peraturan moral

62
Maksud Peraturan Moral Peraturan moral merupakan satu sistem yang merangkumi kepercayaan mengenai sifat manusia, ideal, apa yang baik dan apa yang buruk serta motif yang menyebabkan kita bertindak ke arah yang betul.

Upload: sylvia-wong

Post on 23-Dec-2015

62 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

moral

TRANSCRIPT

Maksud Peraturan Moral

Maksud Peraturan MoralPeraturan moral merupakan satu sistem yang merangkumi kepercayaan mengenai sifat manusia, ideal, apa yang baik dan apa yang buruk serta motif yang menyebabkan kita bertindak ke arah yang betul.

Disebabkan manusia hidup bermasyarakat, maka peraturan-peraturan moral adalah perlu bagi mewujudkan suasana yang aman dan damai. Peraturan-peraturan moral ini adalah diwujudkan berdasarkan kefahaman dan pemikiran yang rasional serta utonomus. Di samping itu, peraturan-peraturan moral adalah peka kepada perubahan-perubahan dalam masyarakat . Apabila terdapat perubahan-perubahan sosial, maka prinsip-prinsip moral boleh diubah untuk menghadapi masalah-masalah moral yang baru.

Sebenarnya, terdapat beberapa motif yang mendorong individu-individu mematuhi peraturan moral. Mereka berbuat demikian demi kebaikan diri sendiri dan juga kerana bertimbang rasa terhadap orang lain seperti belas kasihan serta menghormati hak-hak orang lain di dalam sesebuah masyarakat.

Adat Resam Bangsa IndiaAdat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan.

Sebelum Majlis PerkahwinanSebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya : Kad Jemputan Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar.

Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)

Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya.

Mukuurtta Kaal Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India.

Semasa Majlis PerkahwinanMajlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan.

Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan.

Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dadaKedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah : menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang.

Minji (Sarung Cincin Lelaki)

Minji (Sarung Cincin Perempuan)

Selepas Majlis PerkahwinanPengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.

Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan.

Sebelum KelahiranAdat Valaikaappu Adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu.

Suul bermaksud kandungan ibu dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.

Semasa KelahiranWaktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa.

Selepas kelahiranBayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka dariapada berlaku.

Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan.

Pantang-Larang kaum IndiaPantang larang ketika tetamu berkunjung ke rumah - tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali datang menziarahi melakukan kerja seperti membasuh pinggan. Ini kerana dipercayai akan membawa sial. Ini kerana tetamu sepatutnya dilayan oleh tuan rumah.

Jangan makan di tempat gelap, jika tidak makanan dikongsi bersama hantu.-takut-takut termakan benda lain atau bersepah.Pantang jangan bersiul waktu malam -takut ular masuk

Jangan makan di tempat gelap, jika tidak makanan dikongsi bersama hantu.-takut-takut termakan benda lain atau bersepah.

PERATURAN MORAL BANGSA DUSUN/ KADAZANDUSUN

KadazandusunKadazandusun merupakan satu kelompok masyarakat etnik peribumi yang terbesar di Sabah yang dikenal juga sebagai suku kaum Dusun

Adat Resam MengandungSewaktu mengandungBidan merupakan orang yang bertanggungjawab tentang kelahiran seorang anak.Tugasnya ialah sejak di dalam kandungan memastikan bayi dalam keadaan yang sihat dan dilahirkan.

Selepas LahirAdat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari.Anak itu diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama sementara dan nama sebenarNama sementara diberi kerana kalau terlalai memberi nama sementara roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh akan mendahului memberi nama dan berhak menuntut anak tersebut.

Upacara rasmi Madsapi atau Modsopik dilakukan untuk memberi nama sebenar pada hari kelapan.Upacara turun tanah atau disebut Mintuhun atau Minuhun dilakukan semasa anak itu berusia kira-kira satu bulan. Anak itu dibawa oleh ibunya sendiri dengan beberapa barang iaitu:Sebuah berait atau bakul yang dianyam daripada rotan, bertutup dan bertali untuk disondong. Berait ini diisi dengan pelbagai alatan.

