fiqh jinayat essaimen

25
KANDUNGAN Pendahuluan……………………………………………………………………………………………...2 Jenayah Dan Kesalahan-Kesalahan Dari Perspetif Islam……………………………………3 Pengertian Perundangan (Syariah) Menurut Pendapat Ulama Perundangan Islam………….4. Ciri-Ciri Jenayah Islam………………………………………………………………………...4 Kategori Kesalahan Jenayah Syariah…………………………………………………………5 Jenayah : Pengertian Dari Sudut Umum (Luar Daripada Konsep Jenayah Islam)…………..7 Ciri-Ciri Jenayah………………………………………………………………………….........9 Kesalahan Moral…………………………………………………………………………........10 Bidang Kuasa Hakim………………………………………………………………………….11 Undang-Undang Sivil Atau Jenayah………………………………………………………….12 Biadang Kuasa Mahkamah Sivil……………………………………………………………....13 Perbandingan Kekuasaan Mahkamah Syariah Dan Mahkamah Berdasarkan Undang-Undang Syariah Dan Undang-Undang Sivil…………………………………………………………...14 Rujukan………………………………………………………………………………………...17 1

Upload: nasran-azizi

Post on 28-Dec-2015

69 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kesalahan jenayah dan kesalahan sivil

TRANSCRIPT

Page 1: fiqh jinayat  ESSAIMEN

KANDUNGAN

Pendahuluan……………………………………………………………………………………………...2

Jenayah Dan Kesalahan-Kesalahan Dari Perspetif Islam……………………………………3

Pengertian Perundangan (Syariah) Menurut Pendapat Ulama Perundangan Islam………….4.

Ciri-Ciri Jenayah Islam………………………………………………………………………...4

Kategori Kesalahan Jenayah Syariah…………………………………………………………5

Jenayah : Pengertian Dari Sudut Umum (Luar Daripada Konsep Jenayah Islam)…………..7

Ciri-Ciri Jenayah………………………………………………………………………….........9

Kesalahan Moral…………………………………………………………………………........10

Bidang Kuasa Hakim………………………………………………………………………….11

Undang-Undang Sivil Atau Jenayah………………………………………………………….12

Biadang Kuasa Mahkamah Sivil……………………………………………………………....13

Perbandingan Kekuasaan Mahkamah Syariah Dan Mahkamah Berdasarkan Undang-Undang

Syariah Dan Undang-Undang Sivil…………………………………………………………...14

Rujukan………………………………………………………………………………………...17

1

Page 2: fiqh jinayat  ESSAIMEN

PENDAHULUAN

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahi, saya merafatkan syukur ke hadrat ilahi kerana

dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami menyiapkan tugasan yang telah diberikan kepada

kumpulan kami. Terima kasih yang tidak terhingga sekali kepada semua individu yang telah

membantu kami dalam melaksanakan tugasan dengan jaya nya secara tidak langsung dan secara

langsung.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada  Datin Dr Paizah bt

Hj Ismail dalam mngajar subjek Fiqh Jinayat Islam ini dan di atas bimbingan dan tunjuk

ajar beliau kepada kami bagi menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dan juga buat semua

kawan-kawan sekelas,kami juga ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan

dorongan mereka sehingga kami dapat menyiapkan tugasan ini.

Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan

dalam tugasan kami ini., segala kekurangan harap dimaafkan. Aesungguhnya yang baik itu

datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan kami sendiri.

Sekian,

Terima kasih.

2

Page 3: fiqh jinayat  ESSAIMEN

JENAYAH DAN KESALAHAN-KESALAHAN DARI PERSPETIF ISLAM

Jenayah dalam bahasa Arab disebut dengan perkataan al-Jinayah atau al-Jarimah. Perkataan al-

Jinayah ditakrifkan sebagai segala bentuk tindakan yang dilarang dan merosakkan, samada

tindakan itu ke atas badan, harta atau sebagainya. Al-Mawardi mentakrifkan jenayah sebagai

segala bentuk kesalahan menurut Syariah yang boleh dihukum berdasarkan hukum Allah samada

ia adalah qisas, hudud atau ta’zir. Takrif ini cuba membezakan kesalahan yang boleh dihukum

dengan kesalahan yang tidak boleh dihukum oleh pemerintah. Ini menjadikan skop jenayah

adalah besar kerana semua kesalahan yang boleh dihukum oleh pemerintah menurut syara’

dianggap sebagai jenayah.

Islam menganggap jenayah satu kesalahan yang mesti dihukum kerana ia melanggar hak Allah

dan hak manusia atau makhluk lain. Islam memandang tinggi kemuliaan agama, nyawa, akal,

harta dan maruah. Pencabulan kepada lima perkara ini adalah jenayah yang perlu dihukum.

