definisi dan konsep akhlak, moral dan etika

65
Definisi & Konsep Etika, Moral, Akhlak

Upload: tee-pei-jing

Post on 10-Nov-2015

212 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Menceritakan tentang maksud-maksud, ciri-ciri dan perbezaan tentang akhlak, moral dan etika.

TRANSCRIPT

MR1311D2-PENDIDIKAN MORAL

Contoh Keperibadian Mulia Abu tidak suka ponteng sekolah serta melepak di pusat permainan video, sebagaimana yang sering dilakukan oleh rakak-rakannya yang lain. Baginya, perbuatan tersebut akan membawa keburukan kepadanya dan juga akan mencemarkan nama baik keluarganya.Menerangkan definisi, ciri-ciri dan implikasi terhadap tingkah laku individu.Definisi & Konsep AsasETIKAMORALAKHLAKEtikaBerasal daripada bahasa Yunani kuno iaitu ethos (mempunyai banyak erti seperti tempat tinggal yang biasa,kebiasaan,adat,akhlak dll)Didefinisikan sebagai ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak&moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulanLebih kepada peraturanKod etika juga dapat digambarkan melalui kod akhlak

Contoh:Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya di dalam bilik guru sewaktu berbual dengan rakan-rakan sejawatnya. Perkara yang didedahkan adalah tentang latar belakang keluarga pelajar yang mempunyai masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan jumlah adik beradik pelajar itu seramai dua puluh lima orang. Pelajar yang dimaksudkan itu mengalami tekanan lantaran keluarga yang porak peranda. Sama ada guru kaunseling itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah melanggar etika seorang guru yang perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada dipersendakan atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah

MORALDaripada perkataan Latin (mores ditakrifkan sebagai tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakatMaksud :ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan yang berasaskan ukuran baik & buruk sesuatu akhlak serta sering kali dikaitkan dengan perkara yang betul & adilLebih kepada tingkah laku2 jenisBermoral ()&Tidak bermoral(X)

Contoh:Sepasang suami isteri menemui seorang bayi di tepi sebuah balai raya ketika pulang ke kampung orang tuanya. Kebetulannya pasangan itu tidak mempunyai anak setelah 10 tahun berkahwin. Merekabercadang untukmembawabayi comel itu balikke rumah dan membelanya tanpa mengikut peraturan undang-undang. Akhirnya, setelah berbincang mereka akur bahawa undang-undang negara perlu dipatuhi. Mereka membawa bayi comel itu ke balai polis untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang yang ditentukan.

Nora terjumpa dompet kawannya yang tercicir. Dia mengutipnya tanpa pengetahuan sesiapa. Nora boleh menyimpan dompet itu jika dia mahu. Nora seorang budak yang jujur dan ikahlas. Dia segera memulangkan dompet tersebut. Nora ialah seorang budak yang bermoral. Dia tidak teragak untuk berbuat demikian kerana kejujuran merupakan sebahagian daripada akhlaknya. Tidak guna dia mengambil dompet kepunyaan orang lain kerana hatinya akan menjadi gelisah. Gerak hatinya tidak merestui perlakuan tersebut. Hatinya lapang apabila dia memulangkan dompet tersebut kerana dapat membantu meringankan bebanan orang lain.

AkhlakMerupakan kata jama bagi perkataan al-khulq yang berasal dari perkataan Arab,khalaqaMempunyai tiga aspek:Sifat semula jadi yang dipunyai oleh individu (contoh: wajah seorang yang nampak sombong, sebenarnya dia adalah seorang yang baik hati manakala wajah seorang nampak baik hati, sebenarnya dia adalah seorang yang sombong dan jahatSifat yang dimiliki melalui latihan sehingga diterima sebagai tabiatMempunyai dimensi batin dan zahirContoh batin: seseorang yang ibu bapanya bercerai menyebabkan dia sentiasa berasa tidak gembira dan sedih. Dia sentiasa melakukan semua kerja dengan sendiri dan tidak memerlukan bantuan daripada orang lain. Selain itu, dia juga tidak mahu berkawan dengan orang lain. Ini menyebabkan kehidupannya sangat susah. Apabila dia tidak gembira, dia tidak dapat menyatakan kesusahannya kepada orang lain. Dia sentiasa menyimpan rahsia dan perkara-perkara yang tidak baik di dalam hatinya. Membawa maksud budi pekerti,kelakuan,tabiat serta segala gerak laku perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan atau keadaan kejiwaan yang darinya akan terbit tingkah laku dan perbuatan manusiaCiri-ciri & Implikasi Etika, Moral, Akhlak Terhadap Tingkah Laku IndividuCiri-ciriKandungan MoralPeraturan MoralDefinisi:Bermaksud satu hasil kajian mengenai konsep penerimaan atau penolakan tingkah laku manusiaPenerimaan merujuk sebagai tingkah laku yang betul manakala penolakkan merujuk kepada tingkah laku yang salahSelalunya ia dikaitkan dengan peraturan ataupun kod-kod undang yang sistematik atau teratur mengenai kod perlakuan

