definisi dan konsep membaca.docx

33
DEFINISI DAN KONSEP MEMBACA Menurut kamus Dewan edisi Empat, baca ditakrifkan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Robert Lado (1964) menyatakan membaca sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya manakala Steinberg (1982) mendefinisikan proses membaca sebagai satu bentuk komunikasi dan tujuannya adalah memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis. Menurut Zulkifley Hamid (1994) pula, beliau menyatakan membaca sebagai proses pembaca mengenal lambang-lambang tulisan,menterjemahkannya kepada bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapatkan makna bagi bentuk tulisan tesebut. Marohaini Yusoff (1989) pula telah merumuskan proses membaca sebagai perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Terdapat dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca. Beliau telah merumuskan proses membaca seperti berikut: 1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca. 2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman selain pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya, untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna perkataan-perkataan yang dibacanya. 3. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang dibaca. Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya. Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut:

Upload: mokhtarppg

Post on 20-Nov-2015

105 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

DEFINISI DAN KONSEP MEMBACA

Menurut kamus Dewan edisi Empat, baca ditakrifkan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Robert Lado (1964) menyatakan membaca sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya manakala Steinberg (1982) mendefinisikan proses membaca sebagai satu bentuk komunikasi dan tujuannya adalah memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis. Menurut Zulkifley Hamid (1994) pula, beliau menyatakan membaca sebagai proses pembaca mengenal lambang-lambang tulisan,menterjemahkannya kepada bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapatkan makna bagi bentuk tulisan tesebut.

Marohaini Yusoff (1989) pula telah merumuskan proses membaca sebagai perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Terdapat dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca. Beliau telah merumuskan proses membaca seperti berikut: 1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman selain pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya,untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna perkataan-perkataan yang dibacanya.3. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang dibaca. Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya. Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut:a) mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.b) mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.c) menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia ada di kepala.d) mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan, dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang lengkap.e) mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.

4. Melihat kepada susun tugas dalam proses membaca, dapatlah dikatakan bahawa membaca adalah satu proses yang memerlukan pemikiran yang aktif.

Mengikut Solh (1981) dan Abdul Aziz (1993) kefahaman dalam bidang bahasa dikaitkan dengan dua kemahiran berbahasa sahaja iaitu mendengar dan membaca. Ini adalah berdasarkan kepada kepekaan pendengar dan pembaca iaitu ketika melakukan aktiviti mendengar dan membaca, masing-masing menggunakan deria pendengaran dan deria penglihatan untuk memahami apa yang didengar dan apa yang dibaca. Oleh itu,kemahiran mendengar dan kemahiran membaca mempunyai persamaan dari aspek kefahaman bahasa.Kesimpulannya, membaca adalah satu proses yang kompleks yang mana sesuatu isi atau maklumat yang bermakna disampaikan melalui lambang-lambang bertulis. Hal ini kerana proses membaca terdiri daripada gabungan beberapa proses yang kompleks, iaitu proses sensori, proses pengamatan, proses bahasa, dan proses kognitif. Setiap proses memainkan peranan penting dalam proses membaca secara keseluruhan.

http://sarjanapena.blogspot.com/2011/10/definisi-dan-konsep-membaca.html

DEFINISI DAN KONSEP MEMBACAKemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang. Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembalilambang-lambang bertuliskepadalambang-lambang bunyiyang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.

Takrif Membaca Ada banyak huraian berkaitan takrif membaca. Menurut kamus Dewan edisi Empat, baca ditakrifkan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Robert Lado (1964) menyatakan membaca sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya manakala Steinberg (1982) mendefinisikan proses membaca sebagai satu bentuk komunikasi dan tujuannya adalah memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis.Menurut Zulkifley Hamid (1994) pula, beliau menyatakan membaca sebagai proses pembaca mengenal lambang-lambang tulisan,menterjemahkannya kepada bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapatkan makna bagi bentuk tulisan tersebut.

Membaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Harris dan Sipay, 1980). Proses membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang itu mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi ataupun makna yang diketahui melalui pengalaman dan akhirnya berupaya mentafsirkan maksudnya. Marohaini Yusoff (1989) pula telah merumuskan proses membaca sebagai perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Terdapat dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca. Mengikut Solh (1981) dan Abdul Aziz (1993) kefahaman dalam bidang bahasa dikaitkan dengan dua kemahiran berbahasa sahaja iaitu mendengar dan membaca. Ini adalah berdasarkan kepada kepekaan pendengar dan pembaca iaitu ketika melakukan aktiviti mendengar dan membaca, masing-masing menggunakan deria pendengaran dan deria penglihatan untuk memahami apa yang didengar dan apa yang dibaca. Oleh itu,kemahiran mendengar dan kemahiran membaca mempunyai persamaan dari aspek kefahaman bahasa.

