kkbi edu3109 sem 8

35
HALAMAN PENGAKUAN “Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya”. ……………………………. NORHAYAZIN BIN ONAN (750708-01-6335) i

Upload: ajinonan

Post on 16-Dec-2015

46 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

isu dan cabaran guru

TRANSCRIPT

HALAMAN PENGAKUAN

Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya.

. NORHAYAZIN BIN ONAN(750708-01-6335)

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah izin dan kurniaNya dapat juga saya menyiapkan satu laporan lengkap berkaitan isu tekanan emosi di kalangan guru bagi matapelajaran EDU3093 iaitu Guru dan Cabaran Semasa dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Hjh. Wan Noor Siah Binti Wan Abdullah yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar tanpa jemu kepada saya. Maklumat yang diberikan kepada saya sangat bermakna dalam proses menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya kerjasama ini memberi banyak ilmu dan idea yang bernas dalam menjadikan saya seorang guru yang dapat mengenalpasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru serta cara untuk mengatasi isu dan cabaran tersebut.

Tidak lupa juga, sekalung ucapan terima kasih buat rakan-rakan sekelas yang banyak memberi kerjasama, idea dan sudi bertukar-tukar maklumat bagi menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang isu dan cabaran yang perlu dihadapi oleh guru serta cara untuk menangani isu dan cabaran berkenaan.

Sekian terima kasih. Wassalam

Senarai Kandungan

PengakuanPenghargaanSenarai KandunganTajuk Tugasan

1.0 Tugasan A Pengumpulan Data mengenai Isu yang dipilih.

1.1 Menjalankan Temubual.1.2 Membuat transkripsi Temubual.

2.0 Tugasan B Penulisan Akademik

2.1 Latarbelakang isu, penyataan masalah dan objektif penulisan.2.2 Penganalisa dan persembahan data, maklumat dan sumber yang sahih.2.3 Menganalisa dan menilai isu yang dipilih terhadap Sistem Pendidikan .2.4 Membahaskan langkah-langkah penambahbaikan yang boleh dilakukan agar aspirasi Pendidikan di Malaysia tercapai.

3.0 Tugasan C Membuat satu rumusan ilmiah.

3.1 Menganalisa isu, data dan maklumat memberikan impak kepada tahap prefesionalisme keguruan.3.2 Mensintesis dapatan penulisan ini terhadap proses penambahbaikan mutu pendidikan Negara.3.3 Menilai tahap dan kualiti guru dalam peranan membangunkan musa bangsa dalam konteks pendidikan di Malaysia. RujukanLampiran

TUGASAN A.Soalan Temubual EDU 3093

Soalan 1.Sudah berapa lamakah cikgu berkhidmat di dalam profesion perguruan? 17 tahun dan masuk tahun ke 18.

Soalan 2.Adakah profesion perguruan ini benar-benar pilihan anda sebagai kerjaya atau ianya merupakan pilihan kedua? Memang minat dalam bidang perguruan. Pernah menjadi guru sandaran selama 3 tahun. Merupakan citi-cita dari bangku sekolah yang tercapai.

Soalan 3Pernahkah cikgu berkerja sebelum berkhidmat di dalam profesion perguruan? Tidak pernah. Lepas SPM terus menjadi guru sandaran.

Soalan 4 Sekolah tempat cikgu berkhidmat sekarang merupakan sekolah yang keberapa? Dari posting sehingga sekarang, ia merupakan satu-satunya sekolah tempat saya berkhidmat. Belum lagi ditawarkan atau ditukarkan ke sekolah lain.

Soalan 5. Pernakah cikgu mengalami atau merasa tertekan apabila menjawat jawatan sebagai seorang guru? Kalau nak kata tak ada, bohong. Tapi tekanan tersebut bermusim dan bukan sepanjang tahun. Ada masa-masanya, sebagai contoh bila ada beban kerja yang bertindih yang perlu dibuat secara serentak.

Soalan 6Bolehkah cikgu terangkan sedikit makna tekanan @ stress yang biasa dihadapi oleh seorang guru? Ianya merangkumi tekanan, beban kerja , Kalau terlalu penat dan keletihan pun boleh mendatangkan tekanan kepada kita. Selain itu perasaan gemuruh, panik bila hendak dipantau. Mula datang kemurungan dan perasaan bertindih-tindih.

Soalan 7Bagaimanakah tekanan @ Stress ini boleh terjadi dikalangan guru? Buat masa sekarang nie, beban kerja yang ditanggung guru banyak. Bukan setakat mengajar kerja cikgu tapi sudah pelbagai kerja yang dilakukan . Dialah kerani, dialah tukang kebun, dialah cikgu, dialah ibubapa. Itulah yang menyebabkan stress kepada cikgu.

Soalan 8.Bolehkah terangkan jawatan yang disandang di sekolah? Jawatan yang disandang pelbagai. Bidang HEM, Bidang Pentadbiran, Bidang Kokurikulum semua bidang kita ada jawatan, Sebagai contoh menjadi Guru Kelas, Mengajar Kelas Peperiksaan iaitu Sains UPSR Tahun 6, Menjadi Guru RMT dan Ketua Panitia.

Soalan 9Selain beban tugas guru , adakah sebab lain yang menjadi punca kepada tekanan di kalangan guru? Selain beban kerja, ada kalanya kita terbawa-bawa masalah rumahtangga , nak melayan karenah suami, karenah anak-anak, masalah rakan sejawat dengan kita. Maklumlah bukan semuanya sehati sejiwa dengan kita.

