kkbi bm budaya-isi

50
1 1.0 PENDAHULUAN Setiap bangsa di dunia ini sememangnya memiliki budayanya tersendiri. Jika dikatakan sesuatu bangsa itu hebat, maka mesti mempunyai budaya yang hebat juga. Ini kerana manusia merupakan makhluk Allah yang unik kerana manusia merupakan sekumpulan hidupan yang mempunyai dan mengamalkan budaya. Sesuai dengan fitrah manusia, budaya juga merupakan elemen yang membecakan manusia dengan hidupan yang lain. Sebenarnya, istilah “kebudayaan” ini telah digunakan secara meluas dalam bidang antropologi budaya, manakala dalam disiplin antropologi budaya tiada terdapat perbezaan maksud di antara perkataan “budaya” dengan “kebudayaan”. Jika dilihat dari sudut konsep kebudayaan, huraian konsep ini agak rumit dan mengundang kecelaruan akibat dari perbezaan disiplin dan perspektif kebudayaan. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia, yang berperanan penting dalam proses pembangunan Negara di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan kea rah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Hal ini memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam melaksanakan proses secara berterusan. Bagi sebuah Negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan Negara. Menurut ahli antropologi, budaya ialah satu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari merupakan asaskepada pertumbuhan budaya. Pelbagai konsep yang diberikan oleh sarjana-sarjana berhubung dengan pengertian budaya. Terdapat dua orang tokoh iaitu

Upload: ros-muhamad

Post on 24-Dec-2015

267 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

bm budaya

TRANSCRIPT

Page 1: Kkbi Bm Budaya-Isi

1

1.0 PENDAHULUAN

Setiap bangsa di dunia ini sememangnya memiliki budayanya tersendiri. Jika dikatakan

sesuatu bangsa itu hebat, maka mesti mempunyai budaya yang hebat juga. Ini kerana

manusia merupakan makhluk Allah yang unik kerana manusia merupakan sekumpulan

hidupan yang mempunyai dan mengamalkan budaya. Sesuai dengan fitrah manusia,

budaya juga merupakan elemen yang membecakan manusia dengan hidupan yang lain.

Sebenarnya, istilah “kebudayaan” ini telah digunakan secara meluas dalam bidang

antropologi budaya, manakala dalam disiplin antropologi budaya tiada terdapat perbezaan

maksud di antara perkataan “budaya” dengan “kebudayaan”.

Jika dilihat dari sudut konsep kebudayaan, huraian konsep ini agak rumit dan mengundang

kecelaruan akibat dari perbezaan disiplin dan perspektif kebudayaan. Kebudayaan

merupakan keseluruhan cara hidup manusia, yang berperanan penting dalam proses

pembangunan Negara di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha

yang dijalankan kea rah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Hal ini

memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam

melaksanakan proses secara berterusan.

Bagi sebuah Negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, proses

pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya

dapat melahirkan cara hidup yang bersifat baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa

dan ketahanan Negara.

Menurut ahli antropologi, budaya ialah satu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia

yang dipelajari merupakan asaskepada pertumbuhan budaya. Pelbagai konsep yang

diberikan oleh sarjana-sarjana berhubung dengan pengertian budaya. Terdapat dua orang

tokoh iaitu A.L Kroeber dan C.Kluchon telah mengumpul sejumlah 160 definisi budaya yang

telah digunakan oleh sarjana-sarjana. Prof. Dr. Sidek Baba menyatakan bahawa budaya

dalam pengertian yang luas adalah pancaran daripada budi dan daya. Seluruh apa yang

difikir, dirasa, direnung dan diamalkan dalam bentuk daya menghasilkan kehidupan.

Budaya adalah cara hidup sesuatu bangsa atau umat. Makna budaya pada hari ini dibatasi

dengan maksud lagu, muzik, tarian, lakonan dan seumpamanya. Budaya tidak lagi dilihat

sebagai pancaran ilmu dan pemikiran yang tinggi dan murni dari sesuatu bangsa untuk

mengatur kehidupan berasaskan peradaban.

Page 2: Kkbi Bm Budaya-Isi

2

Budaya bersifat universal tetapi pada masa sama terdapat perbezaan antara budaya satu

masyarakat dengan masyarakat yang lain. Sesuatu kebudayaan berkembang dan terus

dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan apabila

berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan sebagai

alternative atau menokok kepada apa yang telah sedia ada. Dikatakan bahawa manusia itu

sendiri membentuk budaya dan perkembangan budaya

Page 3: Kkbi Bm Budaya-Isi

3

2.0 TEORI ASAL USUL ORANG MELAYU

2.1 Ulasan Teori Asal-usul

Asal usul orang Melayu memang selalunya menimbulkan misteri dan perdebatan di

kalangan ahli akademik dunia. Daripada ahli sejarah, arkeologi, linguistik, geologi, biologi,

genetik dan sebagainya, masing-masing mempunyai pendapat sendiri mengenai dari mana

asal usul orang Melayu. Ini kerana, contohnya, bukti-bukti yang dikemukan oleh ahli

linguistik, bercanggahan pula dengan bukti-bukti yang dikemukan oleh ahli biologi, atau

bukti-bukti yang dikemukan oleh ahli sejarah, bercanggahan pula dengan bukti-bukti ahli

genetik. Semua bukti-bukti yang dikemukakan oleh pakar-pakar akademik ini, tiada pun

yang bersetuju atau sama. Mereka saling berdebat dan bercanggah antara satu sama yang

lain. Walaupun di bidang yang sama, seperti arkeologi, timbul perselisihan dan

percanggahan sesama ahli-ahli arkeologi dunia mengenai asal usul orang Melayu.

Teori Yunnan

Diambil dari Kebudayaan Melayu, oleh Husin Fateh Din dan Nazariyah Sani, teori ini

disokong oleh beberapa sarjana R.H.Geldern,J.H.C Kern,J.R Foster,J.R

Logen,Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Antara alasan-alasan yang menyokong

teori ini adalah seperi :

a) Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah di Kepulauan

Melayu .perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke

Kepulauan Melayu;

b) Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (berhampiran

dengan sempadan India dengan Myanmar);

c) Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di kemboja. Lebih lanjut

lagi,penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri

sungai Mekong.perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus

menandakan pertaliannya dengan dataran Yunnan

Teori Nusantara

Teori ini disoking oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir

Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan

seperti berikut:

Page 4: Kkbi Bm Budaya-Isi

4

a) Bangsa Melayu dan Bangsa Kawa mempunyai tamadun yang tinggi

Pada abab ke 19, taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang

lama.pekara ini menunjukan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi

berasa dan berkembang di Nusantara.

b) K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa

Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa. Baginya,

persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena ” ambilan ”.

c) Manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa.

Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan

orang melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut iaitu berasal dari Jawa

dan mewujudkan tamadun bersendirian

d) Bahasa di Nusantara (Bahasa Austrinesia ) mempunyai perbezaan yang ketara

dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah )

2.2 Justifikasi

a) Bahasa Melayu dari Asia Tengah

Teori ini menegaskan bahawa penduduk di Nusantara berasal dari daerah-daerah di daratan

Asia, yang diyakini membawa bahasa mereka ke mana-mana mereka pergi, termasuk Asia

Tenggara.

i) Jumpaan arkeologi:

Von Heine-Geldern (sarjana Austria): Kapak kuno (beliung batu bersegi panjang) yang

ditemukan di beberapa tempat di kepulauan Melayu berasal dari Sungai Brahmaputra,

Irrawaddy, Salween, Yangtze dan Hwang dibawa oleh orang zaman Neolitik (Zaman Batu

Baharu) Asia Tengah ketika mengembara ke Kepulauan Melayu.

ii) Persamaan bahasa

J.H.C Kern (ahli filologi Belanda seorang pakar bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa

Austronesia): Perkataan-perkataan seperti padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan dan ubi

yang digunakan di Nusantara terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa

Page 5: Kkbi Bm Budaya-Isi

5

buah pulau di Lautan Pasifik, dapat menunjukkan bahasa Melayu berasal daripada induk

yang sama seperti yang terdapat di Asia.

W. Marsden: Terdapat persamaan antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia, iaitu

bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau di Lautan Pasifik.

W. Humboldt: Bahasa Melayu, terutama bahasa Jawa, telah banyak menyerap

bahasa Sanskrit yang berasal dari India.

J.R. Foster: Persamaan dari segi pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa

Polinesia menunjukkan bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih

tua, iaitu bahasa Melayu Polinesia Purba.

iii) Adat resam suku bangsa

J.R. Logan: Persamaan adat resam Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam (di

daerah Burma dan Tibet) dapat dianggap berkait rapat dengan bahasa; menunjukkan

bahasa Melayu berasal dari Asia.

G.K. Nieman dan R.M. Clark: Berdasarkan adat resam dan bahasa, daratan Asia

merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu

b) Bahasa Melayu dari Nusantara

J. Crawfurd (sarjana British): Berdasarkan kajiannya tentang perbandingan bahasa yang

terdapat di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia, bahasa di Nusantara

berasal daripada bahasa di Jawa (bahasa Jawa), dan bahasa dari Sumatera (bahasa

Melayu), menjadi induk bagi bahasa serumpun di Nusantara.

Bangsa Jawa dan Melayu memiliki taraf kebudayaan tinggi dalam abad ke-19

hanya dapat dicapai dalam beberapa abad, menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari

tempat lain, sebaliknya induk yang menyebarkannya ke tempat lain.

