asyment usul fiqh setelah di edit

Upload: matt-noox

Post on 14-Apr-2018

267 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    1/26

    (TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)

    NO. MATRIKULASI :

    NO. KAD PENGNEALAN : NO. TELEFON :

    E-MEL :

    PUSAT PEMBELAJARAN :

  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    2/26

    1

    BIL TAJUK MUKA SURAT

    1 1.0PENDAHULUAN 3

    2 2.0MAKNA HADITH (SUNNAH RASULULLAH)- 2.1 Hakikat Hadith (Sunnah Rasulullah)

    - 2.2 Bahagian-bahagian Hadith

    5 - 6

    3 3.0PENYATAAN SUNNAH DAN AL-QURAN- 3.1 Peranan-peranan sunnah bersama Al-Quran

    3.1.1 Mentafsir dan menghurai maksud Al-Quran3.1.2 Memperkuat dan memperkukuhkan sesuatu yang

    datang di dalam al-Quran

    3.1.3 Sumber bagi mengetahui nasikh dan mansukh3.1.4 Mengeluarkan hukum-hukum yang tidak dinasakh

    oleh Al-Quran (peraturan semasa)

    6 - 9

    4 4.0KEAUTORITIAN SUNNAH4.1Taat kepada Rasulullah S.A.W adalah perintah Allah S.W.T4.2Rasulullah S.A.W manusia pilihan Allah untuk dicontohi4.3Sunnah Rasullah adalah wahyu Allah S.W.T

    9 - 12

    5 5.0KESIMPULAN 13

    6 SUMBER RUJUKAN 13

  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    3/26

    2

    1. PENDAHULUAN

    Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan

    menjaganya.(Surah Al-Hijr,Ayat 9)Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan Allah SWT memberi jaminan bahawa

    Al-Quran akan tetap terpelihara daripada sebarang perubahan dan akan terus kekal hingga ke

    hari kiamat. Al-Quran adalah sebuah keajaiban yang luar biasa yang diberikan Allah SWT

    kepada Nabi Muhammad SAW. Kemudian disebarkan kepada umat yang beriman untuk

    dijadikan pedoman yang abadi didalam kehidupan. Maka umat Islam sepatutnya sentiasa

    memelihara Al-Quran, kerana Al-Quran merupakan satu-satunya kitab yang sumbernya dari

    Allah SWT yang sarat dengan nilai-nilai ilmiah yang dapat dijadikan rujukan manusia dalam

    pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi. Oleh kerana itu menjadi tanggungjawab

    umat Islam untuk sentiasa memelihara Al-Quran.

    Al-Quran yang secara harfiah bererti bacaan yang sempurna merupakan nama pilihan

    Allah SWT yang sungguh tepat, kerana tiada satu bacaan pun sejak manusia mengenal bacatulis yang dapat menandinginya. Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan kepada Nabi

    Muhammad SAW yang merupakan penyempurna kitab-kitab samawi sebelumnya dan

    berfungsi sebagai petunjuk bagi umat manusia serta perbezaan di antara yang haq dan yang

    batil danjuga merupakan kitab undang-undang hukum yang paling sempurna yang boleh

    menjawab segala persoalan umat manusia.

    Tiada satu pun bacaan seperti Al-Quran yang dipelajari bukan hanya dari segi

    penempatan kata demi kata tetapi juga kandungannya yang tersuratdan tersirat bahkan

    memberi kesan yang mendalam oleh pembacanya. Dengan demikian Al-Quran telah

    terpelihara iaitu tidak ada satu surah, satu ayat atau satu huruf pun yang berubah sejak

    diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sampai sekarang. Meskipun semua kitab Al-

    Quran terbakar ataupun hilang, ayat-ayat Al-Quran tidak akan ikut hilang kerana Al-Quran

    telah dihafal oleh ribuan umat muslim di seluruh dunia.

    2.PERBEZAAN PEMELIHARAAN AL-QURAN OLEH ALLAH S.W.T. DENGAN

    KITAB MUQADDAS YANG LAIN.

  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    4/26

    3

    Manakala tiga kitab samawi yang lain masing-masing telah diubah penulisannya yang

    sebenar sehinggakan kitab itu telah diubah segala fakta yang menyebabkan ramai umat

    manusia terpesong akidahnya daripada ajaran Islam yang telah diperintah melalui kitab-kitab

    tersebut. Contohnya kitab yang dahulunya dikenali sebagai kitab Injil yang diturukan kepada

    Nabi Isa, tetapi sekarang kitab itu dikenali sebagai kitab Bible yang menjadi pegangan agama

    Kristian. Segala arahan mahupun perintah Allah yang ditulis pada kitab tersebut semua telah

    diubah sesuka hati oleh pihak yang tidak mempercayai bahawa Allah itu adalah tuhan

    sekalian alam.

    Apabila terjadinya seperti itu maka wujudlah sebuah lagi kitab yang telah diberi nama

    Al-Quran yang diturunkan oleh Allah meliputi pelbagai keseluruhan aspek kehidupan di

    dunia ini mengikut landasan ajaran agama Islam yang sebenar-benarnya sebagai seorang

    hamba. Justeru itu tidak diizinkan sama sekali orang-orang kafir untuk mengubah mukjizat

    yang ditinggalkan oleh khatimul anbiya kepada umat manusia di dunia ini, seperti firman

    Allah Surah Al-Maidah ayat 67

    Wahai Rasul Allah! sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu;

    dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna

    tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu

    dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada

    kaum Yang kafir.

    Semestinya kaedah penjagaan kitab al-Quran mempunyai perbezaan dengan kitab-

    kitab muqaddas yang lain, ini kerana tiga buah kitab terdahulu yang diturunkan sebelumnya

    telah berjaya diubah oleh umat manusia yang tidak mempercayai ajaran yang dibawa oleh

    rasul-rasul mereka. Oleh itu terdapat beberapa kaedah yang menjadikan kitab Al-Quran ini

    sentiasa dijaga dan dengan keizinan Allah ianya terpelihara sehingga hari kiamat.

    Diantara perbezaan pemeliharaan kitab Al-Quran dengan kitab muqaddas yang lain

    diantaranya ialah Namun begitu, berlainan pula dengan ahli kitab yang tidak ada pun yang

    menghafal Kitab Taurat dan Kitab Injil . Dari segi penjagaan kedua-dua kitab tersebut,

    mereka hanya membaca tulisan yang telah dibukukan saja. Malah mereka selalu membacanya

    dengan mata kepala mereka. Namun mereka tidak hafal, oleh kerana itu kedua-duanya sahaja

    berlaku perubahan.

    Selain itu, Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab. Sesungguhnya Al-Quran telah

    diturunkan di dalam Bahasa Arab sejak azali lagi. Hikmah ianya digunakan dalam Bahasa

  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    5/26

    4

    Arab telah menunjukkan pemeliharaan terhadap kitab Al-Quran ini oleh Allah SWT itu

    sendiri. Ini dibuktikan daripada sejarah yang memperakui Bahasa Arab adalah bahasa yang

    tertua di dunia serta mempunyai kosa kata yang menyeluruh. Justeru itu ianya telah menjadi

    kepayahan kepada sesiapa yang tidak dapat memahami bahasa arab dengan baik dan secara

    tidak langsung pemeliharaan itu terjamin kerana umat islam tidak perlu keliru kerana al-

    Quran hanya di turunkan dalam bahasa arab sahaja sepertimana dalam firman Allah :

    Demi Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. Sesungguhnya Kami jadikan Kitab

    itu sebagai Quran yang diturunkan Dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal)

    memahaminya.

    Kitab Al-Quran juga tidak lari daripada cubaan pengubahannya, tetapi Allah SWT lebih

    maha mengetahui setiap apa juga yang dilakukannya. Sehingga kini Alhamdulillah ianya

    masih lagi tetulis dalam Bahasa Arab dan terjemahannya sahaja ditulis dalam penulisan

    bahasa masing-masing untuk difahami, seperti contoh terjemahan pimpinan Al-Rahman.

    Dalil pemeliharaan al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab adalah

    Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah

    mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatNya (dalam bahasa yang kami

    fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul Yang membawanya berbangsaArab?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta

    penawar bagi orang-orang Yang beriman; dan sebaliknya orang-orang Yang tidak beriman,

    (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit Yang menyumbat telinga mereka (bukan

    penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita Yang menimpa (pandangan) mereka (bukan

    cahaya Yang menerangi). mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-

    Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang Yang diseru dari tempat Yang jauh (Tidakkah

    mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)".