Sebilah mamadik iaitu pisau kecil yang digunakan untuk menghalau Rogon Gaiyoh.

Serangkai Komburongoh, iaitu jerangau sejenis rumput yang dianggap ibu kepada segala semangat dalam upacara perubatan tradisi mereka.

Sebuah siud iaitu tangguk yang diperbuat daripada jaring. Sebelum memijak tanah, tapak kaki anak tersebut diconteng dengan arang kuali dengan satu garis lurus hingga ke atas dahinya. Setelah selesai, barulah kaki anak itu dipijakkan ke tanah. Ketika anak itu dibawa semula ke dalam rumah, ibunya akan membawa bersama sedikit rumput-rampai dari halaman rumah yang sudah dipijak oleh anaknya. Kemudian rumput itu dicampurkan ke dalam air mandian .

PERKHAWINANKebanyakan orang Kadazan lazimnya berkahwin ketika umur mereka meningkat 16 tahun atau selepas 21 tahun. Ada juga yang berkahwin melalui perjanjian yang dipersetujui oleh ibu bapa kedua-dua pihak semasa mereka masih kecil lagi.Terdapat 4 peringkat iaitu:merisik,meminang,bertunang dan majlis perkhawinan.

Merisik- prosesnya boleh memakan masa berbulan-bulan. Hendaklah dilakukan pada waktu pagi manakala waktu petang dan malam adalah dilarang. Hari menghantar cincin ditetapkan.

Cincin tanda dipanggil cincin menanti mimpi-dihantar waktu pagi. Cincin diletakkan dibawah bantal ibubapa =Mimpi baik-teruskan =Mimpi buruk yang boleh diperbaiki-bayar sugit mimpi kepanasan =Mimpi buruk-dibatalkan

KEMATIANTerdapat 3 peringkat iaitu: semasa kematian,pengembumian dan selepas kematian.Semasa kematian :terdapat beberapa adat yang dilakukan ketika berlakunya sesuatu kematian iaitu adat memberitahu, berjaga-jaga dan moginupus.

Memberitahu semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini penting kerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh keluarga si mati.

2.Berjaga-jagaSelepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan dipakaikan dengan pakaian yang indah-indah dan kemudian direnjiskan dengan air wangi. Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok, ahli keluarga akan memasukkan rokok ke dalam mulut si mati supaya tidak kempunan.Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama tiga, lima atau tujuh hari sebelum dikebumikan.

Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung besar yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan mayat. Untuk mengelak daripada serangan burung itu, mereka menyangkut pakaian di sekeliling mayat. Burung itu akan menyangka pakaian tersebut adalah tubuh rnanusia.

3. MoginupusMoginupus adalah bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si mati. Ahli keluarga akan memukul harta benda seperti gong, tajau atau apa-apa sahaja yang terdapat di sekeliling rumah sebagai marah terhadap iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian.

Bagi keluarga yang kaya, kerbau atau lembu akan disembelih pada hari pengkebumian sebagai penghormatan yang terakhir. Daging kerbau yang telah dimasak akan diberi kepada orang yang hadir pada hari itu.Tanduk kerbau atau lembu yang telah dikorbankan akan disangkutkan pada kayu nesan kubur si mati nanti.

2.PengembumianMengusung mayat dengan menggunakan keranda atau tajau.Apabila tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua yang dikhaskan menunggu di liang kubur. Liang itu disapu dengan daun pinang hijau untuk mengelakkan semangat orang ramai yang mengikut ke kubur itu tinggal di liang tersebut.

Tujuan berbuat demikian untuk mengetahui adakah si mati ingat pada keluarganya atau tidak. Kalau kayu itu bertunas bererti dia masih ingat pada keluarganya tetapi jika tidak, si mati dianggap sudah melupai mereka yang masih hidup.

Selepas Kematian Makan Tiga dan Tujuh Hari Kenduri ini hanya diadakan secara kecil-kecilan sahaja(Hanya saudara-mara yang terdekat sahaja dipanggil menghadiri kenduri tersebut)dengan hidangan makanan harian masyarakat kadazan

Menitikkan tiga titik lilin ke bawah rumah melalui celah lantai. Sekiranya adat makan tujuh hari dilakukan, titikan lilin sebanyak tujuh kali pula dilakukan.