Istilah kehakiman yang di pakai adalah sinonim dengan bahasa arab “al-Qada”. Buku-buku

mngenai “Al-beerti seperti mana yan di jelaskan dalam beberapa ayat diantaranya membawa erti

“telah mengerjakan” “telah selesai”, “telah perintahkan” dan “menghukum”.1

Melihat maksud “kesalahan” dari konteks jenayah Syariah ini ialah apa-apa perbuatan atau

peninggalan yang boleh dihukum oleh mana-mana undang-undang bertulis yang menetapkan

kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam dan yang keatasnya Mahkamah Syariah

mempunyai bidang kuasa. Ia adalah kesalahan-kesalahan yang tidak terkandung di bawah

undang-undang persekutuan lain terutamanya kanun keseksaaan. Secara khususnya, kesalahan

jenayah sayriah merujuk kepada kesalahan-kesalahan yang menyalahi akidah, institusi agama,

moral dan matrimoni yang membabitkan penganut agama Islam sama ada warganegara ataupun

bukan warganegara. Dalam sesetengah kesalahan seperti berudi, khalwat, dan sebagainya yang

membabitkan pihak bukan beragama Islam, penguatkuasaanundang-undang mengenai kesalahan

itu tidak akan digunakan kepada mereka. 2

PENGERTIAN PERUNDANGAN (SYARIAH) MENURUT PENDAPAT ULAMA

PERUNDANGAN ISLAM.

1 Abdul Monir Yaacob (2001), Sistem Kehakiman Islam, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur, m/s 12 Ahmad Hidayat Buang (2007), Undang-Undang Islam di Malaysia, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, m/s201

3

Page 4: fiqh jinayat  ESSAIMEN

Perkataan siyasah tidak digunakan fuqaha atau ahli-ahli perundangan Islam secara berasingan

dengan perkataan shari’yyah. Kedua-keduanya mesti digabungkan iaitu: siyasah shar’iyah.

Apakah maksud siyasah shar’iyyah menurut pandangan ulama perundangan Islam.

Antara pandangan para fuqaha dalam perudangan Islam adalah antaranya ualah takrif oleh Ala’

al-Din al-Tarabulsi bermaksud: siyasah itu adalah suatu syariah yang berat. Al-Imam al-Mardawi

berkata dalam Bukunya al-Funun, bermaksud bagi pemerintah budi bicara siyasah, iaitu

mengikat rakyat dengan undang-undang yang berat dan tidak terikat siyasah mengikut apa yang

tertulis dalam perundangn syarak. Takrif seterusnya oleh Ibn Abidin dalam bukunya Radd al-

Muhtar, bermaksud memberatkan hukuman terhadap jenayah yang ada baginya hukum syarak

untuk memutuskan perkara perkara fasid.

CIRI-CIRI JENAYAH ISLAM

Peruntukan mengenai jenayah syariah di Malaysia secara umumnya diletakkan dibawah satu

enakmen khusus di setiap negeri iaitu enakmen kesalahan jenayah syariah. Sungguhpun

demikian, terdapat beberapa enakmen lain yang memperuntukkan kesalahan yang boleh

dihukum atau mengenakan penalti terhadap pelanggaran peraturan-peraturan yang diletakkan di

bwah kuasa undang-undang negeri yang berkaitan dengan agama Islam. Enakmen-enakmen

terseut adalah seperti berikut:

1. Enakmen Jenayah Syariah,

Di mana setiap negeri mempunyai akta/enamken kelsahan jenayah syariah masing-masing dan

senarainya seperti Enakmen Jenayah dalam Syarak Negeri Perlis, Bil. 4 Tahun 1993. Selain itu

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Perak, Bil 3 tahun 1992, dan begitu juga negeri-negeri

yang lain.

2. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam

4

Page 5: fiqh jinayat  ESSAIMEN

Di mana terdapat beberapa bentuk kesalahan yang berkaitan dengan perkahwinan di bawah

akta/ Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam.

3. Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Islam.3

Enakmen ini dikhususkan untuk menangani penyebaran agama sealain agama Islam dalam

kalangan orang Islam. Di Selangor, undang-undang ini dikenali sebagai Enakmen Ugama Bukan

Islam(Kawalan Pengembangan Dikalangan Orang Islam)1998. Tiada undang-undang tersebut di

Perlis, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.

KATEGORI KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

Kesalahan-kesalahan jenayah terbahagi kepada dua iaitu kesalahan boleh tangkap dan kesalahan

tidak boleh tangkap. Kesalahan boleh tangkap iaitu kesalahan yag boleh dihukum dengan

pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau lebih yang pada lazimnya Pegawai Penguatkuasa

Agama atau Pegawai Polis boleh menangkap tanpa waran.