    Berbanding dengan kitab-kitab yang lain, mereka telah mengubah kitab tersebut dengan

    bahasa masing-masing dan juga ianya tidak selaras. Ini merupakan perbezaan yang paling

    ketara diantara Al-Quran dan juga kitab-kitab muqaddas yang lain. ini menunjukkan tidak

    sepakat diantara mereka.

    Selain itu, Al-Quran sentiasa dihafaz. Sesungguhnya menghafaz ayat Al-Quran

    bukanlah sesuatu perintah yang wajib bagi Allah, tetapi dengan izinnya telah wujud jutaan

    penghafaz Al-Quran di seluruh dunia. Dengan cara seperti inilah Al-Quran tetap terjaga

  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    6/26

    5

    kerana hafalannya tersimpan dalam diri sebahagian umat Islam, dan seandainya seluruh

    mushaf Al-Quran yang ada di bumi ini hilang atau dibakar ianya tidak akan hilang untuk

    generasi Al-Quran dimasa hadapan. Bukanlah semua manusia mampu menghafaz kitab Al-

    Quran yang agung ini, tetapi dengan mukjizat yang ada pada kitab Al-Quran itu telah

    dipermudahkan oleh Allah bagi sesiapa yang ikhlas untuk memelihara kesuciannya.

    Ianya berbeza dengan kitab-kitab samawi yang lain, kerana ianya tidak dihafaz oleh umat

    rasul-rasul yang menerima kitab dari Allah ketika itu. Kemungkinan ketika itu agama islam

    lebih mementingkan seseorang itu perlu mengenal dan memahami siapa tuhan mereka yang

    selayaknya untuk disembah. Selain daripada itu juga contohnya kandungan kitab Injil

    dikatakan empat kali ganda panjang daripada kitab Al-Quran, ini juga memungkinkan tidak

    ada umat Nabi Isa yang mampu menghafaznya.

    Kaedah Resam Uthmani adalah salah satu ilmu yang menyebabkan kitab al-

    Quran sehingga ke hari ini terpelihara penulisannya. Resam Uthmani adalah berpunca

    daripada bimbingan dan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w secara langsung dan mengikut sunnah

    baginda s.a.w. Setiap perkara yang dikhabarkan oleh baginda sudah tentu ia datang daripada

    Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. tidak mengajar sesuatu kepada para sahabat melainkan setelah

    mendapat perintah wahyu daripada Allah berpandukan hadis berikut sebagai sandaran

    Gunakan dakwat, tajamkan pena, sempurnakan penulisan huruf ba, pisahkan penulisan

    huruf sin, sempurnakan bulatan pada penulisan huruf mim, perindahkan kalimah Allah,

    panjangkan sebutan al-Rahmaan, dan lagukan bacaan al- Rahiim, letakkan pena kamu di

    atas telinga kirimu, maka sesungguhnya ia akan mengingatkan kamu

    Membaca Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan akan mendapat

    ganjaran kepada yang membacanya. Setiap pembacaan yang mendapat ganjaran ialah

    pembacaan yang menepati rukun. Ulama bersepakat rukun bacaan Al- Quran ada tiga dan

    salah satunya ialah menepati salah satu mushaf-mushaf Uthmani sama ada mushaf yang

    dihantar ke Madinah, Mekah, Kufah, Basrah, Syam atau mushaf Imam yang disimpan oleh

    Saidina Uthman sendiri. Pembacaan yang tidak menepati rukun dikira syaz atau bacaan yang

    ditolak. Ulama bersepakat tidak mengakui quraniyyat (kequranan) qiraat Syazzat dan lebih

    jelas qiraat syazzat dianggap sebagai tafsir atau penjelasan terhadap qiraat yang terkenal

    diakui kesahihannya.

    Antara keistimewaan sehingga menjadikan rasm Uthmani perlu diberi keutamaan

    ialah berkaitan tujuh huruf al-Quran dan ini menjadikannya bertepatan dengan wajah qiraat

    yang diajarkan Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya. Terdapat banyak hadis berkaitan tujuh

  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    7/26

    6

    huruf dan pelbagai pendapat utama mengenai maksudnya. Salah satu pendapat yang

    disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tujuh cara bacaan yang merangkumi unsur-unsur

    berikut; kata nama sama ada iamufrad,muthanna ataujamak dan sama ada iamuzakkar atau

    muannas, perselisihan pada caraikrab (analisa nahu), perselisihan cara tasrif, perselisihan

    mendahulu atau mentakhir sesuatu huruf atau kalimah, perselisihan dari segiibdal,

    perselisihan dari segi menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan

    perselisihan pada lahjah sama ada tebal atau nipis, imalah, tashil, isymam dan sebagainya.

    Sekiranya resam Uthmani tidak digunakan dalam penulisan Al-Quran pasti mushaf yang

    dihasilkan tidak meliputi semua huruf dan seterusnya menjadi mushaf itu terhad dan sesuai

    digunakan untuk membaca qiraat mutawattiroh tertentu sahaja dan tidak bagi qiraat-qiraat

    mutawattiroh yang lain.

    Selain daripada itu juga ianya adalah Resam yang bertepatan dengan pembentangan

    bacaan al-Quran terakhir. Faktor ini juga penting kerana seperti dimaklumi secara pasti

    melalui sejarah Islam, Rasulullah s.a.w. melakukan semakan terakhir bacaan al-Quran dengan

    Malaikat Jibril dan Zaid bin Thabit, seorang sahabat yang sangat rapat dengannya turut

    berada bersamanya. Zaid bin Thabit diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpul al-

    Quran oleh dua khulafa Ar Rashidin iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman menulis

    berdasarkan kepada pembentangan tersebut.

    3. HURAIKAN KAEDAH PENJAGAAN DAN PEMELIHARAAN AL-QURAN PADA

    MASA KINI

    Pemeliharaan Al-Quran telah dilakukan oleh para sahabat yang telah menghafaz di

    zaman Rasulullah SAW. Selain itu, pengumpulan berupa mushaf atau lembaran-lembaran

    pada masa Khalifah Abu Bakar dan penulisannya pada masa UsmanBin Affan memberi

    banyak manfaat pada masa sekarang ini iaitu terpeliharanya keaslian Al-Quran. Sekiranya

    ayat-ayat Al-Quran sehingga kini masih di atas pelepah tamar atau lain-lain, maka sudah

    tentu pelepah tamar tersebut lama kelamaan akan lapuk dan hancur serta bercerai berai.

    Demikian pula yang dihafal oleh para sahabat akan hilang seiring dengan wafatnya sahabat

    yang menghafal Al-Quran ketika di medan perang. Ada beberapa manfaat yang dapat diambil

    oleh umat manusia dengan terpeliranya Al-Quran iaitu Al-Quran menjadi satu-satunya kitab

    suci yang sama sekali keluarannya tidak pernah mengalami perubahan. Apa yang dibaca dari

  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    8/26

    7

    isi Al-Quran sekarang adalah sama dengan apa yang dibaca oleh para sahabat pada empat

    belas abad yang lalu.

    Selain itu, terpelihara keluaran Al-Quran menjadikannya sebagai sumber pertama

    ajaran Islam yang mengandungi nilai-nilai ajaran yang bersifat global, universal, dan

    mendalam kerana itu perlu penjelasan yang lebih lanjut. Di sinilah pentingnya peranan tafsir

    Al-Quran yang menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai apa yang dimaksud dalam Al-

    Quran. Al-Quran juga menjadi al-furqan yang bererti pembeza. Dengan membaca dan

    memahami Al-Quran, orang dapat membezakan dan memisahkan diantara yang hak dan yang

    batil. Selain itu Al-Quran juga menjadi Az-Zikra, iaitu peringatan yang mengingatkan

    manusia akan kedudukannya sebagai makhluk Allah yang memiliki tanggung jawab.

    Oleh itu, dengan terpeliharanya keaslian keluaran Al-Quran menjadikannya sebagai

    sumber ilmu pengetahuan. Di dalamnya terdapat berbagai petunjuk yang tersurat dan tersirat

    yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Isyarat-isyarat ilmiah Al-Quran ternyata dapat

    dibuktikan kebenarannya oleh ilmuan pada zaman moden ini. Pemeliharaan Al-Quran

    tersebut di atas tidak mungkin dapat tercapai seandainya al-Quran tidak dijaga keaslian sejak

    dari turunnya sampai sekarang. Oleh kerana itu, telah menjadi tanggaung jawab setiap umat

    Islam untuk sentiasa menghafal, memahami dan mengkaji isi Al-Quran.

