asgmnt hse

Upload: penglipur-lara

Post on 17-Jul-2015

337 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Pengenalan Pemahaman kita tentang Jerman dan sejarahnya seharusnya dimulakan dengan meninjau dulu beberapa aspek yang menjadikan Jerman sebagai salah sebuah kuasa penting dunia pada kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Selanjutnya, perbincangan juga harus meliputi soal asas tentang perkara yang berlaku sebelum Jerman menjadi sebuah kuasa penting pada kurun ke 20 iaitu penyatuan Jerman pada 1871 yang telah digerakkan oleh seorang tokoh iaitu Otto Von Bismarck. Otto Von Bismarck sememangnya telah dikenang oleh para sarjana khususnya di Jerman yang membuat kesimpulan mudah bahawa penyatuan Jerman wujud dengan adanya usaha diplomasi, kekerasan serta kebijaksanaan tokoh ini dalam membawa kepada penyatuan Jerman. Maksudnya ialah para sarjana melihat bahawa Bismarck lah yang mewujudkan Jerman. Tanpa Bismarck Jerman tidak mampu wujud sama sekali serta terus berada dalam masa depan yang gelap jika tiada nya Bismarck dalam kancah politik konfederasi Jerman itu sendiri. Oleh itu, esei ini secara jelas dan teratur ingin cuba membincangkan tentang prospek yang mewajarkan kita untuk membuat kesimpulan bahawa Bismarck adalah The Unification of Germany dan kewujudan beliaulah yang membawa kebaikan dalam Kemunculan Jerman itu sendiri. Esei ini turut melihat tentang pendirian Bismarck dalam menyatukan Jerman serta polisi-polisi beliau dalam membentuk sebuah negara Jerman yang bersatu padu serta bebas daripada penguasaan asing itu sendiri. Esei akan melihat isu sejarah ini dengan lebih lanjut lagi pada halaman yang berikutnya. Tetapi, secara dasarnya, esei ini telah berpendirian bahawa kemunculan Bismarck lah yang telah membentuk sebuah negara Jerman itu sendiri dan tanpa adanya seorang tokoh penting bernama Bismarck, penyatuan negara Jerman hanyalah sekadar impian semata-mata.1

1

Hammerrow (1973) The Age Of Bismarck : Documents and Interpretations, New York: Harper& Row Publishers. .hlm1

1

Polisi Bismarck Terhadap Penyatuan Jerman Jerman sebelum penyatuan bukanlah sebuah negara yang wujud secara rasminya. Jerman sebelum proses penyatuan dimulai adalah sebuah negara berasaskan konfederasi Jerman yang muncul sebagai reaksi terhadap kewujudan sebuah negara Perancis era revolusi yang sememangnya bersifat penakluk Eropah . Sifat ini tertonjol di dalam pemerintahan Napoleon (1799-1814) yang berusaha membawa idea-idea revolusi Perancis ke dalam masyarakat Eropah yang ditakluki oleh Napoleon itu sendiri.2 Tetapi, kekalahan Napoleon di waterloo pada tahun 1814 oleh angkatan perang British pimpinan Duke Of Wellington telah mengubah peta Jerman khususnya dan landskap politik Eropah amnya. Negara Jerman ini sebelum perang Napoleon terdiri daripada 300 buah negeri telah dikecilkan lagi menjadi 35 buah negeri sahaja dengan gabungan terbesar adalah gabungan Austria- Hungary dan Prussia. Peristiwa ini telah menyebabkan pembahagian peta Jerman telah dibahagikan kepada beberapa keadaan berdasarkan persetujuan Kongres Vienna 1815. Antara adalah dari soal legitimasi, pengimbangan kuasa dan sebagainya. Lantas menyebabkan negeri negeri Jerman itu bergabung dalam konfederasi Jerman pada tahun 1815 yang mempunyai satu diet yang berpusat di Frankfurt. 3 Negara Eropah khususnya Perancis dan Austria inginkan agar penyatuan Jerman tidak dapat dilaksanakan kerana penyatuan Jerman adalah suatu ancaman kepada kekuasaan dan kepentingan kuasa Eropah . Oleh itulah, tindakan memasukkan sebahagian negeri Jerman ke dalam naungan kuasa lain seperti Denmark dan Perancis telah dilakukan. Selanjutnya pada tahun 1830an dan 1848 pula adalah zaman revolusi besarbesaran akibat daripada ketidakpuasan hati rakyat di Eropah ekoran daripada proses

2

Simon, Germany InThe Age Of Bismarck, London: George Allen & Unwin Ltd, 1968. Hlm 15 Ibid

3

2

legitimasi pihak kuasa-kuasa Eropah tanpa mengambil kira aspirasi penduduk di wilayah itu serta semangat nasionalisme yang membara di Eropah terutamanya di Austria- Hungary telah memberi kesan ke atas Eropah pada masa itu4. Namun begitu, kegagalan revolusi 1848 bagi menyatukan Jerman bagi pandangan Bismarck adalah sesuatu yang sangat mengecewakan. Bismarck menganggap bahawa pandangan liberalisasi yang diperkenalkan semasa revolusi besar-besaran di Eropah khususnya bagi aspek negara Jerman sendiri adalah amat mengecewakan serta menjadi faktor kekalahan penyatuan Jerman serta membiarkan saingan kepada penyatuan Jerman iaitu Austria menjadi begitu berleluasa pada tahun 1848.5

