oumm3203 topik 6 tanggungjawab sosial dan organisasi

Upload: fariq-arffn

Post on 02-Nov-2015

241 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

OUMM3203 Topik 6 Tanggungjawab Sosial Dan Organisasi

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN

    Setelah memahami prinsip-prinsip etika pada peringkat individu, mari kita alihkan fokus kita terhadap amalan-amalan terbaik organisasi, mengikut perspektif pemegang kepentingan. Tahukah anda bahawa salah satu amalan terbaik korporat adalah tanggungjawab sosial korporat? Apakah maksudnya? Mari kita lihat Rajah 6.1 berikut untuk memahami maksud istilah tanggungjawab sosial korporat dengan lebih jelas.

    TTooppiikk

    66 Tanggungjawab

    Sosial dan Organisasi

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menjelaskan tiga era dalam perkembangan pemikirantanggungjawab sosial;

    2. Menerangkan tiga lingkungan tanggungjawab sosial organisasi;

    3. Membincangkan hujah-hujah yang menyokong serta membantahtanggungjawab sosial; dan

    4. Menerangkan bagaimana kerajaan dan organisasi mempengaruhiantara satu sama lain.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI 98

    Rajah 6.1: Piramid tanggungjawab sosial Sumber: http://bclc.chamberpost.com

    Seperti mana yang kita dapat lihat dalam Rajah 6.1, tanggungjawab sosial korporat berkisar kepada empat tanggungjawab utama iaitu eekonomi, uundang-undang, eetika dan kkedermawanan. Apakah maksud tanggungjawab sosial korporat? Berikut adalah definisi tanggungjawab sosial korporat secara lebih terperinci.

    Seperti yang diterangkan tadi, tanggungjawab sosial korporat adalah satu set kewajipan organisasi untuk melindungi dan memberi kepada masyarakat di mana ia berfungsi. Dalam topik keenam ini, kita akan melihat aspek-aspek yang berkaitan tanggungjawab sosial seperti pandangan sejarah, pendekatan-pendekatan organisasi, pengaruh kerajaan dan organisasi ke atas satu sama lain, pengurusan dan audit sosial.

    Tanggungjawab sosial korporat ialah suatu aktiviti organisasi untuk menepati jangkaan pihak berkepentingan, sama ada mereka berada dalam sektor swasta atau awam, bersaiz besar atau kecil, pada sesuatu peringkat strategik ekonomi, undang-undang, etika atau tanggungjawab terhadap masyarakat. Ia adalah suatu set kkewajipan organisasi untuk melindungi dan memberi kepada masyarakat di mana ia berfungsi.

    (Ferrell, Thorne & Ferrell, 2011)

  • TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI 99

    PANDANGAN SEJARAH TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOSIAL

    Sedarkah anda bahawa pandangan terhadap tanggungjawab sosial yang dipegang oleh organisasi, kerajaan dan orang awam secara umumnya telah banyak sekali berubah sejak 100 tahun yang lepas? Walau bagaimanapun, terdapat tiga titik perubahan kritikal yang dapat dikenal pasti dalam sejarah perkembangan pemikiran tanggungjawab sosial. Tiga titik perubahan ini dinyatakan dalam Rajah 6.2 berikut:

    Rajah 6.2: Perkembangan pemikiran tanggungjawab sosial

    Mari kita lihat setiap era tanggungjawab sosial ini dengan lebih terperinci dalam subtopik-subtopik seterusnya.

    6.1.1 Era Keusahawanan

    Tahukah anda bahawa era keusahawanan bermula di Amerika pada akhir abad ke-19? Pada masa itu, pemimpin ternama industri seperti John D. Rockefeller, Cornelius Vanderbilt, J. P. Morgan dan Andrew Carnegie telah mengumpul kekayaan dan membina empayar dalam industri minyak, kereta api, perbankan dan keluli. Sebelum era ini, perniagaan adalah secara kecil-kecilan. Tokoh-tokoh inilah merupakan eksekutif-eksekutif pertama yang memiliki kuasa dan pengaruh sehingga ke seluruh negara. Malangnya, usahawan-usahawan awal ini banyak menyalahgunakan kuasa yang mereka miliki melalui amalan-amalan yang tidak bertanggungjawab. Amalan-amalan ini diterangkan dalam Jadual 6.1 berikut.

