artikel 1.docx
TRANSCRIPT
ARTIKEL
Tajuk Artikel : Guru Berinovasi Adalah Guru Berkualiti
Oleh : Shakila Adam Rafik Thiagarajah
Bil Artikel Coding
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
‘Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi
Pendidikan Negara’ merupakan tema bagi sambutan
Hari Guru tahun 2012. Kata-kata yang digunakan
betul-betul dapat menggambarkan profesion guru
pada masa sekarang. Dengan keinginan negara kita
untuk mencapai status negara maju yang
menyebabkan pengembangan pesat dalam bidang
teknologi serta menyebabkan perubahan dalam
dinamika sosial masyarakat di Malaysia, sudah
seharusnya fungsi dan tugas guru perlu berubah.
Guru harus berinovasi bagi memenuhi keperluan
dan desakan yang terhasil dalam era globalisasi ini.
Oleh itu, memetik artikel yang disiarkan oleh Berita
Harian Online yang bertajuk ‘Guru berinovasi
adalah guru berkualiti: Muhyiddin’. Sepertimana
yang tertera pada tajuk artikel tersebut, laporan
tersebut mengulas pada ucapan Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang merupakan Menteri Pelajaran
Malaysia. Ucapan tersebut disampaikan oleh beliau
ketika merasmikan sambutan Hari Guru 2012
peringkat kebangsaan.
Kata-kata yang menarik perhatian saya pada tajuk
artikel tersebut adalah ‘guru berinovasi’ dan ‘guru
berkualiti’. Dilihat dahulu satu persatu apa yang
dimaksudkan dengan inovasi dan juga kualiti.
Kreatif dan inovatif sering disebut bersama-sama.
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
Namun kedua-duanya membawa maksud yang
berbeza. Mengikut kamus dewan sedisi keempat
(2007), kreatif bermaskud mempunyai kebolehan
mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan
sesuatu idea baru dan asli manakala inovasi
bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan seperti
kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yg baru. dari
penerangan maksud ini dapat dilihat bahawa kreatif
dan inovasi adalah berbeza. Kreatif secara
ringkasnya bermaksud mencipta sesuatu yang
baharu manakala inovasi memperbaiki dan
mempebaharui sesuatu yang sedia ada. Ini kerana
inovasi ini berasal dari perkataan bahasa latin
‘innovare’ yang bermaksud memperbaharui atau
meminda. Ini disokong oleh Fullan (2011) yang
menyatakan bahawa inovasi aadalah satu bentuk
perubahan di mana proses inovasi itu mengiringi
perubahan yang berlaku. Inovasi juga dapat
ditakrifkan mengikut banyak bidang antaranya
mengikut bidang industri dimana inovasi adalah
apabila beberapa barang digabung menjadi satu,
penegluaran barang yang baru, modifikasi terhadap
barang yang sedia ada serta kegunaan baru bagi
barangan lama (Ahmad Shukri Mohd. Naim &
Amran Md. Rasli, 2005). Dengan ini dapat
disimpulkan bahawa guru yang berinovasi adalah
guru yang mampu untuk menghasilkan sesuatu yang
baru yang dapat meningkatkan hasil proses
pengajaran dan pembelajarannya. Ini seperti yang
dikatakan oleh John Adair (2011) di mana
seseorang yang inovatif dalam bidang mereka
Tema : Kreatif dan inovatif
Idea : kebolehan mencipta,
menghasilkan, dan
mengembangkan sesuatu
idea baru dan asli
Idea : sesuatu yang baru
diperkenalkan
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
mampu untuk menghasilkan idea baru dengan
jayanya ‘dibawa ke pasaran’ sebagai produk atau
perkhidmatan yang baru (atau diperbaharui).
