hbme topik 6

28
76 OUM TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN PENGENALAN Dalam topik ini, anda akan didedahkan tentang konsep asas sosialisasi, dimana sosialisasi adalah konsep yang penting dalam kehidupan seseorang manusia. Kemudian, peranan agen perubahan kepada proses sosialisasi pula akan diterangkan. Contoh-contoh agen perubahan adalah seperti keluarga, masyarakat, rakan sebaya, sekolah dan juga media massa. Selain itu, terdapat juga agen sosialisasi untuk perubahan masyarakat, seperti agensi-agensi tempatan dan antarabangsa. Menuju ke hujung tajuk ini, anda akan didedahkan pula kepada ciri-ciri, peranan dan tanggungjawab guru yang berkualiti. PETA MINDA GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN Konsep Sosialisasi Yayasan Salam Kawalan Sosialisasi Norma Sosialisasi Keluarga Sekolah/Institusi Rakan Sebaya Komuniti/Masyarakat Peranan Agen Moral dalam Proses Sosialisasi Individu Konsep Asas Sosialisasi Guru Bertaraf Dunia Ciri-ciri Guru Berkualiti Peranan Agensi Tempatan dan Antarabangsa sebagai Agen Sosialisasi Perubahan Masyarakat Agensi Antarabangsa Agensi Tempatan Peranan dan Tanggungjawab Guru dalam Melahirkan Generasi yang Berwawasan dan Berkualiti Media Massa Majlis AIDS Malaysia PEMADAM MERCY UNESCO WWF LION/Rotary Club

Upload: zea-tan

Post on 27-Dec-2015

249 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: HBME TOPIK 6

76OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

PENGENALAN

Dalam topik ini, anda akan didedahkan tentang konsep asas sosialisasi, dimana sosialisasi adalah konsep yang penting dalam kehidupan seseorang manusia. Kemudian, peranan agen perubahan kepada proses sosialisasi pula akan diterangkan. Contoh-contoh agen perubahan adalah seperti keluarga, masyarakat, rakan sebaya, sekolah dan juga media massa. Selain itu, terdapat juga agen sosialisasi untuk perubahan masyarakat, seperti agensi-agensi tempatan dan antarabangsa. Menuju ke hujung tajuk ini, anda akan didedahkan pula kepada ciri-ciri, peranan dan tanggungjawab guru yang berkualiti.

PETA MINDA

GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN

PERUBAHAN

Konsep Sosialisasi

Yayasan Salam

Kawalan Sosialisasi

Norma Sosialisasi

Keluarga

Sekolah/Institusi Rakan Sebaya

Komuniti/Masyarakat

Peranan Agen Moral dalam Proses Sosialisasi Individu

Konsep Asas Sosialisasi

Guru Bertaraf Dunia

Ciri-ciri Guru Berkualiti

Peranan Agensi Tempatan dan Antarabangsa sebagai Agen Sosialisasi Perubahan Masyarakat

Agensi Antarabangsa Agensi Tempatan

Peranan dan Tanggungjawab Guru dalam Melahirkan Generasi yang Berwawasan dan Berkualiti

Media Massa

Majlis AIDS Malaysia PEMADAM MERCY

UNESCO WWFLION/Rotary Club

Page 2: HBME TOPIK 6

77OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. membincangkan peranan guru sebagai agen perubahan tingkahlaku;

2. membincangkan peranan agensi-agensi tempatan dan antarabangsa dalam proses sosialisasi masyarakat;

3. mengenalpasti ciri-ciri guru yang berkualiti; dan

4. mengenalpasti peranan dan tanggungjawab guru dalam melahirkan generasi yang berwawasan.

6.1 KONSEP ASAS SOSIALISASI

6.1.1 Konsep Sosialisasi

Sosialisasi atau pemasyarakatan merupakan satu proses sepanjang hayat yang perlu dilalui oleh seseorang individu untuk menjadi anggota sesuatu kelompok dengan mempelajari kebudayaan kelompok itu. Individu itu mempelajari bagaimana berkelakuan sebagai seorang ahli masyarakat iaitu tentang nilai, sikap dan peranan yang sesuai dan diterima oleh kelompok atau masyarakat itu.

Proses sosialisasi ini penting dalam pendidikan moral kerana ia mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkahlaku setiap individu. Individu itu dijangka akan menghayati norma-norma dan nilai masyarakatnya. Dengan kata lain, melalui proses sosialisasi, seseorang individu mempelajari ‘skrip’ untuk berfikir, berperasaan dan bertindak selaras dengan jangkaan masyarakat supaya dapat hidup dalam masyarakat itu, dan memberi sumbangan dalam mewujudkan perpaduan dan kesejahteraan masyarakat. Sememangnya, kebanyakan peraturan sosial ini berkait dengan moral, iaitu apakah yang dianggap patut dan tidak patut dilakukan dalam masyarakat. Oleh sebab kemoralan ada kaitan dengan proses sosialisasi, beberapa konsep asas sosial yang penting dalam pendidikan moral akan dibincangkan.

6.1.2 Norma Sosial

Norma sosial merupakan kelakuan yang standard yang dikongsi oleh anggota sesuatu kumpulan dan setiap anggota kumpulan dijangka akan mematuhinya. Ini bermaksud, peraturan ditentukan dan dipersetujui oleh sebahagian besar anggota masyarakat tentang munasabah atau tidaknya sesuatu tingkahlaku. Pada amnya, norma sosial merupakan satu garis panduan bagi anggota masyarakat menentukan bagaimana mereka patut bertingkahlaku dalam situasi tertentu, contohnya di tempat awam atau di rumah, dan semasa bersama dengan anggota masyarakat yang lain.

Dengan adanya peraturan-peraturan ini, interaksi sosial dapat diadakan secara licin, iaitu seseorang individu itu tahu apa yang patut dilakukannya dan dapat pula menjangka perlakuan orang lain. Pendek kata, norma sosial amat perlu sebagai peraturan kepada tingkahlaku yang diterima umum dan ia didedahkan melalui agen-agen sosialisasi seperti keluarga, rakan sebaya, sekolah dan sebagainya serta disahkan melalui undang-undang.

Page 3: HBME TOPIK 6

78OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

Norma berbeza dari segi kepentingan, contohnya jika seseorang tidak mematuhi adat resam seperti menanggalkan kasut sebelum memasuki rumah, hukumannya tidak begitu berat berbanding dengan hukuman berkaitan dengan ketidakpatuhan terhadap ‘mores’ seperti jangan membunuh atau jangan mencuri. Ini disebabkan tanpa ‘mores’ ini kehidupan tidak akan selamat dan bahagia. Norma juga bergantung kepada situasi seperti memakai kemeja-T untuk senaman adalah sesuai tetapi tidak sesuai untuk majlis rasmi. Ia berbeza daripada satu masyarakat dengan masyarakat yang lain serta daripada satu kumpulan dengan kumpulan yang lain dalam sesuatu masyarakat.

Norma sosial, khususnya yang berkaitan dengan ‘mores’ adalah penting dalam pendidikan moral kerana kepatuhan kepada peraturan ini memberikan seseorang itu garis panduan tentang apakah yang dia patut dan tidak patut lakukan. Namun begitu tidak semestinya semua norma sosial itu boleh dikatakan moral. Terdapat norma sosial yang tidak lagi dianggap baik dari segi moral dan oleh itu ia tidak dipatuhi lagi, seperti pengabdian. Walaupun norma sosial berubah dari semasa ke semasa, ia maih penting bagi menentukan tahap moral sesuatu tingkahlaku, terutamanya bagi murid-murid yang sedang mempelajari peranannya di dalam masyarakat. Norma ini juga penting dalam kawalan sosial dan seterusnya mengekalkan struktur sosial. Tanpa norma sosial ini, kehidupan manusia akan terganggu dan masyarakat akan menjadi tidak stabil.

6.1.3 Kawalan Sosial

Setiap kumpulan sosial atau masyarakat mempunyai mekanisma untuk memastikan anggotanya mematuhi norma, tradisi dan pola tingkahlaku yang sesuai, bermoral dan benar bagi melicinkan perjalanan masyarakat atau kelompok itu. Kawalan sosial boleh bercorak positif atau negatif. Kawalan sosial positif ialah berdasarkan kepada motivasi positif seseorang individu untuk mematuhinya, contohnya dengan pemberian hadiah, ganjaran dan faedah-faedah lain seperti kelulusan sosial. Manakala kawalan sosial yang negatif pula adalah lebih berdasarkan kepada hukuman atau ketakutan terhadap hukuman, seperti penjara, kematian dan sebagainya.

Kedua-dua bentuk kawalan sosial ini boleh bersifat formal dan tidak formal. Kawalan sosial yang formal melibatkan sistem tatacara, sistem kewibawaan seperti undang-undang, peraturan dan badan-badan tertentu; dan dilaksanakan melalui pemberian hadiah dan ganjaran atau hukuman. Sebaliknya, kawalan sosial yang tidak formal biasanya adalah berbentuk pendapat umum dan dilaksanakan melalui pujian atau teguran.

Kawalan sosial biasanya dilakukan oleh agen-agen sosialisasi untuk memastikan tingkahlaku anggotanya tidak menyeleweng daripada sistem yang telah ditetapkan. Walaupun kawalan sosial ini digunakan untuk mengawal tingkahlaku yang devian ataupun yang tidak mematuhi norma, masih terdapat banyak jenayah yang berlaku. Namun begitu, boleh dikatakan kebanyakan manusia mematuhi undang-undang dan peraturan walaupun berdasarkan kepada kawalan sosial yang tidak formal.

Walaubagaimanapun, harus ditegaskan di sini bahawa bukan semua tingkahlaku yang devian itu dianggap negatif ataupun tidak bermoral. Jika sesuatu peraturan yang ditetapkan tidak lagi bersifat moral, maka seseorang itu patut menentang peraturan tersebut. Contohnya, ramai warganegara Afrika Selatan yang tidak menyetujui dasar ‘apartheid’ telah menentang undang-undang yang berkaitan. Ini kerana ‘apartheid’ merupakan satu diskriminasi yang melanggar prinsip-prinsip moral keadilan dan altruisme.

Page 4: HBME TOPIK 6

79OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

Dengan itu, walaupun kawalan sosial penting untuk mewujudkan dan mengekalkan sususan sosial dalam masyarakat, apa yang penting ialah prinsip-prinsip moral yang asas harus diambil kira dalam kawalan sosial.

6.2 PERANAN AGEN MORAL DALAM PROSES SOSIALISASI INDIVIDU

6.2.1 Keluarga

Pengkaji teori pembelajaran sosial berpendapat bahawa ibubapa adalah orang yang paling peka terhadap perkembangan moral seseorang kanak-kanak pada peringkat awal. Kanak-kanak akan diasuh menerusi proses praktis pemeliharaan dan menerusi tingkahlaku yang akan diteladani. Asuhan memainkan peranan yang penting dalam proses sosialisasi individu. Ibubapa yang bersikap penguasaan serta autokratik akan mendapati anak-anaknya begitu taat pada arahan tetapi menjadi pasif dalam tingkahlaku mereka. Sebaliknya, ibubapa yang mengamalkan sikap bebas akan mendapati sikap anak-anaknya tidak bersopan-santun, tidak bertanggungjawab dan tidak boleh berdikari.

