full olahraga

39
OLAHRAGA- WAJ 3112

Upload: satriana-hapi

Post on 22-Jul-2015

371 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

OLAHRAGA- WAJ 3112

Sejarah Olahraga Luar Negara

Sejarah Olahraga Dalam Negara

Sejarah Olahraga

Sejarah awal olahraga Walaupun diakui sudah terdapat pertandingan seperti berlari, melompat dan melontar sejak zaman Sebelum Masihi lagi, tetapi adalah sukar untuk mengetahui dengan jelas dan tepat bila manusia menjadikan aktiviti ini sebagai satu pertandingan. Jika permulaan di Greek Kuno diambil kira seperti yang dinyatakan oleh kebanyakan buku sejarah, bermakna olahraga sudah bermula sejak 3000 tahun yang lampau lagi.

Sejarah awal olahraga Sukan olahraga dipercayai bermula pada tahun 776 SM, da ia merupakan catatan awal bermulanya olahraga sebagai satu acara sukan. Orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga, walaupun matlamat asal olahraga mereka bukanlah menjadikan olahraga sebagai acara sukan yang dipertandingkan, tetapi sebagai salah satu cabang seni melalui persembahan peserta-peserta yang mengambil bahagian.

Sejarah awal olahraga Olahraga berkembang ke negara Eropah lain, sehingga menghasilkan olahragawan bertaraf dunia Perjumpaan olahraga seperti Sukan Olimpik menjadi medan perjumpaan para olahragawan dari seluruh dunia untuk mengukur kebolehan dan keupayaan para peserta

Sejarah awal olahraga Kebanyakan negara telah menubuhkan persatuan olahraga masing-masing dan menjadi badan penyelaras kepada setiap aktiviti dan kejohanan yang diadakan serta yang disertai negara berkenaan

PERSATUAN DAN ORGANISASI OLAHRAGA

Persatuan & organisasi olahraga Badan atau pertubuhan tertinggi untuk tujuan ini ialah Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912 Keahlian badan ini terdiri daripada persatuan olahraga peringkat nasional. Negara kita menerusi Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (MAAU) turut menganggotao badan ini.

Persatuan & organisasi olahraga Sebarang kejohanan dan perjumpaan sukan olahraga diperingkat antarabangsa hendaklah mendapat kebenaran dan pengiktirafan IAAF Badan ini juga bertanggungjawab dalam menyelesaikan sebarang masalah atau pertikaian yang mungkin timbul dikalangan negara atau persatuan-persatuan gabungannya. Selain itu, ia berperanan mengeluarkan segala undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan sukan olahraga untuk dipatuhi oleh semua negara anggota

OLAHRAGA SEBAGAI SUKAN

Olahraga sebagai sukan Sebagai sukan yang dipertandingkan, sudah tentu aktiviti ini diubah suai dan diperkemaskan dari semasa ke semasa mengikut kehendak dan aturan yang ditetapkan. Sukan khususnya olahraga mampu menjadi penyumbang utama ke arah perkembangan tingkah laku manusia serta peribadi seseorang. Pertandingan dan perjumpaan olahraga dianjurkan di pelbagai peringkat.

PENGLIBATAN WANITA DALAM OLAHRAGA

Penglibatan wanita dalam olahraga Olahraga bukan hanya diceburi kaum lelaki sahaja, kaum wanita juga turut melibatkan diri. Penglibatan wanita dalam sukan khususnya olahraga tidaklah seawal penglibatan dan mengalami sejarah pahit seperti kaum lelaki. Mengikut sejarah olahragawan, wanita pada mulanya dilarang daripada mengambil bahagian dalam acara sukan. Pelbagai anggapan negatif dilemparkan kepada mereka. Malah mereka juga dilarang menonton kaum lelaki mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Kuno.

Penglibatan wanita dalam olahraga Menyedari penglibatan dan penyertaan wanita juga perlu, maka sebuah persatuan olahraga khusus untuk kaum wanita ditubuhkan. Persatuan ini diberi nama Federation Sportive Feminine Internationale yang bertujuan untuk mencadangkan kepada Majlis Olimpik Antarabangsa supaya penyertaan Sukan Olimpik yang bakal diadakan pada tahun 1924, dibuka juga kepada wanita. Cadangan itu mendapat sambutan yang menggalakkan.

Penglibatan wanita dalam olahraga Sukan Olimpik tahun 1928 akhirnya membuka pintu kepada kaum wanita. Penerimaan wanita dalam sukan yang terbesar di dunia itu telah disambut dengan gembira oleh atlit pelbagai negara yang sudah tentu mahu menunjukkkan pencapaian mereka yang tidak kurang hebatnya daripada kaum lelaki.

ACARA-ACARA OLAHRAGA: BALAPAN

JENIS ACARA BALAPAN Perbezaan yang ketara antara olahraga dengan jenis sukan lain ialah bilangan acara yang banyak dan menyebabkan banyak jumlah pingat yang boleh dimenangi menerusi olahraga, berbanding hanya satu pingat dalam sukan bola sepak atau hoki. Acara-acara olahraga dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu larian, lompatan dan lontaran. Setiap acara mempunyai undang-undang dan peraturan tersendiri, yang harus dipatuhi oleh semua peserta.