Mengikut David Garvin (Ilhaamie binti Abdul
Ghani Azmi, 2002 ) kualiti ialah ciri-ciri yang
dinyatakan seperti bagus, berdasarkan produk,
pengguna, pengeluaran atau nilai. Menurut Garvin
lagi, ciri-ciri kualiti boleh dikenalpasti daripada
lapan dimensi iaitu: kebolehpercayaan (reliability),
penepatan (conformance), ketahanan (durability),
keupayaan perkhidmatan (serviceability), estetik,
persembahan, ciri-ciri asas produk atau
perkhidmatan dan kualiti yang dijangka (perceived
quality). Manakala mengikut MS ISO 9000 kualitia
ialah keseluruhan ciri-ciri sesuatu entiti (produk dan
perkhidmatan) yang dapat memenuhi kehendak
pelanggan yang dinyatakan dan yang tersirat. Dari
dua penegrtian kualiti ini, dapat ditakrifkan bahawa
guru berkualiti adalah guru yang yang cemerlang di
mana ia mampu memenuhi keperluan murid-
muridnya melalui pengajaran dan pembelajaran
serta dapat menjalankan tugasnya dengan
bermotivasi agar dirinya menjadi seorang guru yang
produktif. Ini bersesuaian dengan ciri-ciri guru
berkualiti iaitu berpengetahuan, berkemahiran,
berpengalaman dan juga mempunyai sahsiah yang
boleh dicontohi. Sekiranya guru itu mempunyai
usaha untuk mentransformasi dirinya serta
pengajaran dan pembelajaranya ke arah yang lebih
baik maka dia seorang guru yang berinovasi
sekaligus membuatkan guru tersebut guru yang
Tema : kebolehpercayaan
(reliability), penepatan
(conformance), ketahanan
(durability), keupayaan
perkhidmatan
(serviceability), estetik,
persembahan, ciri-ciri asas
produk atau perkhidmatan
dan kualiti
Idea : memenuhi keperluan
murid-muridnya melalui
pengajaran dan
pembelajaran serta dapat
menjalankan tugasnya
dengan bermotivasi agar
dirinya menjadi seorang
guru yang produktif
88
89
90
91
92
93
94
95
96
97
98
99
100
101
102
103
104
105
106
107
108
109
110
111
112
113
114
115
116
117
118
berkualiti.
Dalam ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin tersebut,
beliau memperihalkan tentang guru yang
berinovasi. Beliua telah mencirikan guru berinovasi
ini kepada beberapa perkara. Antaranya ialah gruru
berinovasi mempunyai kebolehan untuk
melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru
seperti keupayaan berfikir secara bijaksana,
menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang
tinggi. Banyak cabaran yang ditempuhi oleh
generasi muda terutamanya pada era globalisasi ini.
Sudah sepatuntnya guru harus mampu untuk
menyediakan murid-murid agar mereka dapat
mengharungi arus globalisasi ini. Menurut Perkins
(Hamdan Said& Nasrudi Taib, 2000) arus
globalisasi yang melanda akan mengubah hampir
keseluruhan cara hidup baik dalam bidang politik,
ekonomi, sosial mahupun budaya sehingga dunia
yang begitu besar telah bertukar menjadi sebuah
perkampungan kecil yang dipanggil yang global
village dan akibatnya kita telah menjadi satu
masyarakat dunia. Ini menunjukkan bahawa murid-
murid perlu mampu melepasi satu landasan di mana
membolehkan mereka ‘duduk sama rendah, berdiri
sama tinggi’ dengan masyarakat dunia. Tidak
dinafikan bahawa wujudnya kelebihan pada pelajar-
pelajar yang berada di negara-negara maju
khususnya.
