rph inovasi.doc

13
Latihan Mengajar Rancangan Pengajaran Inovasi KPR3974 RANCANGAN MENGAJAR HARIAN PRASEKOLAH IBNU BATUTAH SK BUKIT MINYAK (INOVASI) Model Pembelajaran : Konstruktivisme Bidang/ Matapelajaran : Tunjang Sains dan Teknologi (Awal Sains dan Matematik) Kelas : Prasekolah Ibnu Batutah Masa : 40 minit Tarikh /Hari : 5 Mei 2015/Selasa Bilangan Murid : 24 orang Umur : 6 Tahun Modul : Bertema Tunjang Utama : Sains dan Teknologi ( Awal Sains & Matematik) Tajuk/Tema : Alam Hidupan Sub Tema : Haiwan Jinak Standard Kandungan : (ST 3.4) Menjalankan penerokaan ke atas ciri, habitat, cara pergerakan, jenis makanan, kitaran hidup haiwan

Upload: mohdfauzanreshid

Post on 11-Nov-2015

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Latihan MengajarRancangan Pengajaran Inovasi

KPR3974

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN PRASEKOLAH IBNU BATUTAH SK BUKIT MINYAK (INOVASI)

Model Pembelajaran : KonstruktivismeBidang/ Matapelajaran : Tunjang Sains dan Teknologi (Awal Sains dan Matematik)

Kelas

: Prasekolah Ibnu BatutahMasa

: 40 minit

Tarikh/Hari

: 5 Mei 2015/SelasaBilangan Murid : 24 orang

Umur

: 6 Tahun

Modul : BertemaTunjang Utama :Sains dan Teknologi ( Awal Sains & Matematik) Tajuk/Tema : Alam HidupanSub Tema

: Haiwan JinakStandard Kandungan :(ST 3.4) Menjalankan penerokaan ke atas ciri, habitat, cara pergerakan, jenis makanan, kitaran hidup haiwan

jinak yang biasa dijumpai. Standard Pembelajaran : ( ST 3.4.2 ) Mengecam bunyi haiwan yang biasa dijumpai.

( ST 3.4.7 ) Membandingkan dan mengumpulkan haiwan mengikut makanan utamanya.Kesepaduan Tunjang : ( BM 2.2.7 ) Menjawab soalan dengan ayat yang mudah. ( KTI 2.1.6) Menyanyi lagu yang mudah dengan gerakan.Hasil pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

1) Murid dapat mengecam bunyi dan menyebut tiga nama haiwan jinak yang terdapat di dalam gambaryang ditunjukkan oleh guru.

2) Murid dapat membandingkan antara haiwan jinak yang makan daging dan makan tumbuh-tumbuhan.

3) Murid dapat mengumpul makanan haiwan jinak.

4) Menyanyi lagu dan meniru pergerakan haiwan.Pengetahuan sedia ada : 1) Murid pernah melihat haiwan jinak yang terdapat di rumah mereka.

2) Murid memelihara haiwan jinak.Kemahiran Berfikir KBKK : Mengecam,mengenalpasti,membanding dan menyelesaikan masalah.Penerapan Nilai :Menyayangi haiwan,bekerjasama dan yakin.Bahan Bantu Mengajar : Puppet, Beg Dora, objek buah, CD bunyi haiwan,Video lagu, video mesej Profesor Klon, kad gambar

haiwan dan makanannya serta Roda makanan.Kecerdasan pelbagai (MI) : Kecerdasan linguistik,kognitif.MASAHASIL PEMBELAJARAN / KESEPADUANLANGKAH AKTIVITIBAHAN/ALATANCATATAN

9.00-9.03pagi(3 Minit)

Bersoal jawab menggunakan ayat yang mudah.

Menerangkan secara ringkas mengenai haiwan jinak dan makanannya.

SET INDUKSI

1) Guru memegang seekor arnab (puppet) yang membawa sebuah beg yang dipanggil Beg Dora

2) Murid berinteraksi dengan arnab tersebut dan membantu arnab tersebut mencari makanannya

3) Guru menggunakan puppet bersoal jawab dengan murid

Contohnya :

Kawan-kawan boleh tolong saya?

Bolehkah kawan-kawan mencari makanan saya?

4) Mereka bersoal jawab dengan arnab tersebut contohnya:

Apakah makanan kamu?

5) Guru mengajak murid-murid membantu arnab tersebut mencari makanannya dengan meminta pertolongan daripada Beg Dora

6) Murid-murid membantu guru mengenalpasti adakah betul makanan yang dikeluarkan dari dalam Beg Dora.7) Guru mengeluarkan beberapa jenis sayur dan buah-buahan jika betul ianya makanan arnab tersebut murid-murid perlu sebut

Betul atau Tidak8) Kemudian guru menerangkan secara ringkas mengenai arnab dan makanannya.Puppet arnab, Beg Dora dan objek sayur dan buah-buahan.

KBKKMengecam dan mengenalpasti

MI

Kecerdasan Linguistik

Teknik

Bersoal jawab

9.03-9.13pagi(10 Minit)Bersoaljawab mengenai haiwan jinak

Rakaman CD bunyi haiwan

LANGKAH 1

1) Guru menyoal murid-murid apakah haiwan jinak dan apakah contoh-contoh haiwan jinak yang mereka tahu.

2) Murid bersoal jawab dengan guru dan menyebut nama haiwan-haiwan jinak tersebut contohnya:

a) ayam

b) Kucing

c) Burung

3) Guru memasang CD bunyi haiwan jinak kemudian guru meminta murid meneka haiwan-haiwan tersebut.

