konstruktivisme kontekstual projek

21
98 OUM TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR Norizah Taib dan Zanariah Mahyun PENGENALAN Sumber: Intell Teach to the Future Program Gambar-gambar di atas menunjukkan murid-murid begitu gembira, berminat, bermotivasi dan tekun dalam pembelajaran. Apakah pendekatan yang harus anda pilih untuk memastikan murid-murid anda juga begitu?

Upload: celestina-tan

Post on 19-Oct-2015

55 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

KH RBT

TRANSCRIPT

  • 98OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR Norizah Taib dan Zanariah Mahyun

    PENGENALAN

    Sumber: Intell Teach to the Future Program

    Gambar-gambar di atas menunjukkan murid-murid begitu gembira, berminat, bermotivasi dan tekun dalam pembelajaran. Apakah pendekatan yang harus anda pilih untuk memastikan murid-murid anda juga begitu?

  • 99OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

    OBJEKTIF

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. memahami konsep pendekatan Kontruktivisme, Konstekstual dan Pembelajaran Berasaskan Projek;

    2. membanding bezakan pendekatan Kontruktivisme, Konstekstual dan Pembelajaran Berasaskan Projek; dan

    3. mengaplikasi pendekatan Kontruktivisme, Konstekstual dan Pembelajaran Berasaskan Projek dalam pengajaran dan pembelajaran.

    GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

  • 100OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

    5.1 PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME

    5.1.1 Definisi

    5.1.2 Konsep Pendekatan Konstruktivisme

    Konstrukitvisme memberi penekanan kepada proses pelajar membina pengetahuan melalui proses psikologi yang aktif. Ilmu pengetahuan dibina ke dalam struktur kognitif kanak-kanak tersebut hasil pengalaman mereka dengan alam. Struktur pengetahuan ini kadang-kadang menjadi penghalang yang kuat kepada pembelajaran dan perubahan konseptual murid-murid.

    Dari perspektif konstruktivis, pembelajaran bermakna pengetahuan dibina di dalam diri pelajar hasil daripada pengalaman pancainderanya dengan alam. Murid-murid akan bertindak kepada pengalaman-pengalaman pancaindera dengan cara membina di dalam minda mereka skema atau struktur kognitif yang mana akan membentuk makna dan kefahaman mereka. Individu-individu akan memberi makna kepada situasi atau fenomena dan mengakibatkan pembentukan proses yang mengambil tempat dalam minda individu tersebut.

    Ahli pendidikan masa kini mempercayai dan berkeyakinan bahawa murid-murid yang datang ke dalam suasana pembelajaran membawa bersama mereka segala pengalaman terdahulu yang disusun ke dalam skemata atau teori-teori kecil (Claxton, 1990). Pengalaman terdahulu ini dimiliki oleh murid-murid hasil dari interaksi mereka dengan alam sekeliling. Pengalaman-pengalaman ini terdiri daripada campuran pemikiran, perasaan dan kemahiran yang mungkin menjadi penghalang kepada pengalaman pembelajaran yang bakal mereka lalui.Pengalaman pembelajaran bermula dengan pertembungan perkara baru di mana murid-murid menterjemah dan memberi erti kepada apa yang telah wujud dalam struktur kognitif mereka. Pengalaman pembelajaran mereka di bilik darjah akan mempengaruhi skemata struktur kognitif pelajar yang digunakan untuk menterjemahkan pengalaman bagi membina makna kepada pengalaman tersebut (Osborne & Wittrock, 1983). Dengan lain perkataan, murid-murid perlu menstruktur semula idea mereka supaya sesuai dan selari dengan fakta dan dapatan yang sebenarnya .

    Konstruktivisme boleh diertikan sebagai kedudukan psikologi yang berpegang kepada sebarang kebenaran yang kebanyakannya terjadi serta merta dan konkrit. Ini bermakna bahawa ilmu pengetahuan dibina oleh individu-individu melalui pengamatan kepada fenomena alam. Watzlawick (1984), mentakrifkan konstruktivisme sebagai kedudukan psikologikal yang percaya apa saja kebenaran adalah paling serta merta dan makna yang konkrit; pembinaan mental yang percaya mereka sudah menemui dan menyiasat. Dengan lain perkataan, dapatan adalah rekaan di mana pereka tidak sedar tentang rekaannya dan beranggapan sesuatu wujud bersendirian daripadanya, rekaan itu kemudian menjadi asas pandangan sejagat dan tindakan.

