rfleksi mikro

15
Read Re : Refleksi 09 Oct 2011 05:50:24 PM Posted By : Nurhafizah Binti Ajlan 05 Oct 2011 10:07:03 AM Reply To : Kasthuri A/P Poorna Sundar Attachment : No File Attach Salam 1 Malaysia... saya amat setuju dengan kepentingan refleksi yang dinyatakan itu tadi...Namun, apa yang lebih menraik perhatian saya ialah pada tujuan yang dinyatakan pada nombor 4 iaitu : 4) menjadikan refleksi sebagai budaya kerja profesional keguruan. Ianya sememangnya penting bagi tujuan penambahbaikan bagi setiap proses/ sesi pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan sehari- hari. Namun, apa yang dapat saya lihat, budaya menulis refleksi/impak amat kurang diambil perhatian. Kadangkala, wujud situasi di mana guru langsung tidak menulis refleksi setelah selesai sesi pembelajaran dan pengajaran. Kita seharusnya akui bahawa kadangkala kita agak leka mahu pun bersifat lupa...Jadi, dengan menulis refleksi/impak, ia merupakan satu cara membantu guru untuk 'refresh' apa yang telah dijalankan dan di mana yang harus diperbaiki mahupun siapakah di dalam kelas itu yang masih ketinggalan dalam menguasai topik yang telah diajar di kelas tersebut. Ianya seumpama nota ringkas buat guru bagi mengimbas kembali proses pembelajaran dan pengajaran yang telah berlangsung. Jadi, penulisan refleksi ini amat membantu sekiranya ianya dijadikan sebagai rutin wajib atau harian buat guru itu sendiri. Malah ianya baik dijadikan budaya kerana jika ia dilaksanakan setiap hari..maka ia merupakan satu budaya dan tidak akan lekang daripada dunia guru itu sendiri.( penulisan refleksi umpama....alah bisa tegal biasa )..yang mana akan sebati dengan diri individu tersebut....

Upload: nurhafizah-ajlan

Post on 28-Oct-2014

681 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Rfleksi mikro

Read Re : Refleksi 09 Oct 2011 05:50:24 PM   Posted By     : Nurhafizah Binti Ajlan 05 Oct 2011 10:07:03 AM   Reply To       : Kasthuri A/P Poorna Sundar   Attachment  : No File Attach  

Salam 1 Malaysia... saya amat setuju dengan kepentingan refleksi yang dinyatakan itu tadi...Namun, apa yang lebih menraik perhatian saya ialah pada tujuan yang dinyatakan pada nombor 4 iaitu :

4) menjadikan refleksi sebagai budaya kerja profesional keguruan.

Ianya sememangnya penting bagi tujuan penambahbaikan bagi setiap proses/ sesi pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan sehari-hari. Namun, apa yang dapat saya lihat, budaya menulis refleksi/impak amat kurang diambil perhatian. Kadangkala, wujud situasi di mana guru langsung tidak menulis refleksi setelah selesai sesi pembelajaran dan pengajaran.

Kita seharusnya akui bahawa kadangkala kita agak leka mahu pun bersifat lupa...Jadi, dengan menulis refleksi/impak, ia merupakan satu cara membantu guru untuk 'refresh' apa yang telah dijalankan dan di mana yang harus diperbaiki mahupun siapakah di dalam kelas itu yang masih ketinggalan dalam menguasai topik yang telah diajar di kelas tersebut. Ianya seumpama nota ringkas buat guru bagi mengimbas kembali proses pembelajaran dan pengajaran yang telah berlangsung. Jadi, penulisan refleksi ini amat membantu sekiranya ianya dijadikan sebagai rutin wajib atau harian buat guru itu sendiri. Malah ianya baik dijadikan budaya kerana jika ia dilaksanakan setiap hari..maka ia merupakan satu budaya dan tidak akan lekang daripada dunia

guru itu sendiri.( penulisan refleksi umpama....alah bisa tegal biasa )..yang mana akan sebati dengan diri individu tersebut....