Bagi Smith dan Johnson (1980) pula, membaca berteraskan keinginan mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis denga tanggapan yang dibuat oleh pembaca. Di samping itu, Goodman (1973) pula menyatakan membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan. Ini menunjukkan melalui proses itu wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran kerana hubungan hubungan antara bahasa dengan pemikiran sememangnya berlaku dalam dimensi yang lebih luas. Kita menggunakan bahasa bagi melahirkan pemikiran yang wujud dalam minda.

Kesimpulannya, membaca adalah satu proses yang kompleks yang mana sesuatu isi atau maklumat yang bermakna disampaikan melalui lambang-lambang bertulis. Hal ini kerana proses membaca terdiri daripadagabungan beberapa proses yang kompleks, iaitu proses sensori, proses pengamatan, proses bahasa, dan proses kognitif. Setiap proses memainkan peranan penting dalam proses membaca secara keseluruhan.TUJUAN MEMBACA Tujuan membaca boleh dibahagikan kepada dua, iaitu;1. Tujuan serta-merta2. Tujuan lanjut

1. Tujuan Serta-Merta

Tujuan serta-merta adalah untuk membolehkan murid membaca dan memaham sesuatu bahan yang digunakan. Apabila seseorang murid dikatakan boleh membaca, maka kenyataan itu bermaksud murid berkenaan boleh membaca dengan cepat, tidak teragakagak, boleh membaca dengan serta-merta dan tidak mengambil masa yang panjang untuk menghabiskan sesuatu bahan bacaan. Selain itu, boleh membaca juga bererti murid boleh membaca bersendirian tanpa bergantung kepada bantuan guru.

Tujuan serta-merta juga mempunyai tujuan-tujuan yang lain; untuk membolehkan murid membaca dengan sebutan dan rentak irama atau intonasi yang betul. Untuk membolehkan murid membaca senyap tanpa berasa sebarang gangguan. Untuk mewujudkan sikap suka dan mahu membaca terus menerus dan mencari pengertian daripada yang dibaca. Untuk menimbulkan minat mahu membaca sebagai alat hiburan atau alat pengisi masa lapang dan menambah pengetahuan.2. Tujuan Lanjut

Tujuan lanjut bermaksud murid dapat membetulkan fahamannya yang salah, membandingkan fikiran dan pengalaman orang lain untuk menyelesaikan masalah hidupnya sendiri. Murid seharusnya dapat berfikir dan melahirkan fikiran dengan cara yang teratur. Apabila mereka boleh membaca maka dapatlah mereka menambah satu lagi alat perhubungan iaitu membolehkan mereka merapatkan diri dengan orang lain yang ada di sekelilingnya. Tujuan lanjut bermatlamat; Sebagai alat untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari sekolah dan juga sebagai satu cara untuk menyambung murid dan. Merapatkan lagi diri dengan masyarakat dan memudahkan mereka untuk mengikuti perkembangan alam dan manusia. Meluaskan fahaman serta membetulkan idea-idea yang salah. Menjadikan bahanbahan perbandingan dengan orang lain. Mendapat bahan fikiran untuk dijadikan panduan hidup iaitu dengan meneladani perkara-perkara yang baik yang dilakukan oleh orang lain.Tujuan membaca juga dapat dilihat berdasarkan kepada tujuan pengajaran dan pembelajaran membaca. Secara umumnya, membaca dilaksanakan bagi mencapai tujuan atau matlamat yang berikut;1. Membolehkan murid mengenal huruf, menyebut nama dan bunyi huruf.2. Melatih murid membaca dengan sebutan, tekanan, nada dan intonasi yang betul.3. Membina kebiasaan menuturkan ayat-ayat yang gramatis sebagaimana dalam bahan bacaan yang dibacanya.4. Melatih murid membaca secara senyap dan pantas di samping dapat memahami isi yang dibaca dengan pantas juga.5. Melatih murid memetik isi-isi bahan bacaan dengan cepat dan tepat dan menyatakan semula kepada orang lain dengan ayat yang betul dan boleh difahami dengan mudah.6. Menanamkan kemahiran untuk menjelaskan makna perkataan dan ayat-ayat dengan cepat, jelas dan tepat.7. Menghidupkan minat suka menyiasat dan mendalami maksud yang dibaca.8. Meluaskan kosa kata, mengenal pasti perbezaan maknanya dalam konteks yang berbeza.9. Menambahkan ilmu pengetahuan.10. Membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik bahan yang dibaca dengan jujur.11. Membetulkan pengetahuan sedia ada yang salah.12. Memudahkan mereka menyelesaikan masalah seharian yang melibatkan diri sendiri dan masyarakat.13. Membina sikap, cita-cita dan fikiran yang terbuka dan positif.14. Memberi peluang kepada murid uantuk mengetahui hal-hal luar negara.15. Membolehkan mereka mengerti dan memahami kehendak, situasi dan aspirasi masyarakat sekelilingnya.16. Memperkenalkan keindahan dan keseniaan bahasa di samping menggalakkan mereka dalam bidang penulisan kreatif sekiranya mereka mempunyai minat dan bakat.17. Membina sikap suka membaca sama ada untuk hiburan ataupun untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2012/05/tujuan-membaca.html

http://www.slideshare.net/izzatizamburi/kemahiran-membaca-pkp-3107

DefinisiMembaca adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran. Bacaan juga merupakan sebagai punca utama kegagalan kanak-kanak di sekolah. Malah dikatakan juga bahawa kegagalan membaca akan membawa kepada perlakuan salah laku, cemas, kurang motivasi, dan perasaan rendah diri (Mercer, 1992). Membaca adalah kemahiran yang kompleks dan banyak definisi diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Secara asasnya, membaca mengandungi dua proses asas, iaitu nyah kod (decode) dan pemahaman. Proses nyah kod melibatkan pemahaman tentang hubungan antara huruf-huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang sama dengan bahasa lisan. Oleh itu, kemahiran nyah kod membolehkan seseorang menyebut perkataan yang ditulis dengan betul. Manakala poroses pemahaman pula membolehkan seseorang memahami makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999). Dua definisi yang diberikan ini sudah cukup untuk menjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah satu proses yang kompleks.Berdasarkan definisi-definisi membaca yang ditelitinya, Marohaini Yusoff (1989) telah merumuskan proses membaca seperti berikut:1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca.2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahamanselain pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya,untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapatmenyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu maknaperkataan-perkataan yang dibacanya.3. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang dibaca.Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya. Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut: mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat. mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna. menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia ada di kepala. mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan,dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang kengkap. mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.Melihat kepada susun tugas dalam proses membaca, dapatlah dikatakan bahawa membaca adalah satu proses yang memerlukan pemikiran yang aktif. Berdasarkan definisi membaca dan rumusan yang dibuat berkaitan dengan proses membaca, dapatlah dimengerti bahawa membaca adalah kemahiran yang kompleks yang melibatkan beberapa kemahiran lain.Proses MembacaDaripada definisi-definisi yang telah dibincangkan, ternyata bahawa membaca adalah proses yang kompleks yang yang terdiri daripada gabungan beberapa proses yang kompleks, iaitu proses sensori (kederiaan), proses pengamatan, proses bahasa (linguistik), dan proses kognitif. Setiap proses memainkan peranan penting dalam proses membaca secara keseluruhan.1. Membaca sebagai proses sensori (kederiaan)Deria atau panca indera adalah pintu masuk berbagai rangsangan ke otak untuk diproses. Dua deria yang terlibat secara aktif dalam proses membaca adalah penglihatan dan pendengaran. Kedua-dua deria ini berhubung rapat antara satu sama lain dalam proses membaca.Deria penglihatanProses membaca berlaku apabila lambang-lambang dilihat dan disalurkan ke otak untuk diproses bagi mendapat makna sebenar. Bagi individu yang bermasalah penglihatan (buta) deria penglihatan akan digantikan dengan deria sentuhan.Deria pendengaranSeseorang memerlukan pendengaran yang baik untuk membolehkannya membaca dengan baik. Seseorang perlu mendengar dengan baik mesej yang diterima supaya ia dapat menghasilkan semula mesej itu dengan jelas dan tepat. Keadaan ini tidak berlaku kepada individu yang mengalami masalah pendengatan

2. Membaca sebagai proses pengamatanPengamatan adalah satu proses menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca indera berdasarkan pengalaman lalu dan pengamatan ini berhubung rapat dengan pemikiran. Dalam bacaan, pengamatan membolehkan seseorang mengenal dengan tepat lambang-lambang dan mengaitkannya dengan bunyi-bunyi dan juga makna. Pengamatan dalam bacaan adalah seperti: mendiskriminasi iaitu mengecam dan juga membezakan figure ground iaitu mengenal objek-objek, bentuk, atau corak-corak ingatan, iaitu mengingat kembali apa yang dilihat atau didengar, turutan, iaitu seperti memahami giliran dan urutan.3. Membaca sebagai satu proses bahasaBacaan adalah sebagaian daripada kemahiran bahasa (language arts) iaitu yang bermula daripada mendengar, bertutur, membaca, dan seterusnya menulis. Membaca dapat membantu manusia berkomunikasi dan berhubung sesama mereka melalui sistem lambang-lambang tulisan yang mereka cipta.4. Membaca adalah satu proses kognitifMembaca bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi juga melibatkan proses kognitif atau berfikir pada semua peringkat membaca seperti mengecam, mendiskriminasi, dan memaham. Oleh itu kecerdasan seseorang akan mempengaruhi kemajuannya dalam membaca.

Faktor-faktor yang Berkaitan Dengan MembacaKesediaan MembacaKesediaan adalah faktor penting sebelum seseorang kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Seorang kanak-kanak tidak boleh terus berjalan sekiranya otot-otot anggota kakinya cukup kuat untuk berdiri dan seterusnya berjalan. Oleh itu bagi menyediakan kanak-kanak berjalan, dia akan memulakan dengan merangkak, duduk, bangun, berdiri, bertatih, dan barulah berjalan. Begitu juga dengan membaca, seseorang kanak-kanak harus mempunyai keadaan perkembangan yang diperlukan terlebih dahulu sebelum kemahiran membaca diperkenalkan diajar kepadanya.Kebolehan membaca kanak-kanak wujud sekiranya kanak-kanak itu memahami dan bertindak secara bersesuaian apabila melihat perkataan-perkataan yang ditulis. Maksudnya kanak-kanak mesti berkeupayaan memahami konsep iaitu; semua benda mempunyai nama, nama benda boleh ditulis dalam perkataan, kedua-duanya saling bertukar, simbol-simbol perkataan boleh dibaca (Mechado, 1985).Kanak-kanak boleh cepat membaca sekiranya mereka hidup dalam persekitaran yang intelektual yang sentiasa berfaedah dengan tulisan seperti buku, surat khabar, dan sebagainya, kanak-kanak yang kaya dengan pengalaman persekitaran seperti ke pasar raya, ke pameran atau ke pusat-pusat peranginan, dan juga kanak-kanak mempunyai banyak peluang untuk berinteraksi dengan orang lain.Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca kanak-kanak adalah: keadaan fizikal pengalaman dan persekitaran emosi, motivasi, dan sahsiah kecerdasan pengamatan penguasaan bahasaKeadaan fizikal merujuk kepada keadaan mata, telinga, dan organ pertuturan yang sempurna. Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. misalnya mendengar cerita, lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa yang kerap berbual dengan anak mereka, dan sebagainya.Keadaan rumah tangga yang dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak.Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran. Semasa membaca kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf.Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan, kehendak ,dan sebagainya semasa berkomunikasi.Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan juga guru untuk memastikan kanak-kanak sudah mempunyai kesediaan membaca yang mencukupi sebelum mula mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak.Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kebolehan MembacaKemahiran membaca adalah satu proses kognitif yang kompleks. Oleh itu faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca juga adalah rumit dan saling mempengaruhi. Kesedaran tentang faktor-faktor yang mempengaruhi bacaan ini akan dapat membantu guru merancang pengajaran bacaan untuk murid-muridnya. Menurut Marohaini Yusoff (1999) faktor yang mempengaruhi bacaan terbahagi kepada dua kategori besar, iaitu:i. faktor yang ada pada diri murid atau pembacaii. faktor yang ada pada bahan bacaan.

Peringkat-peringkat Mengajar BacaanPengajaran bacaan yang dijalankan boleh guru bahasa tertumpu kepada dua kemahiran iaitu bacaan secara kuat (bacaan mekanis) dan bacaan secara senyap (bacaan mentalis/akaliah). Kemahiran membaca kuat lebih menumpukan kepada kemahiran sebutan, intonasi, dan gaya membaca (membaca berita). Manakala bacaan senyap merupakan kemahiran membaca untuk memaham dan juga kepantasan membaca petikan sesuatu bahan.Mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak hendaklah dibuat secara berperingkat-peringkat supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Kamarudin Hj. Husin (1988) membahagikan pengajaran bacaan kepada lima peringkat:

i. peringkat menyediakan muridii. peringkat mendirikan asasiii. peringkat melatih membaca dan memahamiv. peringkat melatih membaca untuk hiburan atau mencari maklumatv. peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca.

Apabila kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan, guru perlu menyiasat terlebih dahulu tahap kesediaan murid terutamanya penguasaan bahasa dan juga emosi murid. Pengetahuan guru tentang tahap kesediaan membaca murid dan juga kemahiran sedia ada murid akan dapat membantu guru untuk menyediakan murid bagi pelajaran membaca. Peringkat mendirikan asas bacaan sangat penting dalam pengajaran kemahiran membaca kepada murid-murid. Pada peringkat ini guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dan juga bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang digunakan hendaklah ringkas, menarik, dan bermakna. Kemahiran asas bacaan bermula dengan mengenal abjad, suku kata, perkataan, frasa, dan seterusnya ayat. Pada peringkat ini juga galakan dan dorongan perlu diberikan kepada murid secara berterusan.Peringkat seterusnya adalah melatih membaca dan memaham. Pada peringkat ini bahan bacaan yang digunakan hendaklah dipilih dengan baik. Selain menekankan aspek sebutan dan kelancaran, guru juga mula menekankan aspek pemahaman. Kebiasaan murid membaca nyaring boleh dikurangkan kepada bacaan senyap secara beransur-ansur. Soalan-soalan guru berkaitan bahan yang dibaca akan membantu murid membina kemahiran memahami.Setelah kanak-kanak sudah boleh membaca dengan lancar dan seterusnya memahami isi bahan yang dibaca, mereka akan menggunakan kemahiran ini untuk memilih bahan bacaan lain untuk mencari maklumat dan juga untuk mengisi masa lapang. Guru boleh membantu kanak-kanak dengan mengajar mereka kemahiran mencari maklumat di pusat sumber dan juga internet.Akhir sekali adalah peringkat membina sikap suka membaca. Sikap suka membaca hendaklah dipupuk di peringkat sekolah lagi supaya sebati dengan jiwa kanak-kanak. Kebiasaannya sekolah kerap mengadakan pertandingan membaca, pameran buku, peraduan mengarang, dan sebagainya.