  • 101OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

    Penstrukturan semula idea adalah satu peringkat yang mesti dilakukan oleh setiap pelajar untuk mengasingkan atau mengukuhkan pengalaman lalu dengan pengalaman sekarang. Pengalaman lalu yang berbeza dengan fakta dan teori sebenar perlu ditinggalkan manakala pengalaman lalu yang betul seperti fakta dan teori sebenar wajar dikukuhkan dengan pengalaman baru murid. Ini kerana salah satu daripada matlamat utama pendidikan ialah untuk membantu pelajar membina skemata baru yang bertenaga berhubung dengan dunia nyata.

    Sesuatu ilmu yang hendak disampaikan tidak mungkin dapat disampaikan oleh seseorang kepada seseorang yang lain dalam bentuk yang sempurna. Setiap individu akan membina ilmu pengetahuannya sendiri melalui pengalaman yang dilalui dan dialaminya. Kita tidak boleh belajar untuk orang lain, begitulah juga guru tidak boleh belajar bagi pihak muridnya. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea, dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

    Seseorang guru perlulah mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada pelajar iaitu pengalaman yang sedia ada untuk membantu mereka membina konsep atau pengetahuan baru. Apabila maklumat dan idea baru dapat disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian dari pegangan mereka, maka satu kerangka baru tentang sesuatu ilmu itu akan dapat dibina. Proses inilah yang dikatakan sebagai proses konstruktivisme.

    Perspektif Konstruktivisme akan mengubah kaedah pengajaran guru yang biasa kepada kaedah yang menumpu kepada kejayaan murid membina dan menyusun skema pengkonsepan berdasarkan pengalaman yang aktif dari kacamata murid itu sendiri.

    5.1.3 Premis Pendekatan Konstruktivisme

    Dua corak pemikiran utama dalam konstuktivisme ialah konstruktivisme peribadi dan konstruktivisme sosial.

    Konstruktivisme peribadi melibatkan seorang individu yang membina konstruktivisme itu sendiri iaitu memproses struktur kognitif dan ingatan (teoris utama dalam kategori ini ialah Von Glaserfeld dan Piaget).

    Konstruktivisme sosial pula melibatkan kumpulan yang membina proses tersebut. (Teoris utama dalam kategori ini ialah Vygotsky dan Bandura).

  • 102OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

    Teori lain:

    Jean Piaget Membangunkan skemata, akomodasi dan asimilasi, 4 tahap perkembangan intelektual dan pemuliharaan.

    Max Wertheimer Psikologi Gestalt, menekankan pandangan dalaman, hukum terdekat dan pengakhiran (proximity & closure).

    Lev Vygotsky Pembangunan sosial.

    Jerome Bruner Teori Konstruktivisme.

    Albert Bandura Teori pembelajaran sosial, peniruan, pemodelan, efikasi kendiri.Ernst Von Glaserfeld Konstruktivisme radikal.

    J Lave Pembelajaran situasi. J Bransford Pembelajaran berteraju (anchored learning).C Rogers Pembelajaran ekperiensial (berasas pengalaman). John Dewey Pembelajaran berasaskan keputusan ketidakseimbangan

    (a result of disequilibrium).R Spiro Teori Kebolehlenturan kognitif.

    C Reigeluth Teori huraian (Elaboration).T Sticht Konteks Fungsian.

    5.1.4 Konstruktivisme Dalam KHSR

    Hasrat yang hendak dicapai dalam KBSR dinyatakan secara jelas dalam Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah yang berbunyi:

    Murid-murid di peringkat sekolah rendah harus mendapat kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman secara langsung. Pengalaman ini meliputi aspek intelek, rohani dan jasmani. Pengalaman yang patut dilalui oleh murid hendaklah sesuai dan relevan dengan matlamat yang hendak dicapai melalui aktiviti-aktiviti yang menarik. Perkara penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah penglibatan setiap murid yang aktif (KPM, 1981).

  • 103OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

    Daripada penyataan di atas, pengajaran dan pembelajaran hendaklah berlaku melalui penglibatan murid-murid secara aktif dengan melakukan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik. Ini menunjukan bahawa proses pendidikan peringkat rendah menekankan kepada membina kemahiran dan menggunakannya.

