rph kestabilan

9
MODUL PdP TAHUN 5 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TOPIK Teknologi dan kehidupan Lestari / Kestabilan TAHUN 5 Dahlia (35 orang murid) MASA 2 jam STANDARD PEMBELAJARAN 12.1.1 12.1.4 12.1.5 OBJEKTIF PEMBELAJARAN Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Mengenal pasti struktur yang stabil dan kukuh. 2. Membina satu binaan yang mudah, stabil dan kukuh. 3. Memerihalkan kepentingan binaan yang stabil dan kukuh. KPS Memerhati , Membuat inferens Berkomunikasi AKTIVITI Persediaan 10 minit Perkembangan 25minit AKTIVITI 1 1. Murid diminta membuat pemerhatian apabila guru menayangkan beberapa slaid (slaid1 dan 2). 2. Guru bersoal jawab dengan murid: a) Apakah yang dapat kamu perhatikan pada slaid 1? b) Adakah kamu pernah alami? c) Siapakah ingin berkongsi pengalaman ini? (Jika tiada, jalan aktiviti meletakkan beberapa butir batu ke atas speaker beralaskan dengan kain. Tinggikan volum bunyinya. ) AKTIVITI 2 1. Murid diminta fokus kepada bahan runtuhan dan bentuk binaan di slaid 2 dan 3. a) Apakah inferens kamu tentang slaid 2 ini? (Terima semua jawapan murid dan bimbing jawapan ke arah bahan-bahan runtuhan binaan tersebut) b) Apakah inferens kamu tentang bentuk di slaid 3? (struktur reka bentuk yang stabil dan tidak stabil) c) Mengapa kamu katakan demikian? d) Apakah yang menpengaruhi kestabilan dan kekuatan struktur binaan tersebut. Aktiviti 3. 1. Murid dibekalkan dengan bahan-bahan , seperti blok bentuk asas, surat khabar, straw minuman, plastik, getah bulat, gunting, pin dan lidi.

Upload: begsaya

Post on 28-Sep-2015

49 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

CONTOH RPH

TRANSCRIPT

  • MODUL PdP TAHUN 5 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

    TOPIK Teknologi dan kehidupan Lestari / Kestabilan

    TAHUN 5 Dahlia (35 orang murid)

    MASA 2 jam

    STANDARD PEMBELAJARAN

    12.1.1 12.1.4 12.1.5

    OBJEKTIF PEMBELAJARAN

    Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Mengenal pasti struktur yang stabil dan kukuh. 2. Membina satu binaan yang mudah, stabil dan kukuh. 3. Memerihalkan kepentingan binaan yang stabil dan kukuh.

    KPS Memerhati , Membuat inferens Berkomunikasi

    AKTIVITI Persediaan 10 minit Perkembangan 25minit

    AKTIVITI 1 1. Murid diminta membuat pemerhatian apabila guru

    menayangkan beberapa slaid (slaid1 dan 2).

    2. Guru bersoal jawab dengan murid: a) Apakah yang dapat kamu perhatikan pada slaid 1?

    b) Adakah kamu pernah alami?

    c) Siapakah ingin berkongsi pengalaman ini?

    (Jika tiada, jalan aktiviti meletakkan beberapa butir batu ke atas

    speaker beralaskan dengan kain. Tinggikan volum bunyinya.)

    AKTIVITI 2

    1. Murid diminta fokus kepada bahan runtuhan dan bentuk binaan di slaid 2 dan 3.

    a) Apakah inferens kamu tentang slaid 2 ini?

    (Terima semua jawapan murid dan bimbing jawapan ke

    arah bahan-bahan runtuhan binaan tersebut)

    b) Apakah inferens kamu tentang bentuk di slaid 3?

    (struktur reka bentuk yang stabil dan tidak stabil)

    c) Mengapa kamu katakan demikian?

    d) Apakah yang menpengaruhi kestabilan dan kekuatan

    struktur binaan tersebut.

    Aktiviti 3. 1. Murid dibekalkan dengan bahan-bahan , seperti blok bentuk asas, surat khabar, straw minuman, plastik, getah bulat, gunting, pin dan lidi.

  • MODUL PdP TAHUN 5

    Imaginasi 10 minit Tindakan

    2. Murid dikehendaki membina binaan jejantas seperti slaid 2.

    3. Setiap murid diberi masa 15 minit sahaja untuk membina model tersebut. 4. Murid dan guru berbincang berdasarkan soalan berikut: (Lihat Lembaran kerja 1)

    a. Adakah mudah untuk kamu membina binaan tersebut?

    b. Adakah yang kamu bina itu serupa dengan binaan dalam

    slaid 2?

    c. Apakah kesukaran yang di alami?

    d. Apakah cadangan kamu supaya binaan itu stabil?

    e. Adakah cadangan lain supaya binaan itu lebih kukuh?

    f. Adakah semua yang dicadangkan itu benar?

    5. Murid dibimbing oleh guru menggunakan Lembaran kerja 1

    untuk membina satu hipotesis.

    6. Guru menjelaskan murid-murid perlu membuktikan faktor yang

    dinyatakan ialah faktor kestabilan dan kekuatan binaan.

    7. Murid dikehendaki menjalankan satu penyiasatan bagi membukti

    hipotesis yang dibina?

    (menggunakan sesi yang lain yang menjalankan penyiasatan)

    8. Murid diminta melengkapkan lembaran kerja untuk persediaan

    penyiastan di sesi kedua.

    EMK Kreativiti, keushawanan, TMK

    BAHAN BANTU MENGAJAR

    Gambar slaid , blok bentuk-bentuk asas , surat khabar , lidi, straw minuman, gunting, gelung getah, plastik dan pin

    PENILAIAN P&P Melengkapkan lembaran kerja.

  • MODUL PdP TAHUN 5

    SLAID 1

  • MODUL PdP TAHUN 5

    SLAID 2

  • MODUL PdP TAHUN 5

    SLAID 3

    STRUKTUR A

    STRUKTUR B

    STRUKTUR C

  • MODUL PdP TAHUN 5

    SLAID 4

    STRUKTUR D

    STRUKTUR E

    STRUKTUR G

  • MODUL PdP TAHUN 5

    SLAID 5

    STRUKTUR H

    STRUKTUR I

    STRUKTUR J

  • MODUL PdP TAHUN 5

    BENTUK-BENTUK ASAS

  • MODUL PdP TAHUN 5

    a. Adakah mudah untuk kamu membina binaan tersebut?

    b. Adakah yang kamu bina itu serupa dengan binaan dalam slaid 2?

    c. Apakah kesukaran yang di alami?

    d. Apakah cadangan kamu supaya binaan itu stabil?

    e. Adakah cadangan lain supaya binaan itu lebih kukuh?

    f. Adakah semua yang dicadangkan itu benar?