sejarah siap

Upload: shafarina-shahidan

Post on 14-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 sejarah siap

    1/5

    1

    Definisi Sejarah.

    Perkataan Sejarah (History) yang kita gunakan sekarang bersumber daripada

    perkataan Arab yaitu Syajaratun yang bererti Pohon. Dari sudut lain, istilah

    history merupakan terjemahan dari kata dalam bahasa Yunani yakni Histories yang

    bermakna suatu penyelidikan ataupun pengkajian.(Muhd. Yusof Ibrahim, 1986.)

    Menurut Bapak Sejarah Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk

    menceritakan suatu perputaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan

    peradaban.(R. Suntralingam, 1985)

    Menurut R. G. Collingwood, sejarah ialah sebuah bentuk penyelidikan tentang

    hal-hal yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau. Shefer juga

    berpendapat bahwa sejarah adalah peristiwa yang telah lalu dan benar-benar terjadi.

    Sementara itu, Drs. Sidi Gazalba (1966), cuba menggambarkan sejarah sebagai

    masa lalu manusia dan seputarnya yang disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi

    urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran dan penjelasan yang memberipengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku. Sebagai usaha susulan dalam

    memahami sejarah.

    Konsep Sejarah.

    Sejarah yang akan menjadi mata pelajaran teras dalam Kurikulum Standard

    Sekolah Rendah (KSSR) mulai 2014 akan menerapkan unsur kewarganegaraan,

    patriotisme dan perlembagaan bagi memastikan murid memahami serta menghayati

    sejarah negara secara mendalam. Matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satutransformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang

    holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan

    bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran,

    bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

    Antara kaedah pengajaran yang boleh diaplikasikan ialah kaedah bercerita.

    Kaedah ini merupakan kaedah yang paling mudah untuk menyampaikan maklumat

    selain dapat memperkembangkan bakat, minat dan kreativiti pelajar. Dengan

    menggunakan kaedah bercerita, guru dapat membina keyakinan pelajar,

    penglibatan, perhatian dan penumpuan ( Duke, 1973 ). Kaedah bercerita bolehdilakukan dengan pelbagai cara iaitu guru sebagai pencerita, pelajar sebagai

    pencerita, mendengar rakaman dari video atau kaset dan menceritakan cerita

    daripada sumber bertulis.

    Cerita yang bertema moral akan dapat menyemai nilai murni dalam

    pengajaran sejarah. Nilai yang tersemai dalam hati pelajar akan dapat membantu

    membentuk nilai hidup yang baik. Ini kerana pelajar akan belajar melalui peniruan

    watak yang baik yang ditonjolkan dalam cerita itu. Melalui cerita perjuangan tokoh

    dan pahlawan yang ada dalam cerita sejarah juga dapat menanamkan semangat

    juang dan kewarganegaraan di kalangan pelajar.

  • 7/30/2019 sejarah siap

    2/5

    2

    Kaedah pembelajaran lain yang boleh dilaksanakan ialah koleksi sejarah.

    Koleksi sejarah boleh dijadikan projek sejarah yang menarik. Ianya boleh

    menanamkan sikap positif pelajar terhadap bahan, sumber, warisan atau tinggalan

    sejarah. Terdapat pelbagai koleksi sejarah yang boleh dilakukan oleh pelajar seperti

    koleksi gambar, bahan penulisan, objek, artifak dan dokumen sejarah. Koleksi ini

    dapat menanam nilai penghargaan terhadap sejarah dan kebanggaan. Ianya juga

    dapat membantu pemahaman sejarah melalui bahan bahan tersebut. Koleksi ini

    boleh dikumpulkan dalam bentuk album, buku skrap, dibukukan dan sebagainya.

    Koleksi objek atau artifak boleh dilukis dalan buku dan dihuraikan penerangan

    secara bertulis. Ini boleh dijadikan suatu projek untuk pelajar dan boleh digunakan

    oleh guru sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Ianya boleh dipamerkan di

    dalam kelas seperti sudut sejarah. Pelajar akan lebih menghargai nilai tinggalan

    sejarah apabila melihat dan mengetahui akan asal usul sesuatu bahan yang

    diperoleh.

    Selain itu, guru juga boleh menjalankan kuiz sejarah di dalam kelas. Ini

    membantu murid mengingati fakta sejarah yang telah dipelajari dengan cara yang

    lebih menyeronokkan. Guru juga boleh mengajak pelajar-pelajar menyertai pelbagai

    seperti ucapan,pidato,bahas dan sebagainya.Pada bulan kemerdekaan,guru boleh

    mengajak pelajar menyertai sambutan hari kemerdekaan.Antara acara yang boleh

    dijalankan termasuk nyanyian lagu patriotik,tayangan filem berkaitan semangat

    patriotik dan sebagainya.Jelaslah,pihak sekolah turut sama berperanan untukmenyemai semangat patriotisme dalam kalangan pelajar sepanjang tahun mereka

    berada di sekolah.