Ibubapa yang mengamalkan cara demokrasi dan membincangkan masalah-masalah dengan anak-anak mereka serta mempertimbangkan pendapat anak-anak, apabila membuat keputusan-keputusan penting, akan mendapati anak-anak mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Kanak-kanak ini juga akan menjadi lebih aktif, cerdas dan lebih bersopan santun.

Selain itu, saiz keluarga juga akan mempengaruhi proses sosialisasi individu, iaitu dengan interaksi secara lisan dan fizikal antara individu, contohnya di antara adik-beradik. Interaksi ini akan membantu individu bercakap lebih awal serta memperkembangkan dan menambahkan perbendeharaan katanya. Nilai-nilai yang diwujudkan oleh adik-beradiknya akan disanjung tinggi oleh seseorang individu.

6.2.2 Rakan sebaya

Rakan sebaya merupakan satu lagi faktor yang mempengaruhi proses sosialisasi. Pengaruh keluarga semakin merosot apabila kanak-kanak meningkat remaja. Apabila mereka menjadi semakin dewasa, kumpulan sebaya menjadi pengaruh yang lebih berkesan dalam proses pembentukan budi pekerti mereka. Oleh kerana keperluan untuk diterima oleh kumpulan sebaya amat penting kepadanya, seseorang remaja akan menepati norma dan nilai yang ditonjolkan oleh kumpulan tertentu. Ini boleh membawa samada kesan positif ataupun negatif. Cara berpakaian, fesyen rambut dan sifat seseorang boleh dipengaruhi oleh kegemaran dan khayalan kumpulan tersebut.

Latihan 6.1 Apakah kepentingan sosialisasi dalam kehidupan manusia?

Page 5: HBME TOPIK 6

80OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

Bandura juga berpendapat bahawa ibubapa bukanlah merupakan rol model untuk kanak-kanak. Perlakuan orang dewasa yang lain, rakan sebaya dan punca-punca simbolik yang lain juga ditiru oleh kanak-kanak. Pengaruh kumpulan sebaya menjadi lebih utama di peringkat remaja.

Kumpulan remaja merupakan satu punca nilai-nilai dan akan memainkan peranan yang utama dalam menentukan kedudukan nilai yang diterima dan diamalkan oleh seseorang individu terutamanya mangenai corak dan tingkahlaku yang mereka anggap perlu dipatuhi. Walaupun pengaruh kumpulan sebaya amat mempengaruhi di peringkat remaja, ia juga berperanan penting dalam pelbagai peringkat umur. Ia juga penting di peringkat ‘geng’, iaitu semasa kanak-kanak berumur antara tujuh dan lapan tahun. Piaget mengatakan bahawa bukan sahaja pembelajaran moral berpunca daripada sumber ini, malah aktiviti kerjasama dan persefahaman yang berlaku di antara rakan sebaya juga merupakan pra-syarat bagi perkembangan autonomi. Sebaliknya Kohlberg menyatakan bahawa perkembangan moral di kalangan kanak-kanak yang dipencil atau diasingkan adalah tidak berbeza daripada kanak-kanak yang banyak menerima pendedahan.

6.2.3 Sekolah/Institusi

Sekolah merupakan agen kebudayaan dan sebahagian daripada fungsi pengajaran adalah untuk melahirkan nilai-nilai kebudayaan. Dengan itu, proses sosialisasi pelajar-pelajar merupakan satu fungsi yang sah serta positif untuk dikendalikan oleh pihak sekolah.

Menurut Durkheim, peranan pendidikan moral dan tugas sekolah adalah untuk mengajar pelajar-pelajar tentang nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Beliau berpendapat bahawa keluarga terlalu kecil dan terlalu berunsur peribadi untuk menggambarkan keseluruhan sistem sosial. Juga, beliau mengganggapkan guru sebagai agen yang utama dan merupakan pertalian yang kritikal dalam proses pengaliran kebudayaan.

Ahli-ahli teori pembelajaran sosial lebih mementingkan peranan ibubapa tetapi model tersebut adalah konsisten dengan pendapat Durkheim yang mengatakan bahawa sekolah merupakan alat masyarakat untuk mengalirkan nilai-nilai moral dan kebudayaan.

Oleh kerana pelajar-pelajar berada di sekolah setiap hari selama 6 hingga 8 jam, sekolah amat mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar tersebut. Kadangkala konflik nilai boleh berlaku akibat perbezaan di antara nilai dan norma pelajar yang diajar di rumah dan di sekolah. Contohnya, sekolah mengajar pelajar tentang keburukan merokok, manakala di rumah, terdapat ibubapa yang merokok dan tidak menghiraukan samada anak mereka mencontohi dan mengikut tabiat mereka atau tidak.

6.2.4 Komuniti/Masyarakat

Masyarakat dimana seseorang itu dibesarkan mempunyai peranan yang tidak kurang pentingnya dalam membentuk personaliti anggotanya. Ahli psikologi Margaret Mead telah menjalankan kajian keatas beberapa masyarakat primitif. Mead mendapati dalam masyarakat Samoa terdapat zaman perantaraan yang harmoni antara zaman kanak-kanak dan dewasa. Mereka dibimbing oleh masyarakat sekeliling dan hidup ditentukan dengan jelas melalui pemuafakatan dan tidak terdapat punca-punca yang nyata bagi menimbulkan sebarang kerunsingan. Jarang terdapat perbuatan kurang bermoral di dalam masyarakat tersebut kerana setiap anggotanya dianggap sebagai ahli keluarga terdekat

Page 6: HBME TOPIK 6

81OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

yang perlu dijagai dengan sempurna. Kajian beliau di Amerika Syarikat adalah sebaliknya. Masyarakatnya tidak mempedulikan hal orang lain menyebabkan pelbagai perbuatan kurang bermoral dari peringkat kanak-kanak lagi. Menurut Kohlberg (1981) pula, kanak-kanak perlu berinteraksi dengan masyarakat tidak kira tahap umur kerana ini membolehkan mereka bertingkahlaku sesuai dengan norma-norma masyarakat seperti orang dewasa. Masyarakat yang sensitif melahirkan kanak-kanak yang peka terhadap keadaan sekeliling.

6.2.5 Media Massa

Satu lagi faktor yang mempengaruhi proses sosialisasi ialah media massa. Kanak-kanak didedahkan kepada pelbagai jenis media massa seperti radio, suratkhabar, dan televisyen ataupun buku-buku yang memang mempengaruhi perkembangan moral mereka. Iklan-iklan dari majalah, suratkhabar dan sebagainya juga memainkan peranan yang sama.

Melalui peniruan dan modeling, kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh model-model yang simbolik daripada media massa. Secara tidak disedari, melalui program dan bahan yang dihasilkan khas untuk kanak-kanak, pengajaran moral dan peranan kanak-kanak sebagai anggota masyarakat disampaikan kepada mereka. Contohnya seperti cerita-cerita dongeng, Aesop dan sebagainya. Namun, masalah yang serius mungkin timbul apabila program dan bahan bacaan yang tidak sesuai timbul, misalnya keganasan, kebendaan dan pergaulan bebas ditonton dan dibaca oleh kanak-kanak. Pengiklanan, khususnya jenis iklan memujuk, yang menumpukan kepada keinginan memiliki barang atau perkhidmatan, juga boleh meninggalkan kesan buruk atau pengaruh yang tidak baik kepada kanak-kanak.

Dengan perkembangan sains dan teknologi, media massa boleh mempengaruhi kemoralan sesuatu kelompok atau masyarakat dengan mendedahkan masyarakat itu kepada norma dan nilai masyarakat lain. Dengan itu, maka perlulah diadakan satu tahap atau standard untuk sebarang tingkahlaku yang membayangkan kemoralan masyarakat Malaysia yang tidak tercemar. Pelajar-prlajar oula hendaklah diberi perlidungan dan dididik sebaiknya agar mereka dapat menilai pengaruh luar, mana yang baik dan bermoral, mana pula yang sebaliknya.

6.3 PERANAN AGENSI TEMPATAN DAN ANTARABANGSA SEBAGAI AGEN SOSIALISASI PERUBAHAN MASYARAKAT

6.3.1 Agensi Tempatan

1. Yayasan SalamYayasan Salam Malaysia, atau ringkasnya SALAM, adalah sebuah organisasi bebas dan bukan mencari keuntungan yang ditubuhkan untuk menggalakkan semangat khidmat sukarela di kalangan rakyat Malaysia. Tujuan SALAM adalah memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk berkhidmat sebagai sukarelawan di kalangan komuniti di dalam dan luar negara yang memerlukan perkhidmatan. SALAM menganjurkan program-program perkhidmatan sukarela dalam berbagai bidang dengan tumpuan khususnya terhadap pendidikan, kesihatan dan kerja pembangunan komuniti.

Page 7: HBME TOPIK 6

82OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

Sebagai sebuah organisasi bebas dan bukan kerajaan, kegiatan-kegiatan SALAM dibiayai melalui sumbangan daripada dermawan-dermawan perseorangan, badan korporat dan kerajaan. SALAM menganggap kerja sukarela sebagai usaha yang bermakna dan berkesan untuk membantu masyarakat menjalani hidup yang lebih baik. Lantaran itu, SALAM menyediakan sukarelawan yang akan berkhidmat dengan orang ramai dan komuniti yang menginginkan perkhidmatan sukarela. Sukarelawan berkongsi dengan mereka pengetahuan dan kemahiran serta keupayaan untuk memajukan diri sendiri.

SALAM mengenali dua kategori kerja sukarela: sepenuh masa dan separuh masa. Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas boleh memohon untuk menjadi sukarelawan SALAM. Konsep sukarelawan SALAM ialah:

suka membantu dan bekerja dengan orang lain;

boleh berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai;

sedia untuk menghadapi kesulitan dan kesukaran

sebaiknya mempunyai kemahiran atau pengalaman yang berguna yang boleh dikongsi dengan orang lain;

sedia belajar; dan

sedia untuk membuat komitmen penuh masa.

Bila sukarelawan SALAM ditempatkan di sesuatu organisasi, mereka menjadi "pekerja" organisasi tersebut. Walaupun SALAM memberi elaun serta mengawasi kerja mereka, sukarelawan berlapor terus kepada organisasi yang mereka ditugaskan dan menerima arahan daripada organisasi tersebut.

Sukarelawan SALAM boleh bekerja sama ada di luar atau dalam negara. Di mana sukarelawan ditugaskan bergantung kepada sama ada ada atau tidak sesuatu tugasan, dan kemahiran serta minat seseorang. Kerja sukarela sama ada di dalam atau di luar negera adalah sama penting dan bermanfaat.