    Proses awal pemeliharaan Al-Quran telah dilakukan pada Masa Nabi Muhammad

    SAW lagi. Pemeliharaan Al-Quran pada masa Rasulullah SAW terbahagi kepada dua cara

    aatau kategori iaitu pemeliharaan Al-Quran didalam dada dan pemeliharaan Al-Quran

    dengan tulisan. Pemeliharaan Al-Quran didalam dada sering juga disebut hifzuhu atau

    menghafalnyaan yang dilakukan di dalam hati. Keadaan masyarakat arab pada ketika itu

    yang hidup pada masa turunnya Al-Quran adalah masyarakat yang tidak tahu membaca

    tulisan kerana itu satu-satunya mereka iaitu dengan hafalan. Mereka juga dikenal sebagai

    masyarakat yang sederhana dan bersahaja. Kesederhanaan ini yang membuat mereka

    memiliki masa lapang yang cukup untuk digunakan untuk menambah ketajaman pemikiran

    dan hafalan.

    Masyarakat arab waktu itu sangat cenderung dan menghargai kesusasteraan serta

    mereka membuat ratusan ribu syair kemudian dihafalnya. Bahkan mereka juga melakukan

    perlumbaan dan pertandingan dalam bidang ini pada waktu-waktu tertentu. Tetapi ketika Al-

    Al-Quran datang dengan lenggok bahasa yang sangat memukau dan isyarat ilmiah yang

  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    9/26

    8

    mantap serta keseimbangan bahasa yang jelas dan juga mampu mengalahkan syair-syairnya,

    sehingga mereka mengalihkan perhatian kepada kitab yang mulia ini dengan sepenuh hati dan

    menghafal ayat-ayat kemudian secara perlahan-lahan mereka meninggalkan syair-syairnya

    kerana telah menemukan cahaya kehidupan dalam Al-Quran.

    Al-Quran diturunkan kepada Nabi yang ummi atau tidak tahu membaca, maka secara

    langsung untuk memelihara apa yang yang diwahyukan kepadanya haruslah di hafal. Usaha

    keras Nabi Muhammad SAW untuk menghafal Al-Quran terbukti setiap malam beliau

    membaca Al-Quran dalam solat sebagai ibadah untuk merenungkan maknanya. Rasulullah

    sangat ingin segera menguasai Al-Quran yang diwahyukan kepadanya belum selesai

    Malaikat Jibril membacakan ayatnya, beliau sudah menggerakkan lidahnya untuk menghafal

    apa yang sedang diturunkan, kerana takut apa yang turun itu terlewat sehingga Allah SWT

    menurunkan firman-Nya sebagaimana yang terdapat dalam Surah Al-Qiyamah dalam ayat

    yang ke 16-19 yang bermaksud

    Janganlah kamu menggerakkan lidahmu untuk membaca Al-Quran kerana hendak

    cepat-cepat menguasainya. Sesungguhnya atas tanggungan kamilah mengumpulkannya (di

    dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila kami telah selesai mebacakannya,

    maka ikutilah bacaannya itu. Kemudian atas tanggungna kamilah penjelasannya.

    Ayat di atas memperkatakan janganlah engkau wahai Nabi Muhammad SAW

    menggerakkan lidahmu untuk membacanya sebelum Malaikat Jibril selesai membacakannya

    kepadamu, jangan sampai engkau tidak menghafalnya atau melupakan satu bahagian darinya.

    Allah SWT melarang tergesa-gesa agar tidak terjerumus ke dalam pelanggaran. Kata

    Jamahu (penghimpunannya) dari ayat diatas bermakna penghafalannya. Oleh sebab itu,

    orang-orang yang hafal Al-Quran disebut Jummaul Quran atau Huffadzul Quran. Makna

    selain dari Jamahu adalah penulisan seluruh Al-Quran.

    Nabi Muhammad SAW setelah menerima wahyu secara langsung terus

    menyampaikan wahyu tersebut kepada para sahabatnya yang sesuai dengan hafalan Nabi,

    tidak kurang dan tidak lebih. Sehingga sahabat telah banyak kali yang menghafal Al-Quran.

    Manna Khlil Al-Qattan mengutip hadits dari kitab sahih Buhari bahawa ada tujuh hafiz di

    zaman Rasulullah iaitu Abdullah Bin Masud, Salim bin Maqal, Muadz bin Jabal, Ubai Bin

    Kaab, Zaid bin Tsabit, Abu Zaid bin Zakan, dan Abu Darda. Menyebut tentang tujuh orangpara hafiz di atas bukan bererti pembatasan, kerana beberapa keterangan di dalam kitab-kitab

  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    10/26

    9

    sejarah menunjukkan bahawa para sahabat berlumba-lumba untuk menghafalkan Al-Quran

    dan mereka memerintahkan anak-anak dan isteri-isteri mereka untuk menghafalkannya juga.

    Mereka membacanya dalam solat sehingga alunan suaranya seperti suara lebah.

    Cara yang kedua untuk memelihara Al-Quran iailah dengan cara penulisan.Walaupun

    Nabi Muhammad SAW dan para sahabat menghafal ayat-ayat Al-Quran secara keseluruhan,

    namun untuk menjamin terpeliharanya wahyu Ilahi, Beliau tidak hanya mengandaikan

    dengan hanya hafalan sahaja , tetapi jugadengan cara mpenulisan atau tulisan. Sejarah

    mencatatkan bahawa setiap ayat yang diturunkan Nabi Muhammad SAW lalu memanggil

    sahabat-sahabat yang dikenali dan juga pandai menulis. Rasulullah mengangkat beberapa

    orang penulis (kuttab) wahyu seperti Ali, Muawiyah, Ubay bin Kaab dan Zaid bin Tsabit.

    Ayat-ayat Al-Quran tersebut dituli oleh mereka di pelepah-pelepah kurma, batu, kulit-kulit

    atau tulang-tulang binatang. Sebahagian sahabat ada juga yang menuliskan ayat-ayat tersebut

    secara pribadi. Namun kerana keterbatasan alat tulis dan tidak kemampuan pada ketika itu

    menyebabkan ianya satu batasan untuk melaku penulisan tersebut

    Selain itu, bukti yang menunjukkan bahawa Penulisan Al-Quran telah wujud sejak

    zaman Rasulullah SAW dikemukkan oleh Ibrahim al-Abyari, tentang sekelumit para sejarah

    Umar Bin Khattab ketika mendapat informasi atau maklumat bahawa saudaranya masuk

    Islam, lalu ia sangat marah kepada adiknya setelah ditemuinya sedang membaca Al-Quran.

    Namun ketika Umar telah reda marahnya, ia melihat lembaran-lembaran di sudut rumahnya

    yang di dalamnya terdapat tulisan ayat-ayat Al-Quran. Kemudian Umar masuk Islam setelah

    mendapatkan kalimah-kalimah yang mengandungi mukjizat yang bukan perkataan manusia.

    Daripada beberapa pernyataan tersebut, maka jelaslah bahawa sejak zaman Nabi Muhammad

    SAW lagi telah berlakunya pengumpulan Al-Quran yang telah dilakukan dengan dua cara

    iaitu menghafalnya dalam hati dan menulisnya di atas pelbagai jenis bahan yang ada pada

    saat itu. Meskipun Al-Quran pada saat itu belum tertulis dalam lembaran yang berbentuk

    mushaf sebagaimana sekarang, tetapi ini cukup menjadi bukti bahawa sudah ada penulisan

    Al-Quran pada Zaman Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan bahawa pemeliharaan Al-

    Quran di masa pembukuan pertama.

    Pada zaman sahabat nabi iaitu Saidina Abu Bakar, terdapat satu tragedi berdarah di

    peperangan Yamamah yang menggugurkan 70 orang sahabat yang hafidz Al-Quran dicermati

    secara kritis oleh Saidina Umar bin Khattab, sehingga muncullah idea yang bijaksana dari

  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    11/26

    10

    beliau dengan mengusulkan kepada Saidina Abu Bakar agar segera mengumpulkan tulisan-

    tulisan Al-Quran yang pernah ditulis pada masa Rasulullah SAW. Abu Bakar keberatan

    dengan usul Saidina Umar, dengan alasan belum pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad

    SAW tetapi akhirnya Saidina Umar berhasil meyakinkannya sehingga terbentuklah sebuah

    kumpulan yang dipimpin oleh Zaid bin Tsabit dalam rangka merealisasikan mandat dan tugas

    suci tersebut. Saidina Abu Bakar memilih Zaid mengingatkan tentang kedudukannya dalam

    qiraat, penulisan, pemahaman, dan kecerdasannya serta dia juga hadir pada saat Al-Quran

    dibacakan oleh Rasulullah terakhir kalinya.

