ulasan jurnal

14
1.0 Pengenalan Proses pembelajaran dan pengajaran telah mengalami banyak perubahan seiring dengan perkembangan teknologi. E-learning telah memainkan peranan yang signifikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di universiti terutamanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan negara-negara Eropah (Kuhn, 2001). Pembelajaran berasaskan web kian meningkat di peringkat institusi pengajian tinggi dan merupakan satu medium yang berpotensi bagi mengaplikasikan prinsip pedagogi dimana pelajar aktif, bersifat kendiri dan berkalobratif (Hadjerrouit, 2004). Satu tinjauan ke atas guru yang dilaksanakan oleh Michael Pastore (2001) di Amerika Syarikat mendapati Internet dapat meningkatkan kualiti pendidikan, sebagai alat yang penting bagi mendapatkan maklumat baru dan hampir keseluruhan guru menggunakan Internet di dalam kelas mereka. Sumber pembelajaran berasaskan web boleh dilihat sebagai keperluan asas bagi mengekalkan peluang pembelajaran yang makin kompetetif dalam pasaran pendidikan global (Syrjakow et al, 2000). Atas dasar dan kepentingan ini, pelaksanaan e-learning dalam proses pengajaran dan pembelajaran haruslah diperluaskan lagi di sekolah-sekolah agar ia dapat menyaingi perubah-perubahan pendidikan masa kini. 2.0 Ulasan Jurnal Jurnal ini adalah merupakan satu kertas kerja tinjauan tentang aplikasi e-learning di sekolah-sekolah

Upload: catherine-lee-cheau-yih

Post on 29-Sep-2015

20 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

satu kertas kerja tinjauan tentang aplikasi e-learning di sekolah-sekolah Malaysia

