literatur kajian.docx

Upload: kalam-kulai

Post on 14-Apr-2018

425 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    1/63

    Pelbagai etnisiti, pelbagai budaya, satu bangsa:

    Pengalaman Malaysia

    Abstrak

    Di AMBANG merdeka ke-48 ini amat sesuai kiranya kita berfikir sejenak tentang

    proses pembudayaan dan hubungannya dengan jati diri. Pembudayaan dan jati diri adalah

    dua istilah yang sering dilaung-laungkan, tetapi erti dan kesannya kepada kehidupan

    mungkin belum sejauhmana dapat dihalusi atau difahami ke arah bersedia mendaulatkan

    negara bangsa.

    Budaya biasanya dimengertikan sebagai cara hidup yang diterima oleh sesuatu

    masyarakat yang di dalamnya terkandung intipati pemikiran dan amalan baik dan murni. Jati

    diri ialah unsur-unsur kehidupan yang mencerminkan lahiriah individu atau masyarakat.

    Dalam pengertian sahihnya, jati diri ialah identiti individu, masyarakat dan negara bangsa

    yang punya sifat-sifat keutuhan yang dibanggakan.

    Dalam konteks inilah, misalnya, kesungguhan kaum Tionghua berniaga melahirkan

    generasi orang Cina yang cekal dan berjaya dalam dunia dagangan. Kebolehan berniaga

    pada kaum Cina adalah salah satu sifat jati diri mereka. Dalam pengertian ini juga kita

    melihat budaya memperoleh ilmu dari Barat begitu diutamakan sehingga kita rela

    mempromosikan pelbagai kaedah dan pendekatan termasuk mewajibkan bahasa Inggeris

    sebagai bahasa pembelajaran atau bahasa ilmu.

    Kini Amerika Syarikat dan Eropah mampu mengeskport dan mendagangkan ilmu

    yang mereka peroleh mengikut percaturan dan formula mereka. Institusi pengajian tinggi

    mereka menjadi tumpuan pelajar-pelajar dari negara ketiga. Dengan ilmu yang kita peroleh

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    2/63

    pula, kita menjana masyarakat kita. Malangnya, salah satu daripada eksport mereka, iaitu

    jati diri melalui amalan integriti agak perlahan muncul dan merebak ke dunia sebelah sini.

    Ada pendapat yang mengatakan bahawa institusi pengajian Barat bukan hanya

    mengeksport ilmu pengetahuan moden tetapi juga cara hidup mereka yang dijalin melalui

    muzik, filem, penerbitan dan media lain.

    Justeru Amerika dan Eropah akan sentiasa mengeksport dua komoditi utama - ilmu

    pengetahuan dan budaya mereka. Dan yang ketiga ialah pemikiran mereka. Menerusi

    cabang-cabang inilah kita di dunia sebelah sini harus berhati-hati dan bijaksana dalam

    proses memilih yang mana wajar ditelan dan yang mana harus diluahkan agar jati diri kita

    tetap utuh. Ini mudah diperkatakan tetapi amat sukar diamalkan.

    Bagaimanakah kita harus membudayakan kembali informasi dan ilmu yang kita

    peroleh dari punca-punca luaran itu? Proses ubah suai dalam pembudayaan informasi dan

    ilmu pengetahuan itu amat menjadi pokok kepada tamadun kita di zaman mendatang.

    Sesungguhnya pembudayaan informasi dan ilmu pengetahuan harus dicanai dengan efisien

    dan berkesan. Jika tidak, jati diri negara bangsa akan berkecai. Mereka ada American Idol,

    kita pun lekas-Iekas membuat acuan menirunya. Apa yang mereka luahkan melalui Fear

    Factor, kita pun nanti menelannya bulat-bulat, sekalipun membaham ulat, jengking dan kala

    bukan budaya kita.

    Biasanya pembudayaan atau proses menjadikan sesuatu itu sebagai cara dan gaya

    hidup adalalah berpunca daripada situasi di mana barangan atau benda dari luar itu menarik

    dan berguna kepada individu atau masyarakat. Di atas tarikan dan kebergunaan inilah kita

    membuat penilaian dan akhirnya meniru hak orang, lalu melakukan apa yang orang luaran

    itu amalkan.

