ulasan jurnal pj

23
Tugasan 1 Ulasan Jurnal Penulis : See, C.M Tajuk : The Use of Music and Movement Therapy to Modify Behaviour of Children With Autism Kanak-kanak dengan autisme sering dikaitkan dengan masalah tingkah laku seperti gelisah dan resah; mempamerkan kecenderungan untuk menyentuh dan memukul orang; bising (menjerit) panas baran, selalu lalai; ketidakpatuhan dan memencilkan diri. Tingkah laku kanak-kanak autism mungkin lebih melampau lagi atau yang lebih kurang. Oleh itu, muzik dan pergerakan terapi telah dibangunkan untuk membantu meningkatkan tingkah laku kanak-kanak autisme. Dalam penyelidikan ini, terdapat seramai 41 kanak-kanak yang mengambil bahagian dan mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan dua sesi. Kumpulan 1 terdiri daripada 18 kanak-kanak (5 kanak-kanak perempuan dan 13 kanak-kanak lelaki). Usia kanak- kanak dalam Kumpulan 1 adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Sementara itu, Kumpulan 2 terdiri daripada 23 kanak-kanak (2 kanak-kanak perempuan dan 21 kanak-kanak lelaki). Umur peserta dalam Kumpulan 2 adalah di antara 11 hingga 22 tahun. Terapi muzik dijalankan secara mingguan dan dua set terapi muzik telah 1

Upload: raphael-jeffery

Post on 15-Nov-2015

197 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

ulasanjurnal

TRANSCRIPT

Tugasan 1Ulasan JurnalPenulis : See, C.MTajuk: The Use of Music and Movement Therapy to Modify Behaviour of Children With Autism