    6.1

  • TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI 100

    Jadual 6.1: Amalan Tidak Bertanggungjawab Usahawan-usahawan Awal

    Amalan Usahawan Awal Penerangan

    Sekat Masuk Kerja

    Merupakan satu taktik menyekat pekerjaan. Majikan menggunakannya untuk menghalang kesatuan sekerja atau mendapatkan kelebihan pengaruh dalam sesuatu pertikaian dengan pekerja. Ia sering dilakukan dengan menyekat kakitangan daripada memasuki tempat kerja. Ia boleh juga dilaksanakan dengan menghalang pelaksanaan tugas, memberhentikan pekerja atau mengambil pekerja-pekerja pengganti yang bukan ahli kesatuan. (SSumber: http://www.britannica.com)

    Polisi Mendiskriminasi Harga

    Merupakan tindakan mengenakan harga yang tidak berpatutan bagi produk atau perkhidmatan. Sesetengah kumpulan pengguna, misalnya, mungkin dikenakan harga yang berlainan untuk produk atau perkhidmatan yang sama. Penyedia perkhidmatan menggunakan diskriminasi harga untuk mengambil kesempatan ke atas status ekonomi individu iaitu keupayaan dan kesanggupan mereka membayar. (SSumber: http://www.globecon.org)

    Sogokan Merupakan bayaran atau tawaran perkhidmatan yang bertujuan untuk mempengaruhi atau mendapatkan sesuatu daripada organisasi atau seseorang. Sogokan berkait rapat dengan rasuah. (SSumber: http://www.wisegeek.com)

    Peras Ugut Merupakan tindakan memeras wang atau sesuatu barangan yang berharga daripada seseorang dengan mengancam untuk mendedahkan sesuatu perlakuan atau maklumat yang mengaibkan. (SSumber: http://www.answers.com)

    Mengelak Cukai Amalan yang menyalahi undang-undang di mana seseorang, organisasi atau syarikat yang sengaja mengelak daripada membayar sejumlah cukai sebenar yang perlu ditanggung. Tuduhan jenayah dan hukuman yang berat akan dikenakan ke atas mereka yang didapati mengelak cukai. (SSumber: http://www.investopedia.com)

    Akhirnya, bantahan daripada pegawai-pegawai awam dan para pemimpin lain telah memaksa kerajaan persekutuan meluluskan undang-undang untuk mengharamkan sesetengah amalan perniagaan dan mengenakan sekatan ke atas yang lain. Undang-undang ini adalah penting kerana ia mengiktiraf wujudnya perhubungan antara perniagaan, kerajaan dan masyarakat. Ia juga menunjukkan bahawa perniagaan mempunyai peranan dalam masyarakat, selain memaksimumkan keuntungan sahaja.

  • TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI 101

    6.1.2 Era Kemelesetan

    Perubahan pandangan terhadap tanggungjawab sosial terus berkembang sepanjang awal abad ke-20 walaupun tidak ketara. Walau bagaimanapun, pandangan ini telah berubah secara mendadak semasa Era Kemelesetan pada tahun 1930an. Ketika itu, organisasi-organisasi besar telah mendominasi ekonomi Amerika dan ramai orang mengkritik amalan kewangan mereka yang tidak bertanggungjawab dan telah mengakibatkan kejatuhan pasaran saham pada tahun 1929. Oleh itu, kerajaan telah meluluskan beberapa undang-undang untuk melindungi para pelabur dan perniagaan kecil dengan mengikuti sebahagian daripada Program Penyelesaian Baru (New Deal Programme) yang dibangunkan oleh Franklin D. Roosevelt. Apakah itu Program Penyelesaian Baru? Program Urusan Baru adalah satu program yang diketengahkan oleh Presiden Amerika yang ke-32, Franklin D. Roosevelt untuk menangani masalah ekonomi di Amerika.

    Pada tahun 1929, pasaran saham Amerika telah jatuh teruk, menyebabkan kesan domino pada seluruh ekonomi Amerika. Sebagai tambahan kepada pergelutan ekonomi, negaranya juga menghadapi beberapa isu besar dalam sektor perladangan. Ramai rakyat Amerika mendapati diri mereka telah jatuh miskin dalam waktu yang singkat. Ini telah mencetuskan pergolakan sosial dan menambah kerumitan dalam negara yang sedang mengalami masalah. Roosevelt merasakan bahawa negaranya memerlukan tiga perkara penting untuk menangani masalah ini iaitu pertolongan, pemulihan dan pembaharuan. Program Penyelesaian Baru diperkenalkan pada 1930s adalah satu siri pembaharuan sosial, ekonomi dan kerajaan yang dimulakan oleh Roosevelt. Ia memfokus ke arah memberi bantuan kepada rakyat Amerika yang menganggur dan sektor pembuatan yang menghadapi masalah. Ia juga bertujuan untuk memulihkan ekonomi serta memperbaharui sistem kewangan negara bagi mencegah berulangnya Era Kemelesetan. Pada masa itu, Program Penyelesaian Baru menghadapi kritikan daripada sesetengah pihak di samping pujian daripada pihak lain. Apabila ditinjau kembali, Program Penyelesaian Baru merupakan satu peristiwa utama dalam sejarah Amerika kerana ia berupaya membentuk landskap dan sikap rakyat Amerika.