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    3/63

    Kemanusiaan sejagat sebenarnya tidak salah dalam mengejar ilmu tetapi bagaimana

    ilmu atau informasi itu harus dicanai semula supaya mewujudkan jati diri negara bangsa, ia

    adalah sesuatu yang tidak semua berjaya melaksanakannya. Jika proses 'meniru' ini

    beroperasi secara mendadak dan melibatkan sebahagian besar lapisan masyarakat,

    terutama lapisan muda, maka ia layak dipanggil cultural accultration atau akultrasi budaya.

    Perubahan budaya yang paling mudah berlaku ialah melalui naluri pandang-dengar.

    Naluri rasa, bau dan sentuh juga penting tetapi ia agak mengekori amalan manusia yang

    tampak dan didengar. Dalam konteks ini, alam hiburan - filem dan muzik, misalnya, menjadi

    punca pengaruh yang paling hadapan. Soalan turutannya tentulah bagaimanakah harus kita

    mencanai semula sajian luaran ini supaya sesuai dengan acuan jati diri bangsa Malaysia?

    Jika proses 'canai semula' ini diketepikan, sebagaimana memang besar juga

    bilangannya dalam masyarakat kita yang tidak mahu mendukungnya, kita akan kerugian

    besar. Kita akan terus ada negara bangsa tetapi dikhuatiri ia diisi persepsi dan amalan yang

    tidak berjati diri. Ini bererti, masyarakat yang mendagangkan ilmu, amalan dan produk sosial

    mereka itu akhirnya akan menembusi daya fikir dan daya penerimaan masyarakat yang

    meniru mereka bulat-bulat.

    Apabila proses akultrasi budaya ini yang boleh dianggap sebagai penjajahan minda

    sudah menyeluruh dan meliputi pelbagai lapisan kehidupan masyarakat penerima, maka

    apa yang dipekikkan sebagai jati diri tidak akan bererti banyak lagi. Pada masa itu kita

    sebenarnya sudah 'dijajah' sekali lagi, cuma kali ini tidak melalui peluru dan senjata.

    Ketangkasan kita bertindak dengan bijak dalam soal mempertahankan sosiobudaya ini amat

    dirasai pada saat ini.

    (Petikan daripada ucapan Datuk. Sri. Dr Rais Yatim sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke

    48.)

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    4/63

    Pengenalan Kebudayaan

    Kebudayaan adalah keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan

    pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalam untuk

    kesejahteraan hidup.

    Memahami Kebudayaan Secara Umum

    Dalam pengertian yang paling umum, kebudayaan merupakan seluruh cara hidup

    sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang diwarisi

    dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran. Tetapi dalam

    pertuturan sehari-hari, kebanyakan daripada kita membuat pengertian kebudayaan atau

    mengaitkan dengan fenomena-fenomena seperti bentuk tarian dan muzik, makanan, fesyen

    pakaian sahaja. Jadi pengertian di sini adalah terlalu sempit dan terhad. Tetapi bagi ahli

    sains sosial, pengertian kepada konsep kebudayaan ini lebih luas.

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    5/63

    Dari perspektif sosiologi kebudayaan membawa pengertian segala hasil dan idea

    yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini termasuklah segala

    kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, undang-undang, moral, institusi sosial, seni lukis,

    bahasa dan bahan-bahan material.

    Edward B.Taylor telah memberi satu takrif yang klasik mengenai konsep kebudayaan.

    "..kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu

    pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain

    kebolehan serta kebiasan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat."

    (Rujukan sumber dari buku Seminar Kefahaman Budaya, terbitan kementerian Kebudayaan,

    kesenian dan pelancongan Malaysia - Disember 1999)

    Bidang Kebudayaan

    (Petikan dari Kebudayaan Kebangsaaan oleh A.Aziz Deraman)

    Keempat-empat bidang tersebut akan memperlihatkan bukan sahaja hasil-hasil yang

    berasaskan sesuatu yang abstrak atau tidak kelihatan (intangible), tetapi juga bercorak

    kebendaan (tangible). Hasil-hasil ini lahir sebagai bentuk-bentuk yang menunjukkan

    kebudayaan sesuatu masyarakat secara fizikal, (jasmaniah) atau non-fizikal (rohaniah).