20 Nov 2011 01:28:58 PM

Page 2: Rfleksi mikro

Re : Re : Forum 5 21 Nov 2011 11:53:21 PM

  Posted By     : Nurhafizah Binti Ajlan

15 Nov 2011 07:52:31 AM

  Reply To       : Hendry Jayaker A/L Sanasi  Attachment  : No File Attach

 

Salam 1Malaysia..setiap isu atau permasalahan yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan topik utama di mana suatu kajian tindakan harus dijalankan bagi tujuan penambahbaikan. Permasalahan akan timbul sekiranya terdapat sesuatu yang tidak memuaskan, sesuatu yang tidak mencapai sasaran, kesulitan atau halangan yang dihadapi dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. 

Masalah boleh dikenalpasti melalui persoalan yang merupakan tumpuan utama dalam kajian tindakan. Masalah di dalam bilik darjah merupakan satu perkara yang berbangkit yang mana memerlukan guru mengambil tindakan selanjutnya untuk tujuan memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam pengajaran yang dilaksanakan. Namun, pemilihan permasalahan bergantung kepada tahap kepentingan masalah itu dalam situasi pengajaran yang sebenar.

Page 3: Rfleksi mikro

Re : Re : Forum 1 maksud refleksi pengajaran

23 Nov 2011 12:32:44 PM

  Posted By     : Nurhafizah Binti Ajlan05 Oct 2011 04:02:53 PM

  Reply To       : Asnizar Bt Abu Aman

  Attachment  : No File Attach

 

Ya, membuat refleksi bukannya mencari kelemahan atau menjatuhkan maruah seseorang guru yang mana kadangkala terdapat guru yang merasa diri terhina atau malu jika diberi sedikit komen terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.Hakikatnya, ianya bertujuan untuk mempertingkatkan lagi mutu hasil kerja guru itu sendiri kerana pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu proses yang berterusan di mana ia menuntut sesorang guru malah murid sentiasa melakukan penambahbaikan bagi mencapai satu tahap atau mutu yang disasarkan. Seterusnya, penambahbaikan yang dilakukan berdasarkan refleksi yang dicatat merupakan satu langkah yang tentunya membuahkan hasil kerja dan hasil murid yang berkualiti.

  | Reply to This Message | Edit | Print Message | Delete |    

Re : Re : Forum 2 : Sebagai seorang guru, nyatakan salah satu daripada sepuluh kemahiran mikropengajaran yang perlu dimiliki oleh seseorang guru agar pengajarannya lebih berkesan. Huraikan.

21 Nov 2011 11:31:19 PM

  Posted By     : Nurhafizah Binti Ajlan29 Oct 2011 12:50:16 PM

  Reply To       : Munir Bin Wasingon

  Attachment  : No File Attach

 

Ya, memang betul..kemahiran mengendalikan set induksi seharusnya lebih mantap dan seharusnya bersifat 'catchy' atau menarik sehingga membuatkan murid tidak

Page 4: Rfleksi mikro

hilang fokus terhadap isi pelajaran yang akan disampaikan. Menarik minat dan fokus murid-murid terhadap pengajaran yang akan disampikan bukanlah suatu perkara yang mudah kerana sifat semulajadi kanak-kanak yang mudah hilang fokus jika sesuatu yang dialami itu membosankan. Apa yang penting, guru harus bertindak bijak dalam memilih set induksi yang mampu menarik minat murid-murid seboleh bolehnya sehingga ke tahap penutup kepada sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Benda maujud atau pengalaman semulajadi yang dapat dirasai lebih baik dan kekal di ingatan murid-murid kerana ianya berbentuk konkrit.

  | Reply to This Message | Edit | Print Message | Delete |

Re : perbezaan yang terdapat di antara guru yang menjalankan kajian tindakan dengan guru yang tidak mengamalkan kajian tindakan dalam konteks perkembangan profesionalisme

23 Nov 2011 12:20:10 PM

  Posted By     : Nurhafizah Binti Ajlan

23 Nov 2011 02:02:36 AM

  Reply To       : Nagagothi A/P Arumugam  Attachment  : No File Attach

 Salam 1 Malaysia... Secara peribadi ingin saya nyatakan bahawa terdapat kebanyakan guru turut mengabaikan secara tidak langsung akan penambahbaikan yang produktif dari semasa ke semasa. Namun, setelah menjalankan kajian tindakan secara individu yang digunakan sebagai dokumen

