topik 6 mengenal kraf tradisional.pdf

Upload: sukixyz-ha

Post on 05-Oct-2015

1.213 views

Category:

Documents


46 download

TRANSCRIPT

  • 82

    OUM

    TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    PENGENALAN

    Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.

    OBJEKTIF

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. menjelaskan maksud kraf tradisional dan memberi 8 jenis kraf tradisional;

    2. menjelaskan maksud alat permainan; dan alat, bahan dan proses yang digunakan untuk menghasilkan alat permainan wau dan gasing;

    3. menjelaskan maksud alat pertahanan diri dan memberi contoh-contohnya;

    4. menjelaskan maksud batik; dan alat, bahan dan proses yang digunakan untuk menghasilkan batik;

    5. menjelaskan maksud seni tekat; dan alat, bahan dan proses yang digunakan untuk menyulam;

    6. menjelaskan maksud tembikar; dan alat, bahan dan proses yang digunakan untuk menghasilkan tembikar;

    7. menjelaskan maksud seni anyaman; dan alat, bahan dan proses yang digunakan untuk menghasilkan anyaman; dan

    8. menjelaskan maksud seni ukiran; dan alat, bahan dan proses yang digunakan untuk menghasilkan seni ukiran.

  • 83

    OUM

    TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

    6.1 PENGENALAN AKTIVITI

    Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu:

    (a) Alat Domestik

    (b) Alat Permainan

    (c) Alat Pertahanan Diri

    (d) Batik

    (e) Seni Tekat

    (f) Tembikar

    (g) Seni Anyaman

    (h) Seni Ukiran Kayu

    Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.

  • 84

    OUM

    TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    6.2 ALAT DOMESTIK

    6.2.1 Alat dan Bahan

    Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan alat domestik berikut:

    (a) Alat : senduk Bahan : tempurung

    Rajah 6.1 Sumber: http://www.tmnetmall.com.my/prodCatMgt/prodItemDetDisp.asp? ProductID=2839&ProductType=4200&catgID=22

    (b) Alat : kukur kelapa Bahan : besi, kayu

    Rajah 6.2 Sumber: http://www.tsu.ac.th/ists/EN/museum-01.htm

    Alat domestik merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional pada ketika itu.

  • 85

    OUM

    TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    (c) Alat : tenggala Bahan : kayu

    Rajah 6.3 Sumber: http://malaysiana.pnm.my/Alat%20Tradisonal/Petani_tenggala.htm

    6.2.2 Teknik Penghasilan

    Teknik-teknik untuk menghasilkan alat domestik di atas ialah teknik luakan, teknik asemble dan teknik ukir.

    6.3 ALAT PERMAINAN

    Contoh-contoh alat permainan kraf tradisional adalah wau dan gasing.

    6.3.1 Wau

    Rajah 6.4: Wau Bulan Sumber: http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm

    Apakah contoh alat domestik lain yang boleh and fikirkan yang merupakan kraf tradisional?

    Alat permainan disini bermaksud alat permainan tradisi yang kebiasaannya di mainkan untuk mengisi masa lapang selepas kerja-kerja menuai padi.

  • 86

    OUM

    TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    Wau adalah salah satu permainan tradisi yang dimainkan untuk mengisi lapang. Kebiasaannya wau dimainkan selepas menuai padi. Sehingga kini wau masih di mainkan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pahang, Selangor dan Johor. Tahukah anda bahawa sejarah permainan wau bermula sejak 3000 tahun lalu dan muncul di Negara China? Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan sejak zaman pemerintahan Empayar Melaka. Terdapat pelbagai nama wau di negara kita termasuklah Wau Barat, Wau Bayan, Wau Bulan, Wau Burung, Wau Ikan, Wau Helang, Wau Kucing, Wau Merak, Wau Jala Budi, Wau Katak, Wau Puyuh, Wau Sewah, Wau Payang dan banyak lagi nama yang kebanyakan dikenali di daerah masing-masing di tanah air.

    (a) Alat dan Bahan Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan alat permainan wau.

    Alat Bahan Pisau raut, parang dan gunting. Buluh, kertas, benang, gam dan kertas warna untuk

    corak. (b) Proses Membuat Wau Mari kita teliti proses untuk menghasilkan alat permainan wau.

    Proses Penerangan

    1. Proses memilih buluh

    Buluh yang dipilih mestilah buluh jenis yang kuat, liut dan ringan.

    2. Meraut buluh Meraut buluh adalah proses yang memerlukan ketelitian. Bahagian kulit buluh tidak dibuang semasa meraut. Kemudian, bilah-bilah buluh di layur pada api sebelum dilentur.

    3. Membentuk rangka

    Membentuk rangka memerlukan kemahiran. Biasanya buluh betung di jadikan tulang kerana ianya kuat. Pada masa kini buluh perlu ditimbang untuk imbangan yang betul. Untuk membuat sayap dan ekor, gunakan buluh yang mudah dilentur. Benang yang baik digunakan untuk mengikat agar ianya tahan.

    4. Proses menampal kertas dan corak padan rangka

    Kertas ditampal pada rangka wau mengikut saiz. Kertas adalah daripada jenis yang ringan. Kertas warna digunakan untuk membuat warna sebagai hiasan. Corak untuk motif adalah berdasarkan flora dan fauna.

  • 87

    OUM

    TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    6.3.2 Gasing

    Rajah 6.5: Gasing Sumber: http://www.sandstrum.com/malaysian-large.jpg

    Gasing merupakan jenis permainan tradisi yang popular di negara ini. Gasing dimainkan oleh masyarakat melayu sejak zaman dahulu lagi. Gasing jenis tradisional adalah jenis gasing yang dimainkan oleh masyarakat melayu sejak zaman dahulu lagi. Permainan ini merupakan permainan untuk mengisi masa lapang. Kebiasaannya permainan ini di lakukan selepas mereka selesai menuai padi dan juga selepas selesai berkebun. Permainan gasing juga boleh merapatkan persahabatan di antara masyarakat kampung. Oleh sebab itu permainan gasing dikatakan sebagai permainan masyarakat.

    (a) Jenis-jenis Gasing Terdapat berbagai nama dan pelbagai bentuk gasing termasuklah Gasing Lang Laut,

    Gasing Leper, Gasing Uri dan Gasing Piring. Gasing juga mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu seperti Paksi, Temin, Turap Labu, Bahu, Leher, Kepala dan Patak. Terdapat tiga jenis gasing seperti Gasing Pangkah, Gasing Pemusing dan Gasing Hiasan.

    (b) Alat dan Bahan Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan alat permainan gasing.

    Alat Bahan

    Pembaris, kertas kaca, sesiku, pengarit, tolok luar, jangka lukis, ragum, kikir, berus kikir, gandin, kakak tua, apit, pemutar skru, tukul, gerudi, pelayar, gunting, pahat, andas, kapak, pelarik, gergaji dsb.

    Kayu, timah, besi, plumbum dan loyang.

    (c) Proses Membuat Gasing Mari kita teliti proses untuk menghasilkan alat permainan gasing.

    Proses Penerangan

    1. Memilih kayu Kayu perlu dipilih daripada jenis yang bermutu untuk menjaga kualiti gasing agar tidak pecah. Pemilihan kayu ini untuk menjaga ketahanan, kekuatan, kekerasan dan keliatan.

    2. Proses Membakal Kayu dikerat dan dipotong mirip bentuk kun agar senang apabila proses melarik.

    3. Proses melarik Proses ini dilakukan untuk membulatkan, meratakan, menyamakan ddan melicinkan gasing. Kerja-kerja melarik dilakukan dengan menggunakan alat pelarik.

    4. Proses simpai Simpai ialah lingkaran logam yang dipasang pada badan gasing, terutama pada bahagian bahu, labu dan patak gasing.