Pemulihan Bacaan1. Menguji Kemahiran MembacaMembaca adalah salah satu kemahiran bahasa yang penting dikuasai oleh kanak-kanak supaya mereka dapat mencapai kemajuan dalam pelajaran dan juga kualiti kehidupan mereka. Sebab itulah sekiranya seorang murid gagal membaca dengan baik selalunya dikaitkan dengan kegagalan pengajaran guru dan juga pendidikan di sekolah berkenaan. Sebab itu guru perlu didedahkan kepada alat, kaedah dan teknik menguji kemahiran bacaan terutamanya ujian bacaan secara diagnostik. Ujian diagnostik bacaan akan dapat membantu guru mengesan kesukaran-kesukaran khusus bacaan murid.Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat mengesan secara objektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam proses membaca. Bermula dari sinilah guru akan dapat merancang aktiviti-aktiviti pengajaran pemulihan bacaan. Murid yang bermasalah dalam bacaan tidak boleh dibiarkan berterusan dengan masalah membacanya kerana akan memberi kesan terhadap pencapaiannya dalam pelajaran secara keseluruhan.Ujian bacaan hendaklah dijalankan secara berterusan supaya maklumat yang diperolehi dapat memberi gambaran sebenar kelemahan murid. Masalah bacaan sebenar murid penting supaya guru dapat menilai semula rancangan pemulihan bacaan dan boleh membantu guru menentukan objektif pengajaran bacaan seterusnya. Kaedah dan teknik mengajar membaca perlu dipelbagaikan bagi mengelak kebosanan.

2. Ujian Bacaan Nyaring Terdapat berbagai-bagai jenis ujian bacaan yang boleh dilaksanakan guru kepada murid-muridnya. Namun begitu ujian bacaan nyaring merupakan langkah pertama untuk mengesan kesukaran-kesukaran secara khusus dalam bacaan secara diagnostik. Berdasarkan kajian-kajian lepas, Abdul Aziz Talib (1989) telah menyenaraikan kesukaran-kesukaran dalam kawasan-kawasan yang perlu ditubuhkan dalam sesebuah ujian bacaan:A. Peringkat huruf (abjad) Huruf kecil (a-z)- mengenal bentuk huruf- mengenal nama huruf- mengenal bunyi huruf Huruf besar (A-Z)- mengenal bentuk huruf- mengenal nama huruf- mengenal bunyi huruf- memadan huruf besar-huruf kecil Diskriminasi penglihatan- huruf-huruf yang berdekatan bentuk- huruf besar dalam perkataan- huruf-huruf kecil dalam perkataan Diskriminasi pendengaran huruf-huruf yang berdekatan bunyi foniknya Pembalikan huruf (reversals)- huruf besar- huruf kecilB. Peringkat Perkataan membatang suku kata terbuka membatang suku kata tertutup membatang suku kata yang mempunyai gugusan konsonanC.Peringkat Perkataan pembalikan perkataan membezakan bunyi fonem /e/ dan /a/ dalam perkataan membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata terbuka dalamperkataan Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata tertutup dalamperkataan Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata yangmengandungi gugusan konsonan dalam perkataan Kekeliruan antara ejaan dan sistem bunyi Bahasa Melayu dan BahasaInggeris dalam perkataan Menyebut perkataan dasar dan perkataan berimbuhanD. Peringkat Frasa Membaca frasa-frasa sebagai satu unit makna/pemikiran.E. Peringkat Ayat Membaca ayat-ayat pendek membaca ayat-ayat panjangDaerah-daerah kesukaran yang disenaraikan di atas hendaklah diuji melalui item-item soalan yang dibina oleh guru yang dibina secara berasingan. Guru boleh menggunakan kad-kad ujian bagi setiap daerah kesukaran yang hendak diuji dan tidak perlu dijalankan serentak bagi kesemua tajuk.Dalam ujian bacaan nyaring, murid diminta membaca petikan dengan kuat dan guru merekod kesalahan kesalahan yang dilakukan murid. Abdul Aziz Talib (1989) menyenaraikan jenis kesilapan yang perlu direkod seperti berikut: membuang/meninggalkan (omission) bunyi huruf/perkataan /imbuhan yang ditinggalkan Ulangan (repetition) - mengulang-ulang perkataan/suku kata Gantian (substitute) - bunyi huruf/perkataan diubahgantikan Tambahan (insertion) bunyi huruf/imbuhan/perkataan ditambah Pembalikan (reversals) - huruf/perkataan/frasa dibaca secara terbalik/songsang.Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu merekodkan masalah-masalah atau tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca, iaitu: membatang suku kata terlebih dahulu bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak tidak boleh membaca langsungMaklumat lain yang perlu direkodkan guru adalah sekiranya murid mempunyai kecacatan yang boleh menjejas bacaannya seperti gagap, sengau, pelat, telor, masalah penglihatan, dan masalah pendengaran.