    Zaid bin Tsabit melaksanakan tugas yang berat dan mulia tersebut dengan berhati-hati

    di bawah petunjuk Saidina Abu Bakar dan Umar. Sumber utama penulisan tersebut adalah

    ayat-ayat Al-Quran yang dihafal oleh para sahabat dan yang ditulis atau dicatat di hadapan

    Nabi. Di samping itu, untuk lebih mengetahui sekiranya catatan yang berisi ayat Al-Quran

    benar-benar berasal dari Nabi Muhammad SAW, maka harus membawa dua orang saksi

    yang adil. Dalam pembentangan waktu kerja kumpulan tersebut, Zaid mengalami kesulitan

    iaitu tidak menemukan naskah mengenai Ayat 128 dari Surat At-Taubah. Ayat tersebut

    dihafal oleh kebanyakkan sahabat termasuk Zaid sendiri, namun tidak ditemukan dalam

    bentuk tulisan. Kesulitan itu berakhir ketika naskah dari ayat tersebut ditemukan ditangan

    seorang yang bernama Abu Khuzaimah Al-Anshari.

    Hasil kerja yang berbentuk mushaf Al-Quran yang disimpan oleh Abu Bakar

    sehingga akhir hayatnya. Setelah itu, ianya berpindah ketangan Umar bin Khattab.

    Sepeninggal Umar , mushaf di ambil oleh hafsah binti Umar. Dari sejarah di atas diketahui

    bahawa Abu Bakar yang memerintahkan pengumpulan pertama yang menghimpunkan Al-

    Quran. Umar bin Khattabmerupakan pencetus idea yang sangat bernas, serta Zaid bin Tsabit

    adalah sumber utama yang melakukan kerja penulisan Al-Quran secara utuh dan sekaligus

    menghimpunnya dalam bentuk mushaf. Pemeliharaan Al-Quran dimasa Abu Bakar

    dinamakan pengumpulan yang kedua.

    Pada masa pemerintahan Saidina Usman, Wilayah Negara Islam telah meluas

    sehingga ke Tripoli Barat, Armenia dan Azarbaijan. Pada waktu itu Islam sudah masuk ke

    Wilayah Afrika, Syiriah dan Persia. Para hafidz pun tersebar, sehingga menimbulkan

    persoalan baru, iaitu silang pendapat mengenai qiraat Al-Quran. Ketika terjadi perang

    Armenia dan Azarbaijan diantara orang yang telah mengikut serta menyerbu kedua kota

    tersebut adalah Khuzaifah Bin Al-Yaman. Ia menemukan banyak perbezaan didalam cara-

  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    12/26

    11

    cara membaca Al-Quran, bahkan sebahagian qiraat itu bercampur dengan kesalahan. Masing-

    masing mempertahankan bacaannya serta menetang setiap bacaaan yang tidak berasal dari

    gurunya. Melihat kedaan yang memprihatin ini, Khuzaifah segera melaporkan kepada Saidina

    Usman tentang sesuatu yang telah dilihatnya. Saidina Usman segara mengundang para

    sahabat bermusyawarah mencari jalan keluar dari masalah tersebut. Akhirnya, tercapa suatu

    kesepakatan agar Mushaf Abu Bakar disalin kembali menjadi beberapa mushaf untuk

    dijadikan rujukan apabila terjadi perselisihan tentang cara membaca Al-Quran. Untuk

    melaksanakan tugas tersebut, Saidina Usman memperkenalkan satu kumpulanyang terdiri

    dari empat orang sahabat, iaitu Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Zubair, Said bin Ash dan

    Abdul Rahman bin Haris bin Hisyam.

    Hasil kerja tersebut mewujudkan empat mushaf Al-Quran yang sama. Tiga

    diantaranya dikirimkan ke Syam, Kufah dan Basrah manakala satu mushaf lagi ditinggalkan

    di Madinah untuk pegangan khalifah yang kemudian dikenalkan dengan Al-Mushaf Al-Imam

    supaya persoalan berlainan pendapat mengenai bacaan dapat diselesaikan dengan pantas

    maka Saidina Usman memerintahkan semua mushaf yang berbeza untuk dibakar. Dengan

    usaha tersebut, Saidina Usman telah berjaya menghasilkannya untuk menghindarkan

    timbulnya fitnah dan mengikis sumber perselisihan serta menjaga Al-Quran dari perubahan

    dan penyimpangan sepanjang zaman. Mushaf yang ditulis dimasa Saidina Usman inilah yangtelah menjadi rujukan sampai sekarang.

    Sejarah Al-Quran demikian jelas sejak turunnya sehingga sekarang dan dibaca oleh

    kaum muslimin sejak dahulu sehingga sekarang. Namun sehingga kini, Al-Quran sangat

    terbukti keasliannya. Al-Quran membuktikan ianya sebagai firman Allah. Dengan demikian

    apa yang dibaca sebagai Al-Quran pada hari ini tidak berbeza sedikit pun dengan apa yang

    pernah dibaca oleh Rasulullah SAW pada empat belas abad yang lalu. Terpeliharanya

    keaslian keluaran atau penerbitan Al-Quran tersebut tidak lain kerana andil dari Rasulullah

    SAW dan para sahabatnya serta segenap umat Islam yang lain.

    Meskipun Al-Quran telah dibukukan pada masa Usman bin Affan dan semua umat

    Islam menyakini bahawa di dalamnya tidak ada perubahan sedikit pun sejak diturunkan

    kepada Rasulullah SAW. Pada 14 abad yang lalu, namun masih ada yang meragukan keaslian

    Al-Quran. Di antara mereka ada yang mencuba melakukan iaitu perubahan

    terhadap isi Al-Quran dengan mengubah sebahagian teksnya, serta melakukan

  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    13/26

    12

    iaitu dengan mengubah satu huruf yang mirip seperti diubah menjadi sehingga

    berubah erti serta maknanya. Usaha-usaha segelintir kaum tersebut ini tidak pernah

    mengalami keberhasilan kerana terdapat ramai umat Islam yang menghafal Al-Quran,

    sehingga tidak berlaku perubahan sedikit pun penerbitan Al-Quran. Kerana usaha tersebut

    tidak berhasil, maka mereka mencuba cara lain dengan melakukan

    iaitu melakukan penafsiran yang tidak bersesuaian dengan makna yang sebenarnya. Apa tah

    lagi terdapat banyak kisah israiliyyat yang merasuki penafsiran al-Quran. Kisah dan dongeng

    yang disusupkan dalam tafsir dan hadits yang pada asalnya diriwayatankan kembali kepada

    sumbernya iaitu Yahudi, Nashrani dan yang lainnya. Cerita-cerita yang sengaja diseludupkan

    oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir dan hadits tersebut sama sekali tidak dijumpai

    dasarnya dalam sumber-sumber lama.

    Mufassir atau para pentafsir dituntut untuk memperhatikan setiap pengertian dan

    keserasian makna yang ditunjuk oleh penerbit Al-Quran. Di samping itu mufassir harus

    memelihara dan memperhatikan semua kebenaran makna yang terkandung dalam keluaran

    ayat, serta makna lain yang mengarah kepadanya, iaitu makna atau maksud yang tidak

    terjangkau oleh penyebutan keluaran ayat, tetapi kebenarnnya.

    Menurut para ulama, seseorang yang hendak mentafsir ayat Al-Quran, mereka hendaklah

    terlebih dahulu mencari tafsir ayat tersebut di dalam Al-Quran itu sendiri, kerana kerap kaliterdapat ayat-ayat itu bersifat global di sesetengah tempat, sedangkan penjelasannya terdapat

    di tempat lain (ayat lain) dan kadang kala ayat itu bersifat ringkas di suatu tempat, dan

    penjelasannya ditemukan di tempat lain (ayat lain). Lantaran,, yang lebih mengetahui makna

    Al-Quran secara tepat hanyalah Allah. Jika tidak sudah tentu ada ayat yang dapat dijadikan

    tafsir bagi ayat itu, hendaklah terlebih dahulu memeriksa hadis-hadis Nabi. Kerana sunnah

    merupakan penjelasan makna ayat Al-Quran. Jika tidak menemukan di dalam sunnah itu

    hendaklah merujuk kepada perkataan sahabat, sesungguhnya mereka lebih tahu mengenai hal

    itu lantaran mereka mendengarnya sendiri dari mulut Rasulullah dan menyaksikan sebab-

    sebab turunnya ayat tersebut dan suasana yang meliputi ketika turunnya, mereka juga

    memiliki pemahaman bahasa Arab yang benar, ilmu yang benar dan amalan-amalan soleh.