Kebanyakan orang tidak dapat bersukarela sepenuh masa, tetapi boleh meluangkan masa beberapa jam untuk membuat kerja sukarela. Ini mungkin beberapa jam dalam seminggu, hari minggu atau atas dasar "bila perlu". Sukarelawan seumpama ini dikenali sebagai sukarelawan separuh masa atau ad hoc. SALAM mengalu-alukan sukarelawan seumpama ini dan akan merujuk mereka kepada organisasi yang telah menyatakan keperluan untuk sokongan sukarelawan separuh masa. Pada amnya, organisasi-organisasi ini beroperasi di tempat kerja atau kediaman sukarelawan tersebut. Kedua-dua pihak ini akan seterusnya bertemu untuk menguruskan ciri-ciri gabungan tersebut. Sukarelawan separuh masa tidak menerima elaun daripada SALAM.

Contoh-contoh organisasi di bawah pentadbiran dan biayaan Yayasan Salam:

Page 8: HBME TOPIK 6

83OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

Jadual 6.1

Organisasi Misi

PPIM Rumah Solehah3 Jln Makmur 3, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Mendidik kanak-kanak membaca, menulis serta mengajar dewasa menjahit baju.

Shelter Home for Children P.O. Box 23, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

Membantu guru di dalam kelas, dan mencari sumber kewangan.

Rumah Anak-anak Yatim Islam Sekendi Batu 36 Jln Sekendi, 45200 Sabak Bernam.

Bimbingan tuisyen.

Desa Amal Jireh No . 20, Kajang, 43700 Selangor.

Tutor untuk semua mata pelajaran.

Asrama Kasih YBK Serendah Jln Melur 2/4, Kg.Seri Serendah, 48200 Selangor.

Bimbingan tuisyen dan motivasi.

Shepherd's Centre 18, Jln Kemunting Tmn Paling Jaya, 43500 Semenyih, Selangor.

Bimbingan tuisyen dan pendidikan agama.

Pertubuhan Rumah Amal Cahaya – Tengku Ampuan Rahimah , Lot 746, Jln Permai 1/10, Tmn Subang Permai.

Memberi kaunseling dan tuisyen kepada penghuni RACTAR.

Pusat Maju Diri 'Y' c/o YMCA 95, Jln Padang Belia Brickfield, 50470 KL.

Tutor Matematik, B.Melayu dan B.Inggeris.

Rumah Victory, 9-3 Jln 8/146, Metro Centre, Bandar Tasik Selatan, Sungai Besi, Selangor.

Membantu dalam program pemulihan tentang penggunaan dadah dan gejala sosial.

P.S The Children,2nd Floor , No.66C, Bang. GB, Jln Petaling Utama 9, Tmn Petaling Utama, Selangor.

Mengajar, mengemaskini website dan mencari sumber kewangan.

Yayasan Pengurusan Ilmu, No.14-1, Jalan Wangsa Setia 4 Wangsa Melati Kuala Lumpur.

Memberi panduan tentang pengurusan ilmu.

Persatuan Perlindungan Kanak-kanakNo.66,Jln Raja Muda Abd Aziz, KL.

Memberi nasihat dan perlindungan kepada kanak-kanak.

Sumber: Yayasan Salam Website

2. Majlis AIDS Malaysia Pada 1992, satu inisiatif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia telah membawa kepada penggabungan badan-badan bukan kerajaan dalam usaha untuk memerangi HIV/AIDS. Kementerian berharap agar ia dapat memaksimumkan usaha mereka dan memastikan bahawa sumber-sumber yang terhad dapat digunakan sebaik-baiknya. Oleh itu, Majlis AIDS Malaysia telah ditubuhkan.

Page 9: HBME TOPIK 6

84OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

Pertubuhan ini telah berkembang sejak 10 tahun yang lepas, daripada hanya 2 individu kepada lebih 20 pekerja. Satu komiti eksekutif, yang terdiri daripada 10 wakil terpilih daripada organisasi-organisasi berkaitan telah diberi tugas untuk menguruskan pertubuhan ini. Komiti inilah yang menguruskan segala keputusan pembuatan polisi dan mengarah pergerakan strategik Majlis AIDS Malaysia.

Seiring dengan kemampuannya, Majlis AIDS Malaysia merupakan badan bukan kerajaan pertama yang telah diberikan mandat untuk menganjurkan Kongres Antarabangsa AIDS Kelima di Asia dan Pasifik (ICAAP). ICAAP adalah antara acara yang penting dalam kalendar dunia untuk pengumpulan idea dalam menangani HIV/AIDS.

Majlis AIDS Malaysia adalah satu pertubuhan yang berkomited untuk membuat satu persekitaran yang bebas daripada impak negatif HIV/AIDS untuk Malaysia dan semua rakyatnya. Objektif pertubuhan ini dalam memerangi HIV/AIDS adalah:

Untuk memastikan respon badan bukan kerajaan yang berkomited dan efektif.

Untuk mengelakkan penyebaran HIV.

Untuk memastikan kualiti kehidupan yang paling tinggi kepada mereka yang telah dijangkiti HIV/AIDS.

Untuk menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia yang berkaitan dengan HIV/AIDS.

Untuk menangkis diskriminasi dan prejudis yang berkaitan dengan HIV/AIDS.

Tugas-tugas Majlis AIDS Malaysia (a) Mengkordinasikan usaha-usaha badan bukan kerajaan dan meningkatkan

kapasitiMajlis AIDS Malaysia mengawal dan mengkordinasi tugas-tugas 37 organisasi rakan kongsinya dengan mengelakkan duplikasi kerja dan pembahagian program. Juga, ia menyediakan latihan, bantuan kewangan dan sumber-sumber lain yang penting kepada organisasi-organisasi berkenaan untuk memastikan program-program HIV/AIDS yang efektif dikalangan komuniti yang berlainan di Malaysia.

(b) Undang-undangSebagai salah satu daripada penyumbang kepada polisi kerajaan dalam HIV/AIDS, Majlis AIDS Malaysia membantu menyuarakan pandangan-pandangan daripada organisasi rakan kongsinya dan mengambil berat akan rakyat Malaysia yang hidup dengan HIV/AIDS kepada kerajaan. Majlis AIDS Malaysia sentiasa menganjurkan dialog dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Perkembangan Komuniti. Selain itu, ia juga membincangkan tentang cara-cara untuk meningkatkan undang-undang Malaysia dalam usaha mengelakkan dan mencegah penyebaran wabak ini.

Satu laporan, iaitu ‘The Malaysia AIDS Charter’ telah diterbitkan pada 1995 untuk menentukan hak-hak dan tanggungjawab semua sektor masyarakat yang berkaitan dengan HIV/AIDS. Laporan ini telah menerima respon-respon yang positif daripada sektor swasta dan telah diamalkan oleh organisasi seperti Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As), Aetna Universal Insurance Bhd, Malaysian Association of Private Colleges, Grey Malaysia, Glaxo

Page 10: HBME TOPIK 6

85OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

Wellcome (M) Bhd, Merck Sharp & Dohme Malaysia, Regatta de Blonde, Bristol-Myers Squibb (M) Sdn Bhd and the Sungei Way Group.

(c) Pencegahan dan pendidikan Majlis AIDS Malaysia secara aktifnya menganjurkan pendidikan tentang HIV/AIDS dalam usaha untuk mencegah penularan HIV di Malaysia. Usaha-usaha ini termasuklah penganjuran bengkel, ceramah dan forum dalam pelbagai bentuk, serta program semasa Hari Memorial AIDS dan Hari AIDS Sedunia. Pusat Sumber Majlis AIDS Malaysia telah ditubuhkan pada 1995 sebagai tempat untuk mengumpul dan menyusun informasi yang berkaitan dengan HIV/AIDS pada peringkat tempatan dan juga peringkat antarabangsa. Pusat ini juga menyediakan perpustakaan untuk semua orang yang hendak melakukan kajian tentang AIDS atau yang berkaitan dengannya.

(d) Skop aktiviti Majlis AIDS Malaysia dan organisasi-organisasi berkaitan dengannya telah terlibat dengan aktiviti-aktiviti berikut:

Reformasi Polisi Awam.

Program Pembangunan dan Pengurusan.

Perkembangan bahan-bahan Informasi/Pendidikan/Komunikasi.

Pusat Sumber.

Perpustakaan.

Program Pencegahan dan Pendidikan.

Program Pendidikan Rakan Sebaya.

Rangkaian Sokongan.

Kempen dan Pameran Kesedaran Awam.

Latihan – Bengkel, Seminar, Forum.

Servis Sokongan dan Bantuan.

Kaunseling Psikososial (Telefon dan Bersemuka).

3. PEMADAMPEMADAM iaitu Persatuan Mencegah Dadah Malaysia telah ditubuhkan pada 22 Mac 1976. Mengikut perlembagaan YAB Perdana Menteri Malaysia adalah penaung PEMADAM dan beliau yang akan melantik Yang DiPertua PEMADAM Kebangsaan.

Yang DiPertua PEMADAM yang pertama ialah YB Dato' Athi Nahapan. Pada bulan Jun 1976, YB Dato' Rais Yatim telah dilantik sebagai Yang DiPertua kedua. Manakala pada 9 Jun 1987, YB Tan Sri Dato' Seri Megat Junid bin Megat Ayob pula telah dilantik menjadi Yang DiPertua PEMADAM Kebangsaan ketiga. Mulai 16 Disember 1999 sehingga kini, Yang DiPertua PEMADAM ialah YB Dato' Haji Zainal Abidin bin Haji Zin.

PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia. Ia adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang

Page 11: HBME TOPIK 6

86OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

ramai mengenai bahaya-bahaya penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi dadah.

PEMADAM ditadbirkan oleh satu badan yang dipanggil Majlis Anti Dadah PEMADAM Kebangsaan; dan untuk melicinkan lagi jentera pengurusan dan pelaksanaan program dan aktivitinya, biro-biro telah diwujudkan. Sebagai satu badan yang bercorak kebangsaan, PEMADAM juga bergerak di peringkat negeri, daerah dan unit.

PEMADAM telah dikenali ramai dan bolehlah dikatakan PEMADAM telah menjadi "a household name". Sebagai sebuah badan bukan kerajaan, PEMADAM telah bergerak cergas membantu kerajaan memerangi dadah.

Di dalam negara, PEMADAM menjalin hubungan rapat dan kerjasama erat dengan beberapa kementerian dan jabatan, di antaranya Kementerian Pelajaran, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Polis DiRaja Malaysia. PEMADAM juga memandang penting kepada peranan agama dan dengan itu sentiasa mendapatkan input-input yang konstraktif daripada badan-badan ini.

Peranan dan tugas utama PEMADAM adalah pendidikan pencegahan dan penyebaran maklumat mesej anti dadah. Untuk mencapai matlamat ini, PEMADAM memberi fokus kepada belia, pelajar, pekerja, pendidik dan ibubapa. Berbagai kursus, seminar, bengkel diadakan supaya mesej anti dadah dapat tersebar meluas dan kemahiran mengendalikan kerja-kerja pencegahan dadah dapat dipertingkatkan.

PEMADAM telah menganjurkan, menaja, mengelola atau terlibat sama di dalam projek dan program seperti kursus panel penceramah, kursus anti dadah untuk ibubapa, seminar anti dadah untuk belia, skim lencana anti dadah untuk pelajar-pelajar sekolah dan juga bengkel bengkel IT bagi pengendalian maklumat di zaman ledakan teknologi informasi ini.

