tut penilaian dalam pendidikan

Upload: anonymous-y7n8kye26

Post on 13-Oct-2015

100 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

penilaian dalam pendidikan

TRANSCRIPT

UNIVERSITI MALAYSIA SABAHSEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

TT00503 PENILAIAN DALAM PENDIDIKANSEMESTER 2 SESI 2009/2010

Jawapan Soalan Tutorial Penilaian Dalam Pendidikan

Pengakuan Pelajar:Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri. Saya sedar bahawa tindakan sewajarnya mengikut Peraturan Peperiksaan UMS akan dikenakan sekiranya saya bersalah mengikut peraturan berkenaan.

BILNAMANO. MATRIK

1. VITTY BINTI FUNG AH CHON (KETUA)HT2006-4728

2. NUR HAFEZA BINTI ABU HASSANHT2006-2097

3. NORLIZA LENA BINTI AJUHHT2006-4295

4.KASMI BINTI TALIBEHT2006-2480

5.NORLIZA BINTI MADTAIPHT2006-5132

SOALAN TUTORIAL 1Bezakan pengujian, pentaksiran dan penilaian dari segi kegunaan, bentuk dan proses.

Bentuk

PerkaraPengujianPentaksiranPenilaian

PengertianProses menentukan perubahan tingkah laku

Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan di antara pelajarProses membuat analisis dengan mentafsir hasil pengukuran

Kegunaan Untuk menempatkan pelajar-pelajar dalam kumpulan yang sesuaiUntuk pengelasan, pensijilan dan menempatkan pelajar dalam jurusan yang sesuai dan untuk penyelidikanUntuk membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan dan membuat ramalan.

Bentuk Pemerhatian, ujian, lisan dan bertulis.Ujian bertulis dengan markah dan gredJadual atau gred berdasarkan teknik perangkaan.

Proses1. Persediaan ujian2. Perlaksanaan ujian3. Pemeriksaan ujian

1. Proses pengujian2. Merekod markah dan gred1. Menyediakan ujian 2. Pentadbiran ujian3. Pemeriksaan dan pengukuran4. Analisis dan interpretasi serta tindakan

SOALAN TUTORIAL 2Bezakan penilaian formatif dan penilaian sumatif dari segi makna, tujuan, proses dan produk

JenisPerkaraPenilaian formatifPenilaian sumatif

MaknaSesuatu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan penguasaan dan kemajuan pelajaran dalam kelas.Sesuatu jenis ujian formal untuk mengesan pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan.

Tujuan Mengesan penguasaan dan kemajuan pelajar untuk membaiki kelemahannya dengan serta mertaMengesan pencapaian pelajar berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan peningkatan gred pelajar

ProsesMenjalankan ujian formal atau tak formal semasa waktu pengajaran dengan secara individu, secara kumpulan, atau secara kelas.Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu pelajaran secara kelas atau tingkatan

ProdukTak formal Pemerhatian dan soal jawabFormal Ujian kertas-pensel dalam masa singkatFormal Ujian kertas-pensel atau ujian lisan dalam jangkaan masa yang sesuai.

SOALAN TUTORIAL 3Terangkan kepentingan penilaian program dalam pendidikan

1. Membandingkan hasil dengan penanda aras (benchmark) yang telah ditetapkan, sama ada berjaya mencapai piawaian atau tidak.2. Sekiranya program tidak berjaya, tindakan selanjutnya dapat dilakukan, memperbaiki kelemahan program.3. Sekiranya berjaya, pendekatan program boleh diteruskan untuk program seterusnya dengan sedikit penambahsuaian yang perlu.4. Penambahbaikan dan peningkatan pada masa hadapan dapat dilakukan berdasarkan rekod yang sedia ada. 5. Melihat sejauhmana objektif program dapat dicapai dan sekaligus mendapat respon (sama ada positif ataupun negatif) hasil daripada program yang dilaksanakan.6. Rujukan atau maklumat yang boleh dirujuk berkaitan dengan pembekalan perkhidmatan atau program yang berfaedah.

SOALAN TUTORIAL 4Apakah perbezaan antara penilaian dan penyelidikan pendidikan? Berikan contoh-contoh projek penilaian dan penyelidikan pendidikan.

Perbezaan

PenilaianPenyelidikan

Definisi

Satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapaiMenurut,The Collins International Dictionarypenyelidikan ialah suatu penyiasatan sistematik untuk memperolehi fakta atau maklumat tentang sesuatu perkara. Kamus Websterpula menyifatkan penyelidikan sebagai penyiasatan saintifik untuk membongkar fakta. Penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik, terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara fenomena semulajadi yang boleh diperhatikan

Projek 1. Penilaian untuk mengukur pembelajaran murid dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai, guru digalakkan menggunakan pelbagai cara penilaian. 2. Penilaian Sekolah Bestari

PSMP: Projek Sarjana Muda Pendidikan

Motivasi pengkajiMenyumbang ke arah penyelesaian masalahPenyelidikan untuk memuaskan ingin tahu

Objektif kajianMembuat keputusanMencari rumusan

Undang-undang dan huraianPenilaian menghuraikan sesuatu yang tertentu (idiographic)Penyelidikan mencari undang-undang (nomothetic)

Autonomi kajianDiarahkan oleh klienDiarahkan oleh pengkaji

Kriteria Mementingkan utiliti dan kredibilitiMementingkan kesahan dalaman dan luaran

Kesimpulan Keputusan penilaian tidak boleh digeneralisasikanKeputusan penyelidikan mempunyai kesimpulan yang luas

Nilai yang dipentingkanPenilaian mementingkan faedah Penyelidikan mementingkan kebenaran

SOALAN TUTORIAL 5Bandingkan jenis-jenis penilaian di bawah model objektif. (Persamaan dan Perbezaan)

Penilaian illuminative (Hamilton dan Parlett)Penilaian goal-free (Micheal Scriven 1972)Penilaian responsive (Robert Stake 1967)Penilaian democratic (Barry MacDonald 1974)Penilaian naturalistic

Persamaan

1. Penilaian yang dkaitkan dengan penilaian penghasilan sesuatu produk.2. Membandingkan objektif-objektif sesuatu program dengan hasil-hasilnya. 3. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan program.4. Menggunakan kaedah-kaedah kuantitatif berbanding kualitatif seperti statistik.5. Menggunakan Taksonomi-Taksonomi Objektif Pendidikan seperti Kognitif (Bloom), Afektif (Krathwohl) dan Psikomotor (Simpson).

