p4202 - bab 2 pengauditan

Upload: chris

Post on 30-May-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 P4202 - BAB 2 Pengauditan

    1/11

    BAB 2 : PENGAUDITAN

    Pengenalan

    Juruaudit syarikat perlu mempunyai kelayakan yang diperlukan oleh Seksyen 15 Akta

    Akauntant 2000 (disemak 1972)

    Bahagian I dan II Jadual Pertama : ahli badan perakaunan yang diiktiraf berikut layak

    memohon lessen untuk menjadi juruaudit syarikat :

    a. Malaysian Institute of certified Public Acccountant (MICPA)

    b. Institute of Chartered Accountants of Scotland

    c. Institute of Chartered Accountants in England & Wales

    d. Institute of Chartered Accountants in Ireland

    e. Institute of Chartered Accountants (United Kingdom)

    f. Institute of Chartered Accountants in Australia

    g. Australian Society of Accountants

    h. New Zealand Society of Chartered Accountants

    i. Canadian Institute of Accountants

    j. Institute of Chartered Accountants of India

  • 8/9/2019 P4202 - BAB 2 Pengauditan

    2/11

    Seseorang juruaudit perlu :

    - Mempunyai kemahiran dalam profesion ijazah perakauanan dari university

    yang diiktiraf, lulus semua peperiksaan MICPA dan pengalaman sekurang-

    kurangnya 3 tahun dalam bidang perakauanan

    - Berwibawa dan jujur

    - Pertimbangan yang waras

    - Pemikiran yang kritikal dan analitis terhadap bukti audit

    - Berhati-hati tetapi tegas

    - Merahsiakan maklumat sulit yang diterima, mendedahkan maklumat penting

    berkenaan audit

    Juruaudit boleh mengamal secara individu atau perkongsiaan

    Kebebasan Juruaudit

    Konsep kebebasan dilihat dari 2 sudut :

    i. Secara nyata

    - Pendapat yang objektif

    - Tidak dipengaruhi

    - Kebebasan pemprograman

  • 8/9/2019 P4202 - BAB 2 Pengauditan

    3/11

    - Kebebasan pemeriksaan

    - Kebebasan melapor

    ii. Pada rupa

    - Situasi / hubungan

    - Timbulkan konflik

    Kelayakan juruaudit

    a. Ahli badan professional perakaunan yang diiktiraf

    b. Mendaftar sebagai akauntant awam bertauliah dengan MIA (Sek 22 Akta

    Akauntant)

    - Adalah menjadi tanggungjawab pengarah / pengurus syarikat untuk pastikan

    rekod-rekod perakaunan disimpan dengan sempurna supaya penyata kewangan

    dapat disediakan dan rekod-rekod dapat diaudit

    Syarat-syarat Perlantikan

    a. Akauntant bertauliah

    b. Memohon kelulusan Menteri Kewangan ( Sek 8 (10 Akta Ssyarikat)

    c. Membayar yuran pendaftaran bila mendapat kelulusan Menteri ( Sek 8 (2) Akta

    Syarikat)

    d. Tertakluk kepada Sek 9 (1) dan sek 9 (2) Akta Syarikat untuk menjamin

    kebebasan juruaudit

  • 8/9/2019 P4202 - BAB 2 Pengauditan

    4/11

    Orang-orang yang tidak layak dilantik sebagai juruaudit :

    i. Bukan juruaudit yang sah

    ii. Berhutang lebih RM2500 dengan syarikat yang diaudit

    iii. Pegawai syarikat yang diaudit

    iv. Pekongsi pegawai syarikat diaudit

    v. Majikan pegawai syarikat diaudit

    vi. Pekerja atau kakitangan pegawai syarikat diaudit

    vii. Pekongsi bagi pekerja pegawai syarikat diaudit

    viii. Pekerja bagi pekerja pegawai syarikat diaudit

    ix. Pemegang syer / isteri / saudara

    x. Pemegang buku daftar ahli syarikat / buku daftar debenture

    xi. Pernah menjadi pegawai syarikat dalam tempoh 12 bulan terdahulu

    Prosedur Perlantikan

    Akta Syarikat : juruaudit pegang jawatan untuk tempoh setahun perlu resolusi

    AGM untuk lantik semula Juruaudit Awam

    Perlantikan juruaudit awam melalui AGM boleh jika :