Page 5: Rfleksi mikro

peribadi, saya dapati terdapat banyak perubahan yang dapat dilihat. Sebagai contoh, saya sentiasa menitik bertakan setiap inci perubahan dan perkembangan murid-murid saya berpandukan kajian yang saya lakukan. Kajian dilakukan berdasarkan pemerhatian dan ianya dapat dibuktikan secara bertulis yang mana lembaran kerja, hasil kerja kumpulan murid dan kejayaan murid-murid melaksanakan aktiviti dengan jayanya merupakan bukti kepada kajian yang dijalankan dan sebagai petanda akan kejayaan kepada sesebuah pengajaran yang saya jalankan.

Re : Huraikan secara ringkas perbezaan di antara prinsip pengajaran yang menggunakan pendekatan inkuiri atau masteri?

22 Nov 2011 12:10:55 AM

  Posted By     : Nurhafizah Binti Ajlan 05 Nov 2011 07:34:26 PM

  Reply To       : Yoang Hui Kuan

  Attachment  : No File Attach

 

Selamat malam...cikgu...saya ada satu isu yang ingin ditanyakan....berdasarkan definisi pembelajaran masteri dan inkuiri...saya membuat kesimpulan bahawa pembelajaran masteri memerlukan seseorang guru itu betul-betul mantap dalam menyampaikan isi pelajaran dan ianya bersifat berpusatkan guru...manakala inkuiri pula memerlukan murid-murid itu sendiri mengumpul data dan menjana idea atau konsep pelajaran...dan bersifat berpusatkan murid..adakah betul kesimpulan yang saya buat ini....

pendekatan inkuiri atau masteri? 22 Nov 2011 12:10:55 AM

  Posted By     : Nurhafizah Binti Ajlan 05 Nov 2011 07:34:26 PM

  Reply To       : Yoang Hui Kuan

  Attachment  : No File Attach

 

Selamat malam...cikgu...saya ada satu isu yang ingin ditanyakan....berdasarkan definisi pembelajaran masteri dan inkuiri...saya membuat kesimpulan bahawa pembelajaran masteri memerlukan seseorang guru itu betul-betul mantap dalam menyampaikan isi pelajaran dan ianya

Page 6: Rfleksi mikro

bersifat berpusatkan guru...manakala inkuiri pula memerlukan murid-murid itu sendiri mengumpul data dan menjana idea atau konsep pelajaran...dan bersifat berpusatkan murid..adakah betul kesimpulan yang saya buat ini....

Re : Re : Huraikan secara ringkas perbezaan di antara prinsip pengajaran yang menggunakan pendekatan inkuiri atau masteri?

23 Nov 2011 12:46:27 PM

  Posted By     : Nurhafizah Binti Ajlan

07 Nov 2011 10:12:39 PM

  Reply To       : Lee Lai Yin  Attachment  : No File Attach

 

Selamat Pagi cikgu....saya ingin bertanya satu soalan...apa yang perlu dilakukan oleh seorang guru jika di dalam sesebuah kelas, terdapat 2 jenis tahap murid iaitu murid yang lemah dan yang advance. Maksud saya, jika seseorang guru itu menggunakan kaedah masteri kepada murid-murid di dalam kelas tersebut, bagaimana pula dengan murid-murid yang bertahap advance yang mana mereka kurang berminat untuk menunggu sehingga rakan-rakannya yang lain selesai menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan sedangkan beliau seorang yang berkecenderungan pada kaedah inkuiri yang lebih menarik minat mereka di dalam bilik darjah. Boleh cikgu kongsi bersama idea bagi menyelesaikan permasalahan pada situasi yang saya berikan ini.

Re : FORUM 5 23 Nov 2011 12:52:02 PM

  Posted By     : Nurhafizah Binti Ajlan

02 Nov 2011 12:48:28 PM

  Reply To       : Harisfaizal Bin Ishak  Attachment  : No File Attach

 

Ya, permasalahan merupakan satu keraguan atau kesukaran yang berlaku.