Puncanya kerana pihak Austria menurut Bismarck adalah menjadi penghalang penyatuan Jerman. Tambahan pula, konsep grieuthdeustchland yang ingin diwujudkan Austria adalah sangat tidak sesuai mengikut polisi Bismarck kerana fahaman atau Jerman raya itu akan menyebabkan tidak wujudnya bangsa Jerman asli. Maksudnya ialah, negara Austria atau dinasti Hapsburgs adalah sebuah empayar tradisional yang terdiri daripada berbagai-bagai suku kaum dan kemasukan negara Austria tidak akan mewujudkan negara Jerman tulen. Sebaliknya, Bismarck lebih cenderung dengan penggunaan konsep Klientdeutschland atau Jerman kecil yang merangkumi negara-negara Jerman yang berdarah Jerman semata-mata tanpa melibatkan empayar Austria. Sungguhpun dari segi politik Austria juga adalah negeri Jerman yang diperintah oleh Maharaja keturunan Jerman. Tetapi wujudnya berbagai-bagai kaum itu adalah bertentangan dengan konsep Jerman yang diutarakan Bismarck. Maksudnya, bagi menyatukan Jerman, Prussia sewajarnya berusaha menjadi penggerak dalam proses penyatuan Jerman sendiri,6 Hal ini telah dibuktikan melalui pandangan seorang sarjana yang bernama Simon yang telah menerangkan perkara ini seperti mana berikut:

4 5

Tenbrock, A History Of Germany, London: Longmans, Green And Co Ltd, 1968.hlm 200. Simon, Germany In The Age Of Bismarck, London: George Allen & Unwin Ltd, 1968. Hlm 20 6 Ibid

3

The Deustche Nationalverein dedicated to the formation in 1859 of the German unity under Prussian leadership.7 Isu Perlembagaan Prussia Kesediaan untuk menubuhkan sebuah negara bagi Jerman yang bersatu padu di bawah suatu pemerintahan pusat yang teratur merupakan suatu perkara penting dalam memastikan proses penyatuan ini berjaya. Oleh itu, menurut Eyck, masalah yang harus ditangani ialah daripada golongan liberal yang telah memenangi pilihan raya Prussia pada tahun 1859.8

Kemenangan ini adalah suatu perkara yang kurang disenangi oleh Maharaja Wilhelm i ( 1860-1889) kerana Prussia sebagai negara yang konservatif serta di bawah monarki yang bersifat ancient regime, pastinya akan berlaku pertentangan pendirian antara fahaman tersebut lalu menyebabkan masalah dalam menggubal undang-undang bagi kepentingan negara secara keseluruhannya. Bagi golongan bangsawan pula, mereka melihat kemenangan golongan liberal di Prussia sebagai ancaman kepada golongan Bangsawan itu sendiri. Bagi Bismarck, beliau sebagai salah seorang pegawai penting dalam kerajaan Prussia juga kurang senang dengan keadaan ini kerana beliau berpendapat bahawa fahaman liberal adalah salah suatu penghalang penyatuan Jerman dan ini dibuktikan dengan mengambil contoh kegagalan revolusi 1848 dalam membawa kepada penyatuan Jerman dan beliau juga adalah salah seorang anggota kerajaan Prussia yang pro konservatif 9. Antara isu yang dapat dilihat ialah apabila Raja Wilhelm I cuba untuk memperkuatkan anggota tentera dengan cara cuba untuk meningkatkan belanjawan tentera Prussia . Langkah Raja Wilhelm I adalah berpunca daripada usaha baginda untuk mendapatkan sokongan tentera kerana golongan tentera amat berpengaruh dalam kerajaan Prussia dan sekiranya tercetus sebarang usaha revolusi untuk

7 8

Simon, Germany In The Age Of Bismarck, London: George Allen & Unwin Ltd, 1968. Hlm 26 Ibid 9 Holborn, Formative Intellectual Experiences, dalam Otto Von Bismarck: A Historial Assessment, diselenggarakan oleh Theodores. Hammerow, Lexington: D.C. Heath And Company Ltd, 1962. Hlm 15

