modul 94/02-kpm putrajaya

Download Modul 94/02-KPM Putrajaya

Post on 02-Oct-2015

155 views

Category:

Documents

32 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

940

TRANSCRIPT

MODUL SEJARAH 940/2SEJARAH ISLAM (500 1918)TAJUK 1 : Masyarakat, Pemerintahan, Pertahanan dan Perhubungan Luar

Unit 1.1 : Masyarakat Jahiliyah

Hasil Pembelajaran : Menjelaskan konsep dan struktur masyarakat jahiliah. Masa / Kawasan Kajian : Semenanjung Tanah Arab abad ke-6M (501 -599Masihi).

Waktu pengajaran : 2 waktu

BilKandunganKeterangan

1.a. Konsep jahiliyah (1 waktu)

b. Struktur masyarakat jahiliah (1 waktu) Definisi jahiliah dari segi bahasa dan istilah. Menurut Al Quran / pandangan tokoh sejarawan.

Ciri-ciri masyarakat jahiliyah dari segi : a. Politik - Darul Nadwah, 15 Majlis, al-Mala dan Hilf al-Fudul b. Sosial - sistem kabilah, assabiyah, kedudukan wanita, hamba, dan akhlak.c. Ekonomi- perdagangan, perniagaan,pertanian, penternakan, merompak, pertukangan, chain of supplyd. Kepercayaan dan agama - kepercayaan beragama (penyembahan berhala/ Wathani, Majusi, Nasrani, Yahudi dan Hanif) dan kepercayaan animisme dan penyembahan unsur alam.e. Ilmu pengetahuan dan intelektualf. Kesusasteraan - karya ilmiah (al-Muallaqat), sajak, syair dan khutbah.g. Sifat-sifat positif - semangat kejiranan, hormat tetamu dan tuan rumah, tepati janji, pemurah dan setia kepada kaum.

Pembahagian masyarakat :a. Masyarakat badwi lokasi, politik, ekonomi, sosial dan agamab. Masyarakat hadhari lokasi, politik, ekonomi, sosial dan agama

Masyarakat Makkah sebelum Islam kaum Quraisy di Makkah Masyarakat Madinah sebelum Islam kaum Aus, Khazraj dan Yahudi (bani Qainuqa, bani Nadir dan bani Quraizah)

Sistem kabilah :a. Unit asas kabilah ailah, hayy, bani dan kabilahb. Semangat assabiyahc. Syeikh kabilah kelayakan dan peranand. Darun Nadwah keanggotaan dan fungsi

Kelas masyarakat hadhari kedudukan dan peranan :a. Bangsawanb. Agamawan ahli kitab/pendetac. Masyarakat biasa peniaga, pedagang dan petukangd. Golongan wanitae. Golongan hamba

Kelas masyarakat badwi kedudukan dan peranan :a. Ketua kabilah syeikh kabilahb. Pengikut / ahli puak penternak, petani dan pemburuc. Wanitad. Hamba

2.Cadangan BBM Peta Semenanjung Tanah Arab Gambar Kota Makkah dan Madinah Video dan filem animasi Power Point

3.Cadangan aktiviti Kuliah Tutorial Sumbang saran Kuiz Kajian gambar Kaedah kajian buku teks Kajian peta

4.Sumber rujukan Buku rujukan :a. Kesalahan-kesalahan terhadap fakta-fakta sejarah yang perlu diperbetulkan : Ibrahim Ali Sya`wat terjemahan Dr. Basri bin Ibrahim.b. Sejarah Islam, Mahayudin Haji Yahya, Fajar Bakti.c. Sejarah Islam, Mohd Zaki Ahmad, Oxford Fajar.d. Sejarah Islam, Mahdi Shuid, Pelangi.e. Sejarah STPM (Sejarah Islam) Teks Prau Longman Pearsonf. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden- Lois A.Aroin (Penterjemah: Mohamad Redzuan Othman)g. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam, Abdul Rauh Yaacob, DBP, Kuala Lumpur.