    Media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk

    menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan

    masyarakat.Dengan perkataan lain,televisyen dan radio hendaklah menyiarkan

    rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti

    menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara.Selain itu,media

    elektronik itu juga hendaklah menyiarkan filem seperti "Bukit Kepong","Paloh"dan

    drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.Jelaslah bahawamedia massa juga seharusnya memainkan peranan dalam menyemai semangat

    patriotisme dalam kalangan masyarakat di negara kita. Stesen televisyen juga perlu

    mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh

    akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang

    memperjuangkan semangat kemerdekaan suatu masa dahulu.Aktiviti tersebut bukan

    sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan

    antara kaum di kalangan murid.

    Kaedah perbincangan merupakan suatu kaedah dan teknik p & p yang

    melibatkan perbualan antara pelajar dengan guru dalam bilik darjah. Mak Soon Seng

  • 7/30/2019 sejarah siap

    3/5

    3

    (1993) Pelajar bebas mengeluarkan dan mengulas pendapat mengenai sesuatu

    tajuk. Ianya bertujuan untuk melatih pelajar melahirkan buah fikiran yang bernas

    dalam jangka waktu yang ditetapkan dan melibatkan semua pelajar dalam

    kelas.Biasanya diketuai oleh guru atau boleh juga dilakukan dalam kumpulan kecil.

    Jenis-jenis Perbincangan ialah seperti perbahasan, seminar, forum, kumpulanBelajar dan Sesi Buzz.

    Kaedah syarahan ialah suatu kaedah pengajaran yang bersifat tradisional

    dan guru menyampaikan pelajarannya secara autokrasi. Kaedah pengajaran ini

    berpusat kepada guru dan pelajar bertindak sebagai pendengar sahaja. Syarahan

    sering kali dikait dengan penerangan. Menurut Thyne (1963) : syarahan merupakan

    seuatu proses yang dapat memberi penerangan kepada orang lain . Kaedah ini

    kerap kali dinamakan Kaedah Syarahan Penerangan. Menurut George Brown (1978)

    pula : penerangan merupakan nadi dalam proses pembelajaran manakala menurut

    Abdul Rahim Rashid (1989) : untuk menarik perhatian dan memberi kefahaman

    kepada pelajar, kaedah syarahan, penerangan yang digunakan mestilah

    dilaksanakan secara sistematik dan penerangan dilakukan dengan rapi.

    Kaedah Dapatan pula ialah kaedah penyelidikan/heuristic (Greek : eureka

    sudah dapat diketahui). Ianya menekankan proses belajar dengan menggunakan

    cara penyelidikan secara pensendirian berasaskan pemerhatian, kaji uji dan ujian,

    melibatkan aktiviti mengenalpasti, memerhati , mengkaji, mengumpul data,

    menganalisis, membuat pemerhatian dan melakukan rumusan Jenis Kaedah

    Dapatan ialah Kaedah Dapatan Berstruktur di mana guru menyediakan suatu siriaktivit yang berkesinambungan, pelajar diberi panduan dan bimbingan untuk

    menjalankan penyelidikan dan pelajar membuat kesimpulan hasil dari penyelidikan

    Kaedah penerangan adalah biasa bagi menerangkan idea-idea, faktor-faktor

    dan peristiwa penting.Ianya disertai dengan alat bantu mengajar yang lain seperti

    papan putih, ohp dan untuk menjelaskan keadaan sesuatu masalah.Jenis

    Penerangan ialah Interpretatif yang memberi fokus dan penekanan dari segi

    maksud, pernyataan atau isu-isu, Deskriptif pula menjelaskan proses-proses struktur

    atau prosedur-prosedur. Sebab Musabab pula melibatkan prinsip-

    prinsip/generalisasi, motif atau nilai-nilai dan penerangan yang melibatkan sebabmusabab. Contohnya ialah Mengapakan Tun Perak begitu terkenal pada zaman

    keagungan kerajaan Melayu Melaka?