  • 88

    OUM

    TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    6.4 ALAT PERTAHANAN DIRI

    Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut keperluan. Masyarakat melayu tradisional terutama di zaman kerajaan Melayu Melaka hingga kini masih menggunakan senjata seperti Keris, Pedang, Tombak, Tumbuk Lada, Lawi Ayam, Rencong Aceh, Sewar, Badik, Beladau, Jembiah Lading, Lembing dan Sumpit. Keris adalah senjata penting dalam masyarakat dan budaya melayu. Ketampanan seseorang lelaki itu tidak lengkap jikalau tidak menyelitkan keris di pinggang. Keris juga merupakan simbol kelakian Melayu.

    Rajah 6.6: Keris Sumber: http://ltc.smm.org/buzz/museum/object/2003_06_java_keris

    Jenis-jenis keris yang boleh didapati adalah seperti Keris Jawa, Keris Semenanjung, Keris Sumatra, Keris Petani atau Pekaka, Keris Bali, Keris Sundang, Keris Majapahit, Keris Bugis dan Keris Picit. Keris pada masa kini masih digunakan untuk upacara-upacara tertentu seperti majlis persandingan, perubatan dan keris menjadi lambang kebesaran institusi diraja.

    6.5 BATIK

    Batik merupakan sejenis kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan kain.

    Alat untuk mempertahankan diri dipanggil senjata. Senjata adalah alat keperluan manusia di zaman purba. Senjata digunakan untuk memburu dan juga untuk mempertahankan diri.

  • 89

    OUM

    TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    Rajah 6.7: Batik Sumber: http://www.balibocraft.com/crafts/batik.html

    Batik terkenal di seluruh gugusan kepulauan Melayu dan dianggap bidang kraf tangan tradisional yang unggul. Batik tradisi dan moden mempunyai corak yang sesuai dengan cita rasa dan perkembangan kesenian Malaysia. Kini perusahaan batik telah berkembang dengan pesatnya dan menjadi industri kampung yang utama terutama di negeri Terengganu dan Kelantan. Batik tulis, batik lukis dan batik canting merupakan kaedah membuat batik yang kini diminati ramai. Pada peringkat awal kaedah ini hanya digunakan untuk menghasilkan batik untuk hiasan dinding. Pada tahun 1970-an teknik ini telah diterapkan dalam kaedah membuat skaf, kain selendang dan baju kurung. Kini penggunaannya telah diperluaskan dalam bentuk dimensi baru. Batik semakin digemari oleh peminat fesyen kerana corak batik dapat dipadankan mengikut peredaran zaman.

    6.5.1 Alat dan bahan

    Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan batik.

    6.5.2 Proses Membuat

    Mari kita teliti proses untuk menghasilkan batik.

    1. Kain yang telah dibasuh (untuk membuang kanji) dikeringkan dan diregangkan pada pemidang kayu.

    3. Motif dan corak dilakar dengan menggunakan pensil.

    4. Bahan campuran lilin dipanaskan dengan suhu yang sederhana (lilin parafin 60% + damar 40%).

    5. Canting yang berisi lilin panas (cair) digunakan untuk melakar di atas permukaan fabrik.

    6. Bahan warna disapu pada motif.

    Alat Bahan

    Canting, pemidang kayu, berus, dapur atau plat pemanas, periuk dan bekas besar.

    Kain putih, campuran lilin, pewarna, pemati warna, debu soda dan pelembut kain/ fabrik.

  • 90

    OUM

    TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    7. Fabrik dibiarkan sehingga kering, kemudian disapu dengan pemati warna (sodium silikat) dan dibiarkan selama 8-12 jam atau direndam dalan cecair yang sama dengan tempoh yang sama ditempat yang terlindung.

    8. Fabrik yang telah dimatikan warna dibasuh dengan air lalu atau air mengalir.

    9. Fabrik seterusnya direbus di dalam air panas yang telah dicampur dengan sedikit debu soda (soda ash) sehingga lilin tanggal.

    10. Fabrik dicuci dan dibilas dengan menggunakan air biasa sebelum dijemur sehingga kering.

    Rajah 6.8: Proses membatik

    Anda boleh rujuk kepada laman web berikut untuk maklumat lebih lanjut tentang batik:

    http://malaysiana.pnm.my/04/0402batik.htm

  • 91

    OUM

    TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    6.6 SENI TEKAT

    Rajah 6.9: Tekatan Sumber: http://malaysiana.pnm.my/04/0409tekat.htm

    Ia juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji, tetapi suji sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Sama ada ditekat, disulam atau disuji, ragam hiasnya semua dibentuk dalam keadaan timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur. Asal-usul dan perkembangan seni tekat secara langsung dikaitkan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Seni tekat diperkenalkan pada kurun ke-15, iaitu di zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada masa tersebut seni tekat dipakai oleh keturunan Baba Melaka. Mereka banyak menggunakan seni tekat ini pada pakaian. Negeri seperti Perak, Johor, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan merupakan negeri yang banyak mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas.

    6.6.1 Alat dan bahan

    Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan seni tekat.

    Alat Bahan

    Pemidang kayu berkaki dan cuban.

    Benang emas, benang putih, kain dasar baldu, kertas tebal, gam dan rotan saga.

    Seni tekat termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang ke atas kain dasar jenis baldu.

  • 92

    OUM

    TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    6.6.2 Proses Menyulam

    Mari kita teliti proses menyulan untuk menghasilkan seni tekat.

    Proses Penerangan

    1. Proses penciptaan

    Dimulakan dengan menyiapkan pemidang dengan meregang kain putih, kemudian diikuti dengan menyediakan mempulur atau isi tekat dari kertas atau rotan sega. Setelah persiapan ini selesai barulah proses menyulam atau penciptaan tekat dimulakan.

    2. Persiapan pemidang

    Penggunaan pemidang berkaki atau tidak, dimulakan dengan meregangkan kain putih di atasnya. Bahagian pinggir atau tepi kain putih yang berukuran panjang persegi dimasukkan batang pinang yang telah dihaluskan. Cara ini dilakukan untuk membuat telinga kain. Melalui bahagian ini, kain putih diikatkan ke bingkai pemidang. Dengan cara ini kain menjadi tegang. Di atas kain putih ini kain baldu sebagai dasar dilekatkan dengan menyambat kasar.

    3. Membentuk mempulur

    Mempulur atau tempulur ialah isi tekat untuk motif dan ragam hias. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas yang telah dilekat tindih (enam hingga lapan helai). Kemudian bentuk motif dipotong dan diasingkan dari kepingan kertas. Potongan-potongan mempulur inilah yang dilekatkan di atas kain dasar tekat sebelum proses menyulam benang emas dimulakan.

    4. Menyulam Benang emas dari cuban merentasi bahagian batang mempulur dari titik A ke titik B. Di titik A benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya. Jarum yang sederhana matanya disesuaikan dengan lebar batang mempulur.

    6.7 TEMBIKAR

    Anda boleh rujuk kepada laman web berikut untuk maklumat lebih lanjut tentang seni tekat:

    http://malaysiana.pnm.my/04/0409tekat.htm

    Tembikar adalah hasil barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat, dibentuk dan dibakar.

  • 93

    OUM

    TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    Rajah 6.10: Labu Gelugur Sumber: http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/labu/jenis.htm

    Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan penemuan barang tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai Perak. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Hampir semua tembikar yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. Beberapa buah negeri di Malaysia menghasilkan tembikar. Barangan tembikar yang dihasilkan adalah berbeza dari segi bentuk, corak, dan teknik pembuatan kerana dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat. Bentuk tembikar tersebut hanya mempunyai persamaan dari segi susunan motif, ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah, dengan permukaan berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Tembikar tradisi Melayu menjadi lambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi yang membanggakan.

    6.7.1 Kawasan Perusahaan Tembikar

    1. Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak.

    2. Lenggong, Grik, Perak.

    3. Bukit Gantang, Taiping, Perak.

    4. Pulau Tiga, Parit, Perak.

    5. Kampung Alur Merah, Kedah.

    6. Sungai Dua, Seberang Prai, Pulau Pinang.

    7. Sungai Puyu, Seberang Prai, Pulau Pinang.

    8. Kampung Periuk, Tumpat, Kelantan.

    9. Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan.

    10. Kampung Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang.

    11. Kuching, Sarawak.

  • 94

    OUM

    TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    6.7.2 Alat dan Bahan

    Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan tembikar.