    (SSumber: http://www.wisegeek.com)

  • TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI 102

    Kemudian, Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (Securities and Exchange Commission) telah ditubuhkan pada tahun 1934 untuk mengawal penjualan sekuriti dan membendung amalan pasaran saham yang tidak adil. Melalui langkah-langkah ini, tanggungjawab sosial organisasi telah menjadi semakin jelas dan nyata. Paling penting, tindakan baru kerajaan yang mendesak organisasi memainkan peranan aktif dalam mempertingkatkan kebajikan umum rakyat Amerika telah berupaya mengubah keadaan ini.

    6.1.3 Era Sosial

    Tahukah anda bahawa era dalam sejarah Amerika yang disifatkan sebagai perkembangan besar dalam tanggungjawab sosial dikenali sebagai EEra Sosial? Era ini berlaku pada tahun 1960an. Gerakan menuntut hak awam dan bantahan meluas terhadap Perang Vietnam telah meningkatkan kesedaran orang ramai untuk meneliti nilai, keutamaan dan matlamat negara mereka. Para pelajar serta aktivis telah menuduh perniagaan-perniagaan besar seperti McDonnell-Douglas dan DuPont cuba mempromosi dan memanjangkan lagi Perang Vietnam untuk meningkatkan keuntungan syarikat. Perkembangan ini telah menimbulkan dua persoalan penting dalam arah aliran perkembangan tanggungjawab sosial iaitu:

    (a) Kepada siapa harus organisasi perniagaan bertanggungjawab?

    (b) Siapa yang akhirnya harus dipertanggungjawabkan mengenai amalan-amalan organisasi?

    Kedua-dua soalan penting ini akan dijawab dalam subtopik seterusnya.

    AKTIVITI 6.1

    Lakarkan satu peta minda yang menunjukkan perkembanganpemikiran tanggungjawab sosial. Huraikan butir-butir peta minda tersebut secara terperinci.

  • TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI 103

    LINGKUNGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

    Tahukah anda bahawa ada beberapa lingkungan utama dalam tanggungjawab sosial? Umumnya, organisasi boleh menunaikan tanggungjawab sosial mereka dalam tiga lingkungan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.3 berikut.

    Rajah 6.3: Tiga lingkungan tanggungjawab sosial organisasi

    Ketiga-tiga lingkungan ini diterangkan dengan lebih lanjut seperti berikut. (a) KKonstituen Siapakah ahli konstituen organisasi? Ahli konstituen organisasi terdiri

    daripada seseorang dan organisasi lain yang terjejas secara langsung akibat daripada amalan sesebuah organisasi. Mereka juga mempunyai kepentingan dalam prestasinya. Konstituen utama adalah kerajaan negeri dan pusat, pemiutang, pelanggan, pembekal, pekerja, kumpulan berkepentingan, mahkamah dan pelabur.

    Setiap perkara yang dilakukan organisasi akan memberi kesan kepada

    kepentingan pemilik dan pelabur organisasi. Apabila pengurus firma didapati melakukan jenayah atau mencabul piawaian etika, laporan buruk media dan bantahan orang ramai akan menjejaskan keuntungan firma, harga saham dan seterusnya. Organisasi yang bertanggungjawab secara sosial dalam urusan mereka akan mengambil berat ke atas kakitangan mereka secara adil, menjadikan mereka ahli sepasukan dan menghormati maruah serta keperluan asas mereka.

    Oleh itu, untuk mengekalkan tanggungjawab sosial terhadap pelabur, para

    pengurus harus:

    (i) Mengekalkan prosedur perakaunan yang sesuai;

    (ii) Menyediakan maklumat semasa serta jangkaan mengenai prestasi kewangan firma yang sesuai untuk pemegang-pemegang saham; dan

    (iii) Menguruskan organisasi dengan cara yang dapat melindungi hak dan pelaburan pemegang saham.

    6.2

  • TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI 104

    (b) PPersekitaran Semula Jadi Organisasi Lingkungan kritikal kedua organisasi adalah persekitaran semula jadi.

    Tidak lama dahulu, banyak organisasi kerap membuang kumbahan, bahan sisa pembuatan dan sampah ke dalam sungai, udara dan juga kawasan kosong.

    Pada masa ini, banyak undang-undang telah diluluskan untuk mengawal

    pembuangan bahan sisa. Terdapat banyak kejadian, di mana organisasi dapat melihat sendiri akibat buruk tindakan mereka dan ini telah menjadikan mereka lebih bertanggungjawab sosial dalam mengendalikan bahan cemar industri mereka.

    Rajah 6.4 berikut menunjukkan limpahan sisa mentah yang dibuang

    ke dalam medium air. Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini mencemarkan sungai dan membahayakan kehidupan organisma di dalamnya walaupun hakikatnya tindakan begini dilarang ketat oleh undang-undang di seluruh dunia.