Kesalahan tidak boleh tangkap pula ialah suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan

pemenjaraan selama tempoh kurang daripada satu tahun atau dengan denda sahaja yang pada

lazimnya Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis tidak boleh membuat tangkapan

tanpa waran. Semua kesalahan jenayah Syariah pada umumnya adalah kesalahan boleh jamin

kecuali jika mahkamah beranggapan sebaliknya apabila melihat kes-kes tertentu. Misalnya, jika

tertuduh adalah warganegara asing yag dikhuatiri akan lari meninggalkan Negara jika

dibebaskan dari jaminan, mahakamah boleh memerintahkan agar ia di tahan di lokap sementara

menunggu perbicaraan.

Dari kesalahan-kesalahan jenayah dikategorikan dalam beberapa kategori. Secara am nya

terdapat enam kategori yang boleh dikategorikan. Antara kategori yang boleh dibahagikan adalah

seperti berikut:

1. kategori Kesalahan berkaitan Akidah

3 Ahmad Hidayat Buang (2007), Undang-Undang Islam di Malaysia, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, m/s201-202

5

Page 6: fiqh jinayat  ESSAIMEN

Melakukan pemujaan salah, mengajar doktrin palsu, mengembangkan kepercayaan agama selain

Islam, mendakwa diri sebagai Rasul,nabi, Imam, Mahdi, wali atau mendakwa mengetahi perkara

yang diluar pemahaman manusia.

2. kategori Kesalahan berhubung dengan kesucian agama dan institusinya

Menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam, mempersenda ayat Al-Quran atau

Hadith. Menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama, mengingkari perintah mahkamah,

mengjar, agama tanpa tauliah. Tidak menghormti ramadhan dan yang berkaitan dengannya

3. kategori kesalahan berhubung tatasusila (moral/seksual)

Sumbang mahram, pelacuran, muncikari, persetubuhan luar nikah, percubaab melakukan

persetubuhan luar nikah, khlwat, musahaqah, liwat, lelaki berlagak perempuan, perempuan

berlagak lelaki, perbuatan tidak sopan di tempat awam. Hamil luar nikah(di Melaka, Kelantan

dan Perak), muqaddimah zina (Kelantan) persetubuhan dengan bukan manusia (Terengganu) dan

yang seumpamanya.

4. Kategori Matrimonial

Poligami tanpa kebenaran mahkamah, tidak berlaku adil pada isteri-isteri, menganiaya isteri,

bercerai tanpa izin mahkamah, tidak taat pada suami (nusyuz) dan seumpamanya.

5. kategori pelbagai

Seperti menggalakkan maksiat, mencemarkan masjid, memujuk perempuan lari dari suami,

takfir, memungut zakat tanpa kuasa, penyalahgunaan tanda halal, memujuk laki perempuan

bersuami, menghasut perceraian, haling hidup suami isteri hidup sebagai suami isteri dan

menjual anak kepada orang lain dan yang berkait dengannya.

Kategori di atas adalah merupakan beberapa kategorikan yang diperuntukkan oleh mahkamah

syariah yang berkaitan dengan orang Islam dan berbeza dari perundangan mahkamah sivil.

JENAYAH : PENGERTIAN DARI SUDUT UMUM (LUAR DARIPADA KONSEP

JENAYAH ISLAM)

6

Page 7: fiqh jinayat  ESSAIMEN

Pengertian jenayah jika diberi bawah pengertian umum dan juga mengikut perundangan,

ia membawa kepada pelbagai pengertian dan definisi yang diberikan oleh pakar-pakar berkaitan

undang-undang khususnya undang-undang berkaitan jenayah.

Jenayah merupakan perbuatan yang tertakluk kepada perkara yang dikenakan hukuman

undang-undang. Sesetegah ahli kemasyarakatan mendakwa bahawa ia boleh dihukum daripada

tindakan dimana jelas sesuatu perbuatan sebagai jenayah. Jenayah biasanya melibatkan niat dan

hasrat untuk melakukan perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang jenayah4.

Mengikut istilah perundangan, jenayah adalah tindakan manusia yang ditegah oleh

undang-undang jenayah. Jenayah adalah satu perbuatan jahat yang menyalahi undang-undang

jenayah. Dalam konteks Negara kita, ia melibatkan perlanggaran Kanun Jenayah dan akta-akta

lain5. Ini bermakna, sesuatu perbuatan dianggap jenayah mengikut undang-undang adalah jika

melakukan perbuatan yang telah melanggari kanun jenayah sepertimana yang telah ditetapkan

khususnya di Negara kita.  