Prinsip-prinsip pengajaran Pemulihan BacaanSegala maklumat yang guru perolehi membolehkannnya merancang rancangan pengajaran pemulihan bacaan untuk muridnya. Margaret et.al., 1989) telah menyarankan beberapa prinsip pengajaran pemulihan bacaan yang boleh dijadikan pegangan oleh guru dalam membantu muridnya membaca.Guru haruslah memulakan pengajaran pada tahap yang sesuai. Keputusan ujian diagnostik bacaan dapat membantu guru mengenal pasti daerah kelemahan dan tahap bacaan murid. Murid perlu diberi tangungjawab terhadap pembelajaran mereka. Murid akan dapat belajar dengan lebih baik sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Gunakan bacaan nyaring dan bacaan senyap mengikut kesesuaian. Gunakan setiap jenis bacaan ini mengikut keperluan murid. Bacaan senyap sangat berkesan untuk mengajar murid mengawal proses bacaan mereka sendiri. Manakala bacaan nyaring pula sangat berkesan untuk meningkatkan kemahiran sebutan dan kelancaran bacaan.Komponen Pengajaran Pemulihan BacaanSepanjang sesi pengajaran bacaan guru disarankan mengikut langkah-langkah pengajaran yang meliputi komponen-komponen bacaan berikut:Bacaan peringkat pengajaran bermaksud murid membaca bahan bacaan mengikut tahap pembelajaran mereka. Di sini mereka akan menjumpai perkataan-perkataan baru dan juga konsep-konsep baru di bawah bimbingan guru yang akan membantu menyelesaikan masalah dan juga membantu mereka menguasai bahan bacaan dengan baik.Pengajaran berfokus dilaksanakan bergantung kepada keperluan murid. Guru mungkin akan memperuntukkan sedikit masa untuk membantiu murid tertentu membaca dengan memberi fokus kepada aspek tertentu dalam bacaan. Cara ini akan membantu murid memfokus kepada aspek bacaan yang mereka hadapi kesukaran.Menyemak atau meneliti semula dilakukan untuk membantu murid untuk mengingat semula perkara yang telah dipelajarinya. Sedikit masa yang diperuntukkan digunakan untuk mengingat semula seperti makna perkataan dan bahan bacaan yang telah dipelajari sebelum itu.Bacaan bebas adalah untuk membentuk sikap membaca yang kekal, iaitu murid mendapati membaca dapat memberi maklumat, dan menyeronokkan. Pada peringkat ini murid digalakkan memilih bahan bacaan mereka mengikut tahap bacaan bebas mereka iaitu dapat membaca sendiri tanpa bimbingan guru.

KesimpulanKemahiran membaca sangat penting dikuasai oleh kanak-kanak kerana melalui pembacaan mereka dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran, meluaskan pengetahuan, mencari dan mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan dan lain-lain lagi. Guru memainkan peranan penting dalam mengajar kanak-kanak kemahiran membaca. Oleh itu guru perlu nmenggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan supaya kemahiran membaca dapat dikuasai dengan baik. Ujian-ujian pemahaman bacaan perlu dijalankan secara berterusan bagi mengetahui dan mamantau pencapaian murid dalam bacaan.

http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/pengajaran-kemahiran-bahasa-melayu_19.html

GARIS PANDUAN PEMILIHAN BAHAN BACAAN TAMBAHAN BAGI KEGUNAAN SEKOLAH

Pemilihan bahan bacaan tambahan adalah sebagai satu usaha oleh pihak sekolah untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menyokong dan menepati keperluan pembelajaran murid yang pelbagai. Bahan bacaan tambahan yang dipilih hendaklah dapat membantu dan mengukuhkan pelaksanaan program perkembangan murid ke arah menjadi insan yang produktif dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Bahan bacaan tambahan yang dimaksudkan di dalam garis panduan ini meliputi semua bahan bacaan bercetak (kecuali buku teks yang diperakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan bahan bacaan tambahan yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia) bagi kegunaan sekolah untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.

KANAK-KANAK DAN PEMILIHAN BAHAN BACAAN

Mempunyai ciri-ciri psikologi yang berbeza. Oleh itu, persembahan dan penyampaian yang sesuai amat diperlukan dalam sebuah bahan bacaan. Secara umumnya kanak-kanak dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan umur seperti berikut:1. umur 0-6 tahun (peringkat prasekolah)Kanak-kanak pada peringkat umur ini belum lagi mempunyai fikiran yang kritis untuk memahami sebab dan akibat atau cara dan tujuan. Pengetahuan mereka tentang kenyataan adalah sangat sederhana.SetiapBuku-buku untuk peringkat umur ini harus mengandungi teks yang pendek, penuh dengan aksi mudah yang menuju kepada kesimpulan yang memuaskan. Ia juga harus mempunyai perkaitan dengan dunia sehariannya agar dapat membantu mereka memahami dan menginterpretasikan dunia sekelilingnya.