Perbezaan

Penilaian yang bertindak menghapuskan isu-isu yang tidak pentingPenilaian yang tidak mempunyai matlamat yang khususPenilaian yang mempunyai tindak balas dalam setiap langkah pelaksanaanPenilaian yang menitikberatkan konsep kerahsiaanPenilaian yang dibuat secara semula jadi

Mempertimbangkan konteks program pendidikan yang lebih luasPenilaian yang mempunyai tindak balas dan penilaian yang memerhatikan tiga jenis data iaitu antecedent data, transactional data dan outcome dataMenyuarakan kepentingan konsep hak untuk mengetahuiTerdapat tiga nilai asas penilaian iaitu penyertaan demokrasi, pembuat keputusan yang dimaklumkan dan kepelbagaian nilai

Lebih mementingkan huraian dan tafsiran daripada pengukuran dan ramalanMenumpukan pada kesan sebenar tanpa menghiraukan matlamatLebih mementingkan portrayal/ description daripada analisisMenitikberatkan konsep-konsep kerahsiaan, rundingan dan keizinanMementingkan penggunaan bahasa yang biasa dan penaakulan informal harian untuk menghasilkan struktur realiti

SOALAN TUTORIAL 6Apakah model yang sering digunakan dalam penilaian pendidikan di Malaysia? Berikan contoh-contoh yang sesuai.

Model penilaian yang sering digunakan dalam pendidikan adlaah Model konteks, input, proses, dan produk atau lebih dikenali sebagai Model CIPP. Menurut Stufflebeam (1971), Model CIPP adalah suatu panduan yang memberi struktur penilaian program yang sistematik. CIPP ialah akronim bagi satu ciri penilaian yang berdasarkan empat aspek yang berterusan, iaitu konteks (context), input (input), proses (process) dan produk (product)Penialaian konteks menentukan matlamat-matlamat umum dan objektif-objektif sesuatu program. Penilaian ini memberi satu gambaran tentang hasil jangkaan menggunakan ukuran-ukuran berdasarkan kriteria. Sebagai contoh, sebelum melakukan pengajaran di kelas, gurur akan memastikan kerelevanan objketif dengan kandungan pelajaran dan tahap kebolehan pelajar. Sikap guru yang merupakan kriteria boleh diukur dalam penialaian konteks, sama ada guru itu bersikap positif atau negatif terhadap kurikulum. Tahap keyakinan guru terhadap pelaksanaan kurikulum turut memberi kesan terhadap keputusan penilaian konteks.Penilaian input iailah penaksiran sumber dan ini merupakan satu cabaran untuk menjamin kejayaan dalam melaksanakan sesuatu program. Penilaian input biasanya mengenal pasti kemampuan sistem pengajaran untuk mencapai objektif dengan adanya persediaan strategi-strategi alternatif dan sumber-sumber yang diperlukan. Sebagai ocntoh, kelengkapan kemudahan atau peralatan di sesebuah sekolah amat mempengaruhi kadar pencapaian objektif satu sesi pengajaran. Sekolah yang dilengkapi dengan kemudahan teknologi serba moden sememangnya memberi impak yang besar dalam mencapai objektif pengajaran.Dalam penialaian proses, implementasi suatu program dijadikan sasaran. Pelaksanaan prosedur dan strategi program, misalnya prosedur pengajaran dan pembelajaran dipantau secara intensif dengan tujuan untuk mengenal pasti masalah atau mengenal pasti masalah pasti masalah atau kelemahan pelaksanaan sesi pengajaran. Kekuatan program turut dapat dikenal pasti untuk penambahbaikan terhadap pelaksanaan program dapat dijalankan dengan sewajarnya berpandukan hasil atau keputusan yang diperolehi daripada penilaian proses. Peringkat ini merupakan penilaian yang berterusan iaitu dari awal sehingga selesai program yang dilaksanakan.Penilaian produk mengukur kejayaan sesuatu program dengan cara membandingkan hasil dan objektif program di samping membezakan keputusan jangkaan dengan keputusan sebenar. Hasil dari penilaian ini, pentadbir dapat membuat keputusan sama ada program perlu diteruskan, dihentikan, diubah suai atau difokus semula. Contohnya, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru akan menilai sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai atau sebaliknya. Dengan penilaian produk, ia membolehkan guru menaksir kualiti pengajarannya sekaligus mengenal pasti perkara yang perlu diatasi atau diperbaiki demi mempertingkatkan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran.

SOALAN TUTORIAL 7Apakah kepentingan taksonomi dalam pentaksiran pendidikan

Terdapat beberapa kepentingan taksonomi dalam pentaksiran pendidikan. Antaranya ialah;

1. Dapat menilai tahap keupayaan kognitif para pelajar berdasarkan aras hierarki kognitif mereka.2. Mempelbagaikan jenis soalan mengikut aras atau tahap kercedasan pelajar. Dimana secara tidak langsung guru dapat mengenal pasti tahap kecerdasan pelajar-pelajarnya.3. Menentukan skala pembahagian soalan mengikut aras-aras yang telah dibahagikan mengikut jadual spesifikasi ujian. Aras yang terbanyak dalam sesuatu ujian adalah aras kefahaman. 4. Membina kelangsungan konstruktivis5. Rancangan strategi pengajaran6. Membantu guru menyediakan ganjaran yang bersesuaian kepada pelajar

SOALAN TUTORIAL 8Berikan contoh soalan dalam mata pelajaran major anda untuk semua aras kesukaran.

1. Which of the following structure can only be found in a plant cell ?

A NucleusB CytoplasmC LysosomeD ChloroplastAras: PengetahuanAlasan: Pelajar perlu ingat struktur sel tumbuhan sahaja

2. The internal environment of an organism is influenced by the pH level and temperature. Any changes in these two factors can

A Affects its biochemical reactionsBIncrease its metabolic rateCAffects the process of a cellDAffects the function of a cellAras: KefahamanAlasan: Pelajar perlu ingat kembali pengaruh pH dan suhu dan perlu faham apa akan terjadi sekiranya terdapat perubahan.

3. Based on the following information, which are most likely to happen if patient P does not receive proper treatment?

P is told by the doctor that his pancreas fails to function

I) Hyperglycemia will occur II) Digestion of protein will be affectedIII) The content of urea in urine is highIV) No acidic medium in the duodenum

A) I and II onlyB) III and IV onlyC) I, II and III onlyD) II, III and IV onlyAras: AplikasiAlasan: Pelajar perlu menghubungkan penyakit dengan kesannya kepada pesakit tersebut.