Soalan 10Ada pendangan yang menyatakan kerja sebagai seorang guru ini mudah. Datang pukul 7.00 pagi dan balik pada pukul 1.30 petang. Selain itu profesion perguruan ini mempunyai banyak cuti dan rehat. Boleh Cikgu komen sedikit? Sebenarnya bagi orang yang tidak berada di dalam profesion perguruan akan berkata sedemikian rupa tapi sebenarnya jika mereka duduk dalam profesion perguruan baru mereka tahu. Kita pergi pukul 7.00 pagi balik pukul 1.30 tapi kita membawa balik beban kerja ke rumah. Sekarang nie banyak kerja-kerja cikgu yang melibatkan on line. Bila on line tidak dapat dilakukan di sekolah perlu dibawa balik ke rumah. Bila line internet tidak elok, sampai pukul 2 3 pagi untuk menyiapkan kerja. Sebenarnya guru pada masa kini tidak boleh disamakan dengan guru pada masa dahulu. Bukan nak saya katakana guru dahulu tidak bagus. Kalau guru-guru dahulu tidak bagus, tidak lah saya menjadi pandai dan berjaya seperti sekarang. Cuma perubahan dalam sistem pendidikan kita yang menyebabkan guru dahulu dan sekarang berbeza.

Soalan 11Sistem pendidikan di Malaysia yang menyebabkan perbezaan guru dahulu dan sekarang. Boleh Cikgu terangkan dengan lebih jelas lagi? Maaflah kalau jawapan saya agak tidak menyenangkan, tapi ini pandangan peribadi saya. Mungkin setiap guru mempunyai pandangan yang berbeza. Kita lihatlah sistem pendidikan di Malaysia ini. Ianya sering berubah mengikut pemimpin yang berada di atas. Setiap kali pemimpin berubah maka adalah perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan kita. Ini kerana setiap pemimpin akan mempunyai hala tuju dan misi yang tersendiri dalam meningkatkan lagi mutu pendidikan di Malaysia. Kita sebagai guru hanyalah sebagai pelaksana dasar yang telah dipersetujui. Sebagai contoh dalam usaha untuk merealisasikan falsafah pendidikan , Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan pada tahun 1982 manakala Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) mula dilaksanakan pada tahun 1988. Kini, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan bagi menggantikan KBSR. Pelaksanaan KBSR, KBSM dan kini, KSSR menuntut para guru untuk bekerja keras bagi merealisasikannya.

Soalan 12Apa perkaitan KSSR dengan Beban kerja guru dan yang boleh menyebabkan stress? Dalam perlaksanaan KSSR banyak kerja-kerja pengkeranian yang perlu dilakukan. Guru-guru perlu mengisi markah secara On Line untuk setiap murid bagi setiap matapelajaran. Guru perlu mengambil masa yang berjam-jam untuk mengisi markah tersebut. Ada dalam kalangan guru yang perlu mengisi markah pada dinihari disebabkan sistem berkenaan terlalu sibuk pada waktu pejabat. Perlu terpaksa dibuat di luar waktu pejabat.

Soalan 13.Selain perlu mengisi markah on line, apakah kerja-kerja yang menjadi beban kepada guru-guru? Tanggungjawab dan beban kerja guru yang semakin bertambah menyebabkan guru memainkan bermacam jenis peranan. Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik, guru perlu membuat perancangan pengajaran, persediaan alat-alat mengajar, menyemak buku murid, menanda kertas peperiksaan, menghadiri mesyuarat serta kursus bengkel taklimat. Selain itu, guru menjalankan tugas-tugas perkeranian seperti urusan buku teks, hal ehwal kebajikan murid, disiplin murid, persatuan dan kelas, kegiatan sukan dan kokurikulum. Beban tugas yang banyak ini menyebabkan guru semakin tertekan dan mengalami tekanan emosi. Penambahan beban tugas ini sudah tentu akan membawa kesan kepada mutu dan kualiti pengajaran guru.

Selain tugas guru untuk mendidik, guru juga perlu mengurus kebajikan serta kesihatan pelajar seperti pengurusan Skim Bantuan Tuisyen, Kumpulan Wang Amanah Plejar Miskin (KWAPM), Skim Pinjaman Buku Teks dan biasiswa. Guru juga menguruskan penyelengaraan bangunan, perabot, sistem siaraya, keceriaan sekolah lagi-lagi abad ke 21.

Di samping itu, guru juga perlu menjalankan dan menjayakan pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Sambutan Maulidur Rasul, Program Motivasi Tahun 6, Program Hari Anugerah Kecemerlangan, Program 3K, Program Sekolah Penyayang dan Program Kecemerlangan Sukan. Selain program-program sekolah, guru turut terlibat dengan program yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), kementerian lain, agensi bukan kerajaan dan pihak swasta

Soalan 14.Sekiranya beban kerja yang ditanggung ini boleh menyebabkan stress @ tekanan. Adakah ianya akan mengakibat sesuatu yang tidak baik? Sebenarnya stress @ tekanan yang dihadapi tidak dapat ditangani dengan bijak boleh menyebabkan penyakit, penyakit tension, seterusnya penyakit yang dihidapi akibat daripada stres yang berlebihan boleh membawa maut. Selain itu terdapat pelbagai jenis tekanan antaranya tekanan positif dimana ianya boleh membantu kita melakukan sesuatu dengan lebih baik manakala tekanan negatif dimana jika tidak dikawal akan mengalami tekanan kronik.