Ciri kedua, guru berinovasi tidak akan terikat
dengan sesuatu cara dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah,
Tema : berkemahiran
Idea : mempunyai
kebolehan untuk
melengkapkan murid
dengan kemahiran alaf baru
seperti keupayaan berfikir
secara bijaksana,
menyelesaikan masalah dan
daya kreativiti yang tinggi
Tema : melaksanakan
pengajaran dan
119
120
121
122
123
124
125
126
127
128
129
130
131
132
133
134
135
136
137
138
139
140
141
142
143
144
145
146
147
148
149
sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran
biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan yang
lebih berkesan. Pada pandangan saya, guru yang
berinovasi ini adalah individu yang tidak senang
dengan keadaan berada di zon selesa. Mereka akan
sentiasa untuk mencari alternatif baru dnegan cara
mempelbagaikan kaedah dan aktiviti dalam bilik
rajah mereka. Ini memerlukan kerajinan dan
motivasi yang tinggi. Guru yang sudah lama
mengajar selalunya akan menggunakan kaedah
yang sama dan mereka akan berada pada zon selesa
dan pada tahap ini perubahan adalah satu yang
sukar untuk dilakukan. Antara faktor yang
menyebabkan perkara ini berlaku adalah, memetik
pada artikel yang bertajuk ‘Guru sebagai agen
transformasi dalam inovasi kurikulum’ yang
diterbitkan oleh Universiti Malaysia Sabah (2012),
yang mengatakan kesukaran untuk melakukan
transformasi adalah kerana faktor inersia iaitu guru
sudah berasa selesa dan berpuashati dengan apa
yang sedang dialami, justeru itu mereka tidak ingin
berubah. Terdapat juga Anugerah Guru Inovasi
yang diwujudkan sebagai penghargaan dan
pengiktirafan kepada guru yang telah menghasilkan
usaha kreatif dan inovatif yang telah terbukti
berjaya dalam meningkatkan profesionalisme
keguruan dan menjamin keberkesanan pelaksanaan
kurikulum di peringkat sekolah. Antara pemenang
anugerah ini adalah Encik Shahril Bin Othman dari
SK Maran. Inovasi yang telah beliau hasilkan
adalah ‘Pengiraan Menggunakan Kaedah 123
pembelajaran dalam bilik
darjah
Idea : sentiasa untuk
mencari alternatif baru
dnegan cara
mempelbagaikan kaedah
dan aktiviti dalam bilik
rajah mereka
Tema : sikap kerajinan dan
motivasi yang tinggi
150
151
152
153
154
155
156
157
158
159
160
161
162
163
164
165
166
167
168
169
170
171
172
173
174
175
176
177
178
179
180
BOX’. Inovasi yang telah beliau lakukan ini dapat
dilihat di laman blog persendirian beliau. Dengan
wujudnya anugerah seumpama ini menunjukkan
usaha guru-guru Malaysia untuk sentiasa
memperbaharui dan memperbaiki pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah mereka. Mungkin
terdapat beribu-ribu guru yang melakukan inovasi
dalam bilik darjah mereka.
Ciri lain yang disebut oleh Tan Sri Muhyiddin
adalah memastikan murid berupaya menggunakan
ilmu yang diajarkan di dalam bilik darjah bukan
semata-mata untuk berjaya dalam peperiksaan
malah membolehkan mereka menyelesaikan
masalah yang dihadapi di dunia nyata. Dengan erti
kata lain, pengajaran guru tidak seharusnya
berorientasikan peperiksaan. Namun realitinya
kebanyakkan sekolah yang berorientasikan
peperiksaan. Ini kerana desakan untuk mencapai
sasaran yang ditetapkan. Ini menyebabkan guru-
guru menerima bebanan tugasan yang amat berat
dan menerima takanan menghabiskan sukatan yang
telah ditetapkan. Ini menyebabkan tiada ruang
kepada guru untuk membuat eksplorasi kepada
kaedah yang lain-lain. Di sinilah bermulanya titik
permulaan dimana pelajar hanya menghafal dan
bukan memahami dengan sutuhnya setiap bait-bait
perkataan yang dipelajari mereka. Dari pengalaman
peribadi saya, kebanyakkan masa apa yang
diajarkan di sekolah saya tidak dapat kaitkan
dengan dunia nyata. Misalnya, saya tidak dapat
mengerti mengapa saya perlu mempelajari
Idea : wujudnya anugerah
seumpama ini menunjukkan
usaha guru-guru Malaysia
untuk sentiasa
memperbaharui dan
memperbaiki pengajaran
dan pembelajaran dalam
bilik darjah mereka
Tema : keupayaan menilai
dan mentaksir murid
Isu : guru-guru menerima
bebanan tugasan yang amat
berat dan menerima takanan
menghabiskan sukatan yang
telah ditetapkan
181
182
183
184
185
186
187
188
189
190
191
192
193
193
194
195
196
197
198
199
200
201
202
203
204
205
206
207
208
209
210
matematik yang sukar seperti statistik. Hanya ketika
dewasa baru saya dapat mengaplikasikan perkara-
perkara yang saya pelajari 10 tahun yang dahulu.