    Rajah 6.4: Limpahan sisa mentah Sumber: http://www.i8not.net

    Syarikat-syarikat perlu membangunkan kaedah ekonomi yang mampu mengelak terjadinya hujan asid, pengurangan lapisan ozon dan pemanasan global. Mereka perlu mencari kaedah alternatif untuk mengendalikan bahan kumbahan, sisa berbahaya dan sampah sarap biasa. Syarikat juga perlu membentuk polisi-polisi keselamatan yang dapat mengurangkan kemalangan yang boleh mengakibatkan kemusnahan persekitaran.

  • TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI 105

    Rajah 6.5 berikut menunjukkan sebab dan akibat pemanasan global yang mengancam kehidupan organisma bumi ini. Pemanasan global selalunya disebabkan oleh pengeluaran asap kilang yang mengandungi peratusan karbon dioksida yang tinggi. Selain itu, haba yang dilepaskan ke dalam atmosfera mengakibatkan litupan air batu menjadi nipis dan mudah cair; ini membuatkan bumi mudah diancam bahaya jika dibiarkan berterusan.

    Rajah 6.5: Sebab dan akibat pemanasan global

    Syarikat juga boleh mengamalkan kegiatan lain untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap persekitaran semula jadi. Antaranya adalah dengan:

    (i) Menyumbang kepada badan amal, organisasi yang bersifat dermawan, yayasan dan persatuan bukan berasaskan keuntungan;

    (ii) Menyokong muzium, simfoni, radio dan televisyen awam; dan

    (iii) Memainkan peranan untuk menambah baik kesihatan dan pendidikan awam.

    (c) KKebajikan Umum Masyarakat Akhir sekali, sesetengah masyarakat merasakan bahawa organisasi harus

    juga mempromosikan kebajikan umum masyarakat sebagai tambahan kepada tanggungjawab mereka terhadap konstituen dan persekitaran semula jadi. Selain itu, ada juga yang percaya bahawa organisasi harus bertindak dengan betul atau pun sekurang-kurangnya tidak menyumbang kepada ketidaksaksamaan dalam politik.

  • TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI 106

    HUJAH TANGGUNGJAWAB SOSIAL

    Secara realitinya, hanya terdapat sedikit bantahan terhadap keperluan organisasi untuk bertindak secara bertanggungjawab. Mereka bukan hanya perlu bertanggungjawab kepada konstituen mereka sahaja tetapi juga kepada persekitaran semula jadi dan masyarakat umum di mana mereka beroperasi. Namun begitu, beberapa hujah yang meyakinkan telah diutarakan oleh pihak tertentu yang membantah tafsiran tanggungjawab sosial yang dianggap terlalu luas. Sebahagian daripada hujah utama oleh kedua-dua belah pihak dalam perbahasan ini telah diringkaskan dalam Jadual 6.2 berikut:

    Jadual 6.2: Hujah-hujah yang Menyokong dan Membantah Tanggungjawab Sosial

    Menyokong Membantah

    Perniagaan menimbulkan masalah dan harus membantu mengatasinya.

    Tujuan perniagaan adalah untuk menjana keuntungan bagi para pemiliknya.

    Syarikat juga adalah warganegara dalam masyarakat.

    Penglibatan dalam program sosial akan memberi pengaruh yang terlalu besar terhadap perniagaan.

    Perniagaan selalunya memiliki sumber yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.

    Terdapat potensi konflik kepentingan.

    Tanggungjawab sosial boleh meningkatkan keuntungan.

    Perniagaan kurang memiliki kepakaran dalam menguruskan program-program sosial.

    6.3

    SEMAK KENDIRI 6.1

    1. Jelaskan secara ringkas tiga era tanggungjawab sosial. 2. Terangkan secara terperinci tiga lingkungan tanggungjawab sosial

    tersebut.

  • TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI 107

    Walaupun setiap hujah yang diringkaskan dalam Jadual 6.2 tadi telah menerangkan dengan jelas kelakuan bertanggungjawab sosial organisasi, terdapat satu lagi sebab asas yang menyokongnya iaitu keuntungan itu sendiri. Organisasi yang menyumbang kepada masyarakat, di mana tindakan mereka boleh dilihat dengan jelas, dapat memperkukuhkan reputasi dan menguasai bahagian pasaran yang lebih besar bagi produk mereka.

    PENDEKATAN ORGANISASI KE ARAH TANGGUNGJAWAB SOSIAL

    Sesetengah orang menyokong peranan sosial yang lebih besar bagi organisasi, manakala yang lain berhujah bahawa peranan sosial mereka sudah terlalu besar. Pada masa yang sama, organisasi juga mempunyai pendekatan tanggungjawab sosial sendiri yang luas seperti yang digambarkan dalam Rajah 6.6 berikut:

    Rajah 6.6: Pendekatan tanggungjawab sosial organisasi

    6.4

    AKTIVITI 6.2

    Senaraikan hujah-hujah yang menyokong dan membantahtanggungjawab sosial. Sertakan juga satu contoh bagi setiap hujahtersebut.

  • TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI 108

    Seperti mana yang ditunjukkan dalam Rajah 6.6, terdapat empat pendekatan yang boleh digunakan oleh organisasi berkaitan dengan tanggungjawab sosial. Pendekatan-pendekatan ini terletak secara sehala antara tahap amalan tanggungjawab sosial yang terendah dengan tertinggi. Huraian lanjut bagi setiap pendekatan tanggungjawab sosial ini dihuraikan dalam Jadual 6.3 berikut:

    Jadual 6.3: Empat Pendekatan Tanggungjawab Sosial

    Pendekatan Organisasi Penerangan

    Halangan Sosial Pendekatan ini mempunyai darjah tanggungjawab sosial yang paling rendah. Sejumlah kecil organisasi yang menggunakan pendekatan ini biasanya menyelesaikan masalah sosial atau persekitaran dengan cara yang paling minimum. Apabila melintasi garis etika atau undang-undang yang memisahkan antara amalan yang diterima dengan yang tidak diterima, mereka biasanya akan bertindak balas dengan menafikan atau menutup tindakan buruk mereka.

    Kewajipan Sosial

    Pendekatan ini melibatkan organisasi mematuhi segala kehendak undang-undang dalam menyelesaikan masalah sosial atau persekitaran tetapi tidak lebih daripada itu. Pendekatan ini paling konsisten dengan hujah yang membantah tanggungjawab sosial seperti diterangkan dahulu. Pengurus organisasi sebegini biasanya menegaskan bahawa tugas mereka adalah menjana keuntungan.

    Tindak Balas Sosial

    Pendekatan ini melibatkan pematuhan kepada keperluan undang-undang dan etika serta melebihi keperluan dalam kes-kes tertentu. Firma sebegini bersetuju menyertai program-program sosial yang terhad secara sukarela. Walau bagaimanapun, mereka perlu diyakinkan bahawa program berkenaan wajar menerima bantuan.

    Sumbangan Sosial

    Pendekatan ini mempunyai darjah tanggungjawab sosial yang paling tinggi. Ia jauh melebihi keperluan minimum dan melibatkan carian peluang-peluang untuk menyumbang kepada masyarakat secara proaktif. Firma yang menggunakan pendekatan ini berpegang kepada hujah-hujah yang menyokong tanggungjawab sosial. Mereka melihat diri mereka sebagai warganegara dalam masyarakat.

  • TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI 109

    KERAJAAN DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

    Anda tentu sedar bahawa terdapat perhubungan dua hala antara organisasi dengan kerajaan. Dalam hubungan dua hala ini, organisasi dan kerajaan menggunakan beberapa kaedah dalam usaha mereka untuk mempengaruhi satu sama lain, seperti mana yang digambarkan dalam Rajah 6.7 berikut:

    Rajah 6.7: Bagaimana organisasi dan kerajaan mempengaruhi antara satu sama lain

    6.5

  • TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI 110

    BAGAIMANA KERAJAAN MEMPENGARUHI ORGANISASI?

    Secara umumnya, kerajaan mempengaruhi organisasi melalui peraturan-peraturan langsung dan tidak langsung. Sebelum kita menghuraikan lebih lanjut bagaimana kerajaan mempengaruhi organisasi, mari kita pelajari dahulu definisi peraturan.

    Seterusnya, pengaruh kerajaan terhadap organisasi boleh digambarkan seperti Rajah 6.8 berikut:

    Rajah 6.8: Dua peraturan kerajaan yang mempengaruhi organisasi

    Peraturan adalah ppenubuhan undang-undang serta pperaturan yang menetapkan apa yang organisasi boleh atau tidak boleh lakukan dalam keadaan tertentu.

    6.6

  • TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI 111

    BAGAIMANA ORGANISASI MEMPENGARUHI KERAJAAN?

    Bagaimana pula organisasi mempengaruhi kerajaan? Terdapat empat kaedah utama yang digunakan oleh organisasi untuk menangani desakan kerajaan ke arah tanggungjawab sosial yang lebih tinggi. Empat kaedah ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 6.4 berikut:

    Jadual 6.4: Empat Kaedah Organisasi dalam Mempengaruhi Kerajaan

    Kaedah Organisasi Penerangan

    Kenalan Peribadi

    Ramai eksekutif korporat dan pemimpin politik berada dalam kumpulan sosial yang sama. Oleh itu, kenalan dan rangkaian peribadi menyediakan satu kaedah untuk mempengaruhi. Seorang eksekutif perniagaan mungkin boleh menghubungi seorang ahli politik kenalannya secara terus dan menyampaikan keadaannya berkaitan sesuatu undang-undang yang sedang dalam pertimbangan.