Soalan 15Bagaimanakah cara yang perlu dilakukan untuk menghalang tekanan daripada membelenggu diri? Sebenarnya tidak ada satu cara yang khusus untuk menangani masalah tekanan yang dihadapi. Ianya bergantung kepada individu itu sendiri. Terdapat pelbagai cara yang boleh diambil antaranya adalah dengan melakukan senaman, mengambil makanan yang sihat, sentiasa bersikap positif, dapatkan nasihat, menguruskan masa dengan efektif, tidur yang cukup dan bermacam-macam lagi. Selain itu bagi kita sebagai orang Islam terdapat juga cara untuk kita mengurangkan tekanan dengan cara mendekatkan diri dengan Allah. Itu merupakan satu jalan yang paling baik.

Biodata Responden

NAMA: Pn. Hjn. Zamrina Binti AhmadNO KAD PENGENALAN: 740930-01-6070ALAMAT: Jalan Mawar Kg. Bahagia Batu 28 Lenga.JANTINA: PerempuanSTATUS: BerkahwinTARIKH LANTIKAN: 1/8/1997TARIKH SAH JAWATAN: 1/8/2000OPSYEN: PSR SNMTKATEGORI: PPPLD DGA32PENGALAMAN MENGAJAR: 17 Tahun.NO TELEFON: 013-6947309

TUGASAN B

PENGENALAN

Peranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi turut mengheret kemajuan pesat bidang pendidikan negara. Hal ini menuntut warga pendidik untuk membangunkan diri, sama ada secara rela atau tidak supaya selari dengan bidang pendidikan yang sememangnya sentiasa berubah dan mengalami pembaharuan dari masa ke semasa. Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar, lebih berat dan semakin terbeban. Situasi inilah menyebabkan guru-guru dikatakan sangat terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami stres atau tekanan.

Menerusi temubual yang telah dijalankan beserta dengan pemerhatian di sekolah, didapati isu tekanan yang dihadapi oleh para guru yang disebabkan oleh beban tugas guru yang banyak memang ada kebenarannya. Objektif penulisan ini adalah untuk membuktikan kebenaran tersebut agar profesion perguruan tidak dipandang serong dan untuk meningkatkan martabat guru dipandangan masyarakat.

Dipetik daripada Utusan Online ruangan Gaya Hidup bahagian pendidikan oleh Noor Hamizah Abu Bakar di dalam artikelnya yang bertajuk; Guru Lebih Stes, menyatakan hasil kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Malah, kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima.

Stres atau tekanan di kalangan guru merupakan topik popular yang tidak asing lagi dibincangkan oleh media massa mutakhir kini. Di Malaysia, tekanan emosi di kalangan guru dilaporkan meningkat pesat selari dengan kepesatan pembangunan pendidikan di Malaysia. Laporan berkenaan masalah dan salah laku guru di dada-dada akhbar, hampir kesemuanya adalah kesan daripada kegagalan guru-guru berkenaan menguruskan tekanan dalam diri. Masalah tekanan dikalangan guru haruslah dikenal pasti dan diketahui punca sebenar seterusnya ditangani sewajarnya. Sekiranya tidak ditangani masalah ini akan merebak sehingga mengakibatkan permasalahan-permasalahan yang serius yang berhubung kait rapat dengan gangguan emosi, perubahan dalam tingkah laku seterusnya burn out yang menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan (Kyriacou dan Sutcliffe, 1978).

DEFINASI TEKANAN.

Tekanan secara amnya didefinasikan sebagai satu keadaan emosi yang kurang selesa yang diakibatkan oleh keadaan mudarat yang berlanjutan (kyriacou, 1989). Tekanan dan beban juga mengakibatkan masalah kesihatan dan kekurangan prestasi kerja (Quick & Quick, 1984). Mengajar adalah satu tugas yang mencabar yang boleh mengakibatkan tekanan. Tekanan dalam profesion perguruan kini dikenal pasti sebagai satu fenomena penting. Kerjaya guru dianggap sebagai kerjaya yang penuh dengan pelbagai tekanan (Johnstone, 1993). Unsur-unsur tekanan yang negatif mengakibatkan guru kurang minat untuk bekerja., merasa terasing di tempat kerja, kerap ponteng dan meninggalkan profesion perguruan (Brown & Ralph, 1992). Tekanan dan beban juga menjadi faktor utama guru-guru berhenti kerja, ponteng kerja dan mengalami tahap kepuasan kerja yang rendah (Billingsley & Cross, 1992).

Isu beban guru bukan merupakan isu baru. Isu ini telah ditimbulkan di beberapa forum dari masa ke semasa. Apabila isu ini ditimbulkan ramai berpendapat bahawa guru ingin lari daripada tugas harian tetapi ini bukan hasrat guru. Hasrat guru pula ialah pelbagai tugas perkeranian yang pada masa ini dilakukan oleh guru harus dihapuskan supaya guru dapat memberi tumpuan kepada core business guru iaitu mengajar.

Beban tugas didefinisikan sebagai tanggungjawab yang mesti dipikul dan dilakukan oleh para guru sama ada tanggungjawab di dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. Beban tugas ini boleh diukur dengan melihat jumlah masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya.