4.Diagram 2 below shows the process of synthesis and secretion of enzyme in a cell.

DIAGRAM 2

What will happen if organelle T is not present?

A. Energy cannot be generatedB. Enzyme cannot be synthesizedC. Protein synthesized cannot be modifiedD. Protein synthesized cannot be transportedAras: AnalisisAlasan: Pelajar perlu menganalisis organel T untuk mengetahui apa akan terjadi sekiranya ketiadaan organel tersebut.

5. Construct a food web by using the following organisms .

GrasshopperPlantRabbitEagleSnake

Aras: SintesisAlasan: Membentuk suatu siratan makanan baru mengikut kefahaman pelajar

6.Discuss some ways to meet the need of increasing the productivity of crops based on factors affecting the rate of photosynthesis.________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Aras: PenilaianAlasan: Pelajar dikehendaki mengemukakan cadangan/langkah .

SOALAN TUTORIAL 9Apakah mata pelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan Taksonomi Krathwohl.

Matapelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan Taksonomi Krathwohl ialah matapelajaran yang meliputi emosi, sikap, dan nilai murid, matapelajaran yang boleh mengaplikasikan taksonomi ini adalah seperti, Matapelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam di dalam sekolah.

SOALAN TUTORIAL 10Dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai, terangkan aras-aras taksonomi Krathwohl dalam pendidikan moral

Dengan adanya tujuan yang jelas tugas menyediakan jadual penentuan ujian dapat dipermudah. Ujian-ujian boleh diklasifikasikan mengikut tujuan. Biasanya ada empat jenis ujian iaitu ujian penempatan, ujian formatif, ujian diagnostik dan ujian sumatif.

ujian penempatan bertujuan menentukan sama ada pelajar mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mengikuti satu-satu kursus. Ia juga menguji pengetahuan sedia ada pelajar dan sejauh mana mereka telah mencapai objektif pelajaran yang ditentukan. ujian formatif bertujuan mengukur kemajuan pelajar serta memberikan maklum balas kepada guru. ujian diagnostik bertujuan mencari punca-punca kelemahan pelajar. ujian sumatif pula diberikan pada penghujung sesuatu kursus untuk tujuan pensijilan.

Hasil pengajaran yang akan diukur hendaklah sejajar dengan objektif pengajaran. Satu cara menentukan objektif pengajaran adalah dengan menggunakan taksonomi objektif pendidikan. Taksonomi ini merupakan sistem yang mengelaskan objektif domain-domain kognitif (Bloom 1956), afektif (Krathwohl 1964) dan psikomotor (Harrow 1972).

Pengukuran nilai di sekolah tertumpu kepada 2 aspek utama iaitu aspek kognitif dan aspek afektif. Aspek kognitif menekankan intelek atau pengetahuan tentang kategori dan jenis nilai manakala aspek afektif menekankan penghayatan nilai-nilai berkenaan dalam membuat pertimbangan / keputusan dalam situasi harian.

Salah satu contoh yang dijalankan dalam aspek menilai pencapaian dalam objektif pengajaran matapelajaran pendidikan moral adalah dengan menggunakan PKSR, penilaian kendalian sekolah rendah yang mana, PKSR dilaksanakan melalui cara-cara berikut:

Ujian pencapaian mengukur pencapaian pelajar dari aspek pengetahuan dan kefahaman Ujian prestasi menilai kebolehan pelajar dari aspek lisan, bacaan, kemahiran psikomotor pendidikan jasmani, amali muzik dan ko-kurikulum Pemerhatian mengenal pasti dan mencatat ciri-ciri perkembangan pelajar dari aspek afektif seperti dalam Pendidikan Moral, agama dan ko-kurikulum Ujian situasi mengenal pasti sikap dan minat pelajar melalui situasi tertentu Pentaksiran hasil kerja mengenal pasti mutu hasil kerja yang dicapai dalam latihan dan projek yang dihasilkan pelajar dalam Pendidikan Moral

SOALAN TUTORIAL 11Dengan menggunakan contoh-contoh, huraikan aplikasi taksonomi simpson dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani.

Simpson (1966) mengkaji domain psikomotor iaitu perkembangan kemahiran dan kebolehan otot fizikal lalu membentuk satu Taksonomi Simpson. Taksonomi Simpson membahagikan aspek psikomotor kepada tujuh peringkat iaitu persepsi, set, tindak balas terpandu, mekanisme, tindak balas kompleks nyata, adaptasi, dan originasi.

Aspek psikomotor adalah berkaitan dengan pergerakan anggota fizikal. Guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani akan mendapati pengawalan pergerakan anggota sebagai suatu tumpuan utama dalam pengajaran dan latihan. Pada peringkat prasekolah dan sekolah rendah, kanak-kanak diasuh untuk bagi menguasai pergerakan yang biasa dalam kehidupan, dalam senaman. Di samping itu, murid-murid tersebut dilatih bagi menguasai kemahiran khusus yang tidak dilakukan dalam kehidupan seharian. Misalnya kemahiran menggelecek dalam permainan bola sepak. Maka itu, semua aspek psikomotor di atas digunakan dalam Pendidikan Jasmani sama ada secara langsung mahupun secara langsung. Antara aplikasi-aplikasi yang dapat dilihat adalah;

i. Persepsi Penggunaan lima organ deria untuk memperoleh kesedaran tentang tujuan dan untuk menterjemahkannya menjadi satu tindakan, iaitu bermaksud seseorang itu mempersepsikan satu pergerakan tertentu, seperti memerhati pergerakan rejaman dalam permaian bola tampar. Melalui pemerhatian ini, seseorang itu akan dapat mengingat pergerakan motor (motor movement) berkaitan dengan pergerakan yang dilihat. Misalnya, apabila pelajar melihat pergerakan rejaman dalam permainan bola tampar, dia akan ingat cara bagaimana pemain melakukan rejaman tersebut. Dalam peringkat Persepsi ini Pelajar dapat menjelaskan cara pemain melakukan rejaman dalam permainan bola tampar.

ii. Set Bermaksud seseorang itu bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal untuk melakukan sesuatu pergerakan. Misalnya, melalui pemerhatian terhadap sesuatu pergerakan, seperti memerhati pergerakan rejaman dalam permainan bola tampar, pelajar dapat mengingat pergerakan tersebut (persediaan mental) dan dengan itu bersedia untuk melakukannya. Dalam peringkat Persediaan ini Pelajar dapat menjelaskan cara melakukanrejaman dalam permainan bola tampar.