Meskipun begitu, guru harus dapat mendedahkan
kepada murid tentang kaitan ilmu yang pelajari di
dalam kelas dengan dunia nyata misalnya.
Misalnya, dengan menggunakan kaedah
penyelesaian masalah dengan masalah yang
menyerupai situasi sebenar. guru tidak seharusnya
sekadar menyampaikan apa yang terdapat di dalam
buku teks.
Persekitaran bilik darjah yang kondusif adalah
sangat penting bagi memastikan murid dapat belajar
dengan selesa dan selamat. Oleh itu, guru yang
berinovasi mampu menyediakan persekitaran
pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang
seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah
kebijaksanaan berfikir. Menurut Mok Soon Sang
(2009) persekitaran pembelajaran yang kondusif
terbahagi kepada dua komponen. Komponen-
komponen tersebut adalah komponen fizikal dan
komponen psiko sosial. Komponen fizikal meliputi
semua keadaan fizikal seperti fizikal bilik darjah,
bahan-bahan pelajaran, kemudahan dalam
persekitaran. Manakala komponen psiko sosial
meliputi keselamatan, kesihatan, kemesaraan,
keceriaan, kawalan disiplin, dan lain unsur
kemanusiaan. Seorang guru yang berkualiti
seharusnya merupakan seorang pengurus bilik
darjah yang baik. Oleh itu, seorang guru ini
menitikberatkan dua komponen ini dalam
Tema : menyediakan
persekitaran pembelajaran
paling kondusif dan
memberi ruang seluas-
luasnya kepada murid
Idea : komponen fizikal dan
komponen psiko sosial
Tema : pengurus bilik
darjah yang baik
211
212
213
214
215
216
217
218
219
220
221
222
223
224
225
226
227
228
229
230
231
232
233
234
235
236
237
238
239
240
241
pengurusan bilik darjahnya. Ini kerana menurut
teori keperluan Maslow (Mok Soon Sang, 2008)
keperluan asas dan keperluan keselamatan, kasih
sayang dan penghargaan kendiri manusia hendaklah
dipenuhi sebelum manusia menceburi diri dalam
hirarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan
estetik. Ini bermakna keberkesanan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
bergantung kepada setakat mana keperluan-
keperluan pelajar dapat dipenuhi. Maka, untuk
menjadi seorang guru yang berinovasi seorang guru
itu haruslah dapat memenuhi kerperluan murid
seperti yang dinyatakan dalam komponen fizikal
seperti fizikal bilik darjah dan membina hubungan
yang mesra dengan cara memenuhi keperluan yang
dinyatakan di dalam komponen psiko sosial
kemesraan dan keceriaan. Sekiranya wujud satu
dinamika hubungan yang harmoni antara guru dan
pelajar maka komunikasi dua hala yang berkesan
dapat diwujudkan. Murid lebih senang untuk
menyatakan pendapat dan pandangan mereka serta
lebih mudah untuk melibatkan dalam aktiviti yang
dilaksanakan. Ini seperti yang dikatakan oleh
Anderson (1989) iaitu pengurusan bilik darjah yang
berkesan adalah tingkah laku yang dapat
menghasilkan penglibatan yang maksimum pelajar
dalam aktiviti pembelajaran.