K. Hilmy & P.W. Schmidt: Berdasarkan perbandingan bunyi, bentuk kata, kosa kata dan

ayat bahasa Campa, Khmer-Mon dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara, bahasa Melayu

dalam bahasa yang dikajinya hanya bahasa ambilan (pinjaman)

Page 6: Kkbi Bm Budaya-Isi

6

C.A. Mees: Semua bahasa Austronesia, walaupun berbeza, memperlihatkan titik

persamaan yang banyak, apatah lagi kata dasar bahasa Melayu tidak berubah dalam

morfologi, dapat menunjukkan bahawa bahasa di Asia Selatan dan Asia Tenggara berbeza

daripada bahasa di Asia Tengah.

Prof. Bernd Nothofer (Pengarah Pengajian Asia Tenggara di Universiti Frankfurt): Isolek-

isolek yang sangat berbeza dalam kalangan orang Iban, Sarawak, Selako dan Kendayan

menunjukkan bahawa daerah Borneo tanah asal orang Melayu.

.2.3 Takrif Melayu

Definisi Awal

Pada awalnya, istilah Melayu digunakan untuk merujuk kepada kerajaan atau tempat atau

kawasan. M. Ptolemy (100-150 M), dalam karyanya, Geographike Sintaxis, menggunakan

istilah maleu-kolon, dipercayai daripada perkataan Sanskrit (malayakolam atau

malaikurram), merujuk kepada tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia. Tulisan

China pada zaman Dinasti Tang (644-645 M), menggunakan istilah Mo-lo-yeu kepada

kerajaan di Jambi (di selatan Sumatera) mempersembahkan hasil bumi kepada kaisar China

mungkin digunakan kepada suku-suku di daerah Tanah Melayu. I-Tsing (rahib Buddha dari

China, 675-685 M), menggunakan perkataan Mo-lo-yu kepada kerajaan Melayu di Sungai

Batang dan kerajaan Sriwijaya di Palembang yang pernah dilawatinya.

Beberapa buah buku catatan orang China, seperti Ta Dang Si Yu Chiu Fia Kao Cheng

Zhuan dan Han Nan Chi Guai Nun Fa Zhuan menggunakan perkataan Mo Lou Yu.; Chen

Chung Shin dalam buku Tong Nan Ya Lien Guo Zhi (“Negeri-Negeri di Asia Tenggara”)

menyebut bahawa orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu mendapat nama

daripada perkataan Mo Lo Yu, tetapi orang Cina ketika itu menyebutnya sebagai Ma Li Yi

Er, Wu Lai Yu dan Ma La Yu. Perkataan Wu Lai Yu pula terdapat dalam buku Hai Lu Chu

dan Zheng He Hang Hai Tu

Definisi dari segi Etimologi

Zuber Osman menyatakan perkataan Melayu daripada perkataan malaya, kependekan bagi

hima laya, yang bermakna “tempat yang bersalji”. Batu bersurat Bukit Gombak Satu di

Page 7: Kkbi Bm Budaya-Isi

7

Sumatera Barat: tertulis perkataan Malayapura yang bermaksud “kota Melayu” atau

“kerajaan Melayu”, mungkin asal perkataan Melayu.

Menurut Harun Aminurrashid, Perkataan Melayu berasal daripada istilah Malaya (bahasa

Sanskrit), Malai (bahasa Tamil), dan Malayo (bahasa Portugis), kesemuanya bererti “bukit”

atau “tanah tinggi”. Dr. Khoo Kay Kim mengaitkan dengan perkataan mlayu dalam bahasa

Jawa, yang bererti “lari” , dikaitkan dengan Parasmeswara, pengasas kerajaan Melayu

Melaka, lari dari Palembang ke Temasik, dan lari lagi ke Melaka, sebagai “bangsa yang lari”.

Omar Amir Husin, Perkataan Melayu berdasarkan nama daerah di Persia, Mahaluyah,

bahawa penduduk Mahaluyah mengembara dan menetap di Sumatera dan sekitarnya

dengan membawa dan menyebarkan pengaruh Persia ke dalam budaya tempatan.

Definisi Berdasarkan Bangsa

Takrifan Melayu dari segi suku bangsa pula menyatakan Melayu mestilah daripada

keturunan suku Melayu dari segi darah dagingnya, bertutur bahasa atau dialek Melayu dan

berkebudayaan serta beradat resam Melayu.  Suku Melayu jenis ini terdapat di

Semenanjung Malaysia, termasuk Thailand Selatan, Pantai Sarawak, Brunei, Pantai Sabah,

Pesisir Kalimantan, Indonesia dan lain-lain.

UNESCO (1972), Melayu sebagai suku bangsa di Semenanjung termasuk orang-orang

Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. Menurut takrifan yang diberikan

oleh UNESCO berdasarkan kajian yang dibuat menyatakan Melayu itu merupakan satu

keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa yang sama, bentuk fizikal tubuh

badan yang hampir sama, berkulit sawo matang, rambut lurus, berketinggian sederhana dan

penduduk asli di satu kawasan yang sangat besar.

Perkara 160 Perlembagaan Malaysia menganggap Melayu ialah “...seseorang yang

menganut agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu...”. Ini

menjadikan Melayu bangsa Melayu bersifat “sistem terbuka” (yang dibuka kepada sesiapa

sahaja yang memenuhi takrif tersebut.

Kemudian, Asmah Hj. Omar juga menyatakan bahawa takrifan Melayu yang lebih umum

merujuk kepada suku bangsa yang menuturkan bahasa Melayu.  Antara kawasan atau

petempatan kelompok ini ialah di Semenanjung Tanah Melayu, pantai Timur Sumatera,

Brunei dan beberapa buah kawasan berhampiran.  Bahasa bagi kelompok ini ialah bahasa

Melayu di Malaysia, manakala di Indonesia bahasanya disebut sebagai bahasa Indonesia.

Page 8: Kkbi Bm Budaya-Isi

8

3.0 KEBUDAYAAN DALAM MASYARAKAT MELAYU

3.1 Definisi Pantun

Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman

berzaman lagi. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu

membaca dan menulis lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk

menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu

perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk

bersuka-suka.

Harun Mat Piah (1989), telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan

aspek luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi

(tema dan persoalan). Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek:

i) Penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut

tanggapan dan pandangan dunia masyarakat melayu.

ii) Hubungan makna antara pasangan pembayang-pembayang dengan pasangan

maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.

Menurut Za'ba pula, ialah kaedah rangkapan yang tertua dan asalnya kepunyaan

masyarakat Melayu. Sebelum orang Melayu tahu tentang surat-menyurat, mereka telah

pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesama sendiri.

Secara ringkas, pantun dapat didefinisikan sebagai sejenis puisi lama yang terdiri daripada

empat baris dalam tiap-tiap rangkap atau sajak pendek. Setiap rangkap biasanya empat

baris dan dua baris. Bagi pantun yang popular, bentuknya terdiri daripada empat baris iaitu,

dua baris pembayang dan dua baris maksud.

Pantun merupakan warisan puisi Melayu tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang

dek panas. Pantun pada kebiasaannya mempunyai empat rangkap, tetapi pantun boleh

mempunyai rangkap yang genap bermula daripada dua, empat, enam sehingga empat

belas. Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pembayang

pada separuh rangkap pertama, dan bahagian maksud pada separuh rangkap kedua.

Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah

maksud. Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar. Setiap baris pantun

Page 9: Kkbi Bm Budaya-Isi

9

mempunyai sembilan atau sepuluh suku kata walaupun terdapat rangkap pantun yang

mempunyai lapan sehingga dua belas suku kata.

Pantun mementingkan keseimbangan bunyi antara rangkap pembayang dengan rangkap

maksud. Keindahan dalam pantun dilihat daripada aspek rima akhir serta eufoninya. Eufoni

merupakan kombinasi yang dianggap enak dan sedap didengar. Kata-kata yang dipilih bagi

mencipta pantun harus berima dan beralun.

Selain itu, dalam pantun Melayu juga mengandungi unsur emotif yang boleh membangkitkan

perasaan untuk menjadikan sesuatu pantun lebih berkesan dan bermakna. Melalui

bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk

menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan

cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau

rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.

3.2 Konsep Budi Dalam Pantun Melayu

pantun merupakan salah satu budaya bangsa Melayu yang asli. Masyarakat Melayu

tradisional amat menyanjung tinggi budi. Hal ini dapat dilihat melalui bahasa yang

diungkapkan dan makna yang diterjemahkan melalui pantun bertemakan budi. orang

Melayu mempunyai kebijaksanaan dalam memanipulasikan setiap kata dan gaya hidup

mereka dalam pantun. Masyarakat Melayu pula merupakan masyarakat yang mempunyai

daya fikir yang amat tinggi. Mereka mencipta serta mendedahkan rasa melalui pantun yang

diciptanya.

 Haron Mat Piah (1989:206) menyatakan dari segi tema dan isi, pantun dapat membawa

pelbagai tema yang menerangkan dan amalan hidup bermasyarakat antaranya ialah

pengajaran, nasihat, agama dan adat. Masyarakat Melayu menggunakan pantun bagi

menyampaikan maksud dengan menggunakan patah–patah perkataan yang baik dan

mempunyai makna yang tersirat untuk menegur, menasihati, dengan menggunakan

perkataan–perkataan yang tidak menyinggung perasaan orang yang mendengar pantun

tersebut.

 Menurut Wilkinson dan Winstedt(1961:3) untuk mengenali budi orang Melayu adalah

dengan memahami pantun Melayu. Menerusi pantun Melayu kita dapat mengenal betapa

masyarakat Melayu sangat menyanjung perilaku berbudi. Malah kehalusan budaya dan

bahasa dalam masyarakat Melayu menyebabkan orang Melayu banyak meneliti, memikir,

Page 10: Kkbi Bm Budaya-Isi

10

menaakul sesuatu perkara. Namun bentuk pernyataan yang ingin diutarakan dalam

pertuturannya diungkap menerusi pantun. Mereka lebih suka berkias ibarat untuk

menyampaikan sesuatu menerusi berpantun. Konsep pantun budi ini berdasarkan kepada

budi yang diberi dengan hati yang ikhlas dan tidak mengharap apa–apa balasan daripada

orang yang menerima budi.