    Alat Bahan

    Pisau, penggelek, papan golek, span, gergaji kecil, pengayak, dawai pemotong, kayu pengukur, angkup luar, pinggan, kayu pembentuk, batu sungai, pengguris dan berus.

    Tanah liat

    Rajah 6.11: Peralatan Tembikar

  • 95

    OUM

    TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    6.7.3 Proses

    Mari kita teliti proses untuk menghasilkan tembikar.

    1. Tanah liat dijemur dan dikeringkan sebelum ditumbuk menjadi debu. Ayak debu tanah liat untuk mengasingkan batu-batu kecil dan sampah sarap yang terdapat di dalam tanah.

    2. Campur debu tanah dengan air dan kacau. Simpan di dalam pasu selama tiga hari.

    3. Tanah liat akan mendap. Uli menjadi liut dan lembut.

    4. Tembikar boleh dibentuk mengikut kehendak sendiri. Pinggan digunakan untuk proses penyambungan tanah liat yang digelungkan.

    5. Bentuk tembikar dari bawah ke atas, tahap demi tahap.

    6. Semasa membentuk permukaan, tanah liat ditekan dengan kayu di sebelah dalamnya ditahan dengan tangan. Ini bertujuan untuk menguatkan tembikar.

    7. Pisau buluh pula digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar. Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas.

    8. Tapak atau kaki tembikar dibuat secara berasingan. Cantuman bahagian badan dan kepala tembikar siap dibuat semasa tanah liat masih dalam keadaan separuh siap (leather hard).

    9. Ragam hias dibuat dengan menggunakan penepek berukir.

    10. Tembikar yang siap dibuat akan dijemur sebelum dibakar.

    11. Tembikar dikeras secara tanur dedah iaitu dilakukan secara salai

    12. Tembikar yang telah siap disalai dimasukkan ke dalam timbunan sekam.

    13. Damar disapu di bahagian bawah tembikar bagi mengelakkan tiris.

    Rajah 6.12: Aktiviti menghasilkan labu sayong

    Sumber: http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/labu/aktiviti.html

  • 96

    OUM

    TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    6.7.4 Teknik Pembuatan

    Berikut adalah teknik-teknik yang digunakan untuk membuat tembikar:

    (a) Teknik picitan

    (b) Teknik lengkaran

    (c) Teknik kepingan

    (d) Teknik Lempar Alin

    6.7.5 Jenis Tembikar Tradisional (Labu Sayong)

    (a) Labu Gondol atau Labu Air

    (b) Labu Kepayang atau Labu Pucung

    (c) Labu Gelugur

    (d) Labu Tanah

    (e) Labu Panai

    (f) Labu Kepap

    (g) Labu Tela

    (h) Labu Leper atau Labu Bocong

    6.7.6 Reka Bentuk Tembikar Tradisional

    Reka bentuk tembikar dari luar tidak mempengaruhi teknik pembentukan dan penciptaan tembikar orang Melayu. Teknik pembentukan dan penciptaan orang Melayu tetap pada tahap teknologi primitif. Dengan teknik yang serba sederhana, tembikar dibakar dalam suhu biasa tanpa ukuran tertentu. Tukang Melayu dapat melahirkan ciptaan yang unik terutama dari segi rupa bentuk labu dan ragam hias yang mempunyai nilai dan ciri-ciri tersendiri. Dari segi bentuk, tembikar yang dikumpul di muzium khususnya di Muzium Negara dan Muzium Taiping telah dapat dikesan tentang kepandaian orang Melayu membentuk dan mencipta, iaitu perkembangan daya fikiran serta tingkat kebudayaan. Walaupun rupa bentuk tembikar yang dicipta itu sederhana tetapi ianya penuh dengan nilai-nilai estetika.

    Anda boleh rujuk kepada laman-laman web berikut untuk maklumat lebih lanjut tentang tembikar:

    http://malaysiana.pnm.my/04/0410tembikar1_pengenalan.htm

    http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/labu/labu.html

  • 97

    OUM

    TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    6.8 SENI ANYAMAN

    Rajah 6.13: Anyaman Sumber: http://palimpsest.lss.wisc.edu/~emraffer/175a.htm

    Seni anyaman adalah seni kraf tangan yang muncul dan berkembang tanpa pengaruh luar. Proses anyaman adalah berbeza mengikut bahan asas yang digunakan.