Menurut Tun Salleh Abas, iaitu merupakan Bekas Ketua Hakim Negara, jenayah ialah

kesalahan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan dengan niat hendak melakukan kesalahan

itu. Dengan sebab kesalahan itu, maka orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum

dengan balasan penjara, atau denda atau pun diseksa atau pun boleh di kenakan hukuman mati

keatas sipelaku tersebut jika terbukti akan kesalahan yang dilakukan.

Menurut Nigam dalam bukunya “Law of Crimes in India (1965)”, jenayah adalah suatu

perbuatan atau tindakan yang melanggar undang-undang dan ianya adalah bertentangan dengan

perasaan moral bagi sesuatu bangsa tersebut, dan ia boleh berubah-ubah kerana sesuatu

perbuatan yang dianggap bersalah pada sesuatu masa mungkin boleh dianggap tidak bersalah

pada masa yang lain6.

4 Mohd Radzuan Hj Ibrahim (1995), Polis dalam Sistem Keadilan Jenayah di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, m/s 105 Mohd Reduan Aslie (1990), Jenayah di Malaysia : Aliran, Punca, Penyelesaian, AMK Interaksi Sdn Bhd, Kuala Lumpur, m/s 16 Ibid, m/s 2

7

Page 8: fiqh jinayat  ESSAIMEN

Idea asas apa yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau

kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri dan

mencederakan ataupun membunuh orang lain adalah perbuatan jenayah.

Seterusya, menurut Sir William Blackstone dalam bukunya “Commentaries of Law of

England (1977)”, beliau mendefinisikan jenayah sebagai perbuatan yang dilakukan atau

tinggalan yang mengancam undang-undang awam, ataupun pencerobohan undang-undang awam

yang perlu ditunaikan kepada masyarakat7.

Manakala bagi Wiliiam L. Marshall dan William C. Clark, mereka mendefinisikan

jenayah sebagai perbuatan dan tindakan yang dilarang oleh undang-undang awam untuk menjaga

kepentingan awam.

Seterusnya, dalam menentukan jenayah dari sudut undang-undang, iaitu untuk

mensabitkan kesalahan jenayah tersebut di bawah kuasa undang-undang untuk dihukum, terdapat

dua perkara yang perlu difokuskan, iaitu berkaitan dengan interpretasi Parlimen dan juga

bermaksud kesalahan awam (public wrong) ataupun kesalahan moral (moral wrong)8.

Maksud interpretasi parlimen adalah perbuatan yang ditafsirkan oleh parlimen sebagai

jenayah dengan mengambil kira kehendak dan pemikiran masyarakat pada sesuatu masa.

Interpretasi parlimen juga sesuatu yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan pemikiran

semasa.

CIRI-CIRI JENAYAH

Dalam undang-undang jenayah, terdapat satu ungkapan yang berbunyi “actus non fecit rum

nisi menssit rea”, yang bermaksud sesuatu perbuatan seseorang tidaklah boleh menjadikannya

7 Mohd Radzuan Hj Ibrahim (1995), Polis dalam Sistem Keadilan Jenayah di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, m/s 98 Mohd Radzuan Hj Ibrahim (1995), Polis dalam Sistem Keadilan Jenayah di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, m/s 10

8

Page 9: fiqh jinayat  ESSAIMEN

bersalah kecuali mempunyai niat yang jahat. Dengan itu, terdapat dua ciri penting dalam undang-

undang jenayah bagi menentukan sama ada perbuatan itu merupakan satu kesalah ataupun tidak.

Kedua-dua iri tersebut adalah9 :-

1. Niat yang jahat (mens res)

2. Tindakan atau perbuatan yang salah (actus reus)

Tanpa kedua-dua ciri ini, seseorang masih boleh dianggap tidak bersalah selagi mana ia belum

dibuktikan melalui kedua-dua ciri ini.

Niat yang jahat adalah seseorang itu mempunyai niat untuk melakukan perbuatan jahat

tersebut dan dia menyedari bahawa perkara tersebut adalah salah. Namun terdapat kesulitan

untuk menentukan niat seseorang itu yang menyebabkan perbuatan tersebut, namun ianya boleh

diketahui contohnya dengan melihat kepada gerak-geri yang diakukannya. Jika seseorang itu

melakukan dengan sengaja maka ia boleh dianggap berniat untuk melakukan perbuatan itu.

Seterusnya perbuatan yang salah ialah merujuk kepada perbuatan itu sendiri. Perbuatan

itu sendiri adalah salah dan ia termaktub dalam undang-undang jenayah dan ia boleh disabitkan

kesalahan jika seeorang itu melakukannya. Seorang pakar undang-undang menyatakan tindakan

yang salah adalah sebagai kesan fizikal daripada tindakan manusia yang berkenaan.