iii. Tindak balas terpandu bermaksud seseorang itu dapat melakukan pergerakan awal berkaitan kemahiran yang ingin dipelajari. Pergerakan ini biasanya dilakukan secara peniruan dan cuba jaya. Misalnya, pelajar meniru bagaimana pemain melakukan pergerakan rejaman dalam permainan bola tampar. Dalam peringkat Pergerakan Terkawal ini Pelajar dapat melakukan pergerakan awal cara melakukan rejaman dalam permainan bola tampar.

iv. Mekanisme bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan yang ingin dipelajari secara mahir dan yakin. Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakan rejaman dalam permainan bola tampar seperti yang perhatikan, iaitu berjaya meniru pergerakan pemain. Dalam peringkat Mekanisme ini Pelajar dapat meniru cara melakukan rejaman dalam permainan bola tampar.

v. Tindak balas kompleks nyata bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan yang kompleks secara cekap dan licin. Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakan rejaman dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin, iaitu berjaya melakukan pergerakan ini sendiri, tanpa meniru pemain. Dalam peringkat Pergerakan Tindak balas Kompleks nyata ini Pelajar dapat melakukan rejaman dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin.

vi. Adaptasi bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu. Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakan rejaman dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin semasa bola rendah. Dalam peringkat Adaptasi ini Pelajar dapat melakukan rejaman dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin semasa bola rendah.

vii. Originasi bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan baru secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu. Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakan rejaman baru dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin semasa bola rendah. Dalam peringkat Originasi ini Pelajar dapat melakukan rejaman baru dalam permainan bola tampar dengan cekap dan licin semasa bola rendah.

SOALAN TUTORIAL 12Adakah taksonomi-taksonomi Bloom, Krathwohl, dan Simpson memadai dalam menerangkan pencapaian objektif-objektif pendidikan? Mengapa?

Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan iaitu :- Domain Kognitif, yang mana melibatkan perkembangan pemikiran pelajar. Domain Afektif, yang mana melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar. Domain Psikomotor, yang mana melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

Domain Kognitif

Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran. Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif. Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman Domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini. Taksonomi Bloom Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.TahapIstilah

PengetahuanIngat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

KefahamanMengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.Pilih, terangkan,tulis semula.

Penggunaan Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

AnalisisSesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.Bezakan, pasti, pilih.

SintesisMenyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

PenilaianMembuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritikPilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

Jadual Taksonomi Kognitif Bloom (1956)Domain AfektifKrathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan terminologi afektif (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956. Krathwohl mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving), tindak-balas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks (characterizing by value complex). Domain Krathwol secara umum:

Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

Penerimaan 1. Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.2. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.3. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu:

(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalamsatu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian

Gerak Balas1. Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.2. Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

Menilai 1. Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.2. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

Organisasi 1. Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.2. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. 3. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

Domain Psikomotor

Aspek psikomotor adalah berkaitan dengan pergerakan anggota fizikal. Guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani akan mendapati pengawalan pergerakan anggota sebagai suatu tumpuan utama dalam pengajaran dan latihan. Pada peringkat prasekolah dan sekolah rendah, kanak-kanak diasuh untuk bagi menguasai pergerakan yang biasa dalam kehidupan, dalam senaman. Di samping itu, murid-murid tersebut dilatih bagi menguasai kemahiran khusus yang tidak dilakukan dalam kehidupan sehari-hari. Misalnya kemahiran menggelecek dalam permainan bola sepak. Domain psikomotor boleh diterangkan menggunakan taksonomi simpson yang mana terdapat tujuh aspek dalam taksonomi mengikut aras 1 hingga 7.

1. PersepsiPenggunaan deria untuk memandu aktiviti motor.

2. SetKesediaan dalam mengambil tindakan tertentu. Termasuk set mental, set fizikal dan set emosi.

3. Tindak Balas TerpanduTermasuk imitasi/peniruan, trial and error (cuba-jaya). Pencapaian tingkah laku adalah berdasarkan kriteria yang ditentukan.

4. MekanismeTingkah laku yang dipelajari dan telah menjadi tabiat dan boleh dipersembahkan dengan yakin dan mahir.

5. Tindak Balas Kompleks NyataTingkah laku motor yang melibatkan pola pergerakan kompleks. Penguasaan ditunjukkan oleh persembahan yang cepat, lancar dan tepat yang memerlukan tenaga yang minimum. Hasil pembelajaran termasuk aktiviti motor yang koordinasinya tinggi.

6. AdaptasiPelajar boleh membuat modifikasi pola pergerakan untuk memenuhi keperluan khas atau situasi baru

7. OriginasiMencipta pola pergerakan baru untuk situasi atau masalahspesifik. Hasil pembelajaran ialah kreativiti berdasarkan kemahiran yang sangat tinggi

Berdasarkan ketiga-tiga domain tersebut, dapat dijelaskan bahawa taksonomi-taksonomi Bloom, Krathwohl dan Simpson adalah memadai dalam mencapai objektif-objektif dalam pendidikan.

SOALAN TUTORIAL 13Terangkan empat jenis kesahan dalam pengujian pendidikan.