    6.8.1 Alat dan bahan

    Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan seni anyaman.

    Alat Bahan

    Parang, alat jangka, pelurut, tempayan, besen, periuk, penyisip dan pisau kecil.

    Pandan, mengkuang, daun nipah, buluh, paku-pakis, daun serdang, rotan, rumput-rampai dan lidi.

    6.8.2 Cara memproses daun

    Mari kita teliti cara memproses daun untuk menghasilkan seni anyaman.

    Anyaman merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian antara satu sama lain.

  • 98

    OUM

    TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    Proses Penerangan

    1. Melayur daun pandan atau mengkuang

    Daun dilayur di atas api sehingga kekuning-kuningan supaya daun menjadi lembut dan tahan lebih lama.

    2. Menjangka daun

    Alat jangka ialah sisir kayu atau buluh yang bermata tajam. Jangka digunakan untuk membelah daun menjadi bilah-bilah mengikut lebar yang dikehendaki.

    3. Melurut Daun dianginkan selama lebih kurang satu jam. Daun kemudiannya dilurut dengan menggunakan pelurut. Daun dilurut bagi tujuan melembutkan bilah-bilah daun untuk mengelakkanya daripada bergulung.

    4. Merendam Daun diikat menjadi tongkol-tongkol sebelum direndam. Tongkol-tongkol direndam selama dua hari dua malam untuk melunturkan warna asal daun yang hijau itu. Air rendaman ditukar dua kali sehari. Tongkol daun kemudiannya dibuka untuk dicuci dan dijemur sehingga kering. Daun akan bertukar warna menjadi warna putih pasir.

    5. Pewarnaan daun cara tradisional

    (a) kuning kunyit (b) jingga dan merah buah kesumber India (c) biru tua dan biru daun mengkudu (d) hitam buah pokok arang (e) hijau daun bemban

    6. Proses mencelup warna

    (a) Panaskan air bersih sehingga mendidih. (b) Masukkan bahan pewarna. (c) Masukkan daun yang telah diikat dan biarkan selama lebih

    kurang setengah jam. (d) Daun dikeluarkan dan cuci dengan air bersih. (e) Buka ikatan daun dan jemur di tempat yang teduh sehingga

    kering (f) Dilurut daun sekali lagi sehingga lembut.

    6.8.3 Teknik dan Proses Anyaman

    Rajah 6.14: Proses menganyam Sumber: http://malaysiana.pnm.my/04/0401anyam3_pandan2.htm

  • 99

    OUM

    TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    Mari kita teliti proses anyaman.

    Proses Penerangan

    1. Lagang Proses ini juga dikenali sebagai proses menaja. Lagang merupakan tulang sesuatu ciptaan anyaman. Ukuran panjang tikar bergantung kepada ukuran lagangnya. Setiap bilah daun dibentuk seperti huruf V di tengahnya, iaitu tempat anyaman dimulakan.

    2. Mengayam Proses ini melibatkan tiga langkah. Anyaman tengah dilakukan di tengah atau badan sesuatu anyaman di mana daun diselang selikan secara menegak dan melintang dengan sehelai di atas dan sehelai lagi di bawah. Mengepai merupakan proses mematikan tepi anyaman tikar supaya tidak terburai. Anyaman sudut disebut juga sebagai anyaman bucu.

    3. Pepeh atau lepih

    Turut dikenali sebagai anyaman mati pada tepi tikar untuk mengakhiri kerja anyaman. Boleh juga dianyam secara berasingan dan kemudian dijahit pada barangan yang dikehendaki.

    4. Sisip Proses ini dilakukan bagi mengelakkan anyaman daripada terburai. Alat penyisip digunakan. Alat ini biasanya diperbuat daripada buluh. Hujung lebihan daun direncongkan untuk memudahkan kerja sisipan.

