fakta, konsep, proses, prosedur dan prinsip dalam hsp produksi multimedia

14
FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Kursus: MTK 5036 (KAEDAH MENGAJAR TEKNOLOGI MAKLUMAT) Tugasan 1: MAKSUD TERMINOLOGI (Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia) Nama: ROSIADI BIN TAJUDIN L20081002254 AT 46D PRODUKSI MULTIMEDIA (KUMPULAN KULIAH – A) Pensyarah: EN. SULAIMAN SARKAWI Tarikh Hantar: 21 APRIL 2008

Upload: rosiadi84

Post on 10-Jun-2015

4.695 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tugasan ini terdiri daripada huraian maksud bagi lima terminologi iaitu fakta, konsep, proses, prosedur dan prinsip. Bagi setiap terminologi tersebut contoh diberikan dengan merujuk kepada huraian sukatan pelajaran (HSP) Produksi Multimedia. Dalam sukatan pelajaran Produksi Multimedia, ia bertumpu kepada empat komponen pengetahuan yang di ajar dalam empat bahagian iaitu:1- Konsep multimedia2- Teknologi perkakasan dan perisian multimedia3- Proses dan teknik penghasilan produk multimedia.4- Jenis dan bentuk produk multimedia.

TRANSCRIPT

Page 1: Fakta, Konsep, Proses, Prosedur dan Prinsip dalam HSP Produksi Multimedia

FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASIUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Kursus:MTK 5036

(KAEDAH MENGAJAR TEKNOLOGI MAKLUMAT)

Tugasan 1:MAKSUD TERMINOLOGI

(Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia)

Nama:ROSIADI BIN TAJUDIN

L20081002254AT 46D – PRODUKSI MULTIMEDIA

(KUMPULAN KULIAH – A)

Pensyarah:EN. SULAIMAN SARKAWI

Tarikh Hantar:21 APRIL 2008

SEMESTER 2DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI), 2008

Page 2: Fakta, Konsep, Proses, Prosedur dan Prinsip dalam HSP Produksi Multimedia

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

PENGENALAN 1

1.0 FAKTA

1.1 Definisi 1

1.2 Contoh Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran 2

2.0 KONSEP

2.1 Definisi 3

2.2 Contoh Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran 4

3.0 PROSES

3.1 Definisi 4

3.2 Contoh Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran 6

4.0 PROSEDUR

4.1 Definisi 6

4.2 Contoh Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran 7

5.0 PRINSIP

5.1 Definisi 8

5.3 Contoh Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran 8

KESIMPULAN 8

BIBLIOGRAFI 9

Page 3: Fakta, Konsep, Proses, Prosedur dan Prinsip dalam HSP Produksi Multimedia

PENGENALAN

Tugasan ini terdiri daripada huraian maksud bagi lima terminologi iaitu fakta, konsep,

proses, prosedur dan prinsip. Bagi setiap terminologi tersebut contoh diberikan

dengan merujuk kepada huraian sukatan pelajaran (HSP) Produksi Multimedia.

Dalam sukatan pelajaran Produksi Multimedia, ia bertumpu kepada empat komponen

pengetahuan yang di ajar dalam empat bahagian iaitu:

1- Konsep multimedia

2- Teknologi perkakasan dan perisian multimedia

3- Proses dan teknik penghasilan produk multimedia.

4- Jenis dan bentuk produk multimedia.

Dalam proses menyenaraikan contoh bagi setiap terminologi yang dicari

dalam tugasan ini, contoh diberikan berdasarkan kepada bahagian-bahagian seperti

yang tertera di atas dan juga berdasarkan kepada kandungan unit bagi setiap bahagian.

1.0 FAKTA

1.1 Definisi

Menurut Kamus Dewan Edisi ke Tiga, fakta ialah 1. sesuatu yang benar-benar

berlaku; 2. sesuatu yg benar dan boleh dibuktikan; 3. maklumat tentang seseorang

atau sesuatu.

Manakala dalam Library Vocabulary Common Terms, fakta didefinisikan

sebagai; A thing that has actually happened or is really true. Facts are capable of

being "proven," although people still do not always agree on what the facts are.