Makan Empat Puluh HariBerbeza daripada kenduri yang pertama kerana diadakan pada waktu siang dan malam. Kenduri ini juga lebih besar dengan memanggil keluarga yang ada pertalian dengan keluarga si mati, sahabat yang jauh dan dekat.Anak lelaki si mati perlu pergi kubur bapa atau ibu untuk menjemput mereka menyertai kenduri tersebut.Selepas anak balik barulah boleh menjamu selera

Makan Seratus Hari Tujuan kenduri seratus hari ini diadakan untuk merasmikan penukaran pakaian putih yang selama ini dipakai sebagai pakaian berkabung keluarga si mati dengan pakaian biasa. Rambut juga digunting. Pakaian yang ditanggalkan perlu dibakar segara. Ahli keluarga bebas memakai pakaian mengikut kegemaran masing-masing. Dengan ini mereka percaya segala kekotoran atau bala yang terlekat pada tubuh mereka akan hilang. Semangat roh si mati juga akan hilang dari tubuh badan mereka.

Makan Tiga Tahun Kenduri yang paling besar Kenduri ini dinamakan Kenduri Minum yang bermaksud makan-makan untuk kenangan.Seorang wanita yang telah lanjut usia perlu ada bersama hidangan tersebut yang dijadikan pengurus yang lebih dikenali sebagai pengupeh di kalangan masyarakat Kadazan.Pengupeh akan nyalakan lilin yang ada di setiap hidangan.

Pengupeh akan menjampi untuk memanggil hantu yang hendak makan hidangan tersebut. Hidangan yang ada di dalam talam dimasukkan ke dalam sebuah tempurung kelapa dan tempurung itu akan diletakkan di pangkal tangga rumah. Ini adalah untuk memberitahu hantu supaya tidak mengacau ahli keluarga yang masih hidup di situ.

PANTANG LARANG (KELAHIRAN)Pantang larang ibu mengandung: Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatuTidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatu Suami tidak boleh memotong rambut-- nanti rambut anak panjangTidak boleh makan buah mengandungi air Tidak boleh mencucuk hidung kerbau/lembu--bibir anak sumbing Tidak boleh siat telinga binatang-- telinga anak tidak sempurna

SEWAKTU BERSALINSuami tidak boleh berada jauh dari rumah ditakuti gangguan jin/ syaitanTidak boleh makan ikan bertulang keras,ikan berduri, nasi sejuk, dan nasi bercampur air Bayi tidak dibenarkan dibawa ke ruang yang terdedah seperti halaman rumah-ditakuti diganggu oleh roh jahat seperti Rogon Gaiyah Sahabat handai tidak dibenarkan melawat bayi sebelum upacara memberi nama

PANTANG LARANG(KEMATIAN)Setiap anggota masyarakat Kadazan tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara pengkebumian dilakukan. Pekerjaan menanam padi juga amat dilarang.Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan sekiranya mereka melakukan juga pekerjaan tersebut kerja-kerja itu hanya sia-sia sahaja kerana tidak mendatangkan hasil. Selain itu, kemungkinan mereka akan menimpa penyakit.

Tidak dibenarkan bercakap kasar atau marah-marah. Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang kedengaran, yakni dipalu perlahan-lahan.

Unggun api dibuat disekeliling rumah- pagar rumah dari roh jahat Tanduk kerbau dibakar untuk halau hantuMihad-menangisi mayat2 lelaki menunggang kuda/ kerbau keliling kampung Menerima sejemput beras/ garam Garam dilarut untuk membuang panas poudnya(badi/roh jahat). Beras supaya tanaman tidak rosak oleh poudnya itu.

