titas topik 2

Upload: hazyema-harun

Post on 04-Apr-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    1/112

    Topik 2

    Tamadun Islam

    TERUShussain othman copyright 2011

    INGATAN IKHLAS:

    Cetak rompak adalah SALAH dari segi undang-undang negara dan HUKUMagama.

    Jadikan pembelajaran dan ilmu anda BERKAT dan BERMANFAAT denganmendapatkan dan menggunakan produk ASLI.

    DAPATKAN YANG ASLI!

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    2/112

    Pilih Kaedah Pembelajaran Anda

    Pembelajaran Pantas(Quick Learning)

    Kaedah ini membolehkan andabelajar secara pantas danhanya melibatkan aktiviti

    menonton video persembahan slaid

    menjawab soalan latihan

    Kaedah ini sesuai untuk; Mendapatkan gambaran awal

    tentang topik

    Ulangkaji berkala Ulangkaji sebelum

    peperiksaan

    Untuk memilih kaedah ini silaklik butang Quick Learning!

    Pembelajaran Proses(Process Learning)

    Kaedah ini memerlukan andamengikuti kesemua prosespembelajaran dalam 5 Tangga

    Pembelajaran Aktif(5 Laddersof Active Learning) Kaedah ini sesuai untuk:

    Pembelajaran berbantukanpensyarah

    Proses pembelajaranmelengkapkan semua tugasan

    Ulangkaji menyeluruh

    Untuk memilih kaedah ini silaklik butang Process Learning!

    Quick Learning Process Learning

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    3/112

    Klik: TONTON VIDEO

    Klik:JAWAB SOALAN LATIHAN

    Klik:PERSEMBAHAN SLAID

    Tamat Sesi Quick Learning

    Quick Learning

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    4/112

    Tangga 1Mengenalpasti Isu Pembelajaran

    5.

    Refleksi

    4.

    Mengenalpasti

    Isu

    Pembelajaran

    3.

    Mengenalpasti

    Idea

    2.

    Mengenalpasti

    Fakta

    1.

    Pengenalan

    Kepada

    Kes

    Senario

    TERUS

    Process Learning

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    5/112

    Senario Kes:Topik 2 Slaid 1

    Profesor Kamalmengangkat penutupkanvas yang menutupi

    jentera merentas masa

    yang siap diciptanya.Terserlah sebuah jenterayang amat mengkagumkanpandangan mata Amir.

    Wow, menakjubkan!

    tersembul kata-katakekaguman dari mulut Amir.

    Ok, Amir, inilah dia sayapersembahkan...MusafirZaman atau Pengembara

    Masa, umum ProfesorKamal dengan penuh rasabangga.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    6/112

    Senario Kes:Topik 2 Slaid 2

    Antaranya berkaitan pandangansemesta atau worldviewdalamTamadun Islam, konsep, asas,sifat, matlamat, dasar dansumber-sumber Tamadun Islam.

    Selain itu Amir juga belajartentang sejarah kelahiran danperkembangan Tamadun Islam,Piagam Madinah, sumbangantamadun Islam kepada dunia,konsep Jihad dan isu-isuberkaitan kebangkitan semulaIslam pada masa kini sama ada diMalaysia atau di seluruh dunia.

    Semuanya ini masih jelas didalam ingatannya. Namun begitusemuanya masih dalam bentukkonsep dan idea.

    Dengan adanya mesin MusafirZaman ini dapatlah dia danProfesor Kamal cuba mengalamisendiri apa yang berlakusepanjang kewujudan TamadunIslam.

    Baik, kemana kita nakmengembara sekarang ini? tanyaProfesor Kamal kepada Amir.

    Sudah tentu kita melawat keTamadun Islam dahulu keranasaya baru sahaja mempelajari

    tentang tamadun ini minggu lepas,jawab Amir.

    Ingatannya masih jelas tentangbeberapa perkara pentingberkaitan Tamadun Islam yangdipelajarinya di dalam kelas TITAS.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    7/112

    Senario Kes:Topik 2 Slaid 3

    Profesor Kamal dan Amirtelah berada di dalammesin Musafir Zaman.Kedua-dua pintu ditutuprapat. Profesor Kamalmenghidupkan enjin danmenekan beberapa butang; Tarikh : 12 haribulan.

    Hari : Isnin

    Bulan : Rabiulawal. Tahun : Gajah.

    Lokasi : Semenanjung TanahArab.

    Profesor Kamal menekan

    butang LANCAR! Dalamsekelip mata MusafirZaman lenyap daripadapandangan.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    8/112

    Aktiviti Tangga 1

    Perbincangan dipengerusikan oleh moderatoryang dilantik untuk topik.

    Soalan yang perlu anda fikirkan Kemanakah destinasi yang dituju oleh Musafir

    Zaman yang membawa Profesor Kamal dan Amir? Gambarkan situasi yang berlaku pada tarikh dan

    dilokasi yang dimasukkan oleh Profesor Kamalpada papan kekunci Musafir Zaman.

    Bincangkan sejauh mana Amir akan dapat

    menemui fakta-fakta yang telah dipelajarinya didalam kuliah berkaitan Tamadun Islam.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    9/112

    Aktiviti Tangga 1

    Setelah selesai sesi

    perbincangan silaisikan ruangan

    RefleksiPembelajaranTangga 1 di dalamLAMPIRAN A!

    Jika anda telah

    selesai mengisi

    ruangan di

    LAMPIRAN A silabergerak ke Tangga 2

    untuk sesi

    pembelajaran terarah

    kendiri.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    10/112

    TANGGA 2Pembelajaran Terarah Kendiri

    5. Refleksi

    4. Rujukan Bahan Tambahan

    3. Ulangkaji Keseluruhan Modul

    2. Ulangkaji Ringkasan Modul

    1. Ulangkaji Bahan Video

    TERUS

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    11/112

    TANGGA 2Pembelajaran Terarah Kendiri

    Pelajar diwajibkan menjalankan usaha pembelajarankendiri (secara individu) dengan merujuk bahanberkaitan topik 2 yang disediakan di dalam CD; Tayangan Video

    Persembahan Slaid

    Sediakan RINGKASAN KEFAHAMAN TOPIK ini secara individudengan mengisi ruangan yang disediakan di dalamLAMPIRAN B1.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang topik ini pelajardiminta membaca sepenuhnya topik 2 di dalam modul TITAS.

    Pelajar juga amat digalakkan untuk merujuk kepada sumber-sumber lain termasuk buku, artikel dan sumber di atas talian.