Walaupun PEMADAM tidak terlibat dengan urusan rawatan dan pemulihan, namun PEMADAM sangat peka terhadap nasib malang dan penderitaan orang-orang yang terdekat dengan penagih seperti ibu bapa, anak isteri dan saudara mara. Oleh itu, PEMADAM menubuhkan PENAWAR, sebagai badan rujukan dan sokongan kepada ahli-ahli keluarga penagih yang disebut sebagai golongan penderita sepi atau "silentsufferers".

Di luar negara, di arena antarabangsa pula, PEMADAM juga begitu aktif sekali, khususnya di negara-negara jiran ASEAN dan di rantau Asia. PEMADAM menjadi pertubuhan pengasas kepada penubuhan IFNGO (International Federation of Non Government Organisations), satu badan ikatan antarabangsa menentang penggunaan dadah. Sekretariat IFNGO terletak di Ibu Pejabat PEMADAM Kebangsaan. IFNGO juga telah melahirkan bengkel ASEAN-NGO, juga satu forum anti dadah tetapi khusus untuk negara-negara ASEAN. Usaha baik IFNGO telah mendapat pengiktirafan ECOSOC (Economic & Social Council) Bangsa-Bangsa Bersatu.

Objektif penubuhan PEMADAM:

(a) Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk.

(b) Untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah dan untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui JAGAAN LANJUTAN.

Page 12: HBME TOPIK 6

87OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

(c) Untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.

(d) Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam peringkat Negeri dan Daerah dan memberi galakan serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan Badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.

Peranan PEMADAM:

(a) Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah melalui rancangan pencegahan, pendidikan dan penerangan.

(b) Mengumpul dan menyampaikan pendapat pakar-pakar mengenai penggunaan dadah dan menganjurkan seminar, majlis dialog, forum dan kursus-kursus.

(c) Membantu dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling.

(d) Bekerjasama dengan Jabatan-Jabatan kerajaan yang bersangkutan dan lain-lain pertubuhan sukarela dalam usaha mencegah penggunaan dadah.

4. MERCY Bencana alam atau bencana perbuatan manusia, semuanya adalah fakta kehidupan untuk kebanyakan orang di kebanyakan tempat di dunia hari ini. Penduduk Malaysia rata-ratanya adalah bernasib baik bukan sahaja kerana dapat tinggal di dalam sebuah negara yang aman, tetapi juga maju dalam pelbagai bidang. Selain itu, rakyat Malaysia juga tidak terdedah kepada bencana alam yang tertentu, disebabkan kedudukan Malaysia yang strategik. Walaubagaimanapun, sedang kita menikmati rahmat dan keselesaan ini, kita juga haruslah membantu mereka yang kurang bernasib baik, samada di dalam atau diluar sempadan Malaysia.

MERCY mula-mula ditubuhkan oleh Datuk Dr. Jemilah Mahmood, seorang ‘obstetrics-gynaecologis’ yang hendak memberikan bantuan kemanusiaan secara sukarela kepada rakyat Kosovo yang sedang dalam peperangan pada tahun 1999. Kerana memerlukan bantuan kewangan, beliau dan beberapa orang lain terpaksa menubuhkan pertubuhan ini pada mulanya kerana agak sukar untuk mendapatkan derma dan sokongan dari organisasi lain. Oleh itu, pada Jun 1999, Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia atau dikenali sebagai MERCY telah secara rasminya ditubuhkan.

Walaupun MERCY bermula sebagai sebuah pertubuhan bantuan perubatan, sukarelawan dari bidang-bidang berlainan mula menjadi sebahagian daripadanya. Ini membolehkan MERCY memberikan bantuan kemanusiaan dan sehingga kini, ia telah memulakan projek dan program dalam bentuk latihan vokasional, penggalian perigi, bantuan makanan dan sebagainya.

MERCY telah menggunakan kaedah Pengurusan Risiko Bencana Menyeluruh atau ‘Total Disaster Risk Management’ (TDRM) dalam melaksanakan beberapa projek domestik dan antarabangsa. Tujuan penggunaan kaedah ini adalah untuk menyediakan pemahaman yang lebih baik, dan yang paling penting ialah memberi respon terhadap pengurusan bencana, mengenalpasti sebab utama dan faktor-faktor yang membawa kepada bencana. TDRM terbahagi kepada empat fasa:

(a) Respon Kecemasan – berfungsi untuk memastikan respons yang efektif seperti usaha menyelamat, memadam kebakaran, pertolongan kecemasan dan evakuasi

Page 13: HBME TOPIK 6

88OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

diberikan apabila sesuatu bencana terjadi. Secara mudahnya, ia adalah fasa menyelamatkan nyawa.

(b) Pemulihan – melibatkan proses pemeliharaan dan pemuliharaan. Fasa ini bertujuan untuk menyediakan pembinaan khemah-khemah sementara, pemulihan, perancangan penggunaan kawasan bersesuaian dan perancangan pemulihan industri.

(c) Usaha – mengelakkan atau mengurangkan kemusnahan apabila bencana melanda. Contohnya, penanaman semula kawasan tadahan air untuk mengurangkan risiko berlakunya banjir.

(d) Kesediaan – adalah penting untuk sentiasa bersedia dengan alat-alat seperti peta kawasan bencana, peralatan kecemasan dan sebagainya untuk menghadapi masa-masa kecemasan.

6.3.2 Agensi Antarabangsa

1. UNESCO Misi utama UNESCO adalah untuk meningkatkan pengetahuan, standard dan kooperasi intelektual dalam menggalakkan transformasi sosial yang kondusif kepada nilai keadilan, kebebasan dan maruah kemanusiaan secara universal. Beberapa tugas UNESCO yang penting adalah:

Etika dan hak kemanusiaan.

Falsafah dan pembelajaran prospektif.

Kajian sains sosial empirikal.

(a) EtikaDimensi etika dalam evolusi dunia saintifik dan teknologi masa kini harus diambil perhatian. Kemajuan sains dan teknologi mestilah seiring dengan budaya, undang-undang falsafah dan keagamaan di dalam komuniti untuk memastikan dunia ini selamat untuk setiap orang. Dengan ini, UNESCO menyumbangkan bakti dengan:

Menganjurkan konvension antarabangsa dan instrumen yang berkaitan dengan Deklarasi Hak Kemanusiaan Universal.

Memajukan prinsip-prinsip etika dan memberi beberapa cadangan kepada pembuat keputusan yang utama.

Memajukan pendekatan pendidikan untuk memberitahu pendapat awam tentang impikasi hak kemanusiaan dalam kemajuan saintifik dan teknologi, termasuk impak globalisasi.

Menjalankan peranan sebagai penasihat dalam kemajuan kapasiti kebangsaan.

Membantu komuniti saintifik dan pembuat keputusan dalam meniai dimensi etika dalam organisasi mereka.

(b) Hak kemanusiaan Terdapat tiga tugas utama UNESCO dalam bidang kemanusiaan, iaitu meningkatkan kesedaran, bertindak sebagai pengantara dalam hal-hal

Page 14: HBME TOPIK 6

89OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

antarabangsa berkenaan hak kemanusiaan dan menggalakkan kooperasi dengan semua rangkaian.

Dalam menegaskan hak kemanusiaan, UNESCO mempunyai beberapa mandat istimewa, iaitu ia berfungsi untuk berkongsi pengetahuan, melindungi hak kemanusiaan, memperbaharui dan menekankan komitmen dalam pendidikan hak kemanusiaan, dan menawarkan khidmat nasihat kepada yang memerlukan. Dalam isu wanita dan jantina, UNESCO memfokus kepada kajian, rangkaian, undang-undang dan perkongsian maklumat tentang langkah-langkah yang paling berkesan. Manakala dalam usaha menentang diskriminasi, UNESCO cuba untuk mengenalpasti masalah yang berkaitan dengan hak kemanusiaan, impak naionalisme, ketidak-tolerasi keagamaan, diskriminasi terhadap kaunminoriti dan beberapa diskriminasi yang berpunca daripada kemajuan saintifik atau penyakit seperti HIV/AIDS.

(c) Transformasi sosial UNESCO membantu saintis dan pembuat keputusan dalam membekalkan respon-respon yang berkesan untuk menyelesaikan isu-isu kemasyarakatan yang kompleks. Satu program antara-kerajaan, yang dinamakan Management of Social Transformations (MOST) menggalakkan pembangunan dan penggunaan pengetahuan sains sosial yang boleh membawa kepada pemahaman yang lebih tentang transformasi sosial. Ia memfokus kepada perkaitan antara kajian dan pembuatan polisi, termasuklah memformulasi, mengawal dan menilai tindakan dan proses pambangunan, menyusun hasil-hasil kajian, dan kemajuan dalam kapasiti.

2. WWF WWF Malaysia telah memulakan kerja-kerja pemuliharaan di Malaysia sebaik saja

ianya ditubuhkan pada tahun 1972. Kerja-kerja awal yang dijalankan oleh Organisasi ini adalah pemeliharaan spesis-spesis binatang dan pemuliharaan habitat alam semulajadinya. Contoh projek yang dijalankan oleh WWF adalah Projek Marin yang dilaksanakan di seluruh Malaysia. Projek ini melibatkan penyelidikan terumbu karang. WWF telah membantu Taman-taman Negara untuk membuat kajian dan cara-cara untuk memelihara kemandirian haiwan dan alam sekitar di Malaysia.

Pada tahun 1979, WWF Malaysia telah memberi bantuan kepada Cawangan Mergastua di Jabatan Perhutanan dalam mengendalikan kajian faunal di Malaysia, khususnya Sabah selama dua tahun untuk mengumpul maklumat yang diperlukan bagi perlaksanaan rancangan pemuliharaan hidupan liar di negeri ini. Ia kemudianya disusuli dengan projek kajian mengenai spesis buaya, badak sumbu, Orang Utan dan burung-burung air. Tinjauan keatas spesis Orang Utan misalnya melibatkan proses penganggaran populasi dengan cara menghitung sarang-sarang spesis ini daripada udara.

Projek-projek ini bukan sahaja untuk menyelidiki biologi haiwan-haiwan ini tetapi juga untuk mengenalpasti ancaman-ancaman yang dihadapi oleh mereka agar langkah-langkah pencengahan dapat diambil. Melalui pelbagai kajian yang dibuat dengan usahasama Cawangan Mergastua, beberapa kawasan lindungan telah dikenalpasti sebagai kawasan utama hidupan liar. Sebagai tambahan, cadangan-cadangan juga telah dibuat agar negara ini dapat memanafaatkan usaha-usaha pemuliharaan dari segi pelancungan dan pendidikan.

Page 15: HBME TOPIK 6

90OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

Pada masa ini selain daripada pemuliharaan habitat dan spesis, keutamaan diberikan kepada kajian untuk mencari jalan bagi menggunakan sumber-sumber alam semulajadi yang lebih berkekalan. Misalnya kajian dan pengambilan buah-buahan sitrus liar dan yang ditanam di Sabah pada tahun 1985 telah membantu dalam mendemonstrasikan nilai hasil-hasil bukan balak yang boleh didapati dari dalam hutan.