    Dalam mata pelajaran KHSR, murid-murid mesti menguasai dua kemahiran iaitu kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Kemahiran-kemahiran ini akan dapat dikuasai oleh murid-murid melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran secara hands-on dan minds-on. Pengalaman sedia ada murid digunakan untuk murid-murid mempelajari dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru. Murid-murid tidak lagi dianggap sebagai bekas kosong yang perlu diisi tetapi adalah individu-individu yang mempunyai kefahaman dan konsepnya sendiri mengenai alam dan fenomena-fenomenanya. Oleh itu, suasana pembelajaran bilik darjah semestinya menyediakan ruang untuk murid-murid menguji, menganalisis, menghipotesis dan menstruktur semula idea mereka dengan fakta sebenar.

    Pembelajaran dalam KHSR dicapai melalui pengalaman praktikal dan mencari penerangan mengenainya. Murid-murid belajar secara pembinaan sendiri ilmu pengetahuan melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disediakan oleh guru mereka. Mereka akan menggunakan pengalaman sedia ada mereka untuk membina pengalaman dan pengetahuan baru.

    Perspektif konstruktivisme menjadi suatu paradigma yang dominan dalam bidang psikologi kognitif. Menurut Wittrock (1985), dalam dekad ini terjadi anjakan kepada pengkaji pembelajaran manusia daripada mengkaji aspek-aspek luaran kepada aspek-aspek dalaman. Mereka lebih berminat untuk mengkaji aspek-aspek dalaman diri murid-murid seperti pengetahuan sedia ada, muatan ingatan, motivasi dan kognitif mereka.

    5.1.4.1 Ciri-ciri Bilik Darjah

    Keberkesanan pembelajaran dalam bilik darjah banyak bergantung kepada amalan pengajaran guru. Oleh itu, supaya pembelajaran berjaya dan mencapai objektifnya, amalan pembelajaran guru-guru dalam bilik darjah perlu berorientasikan kepada pembelajaran melalui pengalaman sedia ada murid berasaskan kepada aktiviti yang menyeronokan. Guru-guru yang mengamalkan pembelajaran konstruktivisme dalam pengajaran mereka mempunyai ciri-ciri tertentu.

    Menurut Ken Appleton dan Hilary Asoko (1996), guru-guru yang mengamalkan pembelajaran secara konstruktivisme mempunyai bilik darjah yang mengandungi kriteria-kriteria seperti berikut:

    1. Guru tersebut mempunyai kesedaran bahawa murid-murid yang datang ke situasi pembelajaran membawa bersama idea terdahulu yang mereka miliki dan mereka mencuba untuk mengeluarkan idea tersebut.

    2. Semasa mengajar guru-guru mempunyai matlamat konseptual yang jelas untuk murid-murid dan mempunyai kefahaman bagaimana mereka mesti bergerak ke arah mencapainya.

  • 104OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

    3. Guru juga menggunakan strategi-strategi pengajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada murid-murid atau memperkembangkan idea awal mereka dan menyediakan cara supaya idea baru senang diterima oleh mereka.

    4. Menyediakan peluang kepada murid-murid untuk menggunakan dengan sebaik-baiknya idea baru yang mereka perolehi.

    5. Guru juga menyediakan suasana bilik darjah yang menggalakkan murid-murid mengeluarkan pendapat dan membincangkan idea mereka.

    5.1.4.2 Aplikasi Konstuktivisme dalam KHSR

    Teori Konstruktivisme amat sesuai diaplikasikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. Model pengajaran konstruktivisme 5 fasa yang telah dicadangkan dalam Childrens Learning in Science Project (Needham, 1987) juga sesuai digunakan.

    Model Konsruktivisme 5 fasa Needham :

    Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah

    1 Orientasi Menimbulkan minat dan menyediakan suasana.

    Amali dan penyelesaian masalah sebenar, tunjukcara oleh guru, tayangan video dan keratan akhbar.

    2 Pencetusan Idea Supaya murid dan guru sedar tentang idea terdahulu.

    Amali,perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konsep dan laporan.

    3 Penstrukturan Semula

    i) Penjelasan dan Pertukaran

    ii) Pendedahan kepada situasi konflik

    Mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik.

    Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik.

    Perbincangan dalam kumpulan kecil dan buat laporanPerbincangan, pembacaan, input guru.Amali, kerja projek, eksperimen, tunjuk cara guru

  • 105OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

    iii) Pembinaan idea baru

    iv) Penilaian

    Mengenal pasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sendiri.

    Menguji kesahan idea-idea sedia ada.