    Setelah selesai sesi pembelajaran pada Tangga 2 silaisi ruang refleksi yang disediakan dalam LAMPIRANB2.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    12/112

    Ulangkaji Bahan VideoHayati intipati topik dengan menonton video ini

    hussain othman copyright 2011

    Kembali keQuick Learning

    Terus keProcess Learning

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    13/112

    Ulangkaji Ringkasan ModulPersembahan Slaid

    NOTA

    Berdasar tayangan video tadi danpersembahan slaid selepas ini, sila

    sediakan RINGKASAN KEFAHAMANTOPIK secara individu dengan mengisi

    ruangan yang disediakan di dalamLAMPIRAN B1.

    TERUShussain othman copyright 2011

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    14/112

    PERSEMBAHAN SLAIDTOPIK 2

    TAMADUN ISLAM

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    15/112

    Hasil Pembelajaran Topik (TLO)

    Setelah mengikuti topik ini, pelajar dapat:

    Menjelaskan secara terperinci konsep dan

    beberapa aspek fundamental berkaitan

    Tamadun Islam Membandingkan secara kritis kedudukan

    Tamadun Islam pada hari ini dengan zaman

    kegemilangannya yang lampau

    Mempamerkan akhlak terpuji dalam

    melaksanakan tugas secara berkumpulan.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    16/112

    PENGERTIAN ISLAM

    Dari segi bahasa kalimah Islammengandungi tiga perkara utamaiaitu:

    1. Tulin, suci dari sebarangkecacatan zahir dan batin

    2. Damai, aman atau sejahtera

    3. Taat dan menyerah

    Pengertian Islam dari segi syarakialah mentauhidkan Allah S.W.T,patuh dan tunduk kepadaNyaserta beriman dengan ajaran yangdibawa oleh para rasul yangdiutuskan oleh Allah S.W.T sejakdari Nabi Adam a.s hinggalahkepada Nabi Muhammad s.a.w.sebagai nabi dan rasul yangterakhir.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    17/112

    AKIDAH

    Akidah merupakan dasarterpenting dalam Islam.

    Baik atau buruk natijah hidupseseorang di sisi Allah S.W.Tadalah bergantung kepada

    akidah yang dianuti olehmereka.

    Akidah dalam Islammerupakan kepercayaan ataukeimanan kepada hakikat dannilai-nilai mutlak, tetap dan

    kukuh dalam jiwa setiapMuslim

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    18/112

    AKIDAH

    Akidah tauhid juga menjaditunjang kepada pembinaanTamadun Islam.

    Tamadun Islam bergerak atasdasar akidah dan lunas-lunas

    hukum Islam. Seluruh kehidupan ummahnya

    mesti berlegar dalam ruanglingkup keagamaan.

    Seluruh aktiviti-aktiviti hidupmesti berpaksikan keimanankepada Allah S.W.T.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    19/112

    AKIDAH

    Asas-asas akidah Islam

    ialah:

    1. Beriman kepada Allah

    2. Beriman kepada Malaikat

    3. Beriman kepada Kitab-

    Kitab

    4. Beriman kepada Rasul-

    rasul

    5. Beriman kepada HariAkhirat

    6. Beriman kepada Qadha

    dan Qadar

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    20/112

    Kesan Akidah Islam

    Melahirkan seorang yang yakinkepada Allah S.W.T Yang Maha Esa.

    Melahirkan insan yang mempunyaiakhlak cemerlang dan terpuji dantersisih dari sifat-sifat bur

    Melahirkan seseorang yang optimis

    dan yakin kepada diri sendiri untukbekerja bagi mencapai kejayaan didunia dan akhirat

    Melahirkan insan dan masyarakatyang teguh pendiriannya, mempunyaiprinsip dan tidak mudah terpengaruhdengan persekitaran yangmengancam nilai dan akhlak manusia

    Mampu membawa manusia danmasyarakat maju ke hadapan dalamsegala bidang.

    Membentuk manusia berlumba-lumbauntuk melakukan kebajikan danmencegah dari kemungkaran.

    Melahirkan manusia yang tidak

    mudah putus asa atau hilang harapan. Melahirkan manusia yang sanggup

    berjihad ke jalan Allah S.W.Twalaupun harta dan nyawa menjaditaruhan.

    Melahirkan insan soleh yangmelakukan apa yang diperintahkanoleh Allah S.W.T dan meninggalkan

    segala jenayah dan kemungkaran.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    21/112

    SYARIAH

    Terminologi syariah atau syariatyang biasa diungkap dalamBahasa Melayu sebenarnyaberasal daripada Bahasa Arab.

    Secara literalnya perkataan

    syariah membawa dua maksudyang berbeza tetapi mempunyaikefahaman yang saling berkaitdi antara satu sama lain.

    Pertamanya, ia membawamaksud sumber air dan

    Keduanya bererti pembawaanatau jalan yang jelas dan lurus.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    22/112

    SYARIAH

    Dari segi istilah atauteknikalnya frasa syariahmembawa maksud segalahukum-hakam yang telahditetapkan oleh Allah S.W.T

    untuk hambaNya melaluiperantaraan para RasulNya.

    Dinamakan hukum-hakam inidengan syariah kerana iaadalah lurus tanpa adakepalsuan (simpang-siur) dari

    jalan yang benar.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    23/112

    SYARIAH

    Sebagai suatu sistem

    hidup yang

    bersumberkan wahyu

    Ilahi, syariah bersifat

    muqaddasiaitu sangatmurni serta terpelihara

    daripada sebarang cacat

    cela mahupun

    kekurangan. Kebenarannya pula

    bersifat mutlak.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    24/112

    SYARIAH

    Secara umumnya,keseluruhan isikandungan syariahIslam dapatdibahagikan kepadatiga kategori iaitu darisegi skop,perlaksanaan danpenguatkuasaan.

    Dari segi skopnya,syariah Islam menaungiperkara-perkaraberikut:1. Hubungan antara manusia

    dengan Allah S.W.T danalam ghaib yang lain.

    2. Hubungan antara manusiasesama manusia.

    3. Hubungan antara manusiadengan makhluk-makhluk

    lain di muka bumi ini samaada haiwan, benda-bendaatau tumbuh-tumbuhan.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    25/112

    AKHLAK

    Akhlak dalam Islam ialah sikaprohaniah yang memuliakantingkah laku (perbuatan)manusia terhadap AllahS.W.T, terhadap diri sendiri

    dan makhluk lain, sesuaidengan suruhan dan laranganserta petunjuk al-Quran danHadis.

    Nilai yang baik disebut akhlakmahmudah dan nilai yang keji

    disebut akhlak mazmumah.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    26/112

    AKHLAK

    Akhlak adalah perkataan

    Arab, iaitu kata jamak

    (plural) dari perkataan al-khuluqyang bermaksud

    budi pekerti, tingkah lakudan tabiat .

    Perkataan ini pula adalah

    pecahan daripada

    perkataan al-khalaqyangbererti ciptaan .

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    27/112

    AKHLAK

    Manusia dicipta dengan penuhkeindahan (sebaik-baikkejadian).