Pihak WWF dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan masih meneruskan usaha dalam mengenalpasti kawasan lindungan dan membuat rumusan rancangan pengurusan untuk mereka. Kajian-kajian tambahan telah dijalankan di Kulamba dan Kawasan Simpanan Hidupan Liar Tabin. Sebagai contohnya, kajian dari udara dibantu oleh penerbangan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) menilai kesan daripada kebakaran di Kawasan Simpanan Hidupan Liar.

Pada tahun 1988, Yayasan Sabah telah berkerjasama dengan WWF Malaysia untuk mengatur satu kajian ekspedisi saintifik di kawasan yang belum pernah diterokai, yang mana terletak ditengah-tengah Negeri Sabah. Pihak TUDM telah menerbangkan lebih daripada 40 ahli saintis dan beberapa kakitangan yang lain ke kwasan-kawasan yang jauh terpencil dengan helikopter. Bermula dari sekitar tahun 1980, usaha untuk memperdalamkan kajian bagi perkembangan kawasan pemuliharaan di Sabah yang lebih menitikberatkan aspek rancangan pengunaan tanah dan pembangunan polisi pengurusan.

(a) Strategi Pemuliharaan di Malaysia Pada tahun 1990, Kementerian Pelancongan dan Pembangunan Alam Sekitar

telah menugaskan WWF Malaysia untuk menyediakan Strategik Pemuliharaan. Memfokus kepada penggunaan tanah secara wajar sebagai kunci asas kepada pemuliharaan dan pembangunan pada sekitar tahun 1990an, strategik ini menyeru agar ditubuhkan pelbagai kawasan perlindungan juga memperbaiki pengurusan sumber-sumber berdasarkan kepada kawasan-kawasan.

Justeru itu strategik ini mencadangkan beberapa peraturan dan tindakan perlu diadakan dalam aspek-aspek penggunan tanah, hasil-hasil tanah, pengurusan pelbagai cara, kawasan tadahan air, komuniti hutan, pengeluaran balak, kerosakan hutan, pembalakan haram, penanaman semula hutan, ekologi kepelbagaian, melombong, polar pelancungan, permohonan tanah, Taksiran Kesan Alam Pesekitaran, pembangunan pantai dan lain-lain, sebagai contohya strategik ini menjalankan persediaan membuat beberapa siri peta untuk membantu rancangan penggunan tanah tanpa mengganggu habitat semulajadinya. Kawasan-kawasan habitat semulajadi yang sensitif kepada perubahan perlulah dikenalpasti dan dijadikan sebagai kawasan perlindungan/simpanan.

Spesis Kucing Liar dan Musang boleh menyumbang kepada keseimbangan ekologi sistem. Matlamat WWF Malaysia untuk meneruskan kerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan dalam aspek pemuliharaan masih dijalankan, namun begitu usaha-usaha ini semakin bertambah dengan adanya aspek gabungan pengurusan dan sosio-ekonomi. Sebagai contohnya WWF telah menyalurkan bantuan kewangan untuk membina Kabin Penyelidikan khas bagi para-para penyelidik di Kawasan Simpanan Hidupan Liar Tabin di sebelah Timur Sabah. Kawasan Simpanan ini diusahakan bersama dengan Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hidupan Liar Sabah, dimana mereka telah menyediakan plan pengurusan untuk kawasan simpanan ini dan menjadikan kawasan ini sebagai tapak penyelidikan untuk jangka panjang. Pembinaan Kabin tersebut sedikit sebanyak telah menyokong kepada usaha-usaha JHL dalam mempromosikan

Page 16: HBME TOPIK 6

91OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

penyelidikan hidupan liar untuk jangka panjang dan pengurusan di Kawasan Tabin ini sebagai sebuah kawasan penting bagi tujuan pelindungan hutan dan pemuliharaan ekologi kepelbagaian di Sabah. Sebuah Projek yang telah dijalankan dari tahun 1993 sehingga 1996 pada kawasan dalam dan persekeliling hutan Simpanan ini adalah untuk menjalankan penyelidikan tentang ekologi spesis Musang dan Kucing Liar dan kepenerapanya (kepentingan) kepada pengurusan hutan.

Terdapat beberapa jenis spesis Kanivor Hutan Tropika yang mempunyai kesamaan dengan spesis kucing liar yang berpotensi untuk menyebarkan benih-benih dikawasan ini. Justeru itu spesis-spesis seperti ini memainkan peranan yang penting dalam membantu pertumbuhan semula hutan selepas daripada sebarang gangguan. Kajian ini memperolehi bukti bahawa kawasan hutan ini menjadi tempat pelindungan dan pembiakan bagi pelbagai jenis haiwan pemangsa yang memakan spesis tikus perosak di kawasan penanaman kelapa sawit

Hasil daripada kajian tersebut telah mencabar dakwaan idea traditional yang mengatakan kawasan hutan merupakan sarang bagi haiwan-haiwan perosak dikawasan penanaman yang berdekatan. Projek ini juga telah memberi latihan kepada kakitangan JHR dan pelatih-pelatih Pegawai Saintifik WWF dalam menjalankan penyelidikan hidupan liar dan teknik-teknik pengurusan.

(b) Kursus Pendidikan dan Saintifik WWF Malaysia memandang pendidikan sebagai kunci kepada asas pemuliharaan

jangka panjang. Sebagai contoh, WWF Malaysia telah membantu Yayasan Sabah untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan penubuhan Skim Kelab Alam Semulajadi di sekolah-sekolah. Skim ini kemudiannya dilancarkan pada tahun 1988, kelab ini merupakan organisasi bukan kerajaan yang terbesar sekali di Malaysia dengan keahlian seramai 28,000 ahli dan terdapat 70 buah kelab yang aktif di sekolah-sekolah. Pada pencapaian awal, ianya telah berjaya memfokuskan kepentingan pendidikan dalam pemuliharaan, satu lagi projek yang giat dijalankan sekarang ialah Projek Pendidikan Alam Pesekitaraan. Pada masa ini WWF Malaysia bertindak sebagai pakar perunding kepada Jabatan Hidupan Liar di Sabah bagi menyusun Plan Pembangunan dan Pengurusan untuk Kawasan Perlindungan Burung, Bandar K.K.. Matlamat utama projek ini adalah untuk melindungi dua habitat ini daripada kesan pembangunan bandar selanjutnya dan untuk mempromosikan kesedaran awam tentang kepentingan tanah paya dengan mewujudkan sebuah kawasan perlindungan contoh Bandar tanah Paya yang sistematik. Adalah menjadi harapan untuk memberi perlindungan yang sama kepada tanah-tanah paya yang mempunyai habitat yang peka kepada perubahan di Sabah seperti pada kawasan Dataran Banjir di Kinabatangan.

(c) Plan Polar Perlancongan Negara Plan Polar Perlancongan Negara disediakan untuk Kementerian Kebudayaan &

Pelancungan (KKP) oleh WWF Malaysia. Matlamat utamanya adalah untuk membantu pihak kerajaan Malaysia pada peringkat Negara dan Negeri dalam memperkembangkan Ekologi Pelancungan yang berpotensi di Malaysia, dan pada masa yang sama menggunakannya sebagai alat yang efektif dalam pemuliharaan khazanah alam semulajadi dan kebudayaan negara. KKP dan WWF Malaysia telah berkerjsama untuk mengekstrak garis panduan pelancungan daripada plan ini untuk menghasilkan risalah dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris untuk diedarkan secara meluas.

Page 17: HBME TOPIK 6

92OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

(d) Program Pendidikan dan Pembangunan Luar Bandar Program Pendidikan dan Pembangunan Luar Bandar telah ditubuhkan oleh WWF

Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Pembangunan Alam Persekitaran untuk membantu pelbagai agensi yang terlibat dengan pendidikan, agen sumber-sumber semulajadi dan pembangunan masyarakat luar bandar. Semasa program ini dilaksanakan, yakni dari tahun 1993 hingga 1996, WWF Malaysia telah terlibat dengan pelbagai aktiviti seperti pendidikan Alam Pesekitaran di sekolah-sekolah, meningkatkan sumber-sumber pendidikan dan menjalankan forum-forum dengan masyarakat tempatan.

3. LION/Rotary Club Rotary merupakan suatu organisasi terdiri dan kaum pria dan wanita se-dunia yang

aktif dalam usaha atau profesi mereka masing-masing tetapi sekaligus terikat satu sama lain oleh pengabdian mereka pada kemanusiaan, oleh keinginan untuk menjunjung tinggi standard-standard etika dalam berkarya, serta oleh keinginan untuk menciptakan muhibah dan perdamaian di dunia.

Pada 27hb June 1970, Kelab Rotary Gombak telah di anugerahkan sebuah "Charter" oleh Rotary International yang bertarikh 6hb April, 1970. Kelab Rotary Kuala Lumpur Utara didaftarkan di bawah Seksyen 7 Akta Persatuan 1966, Malaysia pada 9hb June, 1970; No. Pendaftaran: 759 (Selangor). Kelulusan untuk pertukaran nama kepada Kelab Rotary Gombak diterima pada 19hb Disember 1972 daripada Rotary International.

Langkah-langkah pertama untuk mendekati Rotary telah diambil pada 12hb February 1070 di Restoran Le Coq D'or, di mana, sekumpulan kecil terdiri dari sembilan orang bakal ahli telah berkumpul di sana. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Dr. C.K. Cheah, yaitu wakil khas kepada 'District Governor' dibantu oleh ahli Kelab Rotary Kuala Lumpur yakni Rtn. Colin Williams dan K.S Menon.

Walaupun pada mesyuarat tersebut, nama "Gombak" telahpun di utarakan, namun nama Kelab Rotary Kuala Lumpur Utara telah dipilih oleh kerana pasa masa itu ianya dianggap lebih mudah difahami masyarakat antarabangsa.

Ini diikuti dengan beberapa buah mesyuarat di mana beberapa orang penceramah telah diundang. Kebanyakannya penceramah tersebut terdiri daripada ahli Kelab 'sponsor' yakni Kuala Lumpur, khusus untuk menyebar maklumat mengenai Rotary kepada beberapa orang bakal ahli.

Sebuah mesyuarat telah di adakan di mana pegawai-pegawai "Charter" telah dilantik. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh District Governor Dr. L. S. Sodhy, Presiden Kelab 'Sponsor' Ramesh Chander, Setiausaha Rolf Veltema and wakil khas kepada 'District Governor's Dr. C.K. Cheah. Permohonan keahlian dengan Rotary International telah diserah dengan bilangan keahlian terdiri daripada 26 orang. Langkah ini di susuli dengan pendaftaran Kelab tersebut.

Tarikh rasmi penerimaan oleh Rotary International sebagai salah sebuah daripada 14,000 kelab di merata dunia ialah 6hb April 1970. Sijil Pendaftaran no: 759 telah diterima daripada Pejabat Pendaftar Persatuan pada 9hb June 1970. Suatu majlis Malam "Charter" telah di langsungkan pada 27hb June 1970, di Lake Club yang di hadiri oleh tetamu kehormat YAM Raja Muda Selangor. Upacara perlantikan jawatankuasa kelab tersebut serta ahli-ahli nya telah dirasmikan oleh District Governor Sodhy.