Menerusi soalan yang ke 13 yang ditanyakan kepada respoden, terdapat pelbagain kerja-kerja yang dilakukan oleh guru selain pengisian markah secara on-line yang menjadi bebanan sehingga mendatangkan tekanan. Kenyataan responden ini disokong oleh kenyataan mantan Menteri Pelajaran Malaysia. Merujuk kepada keratan akhbar, Utusan Malaysia 23 Januari 2008, mantan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan bahawa beban kerja guru pada masa kini adalah terlalu berat. Artikel tersebut menjelaskan bahawa guru terpaksa menanggung bebanan yang berada di luar bidang tugas. Tugas guru bukan sekadar mengajar malahan turut memainkan peranan dalam pembangunan sekolah, menjaga disiplin dan mengurus pentadbiran. Menurut beliau, pengharapan untuk menaikkan tahap akademik pelajar dan sekolah telah meningkatkan beban kerja guru selain tanggungjawab remeh temeh yang terpaksa digalas mereka. Keadaan inilah yang boleh menyebabkan tekanan dikalangan guru.

PUNCA-PUNCA TEKANAN GURU.

Daripada analisa soalan yang ke 9, selain beban kerja terdapat beberapa perkara yang mendorong menjadikan seorang guru berada di dalam tekanan antaranya adalah terbawa-bawa masalah rumahtangga , nak melayan karenah suami, karenah anak-anak dan masalah rakan sejawat dengan kita.

Menerusi jawapan responden ini dapat disimpulkan bahawa terdapat 3 faktor yang menyebabkan punca berlakunya tekanan. Ketiga-tiga faktor inilah yang menyokong pendapat responden berkaitan punca tekanan.1. Faktor diri.2. Faktor interpersonal.3. Faktor organisasi.Faktor diriPada zaman yang sangat mencabar, pekerjaan yang diimpikan amat sukar untuk diperolehi. Kebanyakan mahasiswa keluaran universiti-unversiti tempatan terpaksa mengangur begitu lama untuk mencari pekerjaan yang selesa, mudah, dan menjanjikan gaji yang lumayan.Profesion keguruan sering dilihat sebagai pilihan terakhir. Sering kali profesion ini dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ini menyebabkan ramai dikalangan guru yang tidak ikhlas semasa memilih profesion ini. Mereka meramalkan profesion ini begitu selesa dan tidak menyusahkan kerana beranggapan tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru dan menerima gaji bulanan yang lumayan disamping cuti yang banyak.

Hal ini menyebabkan golongan guru seperti ini menghadapi tekanan sebaik sahaja menjalani kehidupan sebagai seorang guru kerana realiti situasi yang dihadapi tidak seperti apa yang diramalkan. Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Insan guru mestilah insan yang ikhlas dan sanggup berkorban.

Faktor InterpersonalDaripada kajian yang telah dijalankan, Azizi Yahya (2007) mendapati diantara faktor interpersonal tekanan dikalangan guru ialah meraka merasakan diri mereka tersisih daripada rakan sekerja. Selain daripada itu, rakan guru juga mementingkan diri serta tidak menghormati tindakan, perasaan serta pendapat dari rakan guru yang lain.

Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana setiap insan guru perlulah meningkatkan motivasi diri, menanam sikap tolong menolong, bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang ditetapkan. Di samping menghormati perasaan dan pendapat rakan sekerja dengan hati yang terbuka dan cuba mempertingkatkan kelemahan yang ada pada diri.

Faktor OrganisasiFaktor organisasi merupakan antara faktor yang terbesar menyebabkan tekanan dikalangan guru. Faktor ini juga merupakan faktor yang utama dalam sektor awam selain guru. Antara faktor-faktor tekanan yang dikategorikan sebagai faktor organisasi ialah;1. Semua kerja perlu segera - kesuntukan masa.2. Tugasan kerja berterusan (kronik).3. Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas.4. Tugasan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif.5. Perubahan dasar yang drastik.

Faktor organisasi ini merujuk kepada soalan yang ke 7 bagaimana tekanan boleh berlaku dikalangan guru. Jawapan Responden Buat masa sekarang nie, beban kerja yang ditanggung guru banyak. Bukan setakat mengajar kerja cikgu tapi sudah pelbagai kerja yang dilakukan . Dialah kerani, dialah tukang kebun, dialah cikgu, dialah ibubapa. Itulah yang menyebabkan stress kepada cikgu.Faktor-faktor yang diatas secara umumnya terus menerus berlaku dalam profesion keguruan dan telah menambah beban guru. Dipetik daripada arkib Utusan Online bertarikh 18 Mei 2009, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Anang di dalam laporan yang bertajuk; Beban Tugas boleh Bawa Tekanan Perasaan Guru, menegaskan bahawa peningkatan beban tugas dan tekanan kerja menyebabkan semakin ramai kalangan guru terdedah kepada risiko mengalami tekanan perasaan.

BEBAN TUGAS GURU YANG MENYEBABKAN TEKANAN.

Mengambil Jawapan responden pada soalan ke 13. Selain tugas guru untuk mendidik, guru juga perlu mengurus kebajikan serta kesihatan pelajar seperti pengurusan Skim Bantuan Tuisyen, Kumpulan Wang Amanah Plejar Miskin (KWAPM), Skim Pinjaman Buku Teks dan biasiswa. Guru juga menguruskan penyelengaraan bangunan, perabot, sistem siaraya, keceriaan sekolah, kawalan penggunaan kemudahan sekolah, pengurusan stor dan perolehan.

