apa itu komunikasi

Download Apa itu komunikasi

If you can't read please download the document

Post on 15-Jan-2017

177 views

Category:

Education

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1.1 PENGENALAN :Komunikasi bermula seawal kejadian manusia.

  • ALAT KOMUNIKASI ZAMAN DAHULU

  • Komunikasi menjadi semakin berkembang dengan adanya kemajuan pesat dalam teknologi.

  • APA ITU KOMUNIKASI?Komunikasi adalah satu proses yang melibatkan beberapa elemen penting ketika menghantar maklumat (mesej) daripada seseorang kepada seseorang atau seseorang kepada beberapa orang yang lain.Proses komunikasi melibatkan enam unsur utama, iaitu sumber, mesej, saluran, penerima, maklum balas dan gangguan. Komunikasi yang berkesan berlaku sekiranya sumber dan penerima mempunyai kefahaman terhadap mesej yang diterima, tidak kira apa media yang digunakan untuk menyalurkan mesej.

  • KOMPONEN DAN PROSES KOMUNIKASIMESEJMelalui SALURAN GANGGUANMAKLUM BALASPENERIMAEnkod melalui pengetahuan, pengalaman dan peraturan

    SUMBEREnkod melalui pengetahuan dan peraturan

    *

  • 1.2 KOMUNIKASI SEBAGAI SATU BIDANG SAINS SOSIAL Berdasarkan kepada bidang sains sosial yang lebih dahulu wujud seperti psikologi, sosiologi, antropologi, sains politik dan ekonomi.Model Komunikasi Teori Peluru Ajaib

    oleh Harold Lasswell (ahli sains politik).

  • SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

    Bidang Komunikasi mula diiktiraf sebagai bidang sains sosial yang sah dan seterusnya menjadi bidang pengajian yang penting (Saodah Wok et. al., 2004).

  • 1.3 PERKEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN BIDANG KOMUNIKASI

    -ERA AWAL (1900 1930) Era kebangkitan retorik Merupakan lanjutan daripada percambahan idea-idea ahli- ahli falsafah pada zaman Greek Kuno. Sarjana bidang komunikasi hanya fokus kepada Pengucapan Awam (public speaking).

  • ERA KOMUNIKASI DAN SAINS SOSIAL (1930-1960) Selepas Perang Dunia Kedua daripada pengucapan awam, sarjana komunikasi lebih berminat kepada isu sosial. Para Sarjana mula merasakan amat perlu memahami hubungan antara komunikasi dan kebangkitan kuasa, propaganda, perubahan sikap dan kepercayaan (Woods, 2001)

  • Kemudian muncul kajian-kajian yang bertumpu kepada isu-isu berkaitan kesan mediaEra ini juga dikenali dengan Era Kesan Media Griffin (1997) merujuk peringkat ini sebagai era kebangkitan empat orang sarjana yang digelar Bapa Penyelidikan Komunikasi.Shcramm (1963) menyatakan bahawa empat sarjana tersebut mengambil pendekatan sains perlakuan (behavioral science approach) utk. Mengkaji kesan mesej pemujukan ke atas audiens yang ramai.

  • EMPAT SARJANA ERA KEDUA :HAROLD LASSWELL

    - Ahli Sains Politik yang menganalisis tentang propaganda Nazi untuk mengenal pasti kesan kuat terhadap mereka yang mendengar. - Untuk mendapat pemahaman yang sepatutnya mengenai sistem komunikasi media, beliau menekankan soalan berikut dalam proses komunikasi : Siapa Mengatakan Apa Dalam Saluran Mana Kepada Siapa Dengan Kesan Apa?

  • MODEL KOMUNIKASI SEHALA LASSWELL (1948)

  • KURT LEWIN

    - Seorang ahli psikologi sosial yang tidak dapat menerima kepimpinan autoritarian. - Beliau banyak mengkaji prejudis dan bagaimana kumpulan mempengaruhi individu lain dalam kumpulan. - Konsep gatekeeping untuk pemilihan berita kepada umum turut dibicarakan.

  • PAUL LAZARSFELD

    - Pakar Sosiologi. - Menjalankan projek penyelidikan radio. - Dianggap sebagai perintis kajian tinjauan dan teknik kumpulan perbincangan berfokus (focus group discussion) yang digunakan bagi melihat kesan penyiaran (siaran radio) terhadap emosi. - Orang yang bertanggungjawab menubuhkan Biro Penyelidikan Sosial.

  • KARL HOVLAND

    - Ahli penyelidik psikologi. - Menjurus kepada kajian perubahan sikap. - Beliau menguji kesan pemujukan terhadap kredibiliti sumber dan juga susunan hujah dalam mesej.

  • SAMBUNGAN PERKEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN BIDANG KOMUNIKASIERA REVOLUSI (1950-1970) - Era ketiga (muncul pada Pertengahan Abad Ke-20). Dirujuk kepada teori dalam

    tabung uji yang menekankan kajian saintifik dan empirikal yang memberi kesan kepada hampir semua bidang sains sosial dan kemanusiaan.

  • Kajian komunikasi lebih mengutamakan kajian saintifik dan kajian kuantitatif lebih diutamakan.