Page 18: HBME TOPIK 6

93OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

Rotary merupakan suatu organisasi sumbangkhidmat yang tertua di dunia. Keahliannya yang terdiri daripada ahli perniagaan dan pemimpin profesional yang bersatu untuk menyumbang khidmat atas sebab-sebab kemanusiaan serta memupuk keamanan dan kesefahaman di seluruh dunia. Melalui jaringan yang terdiri daripada lebih 30,000 buah kelab dan 1.2 juta ahli, Rotary mampu menerajui projek-projek berasaskan kejiranan yang dapat menangani beberapa isu-isu yang kritikal, yakni termasuk pelupusan wabak polio, pembasmian kemiskinan dan kelaparan, penghapusan buta huruf serta mengawal jangkitan wabak HIV/AIDS.

Tujuan utama Rotary adalah pengabdian – di lingkungan sekitamya, di tempat kerjanya, dan di dunia. Para Rotarian menjunjung tinggi dan menjalani prinsip "service above self" tanpa melihat kebangsaan, ras, agama, ideologi ataupun lokasi geografis. Falsafahnya adalah seirama dengan kearifan ajaran agama-agama besar di dunia.

Jaringan antarabangsa 30,000 buah kelab-kelab Rotary dapat menyambung orang-orang yang berkeperluan dengan ahli kelab Rotary di negara-negara yang mampu menyediakan kemudahan yang berkenaan.

Rotary ditubuhkan pada tahun 1905.

Ahli kelab Rotary terdiri daripada individu-individu professional yang berjaya, bersemangat dan komited untuk menyumbang kearah perikemanusiaan serta memupuk keamanan dan kesefahaman.

Pada tahun 1985, Rotary telah melancarkan PolioPlus, yaitu suatu program yang bersasarkan untuk mengimunisasikan kanak-kanak daripada menjangkiti polio. Tarikh jangkaan pelupusan wabak jangkitan Polio ini ialah tahun 2005, iaitu pada ulangtahun ke100 pertubuhan Rotary. Kini, Rotary telahpun menyediakan lebih US$462 (RM1,386) juta terhadap program ini. Dijangkakan lebih satu juta orang sukarelawan telahpun menyumbang masa serta harta persendirian untuk mengimunisasikan kanak-kanak di seluruh dunia.

Pusat Rotary untuk Kajian Antarabangsa menawarkan sebuah program jangka 2 tahun kelulusan sarjana muda bertujuan memberi persediaan kepada bakal diplomat serta pemimpin antarabangsa. Program ini menawarkan 70 orang cendekiawan untuk belajar di 8 buah universiti terkenal di dunia dalam untuk mempelajari kemahiran dalam menanagi konflik dan memupuk kesefahaman antarabangsa.

Terdapat lebih kurang 8,000 orang penuntut berumur 15-18 tahun ditawarkan untuk mengikuti program pertukaran belia di bawah Rotary's Youth Exchange pada tiap-tiap tahun. Program ini memberi peluang kapada belia-belia terlibat untuk menentukan di negara mana ia berpeluang untuk melawat sambil belajar selama setahun. Program "Ambassadorial Scholarship" Rotary pula menawarkan hingga 1,500 orang penuntut kolej pada tiap-tiap tahun untuk belajar di universiti luar negara yaitu untuk jangkamasa pendek ataupun panjang.

Matlamat Rotary ialah untuk memerangsang serta memupuk Piagam Khidmat sebagai suatu asas usaha yang bermakna. Yaitu pada khususnya:

menambah peluang-peluang untuk berkhidmat sekiranya diperbanyakkan pengenalan;

empunyai taraf etika yang tinggi di dalam pengendalian perniagaan dan perkhidmatan. Memperakui yang setiap kerjaya seseorang itu adalah berharga

Page 19: HBME TOPIK 6

94OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

dengan pada masa yang sama memberi peluang kepada setiap ahli untuk menggunakan asas kerjayanya untuk berkhidmat kepada umum.

mengaplikasikan Piagam Khidmat oleh setiap ahli Rotary itu di dalam kehidupan hariannya , perniagaannya dan hal-hal komuniti;

peningkatan persefahaman antarabangsa, muhibbah dan keamanan melalui persahabatan antarabangsa diantara ahli perniagaan dan profesional, semuanya bersatu dibawah suatu Piagam Khidmat.

6.4 GURU BERTARAF DUNIA

Antara matlamat Kementerian Pendidikan adalah untuk menjadikan pendidikan di negara ini "bertaraf dunia". Ini merupakan satu reformasi bagi menghadapi alaf baru. Reformasi pendidikan ini amat perlu disegerakan kerana segala perubahan yang berlaku amat pantas terutamanya di dalam era teknologi maklumat. Kementerian Pendidikan kini telah banyak melaksanakan perubahan. Segala dasar dan perubahan yang diperkenalkan menuntut seluruh kaum pendidik memahami, menghayati dan melaksanakanya dengan sebaik mungkin. Ini bermakna di bahu kaum pendidiklah dipertanggungjawabkan tugas berat bagi merealisasikan segala perubahan yang dibawa.

Persoalan sekarang ialah mengapa kita perlu menjadikan pendidikan Malaysia bertaraf dunia? Apakah selama ini taraf pendidikan kita cukup berkualiti bagi mencapai taraf dunia? Apakah pula kriteria-kriteria kualiti dan penentu-penentu lain yang diperlukan dalam sistem pendidikan untuk menjadikannya bertaraf dunia? Langkah permulaan kerajaan bagi menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia ialah dengan menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa dan menggalakkan penubuhan institusi-institusi pengajian tinggi swasta dari luar negara atau dalam negara. Parlimen Malaysia telah meluluskan Akta Pendidikan Tinggi Swasta bagi memastikan pihak swasta mewujudkan pusat-pusat pengajian tinggi. Ianya bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat negara ini dan rakyat asing melanjutkan pelajaran di negara ini.

Kerajaan berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan kualiti MS ISO 9000 dalam sektor Perkhidmatan Awam. MS ISO 9000 adalah satu standard sistem pengurusan berkualiti, yang merupakan satu panduan kepada organisasi untuk meningkatkan proses kerja. Sektor pendidikan juga boleh memperolehi pengiktirafan ini, bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan adalah sentiasa tinggi.

Dengan itu, semua peringkat pendidikan di seluruh negara, sudah sampai masanya memastikan satu tahap kualiti yang sewajarnya dilaksanakan. Hal ini terbukti apabila sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah pertama di Negeri Perlis telah berjaya memperolehi sijil pengiktirafan MS ISO 9002. Ini membuktikan bahawa sektor perkhidmatan pendidikan juga berkeupayaan meningkatkan kualiti sistem pengurusan dan proses kerja mereka. Adalah dirasakan bahawa kepastian tahap kualiti yang tinggi di

Latihan 6.3 Pernahkah anda menyertai mana-mana agensi seperti yang dinyatakan di atas? Jika ada, bolehkah anda nyatakan apa peranan anda dalam agensi tersebut?

Page 20: HBME TOPIK 6

95OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

peringkat persekolahan rendah dan menengah merupakan penentu kesinambungan tahap kualiti yang ingin dicapai di peringkat institusi pengajian tinggi di negara ini. Perkara ini penting ke arah memartabatkan sistem pendidikan negara supaya bertaraf dunia.

Oleh hal yang demikian seluruh kaum pendidik hendaklah merobah pandangan dan persepsi mereka terhadap perubahan-perubahan yang berlaku. Mereka juga perlu mempunyai pandangan, visi, wawasan dan keterampilan bagi menghadapi cabaran alaf akan datang. Oleh yang demikian kaum pendidik wajarlah mempunyai ciri-ciri kecemerlangan dan melakukan anjakkan paradigma bagi membolehkan mereka diiktiraf, sekali gus menjadikan kualiti pendidikan negara bertaraf dunia.

6.4.1 Ciri-ciri Guru Berkualiti

Apabila disebut kualiti ia adalah ciri-ciri dan sifat-sifat sesuatu produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan. Oleh itu, guru yang berkualiti adalah guru yang mampu menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam konteks pengurusan di bilik darjah meliputi:

Kecemerlangan seperti yang dinyatakan dalam petikan di atas dapat disimpulkan kepada kebolehan memaksimakan proses pembelajaran dalam bilik darjah, pengendalian aktiviti serta pengurusan peperiksaan.

Dalam dunia digital tanpa sempadan ini, untuk mengekalkan imej seorang guru yang cemerlang dan berkualiti maka penghayatan dan penambahbaikan ilmu serta tindakan harus seiring dengan perkembangan semasa.

Di antara ciri-ciri yang harus dikekalkan oleh seorang guru cemerlang adalah seperti berikut:

Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang pengkhususannya.

Komitmen yang menyeluruh.

Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan.

Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar.

Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan yang bernas.

Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi sumber inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan oleh semua golongan masyarakat untuk memenuhi aspirasi negara.

“Seseorang guru yang berkualiti mampu memaksimumkan peluang-peluang pembelajaran melalui formulasi objektif dan sukatan pembelajaran secara efisien, pemilihan pembacaan, aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah, penggunaan cara penilaian yang bersesuaian, tindakbalas kepada pelajar, dan pembuatan latihan-latihan, projek, kuiz dan peperiksaan akhir tahun”.

Page 21: HBME TOPIK 6

96OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

6.4.2 Peranan dan Tanggungjawab Guru dalam Melahirkan Generasi yang Berwawasan dan Berkualiti

Kualiti guru amat berkait rapat dengan soal keguruan sebagai satu profesion. Secara amnya, keguruan merupakan satu profesion kerana ia mempunyai ciri-ciri utama yang sepunya dengan profesion lain seperti doktor atau peguam. Pertama, seorang profesional menggunakan ilmu pengetahuan secara intelek dan sistematik dan dia memerlukan masa latihan akademik dan amali yang agak panjang. Dalam konteks keguruan, ilmu pengetahuan tentang kurikulum sekolah, teori-teori asas dalam pendidikan serta kemahiran pedagogi dan teknologi pendidikan telah menjadi bahagian yang penting dalam latihan keguruan.

Keduanya, sesuatu profesion memberi perkhidamatan yang penting kepada pelanggan dan semua ahli dalam profesion itu bertanggungjawab memberikan perkhidmatan yang sempurna kepada pelanggan mereka. Dengan ini, para profesional seperti guru mempunyai kod etika yang tersendiri.

Ciri yang ketiga mengenai profesion ialah setiap individu profesional perlu menambahakan ikhtisasnya dengan mengambil berat tentang perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini supaya dia dapat memberi maklumat dan perkhidmatan yang relevan kepada pelanggannya. Oleh itu, guru perlu menghadiri kursus-kursus dalam perkhidmatan serta melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka. Akhirnya, setiap profesion mempunyai automoni sendiri untuk membuat keputusan sendiri tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk murid-murid di dalam dan di luar bilik darjah. Daripada keterangan-keterangan di atas, guru mempunyai tanggungjawab moral untuk menjadi profesional iaitu bertindak secara profesional dalam pekerjaan perguruan.