    Melobi Merupakan satu cubaan oleh individu atau kumpulan untuk mempengaruhi undang-undang. Seorang pelobi boleh mewakili sebuah organisasi dalam badan perundangan untuk mempengaruhi keputusannya.

    Jawatankuasa Bertindak Politik

    Jawatankuasa ini merupakan organisasi khas yang ditubuhkan untuk mendapat dan membahagikan wang kepada calon politik. Ini adalah kerana syarikat-syarikat dilarang oleh undang-undang daripada membuat sumbangan terus kepada kempen politik. Oleh itu, kakitangan syarikat digalakkan memberi sumbangan kepada Jawatankuasa Bertindak Politik tertentu yang menyokong calon yang berpendirian politik serupa dengan mereka. Seterusnya, Jawatankuasa Bertindak Politik sendiri akan menyalurkan sumbangan kepada calon-calon negeri dan pusat secara keseluruhan.

    Pertolongan Organisasi kadangkala bergantung kepada pertolongan dan lain-lain taktik berpengaruh untuk mendapatkan sokongan.

    6.7

  • TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI 112

    MENGURUS TANGGUNGJAWAB SOSIAL

    Secara umumnya, terdapat beberapa kesulitan yang boleh timbul apabila pengurus gagal mengikuti piawaian etika yang tinggi atau apabila syarikat cuba mengelak kewajipan mereka di sisi undang-undang. Oleh itu, organisasi perlu menggunakan suatu pendekatan tanggungjawab sosial yang selaras dengan kaedah yang digunakan untuk membangunkan strategi-strategi perniagaan mereka yang lain. Mereka harus melihat tanggungjawab sosial sebagai satu cabaran utama yang memerlukan perancangan, keputusan, pertimbangan dan penilaian yang teliti. Mereka boleh mencapainya melalui dua pendekatan iaitu pendekatan formal dan tidak formal, seperti mana yang digambarkan dalam Rajah 6.9 berikut:

    Rajah 6.9: Pendekatan formal dan tidak formal bagi organisasi

    6.8

  • TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI 113

    Jadual 6.5 menghuraikan dengan lebih lanjut pendekatan formal yang boleh digunakan oleh organisasi untuk menguruskan tanggungjawab sosial mereka.

    Jadual 6.5: Pendekatan Formal Organisasi

    Pendekatan Formal Penerangan

    Pematuhan Undang-undang

    Ia merujuk kepada sejauh mana organisasi mematuhi undang-undang pada peringkat majlis tempatan, negeri, negara dan antarabangsa. Tugas mengurus pematuhan undang-undang biasanya diserahkan kepada pengurus-pengurus fungsian yang sesuai.

    Pematuhan Etika Ia merujuk kepada sejauh mana warga organisasi berkelakuan mengikuti piawaian asas etika (dan undang-undang). Banyak organisasi turut menubuhkan jawatankuasa etika masing-masing. Ia mungkin ditugaskan untuk mengkaji semula cadangan-cadangan projek baru, membantu menilai strategi baru pengambilan pekerja atau menilai rancangan baru terhadap persekitaran.

    Pemberian Derma Merupakan pemberian dana atau lain-lain hadiah kepada program-program amal dan lain-lain. Malangnya, dalam zaman pengurangan kos sekarang ini, banyak syarikat telah mengehadkan pemberian hadiah amal sejak beberapa tahun yang lepas sebagai langkah mengurangkan bajet.

    Bagi pendekatan tidak formal pula, penerangan lanjut dinyatakan dalam Jadual 6.6 berikut:

    Jadual 6.6: Pendekatan Tidak Formal Organisasi

    Pendekatan Tidak Formal Penerangan

    Kepimpinan dan Budaya Organisasi

    Amalan kepimpinan dan budaya organisasi banyak membantu ke arah mendefinisikan pendirian tanggungjawab sosial yang digunakan oleh organisasi serta warganya. Oleh yang demikian, kepimpinan dan budaya yang sesuai adalah penting dalam mengurus sesebuah organisasi secara tidak formal.

    Peniupan Wisel Peniupan wisel ialah pendedahan oleh seorang kakitangan mengenai kelakuan tidak beretika atau menyalahi undang-undang dalam sesebuah organisasi. Peniup wisel boleh melakukannya melalui beberapa saluran. Mereka juga boleh dipecat atas usaha mereka untuk mendedahkan salah laku tersebut. Walau bagaimanapun, banyak organisasi mengalu-alukan sumbangan mereka.

  • TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI 114

    MENILAI TANGGUNGJAWAB SOSIAL

    Akhir sekali, mari kita pelajari bagaimana tanggungjawab sosial organisasi dinilai. Sesebuah organisasi yang bersungguh-sungguh terhadap tanggungjawab sosial, perlu memastikan bahawa usahanya boleh menghasilkan faedah yang diingini. Pada dasarnya, ia perlu mengaplikasikan konsep kawalan terhadap tanggungjawab sosial mereka. Banyak organisasi menghendaki kakitangan mereka membaca garis panduan atau kod etika dan menandatangani persetujuan mereka untuk mematuhinya. Organisasi juga harus menilai bagaimana ia bertindak balas terhadap kelakuan-kelakuan yang boleh dipersoalkan di sisi undang-undang atau etika.

    6.9.1 Audit Sosial

    Sedarkah anda bahawa terdapat sesetengah organisasi yang melaksanakan audit sosial? Apakah maksud audit sosial? Mari kita teliti penerangan seterusnya untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai istilah ini.

    Ia merupakan satu alat untuk menilai tanggungjawab sosial, di mana ia menghendaki organisasi mendefinisikan kesemua matlamat sosialnya dengan jelas. Ia juga menganalisis sumber-sumber yang ditumpukan kepada setiap matlamat, menentukan sebaik mana matlamat dicapai dan mencadangkan perkara mana yang perlu diberi perhatian tambahan. Dalam erti kata lain, audit sosial merupakan satu proses menilai dan melaporkan prestasi perniagaan daripada segi ekonomi, undang-undang, etika dan dermawan yang merupakan tanggungjawab sosial mengikut jangkaan pihak berkepentingan. Audit sosial menyediakan alat untuk digunakan oleh syarikat dalam mengenal pasti dan mengukur impaknya ke atas pemegang saham, menyampaikan maklumat secara dalaman dan luaran, dan mengaplikasikan maklumat ini untuk menambah baik perkara-perkara yang diutamakan oleh pihak berkepentingan.

    6.9

    Audit sosial korporat ialah suatu aanalisis formal dan lengkap ke atas keberkesanan prestasi sosial firma.

  • TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI 115

    Terdapat pelbagai garis panduan tanggungjawab sosial yang boleh digunakan. Salah satu garis panduan tanggungjawab sosial yang terkini ialah ISO 26000 Panduan Tanggungjawab Sosial (ISO 26000 Guidance for Social Responsibility). Walau bagaimanapun, ISO 26000 hanya bersifat sebagai panduan dan bukannya untuk tujuan pengiktirafan. Berikut adalah kandungan ISO 26000.

    ISO 26000: 2010 menyediakan panduan untuk semua jenis perniagaan tanpa mengira saiz atau lokasi, berkenaan dengan perkara berikut:

    (a) Konsep, istilah dan definisi berhubung tanggungjawab sosial;

    (b) Latar belakang, arah aliran dan ciri-ciri tanggungjawab sosial;

    (c) Prinsip dan amalan berkaitan tanggungjawab sosial;

    (d) Perkara-perkara asas dan isu-isu dalam tanggungjawab sosial;

    (e) Mengintegrasi, melaksana dan mempromosikan kelakuan bertanggungjawab sosial dalam seluruh organisasi serta lingkungan pengaruhnya melalui polisi dan amalannya;

    (f) Mengenal pasti dan mengurus pihak berkepentingan; dan

    (g) Menyampaikan komitmen, prestasi dan lain-lain maklumat berkaitan tanggungjawab sosial.

    ISO 26000: 2010 bertujuan untuk membantu organisasi dalam menyumbang kepada pembangunan berkekalan. Panduan ini bertujuan untuk menggalakkan mereka melebihi pematuhan undang-undang, mengetahui bahawa pematuhan undang-undang adalah kewajipan asas mana-mana organisasi dan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial mereka. Ia bertujuan untuk mempromosi kefahaman umum dalam bidang tanggungjawab sosial dan sebagai pelengkap kepada alat-alat dan inisiatif tanggungjawab sosial lain; bukan untuk menggantikannya. Organisasi dinasihatkan mempertimbangkan kepelbagaian masyarakat, persekitaran, undang-undang, budaya, politik dan organisasi serta perbezaan dalam keadaan ekonomi, di samping menyelaraskannya dengan norma kelakuan antarabangsa dalam mengaplikasikan ISO 26000: 2010.

    Untuk maklumat lanjut mengenai ISO 26000, anda boleh lawati laman web http://www.iso.org/iso/catalogue_detail

  • TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI 116

    Tahukah anda bahawa audit sosial berada hanya selangkah di belakang penilaian tunggal prestasi syarikat yang berdasarkan pencapaian kewangan? Selain itu, audit sosial juga menggalakkan syarikat melihat pencapaian-pencapaian sosial, persekitaran dan ekonomi melalui pelbagai kaedah, contohnya seperti Triple Bottom Line (Elkington, 1997, 1999). Contoh-contoh ukuran bukan kewangan lain adalah Six Sigma dan Balanced Scorecard. Bagaimana dengan faedah audit sosial kepada syarikat? Terdapat beberapa faedah audit sosial kepada syarikat seperti:

    (a) Mencapai prestasi sosial yang sebaik mungkin;

    (b) Memudahkan penambahbaikan dan pembelajaran organisasi;

    (c) Menambah baik perhubungan dengan pihak berkepentingan melalui dialog;

    (d) Membantu organisasi mengenal pasti risiko dan liabiliti yang berpotensi;

    (e) Membantu menyelaraskan program-program dalam seluruh firma; dan

    (f) Membenarkan syarikat menilai impak ke atas persekitaran, komuniti dan masyarakat.