    a. Seorang juruaudit awam bertanding semula / sedang sandang jawatan

    juruaudit awam

    b. Calon yang baru dicadang untuk bertanding sebagai juruaudit awam

    Syarat-syarat :

  • 8/9/2019 P4202 - BAB 2 Pengauditan

    5/11

    a. Sek 172 (11) akta syarikat : calon baru notis pencalonan diterima sekurang-

    kurangnya 21 hari AGM

    b. Sek 172 (12) Akta Syarikat : calon lama notis pencalonan diterima

    sekurang-kurangnya 7 hari sebelum AGM

    Bagi calon baru, selepas notis diterima, syarikat perlu buat salinan notis dan

    hantar dalam tempoh 7 hari sebelum AGM kepada :

    a. Juruaudit awam yang dicalonkan

    b. Setiap juruaudit sedia ada

    c. Orang-orang yang layak terima notis AGM

    Siapa lantik Juruaudit awam?

    Secara am : syarikat dalam AGM Sek 172 (2) Akta Syarikat

    3 pihak lain yang boleh lantik juruaudit awam

    a. Pengarah dalam 2 situasi :

  • 8/9/2019 P4202 - BAB 2 Pengauditan

    6/11

    i. Juruaudit awam pertama pada bila-bila masa sebelum AGM pertama dan

    sehingga habis AGM pertama Sek 172 (1)

    ii. Untuk isi kekosongan mengejut juruaudit awam syarikat Sek 172 (3)

    b. Ahli-ahli syarikat Sek 172 (2)

    c. Pendaftar atas permohonan bertulis ahli syarikat jika tiada perlantikan

    juruaudit awam dibuat oleh pengarah/ syarikat sek 172 (14)

    Perletakan jawatan

    Boleh letak jawatan jika :

    a. Dia bukan juruaudit tunggal syarikat boleh letak jawatan pada bila-bila

    masa tapi berkuatkuasa sehingga perlantikan baru dibuat dalam AGM khas

    untuk lantik juruaudit awam baru

    b. Dalam AGM dan tidak secara lain sek 174 (14)

    Pemecatan

  • 8/9/2019 P4202 - BAB 2 Pengauditan

    7/11

    Bila juruaudit dilucutkan jawatan oleh syarikat sebelum tamat tempohnya

    Cara :

    a. Melalui resolusi syarikat pada 1 AGM di mana 1 notis khas telah diberi

    terlebih dahulu dan bukan sebaliknya ( ie pengarah boleh cadangkan sahaja,

    tidak boleh singkirkan) sek 172 (4)

    b. Prosedur penyingkiran bila notis khas telah diterima oleh syarikat :

    i. 1 salinan notis untuk juruaudit awam berkenaan dan 1 salinan untuk

    Pendaftar

    ii. Dalam masa 7 hari selepas terima notis, juruaudit awam boleh buat

    penjelasan bertulis kepada syarikat dan mohon 1 salinan penjelasan

    tersebut dihantar kepada setiap ahli syarikat sebelum mesyuarat di mana

    resolusi itu akan dipertimbangkan sek 172 (5)

    c. Melainkan Pendaftar memutuskan sebaliknya ( atas permohonan ahli

    syarikat), syarikat hendaklah hantar 1 salinan penjelasan berkenaan kepada

    ahli-ahli seperti diminta sek 172 (6)