Dalam Copyright and Related Topics Glossary pula, fakta dinyatakan sebagai;

Knowledge or information based on real occurrences; a thing that has been done;

something shown to exist; something known to have existed; a real occurrence;

something believed to be true; an event.

Page 4: Fakta, Konsep, Proses, Prosedur dan Prinsip dalam HSP Produksi Multimedia

Daripada Wikipedia the Free Ensyclopedia pula, fakta didefinisikan sebagai;

Something that is true, something that actually exists, or something that can be

verified according to an established standard of evaluation. There is a range of other

uses, depending on the context. Often a fact will be claimed in argument under the

implied authority of a specific pedagogy, such as scientific facts or historical facts.

Secara keseluruhannya bolehlah disimpulkan bahawa fakta merupakan sesuatu

yang dipercayai benar, wujud, dan boleh dibuktikan. Sebagai contohnya seperti suatu

fakta sains, fakta sejarah, peristiwa, ataupun informasi yang berkaitan seseorang atau

sesuatu benda.

1.2 Contoh Daripada Huraian Sukatan Matapelajaran

Berikut ialah contoh-contoh konsep yang terdapat dalam huraian sukatan pelajaran

Produksi Multimedia:

Bil Unit Bahagian Perkara/ Tajuk Pembelajaran

1 1.2.2 1 Memperihalkan sejarah perkembangan produk,

perkakasan dan perisian multimedia.

2 1.4.1 1 Memberikan contoh pengunaan multimedia dalam

kehidupan.

3 1.4.2 1 Mengenal pasti sumbangan multimedia dalam kehidupan

dari aspek; pendidikan, industri dan perniagaan,

kesihatan dan perubatan, hiburan dan rekreasi serta

komunikasi dan keselamatan.

4 1.5.1 1 Memberi contoh peluang-peluang kerjaya dalam bidang

multimedia; periklanan, penyiaran, pelancongan,

pembangunan laman web, dan pembangunan perisian.

5 1.5.2 1 Mengenalpasti jenis-jenis pekerjaan yang boleh diceburi

dalam bidang multimedia.

6 2.1.1 1 Mengenal pasti elemen multimedia; teks, grafik, animasi,

audio, video, dan interaktiviti.

7 1.1.1 2 Mengenal pasti spesifikasi komputer yang diperlukan

Page 5: Fakta, Konsep, Proses, Prosedur dan Prinsip dalam HSP Produksi Multimedia

untuk produksi bahan multimedia; pemproses, RAM,

storan, paparan, antara muka pengguna, kad bunyi, kad

video, dan kad penangkap video.

8 1.2.1 2 Mengenal pasti peranti yang diperlukan untuk produksi

bahan multimedia.

9 2.2.1 4 Menjelaskan trend masa depan persembahan multimedia

dari aspek; perkakasan, perisian dan web dengan

mengkaji trend semasa dan masa depan.

2.0 KONSEP

2.1 Definisi

Menurut Kamus Pelajar konsep ialah pendapat yg terbentuk dalam fikiran mengenai

sesuatu, gagasan atau tanggapan.

Manakala dalam Keywords and Definitions, Inventing The Organizations Of

The 21st Century, konsep didefinisikan sebagai; An idea that's more than a process or

technology, such as "Electronic Market" or "Emerging Economies."

Generic Programming Glossary menyatakan; A concept contains a set of

requirements that describe a family of abstractions, typically data types. Examples of

concepts include Input Iterator, Graph, and Equality Comparable.

Dalam Glossary Intelligent Systems And Their Societies pula, definisi konsep

dikatakan sebagai; The basic element of thought. It is a physical, material storage of

information (in neurons or electronics). All the concepts in memory are interrelated.

Concepts have links to those higher level concepts of which they themselves are parts.

A wheel is part of a car; the concept "wheel" has a link to the concept "car". The

concept "car" in turn is part of the concept "vehicle", and has the corresponding link.

Concepts also have links in the other direction, namely to their parts. Naturally parts

Page 6: Fakta, Konsep, Proses, Prosedur dan Prinsip dalam HSP Produksi Multimedia

can themselves have parts. (The concept "tree" has links to its parts, to the concepts

"roots", "stem", "branches" and "leaves").

IBM Omnifind Discovery Edition pula mentakrifkan konsep sebagai; A

meaningful unit of expression. Concepts can have synonymous expressions, and can

have the following types of relationships to each other: Narrower, Broader, and

Related.