Nilai budi yang ada dalam pantun diserapkan dalam masyarakat sebenarnya mampu

mengangkat martabat sesuatu bangsa. Ketinggian martabat sesuatu bangsa bertunjangkan

budi yang ada dalam kelompok masyarakatnya. Malah menerusi pantun Melayu lama

mencerminkan sifat dan sikap orang Melayu yang nyata amat mementingkan budi kerana

budi itu mampu menjadi tonggak utama pembentukan sesuatu bangsa yang bermartabat di

persada antarabangsa.

Page 11: Kkbi Bm Budaya-Isi

11

4.0 TASAWUR DAN KOSMOLOGI MASYARAKAT MELAYU

Setiap bangsa, sama ada berdasarkan kitab wahyu, mitos, atau falsafah pemikiran warisan

turun temurun, mempunyai tanggapan tersendiri tentang penciptaan alam semesta dan

pemikiran yang berkaitan dengannya. Walaupun kosmologi Melayu moden lebih

dipengaruhi oleh kosmologi Islam namun tamadun Melayu yang pernah berada di bawah

pelbagai pengaruh budaya sebelum Islam turut mengambil tempat dicelah-celah pentafsiran

kosmologi Melayu Islam.

Orang Melayu silam turut mempunyai konsep kosmologi yang dipengaruh oleh budaya

animisme, Hindu dan Buddha.Mereka memuja semangat, dan penunggu; mereka membaca

mentera yang menyebut asal kejadian alam dan makhluknya.

Orang Melayu tradisional menghayati satu cara hidup yang dianggap unggul dari segi kaca

mata pandangan moden semasa. Antara manifestasi keunggulan tersebut ialah apa yang

terkandung dalam pandangan alam dan budaya alam bangsa Melayu. 

Bagi orang Melayu tradisional, mereka melihat alam tabii ini sebagai penuh dengan makna,

simbolisme, gurindam dan syair. 

4.1 Tasawur Islam

Istilah Tasawwur Islam adalah merupakan satu ungkapan yang tidak asing lagi dalam

penggunaan masyarakat Islam di Malaysia. Tasawwur bermaksud suatu gambaran atau

tanggapan akal atau pemikiran seseorang terhadap sesuatu perkara. Perkataan ini berasal

dari kalimah Arab yang memberi beberapa maksud;

Suatu tanggapan terhadap rupa sesuatu yang dapat dikhayalkan.

Cuba memberi gambaran terhadap sesuatu.

Memberi gambaran yang sebenar terhadap sesuatu.

Tasawur juga bererti menghasilkan rupa sesuatu dalam akal. Pengertian kalimah Tasawur

berbeza-beza mengikut disiplin ilmu yang tertentu. Tasawur di sisi ahli falsafah bermaksud

suatu bentuk pemikiran yang tergambar dalam akal manusia mengenai alam dan kehidupan.

Ahli psikologi pula berpendapat bahawa Tasawur ialah menggambarkan tentang suatu

perkara di dalam akal tanpa melihat atau berinteraksi dengannya.

Page 12: Kkbi Bm Budaya-Isi

12

Tasawur amat penting dalam kehidupan manusia kerana sikap dan tindakan adalah lahir

dari tasawurnya terhadap kehidupan ini. Tasawur yang betul akan melahirkan tindakan yang

betul. Begitu juga jika sebaliknya. Perbezaan tasawur adalah berpunca daripada banyak

aspek antaranya ialah latarbelakang pendidikan yang mempengaruhi penguasaan ilmu

seseorang terhadap Islam.

4.2 Kosmologi

Kosmologi ialah satu bidang falsafah yang mengkaji asal-usul, proses, dan struktur alam

semesta. Bidang kosmologi termasuklah bidang berkaitan kejadian bumi dan cakerawala.

Dalam konteks tasawur dalam kosmologi menyentuh tentang asal usul konsep.

Hubungan tasawur dalam kosmologi boleh diertikan sebagai pandangan seseorang

terhadap alam yang melibatkan falsafah dan proses kejadian sesuatu. Proses ini

membentuk masyarakat yang berguna untuk negara.

Semua bangsa mempunyai kosmologi tersendiri, sama ada berdasarkan kitab, wahyu,

mitos atau menerusi falsafah pemikiran warisan turun temurun, pasti mempunyai pemikiran

tersendiri tentang penciptaan alam semesta dan makhluk lain.

Kosmologi Islam telah banyak mempengaruhi kosmologi Melayu moden, namun tamadun

Melayu yang berada dalam pengaruh sebelum Islam sedikit sebanyak mempengaruhi

kosmologi Melayu Islam. Kosmologi Islam mendominasi tamadun Melayu kerana kajian

yang dilakukan sekarang berasaskan sumber al-Quran.

Animisme

Animisme merupakan anutan tertua masyarakat Melayu. Animisme ialah penyembahan

atau kepercayaan kepada makhluk-makhluk halus dan roh. Dr. Harun Nasution secara

ringkas menjelaskan bahawa masyarakat primitif menganggap semua benda baik yang

bernyawa atau tidak mempunyai roh. Ianya berkait rapat dengan aktiviti harian dan suasana

kehidupan mereka yang bergantung sepenuhnya pada pertanian dan alam sebagai sumber

ekonomi.

Kehidupan manusia sering dipengaruhi oleh keadaan persekitarannya seperti udara, iklim

dan sebagainya. Mereka mewujudkan satu kepercayaan yang kebanyakannya dipengaruhi

oleh faktor persekitaran. Dengan ini, lahirlah hubungan yang kuat antara manusia dengan

Page 13: Kkbi Bm Budaya-Isi

13

alam sekitarnya. Kepercayaan tentang adanya roh dan semangat pada setiap benda di

sekeliling mereka telah diwujudkan. Mereka yang menganut mempercayai bahawa roh

semua makhluk sesudah mati akan terus hidup. Roh ini akan hidup pada tempat-tempat

yang jarang dikunjungi oleh manusia oleh manusia misalnya hutan, gunung, pokok besar

dan sebagainya. Roh-roh ini pula boleh dibahagikan kepada dua jenis. Sebahagiannya

menjadi roh baik manakala sebahagian lagi menjadi roh jahat.

Kepercayaan sebegini akan membawa kepada amalan beragama seperti pemujaan dan

perhambaan diri kepada benda yang dipuja. Menurut R. O. Windstedt, penduduk di

Nusantara juga mempercayai semangat. Semangat-semangat ini dipercayai wujud pada

benda-benda tertentu di sekeliling mereka seperti anggota badan, nama seseorang,

tumbuhan dan sebagainya. Seperti kebiasaannya untuk mengelak daripada semangat

marah, mereka akan mengadakan upacara-upacara tertentu.

Adat Istiadat

Adat istiadat dalam masyarakat melayu bermula sejak seseorang itu lahir ke dunia. Sejak

ibu mengandung hingga kanak-kanak yang dilahirkan itu membesar. Antaranya ialah adat

melenggang perut sewaktu ibu mengandung, mencecah garam, menjejak kaki ke bumi dan

beberapa acara perkahwinan dan kematian. Antaranya adat melenggang perut diamalkan

di kalangan keluarga diraja dan juga rakyat jelata apabila kandungan ibu genap tujuh bulan.

Upacara ini dilakukan oleh tok bidan dengan tujuan untuk membuang garuh atau

kecelakaan yang mungkin menimpa ibu yang bakal bersalin. Ini adalah kepercayaan

animisme pada unsur ghaib. Di dalam Islam, adat ini tidak wujud sama sekali dan ianya

merupakan unsur-unsur kurafat dan syirik. Sebaliknya adat ini diganti dengan kenduri arwah

dan bacaan doa selamat untuk si ibu dan anak yang bakal lahir agar segala-galanya

selamat.

Dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin dikatakan raja sehari dan diadakan

upacara bersanding sebagai kemuncak bagi upacara tersebut. Pasangan tersebut akan

diletakkan di atas pelamin tanpa bergerak-gerak. Penggunaan sirih pinang, beras kunyit dan

berinai juga merupakan pengaruh Hindu. Walau bagaimanapun adat bersanding tidak

berapa digalakkan di dalam Islam kerana ianya boleh membawa fitnah terhadap pengantin.

Walaupun unsur-unsur budaya lama seperti meminang, berinai, dan bersanding masih

dikekalkan oleh sesetengah orang melayu, namun upacara itu banyak disesuaikan dengan

lunas-lunas agama Islam selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Page 14: Kkbi Bm Budaya-Isi

14

Apa yang dapat disimpulkan ialah kebanyakan cara hidup orang melayu yang beragama

Islam telah berubah daripada kepercayaan-kepercayaan karut kepada sesuatu yang lebih

maju dan logik berpandukan ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Islam. Kepercayaan

kepada yang satu yakni Allah telah membawa manusia ke tamadun yang lebih maju, aman

dan makmur.

Page 15: Kkbi Bm Budaya-Isi

15

5.0 HUBUNG KAIT TASAWUR DENGAN BUDI MELAYU

Peribahasa Melayu mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan dan tasawur bangsa

Melayu. Sebagai salah satu daripada hasil pemikiran yang memaparkan akal budi bangsa

Melayu, penciptaan pantun sangat terikat dengan adat istiadat Melayu lama. Sejajar

dengan itu, menerusi pantun dapat dikaji struktur sosial bangsa Melayu lama, sikap, aktiviti

kehidupan serta falsafah hidup yang mereka anuti.