  • 8/9/2019 P4202 - BAB 2 Pengauditan

    8/11

    Surat Persetujuan

    Sek 9 (6) Akta Syarikat selepas terima tawaran perlantikan, juruaudit perlu buat

    pengesahan bertulis kepada syarikat surat persetujuan

    Isi kandungan surat :

    i. Objektif audit

    ii. Tanggungjawab pihak pengurusan

    iii. Skop audit

    iv. Bentuk laporan

    v. Risiko

    vi. Pemberitahuan untuk dapatkan apa-apa rekod, dokumen

    Hantar kepada pengarah, pengarah tandatangan dan kembalikan salinan kepada

    juruaudit awam

    Komunikasi Dengan Juruaudit Terdahulu

    Sebelum terima perlantikan, juruaudit awam baru mesti hubungi juruaudit awam

    lama untuk dapatkan kepastian mengapa berlakunya perubahan juruaudit awam

    Walau bagaimanapun, juruaudit awam baru perlu mendapatkan kebenaran

    daripada syarikat terlebih dahulu

  • 8/9/2019 P4202 - BAB 2 Pengauditan

    9/11

    Juruaudit awam tidak boleh mendedahkan maklumat sulit tanpa izin syarikat

    ( etika kerahsiaan)

    Juruaudit awam berhak menolak perlantikan jika syarikat tidak membenarkan

    juruaudit awam lama menghubunginya/ dedah maklumat)

    Tujuan :

    i. Tahu latar belakang dan wibawa syarikat

    ii. Tahu apa-apa pertelingkahan antara juruaudit awam dengan syarikat

    iii. Tahu kekurangan/ kelemahan Sistem Kawalan Dalaman, Sistem

    Perakaunan bantu perancangan pelaksaan audit

    Hak & kuasa

    a. Dapatkan semua rekod-rekod perakauanan lain, dokumen, baucer, maklumat

    dan apa-apa penjelasan yang perlu dari pegawai syarikat induk, anak syarikat,

    syarikat berkaitan sek 174 (4 &5)

    b. Sek 174 (7) juruaudit berhak :

    i. Hadir semua AGM syarikat

    ii. Terima semua notis tentang AGM

    iii. Diperdengarkan dalam semua AGM tentang apa-apa sahaja berkaitan

    tugasnya sebagai juruaudit awam

    iv. Membuat rayuan bertulis tentang pemecatannya

    c.Laporan bertulis kepada Pendaftar tentang syarikat yang tidak patuh akta danapa-apa yang tidak dapat diselesaikan melalui laporkannya sek 174 (8)

    Tanggungjawab

  • 8/9/2019 P4202 - BAB 2 Pengauditan

    10/11

    a. Sek 174 (1)

    i. Laporkan kepada ahli-ahli syarikat tentang penyata kewangan

    ii. Dalam laporan audit, juruaudit awam beri pendapat samada penyata

    kewangan dan laporan pengarah mengikut Akta atau tidak, rekod-rekod

    perakaunan disimpan dengan baik atau tidak.

    b. Sek 174 (2)

    i. AUR dan KKK dan nota akaun syarikat disediakan dengan betul atau tidak

    mengikut sek 169

    ii. Rekod-rekod perakaunan disimpan dengan rapi oleh syarikat

  • 8/9/2019 P4202 - BAB 2 Pengauditan

    11/11

    iii. Akaun gabungan

    - Nama anak-anak syarikat yang tidak audit

    - Puashati dengan penyediaan AK gabungan

    - Telah terima maklumat dan penjelasan yang perlu

    - Kekurangan / ketidaklaziman dalam Ak Gabungan

    c. Sek 174(3) : laporkan jika :

    i. Telah menerima maklumat dan penjelasan yang diperlukan dari pegawai

    syarikat

    ii. Penyata-penyata pejabat cawangan yang diterima (tidak dilawati) untuk

    diaudit memadai atau tidak

    iii. Prosedur yang digunakan oleh syarikat induk / anak syarikat untuk Ak

    Gabungan sesuai atau tidak