    Pengubahsuaian,pengembangan atau penukaran idea Menguji kesahan untuk idea-idea baru yang dibina.

    4 Penggunaan idea Pengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa.

    Penulisan sendiri kerja projek.

    5 Renungan kembali Menyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh manakah idea asal mereka telah berubah.

    Penulisan kendiri, perbincangan kumpulan, catatan peribadi dan lain-lain.

    Cuba anda bayangkan, sebagai seorang guru KHSR, anda sedang mengajar topik Penyambungan Bahan. Bagaimana anda memperkenalkan topik ini dan menyampaikan kandungannya? Mengikut pendekatan konstruktivisme, sesuatu pembelajaran perlu dikaitkan dengan pengalaman sedia ada murid.

    Anda mungkin boleh memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan memberi murid-murid contoh bahan (kayu, fabrik, kertas). Berdasarkan bahan yang diberi anda boleh meminta mereka berbincang dalam kumpulan bagaimanakah bahan-bahan tadi boleh disambungkan.

    Kemungkinan-kemungkinan jawapan murid-murid ialah: Jenis bahan: Fabrik Cara penyambungan: 1. Jahitan 2. Gam 3. Staple 4. Pin 5. Zip 6. Valcro

    Berdasarkan jawapan murid, anda perlu membetulkan bagi fakta-fakta yang salah dan meneguhkan bagi fakta-fakta yang benar. Anda perlu menerangkan tujuan fabrik disambung ialah untuk menghasilkan sehelai pakaian.

  • 106OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

    Fakta-fakta yang Betul

    Jenis bahan: Fabrik Cara penyambungan: 1. Jahitan 2. Zip 3. Valcro

    Fakta-fakta yang Salah

    Jenis bahan: Fabrik Cara penyambungan: 1. Gam 2. Pin 3. Staple

    Situasi di atas membolehkan pelajar mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman sedia ada dan membina sendiri ilmu pengetahuan baru melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh guru.

    5.1.4.3 Adakah Anda Telah Mempraktikkan Pendekatan Konstruktivisme?

    Anda telah mempraktikkan pendekatan kontruktivisme sekiranya:

    x Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep. x Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain. x Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka. x Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah. x Pelajaran berpusatkan murid. x Aktiviti berasaskan hands-on dan minds-on.x Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. x Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan

    kefahaman idea tersebut.

    x Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya. x Murid menghubungkaitkan idea asal dan idea yang baru dibina. x Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai. x Murid digalakkan mengemukakan hipotesis. x Guru mengemukakan soalan yang boleh merangsang murid memberi jawapan. x Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid. x Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru.

  • 107OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

    x Guru prihatin terhadap kebolahan, keperluan dan minat murid-murid. x Murid-murid bekerja dalam kumpulan.

    Aktiviti 5.1

    Apakah topik yang sesuai diajar dengan pendekatan kontruktivisme? Jelaskan bagaimana anda boleh menyediakan situasi pembelajaran dengan menggunakan pendekatan tersebut?

    5.2 PENDEKATAN KONTEKSTUAL

    5.2.1 Definisi

    Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian. Secara umum, kontekstual membawa pengertian:

    1. Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.

    2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).

    Oleh itu, pendekatan kontekstual iaitu pendekatan yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau relevan bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.

    5.2.2 Konsep Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on danminds-on.

    Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan seharian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

  • 108OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

    Mengapakah pendekatan kontekstual perlu dalam pengajaran dan pembelajaran? Pendekatan kontekstual penting kerana:

    x Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri.

    x Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada murid.

    x Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal,belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif.

    x Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari.

    Pendekatan ini bersesuaian dengan ciri-ciri kejayaan dalam pembelajaran yang disarankan oleh William Glaser, iaitu 80% pelajaran yang mereka pelajari akan kekal dalam ingatan daripada apa yang kita alami sendiri.

    Kebanyakan murid di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk murid tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja.

    Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah. Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau atau melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi, rangsangan serta tindak balas.

    Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri).

    Pendekatan ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna. Ia terbentuk daripada pemahaman, persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah, dalam makmal, dalam makmal komputer, tempat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal dan psikologikal ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.

    Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan

  • 109OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

    aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

    Pembelajaran kontekstual berlaku apabila terdapat hubungan yang rapat antara ilmu yang dipelajari dengan pengalaman sebenar. Sesuatu yang membolehkan seseorang mengaplikasikan teori-teori akademiknya dalam situasi yang sebenarnya. Melalui pembelajaran kontekstual jugalah seseorang itu terutamanya pelajar digalakkan untuk menghubungkaitkan ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam kehidupan seharian sebagai seorang ahli keluarga, warganegara dan pekerja.