Sementelah, pantun yang telah dicipta berdasarkan pengalaman hidup turut memancarkan

nilai dan hati budi orang Melayu. Perwatakan serta sifat-sifat orang Melayu juga dapat

diketahui daripada pantun Melayu.

Pantun berperanan sebagai hukum adat dan nasihat moral dalam mengawal tindak tanduk

anggota masyarakatnya. Penciptaannya yang berdasarkan fenomena sebenar kehidupan

masyarakat, turut menyerlahkan pemikiran bangsa Melayu tentang alam kehidupan yang

mereka tempuhi. Dalam pantun Melayu, terpancarnya hubungan antara bahasa dengan

pemikiran bangsa Melayu. Cara bangsa Melayu memandang dunianya tersimpul dalam

peribahasa yang dicipta mereka.

Hakikat yang tidak dapat dipersoalkan adalah terdapatnya hubungan tasawur dengan

kepercayaan dan nilai hidup masyarakat Melayu. Malah bahasa dan konsep pemikiran

penutur juga ditentukan oleh cara dan perlakuan penutur itu terhadap setiap sesuatu yang

dipandang dan diamati di dunia ini. Setiap satu perlakuan yang dipandang mendorong

seseorang itu membina pemahaman yang bermakna tentang alam sekelilingnya lalu

diungkapkan menggunakan bahasa indah.

Menerusi pantun Melayu kita dapat mengenal betapa masyarakat Melayu sangat

menyanjung perilaku berbudi. Malah kehalusan budaya dan bahasa dalam masyarakat

Melayu menyebabkan orang Melayu banyak meneliti, memikir, menaakul sesuatu perkara.

Namun bentuk pernyataan yang ingin diutarakan dalam pertuturannya diungkap menerusi

pantun. Mereka lebih suka berkias ibarat untuk menyampaikan sesuatu menerusi berpantun.

Konsep pantun budi ini berdasarkan kepada budi yang diberi dengan hati yang ikhlas dan

tidak mengharap apa–apa balasan daripada orang yang menerima budi. Konsep budi juga

menekankan sejauh mana lahirnya hati budi seseorang terhadap apa-apa yang diberi

seperti membantu seseorang yang memerlukan pertolongan. Kebiasaannya budi seseorang

itu akan tetap menjadi kenangan walaupun jasad telah hancur dimamah bumi

Page 16: Kkbi Bm Budaya-Isi

16

5.1Fungsi Pantun

i) Nasihat

Pantun budi bertujuan memberi nasihat secara halus berkaitan dengan kebaikan dan budi.

Budi menjadi kepentingan utama dalam masyarakat. Segala kebaikan dan jasa perlu

disanjung dan dikenang.  Emas dan harta masih boleh dibayar tetapi budi akan terpahat

dalam hati dan lama dikenang.  Pantun ini memberi signifikan kepada masyarakat untuk

sentiasa memberi pertolongan dan bantuan bagi mereka yang mampu. Budi dan kebaikan

itu pula harus lama dikenang dan tidak mudah dilupakan.

ii) Pengajaran

Pantun ini membawa unsur dedaktif yang penting kepada masyarakat agar mengamalkan

kebaikan dan ketulusan dalam perbuatan.  Mereka yang lemah dan memerlukan perlu diberi

bantuan dan tidak harus dibiarkan. Sebagaimana kata perib ahasa Melayu “hati gajah sama

dilapah hati kuman sama dicecah” pantun ini membawa mesej kebersamaan dan

setiakawan sepanjang masa. Hidup bermasyarakat tidak harus mengutamakan diri sendiri

sebaliknya sentiasa mengambil peduli permasalah dan kesusahan orang lain.  Sikap

kepentingan diri, sombong dan angkuh ditolak masyarakat. Budaya bantu membantu, tolong

menolong dan bekerjasama menjadi falsafah dalam pengajaran pantun tersebut. Oleh itu,

masyarakat harus berpadu dan kental pada amalan Seterusnya pantun tersebut mengajar

manusia supaya mengamalkan perbuatan menolong orang lain atau dengan kata lain

berbudi kepada rakan. Ajaran mulia ini mampu diterapkan andai seseorang itu memahami

maksud pantun di atas. Malah ia juga akan mendorong khalayak mengamalkan budaya

tolong menolong kerana amalan mulia akan menjadi bekal ketika kita sudah meninggal

dunia.

iii) Citra masyarakat

Sastera adalah cermin masyarakat. Sesebuah karya sastera tidak akan terlepas dari

membawa warna dan suara masyarakat. Pantun budi dapat membina kefahaman kepada

kita berkaitan dengan citra masyarakat.  Citra amalan berbudi dapat dilihat dalam kegiatan

harian masyarakat melayu. Mereka menjadikan budaya tolong menolong sebagai amalan

hidup seharian kerana ahli masyarakat saling bergantung antara satu sama lain. Hidup yang

serba kekurangan akan mendorong individu supaya perihatin akan kesusahan ahli

Page 17: Kkbi Bm Budaya-Isi

17

masyarakat yang ada di sekitar mereka. Budi dianggap sebagai teratas dalam kepentingan

masyarakat. 

Dalam masyarakat Melayu, tidak ada garis pemisah antara budi, bakti dan kebaikan yang

ditumpahkan. Ia sebaliknya akan lama dikenang hingga ke akhir hayat.  Banyak perkara

terbatas oleh kematian tetapi budi akan tetap dikenang dan menjadi ingatan sepanjang

masa. Citra ini menjelaskan keutamaan budi mengatasi yang lain. Ia menjadi keutamaan

dan tidak dipermudahkan kerana budi adalah teratas dalam segala urusan hidup manusia.

iv) Motivasi supaya berkelakuan baik.

Pantun boleh menjadi pendorong seseorang supaya berbudi kepada orang lain. Dorongan

ini wujud kerana masyarakat melayu sangat menghargai jasa orang lain. Malah balasan

orang berbudi akan di bawa setelah seseorang itu meninggal dunia. Bagi mereka yang

menerima budi pula akan cuba menolong rakan yang lain pada waktu yang sesuai. Budi dan

kebaikan tidak ada penghujungnya dan ia harus diamalkan kerana mereka yang berjasa dan

berbakti akan mendapat sanjungan dan perhatian masyarakat. Pantun menjadi pendorong

kepada ahli masyarakat untuk berbuat kebaikan dan menolak kelakuan buruk dan

merugikan.

v) Kesopanan dan kesantunan

Menerusi gaya bahasa yang lembut dan penuh imeja alam, ia memberi gambaran

kepentingan kesantunan dan kesopanan dalam kehidupan.  Suatu yang baik atau nasihat

berguna disampaikan dengan bahasa yang sederhana tetapi berkesan.  Ia menterjemahkan

keluruhan budi masyarakat Melayu yang mengambil banyak pertimbangan dalam

menyampaikan hikmah dan nasihat. Dalam mengekalkan hidup masyarakat yang sentiasa

melakukan kebaikan, mengutamakan keperluan masyarakat, berhemah mulia dalam

menyampaikan nasihat, dan ketinggian bahasa seninya pantun ini muncul dengan gaya

bahasa pantun yang menarik dan berkesan. Natijahnya adalah supaya pesan dan

pengajaran dalam puisi dapat diterima dengan terbuka dan diamalkan setepatnya.  Bahasa

pantun ini memainkan peranan melahirkan kesedaran, pujukan, peringatan yang sederhana

dan tidak memaksa, agar masyarakat mengengenang budi dan berjasa.

Page 18: Kkbi Bm Budaya-Isi

18

vi) Prihatin

Pantun budi secara halusnya mengangkat keprihatinan masyarakat ke tahap terbaik.

Amalan kepentingan diri, sombong, dan bermegah suatu yang boleh merosakkan hubungan

intim antara ahli masyatakat Pengikat segala hubungan mesra dan hormat menghormati ini

adalah keluhuran dan keikhlasan rasa prihatin sesama ahli masyarakat. Nilai prihatin ini

dikaitkan di antara  budi dan kematian.  Kematian hanya menghancurkan jasad dan fizikal

tetapi tidak lagsung menanggalkan kebaikan dan budi seseorang. Malah kematian menjadi

kemuncak apabila kebaikan dan kemuliaan nilai budi dianggap berterusan dan dikenang

sepanjang masa.  Prihatin masyarakat begitu tinggi terhadap mereka yang berjasa. Ia tidak

boleh dilupakan dengan mudah walaupun oleh batas kematian.

Nilai prihatin ini juga disebarkan sebagai amalan bersama dalam hidup bermasyarakat. Ia

berkait dengan falsafah Melayu “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati

meninggalkan nama” Nama yang dimaksudkan adalah budi, kebaikan, dan pekerti mulia

seseorang itu. Ia memberi impak kepada masyarakat agar tidak lupa diri dan mementingkan

hidup bersama dan bertimbang rasa.

5.2 Analisis Tasawur Berdasarkan Pantun Budi

5.2.1 Agama

Halia ini tanam-tanaman,

                     Di barat saja akan tumbuhnya,

           Dunia ini pinjam-pinjaman,

                      Akhirat juga akan sungguhnya.

Kehidupan di dunia hanyalah bersifat fana (sementara). Dunia bagaikan satu persinggahan

seketika cuma sebelum kembali kepada Yang Maha Pencipta. Akhirat ialah kehidupan yang

kekal abadi. 

Melalui pantun di atas, setiap makhluk yang hidup di dunia ini pasti akan kembali kepada

penciptanya. Begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan yang digambarkan dalam pembayang

pantun di atas juga akan mati apabila tiba waktunya. Manusia tidak harus lalai dan leka

dengan keseronokan di dunia. Segala nikmat yang Allah berikan haruslah digunakan

sebaik-baiknya kerana nikmat tersebut adalah pinjaman semata-mata. Allah boleh menarik

nikmat tersebut pada bila-bila masa sekiranya Allah ingin menguji kita. Jadi, segala ujian

Page 19: Kkbi Bm Budaya-Isi

19

dan cabaran yang ditempuhi hendaklah kita sentiasa merujuk dengan Allah agar kita tidak

tergolong dalam orang-orang yang lalai.