4

menjatuhkan Kerajaan , Pihak tentera dapat dimanfaatkan bagi melaksanakan usaha-usaha untuk menentang kebangkitan tersebut. Lalu hal ini dilihat pula oleh golongan liberal yang berkuasa dalam Dewan Rendah atau Lower House Prussia sebagai ancaman pula kepada mereka.10 Oleh itu, pihak Liberal dalam parlimen Prussia telah cuba untuk menghalang raja Wilhelm I untuk melaksanakan reformasi besar besaran terhadap tentera Prussia. Antara reformasi ketenteraan oleh Prussia yang diaturkan oleh Raja Wilhelm I ialah pihak Raja sebenarnya secara tersirat cuba untuk menambahkan lagi kekuatan tentera Prussia dengan meningkatkan jumlah angkatan tentera Prussia agar seimbang dengan komposisi penduduk serta peruntukkan yang lebih besar bagi angkatan tentera Prussia itu sendiri.11 Masalah ini yang dikenali sebagai isu perlembagaan ini menemui jalan buntu. Dalam hal ini golongan liberal sebenarnya menyokong usaha itu demi kepentingan negara Prussia itu sendiri tetapi , mereka sendiri sebenarnya agak meragui dengan tindak tanduk sebahagian pegawai dalam pasukan tentera Prussia yang dianggap cuba menggunakan tentera bagi menekan pihak golongan pertengahan khususnya. 12 Tambahan pula, sikap keras kepala Raja Wilhelm yang cuba melaksanakan rancangannya tanpa adanya persetujuan diet yang majoriti daripada golongan liberal memburukkan lagi keadaan. Seorang sarjana tentang Jerman bernama Simon telah menerangkan seperti mana berikut: not that the liberals had the slightest desire to an resist an increase in the army such which was objectively entirely justified by growth of population but they distrusted the intentions of some members leadership and were confirmed in their distrust by the details of the regent

10

Craig, The Politics of Prussian Army 1640-1945, London : Oxford University Press , 1955. Hlm 162 Ibid Simon, Germany In The Age Of Bismarck, London: George Allen & Unwin Ltd, 1968. Hlm 26

11 12

5

proposal which seemed pretty clearly to indicate a desire to use the expanded army an instrument of internal policy against the middle class13 Kebetulan Otto Von Bismarck berada di St Petersburg , Russia kerana beliau pada masa itu adalah seorang duta di Russia. Dalam hal ini, sebenarnya Bismarck yang berfahaman ultra konservatif juga turut menyokong fahaman yang dimainkan oleh pihak konservatif dan tentera dalam soal peningkatan belanjawan ketenteraan Prussia kerana ia adalah sangat penting bagi pandangan Bismarck dalam penyatuan Jerman yang akan dimainkan oleh Prussia nanti . Tetapi, Bismarck tidak mengambil sebarang tindakan bagi menyelesaikan kemelut itu kerana beliau berada di luar negara jadi agak sukar bagi beliau untuk bertindak 14 . Pada masa ini, Bismarck berada dalam keadaan tunggu dan lihat serta memerhati dengan penuh minat tentang keadaan yang berlaku di Prussia sehinggalah berlakunya suatu peristiwa yang tidak pernah diduga oleh golongan liberal dan konservatif sendiri. Peristiwa ini sebenarnya adalah suatu loncatan bagi Bismarck untuk memenuhi cita-cita Raja Wilhelm I dan rakyat Prussia amnya untuk menyatukan Jerman.15 Peristiwa ini ialah apabila Albert Von Ron iaitu menteri perang Prussia telah mengkhianati pihak diet dan Majlis Perhimpunan apabila mengisytiharkan pemerintahan tanpa perlembagaan pada 17 September 1862. Maksudnya ialah, Kerajaan yang baru ini adalah sebuah kerajaan yang haram kerana

kerajaan ini tidak diperintah mengikut perlembagaan. 16 Ironinya Raja Wilhelm I juga merestui pemerintahan ini kerana pemerintahan tanpa perlembagaan ini mungkin juga dilakukan oleh Ron dengan mengikut arahan yang dirancangkan oleh Raja bagi memastikan reformasi ketenteraan bagi berjaya serta secara tidak langsung melemahkan golongan

13 14

Eyck, Bismarck And The German Empire, London : George Allen and Urwin Book Ltd, 1958 Hlm 27 Craig, The Politic Of The Prussian Army 1640-1945, London: Oxford university Press , 1955. Hlm 138 15 Ibid 16 Eyck, Bismarck And The German Empire, London : George Allen and Urwin Book Ltd, 1958 .Hlm 55 16 Ibid

6

liberal17. Selanjutnya, Bismarck telah kembali ke Prussia seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri Prussia dan beliau sebenarnya menjadi orang penting dalam kerajaan Prussia dan inilah yang telah memudahkan beliau dalam menjalankan penyatuan Jerman. Penyatuan Jerman sekarang akan menjadi lebih mudah kerana apabila Bismarck dilantik menjadi Perdana Menteri, amat mudah polisi untuk membentuk klientdeustchland yang beliau dan Prussia inginkan . Namun begitu, beliau sedar bahawa beliau terpaksa membina sebuah kerajaan yang akan memerintah tanpa belanjawan dan hal ini juga turut dibuktikan melalui pandangan seorang sarjana yang berpendirian bahawa masalah ini tidak menjadi masalah bagi Bismarck kerana Bismarck sudah pun mempunyai alternatif yang lain bagi menghadapi kemelut ini. Tambahan pula, sokongan daripada Raja Wilhelm I telah membantu beliau dalam menghadapi kemelut ini. Bagi Bismarck, persoalan utama bukanlah belanjawan bagi memerintah negara Prussia, tetapi perlembagaan Prussia yang membenarkan pungutan cukai dan penyimpanan cukai dengan mengetepikan soal hubungan dengan dewan perhimpunan boleh menampung usaha usaha beliau.18 Polisi Luar Negara Bismarck 1862-1871 Para sarjana agak skeptikal dalam usaha mereka untuk mencari titik tolak dalam membentuk negara Jerman yang bersatu di bawah penguasaan Kerajaan Prussia. Ada sarjana yang beranggapan usaha ini tidak akan berjaya tanpa sokongan dan kebijaksanaan falsafah Real politik dan falsafah darah dan besi oleh Otto Von Bismarck di dalam penyatuan negara Jerman berasaskan kliendeustchland itu sendiri. 19 Menurut Stein, Bismarck sememangnya pada awalnya tidak mampu untuk bertindak dalam peperangan dengan pihak Denmark atau kuasa kuasa lain disebabkan tiadanya isu untuk di bangkitkan dalam mengambil tindakan

17 18

Eyck, Bismarck And The German Empire, London : George Allen and Urwin Book Ltd, 1958 hlm 56 Simon, Germany In The Age Of Bismarck, London: George Allen & Unwin Ltd, 1968. Hlm 33 19 Ibid

7

perang terhadap pihak perampas negeri-negeri Jerman. Bismarck menunggu masa yang sesuai untuk bertindak di dalam operasi penyatuannya itu dan kesempatan itu digunakan dengan baik dan polisi luar Bismarck adalah sangat halus dalam menguasai negeri-negeri Jerman itu sendiri. Selanjutnya, apabila Bismarck melihat peluang dalam penyatuan Jerman melalui kesilapan tindakan pihak kuasa lain seperti Denmark dan Perancis, Dengan mudahnya Bismarck mengisytiharkan perang dan mengaplikasikan sokongan tentera dan Raja Wilhelm I terhadap Bismarck, dengan mudahnya Bismarck menyatukan Jerman.20

Pandangan sarjana ini secara halus adalah suatu bukti bahawa penyatuan Jerman hanyalah sebuah utopia kosong seandainya Bismarck gagal mengaplikasikan konsep Real Politik dengan jayanya serta kebolehan Bismarck dalam mengawal suasana lah serta

memanipulasikan suasana tersebut bagi memastikan kejayaan penyatuan yang mampu memberikan impak yang besar dalam usaha menyatukan Jerman yang berpecah itu sendiri21. Perang Prussia- Danish (Denmark) 1864. Bismarck mula melihat bahawa penyatuan Jerman akan dapat dilaksanakan selepas peristiwa yang berlaku di Denmark terutamanya kerajaan dinasti Danish yang sebenarnya telah cuba mengadakan usaha-usaha untuk melaksanakan perluasan kuasa di kawasan utara konfederasi Jerman. Antara yang telah dilihat oleh Bismarck ialah apabila pihak kerajaan Denmark secara paksa telah memasukkan wilayah Schleswig- Holstein di bawah kekuasaan Denmark dan ini sebenarnya merupakan usaha kerajaan Denmark untuk memenuhi aspirasi rakyatnya terhadap kawasan tersebut.22 Bismarck sedar, ini akan menjadi ancaman ke atas usaha penyatuan Jerman dan beliau sedar bahawa ini pasti akan menimbulkan rasa marah orang-orang Jerman terhadap Denmark kerana kawasan itu ( Schleswig - Holstein) adalah

20

Stein, Gold And Iron: Bismarck, Bleichroder and the Building Of The German Empire. London: George Allen & Urwin, 1977. Hlm 12 21 Ibid 22 Koch, A History Of Prussia, London: Longman Group Limited, 1978. Hlm 255

8

kawasan yang majoriti penduduknya berbangsa Jerman. Pastinya, Bismarck mempunyai alasan bagi memerangi Denmark kerana tindakan itu juga secara undang-undang tentang keseimbangan kuasa Eropah dalam Kongres Vienna 1815 yang melarang dua negeri Jerman yang bernaung di bawah kerajaan Danish itu digabungkan ke dalam pemerintahan secara langsung Denmark. 23Denmark secara langsung telah mengkhianati kongres Vienna tentang hal ehwal Schleswig-Holstein itu. Lalu suatu langkah yang difikirkan oleh Bismarck ialah cuba mendapatkan sekutu bagi melawan Denmark kerana Denmark juga adalah negara yang kuat sungguhpun tidaklah sehebat kuasa Eropah yang lain yang lebih menonjol dalam soal penaklukan, tetapi Otto Von Bismarck tidak memandang ringan kemampuan Denmark. 24 Oleh itu, Bismarck telah cuba memujuk Austria- Hungary supaya menyokong Bismarck dan Prussia amnya bagi tujuan tersebut. Bismarck berjaya mendapatkan sokongan Austria Hungary tentang perkara tersebut. Hasilnya, Bismarck berjaya membentuk suatu pakatan dengan Austria bagi menentang Denmark dengan menggunakan slogan Jerman raya atau kesatuan Jerman bagi mengikat mereka untuk melawan Denmark. 25 Kepentingan untuk mencapai kemenangan amat penting kerana ia juga adalah uji kaji terhadap reformasi ketenteraan yang beliau jalankan. Hasilnya adalah kejayaan Bismarck untuk memaksa Denmark menyerah kalah pada Ogos 1864 setelah diasak oleh kekuatan tentera Prussia dan Austria. Kekalahan ini seterusnya menyebabkan Perjanjian Damai Vienna pada tarikh 30 Oktober 1864 di Vienna yang telah menyebabkan Schleswig-Holstein diserahkan oleh Denmark kepada pihak Prussia dan Austria.26 Mereka telah membuat suatu pembahagian yang boleh dikatakan sebagai adil iaitu Holstein di bawah Austria dan Schleswig di bawah kuasa Prussia Melalui Konvensi Gerstein 1865. Signifikan kepada peristiwa ini adalah

23

Koch, A History Of Prussia, London: Longman Group Limited, 1978. Hlm 255-256

24 25

Ibid Eyck, Bismarck And The German Empire, London : George Allen and Urwin Book Ltd, 1958. hlm 89 26 Ibid

9

peristiwa ini telah menjadi bukti bahawa penyatuan Jerman telah dijayakan dengan hebatnya oleh Bismarck melalui pendekatan beliau yang berteraskan gold and iron itu terutamanya dalam kejayaan Beliau memperalatkan Austria serta mengikat kuasa lain seperti Perancis dan Britain supaya tidak terlibat dalam krisis ini. Peristiwa ini juga adalah kejayaan peribadi Bismarck dalam menyatukan Jerman serta dapat mengubah pandangan golongan liberal terhadap reformasi tentera oleh pentadbiran Bismarck lalu membuktikan ketokohan strategi beliau menjalankan pembentukan sebuah klientdeustchland itu sendiri.27 Selanjutnya ia telah memberikan bukti bahawa tanpa Bismarck, negara Jerman yang diidamkan oleh para nasionalis Jerman hanyalah sekadar omongan kosong semata-mata. Perang Austria- Prussia1866 Peperangan ini adalah lanjutan daripada polisi keras yang dijalankan oleh pihak Prussia terhadap penyatuan Jerman yang peranannya di mainkan oleh Bismarck dengan pendekatan Bismarck iaitu polisi darah dan besi dan polisi inilah yang menentukan kejayaan Bismarck dalam menjalankan proses penyatuan itu sendiri. Polisi ini yang bersumberkan real politik ini telah membuktikan kehebatannya dan Bismarck mengaplikasikannya dalam hubungan dengan empayar Hapsburg iaitu Austria. Dalam hal ini, Bismarck secara langsung sengaja mencetuskan isu tentang pentadbiran Schleswig- Holstein.28

Bagi Bismarck sendiri,

persengketaan dengan Austria haruslah ditimbulkan agar Austria boleh diperangi serta satu strategi halus mesti diambil kira bagi meletakkan suatu keadaan seolah-olah pihak Prussia menjadi mangsa keadaan dan peperangan itu adalah penting bagi kepentingan Prussia sendiri. 29 Malah, Holstein dianggap diserahkan sementara oleh Bismarck dan Prussia akan mengambil Holstein kemudian. Sungguhpun Konvensi Gerstein pada 14 Ogos 1865 telah

27 28

Tenbrock, A History Of German. London : Longman, Greens And Co Ltd, 1968. Eyck, Bismarck And The German Empire, London : George Allen and Urwin Book Ltd, 1958, hlm 107 29 ibid

10

membahagikan 2 wilayah tersebut antara pakatan tersebut iaitu Schleswig kepada Prussia dan Holstein kepada Austria, tetapi isu masih lagi timbul sehinggalah isu ini dibawa ke dalam diet bagi konfederasi Jerman di Frankfurt.30 Dalam hal ini, pihak Austria telah melahirkan rasa tidak puas hati tentang kemelut yang berlaku apabila tentera Prussia sengaja memprovokasi pihak Austria dengan masuk ke Holstein dengan harapan agar pihak Austria akan membina peperangan dengan Prussia dan itu adalah harapan Bismarck melalui provokasi tersebut. Tetapi, pihak Austria di Holstein pimpinan Koblenz tidak membalas dengan kekuatan

senjata tetapi membalas peristiwa itu dengan baik. Peristiwa provokasi ini berlaku pada 1 Jun 1866.31 Bismarck agak kecewa dengan peristiwa ini kerana beliau berharap bahawa melalui peristiwa ini, secara langsung akan memudahkan pihak Austria melancarkan peperangan dan ini memudahkan Prussia untuk berperang kerana bulan tersebut( bulan Jun 1866) adalah bulan terakhir bagi Perjanjian Sulit Itali - Prussia pada 8 April 1866 yang mengisyaratkan bahawa pihak Itali mestilah membantu dalam peperangan antara Austria - Prussia , Selanjutnya Perjanjian juga mengisyaratkan agar Prussia tidak terikat untuk berperang dengan Austria. selanjutnya perjanjian ini akan terbatal dalam tempoh tiga bulan. 32 Bismarck bimbang jika perang tidak disegerakan nanti akan menyebabkan masalah lain timbul iaitu Prussia tidak akan mempunyai sekutu yang sesuai dan ini akan menyukarkan penentangan terhadap Austria. Secara tidak langsung akan menyukarkan pihak Prussia nanti. Tetapi sebagai seorang pemimpin yang bijak, Bismarck sedar bahawa peluang yang lain juga boleh dimanfaatkan dalam mengendalikan Austria. Lalu apabila pihak Austria cuba membawa hal ini di diet di Frankfurt pada 14 Jun 1866. Tindakan ini merupakan sebagai tanda bantahan terhadap peristiwa tersebut, Bismarck sengaja mengarahkan agar wakil Prussia di Frankfurt untuk mengisytiharkan bahawa tindakan negeri-negeri lain tentang isu ini adalah

30 31

Koch, History Of Prussia , London: A Longman Paperback Ltd, hlm 257 Eyck, Bismarck And The German Empire, London : George Allen and Urwin Book Ltd, 1958, hlm 123. 32 Ibid

11

bertentangan dengan semangat konfederasi Jerman kerana negeri- negeri Jerman dianggap sebagai tidak memenuhi semangat konfederasi Jerman. Tujuan Bismarck adalah untuk memastikan negeri- negeri Jerman di utara dan Austria berasa tercabar dan membawa

mereka kepada perang dengan Austria dan melalui perang ini, Bismarck bukan sahaja dapat menyingkirkan Austria, tetapi juga menelan negeri-negeri lain di utara Jerman ke dalam penyatuan Jerman di bawah Prussia. Peristiwa ini telah menimbulkan peperangan dengan Austria selama tujuh minggu. 33 pada 15 Jun 1866 perang diisytiharkan secara serentak oleh Prussia dan Itali terhadap Austria dan dalam masa tujuh minggu sahaja dan dengan kemenangan di Sadowa akhirnya berjaya dimiliki oleh Prussia lantas menyebabkan kekalahan Austria. Dianggarkan seramai 44,000 orang tentera Austria terkorban berbanding dengan 10,000 orang tentera Prussia. Perkara ini berlaku kesan daripada reformasi ketenteraan oleh pentadbiran Bismarck yang membangunkan teknologi ketenteraan Prussia sehingga mewujudkan kekuatan tentera Prussia berbanding musuh di medan peperangan.34 Bismarck mencapai hasratnya khususnya dan orang Jerman amnya untuk mendapatkan Holstein serta menyingkirkan pihak Austria daripada Konfederasi Jerman serta beliau berjaya membuktikan kebolehan beliau dalam mengatasi kemelut dengan Austria secara berkesan . Tindakan ini juga turut memaparkan bahawa Bismarck telah menggunakan kebijaksanaan nya dengan memperalatkan Itali agar menyertai perikatan dengan menawarkan perkara yang menguntungkan pihak Itali iaitu wilayah Venetia dan Bismarck menunaikan janjinya tentang hal tersebut. Hasil ini juga menunjukkan Bismarck telah menyebabkan pengkhianatan terhadap sekutu lamanya iaitu Austria dan falsafah politik Bismarck adalah sangat sesuai dengan cara beliau mengendalikan Austria dan inilah faktor keperibadian Bismarck yang

33

Eyck, Bismarck And The German Empire, London : George Allen and Urwin Book Ltd, 1958, hlm 114 Koch, History Of Prussia , London: A Longman Paperback Ltd. hlm 260

34

12

mewujudkan penyatuan Jerman itu sendiri. 35 Tetapi itu juga turut menjadi bukti bahawa Bismarck amat bijak memanfaatkan suasana serta menggunakan masalah sebagai alat yang berkesan dalam menyatukan Jerman serta memahami kehendak musuh Austria iaitu Itali. Kerajaan Itali yang pada masa itu bersifat nasionalis cuba untuk mendapatkan kembali wilayah bangsa Itali yang dikuasai Austria dan peluang daripada Bismarck ini sememangnya adalah suatu yang sewajarnya dipertimbangkan. Bismarck telah mempengaruhi Itali dengan tawaran yang tidak mampu ditolak oleh Itali lalu Itali berjaya dipujuk untuk berpakat dengan Prussia lantas dapat menumpaskan Austria serta menyatukan Jerman itu sendiri.36 Mudahlah dirumuskan dengan peristiwa ini ialah sememangnya kebolehan Bismarck dalam

mempengaruhi kuasa lain telah berjaya membantu Prussia yang dikendalikan oleh Bismarck untuk memimpin sebuah negara Jerman bersatu itu sendiri. Penyatuan Dalam konfederasi Jerman utara Kejayaan mengalahkan dua kuasa asing iaitu Denmark dan Austria sememangnya merupakan suatu kejayaan peribadi Bismarck serta kejayaan polisi penyatuan dan falsafah politik yang diwujudkan oleh beliau sendiri. Namun begitu, kesedaran Bismarck untuk memastikan penyatuan itu terus kekal adalah suatu yang tidak wajar dipandang ringan dan Bismarck sedar bahawa negeri-negeri yang dapat disatukan haruslah diletakkan di bawah kekuasaan berpusat atau disebut konfederasi dan semestinya di bawah pengaruh Prussia. Kesedaran ini juga adalah untuk mengelakkan perpecahan dalam negeri-negeri yang bersatu di bawah Jerman lalu terbentuk lah sebuah perikatan Jerman utara pada 1 Julai 1867 dan usaha ini menandakan kejayaan penyatuan Jerman. 37 Sebabnya, buat masa ini, Bismarck sebenarnya telah mencapai sebahagian hasratnya sungguhpun negeri selatan Jerman belum

35 36

Tenbrock, A History Of Germany, London: Longmans, Green And Co Ltd, 1968.hlm 205 Eyck, Bismarck And The German Empire, London : George Allen and Urwin Book Ltd, 1958. Hlm 128 37 Tenbrock, A History Of German. London : Longman, Greens And Co Ltd, 1968. Hlm 205

13

menyertai kerajaan Jerman bersatu, tetapi, buat masa ini Bismarck sememangnya telah menunjukkan bahawa sekarang sebuah perikatan telah dibentuk dan perikatan ini dikendalikan peranannya oleh Prussia dan ini yang Bismarck mahukan. Bismarck

sememangnya berjaya mengawal negeri-negeri yang dikuasai melalui peperangan sebelum ini dan pentadbiran Jerman sekarang dapat dipusatkan lalu Bismarck dengan mudahnya dapat mengatakan bahawa Jerman melalui pakatan akan menjadi lebih kuat dari segi politik, ekonomi dan sosial masyarakat Jerman itu sendiri 38 . Lantas impian golongan nasionalis Jerman dapat dicapai dan Bismarck telah mewujudkan harapan tersebut dengan langkah seterusnya akan melengkapkan lagi penyatuan Jerman dengan cuba menyatukan negerinegeri selatan Jerman ke dalam empayar Jerman itu sendiri.39 Perang Perancis- Prussia 1870 Perang ini sememangnya adalah rentetan daripada fasa-fasa penyatuan oleh Jerman itu sendiri. Bismarck sekarang sedang menumpukan usaha untuk menguasai pula negeri-negeri selatan Jerman seperti Bayern, Bavaria dan lain lain negeri ke dalam Persekutuan empayar Jerman. Keperluan ini amat mendesak kerana pada tahun 1870, di negeri Bavaria . parti anti Prussia telah menang dalam pilihan raya negeri tersebut dan Bismarck amat risau tentang hal ini kerana ia adalah penghalang kepada penyatuan Jerman.40 Tambahan pula, sikap negerinegeri selatan adalah anti Prussia kerana mereka menganggap Prussia sebagai pengacau kepada kedaulatan negeri-negeri Jerman. Bismarck sedar dalam hal itu dan Bismarck sedar bahawa wilayah Alsace- Lorraine boleh menjadi batu loncatan kepada penyatuan Jerman di kawasan selatan. 41 Oleh itu, tindakan Bismarck yang telah mempamerkan kebolehan diplomatik beliau adalah dalam perhubungan dengan Perancis dan Bismarck melihat

38 39

Eyck, Bismarck And The German Empire, London : George Allen and Urwin Book Ltd, 1958.hlm 129. Ibid 40 Tenbrock, A History Of German. London : Longman, Greens And Co Ltd, 1968. Hlm 205 41 Simon, Germany In The Age Of Bismarck, London: George Allen & Urwin,1968. Hlm 34

14

pandangan expansionist atau dasar perluasan kuasa Perancis oleh Napoleon iii (1848-1870) dapat dimanfaatkan dalam penyatuan Jerman dan ini merupakan suatu strategi bagi menyatukan Jerman42. Oleh itu, kebetulan pula, isu pewarisan takhta Sepanyol timbul, hal ini telah dipergunakan oleh Bismarck dengan sebaiknya bagi menguasai Alsace-Lorraine lalu melengkapkan penyatuan Jerman . Pada masa itu, berlakunya revolusi di Sepanyol yang menyebabkan Maharani Sepanyol digulingkan lalu para politikus Sepanyol telah cuba untuk mencari pengganti Raja yang baru dan melihat bahawa Leopard of Hohenzollern sebagai orang yang sesuai untuk menjadi Raja di Sepanyol.43

Bismarck seterusnya mengambil

peluang ini untuk memujuk Leopard untuk menaiki takhta Sepanyol dan Bismarck melihat ini adalah suatu cara untuk menjadikan Sepanyol sebagai sekutu baru bagi pihak Prussia dan mereka boleh bekerjasama sekiranya pihak Perancis cuba menyerang Prussia nanti. Strategi ini adalah suatu strategi Bismarck untuk membawa Perancis ke kancah perang dan menyebabkan Perancis rasa terkepung oleh dua Hohenzollerns dengan Prussia seterusnya mengambil langkah memprovokasi Perancis. 44 Tindak balas Perancis sebenarnya dijangka oleh Bismarck. Napoleon iii(1848-1870) membantah tindakan Jerman dan menuntut supaya Prussia tidak masuk campur kerana ini akan menghalang cita-cita pihak Perancis untuk terus berkuasa dan hasrat Perancis di Sepanyol tergendala jika membiarkan tindak tanduk Bismarck itu. Tambahan pula, Napoleon iii juga sebenarnya cuba untuk memastikan bahawa beliau mampu membawa pihak Perancis untuk menguasai tebing barat Sungai Rhine serta negeri negeri selatan Jerman lantas menyebabkan pertembungan kuasa dengan Prussia yang cuba menyatukan negeri negeri selatan Jerman ke dalam negara Jerman. Bismarck bertindak dengan mengaturkan suatu perbincangan antara menteri luar Perancis dengan Raja Wilhelm I di elms . Dalam perbincangan itu adalah tentang soal isu pewarisan takhta tersebut, tetapi

42 43

Ibid Eyck, Bismarck And The German Empire, London : George Allen and Urwin Book Ltd, 1958. Hlm 162 44 Carroll, Germany And The Great Powers 1866-1914, New York: Octagon Books, 1975. Hlm 84-85

15

pihak Bismarck sengaja mengubah isi kandungan perbualan tersebut lalu mengeluarkannya di surat khabar Jerman dan Perancis pada 10 Julai 1870. 45 Bismarck sengaja memalsukan dokumen tersebut bagi memencilkan Perancis lalu Perancis akhirnya dilihat sebagai pengancam kedaulatan Eropah lalu memastikan bahawa kuasa-kuasa lain tidak terlibat dalam sengketa antara Prussia dan Perancis.46 Tambahan pula, pihak Itali juga adalah rakan kepada Prussia dan Itali juga bersekutu dengan Prussia maka sememangnya Prussia tidak akan diganggu dalam persengketaannya dengan Perancis kerana Itali juga ingin menguasai Rome yang diduduki oleh Napoleon iii . Perancis yang merasakan dirinya tertipu dan terperangkap serta dimalukan oleh Prussia telah mengisytiharkan perang pada 14 Julai 1870 dan Bismarck lah yang paling gembira dengan keadaan tersebut kerana beliau yakin transformasi ketenteraan beliau akan berjaya mengekang Napoleon iii dan peperangan ini mencapai matlamat beliau iaitu beliau berjaya mengalahkan Perancis dan serta memasukkan AlsaceLorraine ke dalam Jerman serta memastikan negeri-negeri Jerman selatan berada dalam cengkaman Prussia lalu membentuk Jerman yang diidamkan oleh orang Jerman sendiri . 47 Analisis daripada peristiwa ini telah membuktikan bahawa Bismarck telah bertanggungjawab terhadap penyatuan Jerman . Beliau berjaya menggunakan politik darah dan besi dalam menyatukan Jerman serta memusatkan penyatuan sungguhpun menggunakan penipuan dan pemalsuan dokumen dalam menjalankan misinya.48 Namun begitu, persoalan utama bukanlah melihat kepada cara yang beliau gunakan tetapi strategi beliau dalam menyatukan Jerman lah yang membantu dalam menyatukan Jerman itu sendiri sungguhpun strategi itu adalah suatu strategi jahat, tetapi Bismarck yang memainkan peranannya serta kebijaksanaannya dalam membuatkan negara lain mengisytiharkan perang dan Bismarck berjaya menilai secara tepat

45 46

Carroll, Germany And The Great Powers 1866-1914, New York: Octagon Books, 1975. Hlm 85. Ibid 47 Simon, Germany in The Age Of Bismarck, London: George Allen & Urwin,1968. Hlm 35 48 Ibid

16

sikap dan ideologi musuhnya yang expansionist lantas berjaya memanfaatkannya dalam menyatukan Jerman secara berkesan. Kesimpulan Perbincangan kita tentang Bismarck dan penyatuan Jerman telah membawa kita untuk berfikir bahawa penyatuan Jerman adalah usaha keras yang dilakukan oleh Bismarck dalam membentuk sebuah klientdeustchland yang kuat dan bersatu di bawah pengaruh Prussia itu sendiri. Selanjutnya, polisi darah dan besi serta semangat Bismarck juga turut membawa penyatuan Jerman. Jelas daripada perbincangan kita berdasarkan strategi dan kebijaksanaan Bismarck melalui peristiwa-peristiwa yang kita bincangkan sebelumnya tadi telah memberi erti bahawa penyatuan Jerman tidak akan wujud tanpa Bismarck dan penyatuan Jerman hanya tinggal omong kosong sahaja jika Jerman tidak mempunyai pemimpin yang bijak seperti Bismarck dalam kancah politik Eropah moden itu sendiri.

17

Bibliografi

Carroll, Germany And The Great Powers 1866-1914, New York: Octagon Books, 1975. Craig, The Politic Of The Prussian Army 1640-1945, London: Oxford University Press , 1955 Eyck, Bismarck And The German Empire, London : George Allen and Urwin Book Ltd, 1958. Hammerrow, The Age Of Bismarck : Documents and Interpretations, New York : Harper & Row. 1973.

Holborn, Formative Intellectual Experiences, dalam Otto Von Bismarck: A Historial Assessment, diselenggarakan oleh Theodore. S. Hammerow, Lexington : D.C. Heath And Company Ltd, 1962.

Koch, History Of Prussia , London : A Longman Paperback Ltd, 1978. Simon, Germany in The Age Of Bismarck, London : George Allen & Urwin,1968. Stein, Gold And Iron : Bismarck, Bleichroder and the Building Of The German Empire, London : George Allen & Urwin, 1977.

Tenbrock, A History Of German. London : Longman, Greens And Co Ltd, 1968.

18

19