topik 2

6
Tekanan Udara 1. Merupakan suatu daya yang timbul akibat jisim lapisan udara, makin tinggi suatutempat dari permukaan laut makin rendahtekanan udaranya. Tekanan udara di ukur dengan menggunakan barometer. 2. Perbezaan tekanan udara, dapat menimbulkan aliran udara. Aliran udara bergerak dari tekanan udara yang tinggi ke yang rendah. Aliran udara ini disebut angin. Dan diukur menggunakan anemometer. 3. Tekanan udara dipengaruhi oleh ruang dan waktu. Oleh itu, pada tempat dan waktu yang berbeza, tekanan udaranya juga berbeza. 4. Tekanan udara secara vertikal iaitu makin ke atas semakin menurun. Hal ini dipengaruhi oleh: Penyusunan komposisi gas semakin ke atas semakin berkurang. Sifat udara yang boleh dimampatkan iaitu disebabkan oleh tarikan graviti. Semakin ke atas semakin lemah. Ada perbezaan suhu secara vertikal di atas troposfer (>32 km) sehingga semakin tinggi tempat, semakin suhu menaik. 5. Putaran global Atmosfera Pemanasan yang tidak seimbang dan perbezaan suhu akan membentuk tekanan udara yang berbeza. Ini menggerakkan udara dari satu destinasi ke destinasi lain. Udara yang bergerak tersebut dikenali sebagai ANGIN.

Upload: yoo-chenchen

Post on 10-Jul-2016

14 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

topik 2

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 2

Tekanan Udara

1. Merupakan suatu daya yang timbul akibat jisim lapisan udara, makin tinggi

suatutempat dari permukaan laut makin rendahtekanan udaranya. Tekanan udara

di ukur dengan menggunakan barometer.

2. Perbezaan tekanan udara, dapat menimbulkan aliran udara. Aliran udara bergerak

dari tekanan udara yang tinggi ke yang rendah. Aliran udara ini disebut angin. Dan

diukur menggunakan anemometer.

3. Tekanan udara dipengaruhi oleh ruang dan waktu. Oleh itu, pada tempat dan

waktu yang berbeza, tekanan udaranya juga berbeza.

4. Tekanan udara secara vertikal iaitu makin ke atas semakin menurun. Hal ini

dipengaruhi oleh:

Penyusunan komposisi gas semakin ke atas semakin berkurang.

Sifat udara yang boleh dimampatkan iaitu disebabkan oleh tarikan

graviti. Semakin ke atas semakin lemah.

Ada perbezaan suhu secara vertikal di atas troposfer (>32 km)

sehingga semakin tinggi tempat, semakin suhu menaik.

5. Putaran global Atmosfera

Pemanasan yang tidak seimbang dan perbezaan suhu akan

membentuk tekanan udara yang berbeza. Ini menggerakkan udara dari

satu destinasi ke destinasi lain.

Udara yang bergerak tersebut dikenali sebagai ANGIN. Udara digerakkan oleh tekanan dan suhu yang berbeza serta putaran

bumi. Udara panas akan naik ke atas, manakala udara sejuk turun dan

mengisi ruang bumi

BENCANA CUACA DAN KESAN KEPADA MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Page 2: Topik 2

BENCANA CUACAKESAN KEPADA MANUSIA DAN ALAM

SEKITAR

TAUFAN (HURRICANE)

Taufan atau siklon tropika  merupakan ribut yang terjadi akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya memeluwap.

Taufan merupakan sejenis rebut yang ganas, membawa hujan lebat dan memiliki kuasa pemusnah.

Dinamakan siklon tropika kerana ia serupa siklon dan terjadi di tropika

Struktur utama bagi sesebuah taufan ataupun ribut tropika adalah seperti berikut:-

Mata taufan - Mata taufan adalah "pusat" utama bagi sesuatu sistem taufan. Kawasan tersebut merupakan kawasan dengan tekanan udara paling rendah, oleh itu ia menjadi tumpuan bagi angin kencang di sekelilingnya. Dengan itu, kawasan mata taufan biasanya tenang dan bebas daripada awan tetapi angin di sekelilingnya adalah paling kencang serta awan yang mengelilingi mata taufan juga tebal.

Dinding mata - Jaluran awan paling tebal yang mengelilingi mata taufan. Pada bahagian dinding mata, hujan turun paling lebat serta kekerapan ribut petir juga paling kerap.

Jalur hujan - Jalur hujan adalah barisan awan hujan yang tersusun secara berpilin mengelilingi mata taufan. Jalur hujan membawa hujan yang lebat dan berkemungkinan menghasilkan puting beliung tetapi ruang antara jalur hujan boleh jadi tenang.

TAUFAN (HURRICANE)

Kehilangan nyawa Kekuatan dan kelajuan taufan

menyebabkan banyak nyawa manusia di kawasan tragedi terkorban.

Contohnya, Taufan Bills yang melanda China pada 2006 yang mengorbankan 178 nyawa.

Kemusnahan Harta Benda Kejadian taufan turut membawa hujan

lebat yang telah menenggelamkan petempatan dan harta benda manusia.

Ribut taufan telah merosakkan bangunan, rumah-rumah dan kenderaan manusia.