Semulia sedekah ialah kain belacu sebagai kain bendera kubur Tidak boleh tidur selagi mayat diatas rumahMayat ditanam bersama barang-barangnyaHidung,mata,telinga, & ekor haiwan ternakan dibuat sajian si mati Papakan- sajian si mati dalam gelap Mamupus- keluarga si mati beri amaran roh tidak kembali

Peraturan moral dalam bangsa IBAN

Pengenalan1.Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak.2.Mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut.3. Kepadatan penduduk iban adalah di bahagian Kota Samarahan, SriAman, Sarikei, Sibu,Kapit, Bintulu dan Miri.4. Amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan (a)hukum adat (b)pantang-larang (c)tolak-ansur (toleransi) (d) berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain.5.Kebanyakan masyarakat iban pada hari ini menerima agama Kristian. 6. Dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban .

Kepercayaan Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai raban bansa dengan berpandukan nasihat 'Beliau' dan'Lemambang'. Contohnya:1.Membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu.2.Percaya pada petanda-petanda seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai.~Bunyi yang dikeluarkan adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak dan semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' atau 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka.~Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tetang sesuatu yang bakal terjadi pada masa yang akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. ~Bagi menghidar alamat yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai raban bangsa.

Setiap rumah panjang mesti mempunyai dua pemimpin seperti :

1. Tuai Rumah Tugasnya:(a)hubungan antara keluarga(b)masalah hubungan (c) masalah yang berkaitan dengan alam nyata.

2. Tuai BurongTugasnya:(a)hubungan manusia dengan makhluk ghaib.(b)mengetuai sesuatu upacara ritual.(c)perubatan tradisional.(d)mengamalkan sistem perubatan Manang.

Manang adalah:bomoh atau pawang dalam kalangan orang Melayu. status Manang sebagai tinggi dan mesti dihormati.dianggap golongan istimewa. berperanan menyakinkan masyarakat Iban bahawa setiap penyakit atau keuzuran dapat diatasi dengan amalan penjagaan kesihatan yang diwarisi.Sesiapa yang melanggarnya akan disumpah dan dibalas dengan keuzuran yang lebih teruk.

Faktor ghaib pula melibatkan semangat dan unsur ghaib, serta juga pantang larang seperti kempunan. Masyarakat Iban percaya bahawa ala mini dikuasai oleh suatu kuasa yang tertinggi dan dibantu oleh satu organisasi dalam mengatur hal ehwal manusia. Selain kuasa tertinggi, masyarakat Iban mempunyai kepercayaan animisme bahawa makhluk-makhluk lain atau kuasa-kuasa ghaiblah yang sering mengganggu kesihatan mereka. Manang juga boleh menggunakan makhluk-makhluk tersebut untuk mencapai hasrat mereka atau hasrat individu tertentu, sehingga membawa kecelakaan atau keuzuran kepada seseorang

PANTANG LARANG KETIKA TIDUR Pantang larang ketika tidur hanya tertakluk di luar rumah.Contohnya :-1.Mereka dilarang menunjuk ke dahan reput di atas pokok.2.Mereka juga dilarang tidur di kawasan yang terlalu bersih atau terlalu cantik kerana mereka percaya kawasan sebegitu berpenunggu.

PANTANG LARANG UNTUK BUDAYA MENGURUTMasyarakat Iban mengamalkan budaya mengurut untuk mengelakkan sakit badan dan tegangurat. Bagi mereka, mengurut dapat meredakan ketegangan perasaan, ketakutan, dan seterusnya memberi kedamaian dan ketenangan.Contohnya :1. Dilarang mandi selepas berurut kerana boleh menambahkan lagi kesakitan dan keuzuran.

PANTANG LARANG UNTUK BERSUKANDalam penjagaan kesihatan masyarakat Iban, bersukan juga mempunyai pantang larangnya.Contohnya :-1.Mereka tidak dibenarkan mandi selepas bersukan #mandi boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami kembang badan, tangan dan khususnya kaki kerana air mandian boleh masuk ke dalam liang roma selepas bersukan.

PANTANG LARANG SEWAKTU MENGANDUNG

Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang. Antaranya seperti berikut:

1.Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja.

2.Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak.3.Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.

4.Suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.5.Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya bayi tidak berkepala besar.6.Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.7.Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat didalam rahim semasa dilahirkan.