2. Umur 6-8 tahunKanak-kanak yang berada pada peringkat umur ini mempunyai sifat ingin tahu dan mereka juga sudah mula mengerti serba sedikit apa-apa yang dibicarakan oleh orang dewasa. Kanak-kanak selalunya telah bersedia untuk membaca jika:Tertanya-tanya tentang huruf dan perkataan dalam buku, akhbar atau kertas.Meluangkan masa membaca buku-buku bergambarnya.Suka mendengar cerita.Berminat dalam perkataan-perkataan dan leka untuk meningkatkan tatabahasanya.Berpura-pura menulis dan membacacuba untuk menyalin huruf-huruf dan nombor.Pada peringkat ini, mereka mungkin sudah boleh membaca buku yang mengandungi teks yang banyak. Buku-buku bergambar juga masih sesuai untuk mereka kerana gambar-gambar yang terdapat dalam buku boleh memberi gambaran kepada teks. Mereka juga berminat dalam hal-hal yang berkaitan dengan binatang dan alam semula jadi.

3. Umur 8-10 tahunPada peringkat ini, kanak-kanak mempunyai daya imaginasi yang semakin berkembang dan mereka seronok dengannya. Oleh itu, untuk membantu kanak-kanak memenuhi keperluannya ketika berimaginasi, bahan bacaan yang mengandungi cerita dongeng dan cerita rakyat amat sesuai digunakan untuk mereka.

4. Umur 10-12 tahunPada peringkat ini, mereka telah mempunyai sikap kritis terhadap unsur-unsur kenyataan dan bersedia untuk menerima pengetahuan baharu. Perkembangan tatabahasanya juga berkembang dengan cepat dan mempunyai kebolehan yang tinggi dalam mengungkapkan idea-idea yang abstrak. Mereka juga berusaha belajar untuk mendapatkan maklumat daripada buku. Mereka sudah mampu mengikuti arahan-arahan yang terdapat dalam buku mereka. Oleh itu, pada peringkat ini, buku yang berhubung dengan seni dan kerja tangan mampu menarik minat mereka.

Di samping itu, kanak-kanak lelaki dan perempuan sudah mula menunjukkan minat yang berbeza. Pada usia ini, kanak-kanak perempuan lebih berminat kepada alam persekolahan, kisah binatang, fantasi, dan sejarah manakala kanak-kanak lelaki pula lebih menggemari kisah pengembaraan, cerita lucu, dan buku yang berkaitan dengan subjek hobi, saintifik dan teknikal.

Walaupun pembahagian peringkat kanak-kanak mengikut umur tidak begitu jelas dan menimbulkan perbezaan, orang-orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak perlu tahu serba sedikit tentangnya. Ini kerana setiap peringkat umur, kanak-kanak memerlukan bahan penerbitan yang berbeza dari segi persembahan dan bentuk bahannya.

PRINSIP PEMILIHAN BAHAN BACAAN

Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran, dan prinsip-prinsip pemilihan bahan pengajaran bahasa dirumuskan seperti yang berikut.

1. SesuaiPerkataan sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan, di mana konsep sesuatu mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan juga keterangan berkaitan dengan mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh pelajar menepati seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau individu. Pemilihan bahan bacaan hendaklah mempunyai hubungan kesesuian dengan perkara-perkara seperti berikut :

a) objektif dan matlamat pengajaran bahasab) Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaranc) Keadaan pelajard) Suasana pembelajarane) Minat pelajar

Bahan bacaan yang dipilih hendaklah sesuai dengan matlamat dan objektif pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu sebelum memilih sesuatu bahan. Dengan objektif pengajaran yang tertentu, guru boleh memilih bahan-bahan bacaan yang sesuai dan dapat membantu kearah pencapaian objektif tersebut. Bahan yang dipilih juga hendaklah sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara dan juga bersesuaian dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan situasi tempatan.

Guru juga sepatutnya mengambil kira keadaan pelajarnya yang datang daripada pelbagai latar belakang pengalaman sosial, pendidikan, ekonomi, taraf pencapaian dan sebagainya ketika menyediakan bahan. Bahan-bahan yang sesuai dengan segolongan pelajar, mungkin tidak sesuai dengan segolongan pelajar yang lain. Faktor lain adalah suasana pembelajaran, dimana bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik. Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah pelajar, isi pelajaran, bahan dan guru. Dalam proses pembelajaran pula, rangsangan yang mengarah pada pemikiran dan seterusnya mewujudkan tingkah laku tertentu merupakan tiga konsep yang penting.

2. MencabarTerdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran iaitu rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang dipilih dapat memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka untuk terus belajar.