    Keindahan tersebut meliputilahiriah (fizikal) dan batiniah(spiritual dalaman) diri

    manusia. Keindahan ciptaan fizikal

    diistilahkan sebagai al-khalqseperti raut muka, warna kulit,tinggi rendah tubuhnya dansebagainya.

    Sementara keindahandalaman diri manusiaterangkum dalam istilah al-khuluqyang menggambarkankeindahan jiwa, meliputikehendak, inspirasi dan

    sebagainya. Oleh itu apabila seseorang

    dikatakan baik khuluqdankhalqnya, ia bermaksud orangtersebut baik sifat lahiriah danbatiniah nya.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    28/112

    AKHLAK

    Dari sudut istilah, Imam al-Ghazali mendefinisikan akhlaksebagai sifat yang tertanamdalam jiwa seseorang dandarinya terbentuk perbuatandengan mudah tanpa

    memerlukan pertimbanganfikiran terlebih dahulu.

    Apabila keadaan jiwa tersebutterbit perbuatan yang baik danterpuji menurut akal dansyariah, ia dinamakan akhlakyang baik.

    Sekiranya yang keluar ituperbuatan yang buruk, iadinamakan akhlak yang buruk.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    29/112

    CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM

    Antara ciri-cirikeistimewaan Islam: Rabbani.

    Sesuai dengan fitrah dan

    akal manusia. Tidak Membebankan

    Menyeluruh

    Sederhana danseimbang.

    Positif

    Sesuai untuksepanjang zaman.

    Tetap dan Anjal

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    30/112

    PRINSIP DAN MATLAMAT TAMADUN

    ISLAM

    Tamadun Islam dibinaberdasarkan kepada prinsip-prinsipnya yang luhur yangmerangkumi matlamat yang jelas.Ia menekankan kepadapembangunan hidup manusia didunia dan kesejahteraan hidup di

    akhirat. Pada umumya prinsip dan

    matlamat Tamadun Islammerangkumi

    Pengabdian diri kepada AllahS.W.T di dalam seluruhkegiatan hidup

    Berorganisasi atas asasakidah yang menjamin darisifat menyeleweng dankezaliman

    Keagungan dan keluhurannilai kemanusiaan berbandingdengan nilai kebendaan

    Berfungsinya nilai-nilaikemanusiaan yangmenyebabkanberkembangnya sifatkemanusiaan manusiawibukan sifat kebinatangan

    Kesucian dan keharmonianhidup keluarga

    Melaksanakan tugas khilafahdi bumi Allah dengan

    mengikut panduan AllahS.W.T dan sentiasamemegang janji dan amanahAllah

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    31/112

    PRINSIP DAN MATLAMAT TAMADUN

    ISLAM

    Dalam konteks

    pembinaan tamadun

    manusia, Islam

    menekankan aspek:Hubungan Manusia

    Dengan Allah

    Hubungan Manusia

    Sesama ManusiaHubungan Manusia

    Dengan Alam

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    32/112

    MANIFESTASI DAN SIFAT-SIFAT

    TAMADUN ISLAM

    Manifestasi Tamadun Islamadalah untuk melindungi danmemelihara lima perkarayang dianggap penting dalamtamadun manusia iaitu :

    Menjaga Agama Menjaga Nyawa

    Menjaga Akal

    Menjaga Kehormatan DanKeturunan

    Menjaga Harta Benda

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    33/112

    MANIFESTASI DAN SIFAT-SIFAT

    TAMADUN ISLAM

    Antara sifat-sifat tersendiriTamadun Islam ialah:

    Universal atau sejagat

    Terbuka

    Sesuai Sepanjang Zaman

    Toleransi TerhadapTamadun Dan Budaya Lain

    Kesatuan DalamKepelbagaian

    Keseimbangan Antara

    Rohani Dan Jasmani Rabbani

    Sempurna Dan Menyeluruh

    Idealistik Dan Realistik

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    34/112

    SUMBER TAMADUN ISLAM

    Tamadun Islam

    mempunyai sumber-

    sumbernya tersendiri

    yang memungkinkan ia

    berkembang dan mampumemenuhi keperluan

    manusia antaranya;

    Al-Quran

    Al-Sunnah Ijtihad

    Tamadun Dan Budaya

    Lain

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    35/112

    KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN

    TAMADUN ISLAM

    Islam bermula sebagai sebuahagama dengan penurunan wahyupertama di Mekah pada tahun 610Masehi dan sebagai sebuahnegara dan tamadun pada tahun622 Masehi iaitu selepas

    berlakunya peristiwa Hijrah keMadinah.

    Sesudah itu, selama 10 tahunRasulullah S.A.W. mendidik danmembentuk para sahabatnyadengan Islam secara amalan dan

    penghayatan sehingga terbinanyagenerasi Islam pertama. Keadaanini berterusan sehingga kewafatanbaginda pada tahun 632 Masehi.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    36/112

    KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN

    TAMADUN ISLAM

    Sesudah itu, para sahabatbaginda dan pengikut-pengikut para sahabat itumeneruskan perjuanganbaginda sehinggalah kepenghujung zaman Khulafa

    al-Rasyidin iaitu pada tahun660 Masehi dan telahmenyebarkan Islam keseluruh Semenanjung Arab,Mesir, Syria, Iraq dan TelukParsi.

    Selepas itu, Tamadun Islamtelah diganti oleh daulah ataudinasti Bani Umayyah yangbermula pada tahun 661Masehi yang menyebarkanIslam ke Afghanistan,

    Transaxonia, Multan danArmenia.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    37/112

    KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN

    TAMADUN ISLAM

    Apabila Daulah Umayyahdijatuhkan oleh BaniAbbasiyah pada tahun 750Masehi dan menubuhkanDaulah Abbasiyah, era Daulah

    Abbasiyah dikatakan sebagai

    era kemuncak Tamadun Islam. Perluasan pengaruh Islam

    telah sampai ke seluruh AfrikaUtara, Andalusia, seluruh IndiaUtara dan Anatolia (Turki).

    Di zaman inilah meningkatnyaperkembangan ilmupengetahuan, seni, teknologidan pembangunan negaraserta lahirnya ilmuan-ilmuanMuslim yang terulung iaitu Ibn

    Sina (980-1037 M), seorangtokoh falsafah, sains danperubatan, Ibn al-Haitham(965-1039M) tokoh fizik danMatematik dan juga al-Ghazali(1058-1111 M) tokoh falsafahdan Tasauf (Sayyed Hussein

    Nasr , 1984).

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    38/112

    KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN

    TAMADUN ISLAM

    Selama 736 tahun Islam telahberjaya bertapak di bumi Eropah(Sepanyol) sehinggalah padatahun 1492 Masehi, SultanMuhammad II telah dilucutkan daritakhtanya oleh tentera Kristian.