Secara keseluruhannya konsep boleh dikatakan sebagai satu elemen pemikiran

atau pendapat mengenai sesuatu. Ia membentuk suatu pernyataan yang bermakna dan

berkemungkinan sinonim dengan pernyataan yang lain. Perkaitan juga wujud antara

satu konsep dengan satu konsep yang lain.

2.2 Contoh Daripada Huraian Sukatan Matapelajaran

Berikut ialah contoh-contoh konsep yang terdapat dalam huraian sukatan pelajaran

Produksi Multimedia:

Bil Unit Bahagian Perkara/ Tajuk Pembelajaran

1 1.1.1 1 Menyatakan maksud multimedia

2 1.2.1 1 Membandingkan maksud multimedia dahulu dengan

sekarang.

3 2.2.1 1 Mengenal pasti teks dalam multimedia dari aspek;

fungsi, jenis-jenis teks, format teks, jenis muka taip, saiz

muka taip, gaya teks, susur jajar dan warna.

4 2.3.1 1 Mengenal pasti grafik dalam multimedia dari aspek;

fungsi, sumber grafik, jenis-jenis grafik, format fail

grafik, reka letak dan gandingan warna.

5 2.4.1 1 Mengenali animasi dalam multimedia dari aspek; fungsi,

sumber, jenis-jenis animasi, format fail animasi dan reka

letak.

6 2.5.1 1 Mengenali audio dalam multimedia dari aspek; fungsi,

sumber, format fail dan reka letak.

Page 7: Fakta, Konsep, Proses, Prosedur dan Prinsip dalam HSP Produksi Multimedia

7 2.6.1 1 Mengenali video dalam multimedia dari segi; fugsi,

sumber, format fail dan reka letak.

8 2.7.1 1 Mengenali interaktiviti dalam multimedia dari aspek;

fungsi dan jenis.

9 2.2.2 2 Memahami fungsi asas pengaturcaraan dalam perisian

pengarangan. konsep yang dikaji seperti simple

branching, sonditional branching dan structured

language.

10 1.2.1 4 Memberikan contoh-contoh mod persembahan

multimedia seperti CD-ROM dan rangkaian.

3.0 PROSES

3.1 Definisi

Kamus Dewan Edisi ke Tiga memberikan definisi proses sebagai, 1. satu siri

perubahan yg berlaku secara semula jadi; 2. satu siri tindakan yg dilakukan utk

membuat, menghasilkan, atau mencapai sesuatu; 3. kaedah teknik operasi yg

digunakan dlm industri utk membuat sesuatu; 4. Id pembicaraan dlm mahkamah;

memproses 1. mengambil tindakan tertentu terhadap sesuatu mengikut prosedur yg

ditetapkan; dan 2. mengolah bahan mentah menjadi barangan siap; pemprosesan

perbuatan (usaha, kerja, dsb) memproses; pemproses alat (kilang dll) yg memproses

sesuatu.

Daripada Kamus Komputer pula, proses ditakrifkan sebagai deretan kejadian

yang berlaku mengikut tujuan atau akibat yang ditentukan. 2. Jujukan pengendalian

yang berperaturan untuk mengeluarkan hasil tertentu. Atau 3. Pengendalian yang

dijalankan terhadap sesuatu data.

Menurut Andersen (1999 dalam “What Is Process", University Of Central

Florida) , beliau menyatakan proses sebagai; A logical series of related transactions

that converts input to results or output.

Page 8: Fakta, Konsep, Proses, Prosedur dan Prinsip dalam HSP Produksi Multimedia

Dalam Policy Repository Document Definition pula, proses dinyatakan

sebagai; A series of inter-related activities that result in an outcome. Several

procedures reflect a process.

Manakala menurut Information Service Knowledge proses ialah; A series of

related activities aimed at achieving a set of objectives in a measurable, usually

repeatable, manner. It will have defined information inputs and outputs, will consume

resources and will be subject to management controls over time, cost and quality. It

will also need to balance benefits against risks. A process defines what is to be

achieved; procedures define how the objectives are to be achieved.