Operasi kereta api terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan manakala terdapat perkhidmatan komuter terkandas akibat taufan yang melanda.

Penerbangan kapal terbang ke kawasan tragedi turut dibatalkan

Menjejaskan kemudahan infrastruktur Taufan turut menyebabkan banyak

kemudahan infrastruktur seperti landasan kereta api dan jalan raya musnah.

Malah, bekalan elektrik turut terputus.

Menyebabkan Kejadian Angin Kencang Taufan yang berlaku di tengah lautan

menyebabkan hujan lebat, angin  kencang serta ombak besar.

Kejadian ini menjejaskan aktiviti perkapalan antarabangsa serta boleh menenggelamkan kapal.

Selain itu, keadaan ini boleh membahayakan nelayan-nelayan di laut, seterusnya menjejaskan aktiviti perikanan.

Page 3: Topik 2

Keseimbangan udara di atmosfera bergantung kepada suhu udara

yang naik yang mempunyai hubungan relatif dengan suhu

persekitarannya.

Suhu udara tidak sama di tempat-tempat yang berlainan mengikut

keadaan atmosfera itu sendiri. Haba bergerak dari kawasan latitud

rendah (khatulistiwa) ke kawasan latitud tinggi (Utara & Selatan)

Kestabilan udara mempengaruhi pembentukan awan. Ini bermakna,

kestabilan yang berbeza akan menghasilkan bentuk awan yang

pelbagai.

Apabila sekumpulan udara berdekatan dengan permukaan bumi

dipanaskan maka ia akan menjadi lebih ringan daripada udara di

sekeliling, lalu ia bergerak naik ke atas.

Semakin udara bergerak ke atas, ia akan kehilangan tenaga haba

kerana tenaga dilepaskan ke atmosfera akibat tekanan dan suhu yang

semakin rendah pada altitud yang semakin tinggi.

Sekiranya suhu persekitaran tidak turun secara mendadak pada altitud

yang semakin meningkat, maka kumpulan udara yang naik yang naik

akan menjadi lebih sejuk daripada udara persekitarannya, lalu hilang

daya apungan lalu turun kepada keadaan asal [ke bawah]. Inilah

dikatakan sebagai seimbang.

Tetapi jika udara di persekitaran turun secara mendadak dengan

peningkatan altitud maka kumpulan udara terus naik, maka ini yang

dikatakan udara tidak stabil atau ketidakseimbangan atmosfera.

Page 4: Topik 2

Semasa udara yang naik mengalami penyejukan, ia terkondensasi dan

menjadi awan. Semakin tidak seimbang/ tidak stabil atmosfera, maka

semakin udara tersebut naik.

Awan kumulus yang sedikit membuktikan bahawa atmosfera dalam

keadaan stabil dan sebaliknya. Ketidakstabilan atmosfera juga

ditunjukkan dengan dengan kehadiran guruh dan petir.

Dalam sistem tekanan udara yang tinggi [antisiklon], udara akan

berkurangan, mengecut dan memerlukan tenaga, seiring dengan

peningkatan altitud. Keadaan ini dapat dikesan apabila banyak awan di

langit.

ANGIN DAN TEKANAN UDARAZon-zon tekanan rendah atau tinggi dipengaruhi oleh jumlah penerimaan tenaga haba dari matahari. Udara yang dipanaskan oleh tenaga haba matahari akan menjadi ringan dan bergerak naik ke atas lalu meninggalkan ruang-ruang kosong. Keadaan ini menyebabkan kawasan tersebut mengalami tekanan udara rendah berbanding kawasan lain. Perbezaan tekanan udara ini menyebabkan udara yang padat di kawasan tekanan tinggi bergerak masuk ke kawasan ini untuk memenuhi ruang-ruang kosong yang ditinggalkan oleh udara yang bergerak ke atas tadi. Dengan itu wujudlah angin.Perubahan kedudukan matahari mengikut musim akan menyebabkan perubahan kawasan yang mengalami tekanan udara rendah dan tekanan udara tinggi. Oleh itu tiupan angin lazim dunia akan turut berubah mengikut musim. Angin lazim yang bergerak akan terpesong oleh putaran bumi. Pemesongan arah tiupan angin wujud sebenarnya adalah secara tidak langsung. Apabila angin bergerak ke kawasan tekanan rendah menuju ke kawasan tekanan tinggi, kawasan tekanan tinggi telah beralih dan menyebabkan angin sampai ke destinasi lain. Keadaan inilah menyebabkan arah tiupan angin seolah-olah terpesong ke kanan di hemisfera utara dan terpesong ke kiri di hemisfera selatan. Pemesongan arah angin akibat putaran bumi dikenali sebagai daya koriolis. Keadaan ini dapat ditunjukkan melalui gambar rajah di bawah.

Pergerakan Udara Secara Umum

Kelajuan angin juga berbeza-beza dari satu tempat ke tempat yang lain. Kelajuan angin bergantung kepada darjah kecerunan tekanan udara. Jika kecerunan tekanan udara adalah tinggi, maka tiupan angin adalah lebih laju dan begitulah sebaliknya. Ini dapat dilihat melalui gambar rajah di bawah.

Page 5: Topik 2