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanProses pembelajaran dan pengajaran telah mengalami banyak perubahan seiring dengan perkembangan teknologi. E-learning telah memainkan peranan yang signifikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di universiti terutamanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan negara-negara Eropah (Kuhn, 2001). Pembelajaran berasaskan web kian meningkat di peringkat institusi pengajian tinggi dan merupakan satu medium yang berpotensi bagi mengaplikasikan prinsip pedagogi dimana pelajar aktif, bersifat kendiri dan berkalobratif (Hadjerrouit, 2004). Satu tinjauan ke atas guru yang dilaksanakan oleh Michael Pastore (2001) di Amerika Syarikat mendapati Internet dapat meningkatkan kualiti pendidikan, sebagai alat yang penting bagi mendapatkan maklumat baru dan hampir keseluruhan guru menggunakan Internet di dalam kelas mereka. Sumber pembelajaran berasaskan web boleh dilihat sebagai keperluan asas bagi mengekalkan peluang pembelajaran yang makin kompetetif dalam pasaran pendidikan global (Syrjakow et al, 2000). Atas dasar dan kepentingan ini, pelaksanaan e-learning dalam proses pengajaran dan pembelajaran haruslah diperluaskan lagi di sekolah-sekolah agar ia dapat menyaingi perubah-perubahan pendidikan masa kini.2.0 Ulasan Jurnal Jurnal ini adalah merupakan satu kertas kerja tinjauan tentang aplikasi e-learning di sekolah-sekolah Malaysia. Jurnal mengupas berkenaan dengan definisi tentang e-learning serta perbandingan antara pembelajaran tradisional dan pembelajaran e-learning. Ia memberikan rasional kenapa e-learning perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia serta empat faktor utama yang perlu dipertimbangkan semasa memilih dan menilai bahan e-learning. Isu utama yang diperbincangkan ialah cabaran-cabaran yang perlu ditangani dalam pelaksanaan e-learning dan strategi perlaksanaan di dalam bilik darjah. Jurnal ini turut mencadangkan beberapa bahan e-learning yang dapat digunakan di semua sekolah di Malaysia.Persoalan pertama yang diketengahkan dalam jurnal ini adalah perkembangan e-learning di Malaysia yang masih baru jika dibandingkan dengan negara-negara barat dan Singapura. Di Malaysia ianya terarah kepada pembelajaran jarak jauh dan on-line yang kebanyakannya hanya ditawarkan di peringkat universiti serta kolej swasta manakala di Singapura, e-learning sudah berkembang dalam bentuk idea membangun on line repository yang membantu industri pendidikan di negara tersebut untuk membentuk kursus-kursus e-learning yang baru atau new learning parts yang memungkinkan kerja-kerja pengeditan secara segera dan on-line. Seterusnya persoalan yang dinyatakan menerusi jurnal ini adalah perbezaan antara pembelajaran tradisional dan e-learning. Di dalam kelas tradisional, antara kelemahan-kelamahan yang wujud adalah suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru, modul pengajaran hanya bergantung kepada buku teks, perhatian guru kurang dapat diberikan secara induvidu kerana bilangan pelajar yang ramai di dalam kelas, serta proses P&P hanya dijalankan secara formal iaitu di dalam bilik darjah. Sebaliknya, dalam pembelajaran e-learning fokus utamanya adalah pelajar, serta aspek pengajaran dan pembelajaran yang lebih luas dan tidak terbatas di bilik kuliah sahaja. Masa pelaksanaan juga lebih fleksibel dan kurang tekanan kerana ianya boleh dilakukan di mana sahaja asalkan ada kemudahan komputer dan internet.Persoalan yang ketiga yang disentuh adalah tentang aplikasi e-learning dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Antara sebab-sebab e-learning harus dilaksanakan di negara kita termasuklah ia membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan kerana bahan pengajaran dan pembelajaran e-learning yang dirancang, disediakan secara profesional dan baik. Mengunakan ciri-ciri multimedia untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta mengikut kesesuaian mereka. Pertanyaan juga boleh dibuat dalam talian. Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia ada. Selain itu, turut dinyatakan empat model yang dicadangkan untuk pelaksanaan e-learning di sekolah-sekolah di Malaysia. Model-model tersebut ialah:1. Selective ModelJika bilangan komputer sangat terhad, jika bahan e-learning yang berkualiti, ia dapat ditunjukkan kepada pelajar sebagai bahan demontrasi sahaja. . Jika ada beberapa komputer, pelajar diberi peluang untuk mendapat sedikit pengalaman hands-on.2. Sequential ModelJika bilangan komputer sedikit. Pelajar dalam kumpulan kecil bergerak dari satu set sumber maklumat ke sumber yang lain. Bahan e-learning digunakan sebagai bahan rujukan atau dapatkan maklumat baru. Jika ada beberapa komputer, pelajar diberi peluang untuk mendapat pengalaman hands-on.3. Static Station ModelJika bilangan komputer sedikit. Guru mempunyai beberapa sumber berbeza untuk mencapai objektif pengajaran yang sama. Bahan e-learning digunakan oleh beberapa kumpulan pelajar manakala pelajar lain meng 4. Laboratory ModelJika bilangan komputer mencukupi untuk semua pelajar, maka bahan e-learning dapat digunakan oleh semua pelajar sebagai bahan pengajaran kendiri. Model ini boleh digunakan jika sekolah mempunyai makmal komputer yang dilengkapi dengan talian internet.gunakan sumber lain untuk capai objektif pelajaran yang sama.Isu dan pemasalahan dalam pelaksanaan e-learning serta cadangan dan penyelesaian e-learning merupakan isu utama yang diketengahkan dalam jurnal ini. Antara isu dan pemasalahan yang akan diperbincangkan ialah:a. Akses/Kos PengendalianAkses kepada ICT merupakan masalah utama di Malaysia. Kewujudan jurang digital yang ketara di dalam masyarakat Malaysia khususnya ketiadaan akses kepada internet serta talian akses yang perlahan merupakan cabaran yang dirasai di sekolah-sekolah tertentu. Begitu juga sekolah yang tidak mempunyai komputer (kecuali untuk urusan pentadbiran) atau kuasa elektrik memberikan cabaran yang hebat dalam perlaksanaan e-learning.b. Kekurangan Bahan Pengajaran dan PembelajaranKekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam Bahasa Melayu juga agak merisaukan. Manakala, Bahasa Inggeris digunakan hampir 80% laman web (Media Asia: 176, 1999). Namun begitu, kepesatan ledakan era digital menyebabkan banyak portal tempatan diwujudkan. c. Kos Bahan/InfrastrukturPelaksanaa e-learning sememangnya melibatkan kos yang tinggi sama ada untuk infrastruktur telekomunikasi, perkakasan dan perisian. Kos membaikpulih komputer yang rosak juga perlu dipertimbangkan. Selain itu, negara kita dikejutkan tentang isu makmal-makmal komputer yang belum siap dibina atau yang siap dibina tetapi tidak selamat diduduki. Ini