Kanak-kanak dengan autisme sering dikaitkan dengan masalah tingkah laku seperti gelisah dan resah; mempamerkan kecenderungan untuk menyentuh dan memukul orang; bising (menjerit) panas baran, selalu lalai; ketidakpatuhan dan memencilkan diri. Tingkah laku kanak-kanak autism mungkin lebih melampau lagi atau yang lebih kurang. Oleh itu, muzik dan pergerakan terapi telah dibangunkan untuk membantu meningkatkan tingkah laku kanak-kanak autisme. Dalam penyelidikan ini, terdapat seramai 41 kanak-kanak yang mengambil bahagian dan mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan dua sesi. Kumpulan 1 terdiri daripada 18 kanak-kanak (5 kanak-kanak perempuan dan 13 kanak-kanak lelaki). Usia kanak-kanak dalam Kumpulan 1 adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Sementara itu, Kumpulan 2 terdiri daripada 23 kanak-kanak (2 kanak-kanak perempuan dan 21 kanak-kanak lelaki). Umur peserta dalam Kumpulan 2 adalah di antara 11 hingga 22 tahun. Terapi muzik dijalankan secara mingguan dan dua set terapi muzik telah digunakan secara selang seli selama 10 bulan. Tempoh masa untuk setiap sesi adalah satu jam. Senarai semak kelakuan telah dibangunkan untuk tujuan kajian. Ibu bapa, guru muzik dan pembantu penyelidikan menilai tingkah laku kanak-kanak sekali sebulan selama 10 bulan. Hasil kajian menunjukkan bahawa muzik dan terapi pergerakan mempunyai kesan yang positif terhadap tingkah laku kanak-kanak ini, terutamanya dalam membantu kanak-kanak autisme untuk meningkatkan tingkah laku terutamanya dalam masalah kegelisahan, resah, panas baran dan lalai.Autisme merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani (Greek) iaitu "autos" yang bermaksud sendiri. Oleh itu, kanak-kanak autisme akan menunjukkan gejala "hidup dalam dunianya sendiri". Kanak-kanak autisme akan mengalami ketidakupayaan dalam perkembangan mental sepanjang hidupnya yang disebabkan oleh otak yang kurang berfungsi. Autisme boleh berlaku serentak dengan kecacatan yang lain termasuk kecacatan mental. Autisme bukan sejenis penyakit yang berjangkit dan ia meliputi semua jenis kaum, bangsa dan etnik, tidak kira taraf dan status. Kebarangkalian bagi kanak-kanak lelaki dalam menghadapi autisme adalah empat kali lebih banyak daripada kanak-kanak perempuan. Autisme dapat dikesan pada peringkat awal ketika waktu perkembangan kanak-kanak. Ciri-ciri kanak-kanak autism yang jelas ialah mereka akan memencilkan diri dan mempunyai masalah pembinaan hubungan sosial dan emosi dengan orang lain. Menurut Centers for Disease Control Prevention (2007) di Amerika Syarikat, satu dalam setiap 150 kanak-kanak di Amerika Syarikat didiagnosis dengan autisme dan jumlah ini semakin menaik. Berdasarkan statistik daripada Kementerian Pendidikan Amerika Syarikat (United States Department of Education) dan agensi-agensi kerajaan yang lain, autisme berkembang pada kadar yang mengejutkan daripada 10-17 peratus setahun. Di Malaysia pula, tidak terdapat jumlah rasmi kanak-kanak autisme tetapi statistik menunjukkan bahawa pada tahun 2010, jumlah kanak-kanak yang berusia 0-14 di Malaysia adalah 9164470 (Jabatan Statistik Malaysia, 2010). Berdasarkan Kelaziman autism yang dikemukan oleh Amerika Syarikat, (seorang kanak-kanak autistik dalam setiap 150 kanak-kanak), adalah dianggarkan bahawa hari ini, seramai 61096 kanak-kanak di Malaysia dipercayai mempunyai penyakit berbentuk gangguan spektrum autisme.Dalam kajian ini, penkaji sangat menitikberatkan keperluan dan kebiasaan kanak-kanak autism. Kanak-kanak autism memerlukan rutin yang berstruktur, oleh itu protokol dalam setiap set muzik dan modu; terapi pergerakan adalah berstruktur agar kanak-kanak autistik akan tidak perlu berurusan dengan apa-apa perubahan yang biasanya menjerumuskan mereka. Bukan demikian sahaja, lagu-lagu, pergerakan tangan dan badan, rutin tarian dan penggunaan alat-alat muzik adalah khusus direka untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini. Saya sangat bersetuju dengan prosedur-prosedur yang dijalankan oleh penkaji kerana menitikberatkan keperluan sampel kajiannya. Maka, dengan ini terapi muzik dapat memainkan peranan sepenuhnya.Pada pendapat saya, peranan terapi muzik dalam membantu kanak-kanak mengatasi masalah penyakit autism adalah sangat penting. Hal ini demikian kerana kanak-kanak yang menderita daripada penyakit autism tidak tertarik untuk melibatkan diri dalam kegiatan sosial seperti orang normal. Oleh itu penggunaan terapi muzik membantu mereka belajar untuk mengekspresikan diri. Contohnya, kanak-kanak autism akan berasa riang semasa muzik dimainkan. Di samping itu, muzik juga dapat meningkatkan pertumbuhan otak kita dan ia merangsang pertumbuhan sel otak. Maka, dengan ini dapat membantu kanak-kanak mengatasi masalah fokus. Muzik juga mampu menenangkan emosi kanak-kanak autism. Emosi positif ini akan membantu kanak-kanak autism mengawal perasaannya. Hasil dapatan kajian ini juga menyokong kepada fakta yang terapi muzik membantu kanak-kanak autism menenangkan emosinya dimana hasil dapatan menunjukkan peningkatan skala dalam menangani masalah panas baran dan menjerit. Hal ini dibuktikan lagi apabila kajian yang dijalankan oleh Kim, Wigram, & Gold(2009) mendapati kanak-kana autism menunjukkan ekspresi emosi dan penglibatan sosial dalam sesi terapi muzik tetapi tidak dalam sesi permainan tanpa muzik. Selain itu, ahli terapi muzik juga dapat membantu kanak-kanak autism untuk meningkatkan interaksi sosial mereka dan meningkatkan kemahiran sosial. Hal ini demikian kerana kanak-kanak autism boleh berkongsi instrumen, membuat pergerakan bersama,, belajar untuk mendengar dan menyanyi bersama dalam terapi muzik. Tiga puluh peratus daripada kanak-kanak autisme mengahadapi masalah pertuturan lisan, dan ramai kanak-kanak yang berkeperluan khas mempunyai kesukaran mengikuti arahan lisan, dan tidak kesedaran sosial seperti memahami bahasa badan. Wan et. al. (2004) mendapati muzik untuk menghubungkan bunyi kepada pergerakan dengan menyambungkan bahagian auditori dan motor otak. Hal ini dapat membantu meningkatkan pemahaman mengenai arahan lisan. Dengan terapi muzik beserta pergerakan, dan dengan latihan yang berulang-ulang, laluan otak yang diperlukan untuk bercakap dapat diperkukuhkan dan diperbaiki. Maka, kemahiran sosial kanak-kanak autism dapat ditingkatkan. Satu kajian daripada Jurnal Terapi Muzik mendapati terapi muzik dapat meningkatkan tingkah laku sosial, meningkatkan tumpuan dan perhatian, meningkatkan percubaan komunikasi (vocalizations, verbalizations, gestures, and vocabulary), mengurangkan kebimbangan, dan meningkatkan kesedaran badan dan penyelarasan kanak-kanak autism. Banyak kajian tambahan telah mendapati bahawa kanak-kanak mahupun orang dewasa dengan gangguan spektrum autisme (ASD) memberi respon yang baik kepada muzik. Selalunya, individu dengan autisme bertindak balas secara positif terhadap muzik.Hasil daripada kajian ini juga mendapati lebih ramai kanak-kanak dalam Kumpulan1(umur 2-10 tahun) menunjukkan peningkatan dalam ketidakpatuhan dari segi tidak memberi perhatian, memencilkan diri, tegang bada dan tidak mengikuti arahan berbanding dengan peningkatan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam Kumpulan 2(umur 11-22). Maka, penemuan ini menekankan kepentingan penggunaan terapi muzik dan pergerakan sebagai strategi intervensi awal untuk membantu kanak-kanak autism dalam mengurangkan tingkah laku ketidakpatuhan mereka.Konkluksinya, terapi muzik dapat membantu kanak-kanak autism untuk mengubah tingkah laku mereka. Ini dibuktikan dengan kajian ini telah menunjukkan bahawa kanak-kanak dan orang dewasa muda autisme boleh mencapai peningkatan dalam tingkah laku sasaran selepas mengambil bahagian dalam terapi muzik dan pergerakan, dan dengan itu,saya percaya bahawa tingkah laku tersebut boleh diubah suai