    Misalnya pertalian diantara pemikiran dengan perlakuan dan pemilikan dapat

    digambarkan melalui ketinggian mutu seni ukir yang lahir daripada pemikiran dan falsafah

    yang tinggi, dijelmakan dari perbuatan mengukir dan akhirnya ukiran itu menjadi suatu hasil

    warisan budaya.

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    6/63

    Bidang

    Kebudayaan

    Fikiran / idea

    Seperti ilmupengetahuan,bahasa, falsafah,

    persuratan, metos,lagenda,

    kesusasteraan,kepercayaan dancerita-cerita lisan.

    KebendaaanSeperti seni bina,bangunan, alat-alat-alat mesin,object de art,

    pakaian,makanan, ubat-

    ubatan danperabot.

    Nilai danNormaSeperti

    peraturan-peraturanundang-undang,adat resam, folk-

    ways & mores, gaya

    dan perlakuan,

    pantang larang,upacara dan nilai-nilai keagamaan dan

    bersopan santun.

    Kesenian dilihatdari dua bidangkemahiran iaitu

    seni lakon (teater, tarian,

    muzik, nyanyian )dan seni tampak (

    ukiran, lukisan,seni pahat,

    tenunan, takatdan anyaman )

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    7/63

    Pengenalan

    Pakaian merupakan salah satu keperluan asas manusia iaitu berfungsi sebagai

    melindungi tubuh dari kepanasan, kesejukan serta ancaman-ancaman lain. Hiasan diri pula

    digunakan dan dipakai sebagai pelengkap kostum dan menyerikan lagi si pemakai. Bagi

    masyarakat Melayu, pakaian dan hiasan diri pada asalnya lebih berfungsi sebagai simbol

    kedudukan dan kekuasaan seseorang dalam masyarakat.

    Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada

    kulit kayu dan hiasan manik. Dengan ketibaan tamaddun lama, kain tenunan dan batik

    Melayu dipakai oleh orang kenamaan dan kerabat diraja. Dengan ketibaan pedagang asing,

    pakaian serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan jubah Arab diperkenalkan di negara ini.

    Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk

    dan warna, dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah kain songket diRaja

    yang antik. Kini, pakaian tradisional seperti baju kebaya Melayu, sari India dan cheongsam

    Cina masih digunakan dengan meluas. Namun fungsi pakaian dan hiasan semakin

    berkembang dan berubah mengikut peredaran zaman. Kini ia lebih penting sebagai bahan

    fesyen iaitu sesuatu yang lebih menitikberatkan daya kreatif penciptanya.

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    8/63

    Pakaian Kaum Melayu

    Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu memakai kain kemban di tempat-tempat

    awam. Tetapi, setelah ketibaan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan.

    Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan

    dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan

    dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Lazimnya pakaian ini digunakan dengan

    kain selendang atau tudung kepala

    Pakaian tradisional bagi kaum lelaki pula dinamakan baju Melayu. Baju Melayu

    merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya

    diganding dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang.

    Busana Pulau Pinang

    Pulau Pinang negeri yang kaya dengan warisan sejarah ini mempamerkan percikan

    pengaruh budaya yang diterima. Sejarah juga menyaksikan orang-orang asing seperti dari

    China dan India sebagai pedagang dan mencari kehidupan. Sehingga ke hari ini suasana

    budaya dan adat tradisi masyarakat Pulau Pinang dimiliki oleh tiga kaum terbesar di Pulau

    Mutiara itu iaitu kaum Melayu, Cina dan India.

    Kaum Melayu terkenal dengan Baju Kebaya Labuh dan Baju Kurung dan kaum lelaki

    memilih Baju Melayu Cekak Musang. Kaum India pula dengan jaket dan baju dalam yang

    dipadankan dengan kain pelikat dan topi dan kaum wanitanya memilih Baju Kebaya Labuh

    atau Baju Kebaya Pendek Bersulam. Kaum Cina pula dengan Samfoo dan Cheongsam

    manakala golongan Baba lebih senang memakai Samfoo yang dipadan dengan seluar dan

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    9/63

    Nyonya Pulau Pinang lebih menggemari Baju Kebaya Pendek berkain batik ataupun

    berkebaya Labuh Nyonya.

