fitur mkna dlm bm (iankaka').pptx

Upload: malawati-adnan

Post on 05-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 fitur mkna dlm bm (iankaka').pptx

    1/22

    BMM3111

    SEMANTIK & PERISTILAHAN

    BM

    FITUR DALAM BM

    Kelas maknaLewah dalam makna

    MAKNA LEKSIKAL DALAM BM

    Sinonim AntonimHiponim Homonim

    Polisem

  • 8/2/2019 fitur mkna dlm bm (iankaka').pptx

    2/22

    FITUR DALAM MAKNA

  • 8/2/2019 fitur mkna dlm bm (iankaka').pptx

    3/22

    1. Makna emotif

    Menurut Sipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:101)makna emotif adalah makna yang timbul akibat

    adanya reaksi pembicara atau sikap pembicara

    mengenai atau terhadap sesuatu yang difikirkanatau dirasakan.

    contohnya dengan kata kerbaudalam ayat Engkau

    kerbau., kata itu tentunya menimbulkan perasaan

    tidak senang bagi pendengar.

    Dengan kata lain,kata kerbau tadi mengandung

    makna emosi.

    Kelas makna

  • 8/2/2019 fitur mkna dlm bm (iankaka').pptx

    4/22

    2. Makna Konotatif

    Makna konotatif berbeza dengan makna emotif keranamakna konotatif cenderung bersifat negatif, sedangkan

    makna emotif adalah makna yang bersifat positif (Fathimah

    Djajasudarma, 1999:9).

    Makna konotatif muncul sebagai akibat asosiasi perasaan kita

    terhadap apa yang diucapkan atau didengar.

    Misalnya, dalam ayatAnita menjadi bunga desa.

    Kata bunga dalam kalimat tersebut bukan bererti sebagaibunga di taman melainkan menjadi idola di desanya kerana

    kondisi fizikal atau kerana kecantikannya.

  • 8/2/2019 fitur mkna dlm bm (iankaka').pptx

    5/22

    3. Makna Kognitif

    Makna kognitif adalah makna yang ditunjukkan

    oleh acuannya, makna unsur bahasa yang sangatdekat hubungannya dengan dunia luar bahasa,

    objek atau gagasan, dan dapat dijelaskan

    berdasarkan analisis komponennya (MansoerPateda, 2001:109).

    contohnya kata pohon bermakna tumbuhan

    yang memiliki batang dan daun dengan bentukyang tinggi besar dan kukuh. Inilah yang

    dimaksud dengan makna kognitif kerana lebih

    banyak dengan maksud fikiran.

  • 8/2/2019 fitur mkna dlm bm (iankaka').pptx

    6/22

    4. Makna Referensial

    Referen menurut Palmer ( dalam Mansoer Pateda,

    2001: 125) adalah hubungan antara unsur-unsurlinguistik berupa kata-kata, kalimat-kalimat dan

    dunia pengalaman nonlinguistik.

    Referen atau acuan dapat diartikan berupa benda,peristiwa, proses atau kenyataan. Referen adalah

    sesuatu yangditunjuk oleh suatu lambang.

    Makna referensial mengisyaratkan tentang maknayamg langsung menunjuk pada sesuatu, baik

    benda, gejala, kenyataan, peristiwa mahupun

    proses.

  • 8/2/2019 fitur mkna dlm bm (iankaka').pptx

    7/22

    5. Makna Piktorikal

    Makna piktorikal menurut Shipley (dalam

    Mansoer Pateda, 2001:122) adalah makna yamg

    muncul akibat bayangan pendengar atau

    pembaca terhadap kata yang didengar atau

    dibaca.

    Makna piktorikal menghadapkan manusia

    dengan kenyataan terhadap perasaan yang

    timbul kerana pemahaman tentang makna kata

    yang diujarkan atau ditulis

  • 8/2/2019 fitur mkna dlm bm (iankaka').pptx

    8/22

    Didefinisikan sebagai berlebih-lebihan sehingga

    tertambah perkara, hal, dan sebagainya yang tidak

    perlu, misalnya perkataan yang digunakan dalam

    ayat. Kelewahan, atau hal dan keadaan yang

    berlebih-lebihan ini sering ditemukan dalam

    komunikasi, sama ada komunikasi lisan ataupunkomunikasi tulisan.

    LEWAHDALAMMAKNA

  • 8/2/2019 fitur mkna dlm bm (iankaka').pptx

    9/22

    Kelewahan merupakan fenomena yang

    memperlihatkan berlakunya penambahan

    ataupun pengulangan unsur yang sudah

    wujud dan pada hakikatnya tidak diperlukan

    lagi.

  • 8/2/2019 fitur mkna dlm bm (iankaka').pptx

    10/22

    Dalam bahasa Melayu, konsep kelewahan

    berlaku disebabkan pelbagai keadaan seperti

    pengulangan perkataan seperti semua guru-guru,

    segala bahan-bahan, kebanyakan buku-buku,

    dan sekawan burung-burung.

  • 8/2/2019 fitur mkna dlm bm (iankaka').pptx

    11/22

    Bentuk-bentuk ini akan menjadikan ayat yang dibina

    tidak gramatis. Penggunaan imbuhan yang tidak

    diperlukan turut menjadikan perkataan tersebut

    mempunyai unsur kelewahan. Contohnya ialah

    memperbesarkan, memperolehi, dipersetujui, dan

    diperhalusi. Yang betul ialah memperbesar,

    memperoleh, disetujui, dan dihalusi.