Dewasa ini, guru masih terkeliru dengan tanggungjawab mereka di sekolah dengan beranggapan bahawa tugas mereka ialah mengajar sesuatu mata pelajaran kepada pelajar sebagaimana yang telah diarahkan oleh pihak sekolah. Sedangkan tugas mereka sungguh bermakna dan mulia itu iaitu sebagai seorang pendidik yang akan mendidik pelajar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat.

Justeru itu tugas guru tidak hanya terbatas sebagai seorang pengajar semata-mata yang mana apabila di luar waktu persekolahan ia sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan para pelajarnya. Tanggapan yang salah seperti ini perlu dikikis oleh setiap guru demi melahirkan generasi yang memiliki kekuatan emosi, moral dan minda sebagai persediaan menghadapi cabaran menuju alaf baru.

Setiap guru perlu menganggap diri mereka sebagai teman, fasilitator dan kaunselor kepada pelajar. Justeru itu, sistem hubungan dua hala antara guru dan pelajar di mana penulis telah membincangkan sebelum ini haruslah diwujudkan di sekolah-sekolah iaitu bukan sekadar melibatkan masalah akademik tetapi juga masalah peribadi pelajar untuk membolehkan pihak sekolah mengesan gejala yang tidak sihat di peringkat awal sebelum mereka benar-benar terjebak dalam kes polis.

1. Kaedah Pengajaran Kelemahan kaedah penyampaian sesuatu mata pelajaran boleh menghapuskan minat

seseorang pelajar terhadap pelajaran. Sikap guru yang hanya sekadar menyampaikan maklumat mengenai mata pelajaran yang dipertanggungjawabkan ke atasnya sahaja,

Page 22: HBME TOPIK 6

97OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

perlu diperbetulkan. Dalam apa juga mata pelajaran di sekolah, guru boleh menerangkan mengenai pengajaran dan iktibar yang boleh diambil daripada sesuatu perkara yang diajar. Bermacam peristiwa dalam sejarah boleh digunakan sebagai contoh atau di dalam mata pelajaran Geografi pula bagi guru berkenaan, kita boleh tunjukkan kaitan dengan nilai hidup dan bagaimana sebuah negara yang wujud dahulu boleh hilang sekarang.

2. Pemupukan Nilai-Nilai Murni Spiritual Quotient (SQ) merujuk kepada nilai dan kelakuan personal. Ia sebagai satu

garisan pemisah terhadap baik dan buruk, betul dan salah. Melalui pendidikan, remaja perlu dilatih supaya menyedari tanggungjawab beragama dan berakhlak; mematuhi perintah Tuhan, menghormati ibu bapa, membenci rasuah dan dadah, menjadi orang yang berbudi pekerti mulia serta seterusnya menjadi warganegara yang taat dan setia.

Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral telah dilaksanakan di semua sekolah rendah pada tahun 1982 dan 1983 bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada nilai-nilai murni. Pengajaran "fakta" memang berbeza daripada pengajaran "nilai". Ia mesti diperkukuhkan dengan kesedaran, keyakinan dan amalan.

Tetapi nampaknya kita perlu menyahut seruan Perdana Menteri berikutan gejala sosial yang masih menjadi-jadi. Beliau menyeru supaya kita memikirkan bagaimana unsur-unsur moraliti, jati diri, kejituan ilmu dan sebagainya itu dapat "dianyam" secara lunak ke dalam keseluruhan sistem pendidikan kita tanpa menamakan mana-mana mata pelajaran khusus sebagai kursus moral dan sebagainya.

Untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan, nilai-nilai murni perlu disisipkan melalui semua mata pelajaran dan diperkukuhkan pula melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum dan pembentukan budaya sekolah yang positif. Ringkasnya, untuk menjayakan penerapan nilai dalam KBSM, kurikulum formal perlu dilaksanakan secara bersepadu dengan kurikulum tidak formal.

3. Pendidikan Kesusasteraan Pendidikan kesusasteraan yang semakin tersisih dalam sistem pendidikan sekarang

ini perlu diberi penekanan semula dalam sistem yang sedang dikaji itu. Sastera sebenarnya boleh membantu para pelajar menghayati nilai-nilai murni seperti ketinggian moral, etika dan rasa kemanusiaan. Pengajian sastera, pendidikan sejarah, pendidikan sains, penguasaan bahasa, kajian Malaysia dan peradaban Islam mengandungi unsur-unsur yang dapat mengukuhkan binaan moraliti dalam diri seseorang selain pendidikan agama.

4. Sistem Pendidikan Mentor-Mentee Sistem pendidikan mentor yang telah dilaksanakan oleh kerajaan perlu diperluaskan

lagi ke kawasan-kawasan terutama di bandar. Ini adalah penting untuk mempertingkatkan pengetahuan pendidikan agama di kalangan remaja. Guru pada masa ini tidak mempunyai kesempatan secukupnya untuk mengawal masalah sosial di kalangan remaja dan peranan itu dapat dimainkan oleh seorang mentor. Sistem mentor itu adalah sistem pendidikan agama dan moral yang dikendalikan oleh Pusat Islam dengan melantik guru-guru agama khas di sesebuah kawasan. Sistem itu yang sebelum ini hanya dilaksanakan di kawasan luar bandar menunjukkan remaja mula berminat mempelajari agama di samping menghormati golongan yang lebih tua.

Page 23: HBME TOPIK 6

98OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

5. Penubuhan Kumpulan Peningkatan Kualiti Perbincangan mengenai peranan dan tanggungjawab guru dan cadangan-cadangan

telahpun dibincangkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, beberapa langkah penting dan dikenalpasti keperluannya perlu diaplikasikan oleh seorang guru. Langkah-langkah ini lebih bernas dan sistematik. Langkah-langkah ini telah diumumkan oleh Dr. Ahmad Farhan melalui hasil kajiannya di PPKA, USM. Satu kumpulan peningkatan kualiti yang terdiri daripada guru-guru perlu diadakan untuk mengaplikasikan langkah-langkah yang berikut:

(a) Menolong pelajar lemah;

(b) Mempertingkat kecemerlangan pelajar;

(c) Mengenalpasti punca masalah pelajar;

(d) Mengenalpasti faktor kejayaan pelajar;

(e) Menerangkan projek dan strategi yang dapat membantu; dan

(f) Mengawasi kemajuan pelajar melalui proses pemantauan.

Untuk melaksanakan langkah-langkah di atas, seorang guru perlu dilengkapi dengan teknik pengurusan yang berkesan seperti perancangan strategik. Pihak sekolah perlu memastikan yang setiap gurunya memahami Kualiti Pengurusan Menyeluruh atau dikenali sebagai Total Quality Management (TQM) sebagai langkah ke arah menjayakan FPN. Di Malaysia, TQM merupakan salah satu pendekatan ke arah meninggikan kualiti di institusi pengajian yang menyeluruh dalam menangani isu, matlamat dan kepentingan pendidikan, selaras dengan FPN untuk melahirkan generasi muda yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Pendekatan TQM merupakan satu-satunya alternatif yang dapat memperbaiki lagi prestasi serta komitmen terhadap kecemerlangan. Hal ini kerana TQM memerlukan semua yang terlibat menuju ke arah satu pemikiran yang baru, satu inisiatif yang jitu serta pengetahuan yang membina di kalangan anggota organisasi tersebut.

Konsep-konsep utama di dalam TQM boleh diaplikasikan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Salah satu contoh yang diberi oleh Oblinger D. dalam kertas kerjanya, "A Continuous Improvement Process" ialah "One-minute essays". Ia diadakan pada setiap penghujung kelas iaitu pelajar menulis kefahaman dan kekeliruan terhadap apa yang telah belajar untuk sesi kelas tersebut. Ini memberi maklumbalas serta-merta terhadap kecekapan pengajaran dan pembelajaran. Tindakan seterus disusuli melalui e-mel atau pada kelas yang akan datang.

6. Melayan Pelajar Sebagai Pelanggan Kualiti diertikan sebagai sesuatu yang memenuhi kehendak pelanggan iaitu apa-apa

yang pelanggan (pelajar) mahu dari kita. Keperluan pelajar sepatutnya dipenuhi dan bagaimana keperluan pelajar dilihat faktor penting terhadap kejayaan. Turner R. melalui kertas kerjanya bertajuk "TQM in the College Classroom" memberi kebebasan terhadap kedatangan kelas ke atas pelajar yang berumur antara 18 hingga 70 tahun di atas anggapan ini. Menurutnya, golongan yang berada dalam peringkat umur ini mampu memberitahu sesudah mempelajari sesuatu atau pembaziran masa dalam kelas-kelas tertentu. Akan tetapi, penulis lebih menyarankan pengaplikasian kedatangan kelas dilayan secara individu. Sebahagian pelajar yang hanya merujuk nota dari kawannya dan membaca bahan-bahan berkenaan tanpa datang kecuali hari ujian kebanyakan didapati mampu mendapat A dan B. Asalkan ini adalah keperluan

Page 24: HBME TOPIK 6

99OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

pelajar di samping standard masih dapat dikekalkan, maka beliau menyokong kebebasan pelajar dari segi kedatangan kelas.

Keperluan-keperluan yang dimaksudkan di sini boleh terdiri dari perkhidmatan dan layanan yang ingin diterima oleh pelajar. Sebagai contoh, bersopan-santun, mesra, atau kestrategikan lokasi dan kemudahan fizikal yang mudah dikunjungi dan sebagainya. Oblinger D. telah mengaplikasikan konsep pelanggan ini di Universiti Oregon State. Pelajar telah ditanya mengenai cara pembelajaran yang mereka inginkan bagi satu kursus. Tujuan kursus telah dimaklumkan. Pelajar diarahkan untuk menulis tiga perkara yang mereka "sangat ingin" dan "kurang ingin" lakukan mengikut keutamaan. Maklumbalas dari pelajar sebagai input dan membolehkan beliau membuat pendirian terhadap kursus tersebut di mana beliau menyatukan kursus tersebut mengikut kehendak guru, sejajar dengan persepsi pelajar. Guru masih merangka cara perjalanan dan matlamat kursus kepada apa yang hendak diajar. Tetapi, cara pengajaran seseorang guru telah dipengaruhi atau lebih mirip kepada keperluan pelajar (pelanggan).

Kegagalan pelajar sebelum TQM disifat sebagai malas, tidak membuat ulangkaji atau persediaan yang tidak rapi. Apabila pelajar dianggap sebagai pelanggan, kegagalan akan disifatkan sebagai keperluan pelajar tidak dipenuhi. Jadi, pendekatan terhadap cara pengajaran akan diambil oleh guru supaya ia lebih berkesan kepada pelajar dan bukan lagi hanya memberitahu pelajar untuk "belajar dengan betul-betul".