    Lelaki memakai pakaian Kaum Melayu Peranakan dan wanita memakai Baju Panjang dan

    Baju Kecik pakaian tradisional kaum Nyonya

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    10/63

    Lelaki m

    emakai pakaian cara barat yang dipadankan dengan kain samping dan tarbus, pakaian yang

    digemari oleh Melayu Peranakan. Wanitanya memakai Baju Kebaya Sulam dengan kain batikdan selendang, pakaian yang digemari oleh kaum Nyonya dan Chettiar

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    11/63

    Baju Kebaya Sulam dari kain kasa yang digayakan dengan kain batik sarung. Baju ini lazimnya

    disulam dengan motif bunga cempaka sulaman tebuk terus dan dipakai dengan kerongsang

    berantai

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    12/63

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    13/63

    Lelaki memakai Baju Melayu Cekak Musang dan samping songket jalur berdiri. Wanita

    berbaju Kebaya Sulam dan kain batik.

    Baju Kebaya Sulam tebuk terus yang dipadankan dengan kain dan selendang batik. Sulaman

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    14/63

    motif bunga-bunga yang indah melambangkan kemahiran wanita Nyonya dalam kerja

    tangan ini

    Kebaya Sulam motif bunga kekwa dipadankan dengan kain batik blok motif bunga kekwa

    juga. Kebaya jarang yang dulunya dipakai dengan anak baju atau Baju Kecik di sebelah dalam

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    15/63

    Pakaian Nyonya muda dari Pulau Pinang, Baju Kebaya Sulam dan kain batik sarung motif

    pohon bunga matahari dan kakinya bunga menjalar

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    16/63

    Baju Kebaya Sulaman motif bunga yang dipakai bersama anak baju. Kain sarung motif

    fantasi bunga-bungaan

    Baju Melayu Cekak Musang yang dipadankan dengan samping songket dan songkok

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    17/63

    Pakaian lelaki Melayu Peranakan dari Pulau Pinang, Baju Kot yang dipadankan dengan seluar

    pantaloon, kain sarung pelikat serta tarbus Arab atau songkok

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    18/63

    Lelaki Cina memakai pakaian bangsawan Cina. Bajunya besar dipadankan dengan seluar

    yang dibuat dari kain satin hitam atau putih

    Baju Panjang Nyonya dari kain kasa dipakai dengan anak baju atau Baju Kecik. Baju ini

    dipakai dengan kain tenun Terengganu corak Pahang atau corak tapak catur bunga tabur

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    19/63

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    20/63

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    21/63

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    22/63

    Kebudayaan adalah keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiranyang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalam untuk kesejahteraan

    hidup.

    MEMAHAMI KEBUDAYAAN SECARA UMUM

    Dalam pengertian yang paling umum, kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu

    masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu

    generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran.

    Tetapi dalam pertuturan sehari-hari, kebanyakan daripada kita membuat pengertian

    kebudayaan atau mengaitkan dengan fenomena-fenomena seperti bentuk tarian dan muzik,makanan, fesyen pakaian sahaja. Jadi pengertian di sini adalah terlalu sempit dan terhad.

    Tetapi bagi ahli sains sosial, pengertian kepada konsep kebudayaan ini lebih luas.

    Dari perspektif sosiologi kebudayaan membawa pengertian segala hasil dan idea yang

    dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini termasuklah segala

    kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, undang-undang, moral, institusi sosial, seni lukis,

    bahasa dan bahan-bahan material.

    Edward B.Taylor telah memberi satu takrif yang klasik mengenai konsep kebudayaan.

    "..kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu

    pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain

    kebolehan serta kebiasan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat."

    (Rujukan sumber dari buku Seminar Kefahaman Budaya, terbitan kementerian Kebudayaan,

    kesenian dan pelancongan Malaysia - Disember 1999)

    BIDANG KEBUDAYAAN

    (Petikan dari Kebudayaan Kebangsaaan oleh A.Aziz Deraman)

    Bidang kebudayaan itu bolehlah dilihat diantaranya melalui :

    1

    Fikiran / idea Seperti ilmu pengetahuan, bahasa, falsafah, persuratan, metos, lagenda,

    kesusasteraan, kepercayaan dan cerita-cerita lisan.

    2

    Kebendaaan Seperti seni bina, bangunan, alat-alat-alat mesin, object de art, pakaian,

    makanan, ubat-ubatan dan perabot.