Menekankan cara manusia berfikir,undang-undang yang ideal dan sifat-sifat tertentu tentang moralPrinsip-prinsip peraturan moral:KeadilanAutonomiAltruisme

Ciri-ciri:Boleh diubah-ubahDicipta oleh manusiaTiada pengasas, seseorang bermoral haruslah menghormati orang lain

Peraturan AdatDefinisi:Perkataan adat adalah suatu istilah yang berasal dari bahasa Arab yang bererti kebiasaan kehidupan manusiaDr.R.Van Dijk menyatakan bahawa adat merupakan semua kesusilaan dan kebiasaan dalam semua lapangan hidup, juga semua peraturan tingkah laku. Menurut Syed Alwi, adat ialah peraturan-peraturan hidup yang dipusakai daripada datuk nenek kitadan yang diperturunkan daripada bapa kepada anak atau daripada yang tua kepada yang mudah dengan kaedah ditunjuk, diajar, ditegur dan disapa serta tidak dengan cara yang bertulis (Tam Y.K, 2000)

Ciri-ciri:Cara hidup manusia yang mementingkan sifat-sifat tingkah laku yang murni dan baik.Dicipta oleh manusia dan disampaikan secara lisan seperti nasihat, teguran dan teladan dari satu generasi kepada generasi yang lainPenafsiran peraturan adat adalah berbeza mengikut kaum, masa dan lokasi.

Peraturan AgamaDefinisi :Merupakan aspek intrinsik kepada kemoralan. Agama mempunyai peraturan-peraturan tertentuPeraturan-peraturan ini adalah berlainan mengikut ajaran agama masing-masing ( Koo dan Tang,1990) Peraturan agama merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Peraturan ini termaktub dalam kitab agama. Peraturan ini menetapkan panduan tingkah laku menyatakan balasan jika

peraturan itu dilanggar. Justeru, peraturan boleh mendorong penganutnya untuk mematuhi tuntutan agama.Ciri-ciri:Tidak boleh diubah-ubahBukan ciptaan manusiaSemua penganutnya mestilah mematuhi peraturan yang terdapat dalam agama masing-masingPeraturan agama adalah satu cara hubungan antara manusia dengan Tuhan.Peraturan agama juga merangkumi cara hubungan antara manusia dengan manusia

Peraturan undang-undangDefinisi:merupakan peraturan-peraturan masyarakat yang telah diluluskan oleh autoriti dalam sebuah negaraIa menekankan kawalan tingkah laku yang tidak disukai oleh masyarakat. Tujuannya ialah sebagai alat kawalan atau rujukan bagi sesuatu kesalahanWeber berpendapat bahawa norma, nilai dan peraturan masyarakat boleh membentuk tingkah laku manakala watak seseorang itu adalah lahir daripada kepatuhan individu tersebut terhadap undang-undang yang sahCiri-ciri:Boleh berubahDicipta oleh manusiaKuasa tertinggi sesuatu tempat menjadi sumber utama kewujudannya (contoh : Perlembagaan)

Keperibadian MuliaMempunyai ciri perwatakan yang mulia (contoh: berbudi pekerti,bertingkah laku sopan dan mengamalkan nilai-nilai mulia dalam setiap perilaku)Mematuhi peraturan masyarakat atau peraturan komuniti dengan tidak melanggar batas-batasnyaTidak mempersoalkan kepentingan moralMempratikkan keperibadian mulia dengan tidak mengharapkan apa jua balasan ataupun faedah

Contoh-contoh sikap berbudi pekertiKita bersopan santun dan tidak memanggil orang hui!hui!. Apabila kita nampak ada orang jatuh, kita menolong orang yang jatuh itu. Apabila kita berjumpa dengan orang yang kita kenal, kita bertegur sapa dengan orang tersebut.Kita sentiasa menepati masa apabila pergi bekerja, sekolah dan lain-lain lagi.Kita memberi salam kepada cikgu atau orang yang lebih tua.