    Pada tahun 1258 Masehi, tentera-tentera Monggol di bawahkepimpinan Hulagu Khan telahmenakluk Kota Baghdad.

    Sementara itu, Daulah UthmaniahTurki telah diasaskan secararasminya sekitar 1300 Masehi danmencapai kemuncaknya apabila

    Sultan Muhammad II al-Fatihyang berjaya menguasaiConstantinople pada tahun 1453.

    Kerajaan Uthmaniah berjayamelebarkan empayar mereka keEropah Timur iaitu Bosnia, Serbia,Croatia, Bulgaria, Austria, Hungrydan juga Macedonia.

    Begitu juga perluasan daerahempayar mereka telahberkembang sehingga ke TimurLaut Mediterranean, pesisir LautMerah, pesisir Laut Hitam danjuga seluruh wilayah Afrika Utaraserta Teluk Parsi

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    39/112

    KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN

    TAMADUN ISLAM

    Di akhir kurun ke 18, KerajaanUthmaniah Turki mula menjadilemah dan sedikit demi sedikitwilayahnya di Eropah Timur danutara Afrika terlepas daripenguasaan mereka samadakepada kuasa Eropah ataupun

    kepada serpihan kerajaan Islamyang lain.

    Kerajaan Uthmaniah yang berdiriteguh selama 637 tahun akhirnyaruntuh apabila sultan terakhirnyaiaitu Sultan Abdul Hamid telahdigulingkan dari pemerintahannya

    oleh Kumpulan Belia Turki atauThe Young Turks pimpinanJeneral Mustaffa Kamal yangseterusnya dilantik menjadiPresiden Turki seumur hidup.

    Dengan ini, maka berakhirlah

    sistem khilafah dalam Islam

    sekaligus era kecemerlangan

    Tamadun Islam mulai malap.

    Sehingga negara-negara umat

    Islam mulai dijajah oleh Barat satupersatu dan akhirnya menjadi

    negara yang mundur dan tidak

    berwibawa

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    40/112

    SUMBANGAN TAMADUN ISLAM

    KEPADA PERADABAN DUNIA

    Keagungan sains dan teknologihasil daripada semangatpenyelidikan yang dicetuskanoleh Islam.

    Selama lapan abad (897M-1492M) orang-orang Islammenjadi perintis dan peloportamadun di Andalus (Sepanyol).

    Didorong oleh semangatcintakan ilmu orang-orang Islammenjadi pemimpin dan gurudalam kegiatan keilmuan diinstitusi pendidikan di Andaluspada masa itu.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    41/112

    SUMBANGAN TAMADUN ISLAM

    KEPADA PERADABAN DUNIA

    Faktor-FaktorKecemerlangan

    Tradisi mengkaji

    dengan bebas di

    samping menghargai

    fikiran manusia

    merupakan kejayaan

    di dalam kehidupan

    intelektual Muslim.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    42/112

    SUMBANGAN TAMADUN ISLAM

    KEPADA PERADABAN DUNIA

    Faktor lain yang

    mendorong kepada

    kecemerlangan

    Tamadun Islam; Gesaan al-Quran dan

    al-Sunnah

    Galakan Pemerintah

    Kestabilan Andalus Kerjasama Para Ulama

    dan Cendikiawan

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    43/112

    SUMBANGAN TAMADUN ISLAM

    KEPADA PERADABAN DUNIA

    Pengaliran Ilmu Islam keEropah

    Dalam menganalisapengaliran ilmu-ilmu Islam keEropah, para sejarawansepakat mengatakanterdapat beberapa faktorpendorong seperti; Peranan orang-orang

    Mozarrab

    Perdagangan

    Hubungan diplomatik Aktiviti penterjemahan

    Pembukaan Pulau Sicilydan Andalus

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    44/112

    SUMBANGAN TAMADUN ISLAM

    KEPADA PERADABAN DUNIA

    Antara aspek ilmu

    dan intelektual yang

    menonjol:

    Ekonomi Perubatan

    Astronomi

    Matematik

    Senibina

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    45/112

    TAMADUN ISLAM ERA PASCA

    PENJAJAHAN

    Pada era kolonialBarat, banyak negara-negara Islam yangdijajah mula mengalamikemunduran dankeruntuhan akibatserangan dankongkongan darikuasa-kuasa besardunia seperti Eropah,

    Rusia, Amerika dansebagainya.

    Kejatuhan dankelemahan masyarakatIslam adalahdisebabkan olehserangan yang kuatdari pihak kolonial disamping ketiadaansemangat jihad didalam jiwa masyarakatIslam serta pemimpin-

    pemimpinnya

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    46/112

    TAMADUN ISLAM ERA PASCA

    PENJAJAHAN

    Dr. Yusuf al-Qardhawi,

    sarjana Islam

    kontemporari telah

    merumuskan empat

    medium utama ke arahpenguasaan Barat ke

    atas umat Islam melalui :

    Sistem Pengajaran dan

    Pendidikan Akhbar dan Media Massa

    Serangan sosial

    Pengaruh Sekularisme

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    47/112

    JIHAD DALAM ISLAM

    Tiga pendekatanjihad dalam Islam;

    Jihad Nafsu

    Jihad Ilmu danpendidikan

    Jihad Mempertahankan

    Kesucian Islam

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    48/112

    JIHAD DALAM ISLAM

    Jihad Nafsu

    Jihad nafsu ialahsegala usaha dankesungguhan untukmembersihkan jiwadan menyucikan hatidan sifat-sifatnyayang rendah dan keji

    untuk diisi dengansifat-sifat yang muliadan terpuji.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    49/112

    JIHAD DALAM ISLAM

    Jihad Ilmu danpendidikan

    Jihad pembangunan

    ilmu dan pendidikan,menghidupkan

    budaya penyelidikan

    dan penerokaan

    kepada bidang-bidang baru dalam

    dunia intelektual kini.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    50/112

    JIHAD DALAM ISLAM

    Jihad MempertahankanKesucian Islam

    Jihad mempertahankan

    Islam dan Ummahnya

    dari pencerobohanmusuh-musuh Islam

    sebagaimana yang

    berlaku kepada umat

    Islam di Palestin yangditindas oleh rejim

    Yahudi.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    51/112

    KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN

    PENERAPANNYA DI MALAYSIA

    Penerapan Nilai-Nilai IslamDalam Pentadbiran

    Penerapan nilai-nilai Islamdalam pentadbiran diMalaysia ialah segala usaha

    untuk mempertingkatkandaya produktiviti negaramelalui amalan nilai-nilaiamanah, rajin, bersih, tekunserta usaha untukmenegakkan masyarakat di

    jalankan dengan lancar,teratur dan efisyen sesuaidengan kehendak Islam.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    52/112

    G S S

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    53/112

    KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN

    PENERAPANNYA DI MALAYSIA

    Aplikasi Prinsip Islam DalamAspek Ekonomi

    Penubuhan Bank Islam dansistem kewangan danmuamalat Islam adalah untuk

    meyakinkan kepada orangramai bahawa sistemkewangan Islam ini bolehberdaya saing dan memberimanfaat bukan sahaja kepadaorang Islam, bahkan juga

    kepada orang-orang bukanIslam.

    KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    54/112

    KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN

    PENERAPANNYA DI MALAYSIA

    Pendekatan Islam Hadhari Konsep Islam Hadhari yang

    diperkenalkan oleh Y. A. B.Perdana Menteri, Dato seri

    Abdullah Hj. Ahmad Badawi,malah telah dijadikan dasar

    dalam pembangunan negaraadalah satu usaha untukmengenengahkan Islamsebagai satu cara hidup yanglengkap dan menyeluruhmeliputi seluruh ruang

    lingkup kehidupan manusia disamping mengembalikansemula kegemilangan Islamdi persada dunia.

    KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    55/112

    KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN

    PENERAPANNYA DI MALAYSIA

    Islam Hadharibermaksud suatupendekatanpembangunan

    manusia, masyarakatdan negara Malaysiayang bersifatmenyeluruh,

    berdasarkan kepadaperspektif TamadunIslam.

    KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    56/112

    KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN

    PENERAPANNYA DI MALAYSIA

    Pendekatan Islam Hadharidiperkenalkan kerana ia lebihlengkap dan menyeluruhberbanding pendekatan Islamsecara juzie atau terpisah-pisah seperti Islam bersifat

    politik (al-Islam al-Siyasi),Islam bersifat tasawuf (al-Islamal-Sufi) dan seumpamanya.

    Islam Hadhari membawamaksud ajaran Islam yangmemberi fokus kepadakehidupan untukmeningkatkan kualiti hidupmasyarakat bertamadun dan

    mempunyai peradaban unggulbagi menghadapi cabaran alafbaru seperti ledakan teknologimaklumat, dunia tanpasempadan, ekonomi global,budaya materialisme, krisisidentiti, jatidiri serta penjajahan

    fikiran.

    KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    57/112

    KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN

    PENERAPANNYA DI MALAYSIA

    Visi, Misi dan Objektif IslamHadhari

    Visi Islam Hadhari adalahuntuk menjadikan Malaysiasebagai sebuah negara Islamcontoh, iaitu sebuah negara

    maju mengikut acuan sendiri. Misi Islam Hadhari pula ialah

    melaksanakan agendapembangunan negara danummah berlandaskanpendekatan Islam yang

    universal, maju, bertamadun,bertoleransi dan berimbang.

    Objektif Islam Hadhari ialahbagi melahirkan individu danmasyarakat Islam yangmempunyai kekuatan spiritual(rohani), akhlak, intelektual,material, mampu berdikari,

    berdaya saing, melihatkehadapan, inovatif sertacekap menangani cabaransemasa serta bijaksana,rasional, praktikal dan damai.

    KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    58/112

    KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DAN

    PENERAPANNYA DI MALAYSIA

    Prinsip-Prinsip Asas IslamHadhari

    1. Keimanan dan KetaqwaanKepada Allah

    2. Kerajaan Adil danBeramanah

    3. Rakyat Berjiwa Merdeka

    4. Penguasaan IlmuPengetahuan

    5. Pembangunan EkonomiSeimbang dan Komprehensif

    6. Kehidupan Berkualiti7. Pembelaan Hak Kumpulan

    Minoriti dan Wanita

    8. Keutuhan Budaya DanMoral

    9. Pemeliharaan DanPemuliharaan Alam Sekitar

    10. Kekuatan Pertahanan danPerpaduan

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    59/112

    KESIMPULAN

    Islam adalah agama yang bersifat sejagat,

    untuk seluruh manusia.

    Kemunculannya memberi sinar baru kepada

    dunia yang malap dengan nilai-nilai jahiliyah,kepada dunia petunjuk dan rahmat.

    Islam telah membawa perubahan kepada

    tamadun manusia dengan bertunjangkanakidah, berpaksikan perlaksanaan syariat

    dan dihiasi dengan nilai-nilai akhlak mulia.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    60/112

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    61/112

    Ulangkaji Ringkasan ModulPersembahan Slaid

    Sudahkah anda

    menyediakan

    RINGKASAN

    KEFAHAMAN TOPIKini secara individudengan mengisiruangan yang

    disediakan di dalamLAMPIRAN B1?

    Jika belum sila

    selesaikan tugas dan

    tanggungjawab anda

    sekarang! Jika sudah sila

    bergerak ke aktiviti

    seterusnya!

    TERUShussain othman copyright 2011

    TANGGA 2

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    62/112

    TANGGA 2Pembelajaran Terarah Kendiri

    Untuk mendapatkan

    maklumat lanjut

    tentang topik ini

    pelajar dimintamembaca

    sepenuhnya topik 2 di

    dalam modul TITAS.

    Pelajar juga amat

    digalakkan untuk

    merujuk kepada

    sumber-sumber laintermasuk buku, artikel

    dan sumber di atas

    talian.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    63/112

    Tangga 3

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    64/112

    Tangga 3Laporan Kepada Kumpulan

    5. Refleksi

    4. Persediaan Pembentangan

    3. Rumusan Kumpulan

    2. Laporan Kepada Kumpulan

    1. Perjumpaan Bersama Kumpulan

    TERUS

    TANGGA 3

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    65/112

    TANGGA 3Laporan Kepada Kumpulan

    Adakan sesi perbincanganbersemuka bersama kumpulandengan diselaraskan olehmoderator serta dibantu olehpengurus dan setiausaha. Nota: anda juga boleh

    menggunakan kaedahperbincangan atas talianseperti Nicenetatau Author.

    Tempoh masa perbincanganbersemuka adalah antara 30minit sehingga 1 jam bagisetiap topik.

    Setiap ahli kumpulan wajibmelaporkan hasilpembelajaran kendiri kepadakumpulan.

    TANGGA 3

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    66/112

    TANGGA 3Laporan Kepada Kumpulan

    Hasil perbincangan hendaklahdidokumenkan oleh moderatordan digunakan sebagai asasuntuk menyediakan bahanpembentangan dalam bentuk petaminda (di atas kertas mahjongatau menggunakan perisian

    komputer) secara berkumpulanyang akan dibentangkan padaTangga 4.

    Lantik dua orang ahli sebagaipembentang atau sebagai ahlipanel.

    Setelah selesai sesi pembelajaran

    pada Tangga 3 sila isi ruangrefleksi yang disediakan dalamLAMPIRAN C.