    3

    KesenianDilihat dari dua bidang kemahiran iaitu seni lakon ( teater, tarian, muzik, nyanyian )

    dan seni tampak ( ukiran, lukisan, seni pahat, tenunan, takat dan anyaman )4

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    23/63

    Nilai dan NormaSeperti peraturan-peraturan undang-undang, adat resam, folk-ways &

    mores, gaya dan perlakuan, pantang larang, upacara dan nilai-nilai keagamaan dan bersopan

    santun.

    Keempat-empat bidang tersebut akan memperlihatkan bukan sahaja hasil-hasil yang

    berasaskan sesuatu yang abstrak atau tidak kelihatan (intangible), tetapi juga bercorakkebendaan (tangible). Hasil-hasil ini lahir sebagai bentuk-bentuk yang menunjukkan

    kebudayaan sesuatu masyarakat secara fizikal, (jasmaniah) atau non-fizikal (rohaniah).

    Misalnya pertalian diantara pemikiran dengan perlakuan dan pemilikan dapat digambarkan

    melalui ketinggian mutu seni ukir yang lahir daripada pemikiran dan falsafah yang tinggi,

    dijelmakan dari perbuatan mengukir dan akhirnya ukiran itu menjadi suatu hasil warisan

    budaya.

    PakaianBusana Kaum India

    Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari

    benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga keturunan Punjabi-Singhs.

    Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan

    dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata.

    Busana Sabah

    Gelaran Negeri di Bawah" Bayu" membayangkan kedudukan negeri Sabah bukan sahaja

    dari sudut geografi tetapi juga keindahan yang tersirat di sebalik negeri yang kaya dengan

    adat tradisi, budaya, sejarah dan rupa buminya yang kehijauan serta luas mata memandang.

    Busana Kedah

    Kedah juga dikenali dengan nama "Kadaram" dan "Kataha". Pengasas kerajaan Kedah ialah

    Raja Merong Mahawangsa yang juga memerintah Patani, Perak dan Siam.

    Busana Perlis

    Perlis sebuah negeri yang kecik dari segi keluasan tetapi kaya dari segi adat dan budaya.

    Busana tradisional seperti Kebaya Labuh dipadan dengan kain songket diikat kuncup

    dengan kepala kain diletak di depan dipadankan juga kain sutera mahupun batik. Tambah

    anggun dengan dokoh bertingkat dan cucuk sanggul.

    Busana Perak

    Seluar Acheh sutera bertenun benang emas, berkain samping diikat di pinggang dengan talipinggang dan pending, berbaju leher cekak musang diserikan dengan selendang panjang

    dilampaikan di bahu kanan dan hujung selendang yang sebelah lagi disangkutkan di lengan

    kiri merupakan persalinan terkenal Puteri Perak.

    Busana Selangor

    Busana bangsawan Bugis banyak mempengaruhi busana tradisional rakyat Selangor. Kain

    sarung Bugis terkenal sebagai busana kaum wanita yang dipakai dengan Baju Kebaya

    Labuh. Manakala kaum lelaki pula bergaya dengan Baju Sikap sut padanan lima dilengkapi

    tengkolok, baju, seluar, bengkung dan kain samping tenunan Bugis bergarus atau bertelepuk

    perada emas warisan keluarga bangsawan Bugis.

    Busana Wilayah Persekutuan

    Sesuai dengan status dan terdiri dari bandaraya Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,

    http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=530&menu_id=43&c3=40&click=1http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=530&menu_id=43&c3=40&click=1http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=529&menu_id=43&c3=40&click=1http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=529&menu_id=43&c3=40&click=1http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=421&menu_id=43&c3=40&click=1http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=421&menu_id=43&c3=40&click=1http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=416&menu_id=43&c3=40&click=1http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=416&menu_id=43&c3=40&click=1http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=433&menu_id=43&c3=40&click=1http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=433&menu_id=43&c3=40&click=1http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=437&menu_id=43&c3=40&click=1http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=437&menu_id=43&c3=40&click=1http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=440&menu_id=43&c3=40&click=1http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=440&menu_id=43&c3=40&click=1http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=440&menu_id=43&c3=40&click=1http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=437&menu_id=43&c3=40&click=1http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=433&menu_id=43&c3=40&click=1http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=416&menu_id=43&c3=40&click=1http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=421&menu_id=43&c3=40&click=1http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=529&menu_id=43&c3=40&click=1http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=530&menu_id=43&c3=40&click=1
  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    24/63

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    25/63

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    26/63

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    27/63

    labuci.