    Konsep pembelajaran konstekstual adalah seperti berikut:

    x Berpusatkan pelajar, guru sebgai fasilitator x Penerapan konsep Competency Based Education.x Tayangan video yang berkaitan dengan topik dan situasi tempat kerja. x Perbincangan sebelum dan selepas setiap unit melalui interaksi pelajar dengan

    pelajar, pelajar dengan guru. x Melalui pendekatan cooperative learning.x Melaksanakan aktiviti kerja amali di makmal secara hands-on dan berkaitan alam

    pekerjaan/situasi tempat kerja.

    Antara strategi dalam pengajaran dan pembelajaran kontekstual ialah:

    x Menitikberatkan penyelesaian masalah x Mengenal pasti keperluan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam

    pelbagai keadaan seperti di tempat kediaman, komuniti dan tempat bekerja x Mengajar pelajar memantau pembelajarannya sendiri supaya mereka menjadi

    individu yang boleh mengawal pembelajaran kendiri x Meneraju pengajaran bagi pelajar yang mempunyai konteks kehidupan yang

    berlainanx Menggalakkan pelajar belajar di antara satu sama lain atau antara kumpulan x Menjalankan penilaian yang authentic

    5.2.3 Kepentingan Pembelajaran KontekstualPembelajaran kontekstual mempunyai kepentingan kepada murid, guru dan industri seperti berikut:

    (a) Muridx Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan x Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian x Boleh memindahkan kemahiran x Boleh meneroka dan mendapatkan bukti x Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit x Dapat belajar secara kerjasama

  • 110OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

    (b) Guru Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya. Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan. Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau

    industri.

    (c) Industri Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara

    berkesan pengikut keperluan Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi

    5.2.4 Bentuk Pembelajaran KontekstualDalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut:(a) E (Experiencing) (Mengalami) Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta (b) R (Relating) (Menghubung kait) Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman

    hidup

    (c) A (Applying) (Mengaplikasi) Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan

    dalam situasi lain.

    (d) C (Cooperating) (Bekerjasama) Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi

    (e) T (Transfering) (Memindahkan) Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina

    daripada apa yang telah diketahui

    5.2.5 Premis Pembelajaran Kontekstual Bukan semua orang boleh belajar secara abstrak. Kebanyakannya orang belajar dengan lebih baik secara informal iaitu melalui pengalaman kontekstual (Caine, dan Caine, 1991, Gardner, 1983, Kolb,1984). Oleh itu, untuk memenuhi cara belajar yang pelbagai maka perlulah digunakan pelbagai strategi pembelajaran, pelbagai cara menyusun kandungan kurikulum dan pelbagai konteks bagi peluang-peluang pembelajaran.

  • 111OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

    Pembelajaran kontekstual memerlukan koordinasi akademik dan kemahiran teknik yang piawai.

    Pada masa kini para pendidik, pembuat dasar dan majikan telah menggunakan dan menitikberatkan perhubungan antara akademik dengan pendidikan vokasional. Contohnya, kebanyakan institusi pengajian menghantar pelajar-pelajarnya untuk menjalani latihan industri atau praktikum di industri tertentu. Tenaga pengajar juga dihantar menjalani internship/externship di tempat-tempat yang dipilih. Latihan industri atau praktikum ini memberi pengalaman kepada keadaan yang sebenar dan menyediakan pelajar ke alam pekerjaan kelak.

    Sebelum melaksanakan kaedah pembelajaran kontekstual, pelbagai perkara harus diambil kira seperti meneliti apakah keadaan (nature) sesebuah tempat latihan itu dalam memenuhi keperluan pelajar yang menjalani latihan, tanggungjawab yang akan dipikul dan pengalaman yang bakal diperolehi, cara membuat penilaian, masa yang diperlukan dan sebagainya.

    Pembelajaran kontekstual memerlukan komunikasi yang berterusan di kalangan pihak-pihak yang terlibat iaitu guru, majikan, pembimbing, pelajar dan juga ibu bapa. Ibu bapa boleh dijemput ke dalam kelas untuk mempelajari bagaimanakah bentuk dan cara pembelajaran kontekstual ini dilakukan, apakah matlamatnya dan hasil kemajuan pelajar. Mereka perlu digalakkan menyumbang kepada perancangan dan pembangunan sistem ini. Maklum balas daripada pelajar adalah amat penting sebagai komponen utama dalam penilaian dan pemurnian sistem.