    Dalam hal tersebut di atas, maka pemeliharaan Al-Quran tidaklah berhenti sampai di

    situ, melainkan umat Islam di masa sekarang haruslah sentiasa memelihara dan menjaga

    kesohehan Al-Quran dengan cara berusaha menghafal, mempelajari dan mengkaji Al-Quran.

    Bukan setakat itu sahaja, hendaklah memahami makna yang sebenarnya secara tersureat dan

    juga tersirat berdasarkan kaedah tafsir, sehingga setiap perubahan isi Al-Quran sekiranya

  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    14/26

    13

    terdapat perubahan untuk pentafsiran yang tidak sesuai dengan makna yang sebenarnya dapat

    diketahui. Dengan mengetahui secara mendalam tentang pengumpulan Al-Quran, kita

    jugadapat memeliharanya dengan cara menghafal dan memahami maknanya, maka kita akan

    menjadikannya pedoman hidup yang diyakini kebenarannya kerana sebuah kitab suci harus

    dipertanggung jawabkan kesohehannya sehingga boleh dianggap sebagai kitab suci. Untuk

    membuktikan kesohehan sebuah kitab suci, salah satu caranya adalah dengan mengetahui

    sejarah turun ataupun cara pengumpulannya serta mengetahui usaha-usaha para sahabat

    setelah Rasululllah SAW wafat, dalam memelihara dan melestarikan Al-Quran.

    Apabila memikirkan tentang kaedah penjagaan Al-Quran pada masa kini amatlah

    membimbangkan sekali kerana terdapat anasir-anasir jahat yang ingin memusnahkan keaslian

    Al-Quran sejak zaman dahulu kala lagi. Apabila perubahan zaman berlaku, teknologi juga

    sentiasa mengalami perubahan globalisasi yang begitu pantas dalam kehidupan hidup

    manusia seharian.Ini disebabkan lahirnya sistem teknologi cangih yang membolehkan fakta

    sebenar berkaitan Al-Quran diubah suai tanpa ada kebenaran pihak-pihak tertentu,

    terutamnya internet yang membolehkan seseorang itu mendapatkan maklumat berkaitan

    makna atau maksud Al-Quran dengan begitu mudah sekali. Sebagai contoh, dengan hanya

    dengan menggunakan hujung jari sahaja sudah terpapar makna Al-Quran yang dicari di skrinkomputer anda. Tetapi alangkah hebatnya tidak ada sepotong ayat mengalami perubahan

    mahupun penambahan tatkala dunia mengalami perubahan teknologi globalisasi yang begitu

    canggih masa kini.

    Keselamatan maklumat yang terdapat di internet bila-bila masa boleh diubah

    faktanya tanpa mampu diperiksa oleh pihak-pihak yang telah dipertanggungjawabkan. Oleh

    itu, terdapat pelbagai kaedah telah disepakati oleh pembesar atau ketua agama bagi sesebuah

    negara untuk memelihara kesucian kitab Al-Quran di zaman yang serba moden Walau

    bagaimanapun teknologi yang canggih juga dapat membantu kita mempercepatkan,

    memudahkan dan juga menggalakkan seseorang itu untuk berdamping dengan kitab Al-

    Quran setiap masa. Contohnya Al-Quran digital, mp3 alunan bacaan al-quran, DVD/VCD

    dan perisian komputer, ini kerana ianya mudah disimpan dan dibawa, berbeza dengan

    naskhah Al-Quran yang ditulis di atas kertas dan dijilidkan kerana fizikalnya mudah terkoyak

    dan sensitif apabila terlalu lama digunakan. Untuk memastikan kecanggihan teknologi itu

    benar terpelihara, terdapat badan-badan yang bertanggungjawab sentiasa bersedia meneliti

  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    15/26

    14

    sesuatu bahan itu adalah tulen dan seterusnya mendapat lesen untuk dikeluarkan kepada

    orang ramai.

    Penguatkuasa undang-undung juga diwujudkan bertujuan untuk mengawal

    pencetakkan Al-Quran. Untuk tidak mengelirukan umat Islam terhadap penulisan kitab Al-

    Quran ini, kerajaan arab Saudi telah menubuhkan Mujammik Al-Madinah Al-

    Munawwarah yang berfungsi untuk mengurus pencetakan mashaf Al-Quran. Penubuhan ini

    adalah perlu memandangkan setelah percetakan Al-Quran tersebar luas dalam bentuk

    perniagaan dan bukan perniagaan, didapati para penerbit dan pencetak kurang memberikan

    perhatian dalam usaha memelihara, mengawal, meneliti, mentashih dan mengulang semak

    Al-Quran. Sehubungan dengan itu penubuhan Mujammik ini adalah bertepatan bagi

    memastikan Al-Quran dicetak dengan sempurna dan terpelihara. Ini merupakan satu langkah

    yang sangat bijak dan juda ini merupakan cara yang paling tepat untuk memeliharan keluran

    dan penerbitan Al-Quran.

    Pelaksanaan ini telah dipertanggungjawabkan kepada Ahli Jawatankuasa Tertinggi

    Al-Quran Universiti Islam Madinah. Sesungguhnya mengikut fakta yang telah diberikan,

    semakan telah dikhatamkan lebih dari dua ratus kali ketika dibuat semakan sebelum dicetak

    dan telah dibaca dengan lambat nas-nas Al-Quran, ayat-ayat, kalimah-kalimah, bahkan huruf

    demi huruf, harakat demi harakat disamping penelitian terhadap istilah dan simbol yang

    didapati dalam Al-Quran. Begitulah telitinya sebelum ianya akan diterima pakai oleh Negara-

    negara Islam yang menjadikan Al-Quran sebagai pegangan utama kepimpinan mereka.

    Selain itu, Malaysia telah menubuhkan banyak sekolah-sekolah dan institusi yang

    menawarkan program yang menggunakan Al-Quran sabagai sumber yang utama. Bukan

    sahaja Malaysia, malah setiap negara yang mempunyai masyarakat yang majoritinya muslim

    dan juga musimahS seperti Indonesia, Mesir dan sebagainya banyak menubuhkan dan

    membina sekolah-sekolah dan insitusi-institusi seperti madrasah dan sekolah tahfiz yang

    banyak melahirkan hafiz dan juga hafizah iaitu mereka yang menghafaz Al-Quran. Ini

    merupakan juga salah satu cara bagaimana masyarakat zaman sekarang memelihara Al-Quran

    itu sendiri walaupun terdapat pelbagai teknologi yang memudahkan untuk masyarakat

    membaca Al-Quran.

    Bacaan Al-Quran juga telah diajar dengan menggunakan pelbagai cara sebagai

    contoh telah diajar taranum bagi menyedapkan lagi bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Ini juga

    merupakan salah satu cara untuk memelihara Al-Quran.

  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    16/26

    15

    PERBEZAAN PEMELIHARAAN AL-QURAN OLEH ALLAH S.W.T. DENGAN

    KITAB MUQADDAS YANG LAIN

    1.Pemeliharaan Al-Quran melalui kaedah hafazan.

    Fbhsfhst

    (PD MSA SKRG)

    Ada sebuah janji di dalam Al-Quran bahwa Allah s.w.t. akan memelihara Islam saat

    menghadapi bahaya dan percobaan seperti diungkapkan dalam ayat:

    Sesungguhnya Kami-lah yang telah menurunkan peringatan ini dan sesungguhnya Kami-lah

    pemeliharanya. (S.15 Al-Hijr:10).

    Sesuai dengan janji tersebut maka Allah yang Maha Perkasa akan menjaga Firman-Nya

    dengan empat cara. Pertama, melalui daya ingat mereka yang telah menghafal keseluruhan

    Al-Quran sehingga keutuhan teks dan urutannya tetap terjaga.