7. Rakan Sekerja Adalah Pelanggan Rakan sekerja dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah guru yang menerima

kerja seterusnya (pelanggan) daripada seorang guru yang lain. Ini boleh diibaratkan kepada seorang guru kalkulus melihat guru kejuruteraan sebagai pelanggannya. Ini bertujuan menjayakan akademik setiap pelajar pada keseluruhannya. Sebelum mempelajari kejuruteraan, pelajar perlu menguasai kalkulus dahulu. Turner R. dalam kertas kerja "TQM in the College Classroom" telah mengaplikasikan konsep ini. Kegagalan pelajar sebanyak 25% hingga 30% dalam mata pelajarannya Pengenalan Kepada Ekonomi telah diketahui sebabnya selepas beliau cuba mengaplikasikan konsep ini. Kesimpulan kepada kegagalan ialah mereka kekurangan kemahiran matematik untuk membaca graf dan pengelolaan persamaan. Pada kelas minggu pertama, beliau telah menyoal soalan-soalan tentang algebra dan menasihatkan pelajar supaya tidak mengambil mata pelajarannya jika gagal menjawab semua soalan yang diberikan. Hasilnya ialah kegagalan pelajar dalam mata pelajaran Pengenalan Kepada Ekonomi telah dapat dikurangkan dari 25% ke 5%. Penglibatan pelajar dalam kursus algebra telah meningkat secara mendadak.

Setelah menyedari pentingnya konsep ini, beliau seterusnya membincang dengan guru yang mengajar mata pelajaran Pemasaran iaitu pelanggan beliau kepada mata pelajaran Ekonomi. Beliau dinasihatkan supaya menekankan kepada konsep Ekonomi tentang "demand" supaya pelajar akan lebih mudah menguasai "price theory". Pada masa yang sama, beliau menerima maklumbalas dari guru Pemasaran tentang apa yang masih pelajar ingat dalam Pengenalan Kepada Ekonomi.

8. Kerja Berpasukan (Team Work) Bekerja secara berpasukan merupakan salah satu elemen penting TQM maka semasa

menjalankan projek sama ada di dalam kuliah atau pengajian tahun akhir, pelajar seharusnya bekerja secara berpasukan dan bukan secara individu. Sekiranya projek ini diolah dengan sebegini rupa, secara tidak langsung pelajar akan menyedari yang

Page 25: HBME TOPIK 6

100OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

matlamat berpasukan adalah lebih penting daripada matlamat peribadi. Sekaligus ini menggalakkan pelajar untuk saling bekerjasama demi kebaikan pasukan. Jika persekitaran ini didedahkan kepada pelajar dari awal lagi, budaya berpasukan ini boleh diterapkan sehingga ia menjadi sebati dengan jiwa pelajar. Banyak kajian menunjukkan sekiranya sesuatu itu dilakukan dengan berulang kali, lambat laun ia akan menjadi tabiat dalam budaya.

Turner R. mencadangkan supaya kunjung-mengunjungi di kalangan guru sesama sendiri. Saranan ini bukan sahaja mengaplikasikan kerja secara berpasukan, tetapi juga menolak pemikiran bukan TQM iaitu hanya guru senior sahaja yang perlu untuk melakukan pemantauan ke atas kelas guru baru demi menentukan kebolehannya. Motif di sebalik kunjungan kelas ini ialah mencari pengalaman mengajar dan bukan untuk mencari kesilapan seseorang guru. Proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih cekap akan dapat digunakan. Jadi, motif atas TQM ialah apa yang boleh dipelajari daripada mereka.

9. Kemajuan Berterusan (Continuous Improvement) Salah satu aspek praktikal TQM ialah peningkatan kualiti secara berterusan dengan

menggunakan beberapa kaedah atau teknik penyelesaian masalah secara saintifik untuk memahami masalah sebenar, menganalisis sebab dan punca dan mencadangkan penambahbaikan. Teknik statistik dan empirikal boleh digunakan iaitu:-

(a) Carta Aliran – Untuk menunjukkan setiap langkah delam sesuatu proses bagi mengenalpasti duplikasi atau ketidakcekapan dalam proses tersebut.

(b) Rajah Sebab Akibat Ishikawa – Untuk mengenalpasti hubungan antara sebab dan punca sesuatu masalah.

(c) Carta Semasa – Untuk menunjukkan arah aliran mengikut masa.

(d) Carta Pareto – Untuk mengenalpasti dan membezakan sebab utama daripada sebab sampingan yang dipamerkan sebagai carta bar menegak.

(e) Histogram – Untuk mengenalpasti dan mempamerkan maklumat menerusi carta bar yang menunjukkan taburan unit kategori atau ukuran.

(f) Carta Kawalan – Untuk mengenalpasti sama ada sesuatu proses itu stabil dan sebab berlakunya variasi.

(g) Carta Pertaburan – Untuk menunjukkan kekuatan perhubungan antara dua faktor pembolehubah.

Teknik-teknik ini adalah sistematik dan saintifik, kerana kajian yang lebih berkesan dan teliti akan dijalankan. Penggunaan teknik ini adalah berkesan dalam menangani masalah disiplin pelajar. Adalah tidak menghairankan mengapa masalah disiplin masih terjadi-jadi kerana tindakan dari pihak sekolah adalah tidak menyeluruh dan tidak mendalam kajiannya. Biasanya, pelajar akan diberi amaran buat kali pertama dan kedua dan merotan bagi kali ketiga sebagai penghabisan tugas seorang guru disiplin sedangkan sebab di sebalik pelanggaran disiplin pelajar tidak dikaji.

Kajian oleh Turner R. juga mencadangkan supaya guru perlu memperuntukkan masa sebanyak 5% hingga 10% daripada masa kuliah untuk kemajuan berterusan iaitu seorang guru perlu mengambil 3 atau 5 minit jika masa kuliah ialah 50 minit. Pengumpulan maklumat daripada pelajar dan brainstorming merupakan dua cara yang boleh memajukan proses pembelajaran. Beliau telah mengarahkan pelajar menjawab solan-soalan berikut untuk tiap-tiap minggu:

Page 26: HBME TOPIK 6

101OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

(a) Adakah pengajaran dan pembelajaran kelas hari ini mencukupi?

(b) Berikan cadangan atau komen untuk memajukan kelas.

(c) Adakah anda mengulangkaji dan membuat kerja rumah untuk kelas ini?

(d) Apakah soalan-soalan yang anda inginkan jawapan?

(e) Berapa lamakah anda memperuntukkan masa belajar untuk kelas ini sejak kelas terdahulu?

Menurutnya, kerja tersebut tidak merugikan masa. Tetapi, maklumbalas atau cadangan-cadangan daripada pelajar telah menjimatkan masa berikutan peningkatan kecekapan pengajaran beliau. Masa untuk mengulangkaji kelas terdahulu telah dapat dikurangkan.

Pendek kata, TQM dapat dijadikan satu pendekatan yang praktikal untuk dilaksanakan dalam pengurusan bilik darjah yang membabitkan keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran. Kecekapan seseorang guru sebagai pengurus bergantung pada bagaimanakah beliau mengendalikan dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah menarik dan berkesan. Pendekatan TQM dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran di bilik kelas memerlukan seseorang guru memahami murid-muridnya dari segi perbezaan kebolehan, merancang pengajaran dan pembelajaran aktif yang melibatkan pelajar yang berbeza kebolehan, mengadakan gerak kerja susulan sama ada pengayaan atau pemulihan, dan menilai pencapaian murid sebagai gambaran kualiti pengajaran guru keseluruhannya. Pengurusan bilik darjah juga melibatkan penggunaan masa yang dapat memaksimumkan objektif pelajaran yang dirancang. Para pelajar dalam hal ini didapati terarah dan dapat diorientasikan kepada sesuatu pelajaran yang mengembangkan potensi intelek, emosi, dan rohani mereka.

Latihan 6.4 Apakah ciri-ciri guru berkualiti yang anda ketahui selain yang telah dibincangkan di atas?

Page 27: HBME TOPIK 6

102OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

RUMUSAN

Sejak berkurun lamanya, institusi pendidikan telah memainkan peranan dalam mencorakkan kualiti moral dan akhlak yang mulia seperti yang dituntut oleh masyarakat. Melalui sistem pendidikan, para pelajar akan melalui proses sosialisasi moral dan proses pembesaran yang diorientasikan dan diperkukuhkan dengan pelbagai tanggungjawab sosial. Pembangunan serta perubahan sosial dalam masyarakat memerlukan perubahan dalam sistem pendidikan di sekolah bagi memenuhi keperluan pelajar sesuai dengan keadaan sekeliling. Kita perlu memikirkan kembali sejauh manakah keberkesanan sistem pendidikan kita pada hari ini memandangkan isu gejala sosial remaja yang makin hari makin menular.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa menguasai kemahiran daya fikir (intelektual) merupakan kunci kejayaan setiap individu. Tetapi, perkembangan manusia yang sempurna perlu dilengkapkan dengan penguasaan emosi dan insaniah sejajar dengan kepentingan akademik. Kedua-dua bentuk kurikulum, (formal dan tidak formal), di dalam dan di luar bilik darjah, perlu digunakan sepenuhnya dan secara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni berhasil dan berkesan. Adalah penting format peperiksaan memenuhi unsur keboleharapan dan kesahan. Penilaian terhadap pelajar perlulah menyeluruh. Falsafah seperti TQM perlulah diterapkan ke semua peringkat sekolah demi menjayakan akademik remaja.

Akhir sekali, diharapkan supaya kualiti pendidikan dapat ditegakkan dengan cara membina benteng ketahanan dalam diri seseorang pelajar (golongan remaja) melalui penggarapan nilai-nilai moral dan etika. Penggarapan nilai-nilai moral dan etika mampu untuk membebaskan masyarakat daripada sebarang gejala buruk dan menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang bebas dari gejala jenayah dan keruntuhan moral.

UJIAN 1

1. Rakan sebaya merupakan satu daripada agen moral dalam proses sosialisasi individu. Bagaimanakah rakan sebaya mempengaruhi tindakan seseorang individu?

2. Nyatakan beberapa agensi yang berperanan sebagai menjaga hak asasi kemanusiaan. Senaraikan juga antara sumbangan agensi-agensi terbabit.

UJIAN 2

1. Kawalan sosial boleh bersifat formal dan tidak fomal. Terangkan apa yang dimaksudkan dengan kawalan sosial formal dan kawalan sosial tidak formal.

2. Terdapat banyak peranan dan tanggungjawab guru dalam melahirkan generasi yang berwawasan dan berkualiti. Salah satu daripadanya ialah dengan mengamalkan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM).

Terangkan apa yang dimaksudkan dengan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)?

Page 28: HBME TOPIK 6

103OUM

TOPIK 6 GURU PENDIDIKAN MORAL SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

BIBLIOGRAFI

Al-Munsyi (1995). "TQM Dalam Pendidikan". Dewan Masyarakat. Disember; 23-25.

Kamarrudin Jusoh (1997). "Keluhan Bekas Guru Disiplin". MASSA. 5 April.

Marimuthu. T (1990). "Pengenalan Sosialogi Pendidikan". Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (1996). "Pendidikan Di Malaysia". Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Roger. G (1990). "Problems of Sociolagy In Education". London: Jessica Kingsley Pub.

Shahnon Ahmad (1997). "Information Malaysia 1997 Year Book". Berita Harian. 14 November.

Sharifah. A.A (1988). "Sosiology Pendidikan". Petaling Jaya: Longman.

Turner. R (1995). "TQM In The College Classroom". Quality Progress. 10 October.