    TANGGA 3

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    67/112

    TANGGA 3Laporan Kepada Kumpulan

    SUDAHKAH ANDASELESAI MENGISI

    LAMPIRAN C?

    Jika sudah selesaianda telah bersediauntuk bergerak ke

    TANGGA 4!

    Setelah selesai sesi

    pembelajaran pada

    Tangga 3 sila isi

    ruang refleksi yangdisediakan dalamLAMPIRAN C.

    Tangga 4

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    68/112

    Tangga 4Pembentangan

    5. Refleksi

    4. Rumusan (Bersama Pensyarah)

    3. Perbincangan (Bersama Pensyarah)

    2. Penilaian Keserakanan

    1. Pembentangan (Selari / Forum)

    TERUS

    TANGGA 4

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    69/112

    TANGGA 4Pembentangan - (Oral @ Forum)

    Proses pembelajaranpada tangga 4 akandibuat sama adadalam bentuk

    pembentangan selariatau forum.

    Oleh itu setiapkumpulan perlubersedia untuk

    kedua-duapendekatan ini.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    70/112

    Pembentangan Selari

    Pembentangan selari; antaradua kumpulan atau berpecah Setiap dua ahli panel yang

    dilantik akan membentangkanhasil kerja kumpulan.

    Ahli kumpulan yang lain akanbergerak untuk mendengardan menilai pembentangankumpulan lain.

    Borang penilaian berdasarkanrubrik yang disediakan akandiberikan oleh pensyarah.

    Sesi pembentangan adalah

    antara 20 30 minit sahaja.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    71/112

    Sesi Forum

    Forum di dalam kumpulan atau di antaradua kumpulan.

    Tempoh masa sesi forum adalah antara 20 -30 minit.

    Akan dipengerusikan oleh moderator yangdilantik bagi topik ini.

    Jika forum antara dua kumpulan, moderatordaripada kedua-dua kumpulan akanmempengerusikannya dan empat ahli panel

    akan terlibat. Ahli-ahli lain di dalam kumpulan akan

    menjadi peserta yang akan melibatkan diridalam sesi soal jawab.

    Untuk sesi penilaian:

    Setiap kumpulan akan melantikseorang ahli untuk menjadi pemerhatiatau penilai yang akan memerhati atau

    menilai sesi forum kumpulan lain. Mereka akan diberikan borangpemerhatian atau borang penilaian.

    Penilaian adalah berdasarkan rubrikyang telah disediakan.

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    72/112

    Refleksi

    Setelah selesai sesipembelajaran pada

    Tangga 4 sila isiruang refleksi yang

    disediakan dalamLAMPIRAN D.

    SUDAHKAH ANDASELESAI MENGISI

    LAMPIRAN D?

    Jika sudah selesaisila bergerak keTANGGA 5!

    Tangga 5

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    73/112

    Tangga 5Refleksi Keseluruhan

    5. Refleksi Keseluruhan

    4. Refleksi Hasil Pembelajaran (KemahiranInsaniah)

    3. Refleksi Hasil Pembelajaran (Kognitif)

    2. Refleksi Soalan Latihan / Ulangkaji

    1. Menjawab Soalan Latihan / Ulangkaji

    TERUS

    TANGGA 5

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    74/112

    TANGGA 5Refleksi / Muhasabah

    Setiap ahli kumpulanWAJIB membuatrefleksi bagikeseluruhan proses

    pembelajaran sebaiksahaja selesai prosespembelajaran padaTangga 5. Sila isi

    ruang refleksi yangdisediakan dalamLAMPIRAN E1.

    SUDAHKAH ANDASELESAI MENGISI

    LAMPIRAN E1?

    Jika sudah selesaianda boleh bergerakke aktiviti menjawab

    Soalan Latihan

    Topik

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    75/112

    Jawab Soalan Ulangkaji

    Pelajar bolehmenggunakan soalanlatihan topik yangdisediakan di dalam CDuntuk mengujikefahamannya terhadaptopik ini secara manual.

    Borang OMR yangdisediakan dalam

    Lampiran E2 bolehdigunakan untuk tujuanini.

    TERUS JAWAB SECARA

    INTERAKTIF

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    76/112

    SOALAN ANEKA PILIHAN /

    OBJEKTIFSila jawab semua soalan.

    Pilih A, B, C atau D

    hussain 2011 76TERUS

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    77/112

    Klik Soalan Pilihan Anda

    1 2 3 4 5 6

    7 8 9 10 11 1213 14 15 16 17 18

    19 20 21 22 23 2425 26 27 28 29 30

    Tamat menjawabKembali ke Quick Learning

    S1

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    78/112

    S1Pengertian Islam darisegi syarak ialah

    A. Taat dan menyerah

    B. Damai, aman atau

    sejahtera

    C. Mentauhidkan Allah

    dan patuhkepadaNya

    D. Tulin, suci dari

    sebarang kecacatan

    zahir dan batin

    78

    A B C DJawapan anda

    S2

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    79/112

    S2 Akidah dalam Islam

    merupakanA. Penampilan akhlak murni

    dan baik dalam kehidupan

    seharian

    B. Kesungguhan dalam

    melaksanakan amalan solat,

    haji dan membaca al-QuranC. Kehebatan melaksanakan

    perkara yang disuruh dengan

    penuh yakin kepada Allah

    D. Keyakinan kepada hakikat

    dan nilai-nilai mutlak, tetapdan kukuh dalam jiwa setiap

    Muslim

    hussain 2011 79

    A B C DJawapan anda

    S3

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    80/112

    S3 Berikut adalah kenyataan yang

    benar hubungan antara akidahdengan tamadun IslamKECUALI

    A. Akidah tauhid adalah tunjangkepada pembinaan TamadunIslam.

    B. Seluruh aktiviti kehidupanhendaklah berpaksikankeimanan kepada Allah

    C. Seluruh kehidupan umatIslam mesti berlegar dalamruang lingkup keagamaan

    D. Tamadun Islam bergerakatas dasar pembangunan

    ekonomi dan kebajikan sosial

    hussain 2011 80

    A B C DJawapan anda

    S4

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    81/112

    S4 Beriman kepada perkara-

    perkara berikut adalah asasdalam akidah Islam

    A. Allah, Malaikat, Kitab, Rasul,Qadha dan Qadar

    B. Allah, Malaikat, Kitab, Rasul,Hari Akhirat, Qadha danQadar

    C. Allah, Malaikat, Al-Quran danInjil, Rasul, Hari Akhirat,Qadha dan Qadar

    D. Allah, Malaikat, Kitab, NabiMuhammad S.A.W, Hari

    Akhirat, Qadha dan Qadar

    hussain 2011 81

    A B C DJawapan anda

    S5

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    82/112

    S5 Kekuatan perkara ini dalam

    kalangan umat Islam akanmelahirkan insan danmasyarakat yang teguhpendirian, mempunyaiprinsip dan tidak mudah