Kesahan bermaksud benar dan tepat. Oleh itu cirri kesahan dalam sesuatu ujian merujuk kepada darjah sejauh manakah ujian itu dapat mengukur apa yang ia sepatutnya mengukur. Kesahan juga merujuk kepada tahap sesuatu ujian dapat memenuhi objektifnya. Sesuatu ujian dikatakan sah jika ujian tersebut benar-benar dan tepat mengukur semua perkara yang hendak diukur.Ciri kesahan dalam pengujian terbahagi kepada beberapa jenis berdasarkan tujuan ujian yang dijalankan. Di antaranya ialah kesaahan isi, kesahan gagasan, kesahan ramalan dan kesahan serentak.Kesahan isi merupakan merupakan prinsip ujian yang penting dan paling kerap digunakan dalam proses pembinaan ujian, sama ada peringkat sekolah ataupun peringkat pusat.Sesuatu ujian dikatakan mempunyai cirri kesahan isi adalah ujian yang benar dan tepat menguji isi kandungan mata pelajaran mengikut tujuan dan aras kemahiran yang ditentukan. Cara yang baik untuk memastikan bahawa sesuatu ujian mengandungi ciri kesahan isinya ialah menyediakan terlebih dahulu satu jadual penentu ujian (JPU), iaitu satu rangka yang membentangkan secara khusus topik matapelajaran dan bilangan soalan setiap topik mengikut aras kemahiran yang hendak diuji.Kesahan gagasan adalah ciri sah yang terkandung dalam sesuatu jenis ujian digunakan untuk mengukur trait, tingkah lakuatau trait mental manusia. Proses pembinaan ujian ini amat bergantung pada teori psikologi dan sosiologi. Penialaian di bilik darjah juga memerlukan kesahan gagasan, iaitu melalui taksonomi objektif pengajaran. Oleh itu, dalam pembinaan, taksonomi objektif yang digunakan merupakan suatu cara untuk mencapai kesahan gagasan. Dengan itu, dapat dikatakan bahawa JSU memainkan peranan penting dalam menjamin kesahan ujian.Kesahan ramalan merujuk kepada ciri ujian yang berkaitan dengan kebolehan meramal keupayaan atau kelayakan seseorang calon dalam menjalankan sesuatu tugas atau kerjaya pada masa depan. Sesuatu ujian yang mempunyai ciri kesahan ramalan hendak dapat berjaya meramal perlakuan atau perubahan seseorang pada masa depan, sebagaimana yang ditunjukkan dalam keputusan ujian itu. Ciri utama kesahan ramalan ialah terdapatnya selang masa yang ditetapkan di antara pentadbiran ujian peramal dengan data kriteria daripada ujian yang digunakan untuk menilai ujian tadi. Sesuatu ujian diakatakan mempunyai ciri kesahan ramalan dikehendaki berjaya meramal perlakuan atau perubahan seseorang pada masa depan, sebagaimana yang ditunjukkan dalam keputusan ujian itu.Kesahan serentak merujuk kepada pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian adalah selaras dengan pencapaian dahulu dalam sesuatu ujian yang lain tetapi serupa. Ianya berbeza dengan kesaahan ramalan dari segi sleang masa. Ciri kesahan serentak dapat ditentukan dengan mentadbirkan dua set ujian yang serupa pada masa yang berlainan. Jika keputusan yang diperolehi bagi kedua-dua set ujian adalah hampir sama, maka bolehlah dikatakan bahawa ujian itu mengandungi ciri kesahan serentak yang tinggi.

SOALAN TUTORIAL 14Huraikan isu-isu yang berkaitan dengan prinsip-prinsip penilaian dalam Penilaian Prestasi Sistem Saraan Malaysia.

Disebabkan oleh pelbagai rungutan dan komen yang dihadapi oleh Sistem Saraan Baru (SSB), maka beberapa perubahan dan penambahbaikan terhadap kaedah pelaksanaan serta bentuk imbuhan telah dibuat ke atas Sistem Saraan Malaysia (SSM) berdasarkan kepada . Antaranya ialah:

1. Memansuhkan pergerakan gaji tahunan SSB seperti 'statik', 'mendatar', `menegak' dan 'melintang' dan berubah kepada pergerakan gaji tahunan SSM iaitu 'Pergerakan Gaji Biasa' dan 'Anjakan Gaji'2. Memperkenalkan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), sebagai kriteria untuk kenaikan pangkat dan `Anjakan Gaji'.3. Pengubahsuaian dan penambahbaikan terhadap Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT).

Sesetengah berpendapat bahawa Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diamalkan sekarang tidak membawa sebarang perubahan terhadap keberkesanan penilaian prestasi kakitangan awam. Malah ada yang berpendapat bahawa Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) adalah batu penghalang terhadap keberkesanan sistem dan mendakwa bahawa PTK berperanan sebagai "penetapan kuota" bagi 'Anjakan Gaji' dan 'Kenaikan Pangkat'. Tanggapan sebegini mungkin ada kebenarannya jika sistem penilaian ini dilihat dari perspektif pekerja yang lebih mengutamakan ganjaran.

Pada konsepnya, kombinasi tiga jenis proses penilaian yang berlainan fungsi dalam Sistem Penilaian Prestasi Guru akan memberikan output yang berganda kepada guru berbanding dengan kakitangan awam lain (hanya dua jenis proses penilaian). Dalam hal yang sama, penilaian formatif yang bersifat 'membangun' (developmental) secara tidak langsung akan menyokong peningkatan pencapaian guru dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan. Di samping itu, ciri `peningkatan berterusan' pads Penilaian Formatif akan mempercepatkan kadar pencapaian guru berbanding dengan Penilaian Sumatif yang bersifat `penilaian berkala' iaitu tahap peningkatan pencapaian prestasi sekali dalam setahun. Secara konsepnya, ini membawa maksud bahawa tahap pembangunan seseorang guru sepatutnya lebih tinggi berbanding kakitangan awam lain dalam tempoh penilaian prestasi yang sama. Begitu juga dengan penerapan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) ke dalam SSM, yang bukan sahaja melenyapkan istilah-istilah 'permainan politik' seperti "the innocent lamb ", "the survivalist" ataupun "the machiavelli" yang sering dikaitkan dengan SSB, tetapi PTK lebih berfungsi sebagai pelengkap kepada pembangunan guru melalui penguasaan pengetahuan dalam pelaksanaan tugas. Bersesuaian dengan profesion perguruan, PTK dapat memantapkan organisasi pembelajaran (learning organization) dalam membangunkan profesionalisme perguruan ke arah matlamat "kworkers". Di samping itu, guru dapat menguasai suatu kemahiran secara teori dan juga praktikal (dapat membezakan antara amalan pengurusan dengan teori pengurusan di dalam bilik darjah). Oleh yang demikian, konsep Sistem Penilaian Prestasi Guru sekarang mampu menghasilkan sumber manusia (modal insan) yang berkualiti dan profesional serta berkebolehan mereka bentuk dengan pelbagai pemikiran (multiple frame of thinking) dan seterusnya menjadi pemacu utama ke arah mencapai matlamat organisasi pendidikan.

Sebenarnya isu dan permasalahan di dalam Sistem Penilaian Prestasi Guru sudah lama diperdebatkan dan hingga sekarang belum terdapat lagi kaedah penyelesaian konkrit yang dapat mengatasi masalah ini. Misalnya satu kajian yang dijalankan di Selangor mengenai ketidakadilan dalam sistem penilaian prestasi di bawah Skim Jawatankuasa Khas Gaji Kabinet Tahun 1976 mendapati bahawa ramai guru tidak suka terhadap kaedah penilaian prestasi yang dilaksanakan oleh pihak sekolah dan beranggapan tindakan itu tidak profesional dan menidakkan kebolehan mereka. Begitu juga dengan dapatan beberapa kajian terkemudian yang berkaitan dengan isu penilaian prestasi guru misalnya yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. Hampir semua kajian ini memaparkan kelemahan dalam sistem penilaian guru dan ketidakpuasan guru tentang ciri-ciri dan kaedah penilaian yang digunakan untuk mengukur kebolehan dan potensi guru serta kebolehan pegawai penilai untuk menjalankan tugas penilaian tanpa pilih kasih. Berdasarkan kepada perbincangan di atas, permasalahan yang berlaku dalam penilaian prestasi guru sebenarnya berpunca daripada kelemahan pihak pengurusan sekolah sendiri yang tidak bersedia menjalankan penilaian secara berkesan serta melaksanakan Sistem Penilaian Prestasi Guru tanpa mematuhi prosedur-prosedur atau garis panduan seperti mana yang telah ditetapkan dalam Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi Anggota Perkhidmatan Awam.