Internet / blogspot :a. Semekar Cintakub. Sukosenseic. Youtube

5.Cadangan latihan pengukuhan dan pemulihan Contoh soalan esei :a. Bincangkan konsep masyarakat jahiliyah di Semenanjung Tanah Arab pada abad ke- 6M.b. Bandingkan budaya kehidupan masyarakat Arab Badwi dan Hadhari di Semenanjung Tanah Arab pada abad ke 6M.c. Masyarakat Arab jahiliah adalah masyarakat yang tidak bertamadun. Bincangkan pernyataan tersebut.d. Bincangkan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliyah sebelum kedatangan Islam.e. Sejauh manakah agama wathani merupakan agama utama masyarakat Arab jahiliah.

Contoh soalan struktur :a. Jelaskan konsep masyarakat jahiliah menurut pandangan Ibn Khaldun.__________________________________________________________________________________________________

b. Bincangkan ciri-ciri masyarakat jahiliah dari segi :i. Sosial________________________________________________________________________________________________

ii. Ekonomi________________________________________________ ________________________________________________

Unit 1.2 : Masyarakat Islam

Hasil Pembelajaran : Menjelaskan konsep ummah dan perkembangan masyarakat Islam.

Masa / Kawasan Kajian : Nabi Muhammad SAW dan Khalifah al-Rasyidin di Semenanjung Tanah Arab abad ke 6 7M (501 -699Masihi)

Waktu pengajaran : 4 waktu

Bil.KandunganKeterangan

1.a. Konsep ummah (2 waktu)

b. Perkembangan masyarakat Islam ( 2 waktu) Definisi ummah dari segi bahasa dan istilah. Peringkat awal, konsep ummah merangkumi semua masyarakat Islam dan bukan Islam di Madinah sebelum penyingkiran Yahudi. Selepas penyingkiran Yahudi akibat tidak mematuhi Sahifah Madinah, konsep ummah hanya untuk merujuk kepada umat Islam sahaja. Usaha-usaha Nabi Muhammad SAW membentuk ummah di Madinah :a. Penyatuan suku Arab Aus dan Khazraj menjadi Ansarb. Penyatuan golongan Ansar dan Muhajirin ukhuwwah Islamiahc. Penyatuan umat Islam dengan bukan Islam melalui konsep ummahd. Penggubalan Piagam Madinah dan penubuhan negara Islame. Melaksanakan keadilan sosial termasuk kebebasan beragama, jaminan keselamatan dan kebebasan ekonomi.f. Penyingkiran golongan Yahudi : bani Qainuqa, bani Nadir dan bani Quraizahg. Memperkasa ekonomi Islam perniagaan, pertanian dan sebagainyah. Pembentukan pasukan tentera i. Dasar berhati-hati terhadap golongan munafik

Golongan masyarakat Islam zaman Nabi Muhammad SAW:a. Muhajirinb. Ansar Peranan golongan Muhajirin dan Ansar dalam perkembangan Islam.

Golongan masyarakat Islam zaman Khulafa al-Rasyidin:a. Umat Islam Arab : Muhajirin dan Ansarb. Golongan al-Ayyamc. Golongan al-Qurrad. Golongan Syiahe. Golongan Khawarijf. Golongan umat Islam bukan Arab Mawali (penduduk Syam, Iraq dan Mesir) g. Golongan al-Riddah : nabi palsu, murtad dan enggan bayar zakat

2.Cadangan BBM Peta Semenanjung Tanah Arab Video dan filem animasi Power Point

3.Cadangan aktiviti Kuliah Tutorial Sumbang saran / pembelajaran koperatif Kuiz Kajian Peta Inkuiri

4.Sumber rujukan Buku rujukan :a. Kesalahan-kesalahan terhadap fakta fakta sejarah yang perlu diperbetulkan : Ibrahim Ali Sya`wat terjemahan Dr Basri bin Ibrahim.b. Sejarah Islam, Mahayudin Haji Yahya, Fajar Bakti.c. Sejarah Islam, Mohd Zaki Ahmad, Oxford Fajard. Sejarah Islam, Mahdi Shuid, Pelangi.e. Sejarah STPM(Sejarah Islam) Teks Prau Longman Pearsonf. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam, Abdul Rauh Yaacob, DBP, Kuala Lumpur.

