topik 6 batuan

Upload: yoo-chenchen

Post on 06-Jul-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 Topik 6 Batuan

    1/7

    Perbezaan mineral dengan batuan

    Mineral = pepejal inorganik yang wujud secara semula jadi, dan

    mempunyai kandungan kimia serta struktur hablur yang tetap.

    Batuan = agregat satu atau lebih mineral. (Batuan bolehmerangkumi sisa-sisa organik.) Batuan adalah terbentuk daripada

    kumpulan mineral-mineral yang terikat bersama. Mineral-mineral

    yang terkandung di dalam sesuatu batuan amat berbeza.

    BATUANPengkelasan batuandibuat berdasarkan

    !. kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam

    batuan.

    ". tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam

    batu

    #. struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan.

     Jenis batuan:

    !) Batuan igneus

    ") Batuan enapan

    #) Batuan metamor$osis

    Kitar batuan

  • 8/17/2019 Topik 6 Batuan

    2/7

    %itar batuan ialah perubahan kumpulan batu.

    • Batuan igneus boleh bertukar kepada batu enapan atau batuanmeta$or$osis.

    • Batu enapan boleh bertukar kepada batuan meta$or$osis atau

    batuan igneus.

    • Batuan meta$or$osis boleh bertukar kepada batuan igneus atau

    batuan enapan.

    Batuan igneus terbentuk apabila magma menyejuk dan membentuk

    kristal. Magma ialah cecair panas berasal daripada mineral yang cair.

    Mineral boleh membentuk kristal apabila sejuk. Batuan igneus boleh

    membentuk bawah tanah apabila magma menyejuk perlahan-lahan &

    batuan igneus boleh membentuk permukaan tanah apabila magma

    menyejuk dengan cepat.

    'pabila magma keluar daripada permukaan bumi, ia disebut laa.

    ada permukaan bumi, angin dan air boleh memecahkan batuan

    kepada ketulan kecil dan memindahkannya ke tempat lain. %etulan-ketulan batuan kecil ini dipanggil enapan dan membentuk lapisan.

  • 8/17/2019 Topik 6 Batuan

    3/7

    *apisan tersebut boleh tertanam di bawah lapisan enapan lain. +elepas

    tempoh masa yang panjang, enapan tersebut bersatu bersama

    membentuk batuan enapan. Melalui cara ini, batuan igneus boleh

    membentuk batuan enapan.

    +emua batuan boleh menjadi panas. i dalam bumi terdapat haba

    daripada tekanan, pecahan dan pereputan radioakti$. aba tersebut

    memanaskan batuan.

    Batuan yang dipanaskan tidak mencair tetapi berubah bentuk. a

    membentuk kristal. isebabkan batuan tersebut sudah berubah, ia

    dipanggil batuan meta$or$osis.

    'pabila plak tektonik bergerak, haba terhasil. 'pabila ia berlanggar,

    terbentuklah gunung.

    %itar batuan berterusan. /unung yang terdiri daripada batuan

    meta$or$osis boleh pecah dan dihanyutkan oleh aliran. 0napan yang

    baru daripada gunung ganang boleh membentuk batuan enapan yang

    baru. %itar batuan tidak akan berhenti.

     Jenis batuan

    1) Batuan Igneus

    Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan

    magma dari dalam kerak bumi.

    berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi $osil.

    Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan

    logam di dalamnya.

    batuan asid mengandungi lebih banyak silika. +ebagai batuan granit,

    batuan igneus jenis asid tidak padat dan lebih muda warnanya

    daripada batuan bes.

    Batuan bes lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak

    mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium dan magnesium.

    ari segi asal kejadiannya, batuan igneus boleh dikelaskan kepada dua

     jenis iaitu

    Batuan gneus lutonik atau 1ejahan 2

  • 8/17/2019 Topik 6 Batuan

    4/7

    • Batu ini adalah batu igneus yang terjadi di bahagian bawah

    kerak bumi.

    • enyejukan dan pembekuan cecair ini berlaku secara

    perlahan-lahan.

    • 3leh kerana itu terjadilah hablur-hablur kasar yang mudah

    dikenal.

    • Batu jalar dalam ini, umpamanya granit, diorit dan gabro

    terdedah di permukaan bumi akibat daripada proses gondolan

    dan hakisan.

    Batu /unung Berapi atau 4erobosan -

    • Batu gunung berapi adalah batu cecair yang telah melimpah

    keluar dari gunung berapi sebagai laa.

    • *aa ini membeku dengan cepat di permukaan bumi dan

    hablur yang dihasilkannya berbentuk halus.

    • Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat

    ialah batu basol.