    Pada setiap zaman terdapat ratusan ribu orang yang menghafalkan Al-Quran di luar kepala

    dimana jika ada yang menanyakan satu kata saja, mereka ini dapat mentilawatkan

    kalimatnya. Melalui cara ini Al-Quran dipelihara terhadap penyimpangan verbal sepanjang

    masa. Kedua, melalui ulama-ulama akbar di setiap zaman yang memperoleh pemahaman Al-

  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    17/26

    16

    Quran, dimana mereka ini menafsirkan Al-Quran dengan bantuan Hadits, sehingga dengan

    cara tersebut Firman Tuhan terpelihara dari penyimpangan penafsiran dan arti. Ketiga,

    melalui para cendekiawan yang mengungkapkan ajaran Al-Quran berdasarkan logika dan

    dengan demikian memeliharanya terhadap serangan dari para filosof yang berpandangan

    cupat. Keempat, melalui mereka yang mendapat karunia keruhanian dimana mereka di setiap

    zaman menjaga Firman Suci Tuhan terhadap serangan-serangan dari mereka yang

    menyangkal mukjizat dan wawasan keruhanian. (Ayyamus Sulh, Qadian, Ziaul Islam Press,

    1899; sekarang dicetak dalam Ruhani Khazain, vol. 14, hal. 288, London, 1984).

    * * *

    Jangan sampai umat Islam berpandangan bahwa turunnya wahyu dimulai dengan kedatangan

    Nabi Adam a.s. dan telah berakhir dengan selesainya penugasan Hadzrat Rasulullah s.a.w.

    sehingga setelah beliau lalu dianggap wahyu Ilahi tidak ada lagi. Janganlah kita mempunyai

    keyakinan seperti bangsa Hindu yang berpendapat bahwa Firman Tuhan hanya terbatas

    kepada apa yang sudah disampaikan-Nya saja. Sejalan dengan aqidah Islam, yang namanya

    firman, pengetahuan dan kebijakan-Nya, sebagaimana juga Wujud-Nya, adalah bersifat tidak

    terbatas. Allah yang Maha Agung berfirman:

    Katakanlah: Sekiranya setiap lautan menjadi tinta untuk menuliskan kalimat-kalimat

    Tuhan-ku, niscayalah lautan itu akan habis sebelum kalimat-kalimat Tuhan-ku habis,

    sekalipun Kami datangkan sebanyak itu lagi sebagai bantuan tambahan. (S.18 Al-

    Kahf:110).

    Kami memahami telah berhentinya wahyu Ilahi turun ke bumi dalam pengertian bahwa

    karena yang telah diturunkan berupa Al-Quran sudah sangat lengkap guna memperbaiki

    kondisi umat manusia maka tidak akan ada lagi kaidah baru. Pada saat diturunkannya Al-

    Quran tersebut, segala hal yang berkaitan dengan akhlak, aqidah dan perilaku manusia sudah

    rusak sama sekali dimana segala bentuk penyimpangan dan kejahatan telah mencapai

    puncaknya. Karena itulah ajaran yang dibawa Al-Quran bersifat sangat komprehensif.

    Dalam pengertian inilah dikatakan bahwa kaedah yang dikemukakan Al-Quran bersifat

    sempurna dan terakhir atau final, sedangkan kaidah yang dibawa oleh Kitab-kitab suci

    terdahulu itu tidak lengkap karena tingkat kejahatan manusia di masanya belum mencapai

    klimaks sebagaimana saat diturunkannya Al-Quran.

    Perbedaan di antara Al-Quran dengan Kitab-kitab yang diwahyukan lainnya adalah

    meskipun Kitab-kitab itu dipelihara dengan segala cara, tetapi karena ajaran yang dibawanya

    tidak sempurna maka masih diperlukan diwahyukannya Al-Quran sebagai ajaran yang

    paling sempurna. Hanya saja tidak akan ada lagi Kitab lain yang akan diwahyukan setelah

  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    18/26

    17

    Al-Quran karena tidak ada sesuatu yang bisa melampaui apa yang namanya kesempurnaan.

    Bilamana diandaikan bahwa prinsip-prinsip hakiki dari Al-Quran bisa disesatkan seperti

    halnya Veda dan Injil dimana manusia menciptakan sekutu bagi Tuhan-nya serta ajaran

    Ketauhidan Ilahi diselewengkan dan disesatkan sehingga berjuta-juta umat Islam lalu

    mengikuti syirik dan menjadi penyembah makhluk, maka dalam keadaan seperti itu bisa jadi

    perlu diwahyukan syariat baru dan diutus seorang Rasul baru. Namun perandaian seperti ini

    jelas tidak masuk akal. Penyesatan ajaran Al-Quran tidak mungkin terjadi kerana Allah yang

    Maha Agung telah berfirman:

    Sesungguhnya Kami-lah yang telah menurunkan peringatan ini dan sesungguhnya Kami-lah

    pemeliharanya. (S.15 Al-Hijr:10).

    Kebenaran daripada nubuatan ini telah dibuktikan sepanjang sejarah selama 1300 tahun

    terakhir. Sejauh ini tidak ada ajaran pagan atau penyembahan berhala bisa berhasil menyusup

    ke dalam Al-Quran sebagaimana yang terjadi pada Kitab-kitab suci lainnya. Pikiran waras

    pun tidak bisa membayangkan bahwa hal seperti itu dapat terjadi. Berjuta-juta umat Islam

    telah menghafalkan Al-Quran di luar kepala dan terdapat ribuan buku tafsir yang akan

    menjaga arti dan pengertiannya. Ayat-ayatnya ditilawatkan dalam shalat lima kali sehari dan

    Kitab ini dibaca orang setiap hari. Kitab ini dicetak di semua negeri-negeri di dunia dalam

    jumlah jutaan buku dimana ajarannya karena diketahui oleh setiap orang sehingga kita pun

    menyadari secara pasti bahwa adanya perubahan atau penyimpangan dalam ayat-ayat Al-

    Quran merupakan suatu hal yang sama sekali tidak mungkin terjadi. (Barahin Ahmadiyah,

    sekarang dicetak dalam Ruhani Khazain, vol. 1, hal. 100-102, London, 1984).

    4. INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN DI MALAYSIA

    Penubuhan Darul Quran bermula pada tahun 1966 apabila Perdana Menteri Malaysia

    yang pertama, Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj melahirkan hasrat untuk

    mewujudkan sebuah Institut Pengajian Al-Quran di Malaysia. Hasrat ini telah dinyatakan

    sewaktu perasmian Masjid Negara di mana idea ini timbul ekoran daripada Musabaqah Al-

  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    19/26

    18

    Quran yang diadakan semenjak tahun 1960 serta lawatan Rektor Universiti Al-Azhar, Al-

    Marhum Sheikh Mahmud Syaltut di perasmian Masjid Negara tersebut.

    Sebagai permulaan, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan sebagai salah

    satu unit di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur.

    Dengan penubuhan tersebut, maka bermulalah pengajian dalam bidang Tahfiz Al-Quran di

    Dewan Syarahan Masjid Negara pada 1 Mac 1966 dengan bilangan pelajar pada masa itu

    seramai 8 orang sebagai perintis yang dipilih dan dihantar oleh negeri-negeri di Malaysia.

    Dari tahun 1966 hingga tahun 1978 pengajian ini diletakkan dibawah kelolaan

    Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal

    Agama Islam Malaysia, pada tahun 1972 dan ianya diberi nama Maahad Tahfiz Al-QuranWal Qiraat. Awal tahun 1979, Maahad Tahfiz diletakkan pula di bawah kelolaan Pusat

    Penyelidikan Islam, Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1980. Selepas

    itu Maahad Tahfiz dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33, Jalan Chenderasari, Kuala Lumpur

    dan kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH)

    Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1983. Sehinggalah pada tahun

    1984 Maahad Tahfiz telah lahir sebagai sebuah Cawangan di Bahagian Agama, Jabatan

    Perdana Menteri dengan organisasinya yang tersendiri.

    Peranan JAKIM yang dikenali masa itu sebagai Bahagian Hal Ehwal Islam dalam

    menyebarkan ilmu qiraat telah bermula sejak dari awal penubuhannya, sukatan pelajarannya

    selain hafazan Al- Quran sebanyak 30 Juzuk ialah Maddah Qiraat yang merangkumi Asas

    Qiraat Ilmi secara umumnya dan Qiraat Amali (praktikal). Maddah ini diajar sekali seminggu

    dengan masa yang diperuntukkan 1 jam sahaja merangkumi Qiraat Saba (7).

