apa itu sejarah.pptx

Upload: vani-taah-g

Post on 04-Mar-2016

26 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Pentaksiran dalam Pembelajaran Sejarah (SJH 3093E) - 3

Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)1

Tugasan Tutorial & ISLTiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)

Minggu 1 ( 12 - 16 Januari 2015)1.0 Pengenalan kepada PentaksiranKonsepJenis-jenis Ujian Ciri-ciri Pengujian Penilaian dalam mata pelajaran SejarahMengukur pemahaman tentang idea, konsep fakta dan nilai dalam mata pelajaran Sejarah2.0 Aplikasi Statistik dalam Pentaksiran Pengenalan Statistik

- 4 jamTiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)

AKTIVITI 1: Berdasarkan Artikel 1, baca dan isikan lembaran kerja 1 bagi membandingkan pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran.Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)

PengujianMenurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkahlaku seseorang individu dengan bantuan berskala nombor atau berkategori.pengujian dapat dianggap sebagai suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu.Maklumat yang diperolehi daripada ujian akan dijadikan asas untuk membuat penilaian atau pengadilan.pengujian boleh juga diertikan sebagai satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat atau peribadi seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologiPengukuranPengukuran boleh ditakrifkan sebagai satu proses untuk mendapatkan penjelasan secara angka tentang sebanyak mana seseorang pelajar mempunyai ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu (Mokhtar Ismail, 2009). Aspek yang diukur bukanlah objek tetapi sifat objek. Contohnya, kita tidak mengukur meja tetapi panjang meja. Pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang lebih sukar untuk diukur berbanding berat. Seorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap sebagai mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45.PenilaianPenilaian dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara.Stufflebeam (1971), penilaian bermaksud sebagai proses menentukan mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan bagi pertimbangan selanjutnya.Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah satu sistem yang melibatkan aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi pembelajaran dan pengajaran untuk membuat pertimbangan bagi mengambil tindakan yang sewajarnyaPentaksiranPentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan merekaNoraini Idris (2008), pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar.pentaksiran ialah proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar secara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulumTiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)

1.0 Pengenalan kepada Pentaksiran1.1 Konseppentaksiranpenilaianpengukuranpengujianujian bukan satu konsep tetapi satu alat untuk pengukuranpengukuran merupakan penentuan status atau tahap pelajar.Penilaian dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkaraPentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka. Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)

Kepentingan PenilaianGuru boleh menggunakan maklumat yang diperolehi untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.Keputusan yang diperolehi daripada penilaian dapat dijadikan asas pemilihan strategi pembelajaran dan pengajaran oleh guruKeputusan ujian penilaian dapat digunakan oleh guru untuk mendapatkan maklumbalas tentang penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar.ini akan membantu guru mengubahsuai teknik pembelajaran dan pengajaran supaya bersesuaian dengan keperluan pelajar. Melalui penilaian juga guru akan dapat mengenalpasti pelajar yang lebih cepat/cerdas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan juga pelajar yang lambat/lemah yang memerlukan pemulihan. Penilaian di akhir tempoh pengajian pula bertujuan untuk memberikan gred keseluruhan bagi seseorang pelajarTujuan penilaian bagi peperiksaan seperti UPSR, PMR dan SPM adalah untuk menunjukkan pencapaian pelajar mengikut gred standard piawaian bagi seluruh negara. Penilaian juga amat berguna bagi tujuan bimbingan dan kaunseling. Ini amat penting bagi membantu meningkatkan motivasi pelajar. Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)

Kepentingan PentaksiranPentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) - bertujuan supaya dapat membantu guru mengenalpasti tahap pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran guru. Oleh itu, ini akan membantu guru mengubahsuai aktiviti pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah mengikut kesesuaian dan keperluan pelajar. tujuan pentaksiran di sini ada kaitan dengan tindakan susulan selepas pembelajaran sama ada untuk guru sendiri mahupun bagi guru membantu pelajarPentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) - bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mengetahui tahap pencapaian masing-masing. Pentaksiran sebagai pembelajaran memberi fokus terhadap peranan pelajar sebagai penghubung yang kritikal di antara pentaksiran dan pembelajaran. di sini peranan guru amat penting sebagai fasilitator dalam membimbing pelajar menggunakan pentaksiran sebagai proses penilaian pencapaian peranan pelajar.Kepentingan pentaksiran kepada pembelajaran (assessment to learning) - tujuan mengenal pasti pengetahuan yang diperolehi, dilakukan dan diterjemahkan dalam bentuk tingkahlaku oleh pelajar. tujuan pentaksiran ini berkaitan dengan matlamat dan hasil pembelajaran.