    Batu basol ini menghasilkan hanyutan laa, litupan laa dandaratan tinggi laa.

    • +etengah-setengah batu basol membeku dengan cara yang

    luar biasa dan menghasilkan menara-menara batu.

    • +ebahagian daripada laa cair itu mungkin mengalir keluar

    melalui rekahan-rekahan.

    • *aa cair itu kemudian membeku dalam bentuk daik yang

    tegak dan sil yang datar.

    2) Batuan Enapan

    Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan

    perairan. %ejadiannya memakan masa yang panjang.

    Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain oleh si$at-

    si$atnya yang berlapis-lapis. 3leh sebab itu batuan ini disebut batu-

    batan berlapis.

  • 8/17/2019 Topik 6 Batuan

    5/7

    Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau

    keras.

    Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin telah

    diangkut oleh sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-binatang.

    Batuan enapan tidak berhablur dan seringkali mengandungi $osil-$osil

    binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan halus.

    batuan enapan dapat dikelaskan berdasarkan umurnya.

    Batuan enapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama dengan

    berdasarkan kepada asal kejadiannya dan kandungannya iaitu

     Batuan enapan yang terjadi secara mekanik

    • Batuan jenis ini terjadi daripada pemaduan bahan-bahan yang

    terkumpul daripada batuan yang lain.

    • Batu pasir merupakan batuan enapan yang paling banyak

    terdapat.

    • Batuan ini terjadi daripada pasir dan kadang-kadang serpihan

    batu kuarza.

    • +usunan, kandungan dan warnanya sangatlah berbeza-beza.

    • Batu pasir banyak dipecahkan di kuari-kuari untuk kegunaan

    membuat rumah atau membuat batu penggiling.

    •  Batu pasir yang lebih besar dikenal sebagai grit.

    • 'pabila batu-batu kelikir yang lebih besar berpadu dengan

    kukuhnya sehingga menjadi batu besar, maka batuan itu

    disebut konglomeret (sekiranya bulat) dan brekia (sekiranya

    bersegi-segi).

    • Batuan enapan yang lebih halus menjadi tanah liat yang

    banyak digunakan untuk membuat bata, syil atau batu lodak.

    • asir dan batu kelikir mungkin terdapat dalam bentuk yang

    tidak berpadu.

    Batuan enapan yang terjadi secara organik

  • 8/17/2019 Topik 6 Batuan

    6/7

    • Batu ini terjadi daripada bangkai hidup-hidupan yang halus.

    5ontohnya, organisma seperti karang dan kerang yang telah

    reput dagingnya akan meninggalkan kulit-kulit yang keras.

    • %ebanyakan batu yang terjadi secara ini terdiri daripada jenis

    kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur.

    • Batu yang mengandungi karbon juga terjadi secara organik.

    Batuan ini terjadi daripada pemendapan tumbuh-tumbuhan

    yang telah reput seperti yang terdapat di kawasan paya dan

    hutan.

    • Batuan di atas memberikan tekanan kepada tinggalan

    tumbuh-tumbuhan itu dan memampatkannya menjadi jisim

    karbon yang padat.

    • 'khirnya tinggalan ini menjadi gambut, lignit atau arang batu.

    Batuan enapan yang terjadi secara kimia

    • Batu jenis ini terenap melalui tindakan kimia larutan yang

    berbagai jenis.

    • 6atrium klorida (garam batu) berpunca daripada lapisan yang

    pada satu masa dahulu berada di dasar laut atau tasik.

    • /ipsum atau kalsium sul$at didapati dari penyejatan yang

    berlaku di tasik-tasik masin seperti *aut Mati yang sangat

    masin airnya itu.

    • %alium karbonat dan nitrat juga terjadi dengan cara yang

    sama.

    3) Batuan Metamorfosis

    Batuan metamorfosis terbentuk dari batuan yang sedia ada tetapi mengalami

    proses perubahan mineralogi, tekstur dan struktur batuan. Batuan metamorfosis terbentuk dari perubahan batuan induk; iaitu batuan

    sedimen, igneus, dan juga batuan metamorfosis itu sendiri. 3 jenis metamorphosis :-

    1) metamorfosis rantau

    kesan tindakan haba dan tekanan yang tinggi

    membentuk mineral baru dan pengaturan semula mineral

  • 8/17/2019 Topik 6 Batuan

    7/7

    2) metamorfosis sentuh

    kesan tindakan haba

    berasosiasi dengan rejahan igneus

    3) metamorfosis dinamik

    terbentuk akibat dari daya tegasan stress) yang kuat; yang

    menyebabkan peme!ahan batuan dan perubahan pada mineral.

    "ontoh; kesan dari akti#iti sesar dan perlipatan