    Pada tahun 1983, Sijil Tahfiz Al-Quran diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awamsebagai Diploma, mata pelajaran telah bertambah dengan Maddah Qiraat ditambah masa

    pengajiannya kepada 2 jam seminggu dan ditambah lagi dengan subjek yang berkaitan

    dengan hafazan Al-Quran dan Qiraat seperti Hifzul Mutun, Fawasil, Rasm, dan lain-lain.

    Bermula tahun 1983 juga, BAHEIS terus meningkat peranannya sebagai pelopor kepada

    perkembangan Qiraat di Malaysia, dengan pengambilan pelajar tahfiz diambil setiap tahun di

    mana sebelum itu pengambilan pelajar diambil setiap 3 tahun sekali.

  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    20/26

    19

    Perkembangan Ilmu Qiraat diMalaysia menggapai kecemerlangan apabila pada tahun

    1999 Program Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat menukar sistem pengajiannya daripada

    sistem penggal kepada sistem semester bagi mengikuti arus perkembangan pengajian yang

    diamalkan di peringkat nasional dan antarabangsa. Penyemakan semula kurikulum dilakukan

    bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

    Kurikulum Qiraat dipertingkatkan dengan penyusunan baru Maddah Qiraat Ilmi dan

    Amali ditambah menjadi 4 jam seminggu, begitu juga bagi Maddah Pengajian Tahfiz Al-

    Quran yang berkaitan ditambah mengikut pengajian yang ditawarkan di Maahad Qiraat

    Syoubra. Antara maddah yang ditambah dalam Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan

    Qiraat ialah Maddah Tarikh Qurra, Tarikh Mashaf dan Dhobt Quran dengan maddah sedia

    ada dikekalkan.

    Ilmu Qiraat semakin berkembang apabila pada tahun 1983 Sijil Tahfiz diiktiraf

    menjadi Diploma dan pengambilan pelajar diambil setiap tahun bermula tahun yang tersebut

    (1983).Perkembangan Ilmu Qiraat semakin meningkat dan mula tersebar di negeri-negeri

    apabila banyak kerajaan negeri menubuhkan Maahad Tahfiz Al-Quran dan menggunapakai

    kurikulum daripada JAKIM bermula tahun 1986 dengan M.T.Q.N Negeri Johor menjadi

    negeri pertama mengikutinya. Perkembangan Tahfiz Al-Quran dan Ilmu Qiraat menjadi

    semakin menarik apabila Darul Quran mula mengambil pelajar perempuan bermula pada

    tahun 1990. Pada tahun 1996 kesemua negeri di Malaysia kecuali Sarawak menyertai

    program bersama Darul Quran di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dengan itu,

    Ilmu Qiraat dapat dikembangkan secara lebih khusus oleh negeri-negeri di Malaysia.

    Perkembangan Ilmu Qiraat ini semakin tahun semakin meningkat apabila Darul

    Quran sentiasa meningkatkan pengambilan pelajar dari 20 orang pada tahun 1980-an kepada

    40 orang lebih awal tahun 1990-an sehinggalah Kompleks tetap Darul Quran di Kuala kubu

    Bharu, Selangor siap digunakan di awal tahun 1999, bilangan pengambilan pelajar ditambah

    ke angka seratus lebih. Apabila siap Fasa kedua pada tahun 2003, pelajar-pelajar diambil

    secara purata 200 hingga 230 orang setahun sehingga ke hari ini. Kerajaan telah

    membelanjakan lebih 50 juta ringgit bagi menyiapkan Kompleks Darul Quran. Tiada

    sebarang yuran pengajian dan yuran lain dikenakan. Setiap pelajar diberi elaun bulanan

    sebanyak RM 365.00 merangkumi elaun makan dan sara hidup.

  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    21/26

    20

    Pada masa ini terdapat 5 Syukbah lagi yang dijalankan di Darul Quran iaitu Diploma

    Tahfiz Al-Quran Syukbah Dakwah, Diploma Tahfiz Al-Quran Syukbah Hadis, Diploma

    Tahfiz Al-Quran Syukbah Syariah, Diploma Tahfiz Al-Quran Syukbah Muamalat dan

    Diploma Tahfiz Al-Quran Syukbah Qiraat.

    Kesemua Syukbah ini dimestikan mempelajari Asas Ilmu Qiraat secara teori pada semester

    dan secara praktikal pada semester 2.

    Bagi pemegang Diploma Tahfiz Al-Quran Syukbah Qiraat Darul Quran JAKIM,

    mereka berpeluang melanjutkan pengajian Ilmu Qiraat secara khusus ke Maahad Qiraat Al-

    Azhar di Syubra Kaherah bagi pelajar lelaki, dan di Maahad Qiraat Al -Azhar di Mansurah

    bagi pelajar perempuan. Selepas tamat tempoh pengajian selama 3 tahun, mereka akanmemperolehi Ilmu Qiraat 10 Thoriq Kubra (Ibnu Al-Jazari) di mana sijil mereka diiktiraf

    oleh Kerajaan Malaysia sebagai Ijazah Sarjana Muda dengan pengkhususan dalam Al-Qiraat.

    Sebahagian mereka bekerja dengan kerajaan sebagai guru, pensyarah, imam di mana mereka

    dapat menyebarkan Ilmu Qiraat baik secara langsung ataupun tidak langsung kepada

    masyarakat di Malaysia. Di samping itu Syukbah Qiraat dan 4 Syukbah lagi

    boleh melanjutkan pengajian mereka ke peringkat Izajah Sarjana Muda di Fakulti Pengajian

    Islam di Universiti Tempatan seperti UKM, USIM, UM dan UIAM.

    Di samping Program Diploma, Program Sijil Jangka Pendek juga diperkenalkan oleh

    Darul Quran. Kursus jangka pendek yang ditawarkan di Darul Quran antaranya ialah Sijil

    Asas Qiraat dan Sijil Tinggi Tarannum. Sijil Asas Qiraat ditawarkan kepada pelajar Sekolah

    Menengah Sains Tahfiz yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

    dan telah menghafal sekurang-kurangnya 20 juzu Al-Quran. Kursus ini dijalankan selama

    satu bulan didalam bulan Mac setiap tahun. Ilmu Qiraat tujuh secara praktikal diajar 2 jam

    sehari di samping Qiraat Ilmi 2 jam seminggu. Maddahmaddah yang berkaitan dengan Ilmu

    Qiraat seperti Rasm Al-Quran, Fawasil dan lain-lain juga diajar. Pelajar-pelajar ini dapat

    memahami asas ilmu Qiraat dengan baik setelah menamatkan program ini.

    Program Sijil Tinggi Taranum Al-Quran (STTQ) ditawarkan kepada orang awam

    yang memahami dan menguasai Ilmu Taranum (lagu) Al-Quran sekurang-kurangnya secara

    sederhana. Program ini dijalankan selama 2 bulan antara Mac dan Mei setiap tahun. Sukatan

    pelajaran ditumpukan penekanan kepada Ilmu Tarannum sebanyak 22 jam seminggu.

    Disamping itu subjek Ilmu Qiraat juga diajar secara ringkas selama 2 jam seminggu dengan

  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    22/26

    21

    penumpuan diberi kepada Qiraat Nafi merangkumi kedua-dua orang riwayat Qalun dan

    Warsh.

    Dalam memperkukuh dan menjamin keutuhan Institusi Tahfiz di Malaysia, Jabatan

    Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM telah mengambil satu langkah bijak dan tepat dengan

    menubuhkan Dewan Huffaz Kebangsaan (DHK). DHK telah dilancarkan perasmiannya oleh

    Y.B Senator Dato Seri Jamil Khir Hj. Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri,

    pada 27 Jun 2010 di Dewan Muktamar Pusat Islam JAWI.. DHK ini akan dianggotai oleh

    kebanyakan para huffaz yang mahir dalam bidang-bidang yang berkaitan Pendidikan Tahfiz

    khasnya, terdiri dari Pengarah Darul Quran, mantan mudir-mudir Darul Quran, Pensyarah

    Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Mudir- Mudir Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri

    yang bekerjasama dengan Darul Quran, mudir- mudir Maahad Tahfiz swasta serta pegawai-

    pegawai tinggi kerajaan yang berkaitan, di pengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato Ketua

    Pengarah JAKIM.