    terpengaruh denganpersekitaran yangmengancam nilai danakhlak manusia

    A. Kekuatan meningkatkanamalan akhlak mahmudah

    B. Kekuatan keyakinanluaran dan dalamanterhadap Allah

    C. Kekuatan amalanmuamalah Islam sepertiperbankan Islam

    D. Kekuatan amalankemasyarakatan dankebajikan dalam komuniti

    hussain 2011 82

    A B C DJawapan anda

    S6

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    83/112

    S6 Berikut adalah kenyataan yangBENAR tentang syariah

    secara umum dan khusus

    I. Ia membawa maksud sumber air

    II. Hukum-hakam yangditetapkan di dalam Al-Quran

    III. Ia membawa maksudpembawaan atau jalan yangjelas dan lurus

    IV. Hukum-hakam yangdikembangkan oleh manusia

    berdasarkan kefahamanterhadap sumber asasi Islam

    A. I dan IIB. II dan III

    C. I, II dan IV

    D. Semua di atas

    hussain 2011 83

    A B C DJawapan anda

    S7

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    84/112

    S7 Sebagai suatu sistem hidup

    yang bersumberkan wahyu

    Ilahi, syariah bersifat

    muqaddasiaitu

    A. Sangat tegas dan tidak bolehdipertikaikan

    B. Sangat murni terpelihara

    daripada sebarang cacat

    cela

    C. Sangat jelas sehingga tidakmemerlukan tafsiran para

    ulama dan mujtahid

    D. Sangat menyeluruh

    merangkumi semua aspek

    kehidupan keduniaanmanusia

    hussain 2011 84

    A B C DJawapan anda

    S8

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    85/112

    S8 Syariah Islam menaungiperkara-perkara berikut

    I. Hubungan antara manusiasesama manusia

    II. Hubungan antara alam

    fizikal dengan alam ghaibIII. Hubungan antara manusia

    dengan Allah S.W.T danalam ghaib yang lain

    IV. Hubungan antara manusiadengan makhluk-makhluk

    lain di muka bumi ini

    A. I dan IIB. I, III dan IV

    C. II, III dan IV

    D. Semua di atas

    hussain 2011 85

    A B C DJawapan anda

    S9

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    86/112

    S9 Berikut adalah kenyataan yangBENAR tentang akhlak Islam

    KECUALI

    A. Akhlak Islam selari dengankonsep moraliti dalam tradisibarat

    B. Akhlak dalam Islam ialahsikap rohaniah yang terlahirtanpa memerlukan proses

    taakulC. Nilai yang baik disebutakhlak mahmudah dan nilaiyang keji disebut akhlakmazmumah

    D. Akhlak Islam membentuk

    kemuliaan tingkah lakumanusia terhadap AllahS.W.T, diri sendiri danmakhluk lain

    hussain 2011 86

    A B C DJawapan anda

    S10

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    87/112

    S10 Berikut adalah kenyataan

    yang benar tentang

    akhlak Islam

    A. Keindahan luaran adalahakhlak bagi umat Islam

    B. Keindahan dalaman

    adalah akhlak bagi umat

    IslamC. Keindahan ciptaan

    dalaman dan luaran iaitu

    al-khalqdan al-khuluq

    D. Keindahan ciptaandalaman dan luaran iaitu

    al-khuluqdan al-khalq

    hussain 2011 87

    A B C DJawapan anda

    S11

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    88/112

    S11 Akhlak adalah sifat yang tertanam

    dalam jiwa seseorang dan darinya

    terbentuk perbuatan dengan

    mudah tanpa memerlukan

    pertimbangan fikiran terlebih

    dahulu

    Definisi ini dikemukakan oleh

    A. Imam ShafieB. Imam Malik bin Anas

    C. Imam Abu Hamid al-Ghazali

    D. Imam Muhammad al-Ghazzal

    hussain 2011 88

    A B C DJawapan anda

    S12

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    89/112

    S12 Kepercayaan umat Islam

    tentang Ketuhanan Yang Esa

    tidak boleh diubah sekalipun

    umat Islam dibenarkan

    berijtihad untuk memperbaiki

    kehidupan mereka. Kenyataanini menggambarkan ciri Islam

    yang

    A. MenyeluruhB. Tetap dan Anjal

    C. Sederhana dan seimbang

    D. Sesuai untuk sepanjang

    zaman

    hussain 2011 89

    A B C DJawapan anda

    S13

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    90/112

    S13 Matlamat Tamadun Islam amat

    jauh berbeza daripadamatlamat tamadun Barat darisudut

    A. Kesejahteraan dunia danakhirat

    B. Pencapaian dan kemajuansantifik yang tinggi

    C. Kesejahteraan hidup dengan

    peningkatan aktiviti ekonomiD. Pelaksanaan undang-undangmencegah kerosakan dalammasyarakat

    hussain 2011 90

    A B C DJawapan anda

    S14

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    91/112

    S14 Manifestasi Tamadun

    Islam adalah untuk

    melindungi dan

    memelihara agama,

    nyawa, akal,

    kehormatan diri dan

    keturunan dan harta

    benda. Hal ini disebutsebagai

    A. Maqasid al-Akhlak

    B. Maqasid al-Akidah

    C. Maqasid al-Syarie

    D. Maqasid al-Syariyyah

    hussain 2011 91

    A B C DJawapan anda

    S15

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    92/112

    S15 Pengharaman arak,

    dadah dan benda-

    benda yang

    memabukkan adalah

    manifestasi

    penjagaan Islam

    terhadap

    A. Menjaga akal

    B. Menjaga nyawa

    C. Menjaga harta

    BendaD. Menjaga

    kehormatan dan

    keturunan

    hussain 2011 92

    A B C DJawapan anda

    S16

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    93/112

    S16 Berikut adalah di antara

    sifat-sifat tersendiri

    Tamadun Islam KECUALI

    A. Universal atau sejagat

    B. Berkembang dalam

    budaya Timur Tengah

    C. Toleransi terhadap

    tamadun dan budayalain

    D. Keseimbangan antara

    kerohanian dan

    kebendaan

    hussain 2011 93

    A B C DJawapan anda

    S17

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    94/112

    S17 Berikut adalah

    sumber bagi

    Tamadun Islam

    I. Ijtihad

    II. Al-Quran

    III. Al-Sunnah

    IV. Tamadun Dan

    Budaya Lain

    A. I dan II

    B. III dan IV

    C. I, II dan III

    D. Semua di atas

    hussain 2011 94

    A B C DJawapan anda

    S18

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    95/112

    S18 Para ulama berusaha

    sedaya upaya

    mencari hukum

    bersandarkan wahyu

    Allah dan pengajaran

    RasulNya.