amat merugikan dan satu pembaziran kerana pembinaaan makmal komputer ini melibatkan tender-tender kerajaan.d. Latihan Tenaga PengajarDidapati kebanyakkan guru mengambil lewa pelaksanaan e-learning dalam proses P&P. Guru tidak mempraktikkan ilmu yang diperolehi semasa kursus-kursus yang dihadiri serta didapati bahawa mereka tidak membuat cukup persediaan kerana beban kerja yang bertambah dan tidak cukup masa. Guru perlulah melengkapkan diri dengan pengetahuan dan akses-akses teknologi yang up-to-date serta bahan pengajaran yang bermutu. Selain itu, guru perlu ada stail pembelajaran yang berbeza bagi pelajar agar lebih menarik perhatian dan minat pelajar. Kementerian Pendidikan Malaysia perlu sediakan latihan tenaga pengajar yang sesuai dan kursus yang berterusan kepada para guru yang tertentu serta bersesuaian dengan kehendak sukatan palajaran.Empat penyelesaian yang dicadangkan dalam jurnal ini bagi isu dan pelaksanaane-learning di Malaysia termasuklah penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan, Educational Learning Management System (ELMaS), program dan naik taraf infrastruktur serta sumber dan alternatif lain untuk e-learning,Natijahnya, adalah wajar e-learning diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysia secepat mungkin supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus ICT yang begitu pesat sekali. Perlu diingatkan juga bahawa unsur Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK) perlu diselitkan secara bijak dalam e-learning. Walau bagaimanapun, e-learning yang dicadangkan hanya sebagai tambahan kepada semua sumber yang sedia ada di sekolah. Guru masih memainkan peranan dalam mendidik pelajar-pelajar kita.3.0 Pendapat Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan kemajuan dan kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelejaran di dalam bilik darjah. Menurut Abdul Rahim Mohd Saad (1996). Abad ke-21 mengundang pelbagai cabaran dan perubahan berkaitan dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah, institusi pengajian tinggi, industri dan sektor perdagangan. Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang kuat. Penggunaan internet dan pelaksanaan e-learning adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran mampu memberikan banyak manfaat kepada guru khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaa e-learning ini juga mampu membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dalam mencapai setiap matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dibentuk.Namun, menurut Highet (1950), pendidikan itu sebagai satu seni kerana pendidik harus mengambilkira pelbagai aspek seperti kemahiran yang pelbagai yang perlu diaplikasikan bagi menangani pelbagai situasi pengajaran akibat perbezaan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Oleh yang demikian, para pendidik terutamanya guru dan pensyarah harus bijak memilih kaedah yang paling sesuai dalam menyampaikan maklumat agar penyampaian yang diberikan akan memberi kesan yang berpanjangan. Menurut Esah Sulaiman (2003), kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektif pengajaran. Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme.Berdasarkan kajian yang dibuat kebanyakan guru rata-ratanya menggunakan teknologi hanya untuk diri sendiri sebaliknya tidak menggunakan teknologi secara optimum untuk kegunaan pelajar. Guru kebanyakan hanya gemar menggunakan kaedah latihan dan latih tubi berbanding menggunakan teknologi di dalam P&P. Penggunaan teknologi sebenarnya memberikan impak yang besar dapat membantu manarik perhatian pelajar untuk mengikuti P&P dengan lebih berkesan. Menurut Bahrudin, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim (2001), ICT dapat membantu mengatasi kelemahan pendidikan yang diajar secara tradisional serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer secara lebih produktif. Guru dapat membuat persediaan awal dan merangka pengajaran dengan lebih berkesan berbanding menggunakan kaedah tradisonal. Guru dapat mengintegrasi kemahiran teknologi dan peluang pembelajaran secara konstruktivis untuk melihat keberkesanan penggunaan teknologi. Peranan ICT khususnya e-learning dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Namun begitu kehadiran ICT sahaja tidak dapat membantu proses transformasi ini. Perkara yang penting dalam integrasi ICT ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P&P dan sebagai satu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi kandungan. Lima konsep e-learning dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah e-learning sebagai satu kaedah pembelajaran khusus untuk para pelajar, e-learning sejajar dengan kemajuan teknologi dan ICT, berasaskan komputer dan internet membolehkan proses pembelajaran dilaksanakan dengan lebih sistematik, menarik dan berkesan dengan kuantiti pelajar yang lebih ramai tanpa batasan jarak yang ditetapkan. Justeru itu, pelaksanaan e-learning dalam proses P&P sememangnya merupakan serampang dua mata dalam meningkatkan lagi sistem pendidikan serta melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan social selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. E-learning dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Teknologi multimedia dan juga e-learning menyediakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainan daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tradisi. Melalui kaedah e-learning, pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif boleh berlaku dengan mudah dan berkesan. 4.0 KesimpulanKemajuan dan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu pengetahuan dan bijak dalam mentadbir negara pada masa akan datang. Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa pelaksanaa e-learning pada peringkat awal pendidikan adalah kurang perlu ekoran daripada ketidak sediaan para pelajar menerimanya, namun pandangan seperti ini perlu diperbetulkan agar semua pihak sama ada ibu bapa, penjaga, guru dan masyarakat secara keseluruhannya perlu melihat kepentingan penguasaan kemahiran ini pada masa akan datang.Adalah menjadi tanggungjawab institusi pendidikan untuk mendidik masyarakat untuk menjadi pelapis yang benar-benar dapat mentadbir negara dengan baik pada masa akan datang. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, oleh yang demikian, pendidikan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak lagi. Penggunaan teknologi maklumat dan pelaksanaan e-learning dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang perlu bagi menarik minat kanak-kanak ini untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala halangan yang boleh menghalang mereka dariapda menuntut ilmu.