Tugasan 2Dalam tugasan ini, saya telah memilih seorang kanak-kanak berkeperluan khas semasa saya menjalani amali di SK Taman Maluri. Saya telah memerhati dan membuat kajian tentang masalah yang dihadapinya. Kanak-kanak yang saya pilih mempunyai masalah autism dan juga masalah pembelajaran menulis. Berikut merupakan sedikit maklumat kanak-kanak yang saya pilih.Nama : Omar Bakari( nama samaran)Umur : 10 tahunJantina : LelakiMasalah yang dihadapi : Masalah pembelajaran (menulis dan mendengar arahan)Kaum : MelayuSekolah : Sk Taman Maluri Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikr, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi. The National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990 mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur

Namun demikian, kanak-kanak berkeperluan khas yang saya pilih iaitu Omar hanya mempunyai masalah pembelajaran yang ringan sahaja iaitu kesukaran menulis dengan kemas. Menerusi pemerhatian saya, Omar seorang murid yang petah bercakap dan bijak.Diaamat aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Omar juga mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi. Hal ini dapat dibuktikan apabila Omar dipilih menjadi pengawas di sekolahnya. Semasa dalam kelas, dia suka bertanya dan juga menjawab soalan. Pada pendapat saya, Omar dapat belajar seperti kanak-kanak normal sekiranya Omar diajar dengan kaedah untuk menulis dengan betul dan sesuai. Oleh hal yang demikian, saya telah menkaji beberapa kaedah yang sesuai untuk membantunya agar dapat menulis dengan kemas.Melalui pemerhatian saya, saya telah mendapati cara Omar memegang pensel adalah salah. . Menurut Amundson (2005) kebanyakan ahli terapi kerja menumpukan pada cara genggaman pensel oleh kanak-kanak dengan betul. Hal ini kerana pembetukan huruf dan tahap kejelasan tulisan tangan telah digunakan sebagai salah satu cara mengenalpasti murid yang bermasalah sama ada yang mengalami masalah akademik ataupun masalah berkaitan dengan intelektual. Sebenarnya, kecekapan menulis memerlukan penguasaan pelbagai kemahiran termasuk penglihatan, koordinasi tangan dan mata, lengan, tangan, ingatan, postur dan kawalan badan.Menurut Levin (1987) pula, cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju dan memasang manik. Kanak-kanak yang menghadapidyspraxiamotor halus menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor. Masalahdyspraxiamotor halus menyebabkan ketidaktentuan cengkaman pada alat tulis (Levine, 1987). Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketika memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan, dan bukan jari untuk menulis. Cengkaman yang terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang terlalu dekat dengan mata pensel juga akan menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak. Mengikut Levine (1987), semua ini adalah faktor yang menyumbang kepada pembentukan huruf yang kurang cantik. Genggaman pensel merupakan salah satu kemahiran yang melibatkan pergerakan motor halus.Untuk menbantu Omar menyelesaikan masalah ini, saya telah menjalankan satu cubaan untuk mengajarnya menulis agar dapat mencari kaedah yang terbaik untuk mengajar Omar menulis dengan kemas. Berikut merupakan maklumat mengenai proses pengajaran dan pembelajaran saya dengan Omar.