Secara keseluruhannya boleh dikatakan bahawa proses ialah satu siri aktiviti

yang berturutan yang akan dilalui untuk mendapatkan hasil tertentu. Proses biasanya

dipengaruhi oleh prosedur dimana untuk mencapai objektif bagi setiap aras sesuatu

proses terdapat prosedur yang perlu untuk diikuti.

3.2 Contoh Daripada Huraian Sukatan Matapelajaran

Berikut ialah contoh-contoh proses yang terdapat dalam huraian sukatan pelajaran

Produksi Multimedia:

Bil Unit Bahagian Perkara/ Tajuk Pembelajaran

1 1.3.1 1 Mengenal pasti ahli pasukan multimedia seperti pengurus

produksi, pakar kandungan, penulis skrip, pengaturcara,

artis grafik dan pakar audio dan video.

2 2.3.1 2 Mengenal pasti perisian pembinaan elemen multimedia

seperti perisian teks, audio, grafik, video dan animasi

serta menggunakan perisian tersebut.

3 1.2.1 3 Menyatakan proses-proses yang terlibat dalam reka

bentuk bahan multimedia Iaitu fasa perancangan, analisis

keperluan, fasa pembangunan, dan fasa pengujian.

Page 9: Fakta, Konsep, Proses, Prosedur dan Prinsip dalam HSP Produksi Multimedia

4.0 PROSEDUR

4.1 Definisi

Menurut Kamus Dewan Edisi ke Tiga, prosedur dinyatakan sebagai cara yang lazim

utk membuat sesuatu urusan, aturan atau cara bekerja atau melakukan sesuatu.

Manakala daripada Policy Repository Document Definition, prosedur

merupakan; A written, approved specification for execution of some activity - often

composed of steps, using established methods or forms - designed to achieve a

uniform approach to compliance with applicable policies or directives.

U.S. Fish and Wildlife Service, Division of Information Technology

Management pula, mendefinisikan prosedur sebagai; A series of defined steps or

tasks. Manakala menurut Glosarry MG Rush Division of Morgan Madison and

Company, prosedur ialah Step-by-step process for carrying out a specific activity.

This defines how a job is to be done.

Selain itu, dalam Information Service Knowledge, ia mendefinisikan prosedur

sebagai; A set of specific steps that describe how an activity should be carried out,

and by whom. For example, the procedure dealing with carrying out a post-

implementation review of a Change would be likely to describe the scope of the

procedure (to what Changes does this procedure apply), its purpose and how the

success of the Change will be measured, the individual procedural steps and the

responsibilities for carrying out or being involved in each of those steps. Procedures

may be supported by more detailed Work Instructions.

Daripada keseluruhan definisi prosedur yang terdapat di atas boleh

disimpulkan bahawa prosedur ialah satu set langkah-langkah yang menerangkan

bagaimana suatu aktiviti atau tugasan dilakukan. Ia mungkin merupakan satu kaedah

yang spesifik yang menghuraikan proses-proses tertentu.

Page 10: Fakta, Konsep, Proses, Prosedur dan Prinsip dalam HSP Produksi Multimedia

4.2 Contoh Daripada Huraian Sukatan Matapelajaran

Berikut ialah contoh-contoh prosedur yang terdapat dalam huraian sukatan pelajaran

Produksi Multimedia:

Bil Unit Bahagian Perkara/ Tajuk Pembelajaran

1 2.1.1 3 Menghasilkan papan cerita melalui proses dan prinsip

reka bentuk.

2 2.2.1 3 Mengumpul bahan yang berkaitan dengan tajuk

persembahan multimedia daripada pelbagai sumber atau

ciptaan asli.

3 2.3.1 3 Menentukan bahan pilihan yang sesuai dengan tajuk

persembahan.

4 2.4.1 3 Mengintegrasikan elemen-elemen multimedia melalui

pembangunan projek multimedia.

5 2.5.1 3 Menentukan projek multimedia berdasarkan papan cerita

dengan menguji, menilai dan menyahpijat projek

multimedia.

6 2.6.1 3 Menyedia dan melengkapkan dokumentasi projek

multimedia dalam bentuk hard copy dan soft copy.

7 2.7.1 3 Menentukan spesifikasi pakej edaran dan manual

pengguna.