    5. Kerat Pisau kecil yang tajam digunakan untuk memotong lebihan bilah anyaman bagi tujuan kemasan.

    6.8.4 Kelarai

    Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang melalui proses tranformasi idea daripada alam semulajadi. Anyaman yang tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang lengkap harus dihiasi dengan kelarai. Dua jenis warna yang kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. Pembikinan kelarai adalah dirancang dengan menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat. Kelarai ini dilakukan serentak dengan proses anyaman. Kelarai mempunyai nama- nama yang tersendiri termasuk:

    (a) Kelarai berakar

    (b) Kelarai beras patah

    (c) Kelarai bunga cengkeh

    (d) Kelarai tampuk manggis

    (e) Kelarai bunga mempelas

    (f) Kelarai anak ikan

    (g) Kelarai kepala lalat

    (h) Kelarai mata punai

    (i) Kelarai sisik kelah

    (j) Kelarai tapak harimau

  • 100

    OUM

    TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    6.8.5 Tokoh-tokoh penting

    (a) Hjh. Minah Bt. Mohammed (Terengganu)

    (b) Cik Limah Bt. Mamat (Kelantan)

    (c) Dayang Asiah Bt. Awang Husin (Sabah)

    (d) Esah Bt. Said (Kelantan)

    (f) Cik Siah Bt. Jumaat (Terengganu)

    (g) Hjh. Asiah Bt .Saleh (Terengganu)

    6.9 SENI UKIRAN KAYU

    Rajah 6.15: Mengukir Sumber: http://malaysiana.pnm.my/04/0412ukir_kayu.htm

    Seni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan masyarakat di negara ini. Seni ukiran Melayu yang unik ini diperlihatkan melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam, kepala sampan, perabot, senjata dan peralatan untuk kegunaan harian. Bangunan-bangunan lama yang masih mengekalkan seni ukiran sehingga hari ini telah menjadi bahan rujukan generasi masa kini.

    6.9.1 Fungsi Ukiran

    Seni ukiran kayu berfungsi sebagai hiasan di bahagian-bahagian bangunan, alat kelengkapan dapur, perabot serta peralatan rumah. Contoh bahagian-bahagian bangunan:

    (a) pintu

    (b) siling

    (c) dinding

    (d) tebar layar

    Anda boleh rujuk kepada laman web berikut untuk maklumat lebih lanjut tentang seni anyaman:

    http://malaysiana.pnm.my/04/0401anyam1_sejarah.htm

  • 101

    OUM

    TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    (e) cucuran atap

    (f) ambang tingkap

    (g) dinding separuh tingkap

    (h) katil

    (i) kerusi

    (j) almari

    6.9.2 Jenis Kayu Untuk Ukiran

    (a) cengal

    (b) merbau

    (c) nyatoh

    (d) jelutung

    (e) berlian

    (f) jati

    (g) sena

    6.9.3 Alat dan Bahan

    Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan seni ukiran kayu.

    Alat Bahan

    Gergaji tangan, cetar, pahat, pisau, kikir, ketam, pengikis, daun mempelas, berus, berus syelek.

    Kayu

    6.9.4 Teknik Mengukir

    Mari kita teliti 2 teknik mengukir.

    Teknik Penerangan

    1. Bunga timbul

    Dibuat tidak menembusi bahagian belakang dan boleh menggunakan silat atau tidak. Tidak dapat berfungsi sebagai alat mengaliran udara tradisional. Mempunyai reka bentuk yang indah dan halus seni kraf tangannya.

    2. Papan tebuk Ukiran jenis ini dibuat pada papan yang ditebuk. Bentuk ukiran yang sering digunakan adalah awan larat, silang, huruf dan reka corak yang terdapat pada bahagian lambar, selasar, bahagian atas pintu dan juga dinding. Dapat berfungsi sebagai alat pengaliran udara secara tradisional. Terdapat dua jenis papan tebuk iaitu, papan tebuk silat dan papan tebuk tidak silat.