Di samping itu, guru juga perlu menjalankan dan menjayakan pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Program Hari Anugerah Kecemerlangan, Program 3K, Program Sekolah Penyayang dan Program Kecemerlangan Sukan. Selain program-program sekolah, guru turut terlibat dengan program yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), kementerian lain, agensi bukan kerajaan dan pihak swasta. Antara program itu ialah Sambutan Hari Kebangsaan, Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia, Sambutan Hari Keputeraan Sultan serta majlis-majlsi rasmi kerajaan negeri. Bukan untuk merungut dengan kerja yang diberikan tetapi inilah kenyataannya beban tugas guru yang menyebabkan tekanan.

Menurut Roslan Madon (2010), Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), walaupun sudah ada garis panduan menegnai tugas yang perlu dilaksanakan, kadangkala guru perlu juga melaksanakan kerja lain yang diluar bidang mereka seperti membuat pemeriksaan kesihatan dan mata murid. Katanya, tugas ini sepatutnya dilakukan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Malaysia dan bukannya guru. beliau menegaskan lagi bahawa sekolah tidak sepatutnya dibebankan dengan aktiviti anjuran agensi lain dan boleh menolak kerjasama dengan agensi luar melainkan kerjasama tersebut memberi keutamaan kepada keperluan murid dan tidak membebankan guru.

Tambahan lagi, menerusi jawapan responden bagi soalan yang ke 10 dan 12 , guru turut melakukan tugas memasukkan data berkaitan maklumat guru dan murid ke dalam Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang memerlukan guru mengisi maklumat profil pelajar serta maklumat keputusan peperiksaan pelajar bagi membolehkan ibu bapa melihat prestasi anak-anak mereka. Selain itu pengisian markah, Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) juga membenankan guru. Ini kerana guru bukan sahaja dilakukan di sekolah malahan ianya dibawa pulang dan sehingga dinihari guru-guru terpaksa menyiap dan mengisi markah berkenaan. Kenyataan ini menyangkal soalan yang

Antara beban tugas guru yang lain ialah, mengutip yuran tambahan, menyediakan laporan kantin, laporan aktiviti Panitia, mengurus dan membuat laporan Rancangan Makanan Tambahan serta mengurus Rancangan Susu Tambahan. Kesemua senarai tugas yang diluar daripada bidang pengajaran jelas menunjukkan guru-guru pada masa kini terbeban dengan tugas-tugas lain yang melebihi tugas utama iaitu mendidik pelajar. Tidak kiralah samada sekolah itu besar atau pun kecil kerja-kerja tersebut terpaksa dilaksanakan. Kenyataan ini hampir sama dengan jawapan responden menerusi soalan yang ke 8.

PUNCA BEBAN TUGAS GURU

Menurut Datuk Azam Mohd Atan (2010), Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Malaysia (PKPSM), berikutan jumlah kerani yang tidak mencukupi di sekolah, guru terpaksa mengurus dan memasukkan data pelbagai jenis borang seperti Borang Pnjaman Buku Teks, Borang Biasiswa serta profil murid. Sebagai contoh,Sekolah Menengah Sains Rembau mempunyai empat kerani berbanding 480 orang pelajar. Bilangan ini tidak mencukupi dan perlu ditambah sekurang-kurangnya dua orang lagi bagi membolehkan semua kerja perkeranian dapat dilakukan oleh kakitangan pejabat sekolah.

Masalah beban guru juga berpunca daripada kecelaruan dan kelemahan di dalam pentadbiran dan penyelarasan pada semua peringkat pentadbiran sekolah akibat ledakan maklumat. Ramai guru di sekolah yang sama menghadiri kursus secara serentak di luar kawasan akibat pengurusan masa kursus yang tidak dijalankan dengan tersusun. Keadaan ini menyebabkan tugas yang ditinggalkan terpaksa dipikul oleh guru lain yang masih berada di sekolah sedangkan mereka sudah mempunyai kerja yang perlu disiapkan.Masalah ini juga berpunca apabila ramai guru yang bercuti atas sebab-sebab tertentu seperti, bersalin, menunaikan umrah, menjalani pembedahan serta cuti sakit. Tugas-tugas guru-guru yang bercuti akan diberikan kepada guru-guru yang masih ada di sekolah. Maka, guru-guru ini perlu melaksanakan tugas berganda walaupun mereka sendiri telah mempunyai pelbagai tugas yang perlu dilaksanakan.

Analisa jawapan responden bagi Soalan ke 11 berkaitan Sistem pendidikan di Malaysia juga menunjukkan punca beban tugas guru semakin bertambah. Perubahan dasar kerajaan juga turut meningkatkan tugas guru. Hal ini kerana guru merupakan badan pelaksana dasar kerajaan. Perubahan kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menyebabkan guru-guru perlu menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak kementerian Pelajaran bagi merealisasikan hasrat kerajaan. Setiap kali kurikulum dan sistem berubah, guru-guru perlu mengikut dan memastikannya berjaya.

Guru juga terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan. Contohnya apabila adapegawai baru di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri atau di peringkat kementerian, banyaklah idea dan tugasan baru yang harus dipikul oleh guru.

Perubahan kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menyebabkan guru-guru perlu menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak kementerian Pelajaran bagi merealisasikan hasrat kerajaan. Setiap kali kurikulum dan sistem berubah, guru-guru perlu mengikut dan memastikannya berjaya. Bebanan inibertambah dalam keadaan jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid (Harian Metro, 2005).