Page 7: Rfleksi mikro

Dan, permasalah juga merupakan suatu isu yang boleh berlaku dalam apa jua bentuk tidak kiralah dari segi verbal, non verbal, fizikal iaitu gerak tubuh, memek muka, riak wajah, mahu pun dari segi emosi iaitu perasaan murid-murid dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. 

Setiap permasalahan yang berlaku perlu diambil kira atau diambil berat kerana ia merupakan satu permulaan kepada satu kajian tindakan yang bertujuan untuk mencari punca-punca permasalahan itu tadi seterusnya berusaha untuk menjalankan tindakan susulan bagi memperbaiki atau menyelesaikan permasalahn tersebut.

  | Reply to This Message | Edit | Print Message | Delet

EDU 3026 : PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

RAKAMAN MIKRO ( REFLEKSI, RPH, BBM )

RAKAMAN MAKRO ( REFLEKSI, RPH, BBM )

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

FORUM

Page 8: Rfleksi mikro

GROUP : EL-A04

DISEDIAKAN OLEH :

NURHAFIZAH BINTI AJLAN D 20102040807 019-7166070/019-5256494

PENSYARAH : DR NIK AZMAH BINTI NIK YUSUFF

NURHAFIZAH BINTI AJLAN D20102040807

REFLEKSI MIKROTEACHING

KEKUATAN

Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan microteaching ialah

ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar

seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu,

kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Walau

bagaimana pun, ketegasan yang ditunjukkan tidak bermakna murid-murid tidak dibenarkan

sama sekali untuk berasa seronok dengan ketawa kerana pengajaran dan pembelajaran yang

bermakna melibatkan unsure kecindan yang terkawal yang mana ianya merupakan satu

perkara yang semulajadi yang tidak dapat dielakkan oleh seseorang manusia.

Sebagai contoh, seperti yang kita semua ketahui, subjek Muzik sememangnya satu

subjek yang amat digemari oleh kanak-kanak di mana ianya melibatkan lagu mahu pun gerakan

Page 9: Rfleksi mikro

yang kadangkala boleh menimbulkan unsur kecindan, senda dan tawa di dalam kelas itu

sendiri.

Ini kerana, kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid di dalam menepuk tangan

mengikut rentak lagu dan mengikut detik/tempo yang diarahkan oleh guru membuatkan murid-

murid menjadikan ianya suatu bahan yang berunsur jenaka. Jenaka ini tidak dianggap sebagai

suatu perkara yang menjatuhkan imej murid-murid kerana berdasarkan pemerhatian guru,

murid-murid semakin yakin untuk mencuba kerana gurauan atau jenaka tersebut merupakan

satu perkara yang normal dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain daripada itu, guru juga menunjukkan sedikit kemesraan dengan murid-murid di

mana ianya membuktikan bahawa guru itu tidaklah bersifat mutlak mahu pun autokratik di

dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hubungan di antara murid-

murid dan guru jelas kelihatan tidak terlampau terikat dan ini membuatkan murid-murid berasa

selesa dan seronok untuk meneruskan pembelajaran pada hari tersebut.

KELEMAHAN

Walau pun pengajaran dan pembelajaran muzik pada hari tersebut membuatkan murid-murid

berasa seronok, namun masih terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki pada masa

akan datang. Sebagai contoh, guru sebaiknya memperdengarkan lagu yang berkaitan iaitu “

Kalau Rasa Gembira” dengan jelas bagi murid-murid mendengar dengan teliti. Ini kerana,

murid-murid lebih tertarik kepada lagu yang diperdengarkan melalui radio kerana terdapat

sesetengah murid yang tidak dapat menghafal lagu tersebut dengan baik. Dan, ini serba sedikit

mengganggu perjalanan pembelajaran mereka pada hari itu.

Kelemahan serusnya ialah lokasi pengajaran dijalankan mungkin kurang sesuai kerana

keadaan yang agak sempit iaitu di dalam Pusat Sumber Sekolah. Hakikatnya, ruang yang agak

luas dapat membantu guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran bersama murid-murid

secara kondusif dan efektif kerana kadangkala terdapat beberapa aktiviti yang memerlukan

murid-murid bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain. Walau bagaimana pun, ianya

Page 10: Rfleksi mikro

bergantung juga kepada kebijaksanaan guru dan daya kreativiti untuk mengubahsuai

pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian tempat atau lokasi itu sendiri.