KATEGORILari jarak dekat (pecut)

ACARA100m(l/P) 200m(l/p) 400m (l/p) 800m(l/p) 1500m (l/p) 3000m (p) 5000m (l/p) 10000m(l) 3000m(l) 100m (p) 110m (l) 400m (l/p) 4x100m (l/p) 4x400m (l/p) l/p 7 acara (p) 10 acara (p) 5000m(p), 10000 (l/p), 20000m (l)

Lari jarak secerhana Lari jarak jauh

Lari berhalangan Lari berpagar

Lari berganti-ganti Marathon Heptathlon Dekathlon Berjalan kaki

ACARA-ACARA KHAS

ACARA-ACARA KHAS Oleh sebab ciri-ciri acara ini agak berbeza dan tersendiri, agak sukar untuk di kategorikan sebagai acara balapan, atau acara padang acara dekathlon dan heptathlon yang merupakan gabungan ketiga-tiga kumpulan acara tersebut, mungkin juga boleh dikategorikan sebagai balapan dan juga padang. Begitu juga dengan acara marathon dan lumba jalan kaki.

Marathon Acara marathon juga merupakan acara olahraga yang disertai oleh lelaki dan perempuan Marathon adalah acara lari jarak jauh sejauh 26 batu 385 ela diadakan sejak Sukan Olimpik Kuno lagi. Mengikut sejarah, acara ini adalah sempena sejarah Greek Kuno sebagai lambang pembawa berita yang berlari sejauh 26 batu 385 ela sebelum dia meninggal dunia disebabkan keletihan Acara marathon diadakan diluar kawasan balapan, menggunakan jalan raya biasa. Hanya permulaan dan akhir acara sahaja diadakan di dalam balapan

Lumba jalan kaki Acara Lumba Jalan Kaki adalah sejenis acara berjalan laju yang mungkin juga merupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan berlari Terdapat beberapa jarak yang di pertandingkan, khusus untuk lelaki ataupun perempuan. Pekara penting dalam lumba jalan kaki ialah jarak serta kekerapan membuat langkahan. Kelenturan pergerakan badan dan gabungan ayunan tangan dapat meningkatkan kelajuan. Peserta tidak dibenarkan berlari dalam acara ini. Disebabkan kelajuan langkahan yang ditunjukan oleh para peserta, penonton seolah-olah beranggapan mereka berlari anak ,tetapi sebenarnya tidak.

Dekathlon Dekathlon adalahn gabungan 10 acara yang merangkumi larian, lompatan dan lontaran Semua acara ini dijalankan sepanjang 2 hari, dan dikhaskan untuk lelaki sahaja Atlit yang menjuarai acara ini sering dianggap sebagi atlit yang paling lengkap. Peserta yang mengambil bahagian harus mengabungkan kelajuan, kekuatan, kelenturan, keazaman serta semangat kesukanan yang tinggi. Mereka juga harus mampu mengekalkan prestasi yang tinggi sepanjang 2 hari acara itu diadakan. Untuk memenangi acara ini secara keseluruhannya, peserta perlu mengambil bahagian dalam semua acara

Heptathlon Heptathlon merupakan gabungan tujuh acara yang dikhususkan untuk wanita sahaja untuk menguji kemampuan para peserta menerusi gabungan ketiga-tiga acara olahragaHARI PERTAMA HARI KEDUA

100m lari berpagar Lompat tinggi Lontar peluru 200m

Lompat jauhRejam lembing 800m

Sejarah Olahraga Dalam Negara

Di Malaysia, persatuan olahraga telah sejak tahun 1926 lagi. Dengan adanya persatuanpersatuan olahraga ini , ia telah memberi kesempatan dan peluang kepada pesertapeserta dari pelbagai negara mengambil bahagian dalam kejohanan dan perjumpaan olahraga yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan yang bergabung dengan Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) atau anjuran badan dunia itu sendiri.

Negara kita mula mengambil bahagian dalam sukan ini pada tahun 1956, iaitu ketika sukan itu diadakan di Melbourne, Australia.

Telah mengambil bahagian dalam acara hoki, olahraga, renang dan angkat berat. Sejak itu, negara kita tidak pernah gagal mengambil bahagian, kecuali pada tahun 1980 sebagai menyokong pemulauan terhadap pencerobohan penganjur, Rusia ke atas Afghanistan ketika itu.

Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa ( IAAF ) 1912.

Keahlian badan ini terdiri daripada persatuanpersatuan olahraga peringkat nasional negara masing-masing. Setiap negara boleh bergabung dalam persekutuan ini. Negara kita menerusi Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (MAAU) turut menganggotai badan ini.

Sebarang kejohanan dan perjumpaan sukan olahraga diperingkat antarabangsa hendaklah terdapat kebenaran dan pengiktirafan IAAF ataupun dianjurkan sendiri oleh badan berkenaan.

Badan ini juga bertanggungjawab dalam menyelesaikan sebarang masalah atau pertikaian yang mungkin timbul dalam kalangan negara negara atau persatuanpersatuan gabungannya.Umpamanya, dalam menganjurkan perjumpaan sukan utama seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan sebagainya, badan berkenaan harus mendapat persetujuan dalam Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dan IAAF.

Mengeluarkan segala undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan sukan olahraga untuk dipatuhi oleh semua negara anggota. Rekod-rekod pencapaian yang dicipta oleh setiap peserta, tidak kira dimana asalkan mendapat kelulusan IAAF, dicatat dan dikemaskinikan oleh badan ini pada setiap masa.

Persatuan Olahraga Ipoh, ( 1906 )Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan Ipoh Athletic Sports.Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya. 1914 hingga 1919 Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh Amateur Athletic of British Malaya.

1913, nama diubah kepada Amateur Athletic Association of Malaya.Nama kejohanan ditukar kepada Championships of Malaya.

1940 hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua. 1952, nama persatuan ditukar pula kepada Federation of Malaya Amateur Athletic Union (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya.

1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-peraturan baru telah diadakan di Seremban

Pada 1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh pesertapeserta dari luar negara.

Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada Malaysia Amateur Athletics Union (MAAU).

Presiden MAAU yang pertama ialah Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie

Pada 1964, kejohanan pertama di bawah MAAU diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.

SEKIAN,TERIMA KASIH