4) Murid meneka nama haiwan berdasarkan bunyi yang diperdengarkan.

5) Guru melekatkan kad gambar haiwan di atas papan putih kemudian guru menyoal murid-murid contohnya:

Apakah nama haiwan jinak ini?

Bagaimana ianya berbunyi?

6) Murid-murid bersoaljawab dengan guru dan membuat bunyi haiwan jinak yang ditunjukkan guru.

7) Kemudian guru melekatkan kad gambar makanannya di atas papan putih guru menyoal lagi

Apakah makanan haiwan jinak ini?8) Murid-murid mengikut guru menyebut nama haiwan-haiwan tersebut dan makanannya.Bahan

CD bunyi haiwan

Kad perkataan

Kad Gambar

KBKKmengecam

MI

Kecerdasan

Linguistik

Kecerdasan kognitif

Penerapan nilai

Mendengar arahan

Teknik

Bersoal jawab

9.13-9.18pagi(5 Minit )Video lagu

Tajuk : haiwan jinak

Saya ayam kok kok kok kok

Saya itik pap pap pap pap pap

Saya burung cip cip cip cip cip

Kami bunyi kok kok kok kok kok.

Pap pap pap pap pap

Cip cip cip cip cipLANGKAH 2

1) Guru menyanyikan lagu haiwan jinak sambil membuat pergerakan haiwan tersebut.

2) Murid-murid mengikut guru menyanyikan lagu tersebut dan membuat pergerakan seperti yang dibuat oleh guru.3) Kemudian guru meminta murid menyanyi bersama dan membuat pergerakan haiwanBahan

Video lagu

MI

Kecerdasan kinestetik

Penggabungjalinan

Kreativiti dan Estetika

9.18-9.38pagi

(20 Minit)

Video mesej Profesor Klon

Aktiviti kumpulan

Treasure Hunt

Wheel of Animal Food ( Roda makanan haiwan)LANGKAH 3

1) Guru menerima mesej daripada Professor Klon yang meminta pertolongan daripada murid-murid agar membantunya mencari bahan kajiannya yang hilang.

2) Murid-murid mendengar arahan daripada Profesor Klon.

3) Bahan tersebut merupakan kad gambar haiwan dan gambar makanan haiwan tersebut.

4) Murid-murid dikehendaki mencabut kad warna di tangan guru bagi menentukan kumpulan mereka.

5) Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan dengan cara mencabut kad warna yang berada di tangan guru.

6) Mereka dikehendaki bekerjasama dalam mencari gambar-gambar tersebut

7) Guru menamakan kumpulan mengikut nama haiwan jinak.

8) Mereka perlu mengumpulkan gambar di dalam bakul

9) Guru memberi arahan kepada semua kumpulan di mana mereka dikehendaki mencari gambar haiwan dan gambar makanan haiwan tersebut yang tersembunyi di sekitar kelas mereka.

10) Gambar-gambar tersebut harus dikumpulkan di dalam bakul yang disediakan bagi setiap kumpulan.

11) Murid-murid dikehendaki mengelas gambar tersebut dan melekatkannya di atas roda yang telah dilabelkan.

12) Guru menyediakan roda makanan haiwan dan melekatkannya di atas papan putih

13) Murid-murid membandingkan haiwan jinak yang makan daging dan haiwan jinak yang makan tumbuh-tumbuhan.

14) Guru melabel roda makanan tersebut contohnya kucing, ayam dan sebagainya

15) Guru meminta murid-murid mengelaskan gambar haiwan dan makanannya dan melekatkan di atas roda yang telah dilabelkan.

16) Kemudian guru meminta murid-murid membandingkan haiwan jinak mana yang makan daging dan haiwan jinak mana yang makan tumbuh-tumbuhan.

Bahan

Video mesej, Kad warna,bakul, kad gambar dan wheels of animals food (Roda makanan)

KBKKMenyelesaikan masalah.

MI

Kecerdasan Kognitif

Penerapan nilai

Bekerjasama dan tolong menolong

Mendengar arahan

9.38-9.40pagi(2 Minit)Memberi pujian kepada murid-murid.

PENUTUP

1) Guru memberi pujian kepada murid-murid kerana bekerjasama di dalam kumpulan dan memberi pujian kepada kumpulan yang baik.2) Murid memberi penghargaan kepada kepada diri sendiri dengan bertepuk tangan.

3) Guru mengucapkan terima kasih kepada murid.

Penerapan nilai

Bersyukur

REFLEKSI

ELEMEN INOVASI

Terdapat beberapa elemen inovasi yang diterapkan dalam Rancangan Pengajaran Harian ini. Inovasi yang pertama terdapat di dalam set induksi di mana saya menggunakan Puppet bagi menggantikan guru dalam menerangkan tajuk yang akan dipelajari pada hari tersebut.

Elemen inovasi yang ke 2 pula terdapat didalam langkah 1 di mana saya membawakan rakaman bunyi haiwan jinak yang sebenar berbanding dengan bunyi yang dibunyikan oleh guru. Murid-murid akan dapat mendengar bunyi haiwan dengan lebih jelas dan tepat.

Manakala elemen inovasi yang ke 3 pula terdapat di dalam langkah ke 2, ketika murid-murid menyanyikan lagu bertajuk Bunyi Haiwan. Mereka akan melihat pergerakan rakan masing-masing dan cara tersebut akan memudahkan lagi murid-murid lain meniru aksi ataupun pergerakan rakan-rakan mereka.

Akhir sekali elemen inovasi yang terakhir adalah Video mesej daripada Professor Klon. Saya menggantikan arahan guru dengan arahan daripada video. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan: