20120326100346 unit 5 projek i artikel rumahtangga

Upload: noor-husna

Post on 20-Jul-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pro je k I :Ar ti kel Ru mah tangga |1

UNIT PELAJARAN 5 PROJEK I: ARTIKEL RUMAH TANGGA

HASIL PEMBELAJARANDi akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan ciri stail alas meja yang dipilih mengikut cetusan idea dan lakaran artikel. 2. Memilih bahan dan peralatan yang diperlukan untuk membuat alas meja. 3. Menerangkan langkah-langkah menjahit alas meja. 4. Menghasilkan satu alas meja mengikut ciri stail yang dipilih.

PENGENALANArtikel rumah tangga merupakan kelengkapan rumah tangga yang diperbuat daripada fabrik yang terdapat dalam rumah yang berfungsi untuk melindungi, menghiasi dan mencantikkan sesuatu barang atau peralatan di rumah contohnya kain alas dulang, kain penutup televisyen, kain penutup peti sejuk, kain penutup kotak tisu, sarung bantal, beg galas, alas meja dan sebagainya. Alas meja merupakan artikel yang ada di setiap rumah yang berfungsi sebagai aksesori, pengalas meja untuk mencantikkan meja dan juga menutup sebarang cela yang terdapat pada meja. Terdapat pelbagai bentuk dan saiz alas meja bergantung kepada bentuk dan saiz meja. Bagi menghasilkan alas meja yang berkualiti dan memenuhi tujuan dibuat proses mereka cipta perlu dijalankan terlebih dahulu. Mereka cipta stail artikel merupakan langkah awal dalam pembuatan alas meja. Langkah seterusnya adalah melakar pola, menggunting fabrik dan seterusnya menjahit.

ISI KANDUNGANProjek Alas MejaMereka CiptaMereka cipta alas meja yang memenuhi tujuan memerlukan pereka melahirkan idea yang menerapkan beberapa elemen dan prinsip seni reka bagi menghasilkan satu rekaan yang asli. Stail rekaan perlulah mengikut peredaran fesyen terkini dan sesuai dengan masa dan tempat. Proses menghasilkan sesuatu rekaan boleh dilakukan secara manual atau dengan

Pro je k I :Ar ti kel Ru mah tangga |2 bantuan computer menggunakan perisian ( Computer Aided Design/CAD) yang terdapat di pasaran. Faktor yang banyak mempengaruhi hasil sesuatu rekaan adalah daya kreativiti yang tinggi, kajian dan minat mendalam dan berpengetahuan luas dengan sentiasa mengikuti perkembangan fesyen semasa. Beberapa proses reka cipta perlu dilakukan oleh seorang pereka bagi menghasilkan produk yang berkualiti. Berikut adalah proses rekaan:

Mengenalpasti Masalah/Tujuan

Pencetusan Idea

Rekaan/Lakaran Pola

Pemilihan Projek Artikel

Penghasil Projek/ Menjahit

Rajah 5.1: Proses-Proses Mereka Cipta Projek

Pro je k I :Ar ti kel Ru mah tangga |3

Mengenalpasti MasalahBeberapa perkara perlu diketahui oleh pereka sebelum memulakan sesuatu rekaan. Pereka perlu menjalankan kajian dalam mengenalpasti masalah yang dihadapi dan tujuan rekaan dibuat. Faktor yang perlu dipertimbangkan oleh pereka semasa kajian dijalankan adalah kesesuaian stail rekaan dengan tempat dan tujuan. Pereka perlu melihat tempat produk rekaan akan digunakan, faktor iklim dan cuaca persekitaran penting dan perlu difikirkan oleh pereka bagi menentukan jenis fabrik yang akan digunakan dalam penghasilan produk rekaan. Pereka juga perlu fokus kepada tujuan rekaan dibuat. Jika rekaan dibuat berfungsi sebagai pelindung dan menutup kecelaan fabrik yang tahan lasak, tebal, legap dan berwarna gelap sesuai digunakan. Jika rekaan sebagai aksesori pemilihan fabrik dan hiasan yang menonjol perlu ditekankan bagi mewujudkan suasana yang ceria dan segar.

Pencetusan IdeaPencetusan idea boleh terhasil melalui pengalaman, lawatan ke butik, gedung membeli belah, pameran, majalah, internet, perbincangan dengan rakan-rakan, buku dan televisyen. Pencetusan idea dilakukan untuk mendapat tema, inspirasi dan rupabentuk bagi rekaan. Tema rekaan boleh dibuat dari pelbagai sumber semulajadi seperti kehidupan manusia, alam flora dan fauna dan imaginasi. Tema merupakan idea utama dalam sesuatu rekaan. Penentuan tema akan mencetuskan inspirasi dalam rekaan. Inspirasi akan tercetus setelah pereka menetapkan tema yang dikehendaki dalam sesuatu rekaan. Pemilihan tema akan memberi inspirasi kepada pereka bagi menentukan ciri stail rekaan yang dikehendaki. Jika pereka memilih tema flora untuk rekaannya fokus hanya akan diberi kepada jenis-jenis flora, sifat dan ciri yang terdapat pada flora tersebut untuk diterapkan dalam elemen rekaannya. Sifat dan ciri flora yang diteliti dan dikaji akan menentukan rupabentuk sesuatu rekaan. Rupa bentuk dan saiz merupakan perkara yang penting dalam rekaan sesuatu produk. Pereka perlu peka kepada bentuk dan saiz bagi menonjolkan sesuatu peralatan yang menggunakan produk yang dihasilkan bagi memenuhi tujuan dan fungsi produk tersebut direka.

Rekaan/LakaranRekaan alas meja ialah reka bentuk yang dihasilkan dengan tema, inspirasi dan reka bentuk luaran yang dihasilkan oleh pereka. Pereka akan menterjemahkan sebanyak mungkin idea yang terakam difikirannya dalam bentuk lakaran kasar, Lakaran ini dibuat bagi mengembangkan idea pereka. Semasa proses lakaran kasar dilakukan pereka akan menerapkan prinsip dan elemen seni reka seperti perkadaran, keseimbangan, garisan, ruang, tekstur dan warna.

Pro je k I :Ar ti kel Ru mah tangga |4 Pereka boleh menghasilkan seberapa banyak lakaran kasar atau menghadkan kepada beberapa lakaran dan memilih lakaran yang terbaik untuk dijadikan rekaan bagi alas meja yang akan dihasilkan.

Pemilihan Alas MejaPemilihan lakaran kasar yang terbaik akan dibuat oleh pereka bagi menentukan rekaan yang akan dihasilkan. Lakaran yang terbaik yang dipilih akan diperincikan lagi dengan memasukkan ciri stail lengkap yang dikehendaki, jenis, warna dan tekstur fabrik yang digunakan dan hiasan yang akan menonjolkan lagi alas meja mengikut tempat, fungsi dan tujuan. Bentuk dan saiz ditentukan mengikut saiz meja yang akan dialas. Berikut adalah beberapa bentuk alas meja:

Rajah 5.2: Bentuk Segi empat sama

Rajah 5.3: Bentuk Segi empat tepat

Rajah 5.5: Bentuk Oval

Rajah 5.4: Bentuk Bulatan

Pro je k I :Ar ti kel Ru mah tangga |5

Menjahit Alas Meja a) Peralatan Dan Bahan MenjahitPeralatan yang diperlukan adalah: i. Pola alas meja yang lengkap dengan tanda-tanda pola. ii. Pita ukur iii. Pembaris lurus iv. Pembaris melengkung v. Lengkuk Perancis vi. Roda surih vii. Pensel viii. Pensil dwiwarna ix. Gunting fabrik x. Jarum peniti xi. Kapur tukang jahit Bahan yang diperlukan: i. Fabrik (ukuran mengikut saiz alas meja) ii. Fabrik alas iii. Span nipis iv. Benang v. Hiasan (renda, riben, manik, benang sulam, labuci, bunga dan lain-lain mengikut kreativiti)

Gambar 5.1: Peralatan menjahit

Pro je k I :Ar ti kel Ru mah tangga |6

Gambar 5.2: Bahan Hiasan

b) Menggunting fabrikKerja menggunting dilakukan setelah proses merata fabrik, mengukur dan menanda dilakukan. Berikut adalah proses merata, mengukur dan menanda. i. Ratakan fabrik sebelum kerja menggunting.

Gambar 5.3: Proses meratakan dan menekan fabrik

Pro je k I :Ar ti kel Ru mah tangga |7 ii. Ukur fabrik, fabrik alas dan span mengikut ukuran permukaan meja meja menggunakan pita ukur atau pembaris.

Gambar 5.4: Langkah mengukur dan menanda pada fabrik

iii. Gunting fabrik, fabrik alas dan span

Gambar 5.5: Langkah menggunting

Pro je k I :Ar ti kel Ru mah tangga |8 iv. Pindahkan tanda-tanda pola ke fabrik.

Gambar 5.6: Langkah memindahkan tanda pola

c) Langkah MenjahitSebelum kerja menjahit dilakukan tukang jahit perlu pastikan semua tanda pola telah dipindahkan pada fabrik. Berikut langkah menjahit: i. Lapikkan fabrik dengan span dan alas dengan fabrik alas di bahagian bawah. Jahit quilting mengikut bentuk yang direka.

Rajah 5.7: Proses menjahit quilting

Pro je k I :Ar ti kel Ru mah tangga |9

Gambar 5.8: Bentuk- bentuk quilting ii. Bahagian tepi alas meja boleh dicantum dengan kepingan fabrik yang lain atau kemaskan renda, ropol, riben, kun atau jahit tepi menggunakan mesin jahit tepi.

Gambar 5.9: Langkah menjahit tepi alas meja

P r o j e k I : A r t i k e l R u m a h t a n g g a | 10 iii. Menjahit hiasan. Hias alas meja dengan menjahit manik, labuci dan sulaman. iv. Berikut langkah membuat hiasan: i. Lakarkan bentuk bunga yang hendak dijahit pada bahagian quilting yang hendak dihias dengan menggunakan pensil.

ii. Mulakan kerja menyulam simpul perancis, dengan menyulam 3-5 kuntum di bahagian tengah setiap bunga.

iii. Lakukan sulaman riben dengan memasukkannya jarum dari bahagian bawah alas meja.

P r o j e k I : A r t i k e l R u m a h t a n g g a | 11 iv. Dengan menggunakan penetas buatkan lubang kecil di tepi simpul Perancis bagi memudahkan jarum dikeluarkan.

v.Tarik jarum dan ratakan permukaan riben membentuk kelopak bunga.

vi. Lakukan teknik yang sama untuk membina semua kelopak bunga. Setiap bunga mempunyai lima kelopak.

vii. Masukkan jarum dari bahagian bawah tarik ke permukaan atas dan pusingkan jarum supaya riben bersimpul.

P r o j e k I : A r t i k e l R u m a h t a n g g a | 12

viii. Menggunakan tangan kiri, pintal riben mengikut lawan jam sambil tangan kanan menarik dengan jarum perlahan-lahan.

x. Masukkan jarum di bahagian tengah bunga lalu matikan jahitan di sebelah bawah.

xi. Masukkan jarum dari bahagian bawah alas meja untuk membentuk daun. Ratakan permukaan riben, cucuk jarum ke bahagian atas riben dan cucuk jarum ke bahagian bawah.

xii. Jahitan kia untuk membentuk batang.

