atheis dan imam abu hanifah

28
Aku Naik Atas, Kau Turun Bawah. Asma’ Afifah Binti Mohamad Tajari 1125302 LM2023

Upload: asma-afifah

Post on 12-Apr-2017

307 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Aku Naik Atas,Kau Turun Bawah.

Asma’ Afifah Binti Mohamad Tajari1125302LM2023

Soalan Pertama

• “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

• “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Soalan Kedua• “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan

kamu wujud?”

• “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”

Soalan Ketiga

• “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”

Pemuda : “Kamu pandai mengira?”Atheis : “Tentu sekali kami pandai mengira.”Pemuda : “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”Atheis : “Nombor 3”Pemuda : “Nombor sebelum 3”Atheis : “Nombor 2”Pemuda : “Nombor sebelum 2”Atheis : “Nombor 1”Pemuda : “Nombor sebelum 1”Atheis : “Tiada”

“Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”

Soalan Ke-4• “Tahniah anak muda di atas

jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

• “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

• “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”

• “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Soalan Ke-• “Bolehkah kamu terangkan kepada

kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu

dan asap?”

• Pemuda :“Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

• Atheis :“Tentu sekali.”• Pemuda :“Bila mana orang sakit tadi mati,

bolehkah kamu bercakap dengannya?”

• Atheis :“Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

• Pemuda :“Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

• Atheis :“Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”

• Pemuda: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

• Atheis :“Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”

• “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Soalan Ke-

• “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

• “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”

• “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

• “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ke-• “Kami pelik bagaimana jika masuk

ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya?(maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”

• “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

• “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”

Soalan Ke-• “Kami ingin bertanya lagi,

bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan buang air kecil dan besar. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”

• “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Soalan Ke-

• “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

• “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”

• “Kamu bertanya sebentar tadi apakahyang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”

• Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

 • Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan

kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita.

• Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah wafat.

• Syeikh Nazrul Nasir Al-Azhari