Tambahan pula, pada pandangan saya sekiranya
seorang guru mampu menjadi seorang pengurus
bilik darjah yang baik dia merupakan seorang guru
yang hebat. Ini kerana, guru harus mengharungi
Idea : teori keperluan
Maslow (Mok Soon Sang,
2008)
Tema : kemahiran
berkomunikasi
Idea : wujud satu dinamika
hubungan yang harmoni
antara guru dan pelajar
maka komunikasi dua hala
yang berkesan dapat
diwujudkan
242
243
244
245
246
247
248
249
250
251
252
253
254
255
256
257
258
259
260
261
262
263
264
265
266
267
268
269
270
271
272
pelbagai cabaran ketika ingin menguruskan kelas.
Antara cabaran yang dihadapi oleh guru adalah
kesukaran untuk menyediakan persekitaran fizikal
yang kondusif diakibatkan oleh kekurangan bilik
darjah serta kekurangan pada prasarana yang
disediakan. Mengikut laporan utusan online yang
bertajuk ‘Masalah kekurangan bilik darjah selesai
tahun depan’ masih terdapat sekolah-sekolah yang
perlu menjalankan dua sesi kerana kekurangan bilik
darjah. Ini bermakna murid-murid terpaksa
berkongsi bilik darjah mereka. Keadaan ini akan
mengakibatkan keceriaan kelas susah untuk
dikekalkan. Selain itu, terdapat juga masalah
kerosakkan yang berlaku di dalam kelas.
Kerosakkan ini boleh menyebabkan kecederaan
kepada pelajar. Seperti yang dilaporkan oleh KL
Pos di laman web rasminya, siling di beberapa buah
kelas di SJKT Serdang runtuh diakbatkan oleh
masalah pendawaian, kebocoran atap dan juga
serangan anai-anai. Manakala dari segi psiko sosial
pula masalah seperti kepelbagaian budaya yang
wujud di dalam sesebuah bilik darjah juga menjadi
penghalang untuk mewujudkan satu hubungan yang
harmoni. Bahasa mungkin menjadi punca kepada
masalah. Banyak lagi cabaran yang mungkin di
hadapi oleh guru dalam menyediakan persekitaran
pembelajaran yang kondusif. Sekiranya seseorang
guru itu mampu menghadapi serta melepasi cabaran
ini dan berjaya mengahsilkan produktiviti yang
maksimum dari pelajarnya seudah sewajarnya dia
wajar di panggil guru yang berkualiti.
Tema : beretika
Isu : Masalah kekurangan
bilik darjah selesai tahun
depan
273
274
275
276
277
278
279
280
281
282
283
284
285
286
287
288
289
290
291
292
293
294
295
296
297
298
299
300
301
302
303
Guru ini bersifat all-rounded di mana seperti yang
diperkatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, guru
berinovatif ini guru yang sentiasa memikirkan
apakah cabaran yang bakal dihadapi oleh murid
setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan
sekolah, dan apakah ilmu yang dipelajari de sekolah
mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk
bersaing di dunia nyata. Apa yang dapat saya
simpulkan dari penyataan ini adalah guru
berinovatif adalah guru yang mampu untuk berfikir
satu langkah ke hadapan. Pada pandangan saya guru
seumpama ini bukan sahaja mengajarkan tentang
ilmu yang tersurat di dalam kurikulum semata-mata,
ia mengajarkan tentang kemahiran yang diperlukan
dalam kehidupan. Guru seumpama ini juga snetiasa
mengubah kaedah pengajarannya mengikut
peredaran masa. Contohnya pada masa sekarang,
teknologi adalah salah satu aspek yang tidak dapat
dipasahkan dalam kehidupan. Seperti yang
dikatakan oleh Mahathir Mohamad (Hamdan Said
& Nasrudi Taib, 2000) Kemajuan yang pesat dalam
bidang teknologi maklumat atau infotek mengubah
cara manusia berkomunikasi, berurusniaga dan cara
kita melihat dunia ini. Oleh itu, sekiranya guru
tersebut adalah seorang penginovasi ini pasti guru
tersebuta akan melengkapkan pelajarnya dengan
kemahiran teknologi. Tambahan pula, mengikut
Wan Mohd Zahid Nordin (Hamdan Said & Nasrudi
Taib, 2000) bentuk pendidikan untuk generasi baru
perlu bersifat global bagi membentuk sikap yang
lebih terbuka dengan visi yang lebih meluas melalui
Tema : beretika
Idea : berhemah tinggi,
ikhlas
Tema : kemahairan TMK
304
305
306
307
308
309
310
311
312
313
314
315
316
317
318
319
320
321
322
323
324
325
326
327
328
329
330
331
332
333
334
keupayaan berfikiran kritikal, inovatif, reflektif dan
mempunyai ketrampilan yang diperlukan bagi
membolehkan mereka menyertai dengan berkesan
arus globalisasi dunia.