    5.2.6 Aplikasi Pendekatan Kontekstual

    Beberapa contoh boleh diambil dalam mengaplikasikan pembelajaran secara kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup seperti Hari Keushawanan di mana pelajar-pelajar boleh dilibatkan dalam semua aktiviti seperti merancang aktiviti yang akan dijalankan, penghasilan produk, promosi, membuat belanjawan dan simpankira dan sebagainya. Sebagai tambahan seseorang pelajar bukan sahaja terlibat dengan satu mata pelajaran sahaja malah mengaplikasikan mata pelajaran matematik, seni, sains, bahasa dan lain-lain. Melalui cara sebegini pelajar-pelajar akan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari di sekolah ke dunia pekerjaan kelak.

    Kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Rendah merupakan suatu dokumen yang menggabungjalinkan pengajaran dan pembelajaran pelbagai komponen mata pelajaran. Ini juga merupakan suatu contoh di mana setiap komponen akan melibatkan aktiviti-aktiviti kontekstual yang berupa aktiviti pembelajaran amali seperti menjahit, membina litar elektrik, menanam pokok, merancang belanjawan dan sebagainya. Aktiviti seperti ini akan menjadi pemangkin dan dapat diaplikasikan di rumah.

    Terdapat pelbagai contoh yang menjelaskan bagaimana pembelajaran kontekstual ini dijalankan. Namun apa yang penting ialah para pelajar dapat disediakan untuk menghadapi situasi yang sebenar apabila mereka meninggalkan institusi pengajian mereka.

  • 112OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

    Mengapakah pendekatan Pembelajaran Kontekstual perlu diserapkan dalam sesuatu pelajaran?

    5.3 PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP)

    5.3.1 Definisi

    PBP adalah satu kaedah pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan maklumat, analisis data dan persediaan laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali. Penilaian dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasilnya siap. Mengintergrasikan pengetahuan dengan aktiviti, interaksi murid dengan guru yang merupakan bimbingan dan perundingan merupakan ciri penting dalam mengendalikan projek.

    5.3.2 Konsep Pembelajaran Berasaskan Projek Kaedah ini merupakan satu kaedah di mana aktiviti dijalankan oleh individu atau sekumpulan pelajar untuk mencapai sesuatu tujuan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Projek biasanya mengambil masa yang panjang dan ianya boleh dilaksanakan di dalam atau di luar waktu belajar yang biasa. Kaedah ini melibatkan pelajar memainkan peranan aktif dalam merancang dan melaksanakan aktiviti sesuai dengan topik yang dikaji.

    Kaedah ini mula disarankan oleh Professor William Kilpatrick (1871-1965). Hasil pembelajaran murid adalah lebih berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancang dengan cara yang menarik. Kaedah ini juga menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti seperti kerja amali, permainan, kajian dan lawatan. Ianya dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan ketrampilan terhadap sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing.

    Apabila pelajar-pelajar telah menguasai beberapa kemahiran tertentu aktiviti berasaskan projek akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Misalnya, pelajar-pelajar telah didedahkan tentang bagaimana bahan buangan boleh dikitar semula, maka mereka boleh diberi suatu projek penghasilan produk dengan menggunakan bahan-bahan buangan. Selain itu sesuatu projek boleh diberikan kepada pelajar yang menggemari topik-topik tertentu dalam pelajaran mereka.

  • 113OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

    5.3.2.1 Prinsip-prinsip Pembelajaran Berasaskan Projek

    Berikut adalah prinsip-prinsip Pembelajaran Berasaskan Projek. Anda boleh menggunakannya sebagai panduan merancang kaedah pembelajaran ini.

    1. Aktiviti pembelajaran sepatutnya berfokus kepada penggunaan kemahiran pemprosesan maklumat (information-processing skills) daripada pemerhatian sehinggalah mensintesis. Aktiviti yang dirancang juga perlu mengaplikasikan peraturan-peraturan asas dalam konteks konseptual.

    2. Pembelajaran Inkuiri meletakkan murid-murid dalam proses pembelajaran yang aktif. Elemen seperti guru, sumber pembelajaran, teknologi dan sebagainya boleh membantu murid-murid dalam proses pembelajaran.