    Sari, busana tradisional India yang paling disukai.

    Gadis India menggayakan Baju Pavadai Choli yang menggandingkan baju pendek

    dipadankan kain kembang dari sutera bertenun benang emas.

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    28/63

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    29/63

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    30/63

    Pakaian lelaki bebanyakan dari Gujerat.

    Pakaian lelaki Bangsawan dari utara India dari fabrik broked, berbengkung dan memakai'turban'.

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    31/63

    Pasangan dari utara India, lelaki memakai Kurta Pyjama dan turban mundas. Wanita

    memakai salwar-kameez bertekat benang emas dan taburan labuci.

    Busana Kaum Cina

    Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusatperdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa

    bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan

    corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.

    Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan

    sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian.

    Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan

    upacara. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan

    broked yang berwarna terang dengan ragamhias benang emas dan perak.

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    32/63

    Pakaian tradisi pasangan Cina yang diubah suai.

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    33/63

    Lelaki memakai jubah labuh Ming moden dari satin dan wanita memakai Baju Shanghai yang

    berbelah di depan.

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    34/63

    Wanita memakai potongan Baju Shanghai yang lebih moden berkolar tinggi lengan besar dan

    skirt labuh dari kain satin bersulam.

    Wanita memakai Samfoo merah dan seluar fabrik satin Cina.

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    35/63

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    36/63

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    37/63

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    38/63

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    39/63

    Pakaian lelaki Bangsawan, Baju Makua daripada broked Cina.

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    40/63

    Sepasang pengantin menggayakan busana tradisional pengantin yang tampak mewahmenggunakan fabrik broked Cina dan sutera serta lengkap perhiasan kepala.

    Pakaian seni persembahan. Lelaki memakai Samfoo dan seluar longgar dari kain satinmanakala wanita memakai Baju Shanghai dan skirt kembang juga dari kain satin.

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    41/63

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    42/63

    Lelaki memakai pakaian Kaum Melayu Peranakan dan wanita memakai Baju Panjang dan

    Baju Kecik pakaian tradisional kaum Nyonya

    Lelaki memakai pakaian cara barat yang dipadankan dengan kain samping dan tarbus,

    pakaian yang digemari oleh Melayu Peranakan. Wanitanya memakai Baju Kebaya Sulam

    dengan kain batik dan selendang, pakaian yang digemari oleh kaum Nyonya dan Chettiar

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    43/63

    Baju Kebaya Sulam dari kain kasa yang digayakan dengan kain batik sarung. Baju ini

    lazimnya disulam dengan motif bunga cempaka sulaman tebuk terus dan dipakai dengan

    kerongsang berantai

    Baju Kebaya Labuh dari kain satin disulam tebuk motif bunga cempaka dipadankan dengan

    kain batik sarung

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    44/63

    Lelaki memakai Baju Melayu Cekak Musang dan samping songket jalur berdiri. Wanita

    berbaju Kebaya Sulam dan kain batik

    Baju Kebaya Sulam tebuk terus yang dipadankan dengan kain dan selendang batik. Sulaman

    motif bunga-bunga yang indah melambangkan kemahiran wanita Nyonya dalam kerja tangan

    ini

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    45/63

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    46/63

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    47/63

    Pakaian lelaki Melayu Peranakan dari Pulau Pinang, Baju Kot yang dipadankan dengan

    seluar pantaloon, kain sarung pelikat serta tarbus Arab atau songkok

    Lelaki Cina memakai pakaian bangsawan Cina. Bajunya besar dipadankan dengan seluar

    yang dibuat dari kain satin hitam atau putih

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    48/63

    Baju Panjang Nyonya dari kain kasa dipakai dengan anak baju atau Baju Kecik. Baju ini

    dipakai dengan kain tenun Terengganu corak Pahang atau corak tapak catur bunga tabur

    Wanita Chettiar atau wanita Nyonya menggayakan Baju Kebaya Labuh kasa jarang beserta

    anak baju putih kolar tinggi dan kain batik. Sapu tangan adalah pelengkap pakaian yang

    lazimnya disangkut di atas bahu. Kerongsangnya dikenali sebagai kerongsang berantai dan

    memakai tiga batang cucuk sanggul bunga

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    49/63

    Di AMBANG merdeka ke-48 ini amat sesuai kiranya kita berfikir sejenak tentang proses

    pembudayaan dan hubungannya dengan jati diri. Pembudayaan dan jati diri adalah dua istilah

    yang sering dilaung-laungkan, tetapi erti dan kesannya kepada kehidupan mungkin belum

    sejauhmana dapat dihalusi atau difahami ke arah bersedia mendaulatkan negara bangsa.