    Kaedah simulasi ialah mewujudkan satu situasi untuk menyerupai keadaan

    sebenar dan ianya melibatkan pelajar-pelajar melakonkan sesuatu perkara (secara

    berpura-pura) dalam suatu suasana yang terancang.Jenis-jenis Simulasi ialah

    Lakonan /Drama sama ada berskrip atau tanpa Skrip,Sosio drama iaitu pelajar cuba

    menyelesaikan sesebuah masalah sosial dan pelakon diberi peranan watak sejarah

    dan suatu masalah atau isu dalam sejarah.Perbahasan pula ialah pemidatomemegang peranan sebagai seorang tokoh sejarah atau sebagai seorang tokoh

  • 7/30/2019 sejarah siap

    4/5

    4

    sejarah yang membahaskan sesuatu isu sejarah.Syarahan kecil (lecturette)

    dilakukan oleh seorang pelajar kepada rakan-rakan sekelas dan mereka memberi

    markah.Permainan pula ialah terancang dan berstruktur seperti board games dan

    teka silang kata.Kelebihan kaedah ini ialah dapat memperkembangkan kemahiran

    pendidikan imaginasi , pertimbangan , sintesis dan perhubungan secara lisan,memberi kesan yang kuat kepada daya ingatan pelajar, menjamin perkembangan

    pengetahuan sejarah kerana ia menitikberatkan aspek afektif, menolong mengatasi

    masalah pelajar yang berbeza kebolehan dan menimbulkan tahap keinginan yang

    tinggi untuk belajar.

    Kaedah kaji Gambar ialah kaedah P&P yang menggunakan gambar. Pelajar

    lebih memahami sesuatu peristiwa dengan lebih bermakna. Contohnya gambar

    gambar dalam buku teks , buku-buku sejarah , fotografi , poskad ilan , poster dan

    kartun.

    Kaedah Tunjukcara atau Demonstrasi ialah proses P&P dimana seseorang

    guru berbuat sesuatu dengan kehadiran pelajar untuk menyaksikannya.Ianya

    melibatkan aktiviti penerangan dengan guru menunjukkan cara membuat sesuatu,

    melibatkan juga aktiviti pendengaran , penglihatan dan percubaan pelajar, dapat

    memusatkan perhatian pelajar kepada langkah-langkah dan peraturan yang terlibat

    dalam sesuatu proses dan menggunakan alat pandang dengar.Kelebihannya ialah

    pelajar dapat melihat dan mendengar, idea dan prinsip dapat diilustrasikan,

    mengekalkan perhatian dan ingatan dan pelajar dapat menjayakan demonstrasi dan

    membentuk kemahiran dan sikap

    Kaedah Lakonan ialah satu lagi cara mempertingkatkan kesedaran pelajar

    tentang sesuatu peristiwa.Ianya memerlukan ketokohan guru dan pelajar.Walaupun

    persediaan memakan masa yang lama tetapi boleh mengembangkan imaginasi dan

    daya cipta pelajar. Ianya mengalakkan hubungan sesama mereka, dapat

    menghidupkan peristiwa lampau agar pelajar dapat merasakan seolah-olah mereka

    sendiri sedang mengalaminya.Imaginasi yang dibuat mestilah sedekat mungkin

    dengan alam nyata (tidak mematikan kejadian sebenar.) ianya boleh melibatkan

    pelajar secara aktif dalam pembelajaran sejarah dan guru membuat rumusan

    selepas lakonan.

    Kaedah Projek berdasarkan buku ialah penyelidikan / kajian yang terperinci

    tentang sesuatu tajuk. Ianya dilakukan secara individu / berkumpulan sama ada di

    dalam atau di luar kelas. Pelajar bebas memilih tajuk dan pendekatan.Pelajar juga

    bebas memilih cara mempersembahkan hasil penyelidikan dalam pelbagai bentuk

    seperti Risalah Buku Skrap, Model Kerta Kerja, Ilustrasi ICT. Tujuannya adalah

    meluaskan pengetahuan dan memberi pengalaman kepada pelajar menyelidik ,

    menganalisis serta membuat sintesis, menggalak dan membina pemikiran , daya

    kreatif serta memupuk semangat berkerjasama di kalangan pelajar, memberi

    peluang dan melatih pelajar merancang dan mengelola sesuatu aktiviti pembelajaran

  • 7/30/2019 sejarah siap

    5/5

    5

    secara individu atau berkumpulan dan mengukuh dan menghubungkaitkan

    pengetahuan mata pelajaran sejarah dengan mata pelajaran lain memerlukan

    kemahiran dalam pelbagai bidang.

    Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah di sekolahnegara penting untuk melahirkan generasi muda yang tidak buta sejarah, yang tidak

    mempersoalkan fakta sejarah negara atau generasi yang menghafal fakta sejarah

    sematamata untuk lulus peperiksaan peringkat sekolah tetapi gagal menghayati,

    mengambil pengajaran dan teladan apa yang tersirat daripada peristiwa yang

    berlaku..