Para guru masa kini terpaksa menghadapi masalah dalam menguruskan aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah yang semakin hari semakin bertambah. Guru-guru dikehendaki menjalankan kegiatan kokurikulum di sekolah tanpa mengikut ketetapan masa tidak kira pada waktu persekolahan mahupun di luar waktu persekolahan. Akibatnya, guru-guru terpaksa meninggalkan tugas utama mereka iaitu mengajar di bilik darjah. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Shahbudin (1986), didapati masa sebenar guru bekerja adalah 44.28 jam seminggu manakala masa rasmi di sekolah ialah 28.35 jam sahaja seminggu (jumlah masa kerja rasmi bagi 1 hari adalah 5.67 jam.) Justeru itu, guru-guru masih memerlukan sebanyak 15.93 jam lagi bagi menyempurnakan kerja-kerja mereka seperti mengajar dan menyemak latihan buku pelajar.

Dalam semua profesion, hanya keguruan sahaja yang tidak ada ditetapkan masa kerjanya. TIDAK ADA SATU PIHAK pun yang memperjuangkan hak-hak guru dalam hal ini. Pada November 2012 kerajaan telah mengumumkan sistem waktu bekerja 9 jam untuk para guru di mana Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak telah menjadi negeri perintis selama enam bulan sebelum ianya diperluaskan ke seluruh Malaysia. Oleh kerana mendapat tentangan daripada pelbagai pihak dan dari Kesatuan Guru, pada 28hb November 2012, Timbalan, Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah membatalkan perlaksanaan sistem ini

Secara teorinya minda para guru akan lega sebaik sahaja mereka keluar dari pintu pagar sekolah. Oleh kerana pulang lebih lewat, mereka akan berfikir tentang banyak perkara khususnya guru perempuan iaitu tanggungjawab pada suami dan anak-anak. Ini mengakibatkan gangguan psikologi kepada guru dalam bentuk tekanan atau tension kerana beban kerja yang makin bertambah dan tekanan kerana tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai suami / isteri secara normal.

Contoh Jadual yang perlu dihadiri guru selepas waktu persekolahan.CADANGAN MENGATASI

Cadangan yang diberikan oleh responden bagi mengatasi tekanan menerusi soalan yang ke 15 adalah melakukan senaman, mengambil makanan yang sihat, sentiasa bersikap positif, dapatkan nasihat, menguruskan masa dengan efektif, tidur yang cukup dan bermacam-macam lagi. Selain itu bagi kita sebagai orang Islam terdapat juga cara untuk kita mengurangkan tekanan dengan cara mendekatkan diri dengan Allah. Itu merupakan satu jalan yang paling baik.

Namun sebenarnya masalah beban tugas guru ini sukar untuk diselesaikan secara sepenuhnya tetapi beberapa tindakan boleh diambil bagi mengurangkan beban tugas guru antaranya ialah penglibatan ibu bapa dalam aspek pendidikan. Ibu bapa perlu terlibat sama dalam program-program sekolah bukan sebagai peserta sahaja malahan turut menjadi pengelola program. Sebagai contoh, semasa hari sukan tahunan, ibu bapa juga perlu melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa yang menguruskan sukan tahunan sekolah. ibu bapa boleh membantu dalam bahagian pengurusan peserta, pelepasan peserta serta ahli jawatankuasa keselamatan. Hubungan yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa memudahkan pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan danpengurusan bagi menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci, kemudian membandingkan dengan kemampuan seorang pekerja untuk melaksanakan tugas itu dengan terperinci. Gabungan antara tugas dan kemampuan bertujuan mewujudkan kecekapan (Abdul Shukur Abdullah, 1991). Guru Besar dan pentadbir perlu berbincang dalam pembahagian tugas kepada guru-guru agar pembahagian kerja tersebut adil dan mengikut kemampuan guru tersebut.

Semua program yang dianjurkan oleh organisasi luar perlu diuruskan sendiri oleh mereka serta aktiviti tersebut dijalankan di luar kawasan sekolah. Guru-guru dan pelajar pula hanya perlu menghadiri program tersebut sebagai peserta atau jemputan sahaja. Menurut Datuk Azam Mohd Atan (2010), Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Malaysia (PKPSM), apabila sekolah menjadi tuan rumah dan pengurus acara, sekolah ingin buat yang terbaik sedangkan persiapannya mengambil masa yang lama. Maka, lebih baik program yang dianjurkan oleh pihak luar diadakan di luar kawasan sekolah dan diuruskan oleh mereka sendiri. Hal ini akan meringankan beban guru kerana guru tidak perlu bersusah payah membuat persiapan untuk sesuatu program luar.

Yang Dipertua Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS), Ahmad Malie (2010) mencadangkan format untuk sistem data murid diselaraskan. Dengan itu, semua jabatan dan bahagian sama ada kementerian, jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah boleh mengakses kepada maklumat berkenaan dan mengambil maklumat yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Sistem teknologi perlu berubah agar mampu memenuhi keperluan semasa.

Penggunaan ICT dapat meringankan beban guru di sekolah. ICT digunakan bagi memudahkan urusan pentadbiran, memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran serta menyelaras aktiviti dan program. Semua maklumat lengkap berkaitan pelajar boleh disimpan menggunakan perisian Microsoft Access dan Microsoft Excel. Selain itu, ICT juga digunakan untuk mewujudkan pengkalan data soalan, kandungan pengajaran dan pembelajaran, persediaan pengajaran dan kandungan pengajaran. Hal ini dapat mempercepatkan masa dan meringankan beban guru.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia mencadangkan agar pihak pentadbir sekolah mengurangkan bilangan jawatankuasa pada peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar. Pada masa ini terdapat sekolah yang mempunyai hampir 40 jawatankuasa dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid serta kebersihan, keceriaan dan keselamatan murid yang memerlukan curahan masa dan tenaga guru yang bukan sedikit. Pengurangan jawatankuasa boleh dilakukan dengan penggabungan dan pemansuhan jawatankuasa. Walaupun begitu, pembahagian tugas di sekolah perlu dilakukan secara adil untuk mengelakkan bebanan tugas tertumpu kepada guru tertentu sahaja.