Dalam artikel tersebut turut mengatakan bahawa
guru yang berinovasi mampu untuk mampu
melahirkan insan yang berpengetahuan tinggi,
kreatif, inovatif dan berketerampilan akan tercapai.
Sememangnya saya bersetuju dengan penyataan ini
kerana guru yang berinovasi adalah guru yang
bermotivasi tinggi. Tidaklah motivasi intrinsik
ataupun ekstrinsik, guru berinovasi adalah guru
yang akan melakukan tugasnya yang bersungguh-
sungguh kerana dorongan yang diterima dalam
dirinya sendiri. Jika tugas yang dilakukan dengan
hati yang rela pasti hasil yang berkualiti dapat
diharapkan. Sekiranya kesemua perkara yang
dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu ada
pada seorang guru maka pelajar-pelajar yang
dihasilkan pasti menjadi modal insan contoh.
Selain menyentuh tentang perkara-perkara yang
menjadikan seorang guru yang berinovasi artikel
tersebut turut menyatakan tentang usaha-usaha yang
dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran dalam
meningkatkan budaya inovasi di kalangan murid.
Antaranya adalah perangkaan Pelan Tindakan
Pembangunan Modal Insan Inovasi dengan
kerjasama Kementerian Pengajian tinggi dan juga
program i-Think yang dijalankan atas kerjasama
antara Kementerian Pelajaran Malasysia dengan
Agensi Inovasi Malasysia. Menurut Menteri
Tema : berdisiplin
Idea : bersungguh-sungguh,
rajin
Idea : program i-Think
335
336
337
338
339
340
341
342
343
344
345
346
347
348
349
350
351
352
353
354
355
356
357
358
359
360
361
362
363
364
365
Pengajian Tinggi, Tan Seri Mohamed Khaled
Nordin ( Borneo Post Online, 2011) Pelan Tindakan
Pembangunan Insan Inovasi bertujuan
mengurangkan jurang inovasi sedia ada sekaligus
melahirkan lebih ramai modal insan berpengetahuan
tinggi. Usaha kerajaan mementingkan inovasi ini
adalah kerana kerajaan ingin menjayakan ekonomi
yang berasakan inovasi ke arah negara
berpendapatan tinggi. Saya amat menyokong usaha
kerajaan dalam ingin membudayakan inovasi dalam
kalangan rakyat Malaysia. Jika dilihat dari sudut
profesin perguruan, sekiranya inovasi ini menjadi
satu budaya dalam kalangan pelajar maka ia akan
menjadi satu pendorong kepada guru-guru untuk
sentiasa melakukan trasnformasi kepada profesion
mereka. Tambahan pula, budaya inovasi ini juga
dapat mendorong guru memperbaiki aspek yang
masih kekurangan. Contohnya, menurut Mahzan
Arshad (2004) daripada jumlah 466 pendidik,dan
didapati sebanyak 50% daripada jumlah tersebut
yang membaca kurang dari sepuluh jam seminggu.