Tarikh24 Mac 2015

Masa8.30 pagi 9.00 pagi

TunjangKomunikasi

KomponenBahasa Melayu

TajukTulisan

Standard Kandungan6.1 Menulis huruf

Standard Pembelajaran6.1.2 Menulis huruf kecil a sampai z

ObjektifMurid dapat menulis huruf dengan cara yang betul dan kemas.

Kaedah PengajaranKaedah ansur maju

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, saya telah menggunakan standard kandungan tahun1 untuk mengajar Omar cara menulis yang betul biarpun Omar sudah belajar di tahun 4. Hal ini demikian kerana saya mendapati Omar masih tidak menulis huruf dengan cara yang betul dan juga tulisannya tidak kemas. Selain itu, saya juga menggunakan kaedah ansur maju untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran saya. Pada pendapat saya, kaedah ini sangat sesuai dalam konteks Omar ini. Hal ini demikian kerana kanak-kanak berkeperluan khas ini susah untuk mendapat dan menerima perkara baru. Proses pembelajaran mereka lebih lambat berbanding dengan kanak-kanak normal. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran perlulah secara ansur maju dan dari senang ke susah. Menurut Ahmad Durani Bin Suip (2010) dalam artikel yang bertajuk Memperbaiki Kekemasan Tulisan Murid Tahun 3 Melalui Kaedah Penulisan Berperingkat, hasil daripada tindakan yang dilakukan kedua-dua subjek kajian berjaya menghasilkan tulisan yang cantik selepas pelaksanaan kaedah penulisan berperingkat. Mereka juga menunjukkan peningkatan yang baik dari segi kekemasan tulisan. Bagi Anisah Binti Anuar @ Yong Hui Ming (2010) dalam artikel beliau yang bertajuk Membetulkan Tulisan Huruf k dan s Kecil Murid Tahun Tiga Menggunakan Lembaran Kerja Garisan Berkembar Tiga Dibantu Oleh Carta Huruf dan Kaedah Ansur Maju menyatakan bahawa kesemua empat orang peserta kajian beliau menunjukkan prestasi yang positif dalam kesemua sembilan lembaran kerja garisan berkembar tiga dibantu oleh carta huruf dan kaedah ansur maju membantu membetulkan tulisan huruf k dan s semasa menulis ayat dan perkataan Bahasa Melayu. Maka, terbuktilah bahawa kaedah ansur maju ini adalah sangat sesuai digunakan untuk mengajar kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran dalam kemahiran menulis.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya, saya telah membahagikannya kepada beberapa langkah pelaksanaannya. Langkah pertama, saya telah menunjukkan cara memegang pensel yang betul ketika menulis kepada Omar agar dia lebih faham dan senang untuk meniru cara saya memegang pensel dengan betul. Dalam konteks ini, saya telah menjadi role model kepada Omar agar Omar dapat meniru cara saya memegang pensil. Model peniruan Bandura menyatakan kanak-kanak sebenarnya belajar melalui peniruan dan secara tidak langsung saya telah menggunakan model peniruan Bandura ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya.Langkah kedua pula, saya melatih Omar menulis dengan kedudukan tangan dan buku latihan yang sesuai dan selesa. Saya menunjukkan kedudukan tangan dan kad latihan semasa menulis. Cara duduk adalah sangat penting semasa aktiviti penulisan. Saya menitiberatkan kedudukan badan semasa aktiviti menulis semasa mengajar Omar. Antara perkara yang harus dielak ialah jangan sandar tepi, tunduk dan meniarap atas meja. Kemudian, saya meminta Omar mencontohi tindakan yang telah ditunjukkan. Dia dikehendaki mempraktik sehingga menguasai kemahiran tersebut. Omar dapat menguasai kemahiran memegang pensil dan menulis dengan kedudukan tangan dan buku latihan yang sesuai dengan cepat.Langkah ketiga pula, saya menyuruh Omar untuk melakar ataupun menconteng di atas kad latihan. Saya tidak menghadkan tema ataupun tajuk untuk Omar melakar ataupun menconteng mahupun melukis di atas kad latihan. Hal ini demikian kerana kanak-kanak harus diberikan kebebasan untuk meluahkan perasaan dan ideanya. Tujuan saya menyuruh Omar melakar, menconteng ataupun melukis di atas kad latihan adalah untuk membiasakannya untuk memegang pensel dengan cara yang betul dan menulis dalam kedudukan yang betul. Dalam kajian yang dijalankan Instrumen Kemahiran Asas Pergerakan (CEKAP) menggunakan kaedah melakar sebagai salah satu cara untuk mengesan cara genggaman subjek yang diuji. Menurutnya, kaedah melakar sebagai salah satu cara untuk menguji keberkesanan cara genggaman subjek.Di samping itu, saya telah menyuruh Omar untuk menulis namanya di atas kad latihan secara bebas. Saya juga menyuruhnya menulis huruf a di atas kad latihan. Dalam langkah ini, saya telah menemui masalah dalam cara menulis Omar. Masalahnya ialah Omar menulis huruf kecil a dengan cara yang salah. Dalam konteks ini, saya telah memperbetulkannya dan akhirnya Omar berjaya menulis huruf a dengan cara yang betul. Namun demikian, saya telah membuat keputusan untuk hanya mengajar huruf a sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut kerana saya khuatir bahawa Omar tidak dapat menerima ilmu yang saya ajar sekiranya saya meneruskan mengajar huruf lain. Hal ini demikian kerana, tumpuan kanak-kanak berkeperluan khas adalah sangat pendek.Seterusnya saya telah menjalankan langkah kelima iaitu menulis dalam kad latihan tiga baris. Langkah ini bertujuan untuk membantu Omar menulis huruf mengikut saiz yang konsisten. Selain itu, saya juga mendapati bahawa Omar kekurangan sensasi ruang ketika menulis. Omar menulis kesemua huruf a dengan sangat dekat tanpa meninggalkan ruang di antara huruf-huruf. Dalam hal ini, saya telah mendapat satu idea untuk mengajar Omar menulis dengan meninggalkan ruang di antara huruf-huruf. Saya telah melukis garisan menegak di kad latihan tiga baris agar kad tersebut mempunyai kotak. Dengan ini, Omar menulis satu huruf di dalam satu kotak. Hal ini dapat membantu omar meningkatkan sensasi ruang ketika menulis. Akhir sekali, saya memberi kad latihan tiga baris yang lebih kecil kepada Omar dan menyuruhnya menulis huruf a di atas kad tersebut. Saya telah mendapati Omar dapat menulisnya dengan baik dan kemas biarpun terdapat sesetengah huruf yang terlebih panjang kaki huruf a dan juga sesetengah huruf terkeluar dari kotak. Namun demikian, ia merupakan kemajuan yang ketara. Hal ini dapat membuktikan bahawa kaedah yang saya gunakan ini telah mendatangkan hasil.