Belatuk di atas dahan,

Terbang pergi ke lain pokok,

Hidup mati di tangan tuhan,

Kepada Allah kita bermohon.

Rangkap ini menerangkan setiap manusia yang hidup pasti akan mati. Allahjua yang

menentukan hidup dan mati seseorang. Sebagai hamba yang kerdil, kita hendaklah

bermohon kepada Allah untuk mendapat sebarang pertolongan di samping berusaha dan

bertawakal, sama situasi yang ditunjukkan oleh burung belatuk dalam pantun di atas.

Belatuk tersebut menjadikan pokok sebagai tempat bergantung hidup, misalnya sebagai

tempat tinggal untuk berlindung. Begitu juga dengan manusia yang menjadikan Allah

sebagai tempat bergantung.

Pak kulup anak juragan,

Mati diracun muntahkan darah,

Hidup di dunia banyak dugaan,

Kepada Allah kita berserah.

Kehidupan di dunia tidak akan lari dari dugaan. Allah tidak akan menguji hambanya di luar

kemampuan mereka. Jika doa cepat dimakbulkan Allah, itu tandanya Allah menyayangi

kita, dan jika lambat dimakbulkan Allah, itu mungkin kerana Allah ingin melihat sejauh

mana kita memanjatkan doa bermohon kepadaNya. Mungkin juga Allah telah merancang

sesuatu perkara yang lebih baik untuk kita, dan apa yang kita mohonkan itu tidak

mendatangkan kebaikan kepada kita. Sebagai manusia, kita hendaklah sentiasa bersabar

dengan segala dugaan tersebut. Allah tidak mengira setinggi manapun darjat seseorang

dan pasti aka nada ujian yang telah dan bakal ditempuhi oleh seseorang muslim.

Page 20: Kkbi Bm Budaya-Isi

20

Inderagiri pasirnya lumat,

Kepah bercampur dengan lokan,

Sedangkan nabi kasihkan umat,

Inikan pula seorang insan.

Islam menggalakkan umatnya mengamalkan sikap kasih saying dan hormat menghormati

antara satu sama lain tanpa mengira pangkat. Sedangkan nabi mempunyai darjat yang

tinggi di sisi Allah berbanding dengan manusia biasa, akan tetapi nabi memiliki sikap

penyayang terhadap umatnya. Baginda Rasullullah sentiasa memberikan layanan yang

sama dan adil terhadap umatnya menyebabkan baginda disenangi dan disegani di seluruh

pelusuk dunia.

Pembayang pada rangkap pantun di atas “Inderagiri pasirnya lumat, kepah bercampur

dengan lokan” bermaksud biarpun lokan dan kepah adalah hidupan berbeza namun kedua-

duanya merupakan spesis yang sama dan boleh bersama. Begitu juga antara nabi dengan

manusia, masing-masing adalah makhluk Allah yang mempunyai peranan dan

tanggungjawab yang harus dilaksanakan di atas muka bumi ini.

5.2.2 Kepercayaan

Anak gajah mandi di sumur

Ambil galah dalam perahu

Orang muda jangan tekebur

Cubaan Allah siapa tahu.

Dalam pantun di atas pula, ia menjadi peringatan kepada anak-anak Melayu terutamanya

supaya tidak mudah lupa dan bangga dengan diri. Hal ini demikian kerana tiada sesiapa pun

yang tahu apakah ujian yang akan diberikan Allah kepada mereka yang lupa diri dan

sombong. Hal ini menjadi kepercayaan masyarakat Melayu dan mereka menasihati anak-

anak mereka supaya tidak bersikap takbur.

Page 21: Kkbi Bm Budaya-Isi

21

Sombong, bongkak, angkuh atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama, iaitu sifat

mazmumah. Sekelumit sifat itu menjadi kebencian dan kemurkaan Allah serta boleh

menghalang kita mendapat balasan syurga.

 

Takbur adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit tidak boleh menjadi

pendakwah kerana tindak tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Sifat

sombong atau takbur boleh dikenali melalui dua jenis, iaitu takbur zahir dan takbur batin.

Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakan. Gayanya angkuh, mulutnya

tajam, mudah menghina orang yang dianggap lebih rendah ilmu pengetahuan daripadanya.

Kadangkala boleh dilihat melalui percakapan iaitu tidak mahu mengaku kalah, menganggap

dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat orang lain.

Angin bertiup kembangkan layar,

Haluan menuju ke Pekan,

Hendaklah hidup berikhtiar

Kemudian serahkan Tuhan.

Manakala bagi pantun ini pula masyarakat Melayu mendidik anak-anak muda dan

masyarakat supaya rajin berusaha dalam melakukan seseuatu kerja. Selepas berusaha,

baru berserah dan bertawakkal kepada Allah. Hal ini demikian kerana masyarakat Melayu

percaya setiap kerja yang dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh akan membuahkan

hasil. Selain itu juga masyarakat Melayu percaya kepada qada dan qadar seiring dengan

rukun iman yang keenam.

Qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman yang wajib dipercayai dan diimani oleh

setiap orang Islam. Penjelasan mengenai qada dan qadar ini ada dibicarakan di dalam kitab-

kitab aqidah dan perbincangannya agak panjang dan adakalanya begitu susah untuk

difahami oleh kebanyakkan orang terutamanya bagi sesiapa yang baru menjejakkan kaki

dalam perbincangan ilmu aqidah secara mendalam.

Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh Allah Taala melalui ilmu-ilmuNya. Hanya

ianya terlindung dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya yang lemah. Kerana itulah kita

disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak mengetahui apa

yang akan berlaku kepada kita nanti.

Page 22: Kkbi Bm Budaya-Isi

22

Setelah diketahui bahawa segala usaha dan doa dari hamba akan didengar dan diambil kira

oleh Allah Taala maka dengan sebab itulah perlunya seseoarang hamba itu untuk sentiasa

berusaha dan berdoa. Namun segala usaha dan doa ini sudah tentulah di dalam kuasa dan

ilmu Allah Taala. Oleh sebab itulah ada dinyatakan bahawa manusia hanya berusaha dan

berdoa tetapi Allah Taala jualah yang menentukannya. Disebabkan manusia tidak

mengetahui qada dan qadarnyalah maka manusia perlu kepada usaha dan doa.

Asam kandis asam gelugur

Ketiga asam si riang-riang

Menangis mayat di pintu kubur

Teringat badan tidak sembahyang.

Pantun di atas menerangkan tentang kepercayaan masyarakat Melayu terhadap balasan

bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah solat ketika masih hidup di dunia. Solat

merupakan ibadah yang menjadi tunjang agama Islam. Umat Islam tidak dapat dipisahkan

dengan amalan solat kerana ia merupakan kewajiban yang mesti ditunaikan. Bagi seorang

Muslim yang telah baligh, maka solat lima waktu sehari semalam diwajibkan ke atasnya.

Pantun ini dijadikan pengajaran kepada masyarakat Melayu beragama Islam supaya tidak

meninggalkan solat. Hal ini demikian kerana menunaikan solat merupakan rukun Islam yang

kedua dan wajib dilakukan oleh mereka yang beragama Islam

5.2.3 Adat

Falsafah adat dapat dilihat menerusi pantun adat yang diamalkan sejak dahulu lagi.

Antaranya adat perkahwinan, adat pusaka, adat manusia, dan sebagainya. Antara fungsi

pantun adat ini ialah alat untuk mendidik dan mengajar anak-anak dan generasi muda

tentang kehidupan beradat. Pantun juga merupakan alat komunikasi untuk menyampaikan

isi hati dan hajat seperti sanjungan, pemujaan, ucapan selamat kepada seseorang

terutamanya semasa upacara atau majlis rasmi.

Page 23: Kkbi Bm Budaya-Isi

23

Yang merah itu saga,

Yang kurik itu kundi,

Yang indah itu bahasa,

Yang molek itu budi.

Secara umum, pantun di atas dikategorikan dalam Pantun Budi. Dalam baris 1 dan 2,

dikenali sebagai pembayang atau sampiran. Pembayang pantun tersebut mengambil unsur

tumbuhan, iaitu biji saga. Kundi juga adala sejenis biji saga yang digunakan untuk

menimbang emas.

Dalam baris 3 dan 4 pula dikenali sebagai maksud pantun yang menyatakan bahawa yang

indah itu bahasa dan yang molek itu budi. Perkataan molek jika dirujuk adalah berkaitan

dengan perbuatan yang berkaitan dengan budi.

Jika dikaitkan dengan pembayang dan maksud pantun di atas, kita dapat lihat bagaimana

kaitan tersebut dibuat oleh pencipta pantun ini. Dalam pembayang 1, penciptanya

menegaskan bahawa  biji saga itu berwarna merah   dan jika dikaitan dengan maksud baris

pantun ke 3, pencipta juga menegaskan bahasa yang indah itu bahasa. Manakala dalam

pembayang ke 2 pula pencipta menyebut perkataan kundi yang digunakan untuk

menimbang emas, iaitu sesuatu yang sangat berharga dan ini dikaitkan pula dengan

maksud pantun dalam baris ke 4 yang menyatakan bahawa yang molek itu budi. Kita dapat

lihat bagaimana pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan

alat untuk menimbang emas dan budi pula sesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan

pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu.

Ikan berenang di dalam lubuk,

Ikan belida dadanya panjang,

Adat pinang pulang ke tampuk,

Adat sireh pulang ke gagang.