Persoalannya mengapakah permasalahan yang sama masih lagi berlaku walhal Sistem Penilaian Prestasi Guru telah melalui lapan kali proses penambahbaikan di bawab empat laporan semakan gaji dan terma perkhidmatan? Persoalan ini mungkin terjawab jika kita meneliti dari segi beban tugas, fokus kerja, dan persediaan ataupun kompetensi pengetua sebagai penilai prestasi guru. Pengetua sebagai Pemimpin Pentadbiran dan Pengajaran (Managerial and Instructional Leader) mempunyai pelbagai tanggungjawab dan beban kerja yang sangat banyak. Walaupun proses penilaian prestasi guru telah dipertanggungjawabkan kepada Pengetua tetapi dengan beban kerja yang banyak, maka tugas dan kepentingan dalam penilaian prestasi tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Hal ini bersesuaian dengan kajian oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 1992 yang memaparkan beban tugas para pengetua sekolah menengah rendah. Dalam kajian ini didapati pengetua sekolah menengah rendah di bandar bekerja sebanyak 65.33 jam seminggu berbanding dengan 44.61 jam seminggu bagi pengetua sekolah menengah rendah di luar bandar dan 41.97 jam seminggu bagi pengetua sekolah menengah rendah yang kecil (pelajar kurang 149 orang) di luar bandar.

Di samping itu, pendapat seperti ketidakupayaan sesetengah pengetua sebagai pengurus sumber manusia patut diambil kira sebagai faktor penyumbang kepada masalah penilaian prestasi guru. Walaupun latihan dalam perkhidmatan diberikan kepada para pengetua, namun latihan tersebut lebih cenderung kepada pentadbiran sekolah dan bukannya tentang cara mengurus sumber manusia. Oleh itu, pihak pengetua tidak bersedia membuat penilaian prestasi secara berkesan. Tugas penilaian prestasi guru adalah salah satu cabang dalam pengurusan sumber manusia dan merangkumi pelbagai aspek seperti perancangan kerja, latihan, pangkat, ganjaran, mengenal potensi, menentu prestasi, motivasi, pertimbangan gaji, pengrekodan, kenaikan pangkat dan sebagainya. Hal ini memerlukan latihan khas untuk melengkapkan pengetua dengan ilmu dan kemahiran untuk mengurus sumber manusia.

SOALAN TUTORIAL 15Apakah penggunaan JPU/JSU?

JSU dalam proses pembinaan item adalah penting dalam:1. Membantu Pembina item untuk membina item yang baru2. Memastikan keesahan dan kebolehpercayaan 3. Memudahkan kemudahtadbiran bersesuaiaan dari segi peruntukan soalan dan peruntukan soalan4. Membahagi-bahagikan soalan atau item dengan taburan atau spesifikasi ujian yang telah dibuat.5. Mengetahui peratus aras-aras kognitif yang digunakan6. JSU juga memberikan maklumat tentang taburan soalan ujian mengikut bab.7. JSU menentukan bahawa samaada ujian yang dibina tidak terlalu mudah atau susah mengikut KBKK (kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif)

SOALAN TUTORIAL 16Bincangkan kesesuaian soalan objektif dalam pengujian di pendidikan tinggi.

Soalan objektif yang dibina secara umumnya mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi kerana jawapan yang sama akan diberi markah yang sama oleh sesiapa yang memeriksanya yang mana ia juga mempunyai ciri kebolehpercayaan kerana banyak item yang boleh ditadbirkan dan merangkupi skop yang meluas dalam masa yang berpatutan. Soalan objektif yang dibina dalam pengujian di pendidikan tinggi seharusnya meliputi aras kemahiran yang tinggi untuk menguji pemikiran pelajar di peringkat tinggi yang mana melibatkan aras yang memerlukan pelajar membuat hujah yang bernas dan menggunakan pemikiran yang kreatif dan kritikal. Bagi bilangan pelajar yang ramai, soalan objektif adalah sesuai digunakan kerana mempermudah proses pemeriksaan. Namun begitu, soalan objektif menggalakkan calon yang tidak tahu menjawab untuk meneka, dalam hal ini kebarangkalian untuk mendapat jawapan yang betul daripada pilihan jawapan adalah sangat kecil, manakala sekiranya soalan yang dibina adalah soalan subjektif, pelajar boleh membuat hujah serta pengolahan ayat yang bersesuaian untuk sekurang-kurangnya menyampaikan idea serta pendapat yang bersesuaian dengan soalan yang dijawab.

SOALAN TUTORIAL 17Apakah jenis soalan yang sesuai untuk digunakan di institusi pendidikan tinggi? Mengapa?Jenis soalan berbentuk subjektif aras tinggi sesuai digunakan di institut pendidikan tinggi kerana ia mampu mengukur aras kemahiran yang lebih tinggi daripada peringkat analisis sehingga peringkat penilaian. Dengan itu, ianya berkesan untuk menguji kognitif pelajar berpendidikan tinggi disamping dapat menguji kebolehan pelajar dari segi menyusun, menganalisis dan mengintegrasikan idea-idea yang diperolehi. Selain itu juga soalan subjektif sangat sesuai dalam banyak mata pelajaran seperti yang ditawarkan di institusi yang lebih tinggi. Soalan subjektif juga berguna dalam mengesan punca kelemahan, kesalahan tafsiran dan kesalahan konsep yang dipelajari oleh pelajar dan keadaan ini membantu dalam proses penambahbaikan pengajaran di masa yang akan datang. Ianya juga membantu pelajar dalam memberi peluang untuk kemahiran bertulis dan sekaligus menambahkan kekreatifan pelajar tersebut.

SOALAN TUTORIAL 18Bincangkan keboleh-percayaan (i) soalan objektif (ii) soalan subjektif

Ciri kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada pencapaian calon adalah tekal apabila dia mengambil ujian itu beberapa kali dalam suatu jangka masa, misalnya beberapa hari atau seminggu. Ini bermakna ciri kebolehpercayaan dapat ditentukan dengan memberikan ujian yang sama kepada sekumpulan pelajar dua kali atau lebih di antara jarak masa seminggu.