  • 8/2/2019 fitur mkna dlm bm (iankaka').pptx

    12/22

    Pengulangan kata sendi nama secara berturutan turut

    disinggung sebagai kelewahan seperti selain daripada

    itu dan demi untuk. Kebanyakan pengguna bahasa,

    khususnya para guru dan pelajar sering didedahkan

    berkenaan hal ini. Kelewahan telah diberikan penilaian

    yang negatif, iaitu sebagai bentuk-bentuk yang salah

    atau tidak gramatis berdasarkan aturan tatabahasa

    pegangan.

  • 8/2/2019 fitur mkna dlm bm (iankaka').pptx

    13/22

    Tanpa menafikan hakikat bahawa bahasa sepatutnya

    diujarkan atau ditulis dengan paling baik, sempurna,

    dan tanpa sebarang kesilapan, seharusnya kita turut

    menyedari bahawa bahasa merupakan alat utama

    untuk berkomunikasi dan penekanan, pengulangan,

    mahupun penegasan dalam keadaan-keadaantertentu akan menguatkan mesej yang hendak

    disampaikan. Kelewahan adakalanya memperlihatkan

    falsafah yang dimanifestasikan melalui akal, aspirasi,nilai, dan adat yang didukung oleh masyarakat

    Melayu.

  • 8/2/2019 fitur mkna dlm bm (iankaka').pptx

    14/22

    Jika frasa hadiah percuma dianggap tidak

    gramatis kerana hadiah sememangnya

    bersifat percuma, bagaimanakah pula

    dengan hari Sabtu? Bukankah Sabtu itu

    merupakan salah satu hari? Wajarkah

    perkataan hari ditulis?

  • 8/2/2019 fitur mkna dlm bm (iankaka').pptx

    15/22

    MAKNA LEKSIKAL DALAMBAHASA MELAYU

  • 8/2/2019 fitur mkna dlm bm (iankaka').pptx

    16/22

    SINONIM Sinonim adalah suatu perkataan yang mempunyai bentuk yang

    berbeza tetapi mengandungi erti atau pengertian yang sama.

    Sinonim juga disebut sebagai makna yang sama.

    Terdapat empat jenis sinonim iaitu:

    a. Sinonim berdasarkan pinjaman

    b. Sinonim berdasarkan konteks

    c. Sinonim berdasarkan laras sosial

    d. Sinonim berdasarkan kolokasi

    Contoh:

    Hausdahaga

    Betul benar

  • 8/2/2019 fitur mkna dlm bm (iankaka').pptx

    17/22

    ANTONIM

    Antonim adalah suatu perkataan yang ertinya

    berlawan antara satu sama lain.

    Antonim juga disebut sebagai kata lawan.

    Konsep perlawanan makna berbeza bagi kata

    nama, kata kerja dan kata adjektif.

    a. Jual lawannya beli (kata nama)

    b. Tidur lawannya jaga (kata kerja)

    c. Kurus lawannya gemuk (kata adjektif)

  • 8/2/2019 fitur mkna dlm bm (iankaka').pptx

    18/22

    ANTONIM Terdapat tiga jenis antonim.

    Antonim berpasangan komplemen

    Suami lawannya isteri

    Malam lawannya siang

    Antonim berperingkat

    Tua lawannya muda

    Besar lawannya kecil

    Antonim hubungan bertentangan

    Guru lawannya murid

    Turun lawannya naik

  • 8/2/2019 fitur mkna dlm bm (iankaka').pptx

    19/22

    HIPONIM Hiponim adalah ungkapan yang maknanya

    dianggap sebahagian daripada makna suatu

    ungkapan lain.

    Bungamawar

    raya

    melur

    cempaka

    tulip

    kemboja

  • 8/2/2019 fitur mkna dlm bm (iankaka').pptx

    20/22

    HOMONIM Homonim adalah satu perkataan yang mengandungi

    makna yang berbeza tetapi sebutan atau ejaan yang

    sama.

    Perkataan yang mempunyai sama sebutannya, makna

    berbeza disebut homofon. Mereka : kata nama

    Mereka : kata kerja (mencipta)

    Perkataan yang mempunyai sama bentuk

    ejaannya,makna berbeza disebut homograf.

    Sepak : menendang

    Sepak: menampar

  • 8/2/2019 fitur mkna dlm bm (iankaka').pptx

    21/22

    POLISIM Polisim adalah perkataan yang mengandungi banyak

    makna.

    Wujudnya banyak makna untuk sesebuah perkataan

    boleh disebabkan oleh keadaan semula jadi dan

    juga konteks. Ini menimbulkan polisim tulen dan

    polisim konteks.

    Contoh:

    Daki Ikotoran

    Daki IIpanjat

  • 8/2/2019 fitur mkna dlm bm (iankaka').pptx

    22/22

    TERIMA KASIH

    ATAS PERHATIAN ANDA

    Disediakan oleh,Gregory Lim Yen LiangKhairunnisa Junaidi

    Sylvia Rangkisi(PISMP BM SEMESTER 6)