P r o j e k I : A r t i k e l R u m a h t a n g g a | 13 xiii. Buat simpulan untuk mengukuhkan jahitan kia. Teruskan kerja menyulam dengan mengulang langkah yang sama sehingga siap batang yang dikehendaki.

xiv. Dengan menggunakan benang yang berlainan jahitkan simpul Perancis untuk membuat kuntuman bunga.

xv. Simpulkan sebanyak tiga kali dan susupkan jarum ke bahagian bawah, matikan jahitan.

xvi. Hiasan sulaman dan riben yang siap dijahit.

P r o j e k I : A r t i k e l R u m a h t a n g g a | 14

RINGKASAN1. Artikel rumah tangga merupakan kelengkapan rumah tangga yang diperbuat daripada fabrik yang terdapat dalam rumah yang berfungsi untuk melindungi, menghiasi dan mencantikkan sesuatu barang atau peralatan di rumah contohnya kain alas dulang, kain penutup televisyen, kain penutup peti sejuk, kain penutup kotak tisu, sarung bantal, beg galas, alas meja dan sebagainya. 2. Bagi menghasilkan alas meja yang berkualiti dan memenuhi tujuan dibuat proses mereka cipta perlu dijalankan terlebih dahulu. Mereka cipta stail artikel merupakan langkah awal dalam pembuatan alas meja. Langkah seterusnya adalah melakar pola, menggunting fabrik dan seterusnya menjahit.

PETA KONSEP

Mengenalpasti Masalah/Tujuan

Rekaan/Lakaran Pola

Proses Merekacipta Projek Artikel em Rumahtangga P ilihan Projek Pencetusan Idea Pemilihan Projek Artikel

Penghasilan Projek/ Menjahit

KATA KUNCI1. 2. 3. 4. Merekacipta Mengenalpasti masalah Pencetusan idea Lakaran/rekaan 5. 6. 7. 8. Alas meja Menggunting fabrik Menjahit/mencantum Artikel rumahtangga

P r o j e k I : A r t i k e l R u m a h t a n g g a | 15

PENILAIAN KENDIRI

1. Anda dikehendaki menghasilkan satu artikel rumah tangga mengikut langkah-langkah tersebut: a. b. c. d. e. Pilih satu jenis artikel rumah tangga yang anda berminat untuk menghasilkannya. Hasilkan 3 lakaran artikel, pandangan hadapan dan pandangan belakang Pilih satu lakaran yang paling menarik dan labelkan ciri stail yang dikehendaki. Draf pola artikel yang dipilih. Senaraikan langkah menjahit artikel.

RUJUKANAzmawati Abdul Aziz. (2009). Pola Pakaian, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Selangor Darul Ehsan : Dewan Bahasa dan Pustaka. Azmawati Abdul Aziz, Lamah Abdul Ghani & Zaitun Zakiah. (2002). Pengajian Pakaian Tingkatan 4, Kuala Lumpur: Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia. Faudziah Md Din, Nor Hababiah Hassan & Zahrah Esa (2002). Pengajian Pakaian Tingkatan 5, Kuala Lumpur: Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia. Mariam Abu Bakar. (2004). Panduan Membuat Pakaian, Petaling Jaya. Karya Bistari Sdn. Bhd. Rosli Ibrahim & Salomah Ahmad. (2007). Ekonomi Rumah Tangga, Manual Lanjutan KHB, Selangor Darul Ehsan : Sasbadi Sdn Bhd. Susan Manikam. (1988). Sains Rumahtangga SRP, Johor Bahru. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Wong Siew Foong, Fatimah Binti Jailani, Vickneswary a/p Sithamparappillai. (2002). Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4, Batu Pahat. Zeti Enterprise. Zaitun Zakiah & Norzaini Abdul Ghani. (2006). Membuat Pakaian, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Selangor Darul Ehsan : Dewan Bahasa dan Pustaka.