BibliografiKuhn, W., 2001. Ontologies in support of activities in geographical space. International Journal of Geographical Information Science, 15 (7), pp. 613-631.Syrjakow, M., Berdux, J. & Szczerbicka, H., (2000). Interactive Web-Based Animation For Teachingand Learning. Proceedings of the 2000 Winter Simulation Conference.Hadjerrouit, S. (2004). Implementing Web-Based Learning in Higher Education: An Evolutionary Software Engineering Approach. In L. Cantoni & C. McLoughlin (Eds.), Proceedings of World Conference on Educational Multimedia, Hypermedia and Telecommunications 2004 (pp. 483-490). Chesapeake, VA: AACE.Highet, Gilbert. (1950). Art of Teaching. New York: Alfred A. Knopf, 1950. Brusilovsky, P. (1998). Adaptive Educational System on the World-Wide-Web: A Review of Available Technologies. In Proceeding of Workshop WWW-based Tutoring of the 4th International Conference on Inteligent Tutoring System, San Antionio, TX.Esah Sulaiman. (2003). Asas Pedagogi. Fakulti Pendidikan UTM.Baharudin Husin (2005). Kesediaan Guru Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah Daerah Pasir Putih. Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Kebangsaan 2005, Kota Kinabalu, 1-3 Ogos, Anjuran Bahagian Pendidikan GuruSathiamoorthy Kannan. (2002). Kajian kemampuan Mengurus Integrasi Komputer Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Bestari, Jurnal Pendidikan Dan Kepimpinan pendidikan, Jilid 12, Bil.02, Disember 2002

Lampiran