Ciri kebolehpercayaan bagi soalan objektif adalah tinggi kerana banyak item atau soalan boleh ditadbirkan dalam masa yang berpatutan. Manakala ujian subjektif pula mempunyai kebolehpercayaan yang rendah memandangkan bilangan soalan subjektif yang boleh diberikan adalah terhad.

Sesungguhnya, kita amat sukar menentukan sama ada item-item dibentuk mempunyai ciri kebolehpercayaan yang tinggi. Ini adalah kerana pelajar-pelajar yang mengambil ujian dalam dua tempoh yang berlainan akan dipengaruhi oleh faktor-faktor yang berlainan, seperti emosi, tempat ujian, suasana persekitaran, kesihatan dan sebagainya. Perbezaan faktor-faktor ini boleh mempengaruhi calon memberi jawapan yang berlainan dalam kedua-dua situasi yang kurang sama.

Walaubagaimanapun, ciri kebolehpercayaan sesuatu ujian dapat dipertingkatkan dengan menyediakan bilangan soalan yang berpatutan. Pada dasarnya, semakin bilangan soalan bertambah, maka semakin tepat mengukur ketekalan pencapaian calon dalam mengambil ujian itu, kerana bilangan soalan diberikan berpatutan akan dapat mengurangkan kesempatan calon meneka jawapan. Di bawah keadaan ini, calon boleh dikatakan benar-benar diuji dengan cara yang boleh dipercayai.

SOALAN TUTORIAL 19Sebagai Setiausaha Peperiksaan sekolah, anda diminta untuk mnerangkan kepada guru baru tentang pemeriksaan jawapan subjektif. Tuliskan penerangan anda.

Terdapat dua kaedah pemarkahan yang boleh digunakan untuk tujuan pemeriksaan jawapan subjektif, iaitu kaedah analitik dan kaedah holistik. Kaedah pemarkahan analitik merupakan kaedah pemarkahan yang turut dikenali sebagai kaedah markah poin. Ini kerana kaedah ini memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit jawapan akan diberi perhatian dan pemberatan dengan. Markah akan diperuntukkan kepada unsure-unsur penting mengikut pemberatannya. Dalam kaedah ini, unsur-unsur penting yang merangkumi kriteria, kandungan, pengolahan dan proses akan dikenalpasti dan dimarkahi secara berasingan. Penekanan dalam pemberian markah juga akan ditekankan pada unsur isi atau idea utama dan organisasi serta kesepaduan semua unsur. Kaedah pemarkahan ii menggunakan skala interval iaitu skala yang berbentuk peratusan.Kaedah pemarkahan holistik atau global merupakan kaedah pemarkahan yang memeriksa jawapan subjektif para pelajar secara keseluruhan. Kadah ini adalah berdasarkan kepada andaian bahawa memeriksa jawapan esei secara keseluruhan adalah lebih penting daripada memeriksa jawapan esei mengikut bahagian-bahagian. Kaedah pemarkahan jenis ini hanya menekankan aspek yang baik dalam sesuatu jawapan dan bukan aspek yang buruk. Walaubagaimanapun, kaedah pemarkahan jenis ini lebih sesuai digunakan untuk memeriksa karangan bahasa. Kaedah pemarkahan holistik menggunakan dua jenis skla pemarkahan iaitu skala ordinal dan skala nominal. Pemarkahan jawapan pelajar menggunakan skala ordinal dilakukan dengan cara memeriksa setiap skrip jawapan calon secara keseluruhan dan kesemua skrip jawapan yang telah diperiksa akan disusun mengikut prestasi iaitu prestasi terbaik akan diletakkan di atas manakala prestasi terendah diletakkan di bawah. Langkah seteruanya adalah menentukan peratus calon yang akan mendapat gred A,B C dan D. akhir sekali, setiap skrip jawapan akan dberikan gred berdasarkan peratusan calon yang telah dipertimbangkan untuk setiap gred. Seterusnya, pemarkahan jawapan pelajar menggunakan skala nominal pula melalui tiga peringkat. Dalam peringkat pertama, pemeriksa harus membaca skrip jawapan pelajar secara sekali lalu berdasarkan kriteri yang ditetapkan seperti kandungan jawapan, cara pengolahan. Dalam peringkat ini, pemeriksa akan mendapatkan gambaran setinggi mana tahap jawapan calon. Seterusnya, pada peringkat kedua, pembaca akan membaca skrip jawapan calon buat kali kedua untuk menetapkan gred yang difikirkan sesuai dengan tahap calon member jawapan berdasarkan skema pemarkahan yang diberikan. Untuk peringkat yang terakhir, peringkat ketiga, pemeriksa akan membuat perubahan terhadap pemberian gred kepada calon sekiranya perlu.

SOALAN TUTORIAL 20Apakah jenis pemberian markah yang digunakan dalam Sistem Panilaian Prestasi SSM? Global atau analitik? Terangkan.

Jenis pemberian markah yang digunakan dalam Sistem Panilaian Prestasi SSM ialah kaedah holistik. Ini adalah kerana Sistem Panilaian Prestasi SSM menetapkan peratusan tertentu untuk pencapaian tertinggi dan pencapaian terendah. Kaedah ini merupakan kaedah holistik yang mengunakan skala ordinal di mana peratusan tertentu dalam pemberian markah ditetapkan terlebih dahulu sebelum markah diberi.Sebagai contoh, Pegawai Penilai I adalah dikehendaki membuat penilaian secara bersemuka dengan kakitangan di bawah seliaan mereka terutama bagi penilaian untuk markah 10% tertinggi dan 10% terendah. Selain daripada itu, Sistem Panilaian Prestasi SSM menetapkan bahawa penilaian mesilah dilaksanakan oleh Pegawai Penilai I dan Pegawai Penialai II yang lebih tinggi atau setaraf dengan jawatan hakiki seseorang yang dinilai. Syarat ini sama seperti yang digunapakai dalam kaedah holistik yang digunakan oleh pemeriksa untuk memeriksa kertas jawapan calon, di mana pemeriksa yang berpengalaman dan menguasai bidang berkenaan diperlukan.