KESALAHAN MORAL

Secara umumnya, tidak terdapat satu definisi khusus yang menggambarkan maksud

apakah kesalahan moral itu sendiri. Ini kerana jenayah dan moral sering bertindih dalam ruang

9 Mohd Reduan Aslie (1990), Jenayah di Malaysia : Aliran, Punca, Penyelesaian, AMK Interaksi Sdn Bhd, Kuala Lumpur, m/s 9

9

Page 10: fiqh jinayat  ESSAIMEN

yang sama dan juga mempunyai pendekatan yang begitu rapat. Banyak perlakuan jahat manusia

yang boleh dikategorikan sebagai perbuatan jenayah dan pada masa yang sama boleh dilihat

sebagai perbuatan yang tidak bermoral10. Sebagai contoh, perbuatan bercium boleh dianggap

kesalahan moral yang bertentangan dengan masyarakat di Negara kita. Namun di Eropah ia tidak

dianggap sebagai satu kesalahan moral.

Namun begitu, ia boleh dibezakan dengan melihat fakta sesuatu kelakuan itu sama ada

dianggap jenayah ataupun kesalahan moral11. Sebagai contoh, perbuatan mencuri adalah suatu

kesalahan moral. Namun ia akan menjadi perbuatan jenayah apabila perbuatan mencuri itu

dikanunkan dalam undang-undang. Perbuatan mencuri tersebut hanya akan menjadi kesalahan

jenayah sekiranya telah dikanunkan dalam undang-undang. Contoh yang lain adalah merosakkan

harta benda awam, ia adalah kesalahan moral yang memang tidak disukai oleh mana-mana

bahagian masyarakat. Namun apabila ia telah dikanunkan dalam undang-undang, ia menjadi satu

perbuatan yang salah untuk dilakukan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang sepertimana

yang telah diperuntukkan seperti vandalisme.

BIDANG KUASA HAKIM

Untuk maklumah bidangkuasa hakim di Mahkamah Sivil boleh dikatakan merangkumi perkara

baik perkara sivil mahupun jenayah kecuali perkara dan kesalahan yang diberi kuasa kepada

10 Mohd Reduan Aslie (1990), Jenayah di Malaysia : Aliran, Punca, Penyelesaian, AMK Interaksi Sdn Bhd, Kuala Lumpur, m/s 211 Mohd Radzuan Hj Ibrahim (1995), Polis dalam Sistem Keadilan Jenayah di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, m/s 10

10

Page 11: fiqh jinayat  ESSAIMEN

mahkamah Syariah. Itu pun dalam kes-kes tertentu di Mahkamah Sivil juga ada bidangkuasa

(bidangkuasa bersama).

Dan Hakim mahkamah Sivil boleh menjatuhkan hukuman mati, penjara seumur hidup, denda

tidak terhad dan sebat tidak lebih daripada 24 sebatan. Manakala hakim mahkamah syariah

bidang kuasanaya terbatas dalam hal kekeluargaan Islam sahaja (matromani) dan beberapa

kesalahn jenayah yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai kesalahan kecil di mana hkum

maksimanya denda tidak melebihi daripada Lima Ribu Ringgit, Penjara tiga tahun dan sebat

tidak melebihi enam rotan (Akta Mahkamah Syariah) (Bidangkuasa Jenayah) pindaan, 1984.12

Di mana bidang kuasa hakim Syariah adalah terbatatas, seperti dalam kes berkaitan dengan harta,

seperti tunang, nafkah, edah, wasiat, wakaf, nazar,dalam bidang jenayah pula membicarakan

mana-mana jenayah yang dilakukan oleh orang islam seperti khalwat, zina, hamil luar nikah, dan

seumpamanya.

Bidangkuasa mahkamah Syariah telah memperuntukkan dalam jadual Sembilan senarai dua

Perembagaan Persekutuan. Peraturan ini terikat setakat mana yag diberi oleh undang-undang

persekutuan. Mahkamah ini hanya mempunyai bidangkuasa berhubung dengan kesalahn-

keasalahan seperti yang diperuntukkan oleh Undang-Undang Persekutuan. Akta Mahkamah

Syariah (Bidangkuasa Jenayah)1965, memperuntukkan bahawa bidangkuasa mahakamah

Syariah tidak boleh dijalankan, berhubung dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum

denagn penjara tidak melebihi enm(6) bukan atau apa-apa denda dengan melebihi RM1,000.00

(Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja) atau kedua-duanya. Akta ini telah dipinda mengikut Act A

612 serta dikuatkuasakan mulai 1 Januari 1986 dengan membenarkan mahkamah menjatuhkan

hukuman penjara sehingga tiga (3) tahun atau apa-apa denda sehingga RM5000.00 (Ringgit

Malaysia:Lima Ribu Sahaja) atau sebatan enam (6) rotan atau gabungan hukuman tersebut.