Daripada proses pengajaran dan pembelajaran ini, saya telah mendapat hasil dapatan yang sangat memberansangkan. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, objektif telah dapat dicapai. Omar telah menunjukkan kemajuan yang sangat ketara sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, saya telah mendapati bahawa kad latihan tiga garis yang berkotak dapat membantu Omar menulis dengan lebih kemas. Oleh hal yang demikian, Omar perlu terus berlatih menulis dengan menggunakan kaedah ini sehingga dia sudah dapat membiasakan diri dan kemudian barulah langkah seterusnya iaitu menulis di atas kad latihan tiga garis tanpa kotak dijalankan. Sepanjang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran ini, terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti. Antaranya ialah kekangan masa bagi melaksanakannya. Faktor kekangan masa merupakan cabaran utama yang perlu ditempuhi kerana aktiviti ini dijalankan di waktu kelas dimana saya minta kebenaran guru sebenar Omar agar membawa Omar ke bilik lain dan menjalankan pengajaran dan pembelajaran ini. Tambahan pula saya tidak mempunyai pengalaman langsung dalam bidang pendidikan yang menyebabkan saya agak kaku memulakan proses pengajaran dan pengajaran ini.Hasil daripada proses ini, saya mencadangkan untuk melanjutkan proses ini ke peringkat yang seterusnya. Hal ini kerana saya hanya menyuruh Omar menulis di atas garisan garis tiga bagi memperkenalkannya kepada teknik dan cara menulis huruf dengan betul. Proses ini perlu dilanjutkan dengan menulis huruf dengan teknik yang betul di atas garisan garis dua agar Omar dapat menulis seperti kanak-kanak yang normal.Konklusinya, kaedah ansur maju merupakan kaedah yang sangat sesuai untuk dilaksanakan bagi mengajar kanak-kanak berkeperluan khas menulis terutamanya kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang ringan.

RumusanKesimpulannya cabaran dan halatuju pengurusan pendidikan khas perlu seiring. Isu-isu yang dihadapi bukanlah satu halangan dalam mentadbir sesuatu program. Semua pihak perlu bekejasama dan berganding bahu supaya murid-murid pendidikan khas mendapat peluang dan hak yang sama dalam pendidikan. Kecekapan pengurusan sangat bergantung kepada kebijaksanaan mellaksanakan hal-hal yang berkaitan dengan komunikasi dua hala. Pihak-pihak yang terlibat secara langsung seharusnya diberi pendedahan yang sebaiknya mengenai pengurusan dan pentadbiran pendidikan khas. Dengan adanya kerjasama dan hubungan baik, maka kecemerlangan murid-murid pendidikan khas sudah pasti dapat ditingkatkan. Pendidkan Khas juga mempunyai murid yang mempunyai matlamat mencapai kehidupan bermakna dan berketrampilan dengan didikan golongan guru yang inovatif dan kreatif. Berikan ruang kepada mereka untuk menjadi rakyat yang berpendidikan selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