Selain itu, pihak kementerian perlu mengkaji semula bilangan peperiksaan dan ujian pada peringkat sekolah kerana terdapat sekolah yang mempunyai hampir 20 peperiksaan dalaman tidak termasuk peperiksaan awam. Pengurangan peperiksaan dalaman dapat mengurangkan beban guru untuk membina soalan dan menyemak skrip jawapan murid. Secara tidak langsung, pengurangan bilangan peperiksaan dapat mengelakkan negara daripada menjadi terlalu berorientasikan peperiksaan. Murid perlu belajar untuk mendapatkan ilmu dan bukannya belajar untuk menjawab peperiksaan sahaja.Menyusun semula tugas-tugas perkeranian di sekolah dapat meringankan beban guru di sekolah. Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju gutu tidak perlu dibebankan dengan tugas perkeranian yang terlalu banyak sehingga mengganggu tugas utama guru sebagai pendidik anak bangsa. Dalam usaha untuk melonjakkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, guru perlu diberikan banyak masa untuk merancang pengajaran yang lebih berkesan serta membuat persiapan mengajar. Maka, Jawatankuasa Bebanan Tugas Guru akan menyediakan garis panduan tugas utama guru dan tugas yang tidak boleh dilakukan oleh guru.

Kementerian Pelajaran disaran supaya mengambil kira faktor nisbah purata antara guru dan pelajar dalam kelas sebagai satu langkah mengenal pasti formula terbaik bagi mengurangkan beban kerja guru. Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) Awang Mohamad berkata cadangan itu dilihat boleh membantu kementerian dalam mencari formula untuk mengatasi masalah bebanan tugas guru yang telah dibangkitkan selama ini. Satu daripada cara untuk meringankan beban kerja ini ialah dengan menambah bilangan guru, ertinya kalau sekarang satu bilik darjah 1.5 guru, sekarang satu bilik darjah 2.0 (ertinya satu bilik darjah ada dua orang guru). Langkah tersebut bertujuan membolehkan guru mempunyai masa yang cukupbagi menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas teras, iaitu mengajar. Cadangan mengkaji purata guru dengan pelajar itu juga relevan dengan saranan beberapa pihak lain yang mahukan jawatan guru pembantu bagi mengatasi masalah yang sama. Selain dapat membantu meringankan beban tugas yang ditanggung guru, jawatan berkenaan boleh menyelesaikan masalah ketiadaan guru yang bergantung kepada guru sandaran tidak terlatih.

Guru perlu menguruskan masa dengan baik. Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam sehari. Oleh yang demikian sepatutnya tidak ada diantara guru yang mengeluh tidak dapat menyiapkan tugasan dengan alasan tiada masa. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada mereka yang pandai menguruskan masa. Pengurusan masa yang baik dapat meringankan tugas yang ada.

KESIMPULAN

Secara tuntasnya menjadi guru berkesan, melahirkan sekolah yang berkesan dan mencapai pendidikan yang cemerlag bukan sesuatu yang mustahil. Apa yang penting ialah kesediaan dan kesanggupan guru sendiri mengubah paradigma, stail pemikiran dan bertindak secara professional serta yang paling penting menjadi guru yang tidak mudah patah semangat. Walaupun dibebani dengan tugas yang banyak, guru tetap tidak boleh patah semangat dan berputus asa. Guru perlu berfikiran positih dan perlu sentiasa bersemangat untuk memajukan diri dengan meningkatkan kemahiran diri agar dapat menyempurnakan tugas-tugas yang diberi.

Seseorang guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan mengamalkan tingkah laku yang penuh dengan keluhuran etika kerja serta mempunyai kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi untuk menyempurnakan tugasnya pada setiap waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah patah semangat dengan cabaran kerjanya. Guru hendaklah bersikap optimistik, tidak mudah merungut dengan beban tugas yang dipikul.

TUGASAN C.

Isu beban tugas guru bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan di Malaysia, namun ia kembali diperkatakan sejak kebelakangan ini berikutan bebanan tugas yang berlebihan sehingga bukan sahaja mengganggu tugas hakiki guru, malah menyebabkan sesetengah guru hidup dalam tekanan kerja. Selain terlibat dengan kegiatan kokurikulum serta mengikuti pelbagai jenis kursus, guru juga terpaksa melakukan tugas pentadbiran dan perkeranian. Implikasinya, golongan pendidik ini tidak dapat memberikan sepenuh komitmen kepada kualiti dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menyedari hakikat itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran mengarahkan agar satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKMIBTG) ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan. Akhirnya cadangan pelaksanaan 28 perakuan diwujudkan bagi menangani 14 isu yang memberi kesan terhadap beban tugas guru.

Antaranya untuk menempatkan guru pembantu atau guru kedua dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah serta melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru. Persoalannya, apakah maksud guru pembantu atau guru kedua? Apakah implikasi penjawatan ini terhadap profesion keguruan? Dan wajarkah jawatan ini diwujudkan? Ramai dikalangan guru menyokong syor menempatkan dua guru dalam kelas yang mempunyai ramai murid walaupun Kementerian Pelajaran belum mempunyai perancangan melaksanakannya. Ini bermakna cadangan diterima baik dan mereka tentunya mempunyai pendapat masing-masing berhubung perkara ini.