    Secara ideal, keputusan audit sosial adalah suatu laporan sosial. Laporan sosial korporat ialah laporan prestasi sosial korporat. Ia melaporkan apa yang telah atau pun tidak dicapai pada akhir setiap tahun kewangan. Setakat ini, tiada sesuatu piawaian formal bagi menyediakan laporan. Walau bagaimanapun, Inisiatif Laporan Global (Global Reporting Initiatives) telah memperkenalkan salah satu panduan laporan sosial yang paling menyeluruh. Anda boleh merujuk kepada laman web www.globalreporting.org untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Tahukah anda bahawa laporan sosial boleh menjadi sebahagian daripada laporan tahunan ataupun sebagai satu laporan tersendiri? Pada tahun 2007, Bursa Malaysia telah mewajibkan laporan sosial korporat ke atas semua syarikat awam tersenarai di Malaysia. Ini adalah kerana laporan sosial memberi faedah kepada syarikat seperti:

    (a) Memudahkan pengurusan reputasi;

    (b) Menggalakkan sikap bertanggungjawab; dan

    (c) Meningkatkan ketelusan.

  • TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI 117

    Dengan itu, pemegang saham dan para pelabur akan berupaya membuat keputusan berpengetahuan dalam mempertimbangkan sama ada syarikat telah mencapai matlamat serta nilai-nilai penting yang telah ditetapkan atau sebaliknya. Sebagai penutup, cuba selesaikan latihan berikut untuk menyemak kefahaman anda mengenai kandungan Topik 6.

    LATIHAN 6.1

    SEMAK KENDIRI 6.2

    1. Ringkaskan pandangan asas tentang sejarah tanggungjawabsosial.

    2. Apakah hujah-hujah yang menyokong serta membantahtanggungjawab sosial korporat?

    3. Apakah cara-cara yang biasa digunakan oleh kerajaan untukmempengaruhi organisasi? Sebaliknya, bagaimana pulaorganisasi mempengaruhi kerajaan?

    4. Apakah pendekatan-pendekatan formal yang boleh digunakanoleh organisasi untuk mengurus tanggungjawab sosial mereka?

    1. Bagaimanakah kerajaan dan organisasi mempengaruhi antarasatu sama lain dalam hal berkaitan tanggungjawab sosial?

    2. Terangkan secara ringkas tentang peraturan-peraturan langsungdan tidak langsung kerajaan.

    3. Terangkan secara ringkas tentang pendekatan formal dan tidakformal organisasi dalam mengurus tanggungjawab sosial.

    4. Apakah maksud audit sosial?

  • TOPIK 6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ORGANISASI 118

    Terdapat tiga era tanggungjawab sosial yang berlainan iaitu era

    keusahawanan, era kemelesetan dan era sosial.

    Organisasi melaksanakan tanggungjawab sosial mereka dalam tiga lingkungan konstituen, persekitaran semula jadi dan kebajikan umum masyarakat.

    Hujah-hujah yang menyokong tanggungjawab sosial mengatakan bahawa tanggungjawab sosial boleh meningkatkan keuntungan, syarikat adalah warganegara dalam sesebuah masyarakat dan perniagaan selalunya memiliki sumber yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.

    Manakala hujah-hujah yang membantah tanggungjawab sosial mengatakan bahawa perniagaan kurang kepakaran untuk mengurus program-program sosial, wujud potensi konflik kepentingan dan tujuan perniagaan adalah untuk menjana keuntungan bagi para pemilik.

    Terdapat empat pendekatan organisasi iaitu sumbangan sosial, tindak balas sosial, kewajipan sosial dan halangan sosial.

    Kerajaan mempengaruhi organisasi melalui peraturan-peraturan langsung dan tidak langsung.

    Terdapat empat kaedah utama yang digunakan oleh organisasi dalam menangani tekanan kerajaan supaya lebih bertanggungjawab sosial iaitu kenalan peribadi, melobi, jawatankuasa bertindak politik dan pertolongan.

    Audit sosial

    Halangan sosial

    Kerajaan

    Kewajipan sosial

    Organisasi

    Peraturan

    Sumbangan sosial

    Tanggungjawab sosial korporat

    Tindak balas sosial