Golongan pendidik sekurang-kurangnya perlu
menggunakan lebih dua jam sehari bagi kegiatan
membaca yang produktif. Oleh itu jika inovasi
menjadi budaya dikalangan pendidik, maka guru-
guru akan meningkatkan minat membaca mereka
bagi mingkatkan pengetahuan mereka.
Program i-Think pula adalah satu program yang
bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan
kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah
menghasilkan berinovatif. Program ini dilaksanakan
Tema : berprofesion
Idea : Golongan pendidik
sekurang-kurangnya perlu
menggunakan lebih dua jam
sehari bagi kegiatan
membaca yang produktif
366
367
368
369
370
371
372
373
374
375
376
377
378
379
380
381
382
383
384
385
386
387
388
389
390
391
392
393
394
395
396
kerana melalui kajian keperluan yang dijalankan
menunjukkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam
kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah.
Sekolah dan guru menjadi agen perlaksana bagi
progaram ini. Sebagai agen perlaksana, guru sendiri
harus melebihi kemahrian berfikir murid-murid.
Oleh itu, guru harus melengkapkan diri dengan
pengetahuan baru agar tidak ketinggalan.
Rumusan yang dapat saya buat dari artikel ini
adalah inovasi adalah nilai yang penting yang perlu
ada dalam diri setiap guru khususnya guru-guru
pada zaman tenknologi ini. Inovasi inilah yang
membezakan antara guru yang baik dengan guru
yang cemerlang. Murid-murid dan pelajar-pelajar
pada era kini boleh dikatakan lebih maju daripada
guru-guru mereka. Di mana segala maklumat yang
mereka inginkan berada di hujung jari. Guru harus
mampu menandingi kepantasan ini. Perasaan ingin
tahu mereka juga lebih daripada generasi yang
terdahulu. Oleh itu kaedah mengajar ‘chalk and
talk’ tidak relevan untuk digunakan lagi.
Penggunaan teknologi maklumat adalah syarat
wajib digunakan di dalam pengajaran guru. Alasan
tidak mempunyai pengetahuan tentang teknologi
sememangnya tidak boleh digunakan. Kerajaan
telah menyediakan prasarana serta menganjurkan
banyak kursus bagi menangani masalah buta IT ini.
Selain itu, untuk menjana inovasi guru harus perlu
menilai kemampuan dari segi kekuatan dan
kelemahan pelajarnya. Dari situ barulah guru
mempunyai satu landasan untuk menjalankan
Tema : guru berinovasi
Idea : Guru harus mampu
menandingi kepantasan
Tema : berprofesion
Idea : Penggunaan
teknologi maklumat
Tema : kemahiran menilai
Idea : produk yang
dihasilkan guru hendaklah
397
398
399
400
401
402
403
404
405
406
407
408
409
410
411
412
413
414
inovasi. Ini kerana, produk yang dihasilkan guru
hendaklah menepati kehendak klien iaitu pelajar.
Tambahan pula, latar belakang demografi guru yang
berbeza, lokasi sekolah, keupayaan dan kemampuan
guru dari segi motivasi, sikap pengetahuan dan
kemahiran bakal menentukan tahap kesediaan guru
dalam melaksanaka inovasi itu sendiri. Seperti yang
diulaskan, inovasi hanya akan berlaku sekiranya
guru itu menginginkan perubahan. Kajian-kajian
sebelum ini banyak merumuskan bahawa hasil
kerja, kompetensi guru dan cara guru bertindakbalas
terhadap amalan pendidikan mereka akan lebih
berkesan jika tahap motivasi mereka adalah tinggi.
Akhir sekali, inovasi ini sebenarnya boleh
dilakukan oleh semua warga pendidik. Cuma yang
membezakanya sama ada yang terlihat dan diiktiraf
ataupun yang tidak terlihat dan tidak diiktiraf.
menepati kehendak klien
iaitu pelajar
Tema : latar belakang
demografi guru yang
berbeza,
Tema : keupayaan dan
kemampuan guru dari segi
motivasi,
Tema : sikap pengetahuan
Tema : kemahiran