  • 102

    OUM

    TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    6.9.5 Proses Mengukir

    1. Pilih kayu mengikut kematangan serta urat yang cukup pejal.

    2. Belah kayu dan biarkan kering.

    3. Kayu yang suddah cukup kering dibelah dan diketam.

    4. Corak bunga ditekap pada permukaan kayu.

    5. Ukiran timbul bahagian yang hendak dibuang, ditebuk dengan menggunakan pahat. Ukiran tebuk bahagian yang hendak dibuang, gerudi digunakan.

    6. Ratakan bahagian dasar.

    7. Membuat ukiran silat.

    8. Corak diukir dengan menggunakan pisau wali.

    9. Licinkan ukiran dengan menggunakan kikir pari.

    10. Proses melicinkan ukiran diulang dengan menggunakan daun mempelas dan dikuti dengan daun lalang kering.

    11. Gunakan kiwi kayu, varnis atau syelek bagi tujuan kemasan.

    6.9.6 Aplikasi Ukiran Kayu

    1. Istana Kenangan di Bukit Candan, Kuala Kangsar, Perak.

    2. Istana Balai Besar Kedah.

    3. Istana Tengku Nik yang kini dikenali sebagai Muzium Induk Negeri Terengganu.

    4. Istana Sri Menanti Negeri Sembilan.

    5. Masjid Kampung Keling, Melaka.

    6. Rumah-rumah kayu di Perlis, Melaka dan Johor.

    7. Istana Jahar, Kelantan.

    8. Rumah Pak Ali Gombak Selangor.

    Rajah 6.16: Istana Kenangan, Perak Sumber: http://www.cuti.com.my/Sub/Perak/guide_royalmuz.htm

  • 103

    OUM

    TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    6.9.7 Motif Ukiran

    1. Itik Pulang Petang

    2. Badak Mudik

    3. Kepala Cicak

    4. Unduk-Unduk

    5. Kosmos

    6. Geomerti

    7. Kaligrafi

    8. Flora

    6.9.8 Jenis-jenis Silat

    1. Silat Belah Rotan

    2. Silat Minangkabau

    3. Silat Serong

    4. Silat Leper

    5. Silat Dada Tuma

    RUMUSAN

    Menerusi kegiatan dan kajian yang dilakukan, topik ini dapat memberi kefahaman kepada kita tentang betapa pentingnya kraf tradisional diperkenalkan kepada generasi sekarang. Pendedahan kandungan topik, teknik, alat dan bahan ini juga dapat memperjelaskan bagaimana kraftangan Melayu tradisional dihasilkan. Mempelajari dan memartabatkan kraf ini bermakna kita memelihara dan menjaga kepentingan kraf tradisional dalam kehidupan masyarakat Melayu yang semakin tergugat oleh arus pemodernan yang menipiskan kekebalan warisan budaya ini.

    GLOSARI

    Terap hitam Blok kayu yang berukir timbul Parang rosak Motif hiasan yang sentiasa menyerong Tepi gigi Bahagian birai atas dan bawah kain sarung Kampit Beg yang dianyam menggunakan daun pandan

    Anda boleh rujuk kepada laman web berikut untuk maklumat lebih lanjut tentang seni ukiran kayu:

    http://malaysiana.pnm.my/04/0412ukir_kayu.htm

  • 104

    OUM

    TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    Lekar Anyaman dari lidi atau rotan Mengepa Proses mematikan tepi anyaman Sepuh Lapisan nipis yang bergemerlap dan lut sinar Mendiang Proses pemanasan atau pengeringan tembikar Silat Gaya ukiran Limar Kain tenunan daripada benang sutera halus Pelayang Alat yang diguna untuk menggulung benang

    UJIAN 1

    Batik tulis adalah sebahagian daripada kraf tradisional yang telah diusahakan oleh masyarakat Melayu sejak dahulu hingga masa kini dan mempunyai disiplin yang perlu dipatuhi. Huraikan proses penyediaan batik tulis dengan disiplin-disiplin yang telah dipelajari.

    UJIAN 2

    Seni Ukiran banyak di terapkan di dalam seni bina masyarakat Melayu. Huraikan dan jelaskan LIMA (5) bahagian di mana ukiran diterapkan di dalam seni bina masyarakat Melayu.