Pantun ini menggambarkan adat perkahwinan yang dilakukan oleh masyarakat sejak dahulu

lagi. Pantun ini diamalkan dan menjadi kebanggan orang Melayu. Pantun ini menceritakan

tentang lumrah yang menjadi kebiasaan pinang akan pulang ke gagang, begitu juga

Page 24: Kkbi Bm Budaya-Isi

24

dengan manusia yang akan memilih pasangannya apabila sudah tiba masanya. Pada

zaman dahulu, biasanya pihak lelaki yang akan menghantar rombongan untuk merisik gadis

yang disukainya. Bapa kepada bakal pengantin lelaki biasanya terlebih dahulu mengetuai

rombongan ke rumah pihak perempuan dan akan merisik latar belakang gadis tersebut,

seterusnya akan menyampaikan hajat pihak lelaki.

Seterusnya ialah adat meminang, pihak lelaki sekali lagi akan datang ke rumah pihak

perempuan dan meminang gadis tersebut. Pada waktu ini, persetujuan dan kata sepakat

ditetapkan tentang keperluan perkahwinan dan tarikh langsungnya.

Adat perkahwinan juga amat penting untuk mematangkan pasangan yang baru mendirikan

rumah tangga. Ini kerana, bagi memastikan rumah tangga dapat bertahan lama, di sampng

kandungan nasihat dan panduan berguna kepada pasangan yang masih baru.

Adat perkahwinan juga perlulah dijaga dan diamalkan agar adat ini tidak luput dan menjadi

warisan kepada generasi seterusnya kerana amalan ini penting untuk melambangkan

kedaulatan tamadun Melayu.

Menanam kelapa di pulau bukom,

Tinggi sedepa sudah berbuah,

Adat bermula dengan hukum,

Hukum bersandar kitabullah.

Dalam pantun Melayu, aspek pemikiran Melayu tentang kewujudan melambangkan

pemikiran tentang hubungan manusia dengan agama dan pencipta-Nya. Persoalan ini dapat

dilihat dengan jelas dalam pantun yang menunjukkan isu-isu kehidupan yang berlandaskan

ajaran agama Islam. Pemikiran tentang kewujudan ini meliputi aspek-aspek akidah dan

termasuk juga prinsip-prinsip yang berlawanan dengan akidah Islam yang harus dihindari

oleh masyarakat Melayu.

Pantun di atas menggambarkan permulaan adat semuanya berdasarkan kitab Allah iaitu Al-

Quran. Maksud yang ingin disampaikan melalui pantun di atas ialah segala adat yang

diamalkan bermula dengan hukum, dan hukum itu pula adalah berdasarkan kitab yang

diturunkan oleh Allah. Ini turut menggambarkan bahawa masyarakat sudah mengamalkan

pengaruh Islam serta ajaran Islam yang sebenar.

Page 25: Kkbi Bm Budaya-Isi

25

Selain itu, adat juga dikatakan sebagai alat untuk mengukur sesuatu tamadun sama ada

tamadun itu digelar bertamadun atau sebaliknya. Adat yang terpuji dan mulia seperti yang

terdapat dalam ajaran Islam akan menyebabkan sesuatu tamadun itu dipandang tinggi dan

disanjung oleh tamadun lain. Contohnya, adat menghormati orang tua dan makhluk-

makhluk ciptaan Allah tanpa mengira latar belakang. Amalan ini dapat mewujudkan

keharmonian dalam hidup bermasyarakat. Amalan yang baik ini mampu menjadikan

kehidupan lebih bahagia dan mudah. Apabila kita mengamalkan adat ini, secara tidak

langsung kita sedar dan akur akan perintah Allah seterusnya menjadi umat yang bahagia.

Pantun ini juga turut menceritakan tentang larangan kita mempersendakan dan

memperlekehkan hukum Allah. Pada kebiasaanya sesuatu adat itu akan dimulai dengan

ayat-ayat suci Al-Quran, oleh yang demikian adat tersebut tidak boleh diperlekehkan oleh

sesiapapun.

Oleh itu, segala adat yang masih banyak terdapat dalam tamadun Melayu haruslah

dipelihara dan dijaga kerana adat tersebut merupakan sebahagian daripada warisan orang

Melayu yang tidak ternilai.

Penutup

Kebanyakan pantun Melayu  ini menepati dan selaras dengan pendapat Sapir Whorf (1921)

yang menjelaskan bahawa bahasa menentukan pemikiran penuturnya. Dengan kata lain

bahasa melambangkan cara penutur itu meluahkan buah fikiran. Hal ini bermaksud bahawa

melalui perkataan-perkataan yang dituturkan dapat melambangkan cara pemikiran penutur

yang luas. Hal ini membuktikan bahawa bahasa dalam pantun Melayu ternyata mempunyai

kaitan yang amat rapat dengan pemikiran orang Melayu meliputi sejarah kebudayaan, alam

sekeliling dan geobudaya.

Page 26: Kkbi Bm Budaya-Isi

26

6.0 KEBUDAYAAN MELAYU DALAM BAHAN BUKAN SASTERA

6.1 Mengkritik Isu Budaya Melayu Dalam Media Sosial

Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman

sosial seperti “Facebook”, “My Space”, “Frienster”, dan sebagainya mendapat perhatian

masyarakat di negara ini. Penggunaannya yang mudah serta senang diakses oleh

masyarakat merupakan antara kelebihannya. Terdapat sesetengah anggota masyarakat di

Malaysia yang telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium

untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di

laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak

langsung, penggunaan laman sosial ini memberikan kesan terhadap gaya hidup masyarakat

di Malaysia.

 Penggunaan laman sosial juga melahirkan masyarakat yang beku dan lalai dalam

melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang

terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini

menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk

menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga

memberikan kesan kepada prestasi kerja dan pelajaran dalam kalangan anggota

masyarakat. Hal ini akan menyebabkan negara kita mengalami kebejatan idea untuk

meningkatkan prestasi negara. Golongan pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan

negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikan masyarakat. Oleh itu,

penggunaan laman sosial akan melahirkan tenaga kerja yang kurang berkualiti.

          Kesan penggunaan laman sosial yang seterusnya ialah tersebarnya pengaruh atau

unsur pornografi daripada Barat ke dalam kehidupan masyarakat. Unsur pornografi mudah

didapati di laman sesawang internet. Unsur pornografi seperti bahan bacaan, gambar, dan

video mudah diakses dan disebarkan oleh pengguna laman sosial tersebut. Hal ini demikian

kerana, laman sosial seperti “Facebook” dan “My Space” diakses bukan sahaja oleh rakyat

Malaysia malahan seluruh penduduk di dunia. Selain itu, budaya Barat seperti “Black Metal”,

“Punk”, “Gothic”, dan “Skin Head” akan menular dalam pemikiran remaja di Malaysia.

Perkara ini akan mempengaruhi remaja untuk meniru budaya sehingga wujud budaya

hedonisme dan gengsterisme di sekolah. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial dapat

mempengaruhi pemikiran anak muda sehingga menghakis nilai-nilai moral masyarakat.

Page 27: Kkbi Bm Budaya-Isi

27

Penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada kedaulatan bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan. Kedaulatan bahasa Melayu akan tercemar ekoran daripada

kemunculan bahasa slanga atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak. Penggunaan bahasa

rojak dalam kalangan masyarakat amat membimbangkan cendekiawan bahasa di Malaysia

kerana penggunaanya semakin meluas. Penularan bahasa rojak ini akan menghakis

keaslian dan nilai-nilai estetika bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita. Oleh hal

yang demikian, jelaslah bahawa penggunaan teknologi ini boleh mencemarkan kedaulatan

bahasa Melayu yang menyebabkan kita seperti ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Kesimpulannya, penggunaan laman sosial melalui internet memberikan kesan terhadap

corak kehidupan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan

penting untuk mengelakkan kesan buruk akibat penggunaannya kerana mencegah lebih

baik daripada mengubati. Selain itu, masyarakat perlu mempunyai disiplin dan ketahanan

diri bagi mengubah corak hidup dengan menggunakan laman sosial itu untuk kegunaan

yang baik dan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi meningkatkan kecekapan minda

masyarakat supaya menjadi minda kelas pertama. Masyarakat juga perlu memastikan

penggunaan teknologi ini dapat diseimbangkan tanpa berlaku pengeksploitasian dalam

kehidupan bermasyarakat di Malaysia.

6.1.1 Facebook

Antara laman sosial yang cukup popular mutakhir ini termasuklah Facebook, yang juga

dikenali sebagai “buku wajah”. Masyarakat daripada pelbagai latar belakang, umur dan

jantina boleh dikatakan semakin teruja dan ghairah menggunakan laman sosial interaktif ini

untuk pelbagai tujuan.

Facebook.com merupakan medium komunikasi yang popular di utara Amerika Syarikat.

Idea laman social Facebook ini dicetuskan oleh pelajar Universiti Harvard, Mark Zuckerberg

dan dilancarkan pada tahun 2004. Laman ini memberi kemudahan sebagai medium interaksi

sosial terutamanya dalam kalangan mahasiswa. Pada masa kini laman Facebook dimiliki

oleh 316 juta penduduk dunia dan ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang memiliki

alamat email yang sah.

Facebook beroperasi dengan membolehkan pengguna untuk memilih satu atau lebih

‘rangkaian’ mengikut kehendak pemilik akaun sendiri berdasarkan beberapa kriteria enjin

carian Facebook iaitu mencari sahabat sekolah atau universiti, kawasan tempat tinggal atau

bandar, atau syarikat. Terdapat ruangan profil di dinding Facebook yang membolehkan

Page 28: Kkbi Bm Budaya-Isi

28

pengguna memasukkan segala maklumat peribadi pemilik akaun seperti nama, tempat

tinggal, nama sekolah, nama universiti, nama syarikat dan lain-lain lagi. Selain itu,

dibahagian profil pemilik akaun boleh meletakkan status (bujang, berkahwin, bertunang dan

lain lain lagi) yang diletakkan dibahagian atas profil dinding Facebook.