    3. Model yang disediakan oleh guru menjadi contoh dalam proses pembelajaran. Guru juga adalah sebagai pemudah cara dalam proses murid-murid mencari maklumat dan melaksanakan tugas-tugas projek.

    4. Apa yang ditaksirkan itu adakah benar-benar bernilai? Oleh itu, penekanan perlu diberikan kepada kemahiran memproses maklumat, tingkah laku semula jadi pemikiran dan pemahaman tentang sesuatu konsep, berbanding dengan hanya melihat kandungan dalam sesuatu bidang.

    5.3.3 Premis Pembelajaran Berasaskan Projek Terdapat tiga komponen penting dalam PBP seperti yang ditunjukkan di bawah

    PEMBELAJARAN BERASASKAN

    PROJEK

    PROSES HASIL SAHSIAH

    x Pelaksanaan Strategiimplementasi

    x Unsur Inovasi x Unsur Kreatif x Mengikut

    tempoh masa ditetapkan

    x Penggunaan produk

    x Kualiti Produk x Laporan x Persembahan

    Dapatan

    x Sikap x Kerjasama x Penglibatan

    kolaboratifpelajar

  • 114OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

    Untuk memastikan supaya hasil pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, terdapat beberapa faktor yang perlu dititikberatkan seperti:

    x Menyediakan perancangan yang baik untuk memastikan kelancaran projek yang hendak dijalankan

    x Tujuan dan aktiviti projek ditentukan berdasarkan kecenderungan pelajar x Memastikan keperluan dan alatan disediakan x Menentukan aktiviti manakah yang perlu bimbingan guru dan yang manakah perlu

    dijalankan sendiri oleh pelajar x Menentukan cara bagaimanakah sesuatu hasil projek dipersembahkan, dipamerkan,

    disimpan dan sebagainya.

    Sebagai satu aktiviti pembelajaran, projek membawa tujuan berikut:

    x Menggalakkan murid bekerjasama dan mengambil tanggungjawab. x Memberi kebebasan kepada murid menunjukkan kreativiti dan inovasi x Memberi peluang kepada murid menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar

    bilik darjah. x Memotivasikan murid x Memberi peluang kepada murid memainkan peranan sebagai pemimpin x Membenarkan murid menentukan peranan masing-masing. x Membenarkan murid yang sama minat dan kebolehan bekerja pada kadar yang

    setaraf dengan kemampuannya. x Memberi satu suasana pembelajaran untuk murid yang kurang yakin dan mahu

    menunjukkan kebolehan mereka sepenuhnya.

    Garis panduan yang tepat dan terpenrinci harus diberi oleh guru untuk menggalakkan pemikiran pelajar pada aras yang lebih tinggi (higher order thingking skill). Ini termasuk semua kriteria yang akan dinilai dalam hasil kerja mereka.

    5.3.4 Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Projek Terdapat pelbagai projek yang sesuai diberikan kepada pelajar di peringkat sekolah rendah. Sesuatu projek itu digalakkan dijalankan secara berkumpulan. Antaranya ialah menjalankan kajian, menghasilkan kerja tangan dan lawatan.

    Suatu kajian yang dapat dijalankan oleh pelajar misalnya ialah berkaitan dengan pertumbuhan beberapa anak benih seperti jagung, kacang hijau dan sawi. Pelajar boleh mengukur berapakah ketinggian anak benih berbanding masa pertumbuhannya.

  • 115OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

    Selain dari itu, bagi penghasilan objek pula projek yang sesuai diberikan adalah seperrti meminta pelajar menghasilkan satu bingkai gambar dengan menggunakan bahan buangan.

    Bagi projek lawatan pula, pelajar mungkin dibawa melawat muzium atau kampung budaya selepas mereka mempelajari sejarah atau budaya kehidupan sesebuah masyarakat. Sebelum lawatan dibuat guru perlulah menentukan tempat lawatan yang berkaitan, aktiviti yang perlu dibuat semasa lawatan seperti membuat pemerhatian dan catatan dan juga perkara yang perlu dilakukan selepas lawatan seperti mengumpul objek-objek yang diperolehi selepas lawatan, membuat buku skrap dan sebagainya.