Satu strategi pemeringkatan bahan bacaan yang dapat mencabar pemikiran pelajar ialah bahan-bahan yang dipilih itu mesti terdiri daripada bahan-bahan yang mengandungi ciri-ciri berikut :a) bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak.b) Bahan yang mudah kepada yang kompleks.c) Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada bahan yang mempunyai hubungan yang bersepadu.d) Bahan yang khusus kepada bahan yang umum (induktif)e) Bahan yang umum kepada yang khusus (deduktif)f) Bahan yang umum kepada teori.g) Bahan masakini kepada masa akan datang.3. Menepati

Ketepatan bahan bacaan dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan bacaan yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan bacaan yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahasa, proses pembelajaran dan pengajaran. Ketepatan sesuatu bahan dengan kurikulum pengajaran bahasa adalah berdasarkan ciri-ciri yang berikut:

a) Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar.b) Susunan bahanc) Mengandungi maklumat atau fakta yang yang tepat.d) Maklumat yang kemaskinie) Perbendaharaan kata yang sesuaif) Bahan pengajaran yang diperakui.4. Menarik

a) Reka letak: peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar atau kartun mestilah disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan memydahkan pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep.b) Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur pelajar.c) Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran, tetapi berfungsi sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat menambah atau mengukuhkan pembacaan pemahaman.d) Kualiti kulit dan cara buku dijilide) Bahan pengajaran mengandungi arahan yang jelas.

5. Jimat dan mudahSekiranya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli, tidak semestinya mahal. Sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru contohnya dengan menggunakan bahan terbuang.\

6. PraktikalBahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya praktikal sama ada kepada guru atau pelajar. Bahan bacaan seharusnya sederhana dan mudah digunakan serta menggunakan bentuk bahasa yang yang berdasarkan situasi sebenar. Ini dapat membantu pelajar menggunakan bahasa dalam komunikasi. Selain itu, bahan tersebut seharusnya tahan lasak jika digunakan berulang-ulang kali dan sekiranya digunakan untuk lebih dari satu mata pelajaran dan juga sesuai pada masa dan mata pelajaran lain.

http://kemahiranmembaca123.blogspot.com/2013/05/pemilihan-bahan-bacaan.html

Penilaian

http://www.slideshare.net/mimiedali/bmm3104-topik-10-oleh-pn-normi-bt-mohd-dali-ipgksah

Penilaian Kemahiran Membaca:Ia merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Penilaian kemahiran membaca penting untuk guru-guru mengetahui tahap kemajuan murid-murid. Penilaian ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan jenis pengujian.Kemahiran mem,baca merupakan keupayaan murid-murid membaca ayat dengan lancer serta sebutan ,intonasi dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara krirtis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

Ciri-ciri Penilaian Membaca:1. Merupakan satu proses yang berterusan.2. Menjelaskan kemajuan pembelajaran seseorang.3. Penilaian menghendaki sampel kerja ,murid yang mencukupi.4. Boleh dilakukan secara penilaian dengan sendiri.5. Terbuka dan tiada batasan.6. Teknik penilaian seharusnya member peluang kepada murid merasai perubahan tingkah laku yang ingin dicapai oleh mereka.

Matlamat Dalam Penilaian Kemahiran Membaca Dibahagikan Kepada 3:1. Matlamat Persepsi.2. Matlamat Kognitif.3. Matlamat Afektif.

Matlamat Persepsi:1.Dalam penilaian, murid-murid harus prihatin terhadap kebolehubahan.2.Mereka boleh menyesuaikan kadar membaca dan peka terhadap sesuatukonsep perkataan.

Matlamat Kognitif:1.Untuk mencapai matlamat ini dalam penilaian,keprihatinan harus ditumpukan terhadap jenis aras pemukiran yang digunakan semasa membaca.

Matlamat Afektif:1. Penilaian ini harus menimbulkan perasaan dan sikap murid terhadap bahan yang dibaca.2. Murid-murid dinilai secara berterusan dengan jujur dan adil agar pelajar dapat mengalami setiap aras kesukaran iaitu dari mudah kepada kompleks.

Proses Penilaian Membaca dibahagikan kepada 3:1. Mengenal pasti idea keseluruhan.2. Mengenal idea utama dan sokongan.3. Membuat ramalan dan kesimpulan.Mengenal pasti idea keseluruhan:a. Mesej utama yang disampaikan penulis.b. Mengesan pandangan, pendapat ,emosi penulis.c. Kenal pasti prinsip penulisan:-Pengelasan mengikut kronologi.- Pengelasan mengikut hierarki.- Pengelasan mengikut ciri-ciri.

Mengenal idea Utama dan Keterangan:a. Idea Utama.-satu atau lebih idea utama.-satu idea utama dalam satu perengganb. Sokongan-Huraian atau keterangan yang menyokong idea utama.-Disertai dengan contoh-contoh.Membuat Ramalan dan Kesimpulan:a. Dibuat sesudah pembaca mengesan isi tersirat.b. Mesti baca dan teliti seluruh teks.c. Tidak semestinya disokong dengan contoh dan keterangan.d. Lahir daripada resolusi dan kefahaman pembaca.Secara kesimpulan, penilaian kemahiran membaca juga dianggap sebagai salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ianya adalah penting bagi tujuan mengesan tahap kemajuan atau pencapaian kemahiran membaca bagi setiap murid-murid

https://mysalawati.21classes.com/interaksi-minggu-ke-8-9-penilain-kemahiran-mendengar-dan-bertutur