Ruangan carian digunakan untuk mencari rakan sama ada yang dikenali atau tidak dikenali.

Hal ini bergantung kepada pemilik akaun sama ada hendak menerima atau menolak

sahabat yang telah memohon untuk menjadi sahabat. Pemilik akaun Facebook juga boleh

memuat turun gambar untuk diletakkan sebagai gambar utama di profil pemilik bagi

memaparkan identiti pemilik akaun itu sendiri.

Facebook Dari Perspektif Positif

Jika dari sudut global Facebook memiliki kira-kira 316 juta pengguna, di Malaysia pengguna

Facebook kira-kira 3.4 juta pengguna yang memiliki akaun Facebook. Facebook jika dilihat

dari perspektif positif memberi manfaat kepada pengguna dalam menguruskan hubungan

komunikasi dua hala menjadi lebih interaktif antara seorang individu dengan individu yang

lain berbeza pada zaman sebelumnya. Dahulu surat, kad dan sebagainya menjadi pengutus

jika seseorang individu berada berjauhan antara satu sama lain. Keadaan tersebut berubah

setelah internet diperkenalkan dan wujudnya pelbagai aplikasi di dalamnya.

Laman sosial Facebook menjadi semakin popular di Malaysia turutamanya golongan remaja

yang berumur 18 tahun hingga 24 tahun. Hal ini menurut checkfacebook.com, pengguna

dalam lingkungan umur 18-24 tahun merupakan pengguna terbesar dari skop umur yang

lain iaitu kira-kira 23 ribu pengguna. Pengguna Facebook terdiri daripada pelbagai umur,

kaum dan juga latar belakang.

Tidak hanya individu yang menggunakan laman sosial tersebut, malah laman ini juga

digunakan oleh sektor kerajaan dalam menyampaikan segala maklumat mengenai pelbagai

langkah yang dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan Malaysia. Tidak ketinggalan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memiliki akaun Facebook untuk

berinteraksi dengan rakyat. Menurut PM dalam akaun Facebook beliau, rakyat boleh

memberi lontaran pandangan, komen dan sebagainya bagi mencapai gagasan 1 Malaysia

yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Facebook juga memberikan pelbagai faedah kepada pengguna antaranya memudahakan

gerakan dakwah, mencari sahabat lama dan juga tidak terkecuali dalam sektor ekonomi

Page 29: Kkbi Bm Budaya-Isi

29

boleh mengembangkan perniagaan. Selain itu, tokoh agama boleh menyampaikan dakwah

tanpa perlu bersemuka menerusi laman peminat yang ditubuhkan. Sebagai contoh Dato’

Harun Din menggunakan Facebook untuk menyampaikan maklumat mengenai kuliah yang

bakal diadakan.

Justeru itu, perkongsian antara satu budaya dengan budaya yang lain juga dapat dikongsi

bersama dengan menggunakan Facebook sebagai medium. Hubungan komunikasi antara

budaya yang bersifat local juga wujud dengan adanya komunikasi antara budaya Cina,

India dan juga Melayu.

Facebook dijadikan sebagai alat penghubung antara satu sama lain secara langsung iaitu

apabila seorang pemilik Facebook berinteraksi dengan pemilik Facebook yang lain atau

menjadi hubungan interaksi yang tidak langsung apabila seseorang pemilik facebook

menjejaki pemilik facebook yang lain.

Bagi para usahawan, Facebook boleh digunakan sebagai platform untuk mempromosikan

perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh syarikat tertentu. Dengan kesan ‘viral’ di

Facebook usahawan berkenaan mampu menembusi pasaran dunia malah bukan sahaja di

Malaysia. Facebook juga boleh digunakan oleh syarikat untuk berkongsi maklumat dan juga

pendapat mengenai sesuatu barangan. Hal ini kerana segala berangan yang dipaparkan

dalam bentuk visual, pelanggan boleh memberikan maklum balas dengan segara dalam

ruangan komen yang disediakan.

Kelebihan Facebook lagi, dalam laman social ini para pengguna boleh mencipta kumpulan

baru dan sesiapa sahaja boleh menyertainya, bergantung kepada status kumpulan tersebut

sama ada ia ditubuhkan untuk awam atau persendirian. Sebagai contoh , Suara Siswa yang

disiarkan di RTM 1, pengguna Facebook yang berstatus pelajar boleh memberikan

pandapat dan pandangan mengenai apa yang akan dibincangkan dalam program tersebut

sewaktu rancangan tersebut bersiaran secara langsung.

Perbincangan mengenai topik yang disentuh bukan sahaja dibincangkan di peringkat local

malah sesuatu topik boleh menjadi isu hingga ke peringkat global apabila pengguna yang

terdiri dari pelajar yang tinggal di luar Negara turut menyertai perbincangan ini.

Kebanyakan pelajar luar negara yang melontarkan pandangan mereka memberi sedikit

komentar berdasarkan pengalaman mereka di negara yang menjadi tempat mereka mencari

sumber ilmu. Dapat dilihat bahawa, kemudahan laman sosial ini tidak menyekat lontaran

Page 30: Kkbi Bm Budaya-Isi

30

komentar dan pandangan dari semua pelajar untuk sama-sama berkongsi dalam satu

program.

Facebook dari perspektif negatif : Perubahan Nilai dan Norma

Interaksi komunikasi antara budaya yang menjadikan Facebook sebagai medium memberi

manfaat kepada pengguna yang menggunakannya. Komunikasi dua hala menjadi interaktif

dengan aplikasi-aplikasi sedia ada di Facebook seperti ruangan sembang, malah dapat

melihat gambar-gambar pemilik akaun secara langsung. Gambar di Facebook juga menarik

perhatian dalam hubungan persahabatan. Jika foto tersebut menarik, maka lebih mudah

berlaku ikatan persahabatan antara individu.

Meskipun teknologi komunikasi mempunyai manfaat tersendiri, ia juga mempunyai kesan

negatif jika tidak menggunakannya dengan sebaik-baiknya. Facebook diibaratkan sebagai

pisau yang mempunyai dua mata, selain memberi kemudahan ia juga mempunyai

keburukan jika tidak dapat dikawal, khususnya bagi golongan remaja dan pelajar yang

masih mentah serta dangkal akal fikirannya.

Penggunaan laman sosial “Facebook” yang meluas dalam kalangan masyarakat boleh

menyebabkan fitnah dan mudah disebarkan kepada semua pengguna laman sosial tersebut.

Sebagai contohnya, negara kita pernah digemparkan dengan satu berita perceraian yang

berlaku dalam akaun facebook. Hal ini telah mendapat kritikan daripada majoriti rakyat

Malaysia yang menyifatkan bahawa perbuatan sedemikian amat memalukan kita kerana

telah mencemarkan keluhuran peribadi sebagai penganut agama Islam. Selain itu, implikasi

seperti itu telah menyebabkan segelintir pengguna aplikasi tersebut yang tidak

bertanggungjawab dan mencetuskan kontroversi di alam maya, sehingga mengaibkan

seseorang. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial akan menghakis semangat

persaudaraan serta mencemarkan kedaulatan negara sebagai negara yang disegani dan

berintegriti.

Aplikasi memuat turun gambar terutamanya dapat melihat seseorang individu yang

menggunakan Facebook memaparkan identitinya yang sebenar atau tidak. Gambar-gambar

yang dimuat turun oleh pengguna memaparkan budaya timur yang penuh adat dan

budayanya yang tersendiri sehingga dikenali di serata dunia. Keadaan menyedihkan,

Page 31: Kkbi Bm Budaya-Isi

31

apabila ada sesetengah pengguna yang menggunakan Facebook untuk memaparkan

gambar yang bercanggah dengan nilai serta norma masyarakat Malaysia.

Lebih memualkan apabila ada sesetangah pengguna Facebook terutamanya yang

mempunyai kekasih berbangga memaparkan gambar mereka berpeluk dan ‘berkepit’

dengan pasangan masing-masing di dalam laman social Facebook. Selain dari gambar-

gambar berpelukan, terdapat juga gambar-gambar mereka yang sedang menikmati

minuman keras sebagai pengalas tekak ketika haus. Kemungkinan keberanian pengguna-

pengguna yang memaparkan menganggap apa sahaja yang dilakukan oleh mereka

bukanlah satu kesalah dan memalukan kerana laman social tersbut bersifat peribadi bagi

mereka. Keadaan berlarutan dan lebih merosakkan apabila ada komen-komen yang

mengajak rakan-rakan Facebook lain untuk turut sama meneguk arak pada majlis yang

bakal di adakan.

Dari sisi agama, dapat dilihat bahawa pencipta laman sosial Facebook berjaya dalam

misinya untuk merosakkan umat Islam. Seiring dengan perkembangan zaman, pelbagai

cara telah dan akan dilakukan oleh pihak barat untuk melemahkan umat islam. Dalam

menepis cabaran ummah hari ini, apakah daya masyarakat Islam untuk menyelamatkan

ummah agar tidak terus hanyut ke dalam kancah maksiat yang telah diimport dari barat.

Budaya menghantar kad untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Depavalli

juga semakin berkurangan dengan kemajuan teknologi kini. Jika dahulu, apa yang ditunggu

selain duit raya bagi kanak-kanak, kad raya merupakan salah satu medium untuk

melafazkan ucapan dan juga memohon maaf kepada rakan taulan dan sanak saudara.