    5.3.5 Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek

    Rangka Kerja

    x Soalan x Perancangan x Jadual Pelaksanaan x Mengawas x Mentaksir x Menilai

    Sumber: George Lucas Education Foundation

    5.3.5.1 Soalan

    x Mulakan dengan soalan essential.x Pilih topik yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan mulakan dengan

    penyiasatan.

    x Pastikan relevan dengan murid-murid

  • 116OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

    5.3.5.2 Perancangan

    x Rancang kandungan spesifik yang perlu dikaitkan apabila murid-murid menjawab soalan.

    x Libatkan murid-murid dalam proses merancang dan menjalankan projek. x Guru dan murid-murid adakan sumbangsaran untuk aktiviti yang akan dijalankan

    dalam projek yang dirancang.

    5.3.5.3 Jadual Pelaksanaan

    x Guru bersama pelajar mereka bentuk jadual pelaksanaan untuk setiap komponen projek.

    x Setkan benchmarks.x Pastikan jadual anda mudah difahami dan sesuai dengan umur murid-murid.

    5.3.5.4 Mengawas

    x Guru sebagai pemudahcara x Guru membimbing proses projek. x Gunakan rubriks dalam proses membimbing

    5.3.5.5 Mentaksir

    x Pastikan pentaksiran adalah asli dan disediakan oleh guru x Gunakan pelbagai jenis pentaksiran. x Ambil masa untuk mentaksir secara indivudu dan kumpulan

    5.3.5.6 Penilaian

    x Murid-murid berkongsi pengalaman x Bincang bagaimanakah projek itu dijalankan sehingga berjaya. x Bincang apakah perubahan yang perlu dilakukan x Berkongsi idea untuk pelaksanaan projek baru kelak.

  • 117OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

    Aktiviti 5.2

    Pilih satu topik yang anda fikir sesuai untuk mengaplikasikan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek. Jawab soalan-soalan berikut: 1. Apakah soalan essential (mustahak) yang anda akan ajukan kepada

    murid-murid untuk meransang mereka memilih projek? 2. Apakah cadangan projek yang anda fikirkan boleh dilaksanakan oleh

    murid-murid?

    3. Tempoh masa pelaksanaan projek?

    RUMUSAN

    Teori pendekatan konstruktivisme, kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek merupakan teori pembelajaran yang banyak digunakan masa kini. Terdapat pelbagai teori pembelajaran lain yang digunakan. Namun, yang pastinya teori-teori ini dihasilkan dengan tujuan untuk memastikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai objektif yang ditentukan.

    Fahaman konsruktivisme melihat cara bagaimana seseorang individu belajar dan membina pengetahuan ke dalam kerangka mindanya dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan terdahulu mereka. Amalan pengajaran konvensional dan tradisional perlu bertukar kepada pengajaran yang melibatkan aktiviti-aktiviti hands-on dan minds-on bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan bermakna. Guru-guru harus berupaya untuk mengubah kerangka konseptual murid-murid supaya berfikir selari dengan fakta saintifik, dan di samping itu guru-guru juga perlu berubah paradigma dan konseptual dalam menentukan strategi pembelajaran mereka. Pembelajaran berasaskan projek pula lebih menggalakkan pelajar memproses maklumat untuk mencari penyelesaian sesuatu persoalan.

  • 118OUM

    TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KHSR

    GLOSARI

    Akomodasi Penyesuaian: pendekatan yang kerap dibincangkan.

    Asimilasi Pemaduan bermacam-macam unsur menjadi satu.

    Authentic Tulen.

    Discovery Learning Pembelajaran melalui penemuan-penemuan baru yang diperolehi.

    Internship Menjalani latihan di lokasi sebenar bagi suatu jangka masa tertentu.

    UJIAN 1

    Arahan: Sila jawab soalan berikut dalam masa 15 minit

    1. Berikan definisi Konstruktivisme

    2. Jelaskan dengan ringkas 2 corak pemikiran utama dalam konstruktivisme

    3. Berikan 3 strategi pembelajaran kontekstual

    4. Jelaskan 2 perkara yang perlu diambil kira sebelum melaksanakan program pembelajaran kontekstual

    5. Jelaskan 2 faktor yang perlu diberi perhatian supaya hasil pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek berkesan.

    UJIAN 2

    Arahan: Sila jawab soalan berikut dalam masa 30 minit

    1. Jelaskan dengan ringkas tentang pembelajaran berasaskan projek.

    2. Terangkan perbezaan antara teori konstruktivisme dan kontekstual

    3. Bincangkan bagaimanakah pembelajaran berasaskan projek dapat diaplikasikan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup dan berikan contoh yang bersesuaian.