    Perubahan orientasi bidang komunikasi berlaku apabila Shannon dan Weaver (1949) membentuk model komunikasi liner (sehala)

  • MODEL LINER KOMUNIKASI SHANNON DAN WEAVER (1949)

  • MODEL BERLO (1960) Diikuti dengan David Berlo (1960) memudahkan model tersebut kepada 4 bahagian asas

    (S-M-C-R) seperti yang berikut :

    Sender Message Channel - Receiver

    SUMBERMESEJSALURANPENERIMA

  • ERA PERGOLAKAN 60-AN (1960-1970)

    Tahun 1960-an dan 1970-an melihat motif baharu dalam perkembangan komunikasi yang dirujuk sebagai asas pelancaran komunikasi interpersonal.

    Perkembangan budaya merancakkan interaksi sesama manusia.

    Kursus di IPT mula mengajar subjek Komunikasi Interpersonal berbanding Komunikasi Pengucapan Awam (Komunikasi Massa).

  • ERA RETORIK BARU (1965-1980)Pada akhir 1970-an hingga 1990-an, isu sosial mula dianalisis secara lebih terperinci.Kajian pengucap secara individu dikembangkan.Muncul artikel seperti The Rhetoric of Black Power dan The Rhetoric of Confrontation.Pengkaji berpendapat bahawa ucapan awam

    tidak berkaitan dengan teks ucapan yang disediakan. Contoh ucapan oleh : Martin Lurther King Jr. I Have a Dream.

  • ERA PENCARIAN MODEL SEJAGAT (1970-1980)Menurut Saodah Wok et. al (2004), saintis komunikasi adalah berbeza dengan sarjana retorik kerana mereka cuba membuat penyatuan tetapi sarjana retorik cuba membuat kepelbagaian. Masalah penyelidik kerana tiada teori besar yang boleh diaplikasikan.Kurt (1970) mengatakan sains yang matang perlu model atau paradigma yang sejagat, ahli sains dalam bidang komunikasi dilihat belum mencapai tahap tersebut (Saodah Wok et. al, 2004)

  • ERA PERGOLAKAN BIDANGKOMUNIKASI (1980 HINGGA KINI)Sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi maklumat pada era ini, bidang komunikasi mula berkembang daripada fokus tentang komunikasi interpersonal dan komunikasi massa kepada pelbagai bidang komunikasi yang lain.Antaranya, bidang komunikasi organisasi, perhubungan awam, periklanan, komunikasi pembangunan, pengurusan konflik, kemahiran kepimpinan, komunikasi antarabudaya dan komunikasi pembujukan. Penyelidikan komunikasi terus meningkat dan dimuatkan di jurnal-jurnal komunikasi seperti Communication Theory, Mass Media Communication dan sebagainya.

  • PERKEMBANGAN BIDANG KOMUNIKASI DI MALAYSIASyed Arabi Idid (2002) melihat sejarah dan perkembangan komunikasi di Malaysia melalui 4 fasa :

    1. Fasa Pertama Sebelum Merdeka (1957), bidang komunikasi dipengaruhi oleh bidang kewartawanan. Surat khabar (media cetak) berperanan untuk memupuk semangat kebangsaan serta kemerdekaan kepada rakyat Malaysia yang sedang dijajah. Media memainkan peranan menyuntik semangat nasionalisme bagi membantu perjuangan menuntut kemerdekaan. Sewaktu ini, bidang komunikasi belum diwujudkan sebagai bidang pengajian formal.

  • Fasa Kedua

    Bermula selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.Bidang komunikasi mula berkembang dan mendapat perhatian pemerintah apabila operasi persuratkhabaran dipindahkan dari Singapura ke Kuala Lumpur. Mula berkembangnya industri media cetak.Awal 1970-an, bidang penyiaran mula diwujudkan.Latihan formal bermula pada tahun-tahun 1960-an hingga 1970-an apabila BERNAMA ditubuhkan pada tahun 1968 tumpuan kepada kewartawanan, IPRM (1962) menumpukan kepada perhubungan awam, dan IPTAR (1972) latihan dalam bidang penyiaran (media elektronik).

  • Fasa Ketiga

    Bidang baharu mula muncul selain kewartawanan dan penyiaran.Agensi berita mula digabungkan dengan bidang periklanan dan perhubungan awam.Bidang komunikasi mula berkembang menjadi pengajian formal di Universiti.1970 di USM- Jabatan Komunikasi pertama ditubuhkan di Malaysia.1972 di ITM (kini UiTM) Kajian Sebaran Am1976 di UKM Jabatan Komunikasi1979 di UPM Jabatan Komunikasi PembangunanPengajian komunikasi tertumpu pada bidang komunikasi massa khususnya penyiaran dan kewartawanan.

  • Fasa Keempat

    Bermula sekitar 1980-an.Bidang komunikasi berperanan sebagai bidang komersial.1990-an dengan permintaan sektor pekerjaan khususnya di sektor swasta, munculnya bidang baharu seperti komunikasi korporatDi universiti bidang pengajaran subjek baharu kepada komunikasi organisasi, teknologi komunikasi dan telekomunikasi.Program kursus komunikasi telah menjangkau kepada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.Antara tokoh komunikasi di Malaysia ialah Prof. Dato Dr. Syed Arabi Idid, Prof Dr. Yusof Hussain dan Prof. Dr. Samsuddin A. Rahim. #

    *