Tetapi kini, kad raya hanya di imbas dengan menggunakan mesin pengimbas dan dimuat

turun dalam Facebook. Keadaan ini menyebabkan perubahan norma tradisional yang

mempunyai nilai yang tersendiri semakin pupus ditelan arus kemajuan akibat daripada

proses globalisasi. Bukan hanya kad perayaan, malah kad majlis perkahwinan, kad hari

lahir turut dimuat turun.

Penggunaan Facebook secara melampau juga boleh menjejaskan produktiviti seseorang

pekerja tidak kira di sector awam atau swasta. Ketagihan terhadap Facebook akan

menyebabkan banyak kerja tertangguh kerana terlalu asyik berinteraksi dengan rakan-

rakan. Ini menyebabkan beberapa kerajaan di luar Negara mengharamkan Facebook

digunakan pada waktu bekerja terhadap kakitangan mereka.

Page 32: Kkbi Bm Budaya-Isi

32

Ketagihan Facebook bukan sahaja memberi impak negatif kepada kehidupan pengguna-

pengguna Facebook tersebut malah mendedahkan seseorang individu tersebut kepada

kerentanan terhadap jenayah-jenayah siber seperti serangan virus komputer atau spam dari

orang yang tidak dikenali, kecurian identiti, buli dan peras ugut yang semakin berleluasa.

Kecurian identiti amat mudah sekali berlaku di laman sosial Facebook kerana pengguna

Facebook akan meletakkan segala maklumat tentang diri mereka di Facebook itu sendiri

dari segi latar belakang, tempat tinggal, no telefon, dan sebagainya.

Melihat kepada trend penggunaan Facebook masa kini, pengguna terutamanya remaja

banyak menghabiskan masa di hadapan komputer semata-mata untuk mengemaskini

status, membalas mesej, bermain permainan atas talian dan sebagainya. Jika dikaji secara

kritikal, menimbulkan beberapa persoalan mengenai tujuan penciptaan Facebook. Adakah

terdapat agenda tersembunyi disebalik penciptaan Facebook. Pemerhatian yang dilakukan

mendapat seolah-olah fenomena Facebook menjadi satu keperluan dan budaya baru

kepada glongan muda terutamanya remaja yang menjadi peneroka teknologi komunikasi

kini. Keikhlasan dalam persahabatan juga diragui dalam menggunakan Facebook sebagai

laman mencari sahabat-sahabat baru. Meskipun Facebook merupakan laman sosial yang

dijadikan enjin pencarian sahabat lama, tetapi ada sesetengah pengguna yang menjadikan

Facebook sebagai mencari sahabat baru. Sahabat baru yang muncul dibiarkan begitu

sahaja tanpa bertegur sapa. Adakah ini dikatakan sebagai persahabatan? Persoalan

sebegini perlu ditanya pada diri pengguna itu sendiri sebelum mengesahkan rakan yang

tidak dikenali dalam akaun mereka.

Facebook dari perspektif negatif : Isu Bahasa Rojak

Satu isu lain yang sering mencuri tumpuan khalayak terutamanya dalam kalangan pencinta

bahasa Melayu di negara kita apabila berbicara tentang media baharu mahupun laman

sosial seperti Facebook ini ialah kesannya kepada bahasa kita. Perkembangan pesat media

baharu seperti ini jelas memberikan kesan yang hebat kepada perkembangan bahasa

Melayu yang formal. Lantas, persoalan yang sering diajukan ialah sejauh manakah

Facebook merosakkan bahasa kita ataupun sebaliknya mampu menyumbang ke arah

memperkasakan bahasa Melayu di persada antarabangsa.

Selama ini, kesimpulan mudah yang kita rumuskan ialah laman sosial perosak bahasa.

Pelbagai alasan dan justifikasi diberikan untuk memperkukuh rumusan tersebut. Walaupun

Page 33: Kkbi Bm Budaya-Isi

33

ada pihak yang melontarkan pandangan bahawa anggapan itu merupakan tuduhan yang

melampau dan melulu, adakala tuduhan ini mempunyai asasnya dan kewajarannya. Hal ini

dikatakan demikian kerana budaya bahasa rojak dilihat cukup bermaharajalela dalam laman

sosial ini.

Kita perlu menerima hakikat bahawa majoriti pengguna laman sosial memang melakukan

kesalahan bahasa yang cukup serius malah boleh dikatakan berada pada tahap yang cukup

kritikal dan memudaratkan sehingga kita boleh melabelnya sebagai tindakan merosakkan

bahasa Melayu. Contoh yang paling mudah ialah penggunaan bahasa rojak, iaitu gabungan

antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa rojak dapat dilihat

dalam contoh di bawah:

i. “picture td colour biru nie oren lak mcm ner wat nie?”

ii. “best gak…coz penceramah datang khas dr mpc… dia perkenalkan new criteria for

5s.”

iii. “Yezza finally i’m home… (smalam da smpai sebenarnyer)… Esok sempena

Chinese New Year nak g naik Gng Bubu… (santai concept with my father n his

friends..)… lpas ni nak mengisi mase cuti dgn xtiviti yg best2…”

Yang membimbangkan ialah penggunaan bahasa rojak akan melenyapkan jati diri bahasa

kita. Pengguna bahasa rojak seolah-olah melupakan asal-usulnya dan bahasa ibundanya

dengan lebih mengagungkan bahasa luar. Pada hari ini penggunaan bahasa rojak bukan

sahaja berlaku di laman sosial tetapi berlaku juga di alam nyata apabila ramai daripada kita

sudah cukup terbiasa mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Hal ini

berlaku dalam komunikasi antara satu dengan yang lain, termasuklah golongan pelajar,

profesional dan ahli politik, sama ada ketika berucap, bermesyuarat ataupun berbual melalui

telefon.

Terdapat juga segelintir pengguna yang berani menyalahgunakan kemudahan laman sosial

ini untuk melepaskan geram dan perasaan marah masing-masing dengan menggunakan

bahasa dan ayat yang kurang sopan dalam komen mereka. Penggunaan kata kesat

mahupun lucah serta kurang sopan merupakan satu lagi virus yang mula merebak dalam

kalangan masyarakat kita yang sedikit sebanyak telah mencemari tujuan dan matlamat

utama penggunaan laman sosial, iaitu menyediakan peluang perhubungan yang lebih

interaktif, cekap dan pantas.

Page 34: Kkbi Bm Budaya-Isi

34

Akibatnya, laman sosial menjadi punca perbalahan, pergaduhan, pertelingkahan dan

perselisihan faham dalam kalangan masyarakat kita. Misalnya, suami dan isteri boleh

bercerai angkara pergaduhan dalam Facebook. Sudah ada peristiwa perbalahan di

Facebook dan laman sosial lain yang membawa budaya saman-menyaman dan melibatkan

pihak polis. Dalam hal ini, komen berbaur lucah, politik melampau, sentimen perkauman,

penyebaran fitnah dan kurang sopan perlu dielakkan demi menjaga tatasusila, serta adat

dan budaya kita sebagai masyarakat Timur.

Penutup

Peranan Facebook sebagai medium interaksi memainkan peranan penting dalam memupuk

hubungan komunikasi antara budaya. Jika dahulu perkongsian budaya hanya melalui

tatapan penulisan dalam surat dan sebagainya yang mengambil masa yang lama, kini

komunikasi antara budaya menjadi lebih efektif dan berkesan malah menjadi lebih cepat

dengan wujudnya laman social seperti Facebook.

Kewujudan sesuatu aplikasi dalam era teknologi komunikasi juga perlu digunakan dengan

sebaiknya agar perkara-perkara negative tidak muncul sebelum atau selepas penggunaan

teknologi komunikasi itu sendiri seperti Facebook. Facebook menjadi lebih manfaat jika

pengguna dapat menggunakannya dengan tujuan yang betul dan digunakan sebaik

mungkin dalam hubungan komunikasi.

.

Page 35: Kkbi Bm Budaya-Isi

35

7.0 PENUTUP

Kita sedia maklum dengan apa yang dimaksudkan dengan 'budaya Melayu'.

'Budaya' dalam Kamus Dewan (edisi keempat) didefinisikan sebagai 'tamadun' dan

'peradaban'. Kamus Dewan juga mendefinisikan budaya sebagai cara berfikir dan

berkelakuan. Untuk memudahkan penjelasan budaya Melayu, saya menganggap budaya

sebagai cara hidup orang ramai yang sudah diterima ahli masyarakat. Budaya Melayu

sudah dibentuk sejak beratus-ratus tahun dahulu.

Budaya Melayu boleh dikatakan mula menyerlah pada zaman kesultanan Melaka. Tidak

terlalu mikroskopik untuk saya menyatakan bahawa budaya Melayu sekarang, banyak diraih

daripada cara hidup orang-orang Melayu di zaman dahulu, terutamanya waktu zaman

kesultanan Melaka. Budaya dapat dibahagikan kepada banyak bahagian. Contohnya,

bahasa, tatatertib, nilai-nilai dan juga sastera. Makanan-makanan tradisional dan

persembahan-persembahan yang berlandaskan ciri-ciri kemelayuan, juga boleh digolongkan

dalam senarai budaya Melayu. Pendek kata, apa jua perkara yang berakarkan sifat-sifat

kemelayuan boleh disifatkan sebagai budaya Melayu.

Sebagai manusia, kita wajar berbudaya baik agar dapat membentuk akhlak berasaskan

akal budi. Insan yang berusaha membina kebaikan, kebenaran dan keadilan berhak

menyandang gelaran manusia yang berbudaya. Semoga kerja kursus kebudayaan ini dapat

memberi pengetahuan asas terhadap konsep-konsep yang menyentuh soal kemanusiaan

dan kebudayaan.

Page 36: Kkbi Bm Budaya-Isi

36