    Ini menggambarkan

    salah satu daripadasumber tamadun

    Islam iaitu

    A. Ijtihad

    B. Al-Quran

    C. Al-Sunnah

    D. Tamadun DanBudaya Lain

    hussain 2011 95

    A B C DJawapan anda

    S19

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    96/112

    S19 Islam bermula sebagai

    sebuah negara dantamadun selepasberlakunya peristiwa

    A. Hijrah dari Mekah al-Mukarramah ke Yaman

    B. Hijrah dari Mekah al-Mukarramah ke Madinahal-Munawwarah

    C. Hijrah dari Madinah al-Munawwarah ke Mekahal-Mukarramah danpeperangan Badar

    D. Hijrah dari Madinah al-

    Munawwarah ke Mekahal-Mukarramah danpembukaan kota Mekah

    hussain 2011 96

    A B C DJawapan anda

    S20

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    97/112

    S20 Perjuangan Nabi

    Muhammad S.A.W

    membina tamadun Islam

    berlaku selama

    A. 10 tahun di Mekah dan13 tahun di Madinah

    B. 10 tahun di Mekah dan

    12 tahun di Madinah

    C. 12 tahun di Mekah dan11 tahun di Madinah

    D. 13 tahun di Mekah dan

    10 tahun di Madinah

    hussain 2011 97

    A B C DJawapan anda

    S21

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    98/112

    S21 Berikut adalah susunan

    perkembangan zaman

    dalam tamadun Islam

    A. Zaman Nabi, sahabat,Umayah dan Abbasiyah

    B. Zaman Nabi, sahabat,

    Abbasiyah dan Umayah

    C. Zaman Nabi, sahabat,Abbasiyyah dan

    Fatimiyah

    D. Zaman Nabi, sahabat,

    Fatimiyah danUthmaniyah

    hussain 2011 98

    A B C DJawapan anda

    S22

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    99/112

    S22 Beliau adalah di

    antara tokoh falsafah,

    sains dan perubatan

    Islam yang ulung.

    Dilahirkan pada tahun

    980 Masehi dan mati

    pada tahun 1037.

    A. Ibn Sina

    B. Al-Ghazali

    C. Ibnu Rushd

    D. Ibn al-Haitham

    hussain 2011 99

    A B C DJawapan anda

    S23

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    100/112

    S23 Kerajaan Uthmaniah

    yang berdiri teguh

    selama 637 tahun

    akhirnya runtuh

    apabila sultan

    terakhirnya iaitu

    Sultan Abdul Hamid

    telah digulingkan daripemerintahannya

    oleh

    A. Mustaffa JamalAtaturk

    B. Mustaffa Kamil

    AtaturkC. Mustaffa Kamal

    Ataturk

    D. Mustaffa Akmal

    Ataturk

    hussain 2011 100

    A B C DJawapan anda

    S24

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    101/112

    S24 Berikut adalah faktor

    paling utama yang

    mendorong kepada

    kecemerlangan

    Tamadun Islam

    A. Kestabilan Andalus

    B. Galakan Pemerintah

    C. Gesaan wahyu dan

    RasulD. Kerjasama Para

    Ulama dan

    Cendikiawan

    hussain 2011 101

    A B C DJawapan anda

    S25

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    102/112

    S25 Berikut adalah di

    antara faktor

    pengaliran ilmu-ilmu

    Islam ke Eropah

    KECUALI

    A. Peranan orang-orang Mozarrab

    B. Aktiviti percetakan

    buku-buku ArabC. Pembukaan Pulau

    Sicily dan Andalus

    D. Hubungan

    diplomatik danperdagangan

    hussain 2011 102

    A B C DJawapan anda

    S26

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    103/112

    S26 Berikut adalah di

    antara aspek ilmu dan

    intelektual yang

    menonjol dalam

    Tamadun Islam

    KECUALI

    A. Perubatan

    B. Teknologi letupan

    C. Matematik dan

    astronomiD. Ekonomi dan

    perdagangan

    hussain 2011 103

    A B C DJawapan anda

    S27

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    104/112

    S27 Kuasa barat

    menguasai umat

    Islam melalui sistem

    pendidikan, kawalan

    media, serangan

    sosial dan pengaruh

    sekularisme.

    Pandangan inidiutarakan oleh

    A. Yusuf al-Qardhawi

    B. Seyyed Hossein

    Nasr

    C. Muhammad al-Ghazali

    D. Syed Muhammad

    Naquib al-Attas

    hussain 2011 104

    A B C DJawapan anda

    S28

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    105/112

    S28 Berikut adalah di antara

    pendekatan jihad yangutama dalam Islam

    I. Jihad Nafsu

    II. Jihad Ilmu dan pendidikanIII. Jihad Mempertahankan

    Kesucian Islam

    IV. Jihad menguasai empayardan negara baharu

    A. I dan IIB. III dan IV

    C. I, II dan III

    D. I, II dan IV

    hussain 2011 105

    A B C DJawapan anda

    S29

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    106/112

    S29 Antara usaha terbesar

    Malaysia dalam mengaplikasiamalan ekonomi Islammenyeluruh di Malaysia ialah

    A. Penubuhan LembagaTabung Haji

    B. Penubuhan Sistem Takafuldan Insuran Islam

    C. Penubuhan Koperasi Islamyang pertama di Malaysia

    D. Penubuhan bank dan sistemkewangan Islam yangpertama di Malaysia

    hussain 2011 106

    A B C DJawapan anda

    S30

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    107/112

    S30 Islam Hadhari adalah

    untuk menjadikan

    Malaysia sebagai

    sebuah negara Islam

    contoh, iaitu sebuah

    negara maju

    mengikut acuan

    sendiri. Kenyataan ini

    menggambarkan

    A. Visi Islam Hadhari

    B. Misi Islam Hadhari

    C. Dasar Islam Hadhari

    D. Objektif IslamHadhari

    hussain 2011 107

    A B C DJawapan anda

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    108/112

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    109/112

    TAHNIAH!JAWAPAN ANDA TEPAT

    SEKALI!

    hussain othman copyright 2011

    Kembali

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    110/112

    Tamat Menjawab SoalanUlangkaji Topik

    hussain 2011 110

    Tamat sesi pembelajaranProcess Learning

    Tamat Sesi PembelajaranQuick Learning

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    111/112

    Semoga pembelajaran anda

    mencapai hasilnya

    Untuk keluar sila klik kanan

    dan klik end show!

    Anda telah tamat sesi

    Quick Learning!

    Tahniah!Teruskan

    usaha

    meningkatkan

    l

    d

    h k h

  • 7/29/2019 TITAS topik 2

    112/112

    Anda telah berlabuh

    di pelabuhan kedua!

    ilmu dan hikmah

    kebijaksanaan

    dalam kehidupan

    anda!

    Untuk keluar sila klik kanan

    d klik d h !