Dapat disimpulkan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa di Negara dalam Malaysia

dipecahkan kepada tiga. Pertama Enakmen Jenayah Syariah. Kedua, Enakmen Keluarga Islam

dan Ketiga Enakmen Majlis Agama Islam.

12 Abdul Monir Yaacob (2001), Sistem Kehakiman Islam, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur, m/s 33

11

Page 12: fiqh jinayat  ESSAIMEN

UNDANG-UNDANG SIVIL ATAU JENAYAH

Uudang-undang sivil merupakan undang-undang yang selain daripada Islam, dimana

panduannya tidak bergariskan pada al-quran dan as-sunnah. Ia berbentuk sekular dan di bawa

masuk oleh penjajah Inggeris, cara pelakasanaan dan pengaturannya disamakan dengan

penggunaan Common Law. Di man perbicaraan di bawah bidang kuasa mahkamah sivil

membicarkan hal-hal yang berkaitan antara muslim dan non muslim.

Di mana udang-undang tersebut telah disusun ole Penjajah Inggeris ke Malaysia dari sebelum

Merdeka lagi. Dan dilaksanakan sehngga kini. Di mana permulaan undang-undang ini bermula di

Pulau Pinang dan kemudian dikembangkan ke seluruh negeri. Kedudukan Undang-undang Sivil

pada hari ini tidak jauh beza dengan undang-undang sivil pada zaman Inggeris, yang mana

undang-undang sivil dahulunya dilaksanakan oleh orang inggeris dan kini dilaksanakan oleh

orang Malaysia itu sendiri.

Undang-undang Sivil memiliki kedudukan yang tinggi dalam perundangan Malaysia saat ini.

Leadaan ini dipengaruhi oleh luasnya kekuasaan undang-undang Sivil dibandingkan dengan

undang-undang Syariah, di maana ia juga diberi kekuasaan untuk mengurusi perkara-perkara

yang berkaitan orang Islam. Bagaimanapun kekuasaan dan kebebasan undang-undang Sivil telah

megalami sedikit perubahan, jika dahulu, Undang-undang sivil membolehkan mahkamah sivil

mendengar perkara banding atas keputusan yang dibuat oleh mahkamah Syariah, ketentuan

tersebut kini dihapuskan. Penghapusan ini tercantum dalam Akta Perlembagaan (pindaan) 1988

(akta A704) Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dengan di tambah 1A13

Di dalam sistem perundnangan Malaysia saat ini, pelakasanaan Undang-Undang Sivil sangat

dititikberatkan untuk menegakkan keadilan untuk semua lapisan masyarakat14, ia bertujuan

memberi hukuman pencegahan, pemulihan serta penyatuan bagi orang-orang yang melakukan

kesalahan. Undang-undang sivil menjadi lebih utama berbanding dengan hukum-hukum syariah.

Kuasa mahkamah sivil mencakupi segala hukum dan undang-undang dalam mahkamah syariah

kerana mahkamah sivil berkuasa meminda akta dan memutuskan segala perkara yang

kekuasaannya mencakupi orang muslim dan non muslim.

13 Mahmud Saedon, Penterjemah Raja Rahawani, Kedudukan Undang-undang Islam, m/s 4314 Jurnal Tamadun, Edisi Julai, 1995,m/s 14

12

Page 13: fiqh jinayat  ESSAIMEN

BIADANG KUASA MAHKAMAH SIVIL

Kekuasaan Mahkamah Sivil terbahagi kepada tiga bahagian, Pertama, kekuasaan yang

melibatkan Mahkamah Rendah yang berkedudukan di setiap negeri. Kedua, melibatkan

Mahkamah Tinggi Sivil yang berkedudukan di ibu kota Negara Ketiga, Mahkamah Rayuan dan

Mahkamah Agung terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bidang Kuasa Mahakamah Rendah sendiri di klasifikasi kepada dua bahagian:

1) Mahkamah Majisterit

Mahkamah Majisterit dibhagi lagi kepada dua bahagian iaitu Mahkamah Majisterit

Kelas Pertama dan Kelas Kedua. Kekuasaan Undang-Undang Sivil di Mahkamah Majisterit

kelas pertama meliputi perkara yang boleh dijatuhi hukuman denda sahaja atau dijatuhi hukuman

penjara, maka hukumannya tidak boleh melebihi 10 tahun, ia juga menangani perkara-perkara

yag diatur oleh Undang-Undang jenayah pasal 392 dan 457 tentang jenayah serta tindakan

jenayah di bawah umur 18 tahun yang dikenal sbagai juvana. Dalam perkara tuntutan pun,

tunutan yang boleh dibuat tidak melebihi dari RM25000 Ringgit Malaysia. Sedangkan kekuasaan

dalam Mahkamah Majisterit kelas Kedua adalah menangani perkara yang hukumamnnya tidak

lebih dari enam bulan penjara dan denda yang tidak lebih dari RM1000 Ringgit Malaysia dalam

perkara tuntutan pun tuntutannya tidak boleh melebihi RM3000 Ringgit Malaysia.15

2) Mahkamah Seksyen

Mahkamah sekseyen berbeza dengan mahkamah-mahkamah lain dalam ruang

lingkup Mahkamah Rendah. Ia memiliki kekuasaan yang lebih luas dibandingkan dengan

lainnya. Dalam hal jenayah, Mahkamah ini bebas untuk menangani segala hal berkenaan dengan

jenayah kecuali dalam hal yang menjatuhi hukuman mati. Dalam hal tuntutan, ia memiliki

kebebasan mendengarkan tuntutan yang tidak melebih RM100.000 Ringgit Malaysia. Namun

15 Tun Muhamad Saleh Abbas, Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan, m/s 130.

13

Page 14: fiqh jinayat  ESSAIMEN

demikian, mahkamah ini tiada kebebasan dalam hal-hal yang berkaitan dengan harta benda,

penceraian dan muflis.16

Secara keseluruhan kekuasaan yang tertinggi adalaha mahkamah Agung di mana segala

peraturan –peraturan dibawah bidang mahkamah Syariah di tentukan oleh mahkmah Agung dan

ini menunjukkan bahawa system perundangan tertinggi di Malaysia di bawah bidang kuasa

mahkamah Sivil.

PERBANDINGAN KEKUASAAN MAHKAMAH SYARIAH DAN MAHKAMAH

BERDASARKAN UNDANG-UNDANG SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG SIVIL

Secara umumnya perudangan Malaysia dikategorikan kepada dua bahagian iaitu, Undang-

Undang Syariah dan Undang-undang Sivil. Kedua-dua undang tersebut memiliki kebebasan dan

kekuasaan yang berbeza, dan tidak terkecuali dari aspek pentadbirannya. Walaupun agama

Islam sebgai agam rasmi bagi Persekutuan Malaysia, Undang-undang Syariah tidak menjadi

undang-undang tertinggi Negara. Keberadaan undang-undang di Negara ini hanyalah bersifat

sekular. Hal ini demikian kerana, Undang-Undang Syariah berlaku atas dasar Akta Undang-

Undang Syariah pada tahun 1965 yang kedudukannya berada dibwah Akta Undang-Undang Sivil

tahun 1956 sebagai kuasa besar berlakunya undang-undang Sivil di Tanah Melayu.

Keadaan ini secara tidak lansung semakin mengekalkan kuasa Mahkamah Sivil dengan adanya

ketentutan dalam Perlembagaan Malaysia yang menyatakan:

“Bahawa setiad Undang-Undang yang hendak dibuat maupun dirubah tidak boleh bertentangan

dengan perlembagaan”.17

16 Hamid Jusoh, Kedudukan Undang-undang Islam, m/s 5117 Tan Sri Amiritus Ahmad Ibrahim dan Mahmud Saedon. Kearah Islaminasi Undang-Undang di Malaysia)(kuala Lumpur: yayasan Dakwah islamiyah Malaysia, 1998),m/s 35

14

Page 15: fiqh jinayat  ESSAIMEN

Sebagaimana sedia maklum, Undang-Undang Sivil kuat dipengaruhi oleh Inggeris dan berbesar

kemungkinan setiap perudangan Sivil sejajar dengan Perlembagaan Malaysia. Adapun undang-

undang Syariah yang boleh jalan seiring dengan undang-undang sivil ia tidak dapat berlaku

disebabkan sumber utamanya Al-Quran dan As-Sunnah yang bertentangan dengan mahkamah

Sivil.

Selain itu, Akta Undang-Undang Sivil pada tahun 1956 yang pertama dibuat pada tahun 1973

memberikan taraf kedudukan yang istimewa kepada undang-undang sivil dala system

perundangan Malaysia. Dalam masa yang sama, undang-undang Syariah diperkecil dan

dipersempitkan ruang kuasanya. Keadaan inilah yang menyebabkan tarfa dan kedudukan

Undang-Undang Syariah berada di bawah Undang-Undang Sivil.