pentaksiran dalam pendidikan bersifat lebih menyeluruh kerana pentaksiran yang dilakukan melibatkan pelajar dan juga organisasi yang terlibat termasuk kurikulum yang digunakan.Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)

AKTIVITI 2: YANG MANA SATU?Bandingkan penilaian sumatif dan formatif.

Pilih pernyataan yang mewakili penilaian formatif dan sumatif.Penilaian formatifPenilaian sumatifTiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)

1.2 Jenis-jenis Penilaian Penilaian formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan.Ianya dibuat di sepanjang pembelajaran dan pengajaran.penilaian formatif dibuat bagi menguji pencapaian pelajar mengikut perkembangan topik-topik dalam sukatan pelajaran.penilaian formatif boleh dibuat selepas guru selesai mengajar sesuatu topik bagi menilai perkembangan pelajar terhadap topik-topik yang telah diajar. Maklumat daripada penilaian formatif boleh digunakan untuk memperbaiki proses pembelajaran dan pengajaran. Penilaian formatifPenilaian sumatifPenilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat di akhir pengajaran seperti ujian penggal, ujian pertengahan tahun ataupun ujian akhir tahunPenilaian sumatif bertujuan untuk menilai pencapaian pelajar pada akhir penggal, pertengahan tahun ataupun akhir tahunPenilaian sumatif digunakan untuk membuat perbandingan dalam kalangan pelajar serta memberikan tahap tertentu kepada pelajar. Penilaian seperti UPSR dan PMR juga bertujuan untuk memberikan gred kepada pelajar.tujuan memberi pengiktirafan seperti sijil dan hadiah. Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)

Penilaian formatifPenilaian sumatifBeberapa prosedur perlu diambil kira bagi memastikan keberkesanan penilaian Menentukan topik pengajaran Menentukan aspek dan tahap penguasaanMenghubung kaitkan elemen-elemen dalam tajukMembina soalan ujianMencadangkan tindakan susulan Membentuk Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)Membina soalanMengumpul soalan secara sistematik

Menguji soalan melalui kajian rintis Menyiapkan skema pemarkahanTiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)

Klasifikasi ujianUjian rujukan normaUjian rujukan kriteriaUjian rujukan standarduntuk membandingkan pencapaian antara pelajar ataupun kumpulan pelajar.URN juga digunakan untuk menentukan pencapaian sama ada lulus, sederhana atau cemerlang.Ini akan memudahkan tujuan pengiktirafan seperti penganugerahan sijil dan hadiah.bagi memastikan tujuan ini tercapai, tahap kesukaran soalan perlu dikawal.Cakupan kandungan pembelajaran bagi tujuan URN lebih luas.Matlamat URK bukan untuk membandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar lain, tetapi ditumpukan kepada membandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria tertentu, iaitu sama ada kriteria tersebut dapat dikuasai pelajar atau tidak.matlamat URK ialah untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keputusan ujianujian ini dibina berpandukan kepada kriteria atau tingkahlaku yang ditetapkan.Ujian juga lebih terperinci dan meliputi kandungan pelajaran tertentu sahaja. Kandungan atau kriteria tersebut menjadi standard prestasi yang perlu dicapai oleh pelajar dalam URKBerbeza dengan URN, URK menumpukan kepada tajuk-tajuk yang lebih khusus. URK berbentuk tidak formalUjian rujukan standard diwujudkan bagi tujuan melaporkan prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan murid dalam pembelajaran dengan mrujuk standard.ujian rujukan standard memerlukan satu standard prestasi yang boleh menjadi panduan kepada semua pelaksana. Standard ialah suatu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu. Standard juga merupakan pernyataan bersifat generik tentang tahap pertumbuhan pembelajaran.

Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)

Standard prestasi yang menjadi rujukan dalam ujian rujukan standard ialah seperti dalam Jadual 1.4.Tahap PencapaianPernyataan Standard6Tahu, Faham, dan Boleh buat dengan beradap Mithali5Tahu, Faham, dan Boleh buat dengan beradap Terpuji4Tahu, Faham dan Boleh buat dengan beradap3Tahu, Faham dan Boleh buat2Tahu dan Faham1TahuTiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)

Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)JENIS-JENIS UJIAN

JENIS-JENIS UJIANUjian PencapaianUjian DiagnostikUjian PrestasiUjian KecerdasanUjian PersonalitiUjian BakatCari maklumat tentang jenis-jenis ujian dan buat pameran round tableTiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)

Ujian PencapaianUjian pencapaian digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan, kemahiran dan kecekapan semasa pelajarujian pencapaian dibina oleh guru atau kumpulan guru bagi mengukur sejauh mana pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang telah diajar oleh guru yang meliputi pengetahuan, kefahaman dan aplikasiUjian ini juga digunakan bagi memastikan kesediaan pelajar untuk memulakan tajuk baru dan mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar bagi tajuk-tajuk yang telah diuji. Ujian Kecerdasanmengukur perbezaan tingkah laku manusia secara sistematik.Kecerdasan didefinisikan sebagai kebolehan satu organisma menyesuaikan diri dengan persekitarannya (Mokhtar Ismail, 2009)ujian kecerdasan ialah ujian yang mengukur kebolehan mental seseorang pelajar, contoh: ujian BinetUjian PrestasiUjian prestasi ialah ujian yang mengukur kecekapan pelajar melakukan sesuatu tugas yang melibatkan manipulasi objek yang konkrit.Ujian prestasi menguji kemahiran pelajar menggunakan sesuatu alat yang konkrit seperti gambar dan radas, dan tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa atau ujian pensel- kertasMisalnya seorang guru Pendidikan Jasmani ingin mengukur kebolehan pelajar menggunakan kayu hoki. Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)

Ujian DiagnostikUjian diagnostik bertujuan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar, guru dan institusi agar program pemulihan dapat dijalankan bagi menanganinyaUjian ini bertujuan untuk mengenalpasti kumpulan-kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan tajuk pengajaran yang tepat serta sesuai dengan kumpulan-kumpulan tertentuUjian diagnostik boleh dilaksanakan melalui ujian formal seperti ujian pensel-kertas ataupun secara soal jawab, inventori dan pemerhatian tugasan dari masa ke semasa.ujian diagnostik ialah ujian ini tidak memberikan skor atau gred kepada pelajarUjian BakatUjian bakat ialah ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh pelajar. Ujian bakat bertujuan untuk memberi maklumat asas tentang telahan prestasi masa depan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang.Menurut Mokhtar Ismail (2009), terdapat dua cara ujian bakat dijalankan iaitu kaedah komposit dan kaedah penentuMisalnya Ujian Kemasukan Ke Institut Pendidikan Guru (UKELP) bertujuan untuk mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehannya.Ujian Personalitiujian personaliti bagi mengenali pelajarnya dengan lebih dekat.Ini akan memudahkan guru membuat pilihan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut personaliti pelajar ataupun melaksanakan tindakan pemulihan bagi pelajar tertentu. ujian personaliti ialah ujian yang digunakan untuk mengukur personaliti pelajar.

Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)

BENTUK-BENTUK UJIANUjian individu Ujian berkumpulanUjian individu digolongkan kepada ujian taraujian ini boleh diambil secara berseorangan pada suatu masaTujuan ini bertujuan menilai pencapaian secara individu mahupun tahap kecerdasan pelajar.