SOALAN TUTORIAL 23Kirakan skor z dan T untuk Ali dan Samad dalam mata pelajaran Matematik

Ali:Skor zSkor T

70-60 = 0.67 15

70 + 10(z) =70 + 10(0.67) =76.7

Samad:Skor zSkor T

50-60 = -0.67 1550 + 10(z) =50 + 10(-0.67) = 43.3

SOALAN TUTORIAL 24Ali mendapat pencapaian yang lebih baik dalam Geografi atau Matematik?Samad mendapat pencapaian yang lebih baik dalam Geografi atau Matematik?

Ali mendapat pencapaian yang lebih baik dalam Matematik berbanding Geografi manakala Saman mendapat pencapaian yang lebik baik dalam Geografi berbanding Matematik.

SOALAN TUTORIAL 25Kirakan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi untuk Item 7

Bilangan calon dalam kumpulan tinggi = 30% 20 = 6Bilangan calon dalam kumpulan rendah = 30% 20 = 6Indeks kesukaran = BT + BR = 4 + 0= 4= 0.33 (0.250.330.75) J12 12

Berdasarkan indeks kesukaran, Item 7 adalah item sederhana dan boleh diterima.

Indeks diskriminasi = BT - BR = 4 - 0= 4= 0.67 (0.67>0.40) 0.5 J 0.5(12) 6

Berdasarkan indeks diskriminasi, item 7 mempunyai diskriminasi positif yang tinggi. Oleh itu, ia amat sesuai diterima.

SOALAN TUTORIAL 26Apakah julat indeks diskriminasi dan indeks kesukaran yang terbaik? Mengapa?

Julat indeks diskriminasi yang terbaik adalah -1.0 kepada 1.0 Semakin nilai itu menghampiri -1.0, semakin buruk item kerana diskriminasi adalah negatif. Jika nilainya pula menghampiri 1.0 yang mana adalah nilai maksimum dengan itu soalan tersebut mempunyai nilai diskriminasi positif yang tinggi dan ianya sangat sesuai dalam membezakan antara pelajar berpencapaian tinggi dan rendah. Manakala julat indeks kesukaran yang terbaik adalah di antara nilai 0.25 sehingga ke 0.75 yang mana nilai indeks kesukaran terbaik adalah 0.5, yang mana soalan adalah tidak terlalu sukar dan tidak terlalu senang, kebarangkalian adalah 50% menjawab dengan betul dan 50% menjawab dengan salah, soalan berada di tahap sederhana dan sesuai untuk dijawab.

SOALAN TUTORIAL 27Terangkan kepentingan penilaian tidak formal berbanding dengan penilaian formal.

Penilaian yang dilakukan secara tidak formal adalah lebih praktikal digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat jika melibatkan populasi yang kecil, subjek dengan taraf pendidikan yang rendah, golongan yang telah berumur dan juga golongan kanak-kanak berbanding jika menggunakan penilaian yang berbentuk formal. Ini kerana penilaian tidak formal memerlukan pemerhatian dan proses merekodkan data. Cara ini tidak sesuai untuk populasi yang besar disebabkan limitasi untuk membuat pemerhatian. Selain itu, penilaian menggunakan kaedah ini tidak memerlukan reponden yang dinilai untuk menulis seperti di dalam peperiksaan. Hal ini sangat membantu bagi penilai yang menilai golongan yang berpendidikan yang rendah, golongan yang telah berumur dan juga golongan kanak-kanak kerana golongan ini kurang berkemampuan untuk menulis.Selain daripada di atas, penilain tidak formal juga akan memberikan maklumat yang lebih tepat berbanding penilaian formal. Ini adalah kerana semasa membuat penilaian, penilai berpeluang memerhatikan secara lansung keadaan reponden yang dinilai dengan cara memerhatikan sama ada jawapan yang diberi selaras dengan perkara sebenar yang ingin disampaikan melalui pergerakan muka, suara dan pergerakan badan subjek khasnya semasa temu bual.Seterusnya, penialaian tidak formal dapat memberikan maklumat yang boleh dipercayai. Hal ini dapat dicapai kerana penilaian tidak formal membantu menjalinkan hubungan erat antara subjek dengan penyelidik. Hubungan yang erat menghasilkan suasana kerjasama yang baik, lantas mendorong subjek memberikan maklumat yang boleh dipercayai penilai. Selain itu, hal ini juga mendorong ubjek menjawab dengan lebih berkesan dan yakin.

SOALAN TUTORIAL 28Bincangkan kesukaran-kesukaran dalam perlaksanaan penilaian tidak formal di sekolah.

Penilaian tidak formal di sekolah penting kerana bukan semua aspek pendidikan seperti domain afektif dan psikomotor dapat diuji melalui penilaian formal yang melibatkan pengujian. Penialaian tidak formal biasanya melibatkan penilaian secara kualitatif. Secara ringkasnya, pendekatan penilaian secara kualitatif melibatkan penialaian melalui pemerhatian dan temu bual.Walaubagaimanapun, terdapat kesukaran-kesukaran yang berlaku dalam perlaksanaan penialaian tidak formal di sekolah. Antaranya, jika melalui penilaian melalui pemerhatian seperti menggunakan rekod anekdot sebagai alat pemerhatian, ia akan memerlukan masa yang panjang dan melibatkan pengendalian maklumat yang banyak. Jadi, rekod anekdot hanya digunakan dalam merekod peristiwa negatif dan mengabaikan peristiwa positif. Selain itu juga, rekod dan peristiwa sebenar kadang kala tidak selaras disebabkan oleh salah rekod atau bahasa yang berlainan.Bagi penialaian melalui temubual iaitu satu strategi yang berguna dalam mengutip data dalam kajian kualitatif. Data yang diperolehi daripada temu bual boleh dikatakan lebih berkualiti jika dibandingfkan dengan data pemerhatian yang memerlukan kemahiran dan kecekapan dalam pemerhatian. Namun begitu terdapat kelemahan yang timbul dan menyukarkan pelaksanaan penilaian pendidikan tidak formal di sekolah. Antara kelemahan yang timbul ialah ia memerlukan masa, tenaga, dan perbenjaan yang banyak. Ini mungkin hanya praktikal apabila data yang diperlukan bersifat idiografik dalam penilaian. Selain itu juga, kerjasama dan jawapan daripada responden dipengaruhi oleh personaliti responden atau subjek, keturunan agama dan kepercayaan, sikap, jantina, tempat tinggal, loghat dan kelas sosial. Sebagai tambahan, temu bual juga boleh dipengaruhi oleh faktor luaran yang mampu menyukarkan penialaian seperti keletihan, kebosanan, keupayaan menjawab, kebolehan merekod, sikap dan pandangan penyelidik dan subjek.