RefleksiDalam pelaksanaan kerja kursus ini, saya telah menganalisis jurnal Bahasa Inggeris yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Dalam proses saya menganalisis jurnal ini saya telah banyak mendapat maklumat berkaitan dengan penyakit autism dan juga terapi muzik. Saya mendapati bahawa banyak kajian telah dibuat atas hubungan langsung antara muzik teapi dan penyakit autism. Kajian menunjukkan terapi muzik banyak membantu dalam mengawal emosi kanak-kanak yang mempunyai penyakit autism dan ia dapat membantu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.Saya juga mendapat banyak mendapat pengetahuan tentang penyakit autism. Penyakit ini sebenarnya sangat berleluasa dan menurut ajian daripada Amerika Syarikat satu dalam setiap 150 kanak-kanak di Amerika Syarikat didiagnosis dengan autism. Maka, ternyatalah penyakit autism ini sebenarnya sudah sangat biasa naum ia masi kurang diberikan perhatian oleh ibu bapa dan juga masyarakat. Banyak masyarakat kita masih tidak peka terhadap isu ini dan mereka tidak mengetahui secara mendalam penyakit ini. Pada pendapat saya, kerajaan harus memainkan peranan yang penting dalam hal ini agar mewujudkan kepekaan masyarakat dalam hal ini dan lebih banyak kajian harus dilaksanakan untuk mendapat kaedah yang paling sesuai untuk mengajar kanak-kanak autism. Selain itu, saya juga telah memilih seorang kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai masalah pembelajaran menulis dan menjalankan kajian terhadapnya. Menerusi proses pelaksanaan kajian ini, saya banyak mendapat ilmu dan juga pengalaman secara langsung. Dalam kajian yang saya laksanakan, saya berjaya endapat hasil dapatan yang agak memuaskan iaitu kaedah ansur maju ataupun kaedah menulis berperingkat amat sesuai untuk mengajar kanak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran menulis. Sebelum saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan subjek saya, saya telah membuat pemerhatian selama beberapa hari ke atas subjek saya ini. Pada pendapat saya, proses pemerhatian ini sangat penting untuk kita merancang proses pengajaran dan pembelajaran kita. Hal ini demikian kerana kita perlu mengenali subjek dahulu barulah kita dapat mengenal pasti maslahnya dan seterusnya mencari jalan penyelesaian untuknya.Saya juga telah membuat perancangan yang rapi sebelum saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran saya. Melalui perancangan ini, saya banyak mendapat ilmu mengenai kurikulum pendidikan khas dan saya mendapat banyak idea untuk mengajar subjek saya melalui maklumat yang didapati dari internet dan buku-buku serta kajian-kajian lepas. Melalui proses perancangan, saya dapat meramal iklim pengajaran dan pembelajaran yang bakal dihadapi, seterusnya membuat persediaan langkah-langkah untuk menanganinya.Naun demikian, saya juga dapat mengenalpasti beberapa kelemahan yang ada pada saya. Pada permulaan proses pengajaran dan pembelajaran yang saya kendalikan, saya kaku untuk memulakannya. Hal ini demikian kerana, ia merupakan kali pertama saya mengajar seorang kanak-kanak berkeperluan khas. Namun demikian, ia merupakan pengalaman yang sanagat berharga kepada saya dan saya banyak mendapat ilmu melaluinya.Saya banyak mendapat pengalaman baharu menerusi pelaksanaan tugasan ini. Namun demikian, saya berpendapat bahawa kajian yang saya jalankan harus diteruskan. Hal ini demikian kerana, kaedah yang digunakan adalah mengajar cara menulis pada peringkat awal sahaja iaitu menulis di kd latihan tiga baris. Saya mencadangkan kajian diteruskan untuk mencari kaedah yang sesuai untuk membantu subjek mempelajari menulis di buku latihan dua baris dengan kemas. Hal ini mungkin memerlukan kerjasama daripada pihak sekolah dan juga guru-guru. Saya berpendapat bahawa, guru memainkan peranan yang amat penting dalam konteks ini kerana guru perlu menggunakan kaedah yang berbeza untuk mengajar setiap kanak-kanak berkeperluan khas. Hal ini demikian kerana setiap kanak-kanak dan masalah yang mereka hadapi adalah berbeza.Secara kesimpulannya, saya banyak mendapat manfaat dan pengalaman menerusi pelaksanaan kerja kursus ini. Segala ilmu yang didapati akan dicurahkan semula apabila saya menjadi seorang guru pada masa kelak. RujukanStout, K. L. (1998).How to teach handwriting.Dimuat turun daripada http://www.designastudy.com/teaching/tips-1198.html pada 22 Mac 2015.

Norhadi Bin Sarponen. (2009).Kemahiran asas menulis. Dimuat turundaripada http://cikguhaidi.wordpress.com/category/bahan-bantumengajar/html pada 24 Mac 2015.

Geretsegger M, Elefant C, Mssler KA,GOLDC. (2014). Music therapy for people with autism spectrum disorder.

Kaplan, R.S., & Steele, A.L. (2005). An analysis of music therapy program goals and outcomes for clients with diagnoses on the autism spectrum. Journal of Music Therapy. 42(1):2-19.

Gold, C. & Wigram, T. (2006). Music therapy for autistic spectrum disorder. Cochrane Database of Systematic Reviews. Issue 1

Reitman, M.R. (2005) Effectiveness of music therapy interventions on joint attention in children diagnosed with autism: a pilot study. Psy.D. 169 p.

Wigram, T. (2002). Indications in music therapy. British Journal of Music Therapy, 16(1):11-28.

Walworth, D.D. (2007). The use of music therapy within the SCERTS model for children with Autism Spectrum Disorder. Journal of Music Therapy. 44(1):2-22.See, C. M.The Use of Music and Movement Therapy to Modify Behaviour of Children with Autism.Pertanika J. Soc. Sci. & Hum., 20 (4): 1103 - 1116 (2012)Universiti Putra Malaysia (UPM). "Music therapy improves behavior in children with autism, study suggests." ScienceDaily. ScienceDaily, 19 February 2013. .Zharulnizam,S (2010),Kepimpinan dan pengurusan pendidikan khas.Kuala Lumpur: Utusan Publication

Lampiran

1