    Budaya biasanya dimengertikan sebagai cara hidup yang diterima oleh sesuatu masyarakat

    yang di dalamnya terkandung intipati pemikiran dan amalan baik dan murni.

    Jati diri ialah unsur-unsur kehidupan yang mencerminkan lahiriah individu atau masyarakat.Dalam pengertian sahihnya, jati diri ialah identiti individu, masyarakat dan negara bangsa

    yang punya sifat-sifat keutuhan yang dibanggakan.

    Dalam konteks inilah, misalnya, kesungguhan kaum Tionghua berniaga melahirkan generasi

    orang Cina yang cekal dan berjaya dalam dunia dagangan. Kebolehan berniaga pada kaum

    Cina adalah salah satu sifat jati diri mereka.

    Dalam pengertian ini juga kita melihat budaya memperoleh ilmu dari Barat begitu

    diutamakan sehingga kita rela mempromosikan pelbagai kaedah dan pendekatan termasuk

    mewajibkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pembelajaran atau bahasa ilmu.

    Kini Amerika Syarikat dan Eropah mampu mengeskport dan mendagangkan ilmu yang

    mereka peroleh mengikut percaturan dan formula mereka. Institusi pengajian tinggi mereka

    menjadi tumpuan pelajar-pelajar dari negara ketiga.

    Dengan ilmu yang kita peroleh pula, kita menjana masyarakat kita. Malangnya, salah satu

    daripada eksport mereka, iaitu jati diri melalui amalan integriti agak perlahan muncul dan

    merebak ke dunia sebelah sini.

    Ada pendapat yang mengatakan bahawa institusi pengajian Barat bukan hanya mengeksport

    ilmu pengetahuan moden tetapi juga cara hidup mereka yang dijalin melalui muzik, filem,

    penerbitan dan media lain.

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    50/63

    Justeru Amerika dan Eropah akan sentiasa mengeksport dua komoditi utama - ilmu

    pengetahuan dan budaya mereka. Dan yang ketiga ialah pemikiran mereka.

    Menerusi cabang-cabang inilah kita di dunia sebelah sini harus berhati-hati dan bijaksana

    dalam proses memilih yang mana wajar ditelan dan yang mana harus diluahkan agar jati diri

    kita tetap utuh. Ini mudah diperkatakan tetapi amat sukar diamalkan.

    Bagaimanakah kita harus membudayakan kembali informasi dan ilmu yang kita peroleh dari

    punca-punca luaran itu? Proses ubah suai dalam pembudayaan informasi dan ilmu

    pengetahuan itu amat menjadi pokok kepada tamadun kita di zaman mendatang.

    Sesungguhnya pembudayaan informasi dan ilmu pengetahuan harus dicanai dengan efisien

    dan berkesan. Jika tidak, jati diri negara bangsa akan berkecai.

    Mereka ada American Idol, kita pun lekas-Iekas membuat acuan menirunya. Apa yang

    mereka luahkan melalui Fear Factor, kita pun nanti menelannya bulat-bulat, sekalipun

    membaham ulat, jengking dan kala bukan budaya kita.

    Biasanya pembudayaan atau proses menjadikan sesuatu itu sebagai cara dan gaya hidup

    adalalah berpunca daripada situasi di mana barangan atau benda dari luar itu menarik dan

    berguna kepada individu atau masyarakat.

    Di atas tarikan dan kebergunaan inilah kita membuat penilaian dan akhirnya meniru hak

    orang, lalu melakukan apa yang orang luaran itu amalkan.

    Kemanusiaan sejagat sebenarnya tidak salah dalam mengejar ilmu tetapi bagaimana ilmu atau

    informasi itu harus dicanai semula supaya mewujudkan jati diri negara bangsa, ia adalah

    sesuatu yang tidak semua berjaya melaksanakannya.