Apabila kita menaik bas, kita memberi kedudukan kepada orang yang lebih perlu, contohnya orang tua, wanita yang mengandung dan sebagainya.Apabila polis ternampak ada dua orang budak ini melalui jalan yang mempunyai banyak kenderaan, dia bimbang akan keselamatan mereka. Oleh itu, dia pergi membawa dua orang budak itu melintasi jalan yang sangat bahaya ini.Tayangan Video-Budi Bahasa Budaya Kita

Tayangan Video- Budi Bahasa

Tunjukkan anda berminat mendengar apa-apa yang sedang dibualkan.

Tidak menelefon lewat malam.

Ketika bertemu rakan baru

Memberi salam.

Senyum dan memandang mukanya ketika bersalam.

Beramah mesra dengannya.

Ketika berhubungan dan berkomunikasi

Mengetuk pintu sebelum masuk ke bilik seseorang.

Meminta izin sebelum menggunakan barang milik orang.

Mengucapkan maaf sekiranya hendak mencelah atau inginkan sesuatu daripada orang lain.

Memberikan laluan kepada orang yang lebih tua.

Mengucapkan terima kasih setiap kali menerima bantuan.

Tidak ketawa dengan kuat.

Ketika di meja makan

Basuh tangan sebelum duduk di meja makan.

Tidak mengambil makanan daripada pinggan orang lain.

Dahulukan orang tua dan tetamu makan.

Tidak meletakkan siku di atas meja.

Tidak bercakap ketika mulut penuh dengan makanan.

Meminta kebenaran untuk meninggalkan meja setelah selesai makan.

Contoh cerita nilai murni

- Nilai Bertanggungjawab/ Nilai Kasih Sayang Terhadap Keluarga Pada suatu hari, ada seorang lelaki ingin menaiki teksi, tetapi tidak dapat menaik. Oleh itu, seorang tua yang membawa beca ingin membawa lelaki itu ke tempat yang dia ingin pergi. Apabila orang tua itu membawa baca itu di pertengahan jalan itu, kakinya sakit. Oleh itu, lelaki itu menurun daripada beca itu dan suruh orang tua itu duduk di depan beca itu. Dia ternampak kaki orang tua itu ada banyak luka. Orang tua itu menanggal topi. Lelaki itu rasanya kenal orang tua ini. Dia menanya adakah orang tua ini ialah Pak Cik Kasim. Orang tua itu mengangguk kepalanya dan lelaki itu menanya mana anaknya, Mazlan. Orang tua itu nampaknya sedih dan diam sahaja. Lelaki itu menghantar Pak Cik Kasim ke klinik. Pada waktu malam, dia membawa orang tua ini balik ke rumah. Dia menanya lagi pak cik itu bila anaknya akan balik? Tahun lepas anaknya ada balik tidak? Pak cik ini nampaknya sangat sedih. Lelaki berasa anak Pak Cik Kasim tidak menyayanginya. Ini boleh menunjukkan sikap anaknya tidak bertanggungjawab terhadap bapanya.Tayangan Video- Hari Raya Budak Beca

- Nilai Kasih Sayang Terhadap Keluarga Seorang orang tua mempunyai penyakit dan badannya tidak sihat, namum anaknya tidak bersimpati terhadapnya. Apabila dia makan bersama anak dan keluarga anaknya, dia telah melakukan banyak tindakan yang menyusahkan anaknya. Sebagai contoh, dia telah menumpahkan lauk-pauk, air dan pecahkan pinggan itu. Anaknya berasa bapanya membebankan mereka. Pada hari yang kemudian, anaknya mengangkat sebuah meja ke luar rumah dan menyediakan alatan makan yang dibuat daripada plastik kepada bapanya. Anaknya berbuat demikian kerana dia berasa bapanya tidak akan menyusahkan dia sekiranya bapanya makan di luar rumah. Orang tua berasa sangat sedih apabila nampak anaknya berbuat demikian. Pada suatu hari, cucunya mengatakan bahawa, mereka ingin meminta ibu bapa mereka makan di luar seperti permintaan ibu bapa mereka terhadap datuk apabila mereka sudah dewasa. Anak orang tua itu terdengar. Baru-baru ini, mereka baru sedar bahawa tindakan yang telah dibuat olehnya adalah salah. Dia berasa sangat sedih dan meminta maaf dengan bapanya.