Page 11: Fakta, Konsep, Proses, Prosedur dan Prinsip dalam HSP Produksi Multimedia

5.0 PRINSIP

5.1 Definisi

Menurut Kamus Dewan Edisi ke Tiga, prinsip ialah asas atau dasar (yg menjadi

pokok sesuatu pemikiran, kajian, tindakan, atau hukum (sesuatu teori dll).

Pada pendapat penulis dalam produksi multimedia prisip boleh ditakrifkan

sebagai satu asas, faktor atau pegangan yang perlu untuk diikuti dan dipatuhi dalam

penghasilan sesuatu produk multimedia supaya produk yang dihasilkan menepati

spesifikasi yang telah ditetapkan.

5.2 Contoh Daripada Huraian Sukatan Matapelajaran

Berikut ialah contoh-contoh prinsip yang terdapat dalam huraian sukatan pelajaran

Produksi Multimedia:

Bil Unit Bahagian Perkara/ Tajuk Pembelajaran

1 1.1.1 3 Memperihalkan sesuatu hasil multimedia dari beberapa

sudut berdasarkan kepada prinsip reka bentuk iaitu;

keseimbangan, keseragaman, kesatuan dan interaktiviti.

2 2.1.1 4 Menghuraikan isu etika dan hak cipta mengenai

multimedia dari aspek; pembangunan sosial, royalti,

perundangan, paten dan hak cipta.

KESIMPULAN

Daripada kajian yang telah dilakukan terhadap terminologi fakta, konsep, proses,

prosedur dan prinsip, penulis telah dapat membezakan maksud kelima-lima

terminologi tersebut dan memadankan penggunaannya dalam huraian sukatan

pelajaran Produksi Multimedia.

Page 12: Fakta, Konsep, Proses, Prosedur dan Prinsip dalam HSP Produksi Multimedia

BIBLIOGRAFI

Basic Terms And Concepts, IBM Omnifind Discovery Edition, Version 8.4. http://publib.boulder.ibm.com/infocenter/discover/v8.4 (akses 16 April 2008)

Copy Right, Copy Sense, Copyright And Related Topics Glossary. http://www.pddoc.com/index.html (akses 16 April 2008)

Generic Programming Glossary. http://www.generic-programming.org (akses 16 April 2008)

Glossary, Intelligent Systems And Their Societies. http://www.infodiv.unimelb.edu.au/knowledgebase/itservices (akses 16 April 2008)

Glossary, MG Rush Division Of Morgan Madison And Company. http://www.mgrush.com (akses 16 April 2008)

Information Service Knowledge. http://www.intelligent-systems.com.ar/intsyst (akses 16 April 2008)

Iwebtool Computer Glosari. http://www.iwebtool.com/help (akses 16 April 2008)

Keywords And Definitions, Inventing The Organizations Of The 21st Century. http://ccs.mit.edu (akses 16 April 2008)

Kamus Dewan Edisi Ke Tiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://sbmb.dbp. gov.my/KNB/CarianKata (akses 18 April 2008)

Kamus Komputer. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://sbmb.dbp. gov.my/KNB/CarianKata (akses 18 April 2008)

Kamus Pelajar. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://sbmb.dbp. gov.my/KNB/CarianKata (akses 18 April 2008)

Khidmat Nasihat Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia http://sbmb.dbp. gov.my/KNB/CarianKata (akses 18 April 2008)

Library Vocabulary Common Terms Defined. http://www.libraries.rutgers.edu/is/publications/glossary (akses 16 April 2008)

Policy Repository Document Definition. http://www2.slac.stanford.edu/policy (akses 16 April 2008)

Pusat Perkembangan Kurikulum. 2002. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Produksi Multimedia. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 13: Fakta, Konsep, Proses, Prosedur dan Prinsip dalam HSP Produksi Multimedia

Pusat Perkembangan Kurikulum. 2002. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Produksi Multimedia. Kementerian Pendidikan Malaysia.

US. Fish and Wildlife Service, Division of Information Technology Management. Definition Of Terms And Phrases. http://www.fws.gov/stand/index.html (akses 16 April 2008)

What Is Process. University Of Central Florida. http://www.ucf.edu (akses 16 April 2008)

Wikipedia, The Free Encyclopedia. http://en.wikipedia.org/w/index.php (akses 16 April 2008)