    Penubuhan DHK berfungsi menjaga dan meninggikan keutuhan Institusi Tahfiz di

    negara ini, Antara fungsi besarnya ialah membantu kerajaan dan JAKIM dalam membangun

    dan memajukan Darul Quran dan Institusi Tahfiz di Malaysia dan menyelaras pengurusan

    tahfiz al-Quran di Malaysia dari segi kurikulum, tenaga pengajar, pengiktirafan sijil,

    pengumpulan data hufaz, melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di dalam dan

    di luar negara dan kemudahan-kemudahan lain yang diperlukan bagi sesebuah Institusi

    Tahfiz al-Quran. Selain itu, ianya juga berfungsi untuk menjadi medium perbincangan dan

    penggubalan dasar pendidikan al-Quran dan sebagai pusat rujukan semua ilmu yang

    berkaitan dengan al-Quran dan juga ia berperanan sebagai satu lujnah yang

    bertanggungjawab dalam memberi pengiktirafan kepada produk al-Quran (Program berkaitan

    Al-Quran) sebelum ia dilaksana atau dipasarkan atau disiarkan oleh sesebuah institusi atau

    agensi. Selain itu, ia juga berperanan mengukuhkan hubungan antara kerajaan dan Institusi

    Tahfiz program pembangunan pendidikan al-Quran dan juga merancang, melaksanakan

    kajian dan penyelidikan bagi pembangunan al-Quran serta menerbitkan hasil kajian dan

    penyelidikan.

    Bagi meningkatkan Institusi Tahfiz yang menawarkan program Qiraat khasnya

    JAKIM dalam perancangan masa hadapannya akan menaikkan taraf Darul Quran kepada

    Kolej Universiti Darul Quran. Usaha-usaha kearah itu sedang giat dijalankan. Jika tidak

  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    23/26

    22

    menghadapi banyak halangan Program ijazah Sarjana Muda Tahfiz termasuk Qiraat dijangka

    akan dapat dijalankan pada tahun 2013 insyaAllah.

    Objektif penubuhan Institusi Tahfiz ini ialah mensepadukan ilmu (duniawi dan

    ukhrawi) untuk melahirkan golongan professional yang hafiz, mahir lagi berketerampilan

    selaras dengan keperluan ummah dan negara. Selain itu juga ia juga menyediakan asas

    penjanaan ke arah melahirkan cendikiawan yang berkemampuan mengembalikan tradisi

    zaman kegemilangan keilmuan Islam.

    Visi dan Misi Insitusi Tahfiz ini ialah bagi Visi melahirkan generasi Al-Quran yang

    bertaqwa, berilmu dan bermanfaat kepada pembangunan Negara dan Ummah. Manakala bagi

    misi pula ialah mendidik dan melatih pelajar dalam bidang Tahfiz Al-Quran dan Qiraat.

    Setiap penubuhan juga memounyai falsafah. Begitu juga dengan institu ini. Falsafah

    pendidikannya ialah ilmu pengetahuan disebarkan dalam semangat tauhid ke arah

    membentuk generasi Al-Quran yang bertaqwa menjurus kepada pengakuan bahawa Allah itu

    Esa, Pencipta dan Tuhan bagi sekalian alam.

    Terdapat Pencapaian yang amat membanggakan dan amat memberansangkan sepanjang

    penubuhan Darul Quran Jakim . Diantaranya ialah pada 16 April 1983 kelayakan sijil

    Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah diberi pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan

    Awam setaraf dengan Diploma Institut Teknologi MARA (sekarang UiTM) bagi

    membolehkan pemegang sijil tersebut menjawat jawatan dalam Perkhidmatan Awam. Selain

    itu, Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Darul Quran JAKIM juga diiktiraf oleh

    universiti-universiti tempatan dan luar negara untuk mengikuti pengajian di universiti

    berkenaan. Antara institusi tersebut ialah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,

    Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam AntarabangsaMalaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan

    Malaysia, Universiti Islam Negeri Sultan Syariff Kasim Riau, Indonesia dan Universiti Al-

    Azhar,Mesir.

    Darul Quran juga telah mengadakan kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa

    Malaysia untuk merealisasikan program Persijilan Tahfiz al-Quran. Program ini ditawarkan

    kepada pelajar lulusan SPM yang mendapat keputusan cemerlang untuk ditempatkan di Darul

    Quran. Pelajar-pelajar ini akan melalui tempoh pengajian selama 18 bulan di Darul Quran.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Quranhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Taqwahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Allahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jabatan_Perkhidmatan_Awamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jabatan_Perkhidmatan_Awamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Malayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Kebangsaan_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Islam_Antarabangsa_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Islam_Antarabangsa_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Sains_Islam_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Universiti_Islam_Negeri_Sultan_Syariff_Kasim_Riau&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Indonesiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Al-Azharhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Al-Azharhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mesirhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mesirhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Al-Azharhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Al-Azharhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indonesiahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Universiti_Islam_Negeri_Sultan_Syariff_Kasim_Riau&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Sains_Islam_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Islam_Antarabangsa_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Islam_Antarabangsa_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Kebangsaan_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Malayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jabatan_Perkhidmatan_Awamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jabatan_Perkhidmatan_Awamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Allahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Taqwahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Quran
  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    24/26

  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    25/26

    24

    Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti dewan kuliah, makmal

    komputer, makmal Al-Quran, makmal bahsa, perpustakaan, surau, asrama lelaki dan

    perempuan, dewan makan, auditorium dan lain-lain. Untuk tujuan riadah, terdapat juga

    kemudahan yang disediakan iaitu padang permainan untuk sepak takraw,bola tampar,

    badminton, bola tampar, bola jaring, bola keranjang dan trek jogging.

    Secara kesimpulannya, Insitusi ini amat membanggakan kerana ianya terletak di

    Malaysia dan ianya setaraf dengan Insitusi-Institusi yang berada di dalam dan juga luar

    Negara. Jadi, kita seharusnya memberikan sokongan dan sepenuh galakan kepada Institusi ini

    kerana ianya memperjuangkan ilmu Allah SWT. Ilmu yang dipelajari disini bukan sahaja

    boleh digukana di dunia malah sangat berguna di akhirat. Terdapat pelbagai pengajian yang

    ditawarkan disini dan ini dapat membantu memperkembangkan lagi ilmu Al-Quran.

    4. KESIMPULAN

    Sejarah pemeliharaan Al-Qur'an ini di ambil dari suatu Tafsir Al-Qur'an di Indonesia yang

    berisi beberapa bab pembuka, diantaranya tentang sejarah penurunan Al-Qur'an,

    pemeliharaan, tafsir dan sebagainya.

    Sejarah pemeliharaan Al-Qur'an ini merupakan setitik dari sejarah Islam yang mungkin masih

    banyak dari Kita tidak mengetahuinya atau hanya tahu sejarah pembukuan di zaman Khalifah

    Utsman bin Affan saja. Dan mudah-mudahan dapat mendongkrak keimanan Kita dan merasa

    bangga pada pemimpin-pemimpin Islam pada zaman dahulu yang bukan hanya memikirkan

    bagaimana Islam dapat disiarkan ke seluruh dunia, tapi juga memelihara keutuhan firman

    Allah dengan tetap memelihara keimanan mereka kepada Allah dan tetap menjunjung tinggi

    apa yang diajarkan oleh Rasulullah.

    Pada masa Rasulullah Saw., setiap ayat yang turun langsung beliau ajarkankepada para shahabatnya. Selain menyuruh mereka untuk menghafal, Rasulullah Saw.

    juga memerintahkannya untuk mencatat guna memperkuat hafalan mereka. Di antara

    para penulis Al-Quran terkemuka, baik dan indah tulisannya yang ditunjuk Rasul

    adalah Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali, Muawiyah, Ubai bin Kaab, Zaid bin

    Tsabit dan Muadz bin Jabal. Namun karena keterbatasan alat-alat tulis, maka ayat-ayat

    al-Quran pada masa itu mereka tulis pada lembaran kulit, daun-daunan, kulit kurma,

    permukaan batu, pelepah kurma, tulang-belulang unta atau kambing yang telah

    dikeringkan dan sebagainya.

    Selanjutnya seiiring dengan perkembangan, secara berangsur-angsur dari

    generasi ke generasi upaya perbaikan bentuk penulisan al-Quran terus dilakukan.

    Sebagai peletak batu pertama tentang dasar tanda-tanda baca berupa syakl dan titik

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Sepak_takrawhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_tamparhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Badmintonhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_tamparhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_jaringhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_keranjanghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Trek_jogging&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Trek_jogging&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_keranjanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_jaringhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_tamparhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Badmintonhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_tamparhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sepak_takraw
  • 7/30/2019 Asyment Usul Fiqh Setelah Di Edit

    26/26

    dalam penulisan Al-Quran adalah Abul Aswad ad-Duali.