esemen seni rph

7
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 3 MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL BIDANG : MEMBUAT CORAK DAN REKAAN AKTIVITI : LIPATAN DAN GUNTINGAN TEMA : OBJEK BUATAN MANUSIA TAJUK : HIASAN DINDING MASA : 60 MINIT TAHUN/KELAS : 3 SATRIA OBJEKTIF : Pada akhir pelajaran ini murid akan dapat: i) Membuat lipatan dan guntingan berdasarkan tema objek buatan manusia. ii) Melakukan aktiviti melipat, menggunting dan menampal hasil kerja mereka dengan betul. iii) menghargai hasil kerja tangan mereka sendiri. MEDIA : Alat – Gunting Bahan – kertas lukisan, kertas warna dan gam. BAHAN BANTU MENGAJAR : Contoh-contoh corak lipatan dan guntingan. EMK : Keusahawanan, kreativiti dan inovasi.

Upload: ita-a-samat

Post on 06-Sep-2015

244 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

RPH seni

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 3

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL

BIDANG: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

AKTIVITI:LIPATAN DAN GUNTINGAN

TEMA:OBJEK BUATAN MANUSIA

TAJUK:HIASAN DINDING

MASA:60 MINIT

TAHUN/KELAS:3 SATRIA

OBJEKTIF:Pada akhir pelajaran ini murid akan dapat:

i)Membuat lipatan dan guntingan berdasarkan tema objek

buatan manusia.

ii)Melakukan aktiviti melipat, menggunting dan

menampal hasil kerja mereka dengan betul.

iii)menghargai hasil kerja tangan mereka sendiri.

MEDIA:Alat Gunting

Bahan kertas lukisan, kertas warna dan gam.

BAHAN BANTU MENGAJAR : Contoh-contoh corak lipatan dan guntingan.

EMK:Keusahawanan, kreativiti dan inovasi.

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu jalinan, warna, harmoni dan

kepelbagaian yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam

penghasilan corak menggunakan teknik renjisan dan percikan.

2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media

dan teknik dalam penghasilan corak untuk dijadikan penanda buku.

3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan corak.

4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual sejarah seni dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni

visual yang ada pada renjisan dan percikan.

2.1.1 Unsur seni

2.1.1.1 Jalinan - tampak

2.1.1.2 Warna - primer dan sekunder

2.1.2 Prinsip Rekaan

2.1.2.1 Harmoni - warna dan jalinan

2.1.2.2 Kepelbagaian - warna

2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media,

serta proses dan teknik menggunakan dalam penghasilan renjisan dan percikan.

2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media

2.2.1.1 Alat - berus lukisan, berus gigi, palet dan sikat

2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau cat tempera

2.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya

2.2.2.1 Teknik - renjisan dan percikan

2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman bahasa

seni visual media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.

2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif

2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual iaitu jalinan, warna, harmoni dan kepelbagaian dalam penghasilan karya

2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya

2.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan

2.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan

LANGKAH/

MASA

ISI PELAJARAN/

KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Set Induksi

5 minit

1. Guru menunjukkan video tentang aktiviti lipatan dan guntingan kepada murid.

2. Murid memberi tumpuan terhadap video yang di tunjukkan.

3. Guru menunjukkan contoh corak yang terhasil daripada teknik lipatan dan guntingan.

4. Guru memperkenalkan teknik lipatan dan guntingan.

5. Guru bersoal jawab dengan murid tentang bahasa seni visual yang ada pada contoh corak.

Video

Contoh - contoh lipatan dan guntingan.

Langkah 1

10 minit

1.Guru memperkenalkan tajuk yang akan diajar.

2.Guru mengajarkan tentang teknik lipatan dan guntingan.

3.Guru mempamerkan contoh-contoh lipatan dan guntingan.

4.Guru memberikan penerangan tentang teknik dan proses lipatan dan guntingan.

5. Guru menunjukkan cara lipat dan cara guntingan

Teknik lipatan dan guntingan.

Bahan

Langkah 2

30 minit

1. Murid menghasilkan corak lipatan dan guntingan dengan bimbingan guru.

2. Murid melipat kertas warna dan melakar motif pada lipatan kertas .

3. Murid menggunting hasil lakaran.

4. Murid menampal corak lipatan dan guntingan pada kertas yang berlainan warna.

5. Murid mengbingkaikan hasil karya untuk dijadikan hiasan dinding.

Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Teknik penghasilan:

guntingan, tampalan.

Bahan :

Gam, gunting,

Kertas warna

Langkah 3

15 minit

1.Guru membuat penilaian hasil kerja murid.

2.Guru mempamerkan hasil kerja murid di hadapan kelas.

3. Murid menceritakan tentang hasil kerja mereka dihadapan guru dan rakan-rakan.

4.Guru memberikan komen bersama-sama dengan murid tentang hasil kerja mereka.

5.Guru memperbaiki atau memuji hasil kerja murid.

6.Hasilan yang menarik dipamerkan disudut seni.

7.Guru juga memberi dorongan dan galakkan kepada murid.

8.Murid merasa bangga dengan hasil kerja yang telah dibuat.

Nilai :

Kebersihan

persekitaran.

Kaedah ;

Simulasi