Tayangan Video - Sayangi Orang Tua Kita

Tayangan Video (Nilai-nilai Murni)

Bentuk MoralPrinsip Moral (principalistic) +Keadilan Konsep kesaksamaan atau keseimbangan dalam semua perkara -Kepedulian Melebihkan kepentingan atau kebajikan orang lain daripada kepentingan individu dalam semua perkara

+Autonomi Membenarkan seseorang individu tersebut untuk bebas membuat apa yang diingini atau memberi sebab-sebab tertentu tetapi tidak merangkumi perkara-perkara yang boleh meruntuhkan atau memusnahkan kebajikan orang lain.Dimensi MoralPenaakulan MoralBerkaitan dengan pertimbangan atau fikiran secara rasional dan berautonomi (bebas) dan juga membuat keputusan secara rasional berasaskan fakta

Perasaan MoralBerkaitan dengan emosi dan kehalusan perasaan seseorang individu yang mengandungi sentimen, empati dan simpati,prihatin,belas kasihan ,bermotivasi altruistik dan juga murah hatiPenting untuk mengawal perlakuan,dan menghalang seseorang individu daripada membuat sesuatu yang bersifat anti-sosialSentimenPerasaan yang berlebihan-lebihan dan menurutkan kata hati terhadap sesuatuEmosi atau perasaan yang lembut dan halus yang mudah mengusik jiwaEmpati Rasa simpati yang amat mendalam yang mampu memberikan pengaruh kepada jiwa dan fizikal kepada seseorang.Simpati Perasaan individu yang tertarik kepada perasaan orang lain, seolah-olah merasakan perasaan orang lain.

Perbezaan Empati Dengan Simpati

EMPATI

SIMPATIProses memahami klien dengan melihat dari kaca mata klien. Empati dapat membantu klien mendapat kekuatan diri. Hjh Kamaliah Abu (Kaunselor Berdaftar)

Proses menunjukkan belas kasihan dan bantuan. Simpati boleh menyebabkan rasa hiba, rendah diri dan membantu perlakuan bergantung kepada orang lain.

Mengiringi kedua-dua suasana negatif dan positif sama ada dalam susah dan senang mahupun dalam sedih dan gembira.Wujud dalam suasana sedih, duka, kecewa dan malang sahajaPerlakuan MoralDapat bertindak dengan penuh tanggungjawab mengikut kemampuan sendiri terhadap sesuatu keputusan yang berlandaskan pertaakulan dan emosi moral.Ringkasan berkaitan antara dimensi-dimensi moralKomponenPenaakulan MoralPerasaan ModalPerlakuan MoralJika tiadaPenaakulan MoralPerasaan ModalPerlakuan MoralTIADATidak rasionalCakap kosong sahajaTidak rasionalTIADAPerasaan menenangkanKetaatan membuta tuliTidak rasionalTIADAImplikasi terhadap Tingkah Laku IndividuIndividu membuat keputusan setelah sesuatu perkara secara rasional dan autonomousMatang dari segi moral dengan mengaitkan perasaan moral seperti suara batin,belas kasihan dan perasaan simpatiBertindak dengan penuh tanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat dengan mengikut kemampuaannya.Perbedahan kata yang digunakan baik moral, etika, akhlak, budi pekerti mempunyai penekanan yang sama, iaitu adanya kualitas-kualitas yang baik yang teraplikasi dalam perilaku seseorang dalam kehidupan sehari-hari, baik sifat-sifat yang ada dalam dirinya maupun dalam kaitannya dengan kehidupan bermasyarakat.

RumusanNilai baik dapat dilihat dengan adanya perilaku seperti jujur, dapat dipercaya, adil, bertanggungjawab dan lain-lain, mahupun sebagai makhluk sosial dalam hubungannya dengan masyarakat, seperti kejujuran, penghormatan sesama manusia, tanggungjawab, kerukunan, kesetiakawanan, solidaritas sosial dan sebagainya.

SEKIAN TERIMA KASIH