Pengwujudan perjawatan guru pembantu ini sudah tentu dapat menjimatkan masa guru untuk diberi fokus kepada tugas hakiki mereka daripada melakukan kerja sampingan sehinggakan menjejaskan kualiti proses penganjaran dan pembelajaran. Masa berkualiti antara guru dan pelajar tentunya dapat dipertingkatkan bertepatan dengan usaha memperkasakan perkhidmatan pelajaran serta memartabatkan profesion keguruan. Dengan adanya pembantu ini, guru akan dapat memberikan lebih tumpuan kepada aktiviti pembelajaran pelajar dan perkembangan pedagogi mereka. Guru tidak lagi perlu memikirkan soal 'kerja sosial' dan boleh fokus kepada pengajaran di dalam kelas dan tidak perlu habiskan banyak masa jalankan tugas di luar bidang kerja.

Sebenarnya dalam menuju misi taraf pendidikan bertaraf dunia, semua pihak tidak seharusnya berpeluk tubuh dan lebih teruk saling menunding jari apabila timbulnya isu bebanan tugas guru ini. Pendidikan negara tidak akan mendapat sebarang keuntungan malahan semakin terkebelakang daripada beberapa negara lain yang lebih sensitif dengan perubahan taraf pendidikan negara mereka. Sistem pendidikan negara yang baik perlu menyediakan pendidikan berkualiti. Pendidikan yang berkualiti bermula daripada corak perkhidmatan guru-guru. Corak perkhidmatan yang baik dan tersusun sudah tentu dapat mengelakkkan keciciran prestasi sekolah seterusnya taraf pendidikan negara.

Dalam usaha menangani isu beban guru ini, Pihak Kementerian telah merancang pelbagai program bagi meringankan beban tugas guru di sekolah. Sokongan dari JPN, PPD dan pentadbir sekolah perlu selaras dan boleh membantu meringankan beban tugas guru. Kementerian memandang serius usaha mengurangkan isu beban tugas guru. Buktinya banyak artikel terpampang di dada akhabar seperti Khidmat Pembantu Mampu Atasi Beban Tugas Guru di Sekolah (Berita Harian Online, 13 Mei 2010), Perdana Menteri Azam Kurangkan Beban Guru (Utusan Online, 8 Februari 2013), Sokongan Sosial Bantu Kurangkan Beban Guru (Utusan Online, 24 Januari 2008) dan sebagainya.

Kerjasama pelbagai pihak diperlukan untuk membantu guru menangani masalah beban tugas guru dengan memberi sokongan serta kepercayaan kepada guru dalam menjalankan tugas mereka di sekolah. Kebajikan dan luahan guru perlu diambil berat supaya pembangunan dan objektif kerajaan mewujudkan negara maju dapat dicapai dengan jaya dan berterusan. Ini kerana guru adalah kerjaya yang sentiasa mendapat perhatian utama kerajaan kerana perananya cukup penting dalam mendidik rakyat agar menjadi modal insan cemerlang untuk membangunkan negara.Di sebabkan itulah kerajaan tidak pernah mengabai kebajikan guru dan setiap masalah yang timbul sentiasa mendapat perhatian untuk ditangani segera. Oleh itu, dalam keadaan tertentu, guru juga perlu membuktikan keikhlasan serta sikap sedia berkorban tanpa mengharapkan imbuhan semata-mata. Perlu adanya kesepakatan diantara pihak-pihak yang terlibat bagi kejayaan bersama. Keadaan dan situasi guru yang komited dengan tugas mereka dan sanggup mengharungi cabaran akan dapat memastikan pelajar mendapat pendidikan sempurna dan cemerlang dalam pelajaran. Akhirnya matlamat pendidikan untuk merealisasikan dan mengembangkan ilmu pengetahuan kepada pelajar dan masyarakat bagi membina negara yang bertamadun tinggi dapat dicapai.

Rujukan Rujukan Internet1. Utusan Malaysia (2008), Beban Kerja Guru Kini Semakin Berat diperolehi pada 19/2/2015http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_09.htm

2. Utusan Malaysia (2012), 14 Isu Beban Guru Ditangani, diperolehi pada 19/2/2015http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

3. http://www.beritasemasa.com.my/beban-tugas-guru-di-malaysia diperolehi pada 19/2/2015

4. http://nursafwanleo.blogspot.com/2013/11/beban-tugas-guru-sekolah-masa-kini.html diperolehi pada 19/2/2015

5. http://gurucoolbainun.blogspot.com/2012/09/isu-keguruan-isu-beban-tugas-guru.html diperolehi pada 19/2/2015.

Rujukan Buku

1. Muhammad Fuad Razali (2010), Beban Tugas Guru Cahaya Menanti di HujungTerowong, Shah Alam. Karisma Publications sdn Bhd.

2. Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon (2012), Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesionalisme, Selangor. Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.

3. Harun Arrasyid Hj. Tuskan (2002) Kaedah Rawatan Mengatasi Gangguan Stress dan Emosi menurut Islam, Kuala Lumpur. Penerbit Zubra Editions Sdn. Bhd.

4. Mohd Azhar Abd Hamid (2005) Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi, Bentong Pahang. Penerbit PTS Publication & Distributions Sdn Bhd.

Lampiran

v