Ujian berkumpulan pula merupakan ujian pensel dan kertas yang memerlukan calon membaca soalan itu sendiri. Walaupun dikenali sebagai ujian berkumpulan namun pelajar menjawab ujian berdasarkan kebolehan dan keupayaan secara individu.Ujian bertulisUjian lisan Ujian bertulis melibatkan penggunaan bahasa yang gramatis dalam bentuk ayatUjian bertulis memerlukan penjawab soalan meluahkan idea pemikiran berdasarkan keperluan yang dikehendaki oleh soalan ujian bagi menguji tahap kognitif penjawab.Ujian lisan sesuai dijalankan secara individu terutama bagi mata pelajaran bahasa, Agama Islam dan Pendidikan Moral. Penilai yang mahir dan cekap diperlukan kerana pemarkahan bergantung kepada penilai walaupun ada standard pemarkahan yang telah ditetapkan. Ujian ObjektifUjian subjektifUjian objektif ialah salah satu jenis ujian pensel-kertasWalaupun terdapat pelbagai jenis item objektif tetapi setiap item mempunyai satu ciri yang serupa iaitu jawaban khusus dan terbatas.Ujian objektif dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu soalan aneka pilihan, soalan Memadankan, soalan Betul Salah dan soalan menyudahkanUjian subjektif pula dikenali sebagai ujian esei, boleh ditakrifkan sebagai ujian yang memerlukan calon memberi jawaban dalam bentuk perkataan atau karangan sendiriTerdapat dua bentuk ujian subjektif iaitu jenis respon terhad dan jenis respon lanjutanTiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)

PENILAIAN DALAM MATAPELAJARAN SEJARAH(1) pemahaman tentang idea(2) konsep fakta

(3) nilai dalam mata pelajaran Sejarahmengkaji idea di sebalik kewujudan sesuatu peristiwapelajar harus diberi peluang untuk memahami sesuatu kejadian dalam sejarah. Misalnya, mengapa Singapura keluar daripada Malaysia. aspek yang ditekankan adalah pelajar memahami proses, sebab dan akibat mengapa Singapura keluar dari Malaysia.Elemen konsep fakta memang tidak dapat lari daripada mata pelajaran Sejarah. Ini kerana dalam mata pelajaran Sejarah banyak fakta seperti tarikh, individu, peristiwa yang telah berlaku. Fakta- fakta dalam Sejarah tidak boleh diubah.

Nilai dalam sesuatu peristiwa Sejarah juga perlu difahami oleh pelajarIni bermakna, di setiap sesuatu peristiwa Sejarah, pelajar perlu diberi ruang dan peluang untuk mempelajari nilai di sebalik peristiwa tersebut. Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)

2.0 Aplikasi Statistik dalam PentaksiranPenganalisaan dan pentafsiran ujian perlu dilakukan melalui statistik asas yang akan melibatkan aktiviti pemungutan dan menyusun skor murid, pengiraan dan membuat analisis atas data serta membuat interpretasi data yang diperolehi.

Statistik asas merupakan satu teknik matematik untuk memproses, menyusun, menganalisis dan membuat kesimpulan tentang data yang berbentuk kuantitatif.

Data-data yang diperolehi iaitu skor mentah biasanya dalam keadaan tidak tersusun dan untuk memudahkan kita merujuk kepad data tersebut, ia perlu direkodkan secara teratur dan sistematik.

Dalam bidang pendidikan, statistik boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat dalam pelbagai situasi. Contohnya jika statistik digunakan untuk menyampaikan maklumat awal tentang taburan pelajar mengikut pencapaian maka ianya akan memberikan maklumat kepada penyelidik tentang apa-apa pemboleh ubah yang ingin dilihat oleh penyelidik tersebut.Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)

KEGUNAAN STATISTIKTujuan statistik dibuat ialah bagi menyampaikan maklumat dalam pelbagai situasi. Misalnya, melalui dapatan daripada pengiraan statistik seperti ujian t dapat membandingkan dapatan tertenturumusan dapatan dapat digunakan untuk menunjukkan tahap pencapaian pelajar serta membandingkannya dengan pelajar lain ataupun kumpulan seperti jantina dan sebagainya. tujuan statistik juga bagi membolehkan penyelidik yang ingin melihat hubungan di antara dua pembolehubah.statistik juga boleh digunakan untuk menguji perbezaan antara dua min atau lebih, iaitu dengan menggunakan ujian t ataupun ANOVA. statistik juga boleh digunakan oleh penyelidik bagi mereka bentuk eksperimen, dan menentukan kaedah analisis yang sesuai dengan sesuatu reka bentuk eksperimen.Kaedah statistik juga boleh digunakan untuk mengira indeks kebolehpercayaan dan kesahan. Tiwi Kamidin, Dr (IPG KBL)