Melihat kepada undang-udang Sivil yang mempunyai kebebasan dalam menjatuhi hukuman

kesalahan kepada muslim dan non muslim dan dibandingkan dengan kuasa mahkamah Syariah

yang hanya mengatur masalah muslim sahaja. Hal ini diperkuat oleh kumpulan undang-undang

Islam yang menyebut:

“Keputusan atau hukuman seorang kadhi besar atau kadhi tidak boleh sekalipun mengenai hak

milik orang-orang kafir”.18

Dalam membicarakan masalah perkahwinan dan perceraian misalnya, undang-undang sivil

mendapat tempat lebih tinggi dibandingkan Undang-undang Syariah. Kenyataan dapat dilihat

dalam pasal 51 Akta Memperbaharui Undang-undang (perkahwinan dan perceraian) tahun 1976

menyatakan jika pihak non muslim dalam suatu perkahwinan telah masuk Islan, maka pihak

yang tidak boleh memeluk Islam boleh mengajukan tuntutan setelah 3 bulan sejak orang itu

memluk Islam. Ketentuan untuk mengajukan permohonan penceraian hanya boleh dimohon di

mahkmah tinggi Sivil19. Jadi dalam hal ini Undang-Undang Syariah tidak mempunyai

kekuasaan, meskipun salah satu pihak adalah Islam.

Kekuasaan Undang-Undang Syariah dikawal secara ketat oleh parlimen melalui Akta Mahkamah

(Bidang Kuasa Pidana) 1965. Melalui akta tersebut telah ditetapkan Mahkamah Syariah tidak

mempunyai kuasa untuk membicarakan permasalahan jenayah yang hukumannya adalah lebih

18 Ibid, m/s 40.19 Mahmud Saedon Othman, Institusi Pentadbiran, Kadi Pelantikan, perlucutan dan Bidang Kuasanya, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991),m/s 281

15

Page 16: fiqh jinayat  ESSAIMEN

berat daripada penjara enam bulan atau denda melebihi RM1000 Ringgit Malaysia atau kedua-

duanya. Perubahan Undang-Undang 1984 memperluas hukumman penjara sehingga tiga tahun

atau dikenankan denda sehingga RM5000 Ringgit Malaysia atau rotan sebanyak enam kali atau

kedua-duanya sekali20.

Berbeza dengan kuasa mahkamah Sivil diberi kekuasaan di bawah Akta Undang-Undang Sivil

1956 adalah lebih luas. Hukumannya yang paling tinggi yang boleh dikenakan bagi kesalahan

jenayah adalah lebih tinggi iaitu penjara seumur hidup, enam kali sebatan dan hukuman mati

bagi tindakan hukuman yang lebih berat. Adapun kekuasaan demikian tidak diberi kepada

Undang-Undang Syariah dan Mahkamah Syariah.21

RUJUKAN

Abdul Monir Yaacob (2001), Sistem Kehakiman Islam, Institut Kefahaman Islam Malaysia,

Kuala Lumpur

20 Mohamed Azam Mohamed Adil, Bidang Kuasa dan Kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia Pasca Alaf 20: Ke Arah mana?, dalam Jurnal Syariah jilid 8, edisi julai, 2000, m/s 10921 Hamid Jusoh, Alih Bahasa oleh Raja Rahawani, Kedudukan Undang-Undang Islam Dalam Perlembagaan di Malaysia (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), m/s 51-53

16

Page 17: fiqh jinayat  ESSAIMEN

Ahmad Hidayat Buang (2007), Undang-Undang Islam di Malaysia, Penerbit Universiti Malaya,

Kuala Lumpur

Mohd Reduan Aslie (1990), Jenayah di Malaysia : Aliran, Punca, Penyelesaian, AMK Interaksi

Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Mohd Radzuan Hj Ibrahim (1995), Polis dalam Sistem Keadilan Jenayah di Malaysia, Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Mahmud Saedon, Penterjemah Raja Rahawani, Kedudukan Undang-undang Islam

Tun Muhamad Saleh Abbas, Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan

Jurnal Tamadun, Edisi Julai, 1995

Tan Sri Amiritus Ahmad Ibrahim dan Mahmud Saedon. Kearah Islaminasi Undang-Undang di

Malaysia)(kuala Lumpur: yayasan Dakwah islamiyah Malaysia

Mahmud Saedon Othman, Institusi Pentadbiran, Kadi Pelantikan, perlucutan dan Bidang

Kuasanya, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991

Mohamed Azam Mohamed Adil (2002), Bidang Kuasa dan Kedudukan Mahkamah Syariah di

Malaysia Pasca Alaf 20: Ke Arah mana?

Hamid Jusoh, Alih Bahasa oleh Raja Rahawani, Kedudukan Undang-Undang Islam Dalam

Perlembagaan di Malaysia (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992)

17