3.3 LANGKAH MENGATASI

Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi

meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Sebagai contoh, bagi permasalahan

tidak memperdengarkan lagu Kalau Rasa Gembira melalui radio, guru bolehlah menggunakan

CD yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran untuk digunakan sebagai Bahan Belajar

murid-murid pada hari tersebut. Menyanyi dengan menggunakan vocal bukanlah tidak bagus

malah ianya kadangkala dapat menarik minat murid itu sendiri kerana mereka dapat mendengar

guru mereka menyanyikan lagu itu sendiri. Namun, bagi tujuan penambahbaikan, eloklah

kiranya guru memainkan CD tersebut untuk diperdengarkan kepada murid-murid kerana murid-

murid perlu mendengar lagu tersebut berulang kali. Jadi, dengan menggunakan CD, maka guru

dapat memperdengarkan lagu tersebut berulang kali dengan hanya menekan butang ‘rewind’

tanpe perlu menyanyikan sendiri dengan vocal guru berulang kali. Penggunaan CD adalah lebih

praktikal untuk dilaksanakan berbanding penggunaan vocal sendiri.

Seterusnya, ruang pembelajaran yang agak sempit dapat diatasi dengan memilih lokasi lain

yang lebih praktikal, efektif dan kondusif. Guru tidak seharusnya membuat satu persepi bahawa

proses pengajaran dan pembelajaran hanya dijalankan di dalam sebuah bangunan bilik darjah

atau pun kelas. Malah, tidak lah mustahil bagi guru dan murid-murid menjalani proses

pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah contohnya di persekitaran taman sekolah, di

tepi padang ( di kawasan yang redup ), di dewan sekolah dan lain-lain lagi yang mana boleh

dilaksanakan selagi tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kelas-kelas yang

lain. Sebagai langkah yang proaktif, guru juga boleh menggunakan radio berkuasa bateri untuk

memudahkan guru membawa dan menggunakan radio tersebut ke mana-mana sahaja yang

dirasakan sesuai untuk menjalankan pengajarannya.Di sini, pemikiran yang kreatif dan inovatif

perlu bagi seseorang guru membuat adaptasi bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran

yang bermakna buat murid-murid di sekolah.

Page 11: Rfleksi mikro

Justeru itu, guru memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan proses pengajaran

dan pembelajaran dapat berlangsung dengan jayanya serta dapat mencapai sasaran atau

objektif sebenar setiap sesi pengajaran yang dilaksanakan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA MUZIK TAHUN 2

Mata Pelajaran dan Kelas Dunia Muzik

2 Budiman

Tajuk/Tema Tempo

Masa 30 minit

Standard Pembelajaran 1.1.4

Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran murid dapat:

1. Menyanyi Lagu Kalau Rasa Gembira mengikut tempoyang betul

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1. Murid mendengar lagu Kalau Rasa Gembira yang dinyanyikan oleh guru sambil menepuk detik dengan bimbingan guru.

Page 12: Rfleksi mikro

2. Menyebut lirik lagu Kalau Rasa Gembira dengan sebutan yang betul dengan bimbingan guru.

3. Menyanyi lagu tersebut mengikut tempo dengan bimbingan guru.4. Menyanyi lagu Kalau Rasa Gembira mengikut tempo sambil menepuk

detik lagu.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

Kreativiti

Bahan Bantu Belajar CD 1 Track 01 ( Kalau Rasa Gembira )

Penilaian pengajaran dan pembelajaran

Menyanyi mengikut tempo

Refleksi 1. 10 orang murid dapat menyanyikan lagu mengikut tempo.2. 4 orang lagi murid masih perlu di beri latihan menyanyi mengikut

tempo

Tindakan Susulan

Pengukuhan aspek tempo menerusi aktiviti gerakan dan permainan alat muzik dalam pengajaran dan pembelajaran akan datang.