yang disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, YAM Tengku Sulaiman Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang mewakili DYMM Sultan Selangor.

Hadir sama Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Tambah beliau lagi, pembaharuan sistem pembangunan sukan badminton itu adalah amat penting diberi perhatian kerana jika sistem itu betul maka proses itu akan berjalan baik.

Menerima anugerah yang sama ialah bekas atlet bola baling, Jacob Mathew.

Page 8: RPH Berterima Kasih

MODUL PEMBELAJARAN N PENGAJARANPENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

- Lembaran kerja

Kumpulan 1 ( Cerdik): Daripada gambar yang diberikan, bina satu karangan pendek berkaitan apakah sumbangan tokoh sukan kepada negara.

Kumpulan 2 ( Bijak) : Daripada peta buih yang telah dihasilkan, bina 5 ayat tentang kepentingan menghargai sumbangan tokoh sukan.

Video lagu “Fikirkan Boleh”: https://www.youtube.com/watch?v=FQdFVGCQJ0Q

Lirik lagu:

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau bolehKau hampir boleh melakukanJika kau fikirkan ragu-raguUsahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahanKau hampiri kegagalanJika kau fikirkan kemenanganKau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkanTerkandung dalam pemikiranKau fikir boleh melakukanFikirkan boleh

Percaya apa kau lakukanTabah apa kau usahakanBertindak atas kemampuanEngkau boleh

- Pemilihan soalan saya dan negara