Internet / blogspot :a. Semekar Cintakub. Sukosenseic. Youtube

Cadangan latihan pengukuhan dan pemulihan Contoh soalan esei :a. Bincangkan konsep ummah di Madinah pada abad ke- 6M.b. Bincangkan usaha-usaha yang dilakukan Nabi Muhammad SAW bagi menyatukan masyarakat di Madinah.c. Bincangkan peranan golongan Ansar dan Muhajirin pada zaman Khalifah al-Rasyidin.

Contoh soalan struktur :a. Jelaskan konsep ummah.________________________________________________________________________________________________

b. Nilaikan peranan golongan Ansar di Madinah dari segi :i. Sosial______________________________________________________________________________________________

ii. Ekonomi________________________________________________________________________________________________

Unit 1.3 : Sistem Pemerintahan

Hasil Pembelajaran : Menghuraikan kandungan dan peranan Piagam Madinah serta struktur pemerintahan di Madinah

Masa /Kawasan Kajian : Nabi Muhammad SAW abad ke-7M (601 - 699Masihi)

Waktu pengajaran : 3 waktu

Bil.KandunganKeterangan

1.a. Kandungan Piagam Madinah(1 waktu)

b. Peranan Piagam Madinah (1 waktu)

c. Struktur Pemerintahan di Madinah (1 waktu) Piagam Madinah/Mithaq al-Madinah/al-Sahifah - merujuk kepada perlembagaan bertulis berkenaan hak dan tanggungjawab pemerintah dan orang yang diperintah. Al-Quran sebagai rujukan utama. Prinsip-prinsip dalam pemerintahan Islam seperti syura, keadilan dan persamaan taraf dan hak terkandung dalam Piagam Madinah. Pembahagian Piagam Madinah :a. Bahagian pertama mengandungi 23 fasal menyentuh tentang hubungan sesama umat Islam dan tanggungjawab sesama mereka.b. Bahagian kedua mengandungi 24 fasal melibatkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah Tiga golongan utama yang terlibat dengan Piagam Madinah iaitu Muhajirin, Ansar dan Yahudi.

Kandungan Piagam Madinah : fasal 1 hingga fasal 47. Kandungan utama Piagam Madinah :a. Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin masyarakat dan ketua negara - membolehkan baginda menentukan hala tuju kerajaan dan rakyat. Masalah hubungan antara Islam dan bukan Islam dirujuk kepada baginda untuk penyelesaian. Ketua-ketua kaum pula mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah dalam suku masing-masing.b. Semua penduduk sebagai satu ummah.c. Semua penduduk bersatu, bekerjasama dan bertanggungjawab mempertahankan negara daripada sebarang ancaman, menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman.d. Sumber piagam berasaskan wahyu (Quran) dan tradisi-tradisi Arab yang tidak bertentangan dengan Islam.e. Semua penduduk mempunyai kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing.f. Jaminan keselamatan kepada semua penduduk selagi mereka mematuhi piagam.

Peranan utama Piagam Madinah :a. Menyatukan penduduk Madinah yang berbilang kaumb. Undang-undang tertinggi Madinah selepas al-Quran bagi menyelesaikan segala permasalahan penduduk.c. Menggariskan dasar-dasar umum pemerintahan negara dan pentadbiran masyarakatd. Pengisytiharan bahawa Madinah adalah sebuah negara yang berdaulat dan