    Jika proses 'meniru' ini beroperasi secara mendadak dan melibatkan sebahagian besar lapisan

    masyarakat, terutama lapisan muda, maka ia layak dipanggil cultural accultration atau

    akultrasi budaya.

    Perubahan budaya yang paling mudah berlaku ialah melalui naluri pandang-dengar. Naluri

    rasa, bau dan sentuh juga penting tetapi ia agak mengekori amalan manusia yang tampak dan

    didengar.

    Dalam konteks ini, alam hiburan - filem dan muzik, misalnya, menjadi punca pengaruh yangpaling hadapan. Soalan turutannya tentulah bagaimanakah harus kita mencanai semula sajian

    luaran ini supaya sesuai dengan acuan jati diri bangsa Malaysia?

    Jika proses 'canai semula' ini diketepikan, sebagaimana memang besar juga bilangannya

    dalam masyarakat kita yang tidak mahu mendukungnya, kita akan kerugian besar. Kita akan

    terus ada negara bangsa tetapi dikhuatiri ia diisi persepsi dan amalan yang tidak berjati diri.

    Ini bererti, masyarakat yang mendagangkan ilmu, amalan dan produk sosial mereka itu

    akhirnya akan menembusi daya fikir dan daya penerimaan masyarakat yang meniru mereka

    bulat-bulat.

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    51/63

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    52/63

    Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses

    pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam

    usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik.

    Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat

    dalam satu proses yang berterusan.

    Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses

    pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya

    dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kemalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harusmenentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan

    negara.

    Rasional

    Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara

    membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini

    nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan

    identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

    Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan

    sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan

    perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan,

    telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-

    unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan

    dunia.

    Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, pewujudan Kebudayaan

    Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan

    oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

    i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini

    Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia,Filipina, Singapura, Brunei,

    Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan

    Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau

    budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan

    Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan

    keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu

    sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini

    digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa

    Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, keseniandan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup,

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    53/63

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    54/63

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    55/63

    Busana Melaka

    Jika setiap kaum mempunyai identiti pakaian yang tersendiri, maka negeri Melaka tempat

    terhimpunnya budaya pelbagai kaum. Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan

    kosmopolitan di abad ke-15 menerima bukan sahaja barangan emas, tetapi bahan tekstil

    seperti sutera dan broked juga mendapat perhatian.

    Busana tradisional masyarakat Melaka amat unik dan menarik kerana pengaruh dari Portugis,

    China, India juga dari Kepulauan Melayu. Pakaian Baba dan Nyonya menyerlahkan

    pertembungan budaya Melayu dan China bermula semenjak zaman Kesultanan Melayu

    Melaka dengan lagenda Puteri Hang Li Po.

    Lelaki memakai Baju Kurung potongan moden dengan samping dan ikat kepala. Wanita pula

    memakai Baju Kurung Teluk Belanga sutera yang dipadankan dengan kain sarung tapak catur

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    56/63

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    57/63

    Lelaki menggayakan Baju Melayu Cekak Musang sedondon yang dilengkapi dengan Baju

    Sikap baldu serta samping ikatan tindih bertemu

    Baju Kurung Teluk Belanga broked yang dipadankan dengan kain sarung satin. Dada dihiasi

    sibar layang dari baldu bertekad manik dan labuci. Kepala memakai sanggul lintang

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    58/63

    Baju Kebaya Labuh Kuning polos berkerongsang tiga dipadankan dengan kain batik dan

    selendang renda putih bersulam benang emas

    Baju Kebaya Labuh biru dipadankan dengan selendang panjang renda hitam keemasan

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    59/63

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    60/63

    Baju Melayu Teluk Belanga yang sudah dipermodenkan, digandingkan dengan samping

    corak geometrik dan bengkung

    Lelaki Chettiar memakai jaket putih polos berkain pelikat dan berselempang serta

    bersongkok Jawa yang diubahsuai

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    61/63

    Pengantin lelaki memakai Jubah Labuh dari kain broked, sibai bertekat dan hiasan kepala

    tarbus berhias tajuk mahkota. Pengantin perempuan berbaju kurung broked dan kain songket,

    siba layang dari baldu bertekad benang emas, manik dan labuci. Hiasan kepala

    Baju Panjang Nyonya dipakai dengan Baju Kecik dan kain batik sarung

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    62/63

  • 7/30/2019 literatur kajian.docx

    63/63